Anda di halaman 1dari 17

KAEDAH KETUJUH

Maksudnya : orang yang merdeka tidak termasuk dalam belenggu kekuasaan (al-suyuti, TT : 85) Di kalangan ulama mazhab Hanafi, yang bermaksud tidak dikenakan jaminan atau ganti rugi dengan sebab di rampas, walaupun ia adalah bayi. Antara lain kaedah tersebut membawa maksud orang yang merdeka itu tidak boleh menjadi milik.

HUKUM FURU 1. Seandainya seorang yang merdeka dipenjara kerana melakukan kesalahan, dan

ketika dipenjara dia telah meninggal dunia ditimpa runtuhan, maka kematiannya tersebut tidak mewajibkan gantirugi bagi pihak keselamatan, namun jika yang meninggal dunia tersebut seorang hamba, maka pihak keselamatan harus memberi ganturugi, kerana hamba meskipun manusia, ia diibaratkan sebagai harta benda yang dapat dijual beli dan diwariskan. Demikian juga pihak keselamatan tidak boleh mempergunakan kemampuan orang yang merdeka dipenjara, sedangkan hamba dibolehkan.

2.

Kiranya seseorang wanita merdeka disetubuhi secara syubhat kemudian hamil dan

meninggal dunia ketika bersalin, tidak diwajibkan membayar diyat atau denda. Sekiranya ia seorang hamba wajib membayar nilaiannya.

3.

Sekiranya seseorang wanita yang berada dalam kekuasaan seseorang lelaki. Namun

selepas itu terdapat lelaki lain yang mendakwa bahawa wanita tersebut isterinya , apa yang
1

lebih kukuhnya wanita tersebut dinisbahkan kepada lelaki yang mendakwa itu. Halo tersebut kerana kaedah orang merdeka tidak terletak dibawah kekuasaan.

4.

Kiranya seseorang bayi yang diletakkan atau ditinggalkan di kawasan banyak

binatang buas. Tidak wajib dikenakan ganti rugi, namun kiranya bayi tersebut adalah hamba, dikenakan nilai ganti rugi.

5.

Seseorang hamba tidur diatas unta dalam satu rombongan, tiba-tiba pemandu unta

memandu unta tersebut hingga hamba itu terkeluar daripada kafilah atau rombongannya. Pemandu unta itu dipotong tangannya, kerana dikira mencuri, Kiranya ia orang merdeka, pemandu itu tidak dipotong tangannya.

Imam Tajuddin al-subky menolak kaedah diatas, beliau menyatakan bahawa orang yang merdeka masuk dalam kekuasaan. Alasan beliau menggunakan kaedah itu adalah kerana kaedah diatas tidak didasarkan atas satu dalil pun, samada dari nas atau ijma sahabat, padahal setiap kaedah fiqhiyyah harus diamsusikan dari dalil.

KAEDAH KELAPAN

Maksudnya : Yang menjaga hukumnya sama dengan apa yang dijaganya

HURAIAN KAEDAH Antara lain juga ia bermaksud, sesuatu yang bertindak untuk menjaga sesuatu itu hukumnya adalah sama dengan yang dijaga. Di mana setiap perkara baik itu yang dihukum denga wajib, halal atau haram telah jelas dan ada batasan-batasannya. Namun selain daripada itu, ada yang syubhat yang perlu diambil perhatian dan dijaga agar tidak terjebak kepada yang haram.

RUMUSAN KAEDAH Berdasarkan kaedah yang tersebut setiap perkara yang diharamkan itu sudah pasti atau sudah tentunya mempunyai harim atau kawasan yang mengelilinginya. Iaitu yang mengelilingi yang haram itu, contohnya : dua belah peha seseorang itu ialah yang mengelilingi aurat besar. Konteks yang lebih luas, kaedah tersebut dapat dikaitkan dengan lafaz kaedah yang maksudnya setiap apa yang membawa atau menjadi sebab fitnah , sesungguhnya ia tidak harus . Untuk itulah al-Zarkasyi berkata : harim atau kawasan yang berada disekeliling dikira termasuk dalam perkara wajib. Begitulah juga, berkaitan dengan perkara yang dibenci serta yang diharamkan mempunyai persekitaran dan kelilingnya yang juga haram.

Apa yang pentingnya, kaedah tersebut mempunyai kaitan yang kukuh serta dirumuskan untuk menyekat sebarang jalan yang membawa kepada kerosakan dan keburukan atau sadd al-Zarai i. Ia antara lain selaras dengan lafaz kaedah yang bermaksud semua perkara yang membuka jalan kepada tegahan, adalah ditegah. Kaedah itu adalah kebalikan atau akas kepada kaedah yang membawa maksud apa sahaja perkara wajib yang tidak sempurna kecuali dengannya, ia adalah wajib.

SUMBER ASAL KAEDAH Kaedah ini diambil dengan berdasarkan sabda nabi SAW yang diriwayatkan daripada al-Nu man bin Basyir.

(
Maksudnya:

Yang halal dan yang haram telah jelas, di antara keduanya ada masalah syubhat ( belum jelas halal haramnya) di mana manusia tidak banyak mengetahuinya. Maka barang siapa yang menjaga dirinya dari syubhat, beerti ia membersihkan agama dan dirinya, dan barang siapa yang jatuh dalam syubhat beerti ia ia jatuh dalam keharaman seperti pengembala yang mengembala di sekitar pagar, dikhuatirkan akan melanggar kedalam pagar . ( HR. Bukhari Muslim dari Nu nan).

HUKUM FURU Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah : 1. Haram hukumnya berseronok dengan isteri diantara pusat dengan lutut ketika ian dalam berkeadaan haid, kerana diharamkan melakukan persetubuhan pada faraj.

2. Dua peha itu adalah merupakan persekitaran dan keliling kepada aurat terbesar, iaitu kemaluan. 3. Harim masjid, iaitu beranda masjid itu hukumnya adalah seperti masjid. Justeru itu, tidak boleh mengadakan urusan jual beli disitu serta diharamkan bagi orang berhadas besar. Disitu pula boleh I tikaf.

PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH Berkaitan perkara yang haram serta diharamkan, harimnya juga adalah haram hukumnya. Satu hukum furu yang terkecuali daripada kaedah kulliyyah ialah : Iaitu bahagian dubur isteri. Bahagian tersebut merupakan haram hukumnya

disetubuhi, namun pun begitu, ulama mengharuskan berseronok atau berlazat dengan harimnya iaitu dibahagian di antara dua punggung isteri itu.

KAEDAH PECAHAN Terbentuk pula kaedah-kaedah juziyyah lain yang mempunyai kaitan serta menjadi kaedah pecahan daripada kaedah kulliyyah tersebut diatas. Antara kaedah juziyyah yang akan dibentangkan disini ada satu sahaja. Iaqitu kaedah

Maksudnya : Apa sahaja yang wajib tidak menjadi sempurna melainkan dengannya, ia menjadi wajib.

a. Huraian kaedah Manakala harim daripada sesuatu perbuatan yang wajib, adalah sesuatu hal atau sesuatu perkara yang mana perbuatan wajib itu sendiri tidak akan sempurna, kecualilah sekiranya hal atau perkara tersebut turut serta dilakukan atau dilaksanakan.

b. Hukum furu Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ini ialah : i. Seseorang yang menutup aurat diutamakan menutup lebih daripada bahagian sepatutnya ditutup. Contohnya : aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut.

Namun ia wajib menutup sebahagian pusat dan lututnya.

ii.

Seseorang yang berwudhuk diwajibkan membasuh sebahagian leher dan kepalanya ketika membasuh muka.

iii.

Seseorang yang berwudhuk wajib membasuh sebahagian anggota lengan, iaitu yang sebelah atas sikunya, ketika ia membasuh tangan hingga kesiku.

iv.

Seseorang yang berwudhuk diwajibkan membasuh sebahagian betisnya ketika ia membasuh kakinya hingga buku lali.

KAEDAH KESEMBILAN

Maksudnya : Apabila dua perkara sejenis berkumpul serta tidak berbeza maksudnya, maka yang satu dimasukkan kepada yang lain menurut kebiasaannya . (al- Suyuti , TT : 86)

HURAIAN KAEDAH Kaedah tersebut dapat dijelaskan iaitu, seandainya ada dua perkara atau permasalahan yang mana maksud diantara keduanya itu adalah sama, salah satu daripada dua perkara tersebut terus dimasukkan sahaja kedalam yang satu lagi atau dimasukkan kepada yang lainnya.

RUMUSAN KAEDAH Sebagai rumusannya, dua perkara ynag sama matlamatnya memadai atau cukup dilaksanakan salah satu daripada keduanya sahaja. Kerana mengerjakan salah satu daripada keduanya itu telah memadai dan ia mencakup atau meliputi yang lain. Yang mana antara lain juga sudah cukup dilaksanakan perkara yang lebih besar itu sahaja. Kerana perkara yang kecil itu termasuk dengan sendirinya dalam perkara yang besar itu.

HUKUM FURU Kaedah ini terangkum ke dalam prinsip-prinsip feqah islam yang diakui oleh ulamak dan banyak sekali hukum-hukum kaedah yang termasuk didalamnya. Antara hukum-hukum yang termasuk di dalam kaedah ini ialah :

1) Apabila berhimpun hadas kecil dengan junub iaitu hadas besar memadailah dengan mandi junub sahaja mengikut al-mazhab ini dikiaskan kepada berhimpunnya antara junub dan haid , jikalau orang yang berihram dengan haji melakukan nafsu kelamin dengan isteri tanpa bersetubuh diwajibkan membayar fidyah, tetapi jika ia bersetubuh termasuklah fidyah kedalam kafarah mengikut pendapat yang soheh, hokum ini didasarkan keatas hadas kecil termasuk didalam kaeda( kecil termasuk kedalam yang lebih besar. ) maknanya yang lebih

a. Jika berhimpun diantara hadas kecil dan najis hukum (najasah hukmiyyah) memadailah dengan sekali basuh sahaja mengikut pendapat yang sah disisi an-nawawi.

2) Orang yang masuk ke dalam masjid lalu ia solat fardu, maka ia termasuk ke dalam solat tahyatul masjid ke dalam fardu.

3) Orang yang masuk ke dalam bumi haram di Mekah yang berihram dengan haji ferdu atau umrah termasuklah ihram untuk memasuki Mekah.

4) Orang yang dating ke Mekah lalu ia tawaf fardu atau nazartermasuklah kedalamnya tawaf qudum, ini berlainan dengan ia melakukan tawaf ifadah, yang mana tidak termasuk kedalamnya tawaf widaq, sebab keduanya dikira berasingan dan tujuannya berlainan pula. Ini juga berlainan orang yang masuk kedalam masjid haram tiba-tiba ia dapati orang ramai sedang
8

menunaikan solat berjamaah lalu ia solat bersama mereka itu maka ia tidak memperolehi tahiyyat iaitu tawaf kerana tawaf itu tidak termasuk kedalam jenis solat.

5) Jika berlaku kelupaan dalam masa menunaikan sembahyang tidak di tuntut sujud sahwi beberapa kali. Keadaan ini berbeza dengan gentian-gantian ihram, kerana tujuan sujud sahwi ialah menurup kelalaian daripada syaitan maka sudah memadai dengan dua kali sujud sahwi diakhir solat. Tetapi tujuan gentian ihram pula ialah menggantikan pencabulan terhadap kehormatan ihram. Maka tiap-tiap kali pencabulan itu dikenakan satu gentian jadi tujuannya berbeza.

6) Orang yang minum arak lalu dikenakan hukuman iaitu dilaksanan setengah hukuman seperti disebat 30 kali kemudian dia minum pula maka hukum had iaitu yang pertama termaksuk ke dalam hukuman had yang kedua.

7) Orang yang menuduh kazaf beberapa kali terhadap seseorang yang lain dengan zina memaidailah dengan hukuman sekali had sahaja mengikut pendapat yang sah dalam mazhab Shafiee.

8) Orang berzina sedang dia masih teruna kemudian dia berzina pula walhal dia tidak teruna lagi, adakah memadai dengan satu hukuman sahaja iaitu direjam ?. Ada 2 pendapat di dalam kitab Asnulraudhah tanpa ditarjihkan, yang pertama memadai direjam sebab yang lebih kecil termasuk ke dalam yang lebih besar. Manakala yang kedua hendaklan dikenakan 2 kali hukuman sebab jenisnya berlainan, tetapi Al-Barazi membenarkan pendapat yang pertama di dalam kitab At-Tamyiz. Keadaan ini berbeza dengan orang yang mencuri, dan berzina, sebab keadaan hukuman berlainan.

9) Orang yang berjima 2 kali pada bulan Ramadhan maka dikenakan kafrah ke atas jima yang pertama sahaja sebab jima yang kedua itu tidak terkena di masa puasa tela terbatal dengan jima yang pertama. 10) Orang yang sedang berihram dengan ibadat haji yang memakai pakaian berjahit dan berwangian maka Al-Rafiee dan An-anawawi ada menpunyai perbezaan pendapat : Ai-Rafiee mentarjaihkan wajib membayar 2 fidyah, tetapi An-anawawi mentarjihkan 1 fidyah kerana segi perbuatan sama dan air wangi atau bauan itu sebagai ekoran atau ikutan kepada kain.

11) Orang yang jima dara (gadis) dengan syubhat wajiblah dia membayar ganti rugi dan tidak ada tadahul (kesatuan)dalam masalah ini sebab berlainan jenis dan tujuannya, kerana ganti (arahs) kedaraan ialah unta , manakala mahar biasanya dibayar wang seterusnya gantirugi dikenakan keatas jenayah manakala mahar itu ialah kerana istimtaq perempuan.

12) Seseorang yang melakukan 2 perbuatan jenayah yang membinasakan orang lain, satu perbuatan dengan senyaja dan satu lagi adalah tersalah, maka keduanya tidak dapat disatukan kerana ada perbezaan, sebab diyat perbuatan senyaja ialah membayar 3 peringkat secara tunai ke atas jenayah perbuatan dan diyat perbuatan tersalah ialah membayar 5 peringkat unta dengan cara atas keluarga penjenayah (aqilah).

13) Orang yang memotong kaki tangan dan bahagian anggota berhampiran dada seseorang yang lain kemudian ia mati dengan kelukaan itu maka termasuklah kedalam diyat nyawa.

Demikian setengah contoh-contoh masalah kaedah yang termasuk ke dalam kaedah yang tersebut di atas untuk menjadi bahan fikiran dan perbandingan kepada lain-lain masalah.

10

PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH Berkaitan perkara yang haran serta diharamkan, harimnya juga adalah haram hukumnya. Antara hukum furu yang terkecuali daripada kaedah kulliyyah ialah : 1. Seseorang yang melakukan persetubuhan dua kali ketika berihram. Menurut pendapat yang jelas dan kukuh, ia wajib membayar kaffarah kambing juga untuk persetubuhan kali kedua itu. Sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Syeikh alKhatib al-Syarbini dalam kitab : Mughni al-Muhtaj dan imam al-Nawawi dalam alRawdah. Alasannya kerana antara keduanya tidak saling mencukupi. Kerana persetubuhan kali kedua juga ia dikira dalam keadaan ihram.

2. Sekiranya seseorang melakukan dua perbuatan membunuh. Salah satunya secara sengaja dan yang lainnya secara tersalah. Di antara keduanya tidak saling mencukupi. Iaitu hendaklah dikenakan dua diyat kerana perbezaan kesalahan dan perbuatan.

3. Pembiayaan kos perubatan kerana melukakan kepala tidak termasuk atau tidak tercangkup dalam diyat menghilangkan akal. Kerana luka itu bersifat zahir dan akal bersifat batin.

4. Pembiayaan kos perubatan untuk gigi seseorang yang dipatahkan tidak tercangkup dalam diyat kerana mencederakan dagu. Kerana ia tempat yang berlainan.

5. Kos pembiayaan perubatan untuk cuping telinga yang dicederakan tidak termasuk dalam bayaran diyat telinga yang dirosakkan. Kerana telinga ialah bahagian pendengaran yang bersifat batin dan cuping telinga bersifat zahir.

6. Biaya perubatan kerana mencederakan dada tidak termasuk dalam diyat menghilangkjan putting susu. Hal itu kerana perbezaan tempat jenayah.
11

KAEDAH KETIGA PULUH SEMBILAN

Maksudnya : Sesuatu yang tidak dapat dibahagi, maka memilih sebahagian ( hukumnya) sama dengan memilih keseluruhan, demikian juga menggugurkan pula keseluruhan . (al-Suyuti, TT ; 108)

HURAIAN KAEDAH Sesuatu perkara atau perbuatan ada kalanya dapat dipecah-pecahkan antara satu dengan yang lain. Keadaan lain juga, sesuatu perkara itu tidak dapat dipecah-pecahkan atau tidak dapat dibahagi-bahagikan. Di antara perkara perkara yang tidak dapat dibahagi-bahagikan sebagai contohnya : qisas, merdeka dan talak. Sebaliknya pula perkara atau benda yang dapat dibahagikan, apabila menyebut sebahagiannya sahaja. Contohnya : seseorang yang hanya sanggup menanggung daripada hutang kawannya, dalam keadaan itu yang berlaku atau hukumnya sahaja. Hal itu kerana hutang adalah perkara yang dapat dibahagi. Justeru itu, ia bertanggungjawab membayar hutang kawannya itu separuh sahaja.

RUMUSAN KAEDAH Berdasarkan kaedah itu, terhadap sesuatu benda atau perkara yang dapat difahami maksud dan wujudnya, apabila disebutkan sebahagian seolah-olah atau seperti menyebut secara keseluruhannya. Untuk itu, dalam keadaan tersebut hukum menyebutkan sebahagiannya itu disamakan dengan hukum menyebutkan secara keseluruhannya.

12

KAITAN KAEDAH Terdapat beberapa lafaz kaedah lain yang dapat dikaitkan dengan kaedah tersebut. Antaranya ialah :

1. Kaedah :

Maksudnya : Memilih sebahagian apa yang tidak dapat dipecahkan seperti memilih untuk seluruhnya.

2. Kaedah :

Maksudnya : Hukum terhadap sebahagian apa yang tidak dapat dipecahkan seperti memilih untuk seluruhnya.

3. Kaedah :

Maksudnya : Yang terbesar itu apabila ia gugur daripada orang ramai, dikira gugur apa yang terkecil daripadanya.

4. Kaedah :

Maksudnya : Setiap yang terkenal harus pada seluruh atau semua, harus pada sebahagian.

13

HUKUM FURU Di antara hukum furu yang terrbentuk daripada kaedah ialah :

1. Seseorang suami yang menjatuhkan 1/3 atau talak terhadap ieterinya. Konteks itu, yang seharusnya dihukumkan sama dengan menjatuhkan talak secara mutlak atau satu talak. Hal tersebut kerana talak itu merupakan suatu perkara yang tidak mungkin wujud apabila ia dibahagi-bahagikan. Iaitu ia merupakan kesatuan atau tidak boleh dibahagi-bahagikan. Seebagaimana yang dijelaskan oleh ibn al-Munzir dan imam al-Nawawi dalam al-Rawdah. 2. Seseorang yang sanggup menanggung atau menjamin terhadap setengah jiwa seseorang , ia dihukum seharusnyamenanggung atau menjamin terhadap keseluruhan jiwa tersebut. Kerana jiwa merupakan perkara yang tidak dapat dibahagi-bahagikan.

PENGECUALIAN DARIPADA KAEDAH Di antara hukum furu yang dikecualikan daripada kaedah tersebut ialah :

Sebahagian tidak melebihi terhadap keseluruhan hanya dalam satu masalah, iaitu masalah yang berkaitan dengan talak secara zihar. Seseorang suami berkata kepada isterinya : awak bagi saya seperti belakang atau punggung ibu saya . Ia merupakan ungkapan atau lafaz penuh atau seluruh. Namun ia bukan dikira ungkapan soreh atau ia dikira lafaz tidak jelas dan tidak berlangsung seperti seluruh atau sepenuhnya. Hal itu dijelaskan oleh imam alNawawi dalam al-Rawdah.

KAEDAH PECAHAN Di antara kaedah pecahan yang terbentuk daripada kaedah kulliyyah tersebut ada satu, iaitu: Iaitu kaedah :

Maksudnya : Menyebutkan sebahagian sesuatu yang tidak dapat dibahagi, seperti menyebut semuanya.
14

a. Kaitan kaedah Kaedah atau lafaz kaedah tersebut juga hampir sama dengan lafaz :

i.

Kaedah : Apa yang dijelaskan oleh imam al-Dabusi :

Maksudnya : Sesungguhnya apa yang tidak dapat dipecahkan-pecahkan itu, kewujudan sebahagiannya seolah-olah seperti kewujudan semuanya.

ii.

Kaedah : Manakala al-Zanjani pula membawa dengan lafaz :

Maksudnya : Apa yang tidak dapat dipecah-pecahkan, penetapan sebahagiannya merupakan penetapan seluruhnya.

iii.

Kaedah :

Konteks lain ia dapat dikaitkan dengan kaedah juziyyah imam Taj al-Din al-Subki mengibaratkan dengan penjelasan yang lebih umum, iaitu :

,
Maksudnya : Hukum terhadap sebahagian yang tidak dapat dipecahkan dengan penafian atau penetapan, dikira menghukum terhadap seluruhnya.

b. Rumusan kaedah Kaedah juziyyah tersebut mempunyai hubung kait dan menyentuh kaedah yang maksudnya mengamalkan sesuatu lafaz dan ucapan itu lebih utama daripada mengabaikannya. Untuk itu, jika sesuatu ucapan itu tidak dapat tidak dengan menyebut sebahagian seperti menyebut sepenuhnya, hendaklah dilaksanakan ucapan tesebut. Kiranya tidak. Ia diabaikan.
15

c. Hukum furu Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah ialah : i. Seseorang suami yang menceraikan atau mentalakkan isterinya denga berkata : Saya ceraikan engkau denga separuh talak. Apa yang berlaku dan dikira ialah talak keseluruhannya. Iaitu talak satu raj i. Kerana talak tidak boleh dipecahpecahkan. Seseorang tuan yang berkata kepada hamba yang dimilikinya: Saya merdekakan kamu setengah. Apa yang berlaku ialah merdeka sepenuhnya.

ii.

iii.

Seseorang wali atau yang berhak memberi kemaafan berkaitan perkara qisas telah memaafkan separuh kesalahan pesalah, dikira memaafkan seluruhnya. Kerana perkara qisas tidak boleh dipecah-pecahkan.

16

BIBLIOGRAFI

1. Ustaz Abd Latif Muda dan Ustazah Rosmawati Ali@ Mat Zin, Perbahasan KaedahKaedah Fiqh (2000), Ilham Abati Enterprise. 2. Al-Qawaid Al-Fiqhhiyyah, PPIPS UTM Skudai Johor Bahru. 3. Mohd Said Ishak, Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Persekutuan melayu Republik arab Mesir (PMRAM), cetakan 2003. 4. Mohd Saleh haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam, Pustaka Haji Abdul Majid Kuala Lumpur,Cetakan 1999.

17

Anda mungkin juga menyukai