Anda di halaman 1dari 13

1.

KERELEVAN MENUTUP AURAT MEURUT ISLAM

Berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat menurut Islam bukanlah isu yang boleh dipandang remeh. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu pendorong dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh menimbulkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh atau membuang anak luar nikah, putusnya hubungan kekeluargaan dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya: "Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya." (Al-A'raf : 20) Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah: a) Perbezaan dengan binatang

Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurataurat kamu dan untuk perhiasan" (Al-Araf: 26) Adalah sesungguhnya dari ayat diatas amat jelas mengenai penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia di muka bumi Allah ini. Justeru barang siapa yang berpaling dari arahan ini bermaksud ingkar secara langsung ia menjatuhkan tahapnya sama seperti binatang yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi menjalankan arahan penutupan aurat. b) Agar kaum wanita tidak disakiti

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)(al-Ahzab: 59) c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.

Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut: .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. Disini amat jelas, menunjukkan salah satu fungsi penutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut agama Allah iaitu agama Islam. Firman Allah: Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati..

d)

Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.

Kita dapat perhatikan bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan bagi penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu untuk mencapai tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semuanya akan menjaga 'standard' berbanding tauke kedai runcit yang tidak beruniform. Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Daripada hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas sehinggalah ekonomi dan kenegaraan Islam amat menitik beratkannya. Walaupun demikian, Islam tidak menyuruh umatnya membuat perkara yang tidak rasional atau yang melanggar etika, justeru, sudah tentu standard pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik akal manusia yang sihat. e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT. Firman Allah ertinya: Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk: 2)

2.0

DEFINISI MENUTUP AURAT Aurat (Arab: ) merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki mahupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup Islam aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim di muka bumi Allah ini, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada AlQuran dan Hadis yang telah disedia maklum akan kesahihannya. Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah seperti berikut:-

2.1

Lelaki Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

2.2 Wanita Aurat wanita sangat rumit dan akan berubah mengikut keadaan:

Dihadapan mahram (saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ". Dihadapan sesama wanita Muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut. Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan Muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama seketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam. Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat. Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum. Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya. Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

2.3 Suara Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat.

3.0

KEPENTINGAN MENUTUP AURAT Setiap hukum yang diturunkan oleh Allah S.W.T mempunyai tujuan dan hikmah disebalik apa yang berlaku yang pastinya akan mendatangkan kebaikan untuk manusia. Ini kerana menghasilkan kebaikan atau maslahat bagi manusia merupakan tujuan utama syariat Islam diturunkan. Justeru, ahli fekah telah mengkategorikan kebaikan manusia perlu dijaga kepada tiga maslahah darurat, hajiat dan tahsinat. Maslahah darurat bermakna segala kepentingan yang perlu dijaga oleh manusia, jika tidak, kehidupan manusia akan menjadi huru hara. Masalah darurat ini mengandungi lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, kehormatan dan harta. Setiap satu dari lima perkara ini amat dijaga oleh syariat Islam melalui dua bentuk iaitu berbentuk perintah dan larangan serta berbentuk hukuman. Dalam tulisan ini ingin dibincangkan dua dari lima perkara yang mesti diberi perhatian oleh manusia iaitu agama dan kehormatan. Di sinilah kerelevennya perbincangan falsafah aurat wanita.menurut Islam Jika ditanya mengapa wanita perlu menutup aurat? Maka jawapan yang paling ringkas yang boleh diberikan ialah untuk menjaga agama dan kehormatan manusia sejagat. Agama Islam mahukan kehidupan manusia di dunia ini berjalan dalam keadaan yang baik, tenang dan tenteram dalam semua bentuk perhubungan sama ada perhubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia atau manusia dengan makhluk lain. Kunci bagi ketenteraman ini adalah hati sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud: Sesungguhnya di dalam badan manusia itu ada seketul daging, apabila baik maka akan baiklah seluruh jasad (tindakan-tindakannya), dan sekiranya ia rosak maka akan rosaklah segala jasad (tindakan-tindakannya). Ketahuilah seketul daging itu adalah hati. (Al-Bukhari). Hati manusia ini pula melalui panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW boleh menjadi kotor dan boleh menjadi bersih dari segi rohaninya. Hati ini akan menjadi hitam apabila manusia terlalu tenggelam dalam memenuhi tuntutan syahwat yang dilarang oleh syariat islam. Antara bentuk syahwat yang paling sukar dikaawal lelaki terhadap wanita sebagaimana yang terungkap dalam firman Allah yang bermaksud: Diperhiaskan (dijadikan indah) kepada manusia syahwat terhadap wanita, dan anak pinak (Ali Imran: 14). Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya kaum Yahudi dalam protokolnya untuk menghancurkan umat Islam menyenaraikan merosakkan wanita sebagai salah satu senjata bagi melumpuhkan umat Islam. Ini kerana apabila wanita Islam berjaya dirosakkan termasuklah menelanjangkannya maka semua lapisan masyarakat akan rosak terutama dari aspek hubungannya dengan Tuhan dan sensitivitinya terhadap disiplin syariat Islam. Dengan itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa perintah menutup aurat bagi wanita dalam syariat islam adalah bertujuan untuk memebersihkan masyarakat Islam daripada ditenggelami oleh gelora syahwat yang akhirnya akan mengakibatkan umat Iislam lupa terhadap kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Inilah maksud kebaikan adalah kembali kepada manusia itu sendiri. Selain daripada itu, perintah menutup aurat ini juga adalah satu rahmat Allah terhadap kelemahan yang ada pada manusia sama ada lelaki
8

ataupun perempuan dalam berhadapan dengan kebangkitan dorongan seksual yang tidak kena pada tempatnya (yang dilarang oleh syarak). Justeru, al-Quran telah memerintahkan wanita-wanita beriman supaya menutup aurat mereka dengan sempurna melalui firman Allah yang bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar)(al-Ahzab: 59) Hadis-hadis Rasulullah SAW amat menekankan tentang aurat dalam kehidupan seharian sebagai umah Islam. Antaranya Rasulullah SAW pernah mengungkapkan istilah perempuan berpakaian tetapi telanjang di dalam salah satu hadis baginda. Ini kerana, sekalipun perempuan itu telah memakai pakaian tetapi pakaiannya tidak dapat mengelakkan fitnah yang boleh merosakkan hati dan perlakuan umat Islam. Daripada hadis ini juga para ulama telah mengemukakan garis panduan menutup aurat dalam Islam. Antara panduan yang telah diberikan ialah pakaian yang dipakai hendaklah memenuhi criteria-kriteria berikut i. Hendaklah menutup semua anggota yang termasuk dalam kategori aurat iaitu seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan, kecuali wanita yang mempunyai rupa paras yang terlalu cantik dan boleh menimbulkan fitnah apabila lelaki melihatnya, maka wanita seperti ini wajib menutup seluruh tubuh badannya (berpurdah). ii. Pakaian yang dipakai hendaklah longgar dan tidak menunjukkan bentuk tubuh badan. iii. Pakaian tidak jarang hingga menampakkan kulit badan. iv. Menurut setengah ulama warna pakaian hendaklah berwarna sederhana yang tidak terlalu menarik perhatian. Kriteria-kriteria pakaian ini adalah bersifat mutlak tanpa mengalami apa-apa perubahan sejak dahulu hingga kini. Amat tidak munasabah sekali apabila munculnya suatu pandangan yang menganggap rambut wanita bukanlah aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal di mana perjuangan menentang hijab atau menutup aurat ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya ia adalah punca kemunduran dunia Islam. Sedangkan mereka lupa bahawa punca kemunduran sebenar adalah kita meninggalkan agama yang tulen dan membiarkan kepalsuan, bidah serta kemungkaran hidup dalam masyarakat. Persoalan aurat ini seperti yang ditekankan sudah banyak dibahaskan. Setiap pengkaji Islam boleh merujuk kitab-kitab tafsir yang berpandukan nas-nas syarak dalam menafsirkan Surah Al-Ahzab: 59 dab An-Nur: 60. Dalam hal ini, ada ulama yang bertegas menyatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat. Ini seperti yang dipegang oleh kebanyakan ulama terutama di Arab Saudi sekarang.

4.0

FAKTOR KERELEVAN MENUTUP AURAT Antara punca-punca masyarakat Islam di Malaysia memakai pakaian yang tidak menutup aurat ialah: 4.1 Pengetahuan agama yang lemah Secara umumnya, masyarakat Islam di Malaysia yang tidak menutup aurat berpunca daripada kekurangan pengetahuan agama. Walaupun ada pengetahuan tetapi masih lemah. Seperti sedia maklum, seseorang mendapat pendidikan agama secara tidak formal daripada ibu bapa mereka sendiri. Seterusnya mendapat didikan agama secara formal apabila memasuki alam persekolahan. Sikap ibu bapa yang hanya mementingkan pencapaian akademik sehingga aspek agama diabaikan menjauhkan lagi anak-anak dengan kepentingan menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 ini menyebabkan anak-anak beranggapan bahawa soal agama tidak penting dalam kegiatan seharian.

4.2 Pengaruh media massa Masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam media massa seperti majalah-majalah dan televisyen (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Malah kebanyakan majalah-majalah dan televisyen sering menampilkan wanita yang tidak menutup aurat untuk mendapat publisiti. Kesannya masyarakat yang kurang pegangan agama terikut-ikut dengan budaya tidak menutup aurat. Tidak dinafikan media cetak dan elektronik memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat dan berita-berita dengan cepat, tetapi apabila melibatkan soal aurat, tidak sepatutnya gambar-gambar model yang tidak menutup aurat disiarkan.

4.3 Modenisasi Proses modenisasi yang dibawa oleh barat berjaya mempengaruhi masyarakat Islam khususnya, (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Setiap perkara yang dibawa oleh barat mempunyai agenda tersendiri. Barat menganggap menutup aurat telah mengongkong kebebasan wanita (Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, 2004). Bagi masyarakat Islam yang berfikiran sempit, mereka dengan yakin menerima dan bersetuju dengan apa yang dibawa oleh barat. Negara barat cuba sedaya upaya mencari jalan supaya masyarakat mengikut gaya hidup mereka. Bukan semua perkara yang dibawa negara barat tidak elok. Masyarakat Islam perlu mengekalkan budaya ketimuran yang mana lebih baik daripada negara barat.

10

5.0

IMPLIKASI ATAU KESAN KERELEVAN MENUTUP AURAT Kesan Tidak Menutup Aurat (wanita) "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka." Oleh yang demikian, sebagai umat Islam kita perlulah menutup aurat supaya terhindar dari sebarang perkara yang tidak diingini seperti berlakunya fitnah, keaiban orang lain dan jatuhnya maruah seseorang. Sekiranya umat Islam menutup aurat maka tidaklah berlaku sebarang perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran dan disinilah terbukti bahawa menutup aurat merupakan seseuatu yang relevan dan diterima oleh semua umat Islam selain ia merupakan suatu kewajiban sebagai umat Islam. Selain daripada itu, perintah menutup aurat ini juga adalah satu rahmat Allah terhadap kelemahan yang ada pada manusia sama ada lelaki ataupun perempuan dalam berhadapan dengan kebangkitan dorongan seksual yang tidak kena pada tempatnya. Terdapat juga beberapa dalil serta hadis-hadis yg menerangkan kesan tidak menutup aurat dan terdapat kisah-kisah para sahabat mengenai tidak menutup aurat yang membawa mudarat.

6.0

KAEDAH SERTA LANGKAH-LANGKAH MENUTUP AURAT 6.1 Bahagian Manakah Yang Boleh Diperlihatkan Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud). 6.1.1 Muka Dan Tangan Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah S.A.W dengan memakai pakaian yang nipis. Maka Rasulullah S.A.W pun bersabda, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh, tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari) Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman: "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita." Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman: "Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.

6.1.2 Muka Dan Leher "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
11

a) Bersolek (Make Up) b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahiliyah"

6.1.3 Dada "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup dadadada mereka."

6.1.4 Wangian "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."

6.1.5 Kaki (Tumit Kaki): "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (An Nur: 31) a) Menampakkan kaki. b) Menghayunkan/melenggokkan mengikut hentakan kaki.

6.2

Kepada Siapa Aurat Wanita Boleh Diperlihatkan

"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan." (An Nur: 31) Pakaian menutup aurat merupakan jaminan Allah S.W.T ke atas hamba-Nya daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Di samping itu pakaian Islam merupakan lambang identiti seorang muslim dan muslimah. Pada zaman sekarang, penutupan aurat menjadi lebih penting kerana banyak unsur-unsur fitnah telah berlaku seperti jenayah rogol, sumbang mahram, seks sejenis dan bermacam-macam lagi (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Antara cadangannya adalah melibatkan:

12

6.2.1 Ibu bapa dan keluarga Ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah memastikan dan mendidik anakanaknya berpakaian menutup aurat bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini kerana kanak-kanak cepat belajar dan mudah untuk diajar berkaitan menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 mengatakan suami pula bertanggungjawab ke atas isterinya. Seandainya ada bapa atau suami yang tidak melarang anak atau isteri mendedahkan aurat maka mereka termasuk golongan yang dayus. Berpakaian menutup aurat bukanlah diamalkan dalam beberapa keadaan tertentu atau terhad pada sesuatu waktu yang tertentu atau dipaksa apabila mencapai usia baligh. Suruhan menutup aurat hendaklah disertai dengan penerangan tentang perkaitannya dengan tuntutan agama. Tanpa pengetahuan agama, amalan menutup aurat ini mungkin bersifat sementara dan tidak memberi kesan yang baik kepada keperibadian anak tersebut bak kata pepatah bagai mencurah air ke daun keladi. Cara ini memberi kesan jangka masa panjang kerana apabila anak-anak mencapai usia baligh, mereka tidak akan berasa kekok, janggal, malu, rimas dan terbeban untuk berpakaian menutup aurat. Sebaliknya mereka akan berasa takut dan malu untuk mendedahkan aurat.

6.2.2 Masyarakat sekeliling Masyarakat sekitar juga berperanan ke arah mewujudkan pemakaian menutup aurat. Menurut Shofian Ahmad dan Lotfiah Zainol Abidin, 2004 setiap anggota masyarakat juga perlu mempraktikkan pakaian yang menutup aurat agar pemakaiannya akan menjadi majoriti yang besar. Selain itu, apabila setiap anggota masyarakat mementingkan kewajipan Islam ini, maka akan wujud kekuatan untuk menghalang atau menegur individu yang masih mendedahkan aurat. Selain itu, masyarakat yang prihatin akan menjadikan anak-anak jiran seperti anak-anak mereka sendiri. Mereka akan berasa bertanggungjawab menegur anak-anak jiran yang mendedahkan aurat di luar rumah ataupun di luar pengetahuan ibu bapa mereka.

6.2.3

Diri sendiri

Diri sendiri merupakan faktor yang paling penting ke arah menerapkan kesedaran untuk berpakain menutup aurat (Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin, 2004). Walaupun semua pihak telah memainkan peranan masing-masing tetapi jika individu itu dengan sendiri tidak berusaha untuk menutup aurat maka usaha ke arah mewujudkan masyarakat yang berpakaian menutup aurat akan gagal. Ini samalah dengan perumpamaan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Berpakain menutup aurat sepatutnya dilakukan kerana Allah S.W.T. Sekiranya tidak kerana Allah S.W.T maka ia akan bersifat sementara dan berpakaian tersebut tidak dapat menghalang mereka daripada melakukan maksiat lain. Antara cara-cara adalah dengan berdoa kepada Allah S.wW.T agar diberi taufik dan hidayah selain daripada meminta di jauhkan daripada segala kemaksiatan. Mereka perlulah mempertingkatkan kefahaman tentang kewajipan menutup aurat dan cara-cara menutup aurat dengan betul. Kefahaman ini dapat dipertingkatkan dengan mengikuti kelas agama, membaca buku-buku agama dan membaca al-quran serta hadis.

13

7.0 HIKMAH KERELEVAN MENUTUP AURAT Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21) Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menjelaskan dengan menyatakan perihal mengapa wanita wajib berhijab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna). Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas: 7.1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah Allah. Maka, renungilah ayat berikut: Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik (09:67) 7.2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat kearah kejahatan lalu mendorongknnya kearah kebaikan. Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32) 7.3. Membezakan samada wanita itu Muslim atau bukan Muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita Muslim, sewajibnya mereka menutup
14

aurat dan bertudung yang memang diperintahkan bagi mereka. Dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya. 7.4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Contohnya pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

15

8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga dengan baik agar kehidupan di dunia ini dipenuhi dengan keberkatan dan tergolong dalam golongan yang terpuji di akhirat kelak. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani umatnya. Segeralah memohon keampunan Allah S.W.T. Syaitan merupakan musuh utama umat Islam dan akal kekal buat selamanya menjadi musuh kita. Jadi janganlah masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini mudah tertipu dengan godaan syaitan. Semua pihak seperti yang dibincangkan sebelum ini perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam mewujudkan masyarakat Islam yang menutup aurat supaya kehidupan di dunia ini diberkati Allah S.W.T. Yakinlah bahawa Allah S.W.T Maha Adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Setiap hukum yang diturunkan oleh Allah S.W.T mempunyai tujuan dan hikmah disebalik apa yang berlaku yang pastinya akan mendatangkan kebaikan untuk manusia. Kita sebagai umat Islam dan hamba Allah haruslah patuh pada segala perintahnya serta menjauhkan segala larangannya. Ingatlah suatu balasan akan diberikan kepada kita kelak samada melakukan kebaikan mahupun kejahatan pasti akan menerima balasan oleh Allah. Kita harus sedar siapa diri kita disisi Allah yang diperintahkan untuk membuat seberapa banyak kebaikan yang boleh selagi kita hidup.

16

9.0 RUJUKAN

1. Shaik Kadir, Pendekatan Islam.2009. Selangor: Marshall Cavendish Editions. 2. Shofian Ahmad & Lotfiah Zainol Abidin. 2004. Aurat Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 3. http://www.zaharuddin.net/ 4. Mingguan Malaysia, 15 Febuari 2004, daripada www.utusan.com.my 5. http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter9%20hasil%20analisa.htm 6. Sumber: http://ustazah18.blogspot.com/ 7. Berita Harian Online September 18, 1997.

17

Anda mungkin juga menyukai