Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

BIL
1.

1.0

DEFINISI TALFIQ

2.

2.0

BAHAGIAN BAHAGIAN TALFIQ


2-3

3.

2.1

TALFIQ DALAM IJTIHAD

4.

2.2

TALFIQ DALAM MAZHAB

5.

3.0

PEMBAHAGIAN TALFIQ BERDASARKAN KEADAAN


TERTENTU

3-4

6.

4.0

KEHARUSAN PENGAMALAN TALFIQ

4-5

7.

5.0

APLIKASI TALFIQ DI MALAYSIA

5-6

8.

KESIMPULAN

HUKUM PENGAMALAN TALFIQ DAN APLIKASINYA


DI MALAYSIA
1.0

DEFINISI TALFIQ

Talfiq atau tidak terikat dengan mana-mana mazhab dapat diberikan dangan pengertian
berikut:
Pengertian dari segi bahasa:
Usul berasal dari perkataan laffaqa ( )(yang membawa maksud melipat kain supaya
bertemu hujungnya
Pengertian dari segi istilah:
Menurut pengertian istilah antaranya:
a) Menggabungkan sesuatu atau menyesuaikannya supaya menjadi sesuatu yang selari.
b) Mengikuti lebih daripada satu mazhab dalam perkara ibadat atau tidak terikat dengan
mana-mana mazhab.
c) Mencampuradukkan pendapat ulama mazhab yang berbeza-beza untuk menangani
sesuatu permasalahan.
Contohnya, seseorang berwuduk mengikut mazhab Syafie yang hanya menyapu sebahagian
kecil daripada kepala. Kemudian, dia menyentuh perempuan yang bukan mahram dengan
bertaqlid mengikut mazhab Maliki yang berpendapat tidak batal wuduk dengan sebab
menyentuh perempuan tanpa berlapik yang harus dikahwini. Selepas itu dia sembahyang.
Dengan perbuatan tersebut, tidak ada seorang pun daripada kalangan imam-imam mujtahid
memperakui sah sembahyangnya, kerana Imam Syafie menganggap wuduknya terbatal
dengan sebab menyentuh perempuan, manakala Imam Malik tidak menganggap sah wuduk
kerana dia tidak menyapu kesemua kepalanya

2.0

BAHAGIAN-BAHAGIAN TALFIQ
2

Talfiq dapat dibahagikan kepada dua:


a. Talfiq dalam ijtihad.
b. Talfiq dalam mazhab.
2.1

TALFIQ DALAM IJTIHAD

Ia bermaksud dua orang atau lebih mujtahid yang berijtihad dalam pekara tertentu dan hasil
pendapat mereka berbeza walaupun dalam masalah yang sama.
Dan adakah ulamak yang lahir selepas mereka boleh mengeluarkan pendapat yang ketiga.
Terdapat dua pandangan iatu:
I.

II.

Menurut Imam Ghazali dan Asnawi:


Tidak mengapa dan harus bagi mujtahid untuk mengeluarkan pendapat ketiga tetapi
masalah itu haruslah masalah khilaf dan tidak ada sepakat ulamak.
Menurut al Bazdawi:
Tidak harus untuk mengeluarkan pendapat ketiga kerana persetujuan ulamak pada
zamannya menerima dua pendapat dan itu dikira ijmak . oleh itu ijmak mesti
diterima.

2.2

TALFIQ DALAM MAZHAB

Ialah orang awam yang beramal dan mengikuti beberapa mazhab dalam satu masa.
Ulamak tidak mengharuskan muqallid beramal dengan mazhab lain daripada mazhab yang
diikutinya. Walaupun begitu terdapat kelonggaran bagi muqallid untuk beramal dengan
mazhab lain apabila keadaan memerlukan dengan syarat-syarat tertentu.
Antaranya ialah:
I.
II.

Pekara yang diamalkan itu tidak bercanggah dengan ijmak.


Apa yang diamalkan itu bukan amalan yang disepakati oleh ulamak tentang

III.

batalnya.
Dua pendapat atau mazhab yang diamalkan itu tidak menghasilkan natijah atau
matlamat pada hakikat amalan yang satu

3.0

PEMBAHAGIAN TALFIQ BERDASARKAN KEADAAN TERTENTU

Talfiq boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu:

I.

Memilih hukum-hukum secara keseluruhan untuk beramal, mengetahui dan berasa selesa
dengan melihat dalil yang lebih rajih tanpa mengambil kira juzu-juzu hukum tersebut
dan implikasi yang mungkin timbul daripada beramal dengannya pada peristiwaperistiwa yang berlainan. Bagi yang mengharuskan taqlid sebegini, tiada sebarang syarat
diletakkan untuk diamalkan.
Memilih hukum-hukum untuk beramal dengannya pada keadaan-keadaan tertentu sahaja.

II.

Bahagian kedua inilah yang dilarang oleh sebahagian ulama kerana talfiq akan terealisasi
dengan menghimpun dan memakai dua pendapat yang berbeza pada sesuatu kes pada
satu masa yang sama. Misalnya, berwuduk dengan menerima pakai pendapat sebahagian
mujtahid pada perkara yang sah wuduk dan menerima pakai pendapat mujtahid yang lain
pada perkara yang membatalkannya, lalu bersolat dengan wuduk tersebut.
Begitu juga talfiq akan menjadi kenyataan apabila beramal pada satu-satu peristiwa,
pandangan kedua akan menjadi kenyataan. Sebagai contoh, seorang wanita yang baligh
bernikah tanpa wali dengan mengikut mazhab Hanafi, kemudian suami kepada wanita
tersebut menceraikan isterinya dengan lafaz bain menurut mazhab Hanafi tetapi taqlid
kepada mazhab Syafie dalam masalah ini dan menganggap lafaz talak ini hanya talak raji
lalu dia rujuk tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru.
Walau bagaimanapun, jika dia tidak beramal dengan kedua-dua pendapat ini sekaligus tetapi
secara berasingan tanpa kesan daripada pendapat yang pertama, maka tidak dinamakan talfiq.
Begitu juga beramal dengan kedua-dua pendapat tetapi pada peristiwa yang berlainan, turut
tidak dinamakan talfiq.
4.0

KEHARUSAN PENGAMALAN TALFIQ

Golongan yang berpendapat bahawa Talfiq adalah harus, berpendapat bahawa:


1. Telah menjadi satu ketetapan dalam Islam bahaw akita wajib mengikut la-Quran dan alSunnah. Sekiranya kebenaran yang ditunjukkan oleh sumber ini berada di luar dari
mazhab yang kita pegang maka kita wajib mengambilnya, sekalipun terpaksa
mencampur adukkan pendapat-pendapat.
2. Telah menjadi satu ketetapan Islam juga bahawa ianya bersifat memudahkan.
Pengharaman talfiq yang memaksa itu berpegang dengan mazhabnya sekalipun dia sudah
mengetahui kebenaran yang lain adalah satu bebanan ke atasnya. Iaitu menafikan haknya
4

untuk melakukan apa yang diketahuinya sebagai yang lebih benar dan tepat dengan
Syariah.
3. Tiada dalil dari syarak yang menunjukkan pengharaman melakukan Talfiq ini, maka
sebagaimana bertaqlid dan bermazhab itu dibolehkan, sewajarnya bertalfiq juga
dibolehkan.
4. Membolehkan bertalfiq boleh menyebabkan seseorang itu berusaha mendalami agama
dan mencari Ilmu, kerana orang yang berusaha untuk menilai sejauh mana kebenaran
pegangannya akan berusaha menuntut ilmu. Berbeza dengan pengharamannya, yang
hanya menyebabkan pemikirannya beku dengan apa yang diwarisinya dari orang yang
sebelumnya.
Pengharmonian antara golongan yang mengatakan ketidakbolehan talfiq secara total dan
goongan yang mengatakan keharusannya secara mutlak tergambar pada usaha meletakkan
syarat-syarat untuk mengamalkan talfiq dan membataskan keadaan-keadaan tertentu.
Dengan lebih terperinci, hukum talfiq ini boleh dibahagikan kepada lima bahagian hokum
Syarie iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Pembahagian itu dibuat berdasarkan
cara, sebab dan natijah dan melakukan talfiq itu sendiri.
5.0

APLIKASI TALFIQ DI MALAYSIA

Antara penghukuman fiqh yang telah dilaksanakan di Malaysia dengan menggunakan


pengamalan talfiq:
1. Pembinaan masjid dengan menggunakan harta yang dikumpulkan dari zakat fitrah.
Mengikut mazhab Syafie, harta yang diperoleh hasil kutipan zakat fitrah tidak boleh
disalurkan kepada selain asnaf yang lapan itu. Membina masjid tidak termasuk di dalam
lapan golongan yang mengikut mazhab Syafie, tetapi mengikut mazhab Hanafi ia
termasuk di dalam golongan fisabillah. Masyarakat Islam Malaysia telah menerima
pengamalan ini dengan tidak menyedari bahawa ia adalah salah satu bentuk talfiq.
2. Aurat pelajar wanita Islam di hadapan Ajanabiyyah di asrama perempuan. Mengikut
mazhab Syafie, seorang muslimah tidak boleh menampakkan auratnya di hadapan
ajnabiyyah kafirah kerana aurat di hadapan wanita ini adalah sama dengan aurat di
hadapan lelaki. Tetapi, Majlis Fatwa Negeri Sembilan telah menfatwakan keharusan
membuka aurat ini sekiranya ada kepentingan (darurah) yang menuntut kepada membuka
5

beberapa bahagian tubuhnya yang mana ini adalah pendekatan mazhab Hanbali yang
membolehkan seorang muslimah mendedahkan auratnya di hadapan wanita kafirah.
3. Mendirikan solat Jumaat tidak boleh kurang daripada 40 orang. Mengikut mazhab
Syafie, solat Jumaat tidak boleh didirikan sekiranya bilangan Jemaah kurang 40 orang,
tetapi Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang kebolehan mendirikan
solat Jumaat dengan hanya empat orang bagi penuntut-penuntut Malaysia yang berada di
luar Negara.

KESIMPULAN
Majoriti masyarakat Malaysia mengaku berpegang dengan mazhab Syafii. Namun begitu,
dari segi amalan, mereka tidak mengikut dan mengamalkan pandangan mazhab Syafii secara

sepenuhnya. Berlaku perpindahan dan pengambilan pandangan mazhab lain dalam


sesetengah perkara seperti dalam isu taharah, wudhu, solat, puasa dan zakat.
Perpindahan dan percampuran mazhab tersebut dikesan berlaku secara meluas dalam
sesetengah persoalan dalam isu-isu tersebut dan secara sederhana atau rendah dalam setengah
persoalan yang lain. Perpindahan mazhab berlaku dengan meluas di kalangan masyarakat
dalam perkara-perkara berikut :
1. Perkara-perkara yang mengandungi masyaqqah atau kesusahan dalam pengamalannya.
Dalam hal tersebut, masyarakat cenderung untuk memilih pendapat yang dirasakan
mudah dan munasabah untuk dilakukan.
2. Perkara yang telah telah diputuskan oleh badan berkuasa dan telah dikuatkuasakan
melalui perundangan. Dalam situasi ini, masyarakat akan menerima dan mengamalkan
perkara tersebut walaupun ia bukan merupakan pandangan mazhab Syafii.
3. Perkara yang telah diterima sekian lama dan menjadi amalan meluas dalam masyarakat.
Masyarakat hanya mengikut sahaja amalan tersebut walaupun ia bukan berasaskan
pandangan mazhab Syafii. Percampuran mazhab atau kecenderungan untuk memilih
pandangan mazhab selain Syafii kurang berlaku dalam isuisu yang telah diketahui
secara meluas dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, melalui kajian didapati berlaku
peningkatan kecenderungan dalam memilih pandangan mazhab selain Syafii dalam
persoalan-persoalan yang kurang biasa dipelajari secara meluas dan tidak biasa dihadapi
oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai