Anda di halaman 1dari 22

:

KEMUDHARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN


Disediakan Oleh: HAZMAN BIN MANAIM

Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus


dihilangkan dengan makna kemudaratan yang telah terjadi.
Apabila keadaan demikian berlaku maka ia wajib dihilangkan.
Kaedah

ini

juga

membawa

maksud

sesuatu

yang

boleh

mendatangkan bahaya mestilah dihapuskan dan perkara yang


merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama.

Dalil
Asas
"

"

Maksudnya: Tidak ada


kemudaratan dan tidak
.memudaratkan

Justeru itu, tidak boleh sama sekali melakukan kerosakan dan kemudaratan
terhadap diri sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.

Lantaran itulah dalam keadaan tersebut, ia wajib dihindarkan sama ada


kemudaratan tersebut berkait dengan hak umum atau pun khusus.

Sebagai rumusannya, seseorang insan itu tidak boleh sama sekali melakukan
kemudaratan terhadap saudaranya dari sudut permulaan dan tidak boleh pada
bahagiannya.

Hal ini kerana dengan kemudaratan itu membawa erti menyertakan kerosakan
kepada orang lain.

Oleh itu, jumhur ulama menetapkan bahawa segala yang boleh memudaratkan
kaum Muslim adalah wajib dijauhi.

Selaras

dengan

kata-kata

Imam

al-Shatibi

yang

mengatakan

bahawa

sesungguhnya syariat itu diasaskan untuk membawa kemaslahatan kepada


manusia.

Pecahan 1


Kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan
kemudharatan

Kaedah ini bermaksud, biarpun kemudaratan itu mesti dihilangkan, namun


bukanlah dengan cara menimbulkan bahaya seperti itu juga. Apatah lagi
jika lahir bahaya yang lebih besar.

Justeru, melalui kaedah ini, kemudaratan itu tidak boleh sama sekali
dihilangkan dengan kemudaratan juga.

Hal ini kerana seandainya ia diharuskan, sudah tentulah ia bertentangan


dengan kaedah asas iaitu () .

Justeru, kaedah pecahan tersebut telah membataskan kaedah asas


sebelumnya.

Kerana jika semua itu berlaku, tidak ada makna, bahkan menambahkan
masalah yang lebih besar.

Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah


ini ialah :

Tidak boleh seseorang yang dalam kelaparan mengambil makanan


orang lain yang juga akan mati kebuluran sekiranya makananya diambil.

Doktor tidak boleh mengambil darah seseorang untuk ditambah kepada


pesakit yang memerlukan darah, jika darah yang diambil menyebabkan
pula orang itu tenat atau membawa kepada kematian.

Seseorang itu tidak boleh memotong jari tambahannya yang ada jika
dibimbangi memudaratkannya.

Pecahan 2


Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan
dengan kemudaratan yang lebih ringan

Kaedah ini mempunyai kaitan dengan kaedah yang sebelumnya yang


mana membawa maksud apabila terdapat dua kemudaratan dalam satu
masa secara serentak, penyelesaiannya adalah kemudaratan yang lebih
berat seharusnya dihilangkan dengan dikerjakan kemudaratan yang
lebih ringan.

Dalam keadaan lain, kaedah ini bermaksud sekiranya terdapat dua


kemudaratan, atau apabila bertentangan antara dua kemudaratan,
hendaklah diperhatikan mana yang lebih besar bahaya.

Iaitu dengan dilaksanakan yang lebih kecil bahayanya dan dihindarkan


yang lebih besar kemudaratannya.

Hukum-hukumfuruyang lahir daripada kaedah ini


ialah :

Adanya hukum hudud untuk membendung kemudaratan yang lebih


besar.

Membedah perut wanita yang mati dalam keadaan mengandung, jika


dengan cara itu bayi dalam kandungannya itu dapat diselamatkan.

Seseorang boleh mendiamkan diri dan mencegah di dalam hati sahaja


sebarang kemungkaran yang berlaku, sekiranya jika ditegah secara
terang-terang bimbang akan membahayakannya.

Seseorang yang tiada pakaian menutup aurat untuk sembahyang, boleh


sembahyang dengan pakaian sekadar yang termampu.

Pecahan 3


Menolak kerosakan didahulukan daripada
mengambil kemaslahatan

Kaedah ini memberi maksud, apabila bertembung antara perkara yang


membawa kemaslahatan dan perkara yang membawa kepada kemudaratan,
pelaksanaannya hendaklah diarahkan kepada mencegah kemudaratan.

Oleh itu, usaha mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada usaha untuk
mendapat kebaikan yang sedikit.

Hal ini kerana dibimbangi kerosakan tersebut akan merebak hinggalah


menyebabkan lahirnya kemudaratan yang lebih besar. Firman Allah SWT :
[21]

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang arak


dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan
beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya.

Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini


ialah :

Menghapuskan iklan rokok untuk mencegah tabiat merokok yang lebih


besar bahayanya adalah lebih baik daripada mendapat bayaran iklan
yang sedikit.

Berbohong asalnya diharamkan, namun ia diharuskan jika untuk


membawa

kemaslahatan

seperti

mendamaikan

dua

pihak

yang

bertelagah.

Menyedut air ke dalam hidung sunat pada asalnya, namun bagi orang
yang berpuasa adalah makruh kerana dibimbangi akan terbatal
puasanya.

Pecahan 4


Ditanggung kemudaratan berbentuk khas untuk
menolak kemudaratan berbentuk am

Kaedah ini ditinjau dari sudut keumuman pengkhususan kemudaratan


dan bahaya.

Berdasarkan kaedah ini, sesuatu masalah terpaksa dihadapi dengan


mendatangkan sesuatu kemudaratan yang mana pada waktu itu
hendaklah

ditempuhi

kemudaratan

khusus

bagi

menghindarkan

kemudaratan yang lebih umum.

Hal ini kerana bahaya kemudaratan yang berbentuk khusus adalah


kurang jika di bandingkan dengan kemudaratan yang berbentuk umum.

Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :

Ditegah doktor yang gila untuk mengubati pesakit dan hendaklah


diletakkan di bawah kawalan dan penjagaan rapi.

Harus

menahan

golongan-golongan

tertentu

yang

terlibat

dalam

menyebarkan fitnah dan ajaran sesat.

Harus menegah petani daripada menanam tanaman yang mempunyai


unsur-unsur ganja dan candu serta yang boleh dijadikan bahan
penyalahgunaan
masyarakat.

dadah,

untuk

memebendung

bahaya

dalam

Pecahan 5


Kemudaratan dibendung semungkin yang
dapat

Kaedah ini berasal daripada kaedahUsuliyyahyang berkaitan dengan


skop kewajipan mencegah kemudaratan dan bahaya yang mana jika
kemudaratan itu dapat dibendung seluruhnya, maka itulah yang terbaik.

Namun, jika tidak termampu untuk berbuat demikian, maka lakukanlah


sekadar yang termampu.

Hal ini kerana taklif syarak itu dikenakan terhadap mukallaf adalah
menurut kadar kemampuannya.

Untuk itu, usaha untuk menyekat segala kemudaratan tersebut supaya


tidak berlaku hendaklah diusahakan.

Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini


ialah :

Usaha Abu Bakar al-Siddiq untuk mengumpul dan membukukan alQuran supaya ia tidak hilang.

Umar al-Khattab mengambil tindakan membakar kedai arak agar tidak


timbul masalah yang lebih besar.

Sekiranya mungkin dapat dicegah haiwan yang memekik atau berteriak


dengan menggunakan suara atau sergahan, maka tidak perlulah
menghindarkannya dengan tangan mahupun kayu.

Pecahan 6


Kemudaratan yang terjadi tidak boleh
dianggap telah lama terjadi

Syariat Islam tidak membezakan sedikit pun antara kemudaratan yang lama
dengan yang baru sahaja berlaku, bahkan semuanya wajib di cegah dan
dihilangkan.

Justeru itulah kaedah ini merupakan kaedah pelengkap kepada kaedah asas
yang sebelum ini.

Selain itu, walaupun syariat memaafkan dan memberi kelonggaran terhadap


berkekalan atau lama itu tidak ada sebarang kemudaratan padanya.

Sebaliknya, jika terdapat padanya kemudaratan, walaupun ia telah lama


berlaku, tetap wajib dihapuskan dan tidak ada beza dengan kemudaratan
yang baru berlaku.

Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini


ialah :

Diharuskan melarang doktor yang berpenyakit sawan daripada merawat


pesakit, walaupun doktor tersebut telah mempunyai pengalaman yang
lama dalam merawat pesakit.

Kiranya saluran longkang rumah seseorang itu mengalir di jalan umum


dan mengganggu rang ramai, maka ia hendaklah dihapuskan walaupun
telah lama berlaku.

Anda mungkin juga menyukai