Anda di halaman 1dari 4

MASALAH TAKLID DAN TALFIQ http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id50.

html

KEUNGGULAN ISLAM

Home
AL-QURAN | HADIS | BAHR AL-MAADZI | SEJARAH | TOKOH ISLAM | TAZKIRAH | PERSOALAN |
ALBUM | PERBINCANGAN | FAIL | NASYID | LINK

Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke


dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka
yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui
sumber dan cara pengambilannya. Seperti seseorang itu mengikut
pendapat Imam SyafiI tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang
seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?


Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan
penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh
dalil yang qathI dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut
sebagai `al-malum minad din bid-dharurah. Contohnya ialah hukum
tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan
ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat
diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak
memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.

Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana


semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-


masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti
masalah yang hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal
wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab,
masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu
diteliti terlebih dahulu untuk diketahui Apakah hukum yang boleh
dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya
terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan
pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang
seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum


dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah
seperti Imam SyafiI, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang
mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid

1 of 4 12/22/2010 5:06 PM
MASALAH TAKLID DAN TALFIQ http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id50.html

disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai


hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.

Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang


tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil
pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan
berijtihad).

Bertaklid kepada mazhab-mazhab


Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab
SyafiI, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia rata-rata bertaklid
kepada mazhab Syafii.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?


Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya SyafiI dan lain-lain mazhab di atas?
Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab SyafiI, ini bermakna kita juga
boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.

Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib


bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu
masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam
masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab SyafiI


dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan
mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat
dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:


1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan
Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya
berijtihad.

Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah,
kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh,
mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafii.
Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat SyafiI dengan
membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi
dengan tidak membaca bismillah.

Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:


1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab
dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi
dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini


adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza
dalam dua masalah yang berbeza Wuduk dan sembahyang.

Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai

2 of 4 12/22/2010 5:06 PM
MASALAH TAKLID DAN TALFIQ http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id50.html

keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-


mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan
yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh


Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat
SyafiI telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai.
Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan
untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun
masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab


dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia
tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.

Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba
Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau
hujahnya.

Ittiba adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari


mujtahid.

Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi
salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.

Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan


mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya.
Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat
rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya
(tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.

Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat


sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari
semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia
dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab
masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab
Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah
seterusnya.

Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan
semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi
sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah
al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.

Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:


1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.

3 of 4 12/22/2010 5:06 PM
MASALAH TAKLID DAN TALFIQ http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id50.html

2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab Dapat bertolak ansur dengan


mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.

Bagaimana kita di Malaysia?


Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia
beramal dengan mazhab Syafii. Namun sudah tidak dalam semua cabang
permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu
sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafii. Dalam
soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri
kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan
perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-
undang Islam Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan
amat sulit sekali.

Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut


pendapat SyafiI, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian
beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan
masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak
tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah,
akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada
yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya
akan menerima.

Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah
menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab
SyafiI jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan
sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan
yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar
menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka
akan cela dan bidahkan. Ini akan memberikan kesan yang lebih buruk
lagi.

BAB UMUM, ISTILAH DAN MAZHAB

Enter supporting content here


Iklan oleh Google
Jus Mate 5 TULEN 50 $ to open account Free Islamic Buku Hospital in Selangor
JUS MATE 5 Herba Prima Marketing, islamic forex trading free demo account Islamic Kaset, Articles, videos in 85 Find Full List of Hospitals, Get
Para Pengedar JUS MATE 5 Dekat , start trading Languages for free Addresses, Phones, Maps
Anda www.afb.com.kw islamhouse.com www.701panduan.com
Jus-Mate-5.com

4 of 4 12/22/2010 5:06 PM

Anda mungkin juga menyukai