Anda di halaman 1dari 4

HAYY IBN YAQDZON karya Ibn Thufail

Buku ini dibuka dengan penjelasan pengarangnya mengenai tujuan


penulisan. Ibn Tufail mengatakan bahawa karyanya itu ditulis untuk
menyebarkan falsafah Masyriqiyah Ibn Sina. Pada peringkat epistemologi
dan metafizik, pencapaian pengetahuan dalam falsafah Masyriqiyah mirip
dengan tasawuf atau mistisisme illuminatif. Pengetahuan yang ingin
dicapai ialah pengetahuan illuminatif atau kasyf, iaitu tersingkapnya
penglihatan kalbu dari hijab yang menghalangi seseorang menyaksikan
keberanan hakiki.
Seorang anak lelaki bernama Hayy bin Yaqzan telah dibuang oleh ibunya
ketika masih bayi dengan memasukkan ke dalam sebuah peti dan
kemudian menghanyutkan peti itu ke sungai, da terdampar di pulau
Waqwaq. Seekor rusa betina berasa kasihan melihat bayi dalam peti itu
dan kemudian memelihara Hayy. Hayy bin Yaqzan

membesar menjadi

anak yang sihat dan kuat, serta dapat bersaing dengan binatang lain
dalam berburu binatang kecil untuk santapannya. Namun ketika fikirannya
sudah mula

bergerak,

dia

sedar akan perbezaan dirinya

dengan

binantang-binatang lain sekelilingnya.


Setelah usianya mencecah dan meningkat tujuh tahun, peringkat
pengetahuan dan kesedarannya sudah semakin berkembang. Pada suatu
hari ibu angkatnya meninggal dunia. Dia ingin mengetahui rahsia
kematian. Tubuh rusa yang mati itu dibedahnya untuk mengetahui apa
penyebab kematiannya. Dia mengetahui bahawa kematian iu secara
badaniah disebabkan berhentinya denyut jantung. Setelah merenung
lebih jauh ia pun mengetahui bahwa kematian disebabkan terpisahnya
badan dari roh.. Kini ia mulai menyedari tentang adanya asas hayat yang
disebut roh itu.
Dia mula menyedari kehidupan makhluk itu tersusun dari anasiranasir jasmani dan pada makhluk bernyawa adanya Jiwa (al-nafs), yang
merupakan

asas

utama

kehidupan

makhluk

bernyawa

dan

pada

hakikatnya bukan merupakan objek penelitian inderawi. Ianya hanya


boleh ditelaah melalui pemikiran akliyah atau rasional Pada usia dua
puluh tujuh tahun pengetahuan yang dicapai Hayy bin Yaqzan semakin
berkembang dan mulai memikirkan benda-benda di angkasa yang luas tak
terkira. Dia menemukan bahawa terdapat bintang-bintang dan planet
yang tidak dapat musnah. Melalui pengetahuan tentang bintang-bintang
di langit dia mulai mengetahui bahwa di belakang tabir kehidupan segala
sesuatu di alam semesta ini ada Pencipta (Khaliq).
Ketika usianya beranjak tiga puluh tahun dia mulai merenungi
keindahan dan tatanan alam yang teratur sebagai bukti tentang adanya
penciptaan terencana di sebalik semua peristiwa dan kejadian. Jika
memang ada Pencipta di balik semua itu, tentulah Dia harus memiliki
sifat-sifat yang sempurna dan bebas dari hal-hal lain di luar dirinya serta
Maha Tahu, Tidak Terhingga dan Maha Indah.
Bagi menjawab persoalan persoalan yang terlalu banyak, dia
berusaha

membuat

penyelidikan

demi

penyelidikan

dengan

lebih

mendalam namun akhirnya dia menyimpulkan bahawa tidak semua boleh


digapai melalui daya jasmani seperti pancaindera tetapi melalui daya
jiwa. Pada tahap ini Hayy bin Yaqzan mula menyedari bahawa hanya Jiwa
yang damai dan bahagia yang dapat berhubungan erat dengan Wajib alWujud (Wujud Niscaya), iaitu Tuhan Yang Satu dan Maha Besar..
Kaedah atau metod yang digunakan Hayy bin Yaqzan adalah
penyelidikan ke dalam diri menggunakan akal murni. Melalui kaedah ini
dia sampai pada pengetahuan tentang hakikat diri yang sejati. Kini dia
pun menyedari pertalian dirinya dengan tiga hal, iaitu Alam haiwan.
Seperti kehidupan haiwan dalam diri manusia ada tatahan kehidupan
yang bersifat haiwani. Keduanya,alam semesta. Dalam diri manusia juga
terdapat alam serupa itu yang memungkinkan manusia berhubungan
dengan semua hal di alam semesta. Sesuatu yang menghubungkan itu
ialah akal dan imaginasi. Yang ketiganya adalah Wujud Nescaya, yang
merupakan hakikat sejati diri manusia. Manusia terhubungkan dengannya

melalui kasyf atau pengetahuan illuminatif. Pengetahuan tentang hal itu


semua mencapai tahap kemuncaknya pada pengetahuan tentang Tuhan
sehingga dia simpulkan bahawa dapat berhubung dengan Tuhan melalui
tafakur dan ibadah. Renungan tentang Tuhan boleh sempurna apabila jiwa
mengalami penyatuan dan hapus (fana) dalam Diri Hakiki, sebagai
respresentasi Wujud Tertinggi dalam kesedaran terdalam manusia.
Tidak lama kemudian sesudah itu datanglah ke pulau Waqwaq
seorang ahli tasawuf bernama Absal. Tidak lama kemudian Hayy bin
Yaqzan menjalin persahabatan dengan Absal, manusia lain pertama yang
ia jumpai dalam hidupnya. Absal kemudian mengajarkan bahasa kepada
Hayy

bin

Yaqzan.

Mereka

bersahabat

dan

saiing

bertukar

ilmu.

Pengetahuan yang dicapai Hayy bin Yaqzan semakin memperkuat


keyakinan Absal terhadap akidah yang selama ini dia pegang teguh.

Anda mungkin juga menyukai