Anda di halaman 1dari 71

MAZHAB FALSAFAH BARAT

Tradisional
Pra-Socratic
Idealisme
Realisme
Scholasticisme(Religious
Realisme/Thomisme)

Moden/Progresif
Humanisme
Naturalisme (Realisme
Moden)
Pragmatisme
Existentialisme
Analisis
Falsafah(Philosophical
Analysis)
Falsafah Holistik

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Mazhab Falsafah Tradisional


Bermula sejak era Pra-Socratic (sebelum Socrates))
Usaha untuk memahami prinsip alam jagat; permulaan
falsafah dan intelektualisme di Barat w/pun tidak tercatat
Tokoh-tokoh:
THALES (624-545
elemen yang mengisi segala ruang di alam jagat ialah
air; air/kelembapan - sumber segala yang wujud di alam
jagat
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah Thales gabungan sains dan metafizik


Anaximender (611-546 SM)
Kedudukan bumi dari sudut rasionalisme bukan
melalui pemerhatian/ kajian; kedudukan bumi
tepat ditengah-tengah kosmos (sarwajagat)
Sesuatu tidak berlaku tanpa sebab; segala
kejadian mestilah mempunyai punca

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Parmenides of Elea (abad 5 SM)


Mengubah tumpuan drp alam kosmos kpd
persoalan ontologi (kewujudan)
Konsep minda (nous) minda yang
memahami dan mentafsir alam jagat; tanpa
minda seseorang tidak dapat memberi apaapa pengertian tentang alam jagat
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Menghuraikan konsep atom dan molekul


Hericlitus (510-480 SM)
Memasyurkan konsep dan prinsip logos
Logos (akal) kejahilan wujud dalam diri
manusia jika akal tidak dikaitkan secara
seimbang dengan alam untuk memahami
segala bentuk kewujudan
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Golongan Sophist
Kumpulan ahli pendidik profesional -sentiasa bergerak
dari satu tempat ke tempat lain untuk mendidik/mengajar
mereka yang memerlukan ilmu
Mengenakan bayaran/upah
Percaya tidak wujudnya nilai, ilmu dan
kebenaran hakiki; kesemua nilai adalah relatif;
Menyokong prinsip relativisme budaya

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Mazhab Idealisme
Mazhab Barat yang sistematis paling tua
selepas era Pra-Socratic; bermula di
zaman Socrates
Socrates dikenali sbg ahli falsafah moral byk mengutarkan persoalan tentang
kebaikan kemoralan, keadilan dsb

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Menentang prinsip falsafah Sophist;


dihukum mati kerana mempengaruhi
pemikiran para belia di Athens
Kaedah berfalsafah melalui dialog dan
proses dialektik
Idea beliau dikumpul oleh muridnya, Plato
yang menubuhkan institusi pengajian
Academy
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Dua karya masyur Plato ialah Republic dan Laws

Plato pengasas Idealisme

Metafizik Idealisme

Teras kepada kefahaman realiti ialah kewujudan dan kefahaman


tentang Alam Idea Syumul (World of Forms/World of Perfect Ideas).

Kefahaman Alam Idea Syumul hanya melalui proses taakulan

Alam Idea Syumul :


konsep
idea, ilmu dan nilai yang paling unggul
mutlak dan tidak berubah
kefahaman mengenainya menggerakkan minda secara aktif

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Alam Idea Syumul - bertentangan dengan alam


deria/alam fizikal yang tidak kekal; tidak sistematis dan
sentiasa berubah
Penulisan Allegory of the Cave oleh Plato
menggambarkan tahap pemikiran manusia yang rendah
yang terperangkap dengan makna ilmu sebenar dan
ilusi.
Manusia yang tidak menaakul ke arah memahami Alam
Idea diibarat sebagai berada di dalam kegelapan gua
Manusia dianugerah potensi terpendam dan kefahaman
tentang Alam Idea Syumul sebelum dilahirkan
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Oleh itu berteraskan prinsip ini, setiap individu dianggap


mempunyai potensi yang perlu dikemukakan semula atau
dicungkil

Epistemologi Idealisme
Proses mengetahui untuk mendapat ilmu:
- proses mengingat kembali idea yang terpendam
- manusia dianggap tidak mencipta ilmu tetapi
menemuinya (discover)
Tahap ilmu paling tinggi:
- kefahaman forms (idea, konsep, struktur logikal)
- Ilmu matematik dianggap ilmu tinggi tahapnya
- dalam memahami matematik hanya taakulan
diperlukan
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Begitu juga ilmu pengetahuan lain seperti


logik ,falsafah dan bahasa
Sbg. Cth. dalam matematik dan geometry
konsep persamaan dan kesetaraan
memerlukan taaakulan

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Ilmu pengetahuan sebenar berbeza sama


sekali dengan imajinasi, pendapat yang
berteraskan persepsi (opinion)
Kefahaman konsep melalui taakulan tahap pencapaian ilmu paling tinggi;
menganggap ilmu pengetahuan yang
berteraskan kemahiran dan fizikal sebagai
berada di tahap rendah

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Aksiologi Idealisme
Prinisp nilai sejagat; menolak fahaman Sophist yang
berpegang kpd nilai relatif; nilai paling mulia berada di
alam Idea Syumul kekal, sempurna
Tokoh-Tokoh Idealisme:
Plato (Platonic Idealism)
Augustine (Religious Idealism)
Rene Descartes ( founder of modern Idealism;
Scepticism)
Immanuel Kant (Critique of Pure Reason) rasionalisme
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

MAZHAB REALISME
Mazhab tradisional selepas Idealisme
Realisme klasik, Realisme Agama, Realisme Saintifik;
Realisme Rasional, Realisme Natural
Metafizik
Menolak metafizik Alam Idea Syumul Idealisme
Realiti sebenar wujud hanya berada di alam fizikal

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Realiti sebenar wujud di alam nyata/fizikal; realiti


sebenar bersifat materialistik atau merujuk kepada objek
atau benda yang disah oleh deria
Reality is objective and is composed of matter and form;
matter is ultimate reality; a world of things
Realisme Klasik (Aristotelian Realisme)
Aristotle (384-322)
Pelajar di Academy (pusat pengajian ditubuh oleh Plato)
selama 20 tahun; kemudian menubuhkan pusat
pengajian sendiri LYCEUM
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Setiap objek terdiri daripada jirim dan jisim


Jika falsafah Idealisme hanya menekankan elemen idea
dan bentuk (forms), Realisme Aristotle berusaha
menyepadukan alam fizikal dengan alam idea
Konsep actuality dan potentiality;

actuality merujuk kepada bentuk yang lengkap dan


sempurna

potentiality merujuk kepada keupayaan atau potensi


sesuatu objek untuk menukar atau berubah kepada
bentuk lain
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Konsep 4 Penyebab Aristotle yang


menggerakkan sesuatu objek fizikal berpotensi
untuk menukar bentuk (jisim).
1)Penyebab Material jirim yang menghasilkan
sesuatu objek
2)Penyebab Formal bentuk/rekabentuk yang
membentuk sesuatu objek
3)Penyebab Cekap (efficient) agen yang
menghasilkan sesuatu objek
4)Penyebab Muktakhir hala tuju/matlamat
proses perubahan sesuatu objek
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Objek rumah (penyebab material kayu, besi dsb

penyebab Formal rekabentuk sesebuah rumah

penyebab Cekap tukang rumah; buruh membina rumah; penyebab


Muktakhir rumah sebagai tempat tinggal)

Kuasa yang mencipta segala yang wujud bagi Aristotle ialah tuhan

Tuhan adalah realiti muktakhir


- Pencipta Pertama;
- Penggerak yang Tidak Digerakkan (Unmoved Mover)
- melampaui semua jirim dan jisim

Bagi Aristotle, konsep tuhan - penjelasan logikal tentang peraturan


alam jagat, pengstukturan dan pentadbirannya
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Metafizik Realisme
Ontologi (kewujudan manusia)

manusia adalah rasional

dianugerah akal di samping roh dan juga jasad.(dualisme)

Jika kedua-dua akal dan roh seimbang, maka kewujudan manusia


juga seimbang

matlamat kehidupan manusia akan menjadi sempurna jika akal


digunakan;

aktiviti pemikiran adalah aktiviti paling penting dalam kehidupan


manusia

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Perbezaan manusia dengan haiwan:


haiwan tidak ada elemen intelek
Persamaan manusia dengan haiwan:
kedua-dua manusia dan haiwan mempunyai naluri
deria/sensasi(lower appetites)
kecenderungan kepada tuntutan nafsu, proses
pembiakan,
pemakanan dan pernafasan
Manusia sebagai haiwan intelek:
menggunakan akal secara simbolik, logik, abstrak
Manusia yang cemerlang dari segi moral = manusia yang
menekankan elemen akal /intelek
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Epistemologi Realisme
Ilmu pengetahuan yang benar ialah ilmu tentang realiti
alam fizikal yang bersifat objektif dan ditadbir oleh
hukum alam (Naturalisme)
Proses mengetahui sesuatu mestilah berkaitan objek
fizikal yang wujud di alam nyata dan dikaji melalui deria
Proses mengetahui melibatkan dua tahap iaitu
(1) peringkat sensasi/deria (peringkat rendah) (2)
taakulan (peringkat tinggi)

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Peringkat taakulan:
objek-objek yang mempunyai ciri
persamaan diletakkan dalam kategori tertentu
proses pengasingan objek-objek fizikal
berdasarkan ciri-ciri perlu dan mencukupi
(necessary and sufficient condition)

Aristotle memperkenalkan silogisme (logik


deduktif).

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Matlamat dan nilai kehidupan paling tinggi ialah


kebahagiaan.
Kebahagian bergantung kepada jiwa yang seimbang dan
sifat peribadi mulia dalam diri seseorang.

Peribadi mulia (virtues) ini dapat diwujudkan melalui


kebiasaan dan dibentuk melalui proses pendidikan.

Peribadi mulia dapat dibentuk melalui prinsip Jalan


Tengah (Golden Mean).

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

SCHOLASTICISME/THOMISME/ RELIGIOUS REALISM


Pengasas St. Thomas Aquinas (1225-1274)
Falsafah Realisme Aristotle - impak yang besar ke atas
agama Kristian
Aquinas - tokoh terkemuka dalam mengembangkan
prinsip Realisme pada Zaman Pertengahan di Eropah
Dalam penulisan beliau,Summa Theologica, Aquinas
gunakan kaedah rasional dalam menghurai persoalan
berhubung agama Kristian
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Penganut agama Kristian Roman Katolik


menganggap Thomisme/Scholasticisme
sbg prinsip falsafah penting mereka
Aquinas percaya bahawa tuhan bersifat
sempurna dan pencipta alam dan semua
bentuk kehidupan
Nabi Isa diiktiraf sebagai penyelamat
manusia yang mewarisi dosa warisan asal
(original sin)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Aquinas menyepadukan keimanan dan


kerasional/taakulan untuk memahami prinsip
ajaran agama Kristian
Manusia dikurniakan tuhan dengan roh yang
bersifat kekal dan jasad yang tidak kekal;
elemen intelek/akal penting dalam aktiviti
pemikiran manusia
Kehidupan manusia yang dianggap sempurna
adalah sentiasa berdamping dengan tuhannya;
tuhan ialah Pencipta Pertama (First Cause)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Perkembangan Mazhab Falsafah


Moden
Objektiviti dan penaakulan sistematis menggantikan
keimanan dan prinsip metafizik sebagai jalan ke arah
kebenaran
Reformasi (abad 14) oleh MARTIN LUTHER (14831546) mengasaskan Reformasi Protestant
Memaku 95 theses di pintu gereja sbg menentang
penyalahgunaan kuasa gereja ortodoks

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Menjelang abad ke 17 perkembangan sains moden;


kemerosotan kuasa gereja ortodoks Roman Katolik
permulaan era Pertengahan (Medieval Age) dan
permulaan era progresif
Peralihan drp tumpuan kpd metafizik ke epistemologi
dalam falsafah
Rene Descartes ahli falsafah Barat pertama
menganalisis konsep dan proses berfikir dan
mengubah keseluruhan paradigma falsafah Barat
Jika falsafah tradisional mencari pengertian tentang
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Kehidupan sempurna; realiti mutlak, alam jagat, roh,


tuhan, mulai Descartes ciri pemikiran falsafah Barat
bertukar kepada proses berfikir secara matematik dan
deduktif untuk memahami ilmu
Descartes masyur dengan Cogito Ergo Sum (I think,
therefore I am) yang bermaksud kewujudan diri
seseorang ialah satu kepastian yang tidak diragukan.
Falsafah moden dan prinsip pendidikannya
menekankan teknik dan kaedah saintifik
perubahan daripada prinsip falsafah tradisional. Jika
prinsip falsafah tradisional dikekalkan, penyesuaian
dibuat dalam konteks era progresif.
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Era progresif menyaksikan kemunculan beberapa aliran


dan fahaman falsafah dan prinsip pendidikannya. Antara
lain:

1.

skepticisme (Descartes dan David Hume)

2. empiricisme ( John Locke dan Francis Bacon)


menolak ilmu a priori dan idea terpendam falsafah
idealisme
pengalaman sebagai sumber pembentukan
dan pemerolehan semua bentuk idea
3.
5.
6.
7.

Naturalisme (Jean JacquesRousseau 1712-1778)


materialisme (Karl Marx)
existentialisme (Jean Paul Sartre)
pragmatisme (John Dewey, William James)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Naturalisme(Realisme Moden)

realiti difahamkan sebagai apa yang dilihat di alam fizikal;


ditentukan oleh hukum tabii

Manusia sebagai sebahagian daripada alam jagat dan


perlakuannya mengikuti hukum tabii atau nature

Tokoh terkemukan fahaman iniJean Jacques Rousseau yang


dikenali sebagai Bapa Progresivisme Moden
Prinsip Naturalisme
1. Ciri dan hukum alam tabii seharusnya dikekalkan melalui
prinsip pendidikan yang menekankan pertumbuhan dan
perkembangan semula jadi (nature and nurture)

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

2.

Kefahaman asas dan utama tentang hukum tabii ialah


melalui deria yang merupakan sumber ilmu utama

2.

Peraturan dan pergerakan alam semula jadi adalah


mengikut peringkat melalui proses evolusi (pengaruh
Teori Evolusi Charles Darwin)

proses pendidikan perlu juga mengikut corak


perkembangan ini; tidak boleh mendadak, kaku dan
tergesa-gesa

4.

Pengalaman sewaktu kanak-kanak amat bermakna


dan berharga kpd inidividu yang mempengaruhi
pembentukan konsep kendiri dan kehidupan individu
pada masa akan datang
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

5.

Proses perkembangan dan pertumbuhan unggul


berlaku dalam persekitaran paling semula jadi
terpelihara daripada gejala yang mempunyai
pengaruh merosakkan di persekitaran

6.

Mengutamakan konsep kesediaan dalam diri individu


yang dididik/dipupuk; tidak mendesak kerana sifat
kanak-kanak tidak boleh disamakan dengan orang
dewasa (miniature adult)

7.

Menolak doktrin Kristian dosa warisan asal

8.

Kanak-kanak dianggap sebagai clean slate (fahaman


John Locke) dalam konsep beliau, tabula rasa
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

9.

Locke berpendapat kanak-kanak ketika dilahirkan tidak


mempunyai apa-apa pengertian.
- Mindanya kosong (tabula rasa). Kekosongan ini
kemudiannya diisi dengan idea yang ia bina
dalam proses pembesaran.

10. Idea yang dibinanya ditentukan oleh proses interaksi


akalnya dengan apa yang ia perhatikan
disekelilingnya. Oleh itu, apa yang diperhatikannya
tidak bersifat abstrak
11. Seseorang itu perlu dipelihara daripada pengaruh liar
yang boleh merosakkan naluri semula jadi manusia
yang dilahirkan baik

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

12. Epistemologi penggunaan dan


pengalaman deria dianggap sebagai
sumber ilmu paling benar dan sahih
13. Pendidikan yang memberi tumpuan
kepada kanak-kanak ( child-centered
education) dari segi minat, kesediaan
dan bakat

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

14. Aksiologi nilai dibentuk dlm diri individu


berdasarkan pemerhatian di persekitaran yang
sesuai dgn naluri semula jadi seseorang
15. Karya Rousseau berjudul, Social Contract
pemikiran beliau tentang politik
-

Emile dan pendidikan.

16. Kedua karya beliau telah menggugat pengaruh


pihak berkuasa sehingga beliau terpaksa
meningglakan Paris dan melarikan diri ke
Switzerland .

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah Pragmatisme

Teori Evolusi Charles Darwin mempunyai pengaruh kuat ke atas


pragmatisme

Karya Darwin On the Origin of Species (1859) menggugat prinsip


falsafah tradisional Barat

Prinsip utama teori Darwin:


ialah alam tabii mengalami proses perubahan yang
menentukan penghidupan organisme dalam persekitarannya
kepupusan sesuatu spesie dan digantikan dgn spesie lain
mengikut peredaran masa

Prinsip perubahan yang menentukan proses perkembangan dan


pertumbuhan menentang idealisme Plato tentang Alam Idea Syumul

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Bagi Pragmatisme, realiti merupakan sesuatu yang


bersifat terbuka bukan ditentukan oleh sesuatu
kuasa/autoriti
Tumpuan falsafah Pragamatisme ialah di Amerika
Syarikat
Tokoh-tokoh Pragmatisme : Charles Sanders Peirce,
William James dan John Dewey
Peirce percaya - ilmu pengetahuan sebenar bergantung
kepada proses pengesahan atau verifikasi
- idea ini tidak dipisahkan drp perlakuan manusia
- mempunyai idea bermaksud sedar tentang kesan
dan kegunaannya dalam kehidupan manusia
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

William James (1842-1910)

idea yang benar ialah idea yang dapat digunakan;


diaplikasi; kebenaran tidak bersifat mutlak dan terpisah
drp alam nyata; kebenaran tidak bersifat objektif

Pengalaman manusia sbg data/sumber ilmu sebenar


John Dewey (1859-1952)
- pemikiran ke arah memperoleh ilmu sebenar ialah
melalui sesuatu situasi bermasalah yang memerlukan
penyelesaian masalah (problem-solving)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

- pemikiran kreatif penting dalam proses


penyelesaian masalah
-

Menganggap pengalaman dan alam tabii


tidak boleh difaham secara sempit dan
berstruktur
Dewey menganggap bahawa alam tabii bukan
setakat mengandungi elemen fizikal tetapi juga
perlu mengambil kira perhubungan sosial antara
individu dalam masyarakat
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Menekankan kaedah saintifik dan ujikaji


- dipercayai dapat mencapai sesuatu
matlamat;
- proses berfikir ke arah mencapai
ilmu
pengetahuan yang dapat
membantu
kehidupan manusia
dianggap penting

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Penyelesaian masalah:
- Situasi yang memerlukan kesedaran
seseorang secara terperinci tentang punca
masalah yang perlu diselesaikan melalui
pemikiran kreatif
- kaedah yang berbeza drp falsafah
tradisional yang menganggap bahawa
sesuatu masalah perlu diselesaikan dgn
merujuk kepada sesuatu prinsip yang
diterima secara sejagat
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Setiap masalah adalah unik dan perlu


diselesaikan secara tersendiri melalui
ujikaji dan beberapa percubaan
Penyelesaian masalah Dewey
menunjukkan bahawa pengalaman dan
ciri semula jadi alam jagat tidak difahami
secara kaku (rigid)

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Pendapat Dewey tentang agama:


- kebanyakan agama mempunyai kesan
negatif kerana memisahkan manusia mengikut
kategori prinisip kepercayaan
- bertentangan dgn prinsip demokrasi
- prinsip agama dapat dijalinkan apabila
individu dlm masyarakat memahami diri
- melalui hubungan sosial antara individu
serta mematuhi norma masyarakat
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah Mazhab Existentialisme


Latar Belakang

Prinsip falsafah Existentialisme berteraskan prinsip falsafah


Sophists; berkembang pada abad 19 bermula dgn karya Soren
Kierkegaard dan Friederich Wilhelm Nietzsche

Pada abad 20 prinsip existentialisme dan juga phenomenology


(banyak persamaan) dikembangkan oleh Martin Buber, Karl
Jaspers, Jean- Paul Sartre dan juga Martin Heideggar

Falsafah yang mempunyai tafsiran yang luas tentang perasaan dan


kehidupan manusia

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah yang tidak mempunyai prinsip yang


berstruktur tentang metafizik, epistemologi dan
aksiologi
Falsafah yang menenkankan perasaan manusia
yang terpisah dan terperangkap dalam
penderitaan hidup di dunia yang dianggap tidak
bermakna
Tema falsafah existentialisme digambarkan
melalui karya Nietzsche (ahli falsafah Jerman)
yang menganggap kemoralan tradisional telah
melemahkan manusia. Oleh itu, beliau
memasyurkan konsep manusia agung.
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Existentialisme menjadi begitu popular di Barat


akibat Perang Dunia 1 dan 2 penderitaan
hidup manusia
Existentialisme berpusat di Copenhagen,
Denmark; menolak fahaman tradisional tentang
realiti, ilmu dan nilai mutlak
Prinsip ulung Existentialisme ialah kewujudan
mendahului zat (existence precedes essence)
yang menekankan sifat dan perasaan diri
manusia yang subjektif dan berbeza antara satu
dengan lain
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Setiap manusia setelah dilahirkan memulakan proses


mengenali diri sebenar
kesedaran inilah yang menjadikan manusia memahami
sari pati kewujudannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh
orang lain
Kewujudan diri setiap individu ini tidak bergantung
kepada realiti alam jagat, nilai dan persepsi manusia lain
Manusia yang dilahirkan TIDAK bertanggung jawab
kepada mana-mana peraturan atau autoriti kecuali kpd
diri dan KEWUJUDANNYA sahaja

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Oleh itu, prinsip utama exist. ialah


kebebasan mutlak dalam menentukan
kehidupan dari segi nilai
Menganggap setiap individu adalah unik
Manusia yang tunduk kpd peraturan dan
sistem nilai yang ditentukan ke atas
dirinya akan hilang ketulenan atau
(authenticity) sifat dirinya (perasaan.
kehendak, naluri)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Penganut fahaman exist. tidak terikat kpd


peraturan /norma masyarakat atau apa-apa
bentuk peraturan
Kehidupan yang tidak menentu dan penuh
cabaran telah memaparkan pelbagai tema
kehidupan yang mewarnai falsafah exist.
Prinsip falsafah exis banyak terkandung dalam
bidang psikologi humanistik termasuklah bidang
kaunseling (Abraham Maslow; Carl Rogers;
Arthur Coombs)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Pandangan Tokoh Tokoh Existentialisme


Soren Kierkegaard (1813-1855)
berusaha memahami agama dari sudut
yang begitu peribadi
penganut teguh agama Kristian walaupun
menentang prinsip agama Kristian yang abstrak
Agama sbg hubungan dan pilihan peribadi
antara manusia dan tuhan tanpa perlu melihat
bentuk/rupa tuhan
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Pemilihan untuk beragama adalah


peribadi bukan ditentukan oleh sesiapa
Kewujudan individu adalah sunyi kerana
terperangkap dalam arus dunia sains dan
teknologi/IT yang bersifat terlalu objektif

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Martin Buber (1878-1965)


Ahli falsafah-teologi Yahudi; dilahirkan diEropah tetapi
kembali ke Palestine utk berjuang bersama kaum Yahudi
utk mendapatkan tanah jajahan mereka
Prinsip falsafah beliau berteraskan konsep persamaan
saling hormat menghormati sesama manusia
Karya beliau paling masyur ialah, I and Thou yang
mencerminkan perlunya hubungan baik sesama
manusia/individu

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

I and Thou kesedaran bahawa dalam jiwa setiap


orang wujudnya perasaan yang begitu peribadi dan
penuh makna. Jika perasaan dalaman ini diabaikan,
akan berlakunya pelbagai bentuk tekanan ke atas jiwa
manusia ( hasad dengki dsbnya)
Buber percaya bahawa manusia tidak boleh dianggap
sebagai objek dalam dunia materialistik; hubungan
interpersonal perlu diwujudkan
I and thou--. Jalinan peribadi yang mesra antara klien
dan kaunselor; menekankan elemen humanistik dlm diri
manusia ( rasa bersalah; kemaafan; mengenali diri
sebenar)

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

I and Thou juga bermaksud bahawa diri manusia


sentiasa berhubung dgn tuhan
Fahaman Humanisme Buber kesan ke atas psikologi,
psychiatry, kesusasteraan dan pendidikan
Martin Heidegger (1889-1976)
Falsafah beliau berpusat kpd konsep memahami
kewujudan(being) diri seseorang dalam dunia
Falsafah beliau memberi tumpuan kpd persoalan asas,
Siapa diriku sebenar?yang perlu dijawab oleh diri
individu sendiri tanpa diarah atau ditentukan oleh autoriti
lain
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah beliau memberi kesan kpd pendidikan dalam


memahami aspek person kewujudan atau peribadi
seseorang
Jean-Paul Sartre (1905-1980)
Ahli falsafah exis paling terkemuka; dilahirkan di France;
professor bidang falsafah; menulis novel dan drama
yang menjadi bestseller di Eropah
Menyertai tentera Perancis dalam Perang Dunia Kedua
dan ditawan oleh tentera Jerman dlm perang tersebut

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Sartre percaya bahawa tuhan tidak wujud untuk memberi makna


kpd kewujudan; tidak wujud juga realiti muktakhir di luar drp alam
fizikal

Kemanusiaan dan keindividualan hanya wujud jika kita sendiri yang


memberi makna dan justifikasi mengenainya

Intisari falsafah Sartre ialah seseorang bebas memberi pentafsiran


tentang kehidupannya di dunia ini sepertimana ia kehendaki

Menurut Sartre, jika tidak ada tuhan atau Pencipta Pertama, maka
tidak wujudnya kuasa yang boleh menghalang seseorang drp
melakukan apa yang ia inginkan . Ini kerana tidak wujudnya sesuatu
peraturan azali yang telah ditentukan oleh tuhan

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Jika tidak ada peraturan azali, maka tidak ada penentuan tentang
perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Oleh
itu, segalanya adalah bebas bagi manusia; kemanusiaan adalah
dalam ertikata sebenarnya atau menurut Sartre: man is condemned
to be free

Bagaimanapun, kerana kebebasan manusia adalah mutlak, perkara


ini kadang-kala menakutkan manusia. Manusia yang bebas mutlak
juga perlu bertanggung jawab secara mutlak atas pilihan yang
mencerminkan kebebesannya.

Sarte berpendapat bahawa maksud perkataan seperti, alam tabii,


sains dan undang-undang adalah ciptaan manusia.

Oleh itu, kesemua ini sebenarnya adalah tafsiran yang diberi oleh
manusia tentang kehidupan yang di alaminya; Sartre kemudian
bergabung dgn fahaman Marxisme

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah Analitik (Analytic Philosophy)


Falsafah analitik bukan merupakan mazhab falsafah
yang mempunyai content tersendiri seperti idealisme,
realisme atau pragmatisme
Tumpuan utama falsafah analitik ialah menjelaskan
makna ayat dan perkataan dari sudut fungsi bahasa
(semantik, sintak dan analisis bahasa) dan konsep
melalui kaedah saintifik dan logik (hujah, simbol)
Berpendapat bahawa kebanyakan masalah dalam
falsafah bukan berkaitan realiti muktakhir, kebenaran,
nilai tetapi adalah berkaitan dgn bahasa yang kabur
tidak berupaya mengemukakan idea/pandangan jelas
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Ilmu pengetahuan sebenar bukan ditentukan


oleh bidang falsafah tetapi bidang sains
Tugas utama falsafah ialah menghurai dgn kritis
maksud ayat, istilah dan konsep dalam idea
atau pemikiran
Pergerakan Analitik (Analytic Movement)
dikaitkan dengan ahli falsafah seperti G.E
Moore, Bertrand Russell, Ludwig Wittgenstein
dan juga Noam Chomsky (keduanya tokoh
analisis bahasa)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah ini juga mewakili golongan ahli


falsafah/ahli logik dan matematik Vienna
Circle
Tokoh lain aliran ini ialah A.J. Ayer dan Gilbert
Ryle
G.E. Moore (1873-1958)- ahli falsafah di
Cambridge University, England memberi
tumpuan kpd perkara yang terdapat di alam
nyata ; kefahaman tentang apa yang wujud ini
dijelaskan melalui bahasa yang tepat
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Moore menulis buku, Refutation of Idealism in


Mind (1903) dan Principia Ethica (1903) menolak prinsip metafizik kerana dianggap
berunsur emosi dan sentimen seseorang
Begitu juga hujah.ayat moral, agama, estetika
yang preskriptif dianggap tidak mempunyai nilai
kebenaran dari segi logik dan juga bersifat
subjektif (menurut cita rasa dan perasaan)

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Bertrand Russell (1872-1970)


Dlm karya beliau, Principia Mathematica, Russell dan
Alfred North Whitehead berpendapat matematik
dikategorikan sebagai ilmu yang semata-mata logikal
(tiada nilai)
Falsafah Russell memberi tumpuan kpd pernyataan
bersyarat (conditional) Jika A, maka B
Russell berpendapat bahasa juga mengikut struktur
matematik (disjungsi, konjungsi, negasi)

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Ludwig Wittgenstein (1889-1951)


Dlm karya beliau, Tractatus Logico-Philosophicus (1922)
sains tabii/ tulen merupakan sumber proposisi benar dan
juga sumber utama kpd sesuatu fakta.

Oleh itu, falsafah tidak dianggap sbg ilmu yang


mendapatkan kebenaran tetapi lebih merupakan
proses/kaedah untuk menjelaskan kekaburan idea dan
konsep

Ahli falsafah perlu menumpukan nilai kebenaran sesuatu


pernyataan/proposisi berkaitan sesuatu data/fakta drp
mengesahkan data/fakta itu sendiri

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Golongan Vienna Circle dan Berlin Circle


Prinsip falsafah berteraskan sains
(Postivism/Empiricism)
Berpegang kpd prinsip bahawa semua
pernyataan/proposisi disahkan melalui logik deduktif
atau induktif ( analytic, a priori, synthetic)
Logik deduktik, apriori matematik; logik induktif dan
synthetic sains tulen
Cth. Ayat analitik Semua bapa adalah
lelaki(necessarily true)
Cth ayat synthetic Semua bapa pekerja
pejabat (not necessarily
true)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Menolak prinsip falsafah tradisional tentang


metafizik, aksiologi dan kaedah spekulasi
kerana tidak dapat dibukitkan dgn tepat melalui
sains dan logik
Falsafah Analitik tidak mengemukan apa-apa
pemikiran tentang alam, ilmu, nilai kerana tugas
falsafah ini hanya penjelasan makna melalui
analisis bahasa, saintifik dan logik

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Falsafah Holistik (Integratif,


Bersepadu)
Tokoh seperti Frtijof Capra pengarang buku, The Tao of
Physics; David Bohm, John Miller dan David Peat
Kini berpusat di Ontario, Kanada; prinsip holistik telah
wujud pada era progresif (Montessorie, Pestalozzi dan
Froebel) yang melihat aspek lain dalam diri individu perlu
disepadukan (intelek, emosi, rohani dan jasmani)
Manusia sbg sebahagian drp alam jagat; konsep
keseimbangan; konsep potensi

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Ilmu bukan bersifat terpisah (atomistic) tetapi


boleh diintegrasikan
Nila melibatkan emosi, rohani, intuisi, imajinasi
individu
Menekankan konsep berikut:
- realiti saling kaitan (interconnected
reality)
- perspektif menyeluruh tentang alam jagat d
dan manusia (principle of wholeness)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

- nilai kasih sayang sesama manusia;


keadilan, kesamaan peluang; kerjasama
- ilmu pengetahuan yang multidisciplinary; inter-disciplinary
- globalisasi
- systems thinking
- kurikulum bersepadu/integratif

Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Ecosystem Context
What is our
relationship to
the ecosystem?

Time
Context

Where did
we come
from, and
where are
we
going?

What does it mean


to be human

How do
humans
know?

Symbolic
Context

Who am I?

Subjective Context
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail

Anda mungkin juga menyukai