Anda di halaman 1dari 19

Pergaulan Bebas

Pergaulan Bebas

Disediakan untuk:Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 151

Disediakan oleh:Nur Iliyana Binti Suhaimi
2011176131
BMD2Bc

Program:Diploma Pengajian Perniagaan

Tarikh hantar:13/9/2012
1. 0. PENDAHULUAN
Seperti yang kita semua maklum, akhlak merangkumi skop yang luas seperti hubungan
dengan ALLAH S. W. T, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Untuk
tugasan ini, kami telah memilih tajuk Pergaulan Bebas. Tujuan kami memilih tajuk ini
adalah kerana fenomena pergaulan bebas ini menyebabkan akhlak manusia semakin lama
semakin rosak. Contoh yang dapat kami berikan adalah pergaulan bebas antara para remaja
lelaki dan perempuan masa kini sehingga terlupa bahawa mereka dilahirkan ke dunia adalah
sebagai seorang muslim. Kes- kes maksiat seperti pembuangan bayi, menyukai sesama
jantina, berzina, dan lain-lain telah menjadi salah satu budaya dalam negara kita, Malaysia.
Oleh yang demikian, kami telah mengambil inisiatif untuk membuat tugasan yang berkaitan
dengan pergaulan bebas agar dapat menjadi panduan dan tauladan kepada kami dan juga
rakan-rakan yang lain dalam usaha menjadi mahasiswa cemerlang.

Abu Hurairah r. a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang- orang yang
terbaik di antara kamu ialah orang- orang yang paling lanjut usianya di antara kami dan yang
paling baik di antara kamu dari segi akhlaknya

2. 0. PENGERTIAN PERGAULAN DALAM KONTEKS ISLAM
Dalam dunia ini, Allah S. W. T telah menciptakan dua kaum yang berbeza jantina iaitu lelaki
dan perempuan. Dia juga telah menciptakan Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada
sesetengah hukum atau peraturan yang berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada
yang tidak berbeza. Di dalam kehidupan ini, dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
melibatkan tugasan- tugasan sekolah ataupun tugasan- tugasan kerja, pasti akan berlakunya
pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dalam masyarakat kini.

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah khalata
yakhlutu khaltan yang bererti bercampur.

Melalui konteks ini, pergaulan ( ikhtilat) bermaksud bergaul atau bercampur di antara lelaki
dan perempuan ajnabi ( yang dah kahwin) di satu tempat yang berlaku interaksi dalam
bentuk pandang- memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan seseorang yang
lain. Hal ini bermakna ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Perkara ini berbeza dengan
khalwat yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja.

Walaubagaimanapun, mengikut pandangan para ulama yang lain, ikhtilat merupakan
terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam dan membawa konotasi dan makna yang
tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa ( pertemuan) atau musyarakah
( penyertaan) di antara lelaki dan wanita. Ia sepatutnya berbunyi batas pertemuan atau
penyertaan antara lelaki dan wanita.

Seperti yang kita boleh lihat, modal penyertaan lelaki dan wanita ketika zaman Rasulullah
SAW adalah ketika pembentukan masyarakat madani qur ani oleh Rasulullah SAW.
Masyarakat madani dapat kita himpunkan dengan :

- Wanita turut serta solat berjemaah dan solat Jumaat dalam masjid yang tidak
bertirai atau benteng

- Wanita turut serta dalam solat hari raya

- Iktikat pada 10 malam terakhir Ramadhan

- Wanita turut serta dalam bersama lelaki dalam majlis- majlis ilmu dan berebut
dengan lelaki dalam mengajukan soalan- soalan kepada baginda

- Mereka turut serta dalam medan perang; Ummu Atiyah turut serta dalam 7 medan
pertempuran; Riwayat Imam Ahmad terdapat satu ketumbukan khas wanita ketika tentera
Islam mengepung kota Khaibar; tugas utama tentera wanita ialah mengumpul panah,
memberi rawatan, memberi motivasi dan sebagainya

- Wanita juga terlibat secara aktif dalam penyebaran dakwah sama gagah dengan
lelaki; Ummu Haram bersama suaminya Ubadah telah belayar ke Cyprus dan kuburnya ada
di Cyprus

- Perbualan di antara Nabi Sulaiman AS dan Ratu Balqis al- Yemeni ( ayat an- Naml:
42- 43)






2. 1. SENARIO YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM
Semakin maju dunia yang kita singgahi ini, semakin bertambah permasalahan yang dihadapi
oleh umat Islam sekarang. Hal ini dapat dilihat melalui tiga senario yang dihadapi oleh umat
Islam:

- Aliran Barat/ Sekuler
Aliran ini mahukan wanita dan lelaki bercampur- gaul sesama mereka semaksima mungkin

- Aliran ke Timuran
Manakala untuk aliran ini, yang diwarnai Islam tradisi yang mempunyai makna dan tafsiran
tersendiri bagaimana seharusnya batas pergaulan antara jantina

- Aliran Kejumudan
Melalui aliran ini, menunjukkan dalam banyak masyarakat Islam abad ini, wanita terpenjara
dan dinafikan hak- hak mereka yang sudah dijelaskan dalam Al- Quran.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa ketiga- tiga pandangan di atas adalah beberapa
pandangan yang sudah pasti mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak
masalah kepada umat Islam.


2. 2. HUKUM PERGAULAN
Seperti yang kita semua maklum, setiap perkara yang dilaksanakan pasti akan ada hukum-
hukumnya. Perkara ini juga tidak terkecuali dalam pergaulan seharian kita.

Hukum asal pergaulan dalam Islam adalah harus. Pergaulan sesama manusia adalah
dituntut jika untuk tujuan menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad atau apa
sahaja yang memerlukan penggembilan tenaga antara wanita dan lelaki.

Liqa itu memenuhi adab- adab Islam seperti mana yang digariskan oleh syarak. Hal ini dapat
dilihat melalui ayat- ayat yang terdapat dalam Al- Quran, kitab suci umat Islam sepanjang
zaman :

- Menjaga pandangan ( Nur: 30- 31)
- Memakai pakaian yang menutup aurat ( Nur: 31)
- Dalam adab bercakap, kita disuruh untuk menjauhi nada menggoda ( Ahzab: 32)
- Adab berjalan, tertib dan sopan ( Nur: 31)
- Adab bila melakukan gerakan adalah dengan menjauhi gerakan yang seksi, manja
dan ghairah
- Jauhi daripada menggunakan sebarang unsure yang menggoda seperti make- up
dan wangi- wangian yang bermotifkan dan berniat menggoda
- Jauhi bersunyi- sunyian tanpa ada muhrim

Akhir sekali, yang paling penting adalah Liqa dalam perkara- perkara yang benar- benar
perlu sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat juga hukum yang mengatakan pergaulan antara lelaki dan
perempuan ajnabi ( harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak
didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya
hanya diasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita
kerana dalam hukum- hukum terbabit terdapat unsur- unsur pergaulan antara lelaki dan
perempuan ajnabi. Hukum- hukum yang dimaksudkan ialah :

- Larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram

- Solat berjemaah di masjid bagi wanita

i. Larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram
Perkara ini bermaksud perempuan dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan
dilarang berkhalwat dengan lelaki ajnabi ( sah kahwin dengannya).

Kedua- dua larangan ini didasarkan kepada hadis- hadis berikut :
Maksudnya : Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki
tidak harus masuk ( dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram

Berdasarkan hadis di atas, diterangkan melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di
dalam bilik atau rumah.
Maksudnya : Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya
mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram

Hadis kedua pula menerangkan melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahramnya.
Kedua- dua hadis di atas ini telah dijadikan oleh para fuqaha sebagai dalil pengharaman
pergaulan lelaki dan perempuan kerana kedua- duanya mengandungi unsur pergaulan.

Walaubagaimanapun, satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan
lelaki bukan mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan
kepada suatu nas syarak yang sarih kerana tiada nas syarak yang dengan jelas menyatakan
demikian. Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman khalwat yang
terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh difahami dari
larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram. Dengan erti kata lain oleh kerana
khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan antara wanita
dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Perkara ini juga sama dengan perempuan yang
dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu mendedahkannya kepada
pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan wanita dengan lelaki bukan mahram
adalah haram.

Begitu juga hukum sebaliknya iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan
lelaki mahram kerana darurat, maka ia juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas
alasan darurat. Hal ini sama dengan hukum boleh dan tidak boleh dia berkhalwat dengan
lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau musafir tanpa mahram.

ii. Hukum perempuan solat berjemaah di masjid
Bagi rujukan kedua di atas, hal ini membincangkan tentang pengharaman pergaulan antara
lelaki dan wanita ajnabi ialah keizinan bagi wanita melakukan solat berjemaah di masjid.
Solat berjemaah di masjid digalakkan bagi kaum lelaki dan tidak bagi kaum wanita. Malahan
sebaliknya solat wanita di rumah mereka adalah lebih afdhal bagi mereka.

Keizinan bagi wanita solat berjemaah di masjid tidak mutlak. Ia diikat dengan pelbagai
syarat iaitu keizinan suami atau wali, tidak memakai bau- bauan dan tidak berhias dan tidak
bercampur gaul dengan lelaki semasa solat berjemaah di dalam masjid. Syarak telah
menentukan iaitu saf bagi wanita dalam solat berjemaah mestilah di belakang saf lelaki.
Penentuan ini sabit melalui nas hadis seperti yang dinyatakan oleh Abdullah bin Abbas yang
beliau mendirikan solat di sebelah Rasulullah SAW dan Aisyah r. a mendirikan solat bersama-
sama di belakang mereka. Beliau berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW. Mereka
menunaikan solat bersama- sama.

Syarat- syarat yang dikenakan dalam kes wanita solat berjemaah dengan lelaki ini
menunjukkan bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita adalah haram. Lebih- lebih lagi jika
dihalusi persoalan kedudukan saf bagi wanita iaitu di belakang saf lelaki. Perkara ini bererti
wanita tidak boleh berada dalam satu saf dengan lelaki. Kalau dalam solat yang suasananya
penuh taqwa, jauh dari fitnah pun wanita tidak dibenarkan bergaul dalam satu saf dengan
lelaki apatah lagi dalam situasi lain yang jauh lebih tidak taqwa dan lebih terdedah kepada
fitnah, sudah semestinya tegahan bergaul dalam keadaan itu lebih ditegah. Kesimpualan
yang dapat dibuat daripada tajuk kedua ini adalah pengharaman pergaulan lelaki dan
perempuan adalah dirujukkan kepada nas yang melarang wanita bergaul dalam satu saf
sewaktu melakukan solat berjemaah bersama lelaki di samping syarat- syarat yang lain. Hal
ini bermakna kebolehan berlaku pergaulan dengan wanita dan lelaki ajnabi adalah
bergantung kepada syarat boleh berlakunya solat jemaah wanita bersama lelaki. Dengan erti
kata yang lain pergaulan wanita dan lelaki ajnabi bukan secara mutlak, tetapi boleh dengan
syarat- syarat yang ditentukan.





2. 3. BATAS- BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA
Seperti yang kita semua sedia maklum, tipulah jika dunia ini tidak ada interaksi di antara
lelaki dan wanita. Tidak berkembanglah sesuatu umat jika lelaki hanya berinteraksi dengan
kaum lelakinya sahaja dan wanita berinteraksi dengan kaum wanitanya sahaja. Jikalau hal ini
berlaku, tidak akan adalah generasi cucu cicit Nabi Adam di dunia ini. Dalam Islam, pergaulan
di antara lelaki dan wanita diharuskan. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurat,
hajat ( keperluan), mashalat Syar ie dan kebiasaan adat setempat.

i. Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana darurat
Dalam syarah Sahih Muslim, al- Imam al- Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan
hukum berkhalwat antara wanita dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat kecuali dalam
keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang wanita bersendirian dalam satu
perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan
seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi
daripada bahaya.

Penjelasan al- Nawawi menyakinkan bahawa pergaulan wanita dan lelaki ajnabi yang
dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan
wanita terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan- tujuan
lain.

ii. Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana keperluan
Pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi kerana hajat ( keperluan) Syar ie adalah
dibolehkan. Antara keperluan- keperluan Syar ie ialah :






- Pergaulan antara lelaki dan wanita untuk mengurus muamalah maliyah ( urusan
harta)
Pergaulan antara lelaki dan wanita untuk tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain
dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlakunya interaksi di antara dua
pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah ( urusan harta)
dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat,
menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

- Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa bekerja
Semasa melaksankan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan wanita.
Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua- dua pihak menjaga batas- batas syarak
seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak
mengandungi unsur- unsur fitnah dan tidak berkhalwat.

Khalifah Umar al- Khattab pernah melantik al- Syafi, seorang wanita sebagai pegawai
penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan. Tabiat
penguatkuasa di pasar menuntut pegawai terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di
pasar, lelaki dan wanita. Perlantikan wanita bekerja sebagai penguatkuasa menunjukkan
pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti Khalifah
Umar tidak melantik wanita bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut
menuntut berlakunya pergaulan.

- Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa menjadi saksi
Wanita boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes- kes yang ditentukan
oleh syarak bahawa wanita dibolehkan menjadi saksi seperti wanita harus menjadi saksi
dalam kes- kes harta dan hak- haknya.

iii. Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis
Pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri kerana sesuatu
dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak
tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya
batas- batas syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan wanita tidak
dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan wanita semasa
makan dan lainnya dalam majlis- majlis ini adalah lebih baik. Perkara ini didasarkan kepada
kaedah Sadd al- Zari ah ( menutup pintu- pintu fitnah).

iv. Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa belajar
Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar dibolehkan dengan syarat mereka belajar
dalam kumpulan di mana perkara ini dapat mencegah daripada berlakunya fitnah dan
khalwat.











2. 3. 1. LANGKAH- LANGKAH PERGAULAN YANG BETUL ANTARA LELAKI
DAN WANITA
Katakanlah ( Wahai Muhammad) kepada orang orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka ( daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesunguhnya Allah amat mendalam
pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-
perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. ( An- Nur: 30- 31)

Pertemuan itu hendaklah dalam suasana serius dan mengikut keperluan
Menahan pandangan daripada melihat aurat atau melihat bukan aurat dengan syahwat
Menghindari berjabat tangan
Memakai pakaian yang menepati syariat ( menutup aurat)
Tidak bersesak- sesak dan elok jika ada pemisah
Menghindari khalwat ( berdua- duaan) namun dibolehkan khalwat di kawasan awam
yang ada orang ramai atau seorang lelaki dengan beberapa perempuan yang thiqah ( boleh
dipercayai dari sudut pegangan agamanya)
Tidak terlalu lama dan berulang
Menghindari tempat yang mencurigai
Menjauhi perbuatan dosa
Perempuan bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda
Elakkan pergerakkan yang manja dan menggoda




2. 4. PUNCA- PUNCA BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS
Walaupun telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al- Quran dan hadis tentang bagaimana
seseorang itu harus bergaul dengan kaum yang berlainan jantina dengannya, namun masih
berlakunya pergaulan bebas di negara Islam terutama Malaysia. Perkara ini dapat kita lihat
saban tahun melalui surat khabar dan media massa seperti televisyen dan radio. Pergaulan
secara bebas di antara lelaki dan wanita telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kini.
Soal maruah telah mereka tolak ke tepi. Di antara berlakunya bergaulan bebas adalah
disebabkan oleh:

- Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa terhadap anak mereka
Acapkali kita mendengar tentang permasalahan ini apabila ditanya kepada para remaja
bagaimana mereka boleh terjebak dalam pergaulan bebas. Dan jawapan yang sering diberi
adalah kurangnya perhatian dan juga didikan agama daripada kedua ibu bapa mereka.
Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak
mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul
bersama- sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila
seseorang remaja perempuan berasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan
memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara
remaja perempuan itu dan lelaki itu tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan
mereka.

Kurangnya didikan agama yang diberi oleh ibu bapa kepada anak mereka juga menjadi
punca berlakunya pergaulan bebas. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama
dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan
mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan.

- Pengaruh rakan sebaya dan juga media massa
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Para
remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh
rakannya yang mempunyai ahklak yang buruk. Apabila remaja tersebut mempunyai sifat
seperti di atas, memang tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan mempunyai
akhlak yang buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang kukuh dan juga tidak mahu
dianggap kolot oleh rakannya yang lain. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang berbunyi :

Manusia itu ( diukur) atas kelakuan temannya, sebab itu hendaklah seseorang kamu
meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman.
Dan sabdanya yang lain:
Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia.
Tambahan, media massa memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan para
remaja. Media massa seperti televisyen yang menayangkan adegan pergaulan secara bebas
menjadi faktor pendorong para remaja terjebak dalam gejala pergaulan bebas.










2. 5. KESAN- KESAN PERGAULAN BEBAS
Apabila berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa sempadan, maka akan
berlakulah kesan- kesan yang bukan sahaja akan memberi impak kepada para remaja
tersebut tetapi juga kepada keluarga dan juga negara. Antara kesan pergaulan bebas adalah :

- Berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah
Apabila pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dijaga, maksiat akan berlaku di antara
mereka. Perkara ini kerana nafsu yang terdapat di dalam diri lelaki dan wanita tidak dapat
dibendung apabila batasan pergaulan mereka tidak dijaga. Kita semua sedia maklum apabila
duduk berdua yang ketiga pastinya syaitan. Maka apabila sudah berdua dan syaitan menjadi
penghasut, nafsu tidak dapat dikawal maka akan terjadilah zina. Zina adalah dosa besar yang
tidak akan diampunkan Allah S. W. T selagi kita tidak bertaubat. Dan apabila Allah S. W. T
ingin menguji penzina itu dengan menghidupkan benih lelaki dalam rahim perempuan itu
maka akan mengandunglah penzina perempuan itu. Apabila ujian yang amat berat ini tidak
dapat ditanggung oleh pasangan itu, maka akan terjadilah pembuangan bayi yang tersiar di
dada- dada akbar. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan daripada pergaulan yang bebas
tanpa mengenal batasan akan mencetuskan akibat yang besar kepada individu itu, keluarga
dan negara.








- Terjadinya corak hidup para remaja yang tidak berkahwin dan tersebarnya
penyakit- penyakit yang
membawa maut
Pergaulan bebas yang tidak terkawal akan mewujudkan satu corak hidup yang baru di mana
para pemuda- pemudi tidak mahu berkahwin. Perkara ini ada rasionalnya kerana apabila
cara hidup mereka telah biasa mendapat apa yang mereka inginkan tanpa mempunyai
ikatan yang sah, kenapa harus mereka memberatkan fikiran mereka memikirkan untuk ke
jinjang pelamin. Bersentuh- sentuhan, hidup bersama di dalam satu rumah tanpa ikatan
yang sah dan melakukan hubungan seks bersama individu yang berlainan telah dapat
mereka nikamti tanpa ada ikatan yang sah. Perkara ini terjadi disebabkan oleh kolotnya para
remaja sekarang yang tidak tahu akan bahana pergaulan bebas yang melampau. Di sini
dapat kita simpulkan bahawa pergaulan bebas memberikan impak yang terlalu besar kepada
sesebuah masyarakat dan negara.

Contoh yang dapat kita lihat adalah di sebuah bandar yang gah di mata dunia iaitu San
Fransisco yang melakukan statistik di mana menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ
terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali
pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu disebabkan oleh pergaulan bebas yang
ada di bandarnya. Bayangkan negara barat yang terkenal dengan kebebasan tanpa
sempadan ini juga terkejut dengan penemuan mereka apatah lagi di negara kita yang
terkenal dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi kita.





Selain itu, penyakit berjangkit yang berbahaya akan menular dalam sesebuah masyarakat
itu. Telah kita ketahui sejak kita memasuki sekolah rendah iaitu apabila melakukan
perhubungan seks tanpa ikatan yang sah dan bertukar- tukar pasangan, nescaya akan
terjadinya penyakit yang amat berat untuk ditanggung iaitu penyakit kelamin, HIV dan AIDS.
Kanser rahim dan serviks juga akan menyerang kaum wanita di saat mereka telah melakukan
hubungan seks sejak di awal usia mereka. Perkara ini dapat kita hindari dengan
mengehadkan pergaulan kita bersama kaum yang berlainan jantina dengan kita. Tanpa kita
sedari, pergaulan bebas adalah punca terjadinya permasalahan yang amat besar dalam
kehidupan kita.

2. 6. STATISTIK SEMASA
Kesan daripada pergaulan bebas yang tidak terkawal di Malaysia maka tercetuslah masalah
kelahiran anak yang tidak sah tarafnya di negara ini. Di sini kami ingin kemukakan statistik
anak luar nikah di Malaysia pada tahun 2000 sehingga 2007.

Mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000- 2007, ada sebanyak
257, 411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Ia dikeluarkan
sedemikian rupa sebab anak-anak berkenaan tidak mempunyai sah taraf atau anak luar
nikah.

Ia juga telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika
menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat pada
29hb Oktober 2008 untuk mengesahkan perkara ini. Kata beliau, selaras dengan peruntukan
Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229, yang tidak
membenarkan pendaftar mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah
taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya
sebagai bapa.

Angka yang melebihi 200 ribu dalam masa tujuh tahun yang singkat itu adalah cukup banyak.
Itu tidak termasuk dengan anak luar nikah yang dibenarkan didaftar di bawah nama orang
yang mengaku ayah atas dasar persetujuan bersama.















Statistik Anak Luar Nikah di Malaysia
bagi tahun 2000- 2007
Mengikut Pangkalan Data Jabatan Pendaftaran Negara


2. 7. PENYELESAIAN MENGIKUT KONTEKS ISLAM
Setiap permasalah yang berlaku pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Perkara ini juga sama
dengan pergaulan bebas yang semakin berleluasa di negara kita Malaysia.

Cara untuk menangani masalah pergaulan bebas mengikut konteks Islam adalah :

i. Menjadikan Rasulullah SAW sebagai model yang patut dicontohi
Kita semua sedia maklum Rasulullah SAW merupakan model yang paling sempurna untuk
dicontohi tidak kiralah dari segi ahklaknya, ibadahnya dan sebagainya. Kenabian itu adalah
sesuatu tugas taklifiyah ( kerahan) dan bukannya tugas iktisabiyah ( usahaan) kerana Allah S.
W. T itu lebih mengetahui di mana semestinya Dia meletakkan tanggungjawab perutusan itu.
Dia lebih maklum siapa yang mesti dipilihnya dari manusia untuk menjadi Rasul- rasul yang
akan membawa berita gembira dan berita ancaman-Nya. Oleh disebabkan itulah AlLAH S. W.
T telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi qudwah shalihah atau
tauladan yang baik bagi kaum muslimin di sepanjang pergolakan sejarah dan juga sebagai
cahaya yang menerangkan dan bulan penyuluh dan pembimbing kepada seluruh bangsa
manusia pada setiap zaman dan tempat.

Allah S. W. T telah berfirman :
Sesungguhnya bagi diri kamu dari Rasulullah itu contoh tauladan yang baik. ( Al- Ahzab :
21)

Oleh yang demikian, para remaja haruslah menjadikan Rasulullah SAW sebagai model yang
patut mereka contohi dan bukannya artis yang mereka lihat saban hari di kaca televisyen
seperti Scha Al- Yahya, Rebacca Nur Al- Islam, Nabil dan Awal Ashaari. Dengan menjadikan
Rasulullah SAW sebagai model hidup kita, nescaya tidak akan berlakulah pergaulan yang
teruk di antara lelaki dan wanita. Hal ini kerana dengan akhlak yang mulia yang ditunjukkan
oleh Rasulullah SAW, pastinya para remaja berasa malu untuk melakukan perkara yang
ditegah oleh Allah S. W. T dan pastinya akan menjaga maruah dan pergaulan mereka dalam
seharian. Apabila ini terjadi tidak akan berlakulah pergaulan bebas yang berleluasa di
Malaysia.

ii. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan menunjukan contoh teladan yang
baik
Kita pastinya pernah mendengar pepatah yang mengatakan jika ingin meluntur buluh biarlah
dari rebungnya. Perkara ini sama dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anak mereka
sedari awal agar akhlak mereka terpelihara daripada segala unsur negatif seperti yang
tercatat di dalam buku Pendidikan Anak- anak Dalam Islam karya Abdullah Nasih Ulwan
mengatakan contoh teladan di dalam membentuk anak adalah di antara cara- cara berkesan
yang banyak manfaatnya pada melengkapkan si anak itu dari segi akhlaknya serta
membentuknya dari segi rohani dan sosialnya. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa adalah
contoh tauladan yang paling utama dan baik sekali dalam pandangan si anak.

Apabila ibu bapa menunjukan contoh dan teladan yang mantap dengan mempamerkan
akhlak yang mulia, pastinya si anak akan meniru perlaksanaannya dan mempamerkan akhlak
yang dicontohi daripada ibu bapanya kepada orang lain pula, sama ada dia sedar atau tanpa
sedar. Secara tidak langsung juga tabiat dan perasaannya gambaran kata- bicara dan
perilaku ibu bapa itu secara rohaniah dan maknawiahnya, sama ada si anak itu tahu atau
tidak tahu.



Perkara ini dapat disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting
dalam menunjukkan contoh teladan yang baik kerana contoh teladan yang baik yang
ditunjukan itu akan menjadi suatu gejala yang amat penting sekali dalam kelurusan si anak
atau kebengkokannya. Oleh yang demikian, aktiviti pergaulan bebas pastinya dapat dicegah
dan dibanteras jika si anak mendapat pendidikan teladan yang baik sejak dari bayi lagi.
Semuanya bermula di rumah.

3. 0. CADANGAN
Ibu bapa, masyarakat dan pemerintah memainkan peranan yang amat penting dalam
membanteras gejala pergaulan bebas dan mencegah para remaja daripada menjadikan
aktiviti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan sebagai satu budaya. Di
dalam pelajaran Prinsip- prinsip Asas Islam ( CTU 101) di bawah tajuk Syariah Dalam
Kehidupan Muslim, telah diterangkan di bawah sub- topik Maqasid Syariah/ Objektif Syariah
( Perlaksanaan) iaitu dalam dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.
W. T. syariah Islam terbahagi kepada tiga iaitu :

- Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di
peringkat individu

- Perintah di mana perlaksanaan dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau
berjamaah

- Perintah yang tidak mampu atau boleh dilaksanakan di peringkat individu mahupun
kolektif tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan pemerintah

3. 1. PERANAN INDIVIDU
Peranan yang patut dimainkan oleh seseorang individu itu dalam mencegah dan
membanteras pergaulan adalah dengan memilih teman yang boleh diikuti dari segi
akhlaknya. Apabila memilih teman, pastikanlah teman yang dipilih itu dapat membimbing
kita dengan baik dan sentiasa mengingatkan kita tentang kebaikan dan keburukan apabila
melakukan sesuatu perkara. Teman yang baik adalah teman yang mengajak ke arah amal
makruf dan mencegah kita dari melakukan nahi mungkar.

Perkara ini dapat dikaitkan dengan cara untuk mencegah dari terjebak dalam pergaulan
bebas. Apabila kita bijak memilih teman, pastinya istilah pergaulan bebas tidak ada dalam
kamus hidup kita. Pemilihan teman yang baik akhlak dan budi pekertinya adalah tonggak
untuk kita terhindar daripada pergaulan bebas.

Antara lain, sebab individu haruslah sentiasa beristighfar dan bertaubat apabila melakukan
dosa sama ada sekecil- kecil zarah atau sebesar- besarnya. Dengan bertaubat, hati kita dapat
dijaga daripada unsur yang negatif dan sentiasa bermuhasabah diri. Selain itu, akan
bertambah kuatlah iman dan keyakinan kita kepada Allah S. W. T dan apabila rakan kita
mengajak kea rah maksiat terutama ke arah pergaulan bebas pastinya kita dapat menolak
dan mengatakan TIDAK kepada ajakannya.












3. 2. PERANAN MASYARAKAT
Untuk membanteras pergaulan bebas daripada berleluasa di negara tercinta kita, Malaysia,
masyarakat harus memainkan peranannya. Ini dapat kita lihat dalam seluruh perintah dalam
Al- Quran yang ditujukan secara kolektif dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama
setiap umat Islam. Contohnya seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakan amal
makruf dan nahi mungkar serta tuntutan- tuntutan fardhu kifayah yang lain.

Masyarakat memainkan peranan dengan memberi nasihat kepada golongan remaja yang
telah terjerumus dalam aktiviti pergaulan bebas atau yang ingin menceburkan diri dalam
aktiviti ini juga.

Masyarakat juga haruslah menjadi mata- mata kepada pihak berkuasa dengan melaporkan
sebarang aktiviti yang melanggar norma- norma masyarakat kita. Masyarakat haruslah
tampil ke hadapan dan berani menegakan kebenaran.


3. 3. PERANAN PEMERINTAH/ NEGARA
Perintah yang tidak mampu atau boleh dilaksanakan di peringkat individu mahupun kolektif
tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini selalunya bersangkutan
dengan perlaksanaan hukum bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan ta zir.
Perkara ini bermaksud apabila aktiviti pergaulan bebas tidak dapat dicegah dan dibanteras
pada peringkat individu dan masyarakat, maka pemerintah haryslah memainkan peranannya.
Peranan yang boleh diambil oleh pemerintah untuk mencegah dan membanteras aktiviti
pergaulan bebas ini adalah dengan mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah-
pesalah ini. Hal ini kerana dengan hukuman yang diberikan pastilah pesalah ini tidak akan
mengulangi kesalahannya dan sedikit sebanyak perasaan insaf akan terbit di dalam diri
individu itu. Tetapi hukuman yang dilaksanakan haruslah dilaksanakan dengan tegas dan
tidak memilih kasih. Pemerintah yang berjaya adalah pemerintah yang dapat membentuk
rakyatnya mengamalkan amal makruf nahi mungkar dalam kehidupan mereka.

4. 0. KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka sebaik- baiknya kerana
jika aktiviti pergaulan secara bebas tidak dibendung, pastinya masalah yang lagi besar akan
menimpa individu, masyarakat dan juga negara.

Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif
berbanding positif dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan
terjerumus ke arah penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan malu melihat
kedangkalan individu ini dalam menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi dan
negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina tempat
perlindungan bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang
dibuang. Semua ini tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti, ia melibatkan seluruh pihak di
sesebuah negara.

Antara lain, dalam mencegah pergaulan bebas daripada berleluasa, ibu bapa haruslah
memainkan peranan mereka dengan menunjukan contah tauladan yang baik kepada anak
mereka sedari anaknya masih bayi. Seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada
merawat. Para remaja juga haruslah mengambil inisiatif dengan lebih mempelajari agama
Islam dan mengukuhkan iman mereka agar tidak terpesong dari landasannya.

Kesimpulannya, pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak membanting tulang
mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka.
Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan
janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya. Wallahualam.
Adat bersendi syarak,
syarak bersendi kitabullah. .
bermaksud : Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak.
Kitabullah = Quran

Anda mungkin juga menyukai