Anda di halaman 1dari 3

Blog Me sra Alam Melihat, Menghayati,Men gharg ai Alam

Tenaga Biomas
Nukilan Hijau Lestari on Khamis, 4 September 2008

Proses penghasilan tenaga biomas. Sudah agak lama tidak berblogging,Selamat Berpuasa kepada semua pembaca Hijau Lestari beragama Islam.Semoga kalian semua terus sudi untuk mengunjungi blog ini selalu.Malahan sudisudikanlah untuk terus mendapatkan posting terbaru Hijau Lestari terus ke email box anda.Caranya mudah sahaja ,isikan email anda di sebelah kanan bahagian atas blog ini.Saya menggunakan FeedBurn.E mail anda terjamin privacynya.

Dengan krisis minyak serta makanan yang semakin meruncing bahan api alternatif yang baru senantiasa dicari antaranya termasuklah tenaga nuklear,tenaga solar,tenaga biomass,tenaga angin,tenaga geoterma,tenaga ombak.Malahan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan

sekarang dapat menghasilkan sumber bahan api bukan fosil seperti biofuel dan biodiesel yang berasaskan tumbuhan.

Apakah itu biomas? Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga biomas ini maka terhasillah biofuel ( iaitu gas etanol,metanol,biodesel dan metana)

Malaysia sebenarnya sangat berpotensi untuk memajukan tenaga biomas dan biofule.kita mempunyai banyak sisa tumbuhan terutamanya kelapa sawit.Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sudah terdedah kepada tenaga biomas.Sewaktu saya kecil dahulu orang tua saya menggunakan arang pada seterika untuk mengosok baju.Kayu bakau untuk mengahislkan arang sebenarnya merupakan tenaga biomas.Gentian kelapa sawit hasil penyelidikan merupakn sumber tenag biomas yang berguna untuk negara.Mengambil contoh India menggunakan najis lembu sebagai sumber bahan api untuk memasak.Oleh kerana lembu banyak di India( dianggap haiwan suci dan tidak digunakan untuk makanan) najisnya dibangunkan sebagai sumber tenaga alternatif.Najis lembu disimpan di dalam tangki di bawah tanah sehingga menghasilkan gas metana dan digunakan semula sebagi bahan api untuk memasak.Malahan tenaga elektrik turut dapat dijana di India apabila sisa tumbuhan turut digunakan oleh mereka.Sila rujuk sini Di Malaysia tenaga biomas boleh dijana daripada sekam padi,sisa tebu,tandan kosong kelapa sawit atau pun reja kayu.Semoga penyelidikan yang berterusan akan dapat membangun tenaga ini seterusnya dapat menyumbang kepada sumber tenaga elektrik negara.

Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara


Rabu, 27 Julai 2011 - 11:59am

Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi; Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa; Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Ditulis oleh Hamirul Hairi Mohd Noh


Ahad, 03 April 2011 00:00 | 835 hits

JOHOR BAHRU: Masjid baru Kolam Ayer yang dibina berkonsepkan teknologi hijau perlu diperluaskan kepada projek-projek pembinaan pembangunan lain di negeri ini dan bukan hanya khusus untuk pembinaan masjid. Menteri Besar Johor, Dato Abdul Ghani Othman, berkata walaupun teknologi tersebut pada peri ngkat awal memerlukan kos yang tinggi, tetapi untuk jangka masa panjang, ia dapat mengurangkan kos perbelanjaan utiliti. Konsep teknologi hijau sudah pun diguna pakai di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar, iaitu Nusajaya. Mungkin konsep masjid Kolam Ayer ini boleh menjadi contoh pada mana-mana bangunan selain daripada masjid, katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis pecah tanah masjid itu di sini hari ini. Masjid yang dikenali sebagai Masjid Hijau itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan serba canggih dan terkini dengan reka bentuk utama menekankan kepada ciri-ciri mesra alam. Antaranya ialah, teknologi Building Integrated Photovoltaics, iaitu sistem inovatif pada bangunan yang menghasilkan elektrik melalui tenaga solar. Selain itu, ia juga akan memperkenalkan sistem pengumpulan air hujan untuk digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk berwuduk dan kerja pembersihan kawasan masjid. Masjid seluas 5,000 meter persegi di atas tapak projek Jalan Kolam Ayer-Nong Chik itu membabitkan kos RM9 juta. Daripada jumlah itu, RM3 Juta ditanggung oleh oleh Kerajaan Negeri, manakala bakinya ditanggung oleh pemaju Mudra Tropika Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai