Anda di halaman 1dari 7

3.

0 KAEDAH QAWAID FIQHIYYAH MENGELAKKAN KEMUDARATAN


DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Qawaid fiqhiyyah mempunyai beberapa kaedah dalam menentukan hukum.


Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
i) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat
ii) Kesukaran menjadi sebab keada kemudahan dan keringanan
iii) Keyakinan tidak hilang atau terbatal dengan keraguan
iv) Kemudaratan hendaklah dielakkan
v) Adat dijadikan sebagai rujukan hukum

Namun, di dalam topik ini akan dibincangkan kaedah keempat iaitu kemudaratan
hendaklah dielakkan terutamanya dalam kehidupan manusia. Kaedah ini membawa
maksud sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan mestilah dihapuskan dan
perkara yang memudaratkan itu hendaklah dihilangkan. Namun bagi melaksanakan
kaedah ini, terdapat juga pecahan-pecahan mengikut permasalahan dalam hukum fiqh.
Antaranya:

3.1 ‫ دفع المفاسد أولى من جلب المصالح‬- Menolak kerosakan lebih utama daripada
mengambil kebaikan

Maslahah yang dimaksudkan adalah kebaikan manakala mafsadah ialah


keburukan. Boleh digunakan juga sebagai manfaat dan mudarat, kebaikan dan
kejahatan atau seumpama dengannya. Kaedah yang digunakan ini adalah
membawa maksud apabila bertembung antara kebaikan dan keburukan pastinya
hendaklah dielakkan dari keburukan dahulu kerana di dalam syarak ditekankan
untuk perkara-perkara larangan berbanding perkara-perkara yang diperintahkan.
Rasulullah juga ada bersabda yang membawa maksud:

“Apabila aku larangn kamu daripada sesuatu perkara maka hendaklah kamu
jauhi perkara tersebut, dan apabila aku perintahkan untuk melakukan sesuatu
maka hendaklah kamu kerjakannya seberapa mana yang kamu mampu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Maksudnya di sini, sekiranya sesuatu perkara yang hendak dilakukan
memberi manfaat kepadanya namun akan berlaku kemudaratan atau kerosakan
pada yang lain, maka hendaklah dia tidak melakukan perkara itu bagi
mengelakkan kerosakan tersebut berlaku. Sebagai contoh, Adam tinggal di
tingkat 7 manakala Faris rumahnya di tingkat 6. Adam ingin memasang
penghawa dingin namun akan ada air yang menitik dari luar dan jatuh ke laman
Faris di tingkat 6. Walaupun ianya hak Adam dan rumah itu miliknya, namun
Adam perlulah meniggalkan keinginannya kerana bimbang akan berlaku
pergaduhan antara mereka dan kerosakan pada rumah Faris.

3.2 ‫ الضرر ال يزال بالضرر‬- Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan


kemudaratan

Kaedah ini bermaksud kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan


kemudaratan yang lain. Lebih-lebih lagi jika kemudaratan itu lebih bahaya
dari kemudaratan yang hendak dihilangkan. Walaupun kemudaratan itu
mestilah dihilangkan nemun bukan dengan cara melakukan kemudaratan
yang sama atau lebih besar darinya kerana ia akan menambahkan lagi
masalah.

Sebagai contoh, bagi menjaga kemudaratan dalam kehidupan manusia,


seseorang yang dipaksa membunuh orang lain tidak harus melakukannya
kerana akan berlaku kemudaratan yang sama atau lebih besar darinya. Akan
tetapi jika seseorang diugut bunuh jika tidak minum arak maka harus baginya
meminum arak tersebut kerana ancaman bunuh itu lebih berat daripada
minum arak.

3.3 ‫ يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام‬- Ditanggung kemudaratan khusus bagi
menolak kemudaratan umum

Situasi bagi kaedah ini adalah apabila berlakunya sesuatu masalah yang
perlu dihadapinya walaupun ia mendatangkan kemudharatan kepadanya
kerana jika dia tidak menempuh kemudaratan tersebut bimbang
kemudharatan yang lebih umum pula akan berlaku. Ini bermaksud hendaklah
ditempuhi kemudharatan yang khusus untuk mengelakkan dari berlakunya
kemudharatan berbentuk umum. Dalam konsep kehidupan manusia, manusia
berhak memalksanakan apa sahaja yang mendatangkan kebaikan kepada diri
meraka dan menghindarkan diri dari perkara-perkara yang mendatangkan
keburukan. Namun, dalam kaedah ini syarak menegah dari menghindarkan
diri sendiri dan orang tertentu sahaja sedangkan tindakannya itu akan
mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat yang lebih ramai dari
mereka. Maka, dalam keadaan tersebut seseorang ditegah syarak dari
melakukan perkara yang mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat
umum walaupun ianya untuk menghindarkan diri sendiri dari bahaya.
Sebagai contoh, terdapat doktor yang jahil terhadap ilmu kedoktorannya
dan memberi kemudharatan kepada pesakit-pesakit yang lain. Maka
diharuskan memberi sekatan kepada doktor tersebut agar tidak
memudharatkan orang ramai walaupun sekatan tersebut akan memberi
kemudharatan kepada doktor tersebut secara peribadi. Ini bagi mengelakkan
kemudharatan umum akan berlaku.

3.4 ‫درها‬WW‫در بق‬WW‫ الضرورة تقدر بقدرها أو ما ابيح للضرورة يق‬- Sesuatu yang diharuskan
kerana darurat, dihadkan mengikut kadar darurat sahaja.

Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu perkara yang dilarang diharus


melakukannya bagi menolak kemudharatan daripada manusia. Namun, kaedah ini
mempunyai kadarnya agar seseorang muslim mengambil kesempatan dengan
menggunakan alasan darurat tersebut. Kaedah dikuatkan lagi dengan firman
Allah:

Maksudnya:
“Maka sesiapa yang terpaksa memakannya kerana sedang ia tidak
menginginkannya dan tidak pula melampaui batas pada kadar benda yang
dimakan, maka tidak ada dosa atasnya”
(Surah al-Baqarah : 173).

Kaedah ini tetap terikat dengan kaedah lain bagi tidak berlaku
penyalahgunaan kaedah tersebut dan kaedah itu adalah setiap sesuatu yang
diharuskan kerana darurat sama ada dibuat atau tidak, adalah harus sekadar yang
boleh mengelak kemudaratan dan tidak boleh melebihi daripada kadar tersebut.

Sebagai contoh, seorang doktor lelaki diharuskan melihat aurat pesakit


perempuan namun ianya dibataskan pada tempat-tempat yang perlu dirawat
sahaja sekadar bagi hajat mengubatinya. Begitu juga dengan pesakit wanita tidak
harus mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki sedangkan ada doktor
perempuan yang dapat merawatnya ketika itu.

Selain daripada pecahan kaedah kemudaratan hendaklah dielakkan di atas,


terdapat banyak lagi pecahan yang perlu diketahui antaranya:
- Keadaan darurat mengharuskan yang dilarang
- Keperluan tertentu dikira darurat, sama ada untuk keperluan umum atau
khusus
- Kemudaratan dihilangkan sekadar kemampuan
- Kemudaratan lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan
yang lebih ringan
- Kemudaratan yang terjadi tidak boleh dianggap telah lama terjadinya
Kesemua ini adalah bagi mengelak dari berlakunya kemudaratan di dalam
kehidupan manusia. Justeru itu, manusia tidak dibenarkan membuat kerosakan
dan kemudaratan terhadap diri sendiri mahupun oran lain. Ia wajib dihindarkan
berdasarkan hadis riwayat Ibn Umar yang membawa maksud:

“Rasulullah SAW melarang jual beli berdasarkan penipuan”.

4.0 CONTOH APLIKASI QAWAID FIQHIYYAH DALAM MENOLAK


KEMUDARATAN

4.1 Penjelasan Hukum Terhadap Isu Mangsa MH370


MH370 merupakan pesawat yang hilang dan berakhir di dalam lautan
yang amat luas dan dalam menyebabkan bangkai pesawat dan mayat-mayat
penumpang tidak dapat ditemui. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencari
mangsa kejadian sehingga melibatkan 160 aset, 65 pesawat dan 95 kapal
bersama pakar-pakar dari 25 buah negara bagi mencari dan menyelamat
mangsa MH370. Sehingga mengambil tempoh hampir setahun mencari
mangsa tersebut namun tiada apa yang ditemui.
Justeru itu, kaedah fiqhiyyah iaitu menghilangkan kemudaratan diguna
pakai bagi menjaga agama, nyawa, keturunan, harta dan akal dalam menjaga
kemaslahatan keluarga-keluarga mangsa. Ketika itu juga mufti S.S Datuk Dr.
Zulkifli juga mengeluarkan hukum selagi mana belum ada kepastian tentang
kematian mangsa maka solat jenazah ghaib, tahlil dan pembahagian pusaka
tidak boleh dialksanakan lagi kerana bimbang akan memberi kesan yang
besar kepada keluarga mangsa sehinggalah badan berautoriti sendiri
mengeluarkan kenyataan rasmi. Kerana mereka juga dianggap ahli khibrah
yang menjadi rujukan utama para ulama’ dalam menetukan hukum.
Maka dalam menentukan hukum, kaedah menghilangkan kemudaratan
adalah kaedah yang paling utama dan disepakati oleh para ulama dalam
menetapkan fatwa bagi keadaan mafqud mangsa MH370 yang tidak ditemui.
Maka kaedah ini amat sesuai untuk menjaga lima prinsip maqasid syari’iyyah
mengikut keadaan semasa pada masa kini. Ini bagi mengelakkan daripada
kemudaratan yang terlalu lama akan menima ahli keluarga mangsa seperti
urusan pembyaran pampasan, insuran, dan sebagainya yang melibatkan
kehidupan ahli keluarga yang lain. Begitu juga dengan hak-hak isteri, anak-
anak yang ditinggalkan serta tempoh iddah yang perlu dijaga, kaedah ini
akan memudahkan pihak mahkamah membuat keutusan terhadap perkara-
perkara tersebut. Ia dapat mengelakkan dari berlakunya kemudaratan kepada
keluarga mangsa-mangsa MH370.

4.2 Hukum Menggunakan Khidmat Ibu Tumpang


Khidmat ibu tumpang ini adalah untuk mendapatkan zuriat dengan
cara seorang wanita lain yang mengandungkan anak pasangan lain untuk
diberikan kepada pasangan yang tiada zuriat namun terikat dengan kontrak
dan perjanjian tertentu. Keadaan ini telah diharamkan oleh majlis fatwa
berdasarkan kaedah fiqh hukum bagi wasilah adalah hukum bagi maksud
dan tujuan. Kaedah ini menjelaskan bahawa apa sahaja yang berkaitan
dengan aktiviti dan amalan tersebut adalah haram termasuk yang menjadi
perantara.
Namun dalam qawasid fiqhuyyah, kaedah kemudaratan hendakalah
dihilangkan juga sesuai digunapakai bagi menyokong pengharaman
aktiviti khidmat ibu tumpang tersebut. Ini kerana akan melibatkan dan
memberi kemudaratan terhadap anak yang bakal dilahirkan dan ibu yang
mengandungkannya dari segi nasab, pewarisan dan sebagainya.

4.3 Hukum Pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah
Saham Bumiputra (ASB)
Berikutan dengan huum pelaburan ASN dan ASB, muzakarah bersetuju
memutuskan bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam dan bagi
mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur di dalam ASB
dan ASN serta dividen dan bonus yang diterima adalah diharuskan.
Pengeluaran hukum ini berdasarkan masalih dharuriah, yang memberi
tumpuan kepada masalah kekukuhan ekonomi umat Islam yang memerlukan
kemajuan ekonomi umat. Malah Islam juga menegah umat berada dalam
kemudharatan dan kefakiran yang akan menyebabkan kekuatan ummah
tergugat.
Kaedah yang digunakan dalam mengelakkan kemudharatan ini adalah
sewaktu darurat ia dibenarkan mengikut kadarnya sahaja. Kadar tersebut
dapat ditentukan mengikut sejauh mana dan luasnya darurat yang ditempuhi.
Jika pelaburan tersebut dapat mengelakkan dirinya dari terus dalam
kefakiran, adalah diaharuskan sehingga dia sudah keluar dari kefakiran.
Ketika itu, perlulah dia menghentikan aktiviti pelaburan tersebut kerana tiada
darurat yagn jatuh ke atasnya jika tidak melakukan pelaburan di ASN dan
ASB.

4.4 Hukum Lafaz Kalimah Kufur


Kaedah kemudaratan hendaklah dielakkan dalam kes begini adalah
apabila ianya dilakukan secara paksa atau tanpa rela akibat diugut bunuh oleh
musuh namun di dalam hatinya masih beriman. Dalam keadaan begini
kaedah yang digunakan adalah keadaan darurat mengharuskan yang dilarang.
Ini berdasarkan firman Allah:
Maksudnya:
“Sesiapa yang kufur kepada Allah s.w.t. sesudah ia beriman maka baginya
kemurkaan dan azab daripada Allah kecuali orang yang dipaksa melakukan
kufur sedang hatinya tenang tenteram dengan iman”.
(Surah an-Nahl : 106).

5.0 KESIMPULAN
Qawaid fiqhiyyah merupakan suatu ilmu yang sangat penting bagi para mujtahid
dan penyelidik bagi mengeluarkan sesuatu hukum.

Rujuk
file:///C:/Users/user/Downloads/16428-949-32576-1-10-20190123.pdf
pendapat ulama ms 39

https://www.academia.edu/5990138/PPPG_3243_KAEDAH-
KAEDAH_FIQH_SEM_2_10_11_La_Dharar_wa_La_Dhirar

Anda mungkin juga menyukai