Anda di halaman 1dari 12

1.

KAJIAN TENTANG ISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ LAMASA


()
Dalam fiqh perbezaan di dalam furu, terlalu banyak. Antaranya ialah perkara
yang sedang dibincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah perbezaan dari sudut
cabang sahaja bukan dari sudut dasar.
Kajian lafaz ini memfokuskan berkaitan dengan sentuhan di antara lelaki dan
perempuan. Adakah ai membatalkan wuduk atau tidak. Dalam perkara ini bukanlah
suatu perkara yang dirisaukan dan diragukan oleh seseorang, jika tersentuh dengan
mahram di dalam keadaan berwuduk. Ini kerana ramai yang tahu bahawa wuduk tidak
akan batal jika persentuhan berlaku antara sesama mahram. Hukum syarak telah
menetapkan bahawa wuduk seseorang tidak batal jika bersentuhan dengan mahram
muabbad (yang diharamkan nikah dengannya untuk selama-lamanya), sama ada
disebabkan keturunan, penyusuan mahupun perkahwinan seperti menantu dengan
mertua.
Status mahram ternyata membuatkan seseorang itu merasa yakin, sekaligus
menolak keraguan adakah wuduk masih sah atau batal apabila bersentuhan kulit
dengan

yang

berlawan

jantina.

Umpamanya, wuduk seorang ibu tidak batal jika menyentuh anak kandung
lelaki yang masih kecil atau yang sudah dewasa. Sebaliknya kerisauan, keraguan dan
kekeliruan itu adakalanya berlaku pada segelintir orang Islam terutama mereka yang
sering berhadapan dengan kanak-kanak seperti guru tadika, jururawat atau pengasuh
anak.
Mereka tidak tahu dan tidak pasti sama ada wuduk menjadi batal disebabkan
berlakunya persentuhan antara kanak-kanak yang berlainan jantina yang bukan dari
kalangan mahram mereka ataupun tidak? Adakah wuduk batal jika menyentuh,
disentuh atau tersentuh kanak-kanak tersebut?
Selain itu, dalam kajian ini juga mengemukakan pandangan berdasarkan setiap
mazhab bagi lafaz lamasa ().
2. MAKSUD SENTUH SECARA RINGKAS
i. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan, hendaklah terdiri dari orang
dewasa atau orang yang sudah mencapai tahap memiliki syahwat.
1

ii. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai
hubungan mahram.
iii. Bersentuhan selain dari rambut, gigi dan kuku kerana anggota-anggota tersebut tidak
mendatangkan syahwat dengan menyentuhnya sebagaimana pendapat Ashah.
iv. Bersentuhan langsung antara kulit iaitu tidak diselangi atau dialas oleh sesuatu seperti
lapik atau baju sekalipun nipis.
v. Berlaku persentuhan sama ada dengan menyentuh, disentuh mahupun tersentuh. Manakala
yang dimaksudkan dengan lelaki dan perempuan itu ialah lelaki dan perempuan yang jelas
mencapai tahap memiliki syahwat sebagaimana pada kebiasaan naluri semulajadi setiap
manusia normal.
Oleh yang demikian, jika persentuhan kulit berlaku sebagaimana yang
dimaksudkan di atas, maka wuduk menjadi batal dan tetap batal sekalipun persentuhan itu
tidak disertai dengan rasa syahwat, tidak sengaja, lupa atau dalam keadaan terpaksa.
Wuduk juga batal meskipun bersentuhan dengan lelaki yang tidak cenderung terhadap
perempuan, lelaki yang tidak lagi bersyahwat, perempuan tua yang tidak lagi bersyahwat
atau tidak membangkitkan rasa syahwat apabila menyentuhnya.
Selain itu, wuduk juga batal dengan menyentuh atau tersentuh anggota badan yang
lumpuh, anggota tambahan atau orang mati. Akan tetapi wuduk orang mati adalah tidak
batal. Dalam perkara bersentuhan ini, kedudukan wuduk orang yang menyentuh adalah
sama dengan orang yang disentuh iaitu batal ke atas kedua-duanya jika berlaku
persentuhan antara mereka kerana kedua-duanya mengalami perkongsian rasa bersentuhan
itu.
3. DALIL YANG DIPERSELISIHKAN ULAMA DALAM MAZHAB BAGI
LAFAZ LAMASA ()
Berdasarkan ayat firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 6 :


Maksudnya : Atau jika kamu menyentuh perempuan. (al-Maidah : 6)

Dalam ayat ini, terdapat banyak perbezaan dalam furu antaranya ialah yang sedang
dibincangkan ini hanyalah perbezaan dari sudut cabang sahaja bukan dari sudut dasar.
Dalam ayat ini, semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa dasar ayat di atas
adalah mengenai menyentuh perempuan. Manakala furunya pula ialah sentuh kulit dengan
2

kulit dan jimak dalam perkara yang membatalkan wuduk, menurut pandangan dalam setiap
mazhab. Dalam ayat di atas, menunjukkan dalilnya adalah qati kerana ia adalah ayat alQuran. Ini jelas kerana dalil al-Quran adalah kuat, pasti serta perlu diyakini sedangkan
dilalahnya zanni kerana maknanya tidak menunjukkan makna yang hakiki.
Dilalah ayat ini menunjukkan zanni kerana ia masih perlu dibahaskan dan diselidiki
pentafsirannya. Lafaz di atas menunjukkan lafaz musytarak yang membawa maksud lafaz
tertentu yang telah ditetapkan untuk menunjukkan dua maksud atau dua erti yang berbeza
atau lebih. Di mana ia berbeza dengan lafaz am, kerana lafaz al-am menunjukkan erti yang
banyak dengan menggunakan satu ungkapan dan dalam keadaan yang sama.
Faktor terbentuknya lafaz al-musytarak bagi lafaz lamasa ( )adalah bangsa Arab
berselisih pendapat dalam menentukan makna untuk setiap lafaz-lafaznya. Di mana
kadangkala sesuatu kabilah Arab itu, menetapkan sesuatu lafaz untuk makna tertentu,
manakala kabilah lain menetapkan makna yang lain.

Seterusnya, bagi hukum lafaz musytarak pada dasar ulama usul fiqh menetapkan
bahawa isytarak menyalahi asal. Dilalah musytarak dapat diklasifikasikan kepada empat,
salah satu yang berkaitan dengannya adalah apabila telah dipastikan bahawa sesuatu lafaz
al-musytarak itu mempunyai dua makna atau lebih dari sudut bahasa. Mujtahid perlu
membuat tarjih salah satu daripada makna al-musytarak yang dikehendaki dengan
berpandukan qarinah yang menunjukkan makna tertentu.
Lafaz lamasa ( )dalam ayat tersebut adalah musytarak di antara makna bersentuhan
kulit dan jimak. Namun begitu, ulama sepakat mengatakan makna yang dikehendaki
daripada lafaz lamasa ( )itu adalah salah satu daripada dua makna tersebut sahaja.
Perkara yang diperselisihkan di kalangan ulama ialah untuk menentukan antara
keduanya dalam ayat tersebut. Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ini
menunjukkan betapa luasnya fiqh Islami. Betapa bijaksana-Nya Allah s.w.t di dalam
hukum-Nya dan tidak terjangkau oleh ilmu manusia terhadap apa yang Allah s.w.t ada.

4. PENDAPAT ULAMA BERDASARKAN AYAT


4.1 Pandangan Mazhab al-Imam al-Syafie
Berpandangan menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termasuklah
suami dan isteri) membatalkan wuduk dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada
sentuhan itu berserta syahwat ataupun tidak.
Dalilnya. Firman Allah s.w.t :


Maksudnya: Atau kamu menyentuh wanita. maka kamu perlu mengambil wudhu.

4.2 Pandangan dalam Mazhab Hanafi


Ia menafsirkan dengan makna jimak bukan bersentuhan. Beliau berpandangan
menyentuh wanita tidak membatalkan wuduk sama ada sentuh dengan syahwat ataupun
tidak.
Hujahnya :
i.

Hukum asal orang yang berwuduk adalah kekal wuduknya selama mana tidak ada

dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wuduknya.
Maka dalam bab menyentuh wanita ini tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan
wuduk. Adapun tentang ayat di atas, Mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud
bersetubuh bukan bersentuhan dalam erti kata kulit dengan kulit semata-mata. Selain itu
terdapat hadis yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wuduk dan
hadis-hadis ini menguatkan lagi pandangan Mazhab Hanafi yang mengatakan maksud
sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jimak atau bersetubuh. Hadishadis tersebut ialah:

ii.

Daripada Aisyah R.anha:



Maksudnya: Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di
hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda
hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk
membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku
tadi. (HR al-Bukhari :369)

iii. Daripada Aisyah juga:

Maksudnya: Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku
meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda
di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan,
dan baginda membaca: Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari
kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu. (HR Muslim: 751)

Zahir dari kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w
pernah menyentuh Aisyah r.a ketika Baginda menunaikan solat. Demikian juga, Aisyah
r.a juga pernah menyentuh Baginda ketika Baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara
lelaki dan wanita itu membatalkan wuduk sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w akan
membatalkan solatnya disebabkan wuduk Baginda terbatal kerana Baginda telah disentuh
oleh Aisyah r.a.
Para ulama dari Mazhab Syafie mengemukakan jawapan terhadap hadis ini.
Namun jawapan mereka dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, iaitu mereka
berpendapat bahawa sentuhan yang berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dan Aisyah r.a
itu berlaku dengan berlapik. Alasan ini dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya,
sehingga al-Syaukani berkata: Takwilan ini merupakan takalluf dan bersalahan dengan
zahir (dalil).

4.3 Pandangan Mazhab Malik dan Hambali.


Kedua-dua mazhab ini berpendapat bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan
syahwat membatalkan wuduk, jika tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk.
Pandangan ini merupakan hasil daripada menggabungkan antara nas-nas yang ada
dalam masalah ini, iaitu ayat al-Quran yang bermaksud: Atau apabila kamu menyentuh
wanita (kamu perlu berwuduk) kerana zahir ayat ini menunjukkan seolah-olah batal
wuduk dengan hanya bersentuhan antara lelaki dan wanita, dengan hadis-hadis yang
menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi Muhammad s.a.w dan Aisyah r.a dan
Baginda tidak memperbaharui wuduk.
Sebahagian ulama pula berpendapat tidak batal wuduk dengan bersentuhan antara
lelaki dan wanita, cara menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama
Mazhab Malik dan Hambali ini benar. Jika ayat al-Quran di atas memaksudkan dengan
bersentuhan itu adalah semata-mata bersentuhan antara kulit, akan tetapi terdapat
penafsiran yang sahih yang menunjukkan ayat tersebut memaksudkan jimak atau
bersetubuh bukan semata-mata bersentuhan. Ini seperti yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas
r.a dan penafsiran ini dipilih oleh Ibn Jarir, dan penafsiran Ibn Abbas ini didahulukan
berbanding penafsiran yang lain, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah berdoa kepada
Ibn Abbas r.a dengan doa Baginda yang berbunyi:


Maskudnya: Ya Allah fakihkanlah ia (Ibn Abbas) dalam hal ehwal agama dan ajarkanlah dia
tafsir (al-Quran). (HR Ahmad, al-Albani telah mensahihkan hadith ini di dalam Tahkik alTohawiah, Tafsir Ibnu Kathir : 11)

Selain itu banyak ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh ()
dengan maksud jimak atau bersetubuh, antaranya firman Allah s.w.t :



Maksudnya: Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni
membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka. (alBaqarah : 236)
6

Di dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman:



Maksudnya: Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa
maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah
daripada mahar yang telah kamu tentukan itu. (al-Baqarah: 237)

Di dalam ayat yang lain lagi Allah s.w.t berfirman dengan menggunakan kalimah
menyentuh dengan maksud bersetubuh :




Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang
beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu
menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta
menyempurnakan nya, maka berilah mereka mutah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara
yang sebaik-baiknya. (al-Ahzab: 49)

Berdasarkan ini semua, maka pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada
maksud yang dikehendaki oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dalam persoalan ini
adalah pandangan Mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wuduk dengan
bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Ini juga pandangan yang dipilih oleh Syeikh
al-Islam Ibn Taimiyyah, dan ulama semasa seperti al-Syeikh Abdullah Aziz Abdillah
bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, para ulama dari Lujnah Fatwa
Arab Saudi dan ramai para ulama yang lain lagi.

5. BERSENTUHAN

KULIT

ANTARA

LELAKI

DAN

PEREMPUAN

MEMBATALKAN WUDUK

Pada dasarnya, menurut Mazhab Syafie, bersentuhan kulit antara lelaki dan
perempuan adalah antara perkara yang membatalkan wuduk. Ketetapan ini
bersandarkan kepada firman Allah s.w.t :








Maksudnya : jika kamu junub Maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam
perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan,
lalu kamu tidak memperoleh air, Maka bertayamumlah dengan tanah yang baik
(bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak
menyulitkan kamu, tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan
nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.

Ayat di atas memerintahkan agar berwuduk atau bertayamum, jika dalam


keadaan ketiadaan air untuk menghilangkan hadas akibat berlakunya persentuhan
antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

6. BERSENTUHAN KULIT DENGAN KANAK-KANAK DALAM KEADAAN


BERWUDUK

Sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, wuduk menjadi batal jika
persentuhan kulit berlaku antara lelaki dewasa dan perempuan dewasa yang dikatakan
mencapai tahap memiliki syahwat mengikut uruf (kebiasaan).
Ini bererti, wuduk tidak batal jika berlaku persentuhan kulit antara dua orang
kanak-kanak kerana tidak ada kemungkinan berlakunya syahwat. Berbeza jika
bersentuhan dengan lelaki atau perempuan yang cukup tua, wuduk tetap batal
walaupun tidak ada kemungkinan syahwat kerana mereka adalah antara orang sudah
mencapai tahap memiliki syahwat.
7. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYAHWAT?
Syahwat ialah perasaan atau naluri semulajadi yang ingin atau cenderung
terhadap sesuatu dan sebahagian besarnya adalah perasaan atau naluri yang ingin atau
cenderung kepada kelazatan.
Adapun syahwat yang dimaksudkan dalam konteks membatalkan wuduk ini
adalah yang dinamakan syahwat jinsiyyah iaitu gelora hati dan perasaan yang suka
atau ingin terhadap kaum berlainan jenis yang juga kadang-kadang bercampur baur
dengan rasa keinginan sehingga boleh membangkitkan rangsangan fizikal apabila
memandang atau memegang sesuatu.
Di dalam kitab Ianah ath-Thalibin disebutkan bahawa sukat-sukat syahwat
bagi seorang lelaki adalah dengan adanya rangsangan fizikal pada anggota tertentu
manakala bagi seorang perempuan adalah dengan kecenderungan hati atau
berkeinginan terhadap lelaki.
8. ADAKAH BATAL WUDUK JIKA BERSENTUHAN DENGAN KANAKKANAK BUKAN ISLAM?
Salah satu perkara membatalkan wuduk ialah bersentuhan kulit antara lelaki
dan perempuan yang bukan mahram dengan tidak berlapik. Sebaliknya wuduk tidak
batal jika persentuhan kulit berlaku antara sesama jenis, sesama khuntsa, khuntsa
dengan lelaki atau khuntsa dengan perempuan, sama ada mereka Islam atau bukan
Islam.
Demikian juga, dengan yang melibatkan kanak-kanak bukan Islam. Hukum
lelaki dewasa dan perempuan dewasa bersentuhan dengan kanak-kanak bukan Islam
9

adalah sama juga dengan kanak-kanak Islam dalam perkara wuduk ini sebagaimana
menurut pendapat para ulama fiqh.
Berdasarkan keterangan di atas, apa yang dapat difahami ialah tiada had umur
tertentu bagi menentukan kanak-kanak yang batal dan yang tidak batal wuduk apabila
bersentuhan dengannya. Tetapi memadai dengan berpandukan pada keyakinan dan
pengetahuan seseorang dalam menilainya serta dengan berpandukan kepada uruf atau
kebiasaan sesuatu tempat dan masyarakat.
Wuduk tidak batal jika menyentuh atau tersentuh kulit bayi atau kanak-kanak
yang pada zahirnya tidak ada kemungkinan syahwat dan tidak menimbulkan syahwat.
Namun perlu diingat, wuduk akan tetap batal jika menyentuh atau tersentuh
kemaluan walaupun kemaluan bayi atau kanak-kanak kerana menyentuh atau
tersentuh kemaluan dengan jari atau bahagian dalam tangan (tapak tangan) yang tidak
berlapik sama ada sengaja atau tidak sengaja juga merupakan antara perkara yang
membatalkan wuduk.
Selain itu, wuduk ahli keluarga angkat juga akan terbatal jika bersentuhan
dengan anak angkat bukan susuan kepada ibu angkat apabila anak tersebut sudah
mencapai tahap memiliki syahwat kerana kedudukan hubungan anak angkat dengan
keluarga angkat tetap tidak berubah seperti asalnya. Dia tetap dianggap sebagai orang
asing dalam lingkungan keluarga angkatnya kecuali jika ada pertalian mahram atau
setelah disusukan oleh ibu angkatnya dengan mengikut dan memenuhi syarat
penyusuan yang ditetapkan syarak yang dinamakan sebagai anak susuan.
9. KESIMPULAN
Kesimpulannya, di Malaysia majoritinya penduduk Islam berpegang dengan
Mazhab Syafie. Dengan ini, dalam menentukan sesuatu hukum mestilah berpandukan
Mazhab Syafie dalam sesuatu perkara kecuali ada ikhtilaf dan untuk kemaslahatan
semua.
Dalam perkara yang dibincangkan ini menurut Mazhab Syafie wuduk batal
apabila kulit lelaki bersentuh kulit perempuan yang bukan mahramnya sedangkan
perempuan itu sudah sampai had diinginkan (sudah sampai had syahwat atau baligh).

10

Dengan itu, wuduknya batal sama ada orang yang menyentuh atau orang yang
disentuh, dengan syahwat atau tiada syahwat, dengan sengaja atau tidak sengaja.
Selain itu, tidak batal wuduk bersentuh dengan berlapik sekalipun nipis. Tidak
batal menyentuh bukan kulit seperti rambut, kuku dan gigi. Tidak batal wuduk
bersentuh dengan kanak-kanak yang belum sampai had sahwat. Wuduk juga tidak
batal jika berlapik kerana jika berlapik tidak dinamakan menyentuh.
Menyentuh mahram dan kanak-kanak yang belum sampai had syahwat tidak
batal wuduknya. Hal ini kerana mahram dan kanak-kanak bukan tempat untuk
menaikkan syahwat seperti lelaki bersentuh dengan lelaki begitu juga perempuan
bersentuh dengan perempuan.

10. RUJUKAN
Buku
i.

Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali, (2012). Pengantar Usul Fiqh, Kuala Lumpur,
Pustaka Salam SDN BHD. Edisi Kedua.

ii.

Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali, (2000). Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh,


Kuala Lumpur, Pustaka Salam SDN BHD.

Internet
i.

State Muftis Office, Primer Ministers Office, Brunie Darussalam.


Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan Muhrim : Adakah Membatalkan
Wuduk Atau Tidak? http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2012/bil34.pdf .

11

ii.

Ibnu Nafisdi. Rabu, 2 Januari 2013, Bersentuhan Dengan Kanak-Kanak Bukan


Muhrim

Adakah

Membatalkan

Wuduk

Atau

Tidak.

http://jomfaham.blogspot.com/2013/01/bersentuhan-dengan-kanak-kanakbukan.html .
iii.

Syahmi

Adi.

Pengertian

Ushul

Fiqh,

http://www.academia.edu/7178340/Pengertian_Ushul_Fiqh.
iv.

Binsahak. Jumaat 12.12.2008. Bersentuhan Antara Suami Isteri Batal Wuduk


Atau

Tidak,

http://bin-sahak.blogspot.com/2008/12/bersentuhan-antara-

suami-isteri-batal.html .

12

Anda mungkin juga menyukai