Anda di halaman 1dari 6

PERBANDINGAN AGAMA ISLAM DENGAN GERAKAN

FEMINISME

Sebenarnya dalam Islam gerakan feminisme ditolak kerana ia bertentangan


dengan syiar Islam. Akan tetapi sememangnya ada antara tuntutan feminisme yang
baik untuk wanita yang sudah terdapat dalam Islam itu sendiri.

a) Tuntutan feminisme yang diterima Islam :

1) Melindungi dari mengalami keruntuhan akhlak yang moral, melindungi hak


wanita yang semakin terancam dan melindungi keselamatan wanita.

Allah telah berfirman dalam ayat 34:Surah An-Nisa yang bermaksud :“Lelaki itu
pelindung bagi kaum wanita…”

Rasulullah SAW apabila baginda menyebarkan agama Islam, baginda meninggikan


martabat wanita dan wanita di sisi Islam terlindung daripada penindasan pada ketika
itu yang menjadikan wanita hamba seks, kanak-kanak wanita dibunuh dengan
ditanam hidup-hidup dan taraf wanita ketika itu yang tidak mempunyai hak untuk
memiliki apa-apa harta.

Memetik kata-kata Prof Dr.Kamil : “Bagaimana mungkin wanita itu ditindas, dan
mengikut kepada kata-kata hukamat, syurga itu dibawah telapak kaki ibu yang
menunjukkan betapa Islam itu mengangkat martabat wanita.”

Ustaz Hamidi Ismail pula berkata; “Islam itu melihat fitrah kemurniaan wanita. Bukan
sahaja mempertahankannya, malahan melindungi wanita, perlindungan kepada
kemurniaan wanita”

2) Tanpa adanya diskriminisi, gerakan feminisme memperjuangkan taraf


pendidikan yang sama antara lelaki dan perempuan.

Gerakan ini tidak bersetuju jika wanita diberi pendidikan yang berbeza
pendidikan yang diberikan kepada lelaki. Mereka menegaskan bahawa separuh
daripada pendudukdunia adalah wanita. Kerana itu, membiarkan wanita dalam
kejahilan tanpa diberi peluang pendidikan bermakna meninggalkan potensi separuh
negara tanpa faedah.

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut. Dari Anas bin Malik r.a, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
B) Islam menolak tuntutan feminisme

Skop kekeluargaan dan perkahwinan merupakan antara ideologi feminisme yang


bertentangan dengan Islam dan boleh membawa jatuhnya kufur keatas seorang
muslim.

1) Konsep keluarga secara sah

Menganggap kebebasan wanita akan hilang kerana gerakan feminisme


menolak konsep berkeluarga secara sah. Tanpa disatukan oleh perkahwinan,
golongan ini berpendapat lelaki dan perempuan dapat hidup berdampingan tanpa
disatukan.

Konsep kekeluargaan bukanlah bermakna lelaki memiliki wanita, kedua-dua


lelaki dan wanita sebenarnya hidup saling lengkap-melengkapi dan hak wanita lebih
terpelihara. Tetapi, islam menolak pandangan feminisme dalam hal ini kerana
melalui konsep kekeluargaan secra sah.Hidup berdampingan akan menimbulkan
lebih banyak gejala sosial sekiranya tidak disatukan perkahwinan, risiko penyakit
bahaya seperti AIDS akan mudah berjangkit hingga ke beberapa generasi apabila
lelaki dan perempuan bebas bersekedudukan dengan sesiapa. Dalam hal ini, lelaki
dan wanita haruslah saling berperanan antara satu sama lain.

Allah berfirman dalam Ayat 21: Surah ar-Rum yang bermaksud;“Dan di antara tanda
tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dalam
kalangan kamu, agar kamu cenderung dan merasa tenteram padanya (pasangan), dan
Dia menjadikan di antara kamu kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-
benar terdapat tanda-tanda kebesaran
(Allah) bagi kaum yang berfikir.”

Mereka juga mahu menggantikan konsep kekeluargaan konvensional.


Keadaan ini berlaku tanpa melihat segala potensi yang ada pada wanita. Secara
tidak langsung mereka berpendapat bahawa wanita juga boleh menjadi ketua
keluarga.

Allah berfirman dalam ayat 34:Surah An-Nisa “Lelaki itu pelindung bagi kaum
wanita…”

Bahawa ayat ini menjelaskan bahawa lelaki itu lebih layak menjadi satu
pemimpinita menjadi sengit pertimbangan yang nyata dan rasional serta emosi
mudah dica untuk menampung kekurangan wanita dalam tempoh ibadatnya kurang
daripada 30 hari kerana kitaran haid, pada masa itu perubahan hormon dalam
badan wanmpur untuk menentukan sesuatu keputusan. Lelaki juga kuat untuk
menampung urusan keluarga apabila wanita sarat mengandung dan selepas
bersalin, pada masa ini wanita sangat memerlukan perlindungan dan penjagaan
daripada lelaki.

Kata Profesor Dr Kamil Bin Abdul Majid


Ustaz Hamidi Ismail pula berkata;

Lelaki dan wanita itu sendiri saling melengkapi dan membezakannya adalah
fungsi kerana dalam islam lelaki dan wanita adalah sama. Selain tiu, feminisme
bukan memberi hak kepada wanita malah telah mencabut kesopanan, kesucian
wanita. Disebabkan hendak menjaga kesucian, kehormatan dan kemulianlah
perlunya wanita menutup aurat. Namun, kemurniaan kesopanan dan kemurniaan
akhlak kepada wanita itu sendiri telah mencuba dihapus oleh feminisme.
Sesungguhnya islam itu telah memberi fitrah kepada wanita itu sendiri. Ini adalah
kerana mahu rakyat Malaysia mengikut gaya dan cara mereka dengan membawa
budya barat yang cuba masuk ke Malaysia.

Wanita Islam tidak perlu terikat dengan agama sekiranya membawa


ideologi. Anataranya adalah seperti tidak menutup aurat. Dalam hal pembahagian
harta pula, wanita itu akan lebih berharap kepada suami dan lebih bergantung agar
dapat melatih lelaki lebih berusaha barulah lahirnya keluarga mawaddah wa
rahmah.

2) Poligami

Hendaklah dinyatakan batal secra undang-undang sekirnya gerakan


ferminisme di Malaysia mendakwa bahawa poligami tidak sah. Sepertimana yang
diterangkan dalam ayat 3: Surah al-Nisaa bahawa sebenarnya poligami dibenarkan
dalam Islam. surah al-Nisaa : “…dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku
adil terhadap (hakhak) perempuan yatim (apabila kamu mengahwininya) maka
khawinilah perempuan (lain) yang kamu senangi, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika
kamu khuatir, tidak akan mampu berlaku adil maka (nikahilah) seorang sahaja atau
hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat dari kamu
agar kamu tidak berbuat zalim.”

Malahan dalil dalam surah al-Nisa adalah untuk para lelaki berlaku adil
terhadap kaum wanita yang merupakan amaran keras daripada Allah. Hal ini
demikina kerana, berpoligami ini sememangnya mudah melakukan kealiman terhadap
kaum wanita jika tidak berlaku adil. Jelaskan bahawa pada akhir surah ini, akhirnya
Allah lebih memberatkan supaya menikahi seorang sekiranya khuatir tidak berlaku
adil.

3) Sah sekiranya perkahwinan berbeza agama


Sah bahawa gerakan feminisme yang mengatakan perkahwinan berbeza agama
antara muslim dan bukan muslim dikira sah. Islam melarang hal ini kerana sudah
termaktub dalm al-Quran menjelaskan larangan untuk mengahwini pasangan yang
berlainan agama.

Allah berfirman dalam al-Quran ayat 221 : surah al-Baqarah yang bermaksud; “Dan
janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman.
Sesungguhnya wanita budak yang mu'min lebih baik dari wanita musyrik, walaupun
dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan
wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu'min
lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke
neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka
mengambil pelajaran.

Kitab orang kristien (Injil) dan Yahudi (taurat) bukan lagi mushaf asal kerana
telah dicampur aduk dengan tulisan manusia, maka status ‘ahlul kitab’ itu sendiri
diragui dan pernikahan dengan ahlul kitab tidak lagi diterima.

4) Masa Iddah bagi wanita

Dalam hal ini, masa iddah bukan hanya untuk wanita sahaja tetapi untuk lelaki
yang dinyatakan oleh SIS.

Firman Allah pada ayat 228 : surah al-Baqarah yang bermaksud; “Dan isteri-isteri
yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari
berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)”

Pendapat ulama juga tidak mengharuskan iddah keatas lelaki malahan tidak
wujudnya mana-mana hadis atau dalil yang mengharuskan lelaki itu bereddah, ini
adalah kerana eddah itu diwajibkan keatas wanita atas beberapa faktor yang amat
penting, antaranya ialah:

I) Memastikan rahim suci: masa iddah selama 3 bulan atau tiga kali suci. Adapun
proses itu mampu melewati masa-masa kritikal, dalam tempoh itu agar dapat
dipastikan bahawa rahim seseorang perempuan kosong dari benih kehamilan.
Bermaksud iddah itu, jelaslah bahawa seorang wanita yang sudah diceraikan, baik
kerana cerai suaminya meninggal dunia atau cerai hidup, dan hamil akan
mengakibatkan kelahirana manusia (anak). Apabila kekosongan rahim dikenal pasti,
maka status anak bakal dilahirkan oleh wanita akan jelas atau akan dijelaskan status
bapa bagi janin dalam rahim wanita, pada masa yang sama akan menentukan status
nasb si anak.

Ii) Iddah sebagai masa untuk wanita berkabung: Untuk wanita yang
ditinggalkan suaminya meninggal dunia, membenarkan dia berkabung.
Jumhur ulama sepakat tentang keharusan wanita yang ditinggal mati oleh
suaminya untuk berhidad (berkabung), sama ada wanita itu masih muda, atau
tua. Kecuali Hanafi, mazhab ini mengatakan bahawa wanita adalah zimmi dan
masih muda (belum akil baligh) tidak harus menjalani hidad kerana mereka
tidak didakwa kewajipan.

Iii) Iddah sebagai saat penting bagi pihak suami dan isteri untuk berfikir
rujuk kembali: Akan merasakan adanya sebagai perubahan dalam kebiasaan
hidupnya. Sekiranya, seseorang bercerai dengan suami atau isterinya.
Kebiasaan-kebiassan itu tidak didapatkan atau ditemukannya lagi ketika sudah
berpisah dengan isterinya. Sebelumnya, seorang lelaki sentiasa dilayani. Oleh
itu, berfikir yang mana terbaik untuk kedua belah pihak kerana saat-saat inilah
dapat digunakan.

Iv) Iddah sebagai ta’abbudi (pengabdian dan pendekatan) kepada Allah. Selain
daripada tujuan-tujuan iddah sebagaimana diungkapkan di atas, pelaksanaan
untuk kita bermuhasabah dan mendekatkan diri kepadanya adalah dengan
melaksanakan iddah ia merupakan ruang yang diberi Allah.

5) Tuntutan hak sama rata bahagian warisan anak lelaki dan wanita

Gerakan feminisme di Malaysia melihat pembahagian hak warisan dalam


Islam adalah diskriminasi, gender dan berat sebelah, selain melihat ini sebagai atau
penafian hak wanita dalam perwarisan harta. Dapat kita perhatikan bahawa dalam hal
ini dan sebenarnya jikalau kita melihat hikmah pembahagian harta ini secara tersirat.
Perempuan dapat menyimpan semua bahagian warisannya atau dibelanjakan untuk
keperluan peribadinya.

Seorang lelaki yang memegang harta yang diwarisi perlu diberikan sebahagian
hartanya juga kepada isteri kerana harta suami adalah hak isteri juga. Sebaliknya,
suami harus membelajakan haknya untuk memperoleh bahagian warisan isterinya.

Allah berfirman dalam ayat 11 dan 12 : surah an-Nisaa yang bermaksud: “(Allah)
perintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi
jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja,
maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati),
tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si
mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak,
sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah
satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-
beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah
diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya. lbubapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di
antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian
harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu
ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Dan bagi kamu satu perdua harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu
jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu
beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak
mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-
isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan
wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati
yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa,
dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu)
maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka
(saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka merekabersekutu pada
satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah
ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya;
wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-
waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.”

Perbezaan itu kembali pada perbezaan hak dan tanggungjawab dalam


kehidupan seharian, sekalipun bahagian warisan wanita kurang dari bahagian warisan
wanita kurang dari bahagian lelaki. Dapatlah kita lihat disini bahawa islam
sebenarnya memperjuangkan keadilan, dan bukan kesemarataan kerana tidak semua
hak sama rata itu adil pelaksanaanya. Ringkasnya, gerakan feminisme di Malaysia ini
perlu ditolak kerana gerakan ini bahaya bagi pemikiran dan akidah uamt islam, dan
banyak tuntutannya yang bertentangan dengan agama islam.

Anda mungkin juga menyukai