Anda di halaman 1dari 28

HBIS4303 V2

PENGAJIAN ADAB & AKHLAK ISLAMIYAH II


SEMESTER SEPTEMBER 2014

1. Pengenalan
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan
pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaikbaiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah
(dan

rahmat-Nya

kepada

hamba-hamba-Nya)

supaya

mereka

mengenangnya (dan bersyukur).


Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia
melalui Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat
kepada mereka dan seluruh kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia
dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka di dunia dan memberi rahmat
kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan mereka di akhirat
kelak.
Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab
dan peraturan dalam mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal
yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan untuk mereka. Oleh itu, kita
sebagai umat Islam harus mengikut etika berpakaian yang telah digariskan
oleh Islam.
Selain daripada etika berpakaian, Islam juga mengajar umatnya
supaya menjaga adab-adab sebelum, semasa dan selepas memakai pakaian.

Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya berkenaan dengan semua adab ini
di dalam sunnah baginda yang terbaik. Umat Islam kini semakin jauh
daripada sunnah baginda terutamanya dalam adab-adab berpakaian kerana
lebih mengutamakan fesyen-fesyen terkini yang kebanyakannya tidak
menepati

syarak.

Mereka

juga

beranggapan

bahawa

pakaian

yang

dianjurkan oleh Islam adalah kolot dan ketinggalan zaman.


Sekiranya pendapat tersebut daripada orang bukan Islam, tidaklah ia
menjadi suatu yang kita bimbangi. Akan tetapi sekiranya kenyataan tersebut
keluar daripada mulut seorang yang beragama Islam, sewajarnya kita perlu
mengkaji mengapa masih terdapat umat Islam yang berfikiran sempit
sebegitu terhadapa agamanya sendiri.
Kini kesedaran dalam kalangan masyarakat di Malaysia terhadap cara
pemakaian berlandaskan ajaran Islam berada di tahap agak baik. Pelbagai
busana-busana muslimah hasil inspirasi daripada etika pemakaian Islam juga
semakin mudah di dapati di kedai-kedai yang menjual pakaian.
Hijrah

daripada

pihak

artis

juga

sedikit

sebanyak

membantu

masyarakat untuk lebih terbuka dan mengkaji tentang pemakaian cara


Islam. Ada yang mengatakan bahawa rezeki artis akan tertutup apabila
mereka mengambil keputusan untuk berhijab ataupun bertudung. Ternyata
dakwaan sebegitu hanyalah bersandarkan kepada hawa nafsu semata-mata
tanpa menilai daripada sudut agama. Artis

yang berhijrah ternyata

mendapat rezeki yang melimpah-ruah kurniaan daripada Allah kerana


mereka yakin bahawa rezeki bukan datang daripada manusia tetapi daripada
Allah yang bersifat Ar-Razzaq yang bermaksud pemberi rezeki.
Ini kesan positif daripada peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.
Walaupun begitu, disebalik fenomena positif ini apabila dikaji kembali
terdapat sesuatu

perkara

yang

agak

membimbangkan

juga

berlaku.

Perkembangan fesyen busana muslimah ini dilihat tidak berpaksikan syarak

sebenarnya. Sekiranya kita perhatikan, terdapat beberapa aspek dalam


pakaian muslimah ini tidak menepati kehendak syarak walaupun ianya
adalah pakaian muslimah yang seharusnya patuh syarak. Ini secara
langsung telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang
fesyen muslimah sebenar yang mengikuti kehendak syarak.
Yang lebih membimbangkan apabila terdapat segelintir artis yang
memperagakan fesyen muslimah ini didapati tidak mematuhi syarak
sekaligus sering menjadi ikutan masyarakat berbanding etika pakaian yang
telah ditetapkan oleh syarak. Setiap perkara yang dilakukan oleh artis mudah
untuk diikuti oleh masyarakat. Kebanyakan mereka tidak mengkaji dan
meneliti adakah fesyen yang diperagakan oleh artis tersebut bersesuaian
dengan syarak. Mereka hanya mengikut tanpa ada ilmu tentang perkara
tersebut. Oleh itu, pengaruh daripada artis ini sangat memberi kesan
terhadap masyarakat di Malaysia.
Dalam tugasan ini, kita akan mengkaji berkaitan dengan adab-adab
berpakaian yang telah digariskan dalam Islam. Dalam tajuk ini, akan
dirungkaikan semua persoalan berkaitan dengan aurat lelaki dan perempuan
serta adab sebelum dan selepas memakai pakaian. Selain itu, kita juga akan
mengkaji

syarat-syarat

berpakaian

yang

dituntut

oleh

syarak

bagi

menjelaskan kekeliruan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini.


Ulasan dan pandangan tentang fesyen muslimah terkini yang berlandaskan
syarat-syarat juga akan dikongsikan dan dibincangkan dalam tugasan ini,
insyaAllah.

2. Adab-adab berpakaian dalam islam


Sebelum mengkaji berkenaan dengan adab-adab berpakaian dalam
Islam, kita terlebih dahulu perlu melihat kepada batasan aurat bagi
perempuan sebagai mana yang telah ditetapkan syarak supaya kita lebih

memahami perkaitan antara aurat tersebut dengan adab-adab berpakaian


dalam Islam.
Menurut jumhur ulama, aurat perempuan adalah seluruh anggota
tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya
adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi iaitu lelaki yang bukan mahram
walaupun sehelai. Pendek kata, daripada

hujung rambut sehingga hujung

kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Hal ini berlandaskan firman Allah S.W.T dalam surah An-Nur ayat 31 yang
bermaksud :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Yang dimaksudkan dengan ayat janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, adalah Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat
(anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al
Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah kecuali

yang - biasa - nampak darinya, ini pula bermaksud ada anggota tubuh yang
boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah
pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga
Aisyah.
Ibnu

Jarir

At

Thobari

(wafat

310H)

menjelaskan

dalam

kitab

tafsirnya, Jami' Al Bayan fi Tafsir Al Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa
yang dimaksudkan kecuali yang (biasa) nampak darinya, katanya,
pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang dimaksudkan
(dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya
Al Jami' li Ahkam Al Quran, Juz XII hal. 229. Oleh itu, apa yang biasa nampak
daripadanya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota
tubuh inilah yang biasa nampak daripada kalangan muslimah di hadapan
Rasulullah s.a.w sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua-dua anggota
tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan
biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita
adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah
s.a.w kepada Asma binti Abu Bakar yang bermaksud :
Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh
(haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan
ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya (Hadis riwayat Abu
Daud)
Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam
mendidik

umatnya

dalam

berpakaian

dan

memilih

pakaian

yang

melambangkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Oleh itu, kita sebagai umat
Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar dan
meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih

dan berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang menjadi
syiar dan lambang keislaman dan ketaqwaan kita. Melalui perbincangan
tentang aurat tersebut, kita juga dapati ianya berkaitan dengan adab
berpakaian kerana pakaian yang kita pakai tentunya perlu menutup aurat
dan juga disertakan dengan adab berpakaian yang telah ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda yang mulia.
Seterusnya, kita mengkaji tentang adab-adab berpakaian yang telah
digariskan dalam Islam.
i.

Menutup aurat
Perkara pertama dalam adab berpakaian adalah aurat. Aurat tentang

wanita telah kita bincang secara teliti di atas. Aurat lelaki menurut ahli
hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: Paha itu adalah aurat. (Hadis riwayat Bukhari)
ii.

Tidak menampakkan tubuh


PAKAIAN yang jarang atau nipis sehingga menampakkan aurat tidak

memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak


warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Pakaian
sebegini

kadangkala

terdapat

pada

pakaian

yang

dipanggil

busana

muslimah. Sudah tentu ianya melanggar adab-adab berpakaian dalam Islam


dan tidak seharusnya dipanggil busana muslimah kerana ianya akan
mengelirukan umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu
golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi
memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian
tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol
unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium

baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang
jauh. (Hadis riwayat Muslim)
iii.

Tidak menimbulkan riak


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong,

Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.


Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah
akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti. (Hadis riwayat
Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)
Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menegah
umatnya memakai pakaian dengan niat atau perasaan riak dan ingin
menunjuk-nunjuk. Oleh itu, kita hendaklah memperbetulkan kembali niat kita
memakai pakaian supaya tiada terniat di hati untuk menunjuk-nunjuk dan
riak supaya kita terhindar daripada golongan yang tidak dipandang dan
diberi pakaian kehinaan oleh Allah di padang mahsyar nanti seperti dalam
ancaman hadis Rasulullah s.a.w dia atas.

iv.

Pakaian tidak ketat


Tujuan Islam melarang untuk menggunakan pakaian yang ketat ialah

supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan. Pakaian seperti ini biasanya
dipakai

oleh

diperagakan

perempuan.
oleh

model

Kita

juga

dapati

agak

renggang

busana

dalam

muslimah

aspek

ini.

yang

Mereka

memperagakan busana yang agak ketat dan ini sangat tidak bertepatan
dengan syarak yang mewajibkan muslimah untuk mengenakan pakaian yang
labuh

dan

longgar.

Pelbagai

kesan

negatif

sekiranya

seseorang

itu

menggunakan pakaian yang ketat. Oleh itu, Islam sangat menjaga maruah
umatnya khususnya muslimah dengan melarang mereka menggunakan
pakaian yang ketat.

v.

Lelaki dan wanita berbeza


Maksud adab pakaian dia atas ialah pakaian yang khusus untuk lelaki

tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah s.a.w
mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud :
Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan
lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan. (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)
Dalam hadis yang lain, baginda juga bersabda yang bermaksud :
Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian
lelaki. (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)
Melalui hadis di atas, sudah jelas pengharaman terhadap perbuatan
menggunakan pakaian berlainan jantina dalam Islam. Oleh itu, umat Islam
harus sedar akan hakikat ini kerana padah yang akan menimpa kepada
perbuatan ini adalah laknat daripada Allah. Sekiranya kita dilaknat Allah,
nerakalah yang akan menjadi tempat kita setelah diadili di padang mahsyar
nanti.
vi.

Melabuhkan pakaian
Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak

syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga
dada. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :

Wahai

Nabi,

perempuanmu

serta

katakanlah

(suruhlah)

perempuan-perempuan

isteri-isteri
beriman,

dan

anak-anak

supaya

mereka

melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka


keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Menurut riwayat Imam at-Tirmidzi dan Nasai, dari Ummu Salamah
r.a., Ya Rasulullah, bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka
yang

sebelah

bawah? Sabda

Rasulullah

SAW, Hendaklah

mereka

memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke


atasnya.
vii.

Memilih warna sesuai


Contohnya warna-warna yang lembut termasuk putih kerana ia

nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan menjadi warna
kegemaran dan pilihan Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud :
Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat
kamu dengannya (kain putih). (Hadis Riwayat an-Nasa'ie dan al-Hakim)
Warna yang terlalu menarik sehingga menarik perhatian berlainan
jantina juga dilarang di dalam Islam. Oleh itu, sebagai seorang umat Islam
yang taat, kita juga seharusnya memilih warna pakaian yang sesuai untuk
digunakan.

viii.

Larangan menggunakan perhiasan yang berbunyi


Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud,
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya

menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan

memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan


perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Wanita muslimah tidak dibenarkan menggunakan rantai kaki yang
berloceng yang melilitkan kakinya. Rantai berloceng ini apabila dipakai
walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang
lain, lebih-lebih lagi lelaki yang mempunyai penyakit hati. Islam sangat
menjaga umatnya khususnya muslimah kerana maruah wanita diangkat
setinggi-tingginya di dalam Islam berbanding dengan zaman sebelum
datangnya Islam apabila wanita dianggap hanya tempat untuk memmuaskan
nafsu.

ix.

Berlebih-lebihan dalam berwangi-wangian


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi

khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira
berzina. (Hadis dari Abu Musa al-Asyari)

Wanita muslimah tidak menggunakan minyak wangi yang baunya


semerbak hingga menusuk hidung orang yang dilintasinya. Wangian sebegini
mempunyai

kuasa

penyerakan

bau

yang

amat

tinggi

kerana

kadar

kemeruwapannya yang tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar


kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yang digunakan utk membuat
pewangi itu. Wanita yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa
inilah yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. Bukan tidak boleh berwangiwangian, tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

x.

Mulakan sebelah kanan


Apabila memakai baju, seluar atau apapun jenis pakaian, sebaiknya

dimulakan dengan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada


Aisyah r.anha yang bermaksud :
Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti
memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.
Apabila memakai kasut, selipar atau alas kaki, sebaiknya dimulakan
dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan
sebelah kiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan,
dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang
kanan

menjadi

yang

pertama

memakai

menanggalkannya. (Hadis

xi.

Selepas beli pakaian yang baru

kasut

riwayat

dan

yang

terakhir
Muslim).

Apabila memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah doa seperti yang


telah diajarkan Rasulullah s.a.w melalui riwayat oleh Abu Daud dan AtTirmidzi yang bermaksud :
Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku,
aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku
mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apaapa

yang

diperbuat

untuknya.

Demikian

itu

telah

datang

daripada

Rasulullah.

xii.

Berdoa
Ketika menanggalkan pakaian, lafazkanlah doa seperti berikut :
Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi

auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama


Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
Sebagai seorang muslim, sewajarnya kita memakai pakaian yang
sesuai menurut tuntutan agama Islam iaitu selari dengan kehendak syarak
kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin
seorang Muslim yang sebenar.

3. Syarat-syarat berpakaian menurut islam


Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut tentang syarat berpakaian
menurut Islam, kita perlu mengetahui mengenai tujuan berpakaian menurut
Islam. Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia,
menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-

fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam surah AN-Nahlu, ayat
81 yang bermaksud :
Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara
kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu
semasa berjuang.
Selain itu, terdapat juga firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Araf ayat
26 yang bermaksud :
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan
pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian
dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Dalam ayat 26 dari surah al-Araf di atas, ada tiga jenis pakaian yang
disebut oleh Allah dalam ayat berikut;
a) Pakaian untuk menutup aurat
b) Pakaian untuk perhiasan
c) Pakaian takwa
Menurut ulamak; dalam ayat tersebut ialah pakaian untuk
menutup aurat. Adapun ialah apa yang diambil/dipakai supaya
nampak cantik pada luarannya, iaitu untuk perhiasan. Yang pertama (iaitu
)adalah keperluan asas, sementara yang kedua adalah sampingan.
Adapun pakaian takwa, menurut Ikrimah; maksudnya ialah pakaian orangorang bertakwa pada hari kiamat. Menurut Ibnu Abbas pula; ia bermaksud
amal soleh dan kelakuan yang baik. Menurut Ibnu Aslam; ia adalah pakaian
yang dipakai oleh seorang yang takutkan Allah, lalu ia menutup auratnya.
(menurut Tafsir al-Jalalain dan Tafsir Ibnu Kathir)
Syarat berpakaian dalam Islam khusus bagi kaum wanita adalah
seperti berikut :

1) Hendaklah menutup aurat


Pertama, tujuan pakaian antaranya adalah untuk menutup aurat
sebagaimana ayat di atas tadi. Kedua, terdapat dalil yang cukup jelas dari alQuran dan as-Sunnah yang memerintahkan orang-orang Islam supaya
menutup aurat. Ketiga, para ulamak telah sepakat atas kewajipan menutup
aurat ini.
2) Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan dan
tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
Terdapat Hadis Rasulullah yang menerangkan tentang parangan
memakai pakaian yang jarang atau sendat. Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud :
Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya
iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul
manusia

dengannya,

bertelanjang,

yang

dan

(2)

Wanita-wanita

cenderung

kepada

yang

berpakaian

perbuatan

maksiat

tetapi
dan

mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama


bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki
syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium
dari jarak perjalanan sekian sekian jauh. (Riwayat Imam Muslim dari Abu
Hurairah r.a.)
Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa salah
satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang
berpakaian tetapi telanjang, iaitu mereka yang berpakaian tetapi di sisi
agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut. (AlAlbisah Wa az-Zinah, hlm. 127)

i.

Wanita-wanita

yang

memakai

pakaian

yang

nipis

yang

masih

menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian


ii.

pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.


Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan
sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan

iii.

aurat yang wajib ditutup).


Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk
tubuh.

3) Tidak menyerupai pakaian lelaki


Seterusnya, hadis Rasulullah s.a.w juga ada menyebut tentang
larangan bagi orang lelaki meniru wanita dan sebaliknya kerana Rasulullah
s.a.w melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru
lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a. yang bermaksud :
Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru perempuan
dan perempuan yang meniru lelaki. (Riwayat Imam Bukhari).
Melalui hadis di di atas, dapat difahami bahawa contoh meniru ialah
setiap pakaian yang khusus untuk lelaki iaitu diketahui oleh masyarakat
bahawa

ia

sememangnya

untuk

lelaki,

tidak

harus

untuk

wanita

memakainya. Begitu juga, pakaian yang khusus untuk wanita iaitu diketahui
oleh orang ramai bahawa ia sememangnya untuk wanita, tidak harus lelaki
memakainya. Untuk memudahkan kefahaman kita ialah wanita yang
memakai seluar lelaki dan lelaki yang memakai kain wanita.
Di dalam hadis diceritakan bahawa suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk
menemui isterinya Ummu Salamah. Ketika itu Ummu Salamah sedang
memakai tudungnya. Lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya
bermaksud :

yang

Lilitlah dengan satu lilitan sahaja, bukan dengan dua lilitan. (Riwayat
Imam Abu Daud dan al-Hakim. Menurut al-Hakim; hadis ini soheh. Tashih alHakim dipersetujui oleh Imam az-Zahabi. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no.
7744)
Menurut ulamak, tegahan Nabi di atas bertujuan supaya cara
pemakaian tudung oleh perempuan tidak menyerupai cara pemakaian
serban oleh kaum lelaki iaitu dengan melilit di kepala dengan beberapa
lilitan. (ulasan Imam Abu Daud dalam Sunannya (Kitab al-Libas, Bab Fi alIkhtimar). Lihat juga; al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 186)

4) Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasik


Seterusnya, terdapat juga dalil daripada hadis Rasulullah s.a.w
berkenaan dengan meniru pakaian orang kafir dan orang fasik. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang menyerupai suatu golongan, maka ia dari golongan
tersebut. (Riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu Umar r.a.).
Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras
terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan,
pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk
kita (umat Islam). (Tafsir al-Quran al-Azim, surah al-Baqarah, ayat 104.)
Meniru dalam maksud hadis di atas pula ialah setiap pakaian
memberikan gambaran kepada orang lain bahawa si pemakainya adalah
kafir atau menunjukkan bahawa ia adalah fasik (tidak menjaga agama, yakni
suka melakukan maksiat). Oleh itu, ia termasuk dalam pengertian meniru
orang kafir atau golongan fasik. Contohnya ialah memakai pakaian yang
mempunyai lambing salib atau lambang-lambang agama lain. Saidina Ali
menceritakan bahawa pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud :

Jauhilah kamu dari memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai


pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukanlah dariku.
(Riwayat Imam ar-Rhabrani dalam al-Mujam al-Ausat. Menurut Imam Ibnu
Hajar; sanadnya adalah La Basa Bihi. Lihat; Fathul-Bari, bab al-Baranis).

5) Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan


Seterusnya adalah perbincangan mengenai syarat berpakaian iaitu
tidak berlebihan dan menzahir kesombongan. Allah berfirman dalam Surah
Al-Araf ayat 31 yang bermaksud :
dan

janganlah

berlebih-lebihan.

Sesungguhnya

Allah

tidak

menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.


Juga firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud :
Dan

Allah

tidak

menyukai

setiap

orang

yang

sombong

lagi

membanggakan diri.
Sabda Rasulullah s.a.w juga yang bermaksud :
Sesiapa yang melabuhkan pakaian/kainnya kerana sombong, nescaya
Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat. (Riwayat Imam Bukhari
dan Muslim)
Jelas melalui dalil-dalil di atas bahawa Islam sangat menegah
perbuatan berlebih-lebih dalam semua perkara juga menegah perbuatan
membanggakan

diri

atau

menggunakan

pakaian

untuk

menzahirkan

kesombongannya. Terdapat ancaman di dalam hadis Rasulullah s.a.w


tersebut juga yang menegah perbuatan tersebut. Oleh itu, sebagai muslim
sejati, kita hendaklah sentiasa menjaga pakaian yang dipakai supaya tidak
menyerupai mana-mana agama yang lain.

6) Bukan pakaian syuhrah


Pakaian Syuhrah bermaksud pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh
orang lain, iaitu untuk menonjolkan perbezaan diri dengan orang lain.
Tujuannya sama ada untuk berbangga-bangga di hadapan orang lain dengan
perasaan takjub dan besar diri (takbur) atau untuk menunjuk-nunjuk
kezuhudan dengan perasaan riyak dan nifaq (berpura-pura). Dalil larangan
pakaian Syuhrah ini ialah sabda Rasulullah s.a.w :
Sesiapa

memakai

pakaian

kemasyhuran,

nescaya

Allah

akan

memakaikan kepadanya pakaian kehinaan pada hari kiamat nanti. Kemudian


ia akan dibakar dengan pakaiannya ke dalam neraka. (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, Nasai dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar r.a.)
Ada seorang lelaki bertanya Ibnu Umar r.a.; Apakah pakaian yang
baik untuk aku pakai? Jawab Ibnu Umar : Pakailah pakaian yang sekira-kira
kamu tidak akan diperlekehkan oleh orang-orang bodoh (as-sufaha) (kerana
buruknya pakaian itu dan tidak ada nilai) dan tidak dikeji oleh orang-orang
cerdik (hukama) (kerana melampaui had kesederhanaan). (Riwayat Imam
at-Thabrani).
Kita

digalakkan

bersederhana

dalam

Islam

termasuk

dalam

berpakaian. Hadis baginda di atas menunjukkan bahawa balasan yang


sangat pedih disediakan buat orang-orang yang suka untuk bermegahmegah dengan pakaian yang dipakai oleh mereka. Seharusnya umat Islam
mengambil iktibar daripada hadis ini dengan membetulkan niat kita ketika
menggunakan apa-apa pakaian.
7) Tidak

mempunyai

pandangan lelaki.

hiasan

atau

corak

yang

menarik

Dalil daripada Al-Quran ada menyentuh tentang perkara di atas kerana


ianya termasuk di dalam pengertian tabarruj yang dilarang oleh al-Quran
iaitu firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzah ayat 33 yang bermaksud :
Dan hendaklah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu dan
janganlah kamu bertabarruj (yakni berhias dan bertingkah laku) seperti
orang-orang Jahiliyah yang dahulu .. (al-Ahzab: 33)
Menurut ulama, at-Tabarruj bermaksud seorang wanita mendedahkan
perhiasannya atau kecantikannya yang mendorong syahwat lelaki. (FathulQadier, Imam as-Syaukani) Pengertian tabarruj tidak hanya mencakupi
perbuatan yang mendedahkan aurat sahaja, tetapi amat meluas iaitu
merangkumi semua perlakuan untuk menarik perhatian lelaki termasuk stail
berpakaian, cara berjalan, cara bercakap, solekan dan sebagainya.
Apabila kita melihat kepada adab dan syarat dalam Islam tentang
menggunakan pakaian agak tegas, terbit juga persoalan adakah Islam
melarang umatnya menggunakan untuk menggunakan pakaian yang cantik?
Sebenarnya Islam mengharuskan umatnya memakai pakaian yang cantik
dan lawa tetapi janganlah melanggar had-had yang ditetap Allah, jangan
membazir dan jangan takbur atau bongkak. Imam Muslim meriwayatkan dari
Ibnu Masud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya
walau sebesar biji sawi. Lalu berkata seorang lelaki : Jika seorang lelaki
suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah
dia

juga

dikatakan

takbur?.

Lalu jawab baginda s.a.w : Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan
kecantikan. Yang dikatakan takbur itu ialah enggan menerima kebenaran
(iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap
manusia.

Begitu serba sedikit kajian mengenai syarat-syarat berpakaian yang


telah digariskan dalam Islam secara lengkap. Sebagai muslim yang
bertaqwa, kita seharusnya menjaga adab berpakaian dan memenuhi setiap
syarat berpakaian yang telah ditetapkan oleh Islam. Selain kita dapat
mentaati perintah Allah, kita juga akan terpelihara daripada gangguan orang
yang berpenyakit hatinya khususnya bagi wanita kerana wanita yang tidak
menjaga adab dan syarat berpakaian akan menggunakan pakaian yang
terdedah dan akan membahayakan keselamatan mereka sendiri.

4. Ulasan / pandangan berkaitan fesyen muslimah terkini


Pelbagai ulasan dan pandangan disampaikan berkaitan dengan fesyen
muslimah terkini. Melalui ulasan dan pandangan ini, kita akan dapat menilai
sejauh manakah fesyen muslimah terkini bertepatan dengan syarak dan
mengikuti segala adab dan syarat berpakaian dalam Islam ataupun jelas
percanggahannya dengan kehendak Islam.
Menurut Ustaz Haji Haslin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood,
merupakan seorang penceramah bebas, beliau berpendapat bertudung pada
asalnya adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat.
Namun kini, dilihat agak mengecewakan apabila pada masa yang sama,
mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan,
sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sudah tidak ada pada fesyen yang
dikatakan fesyen muslimah terkini.
Sebaliknya wanita kini bertudung adalah kerana ingin mengikut fesyen
semata-mata. Malah kita boleh nampak ada antara wanita muslimah yang
memakai tudung tetapi masih nampak telinga. Sudahlah begitu, ada pula
subang untuk nampak lebih bergaya. Bukan itu sahaja, tudung pula sudah
semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai tudung
yang betul? Sudah tentu tidak!

Menurut Ustaz Haslin lagi, wanita perlu sedar bahawa tujuan mereka
bertudung bukan kerana mengikut aliran fesyen tetapi untuk memenuhi
tuntutan syariat. Sepatutnya setiap perbuatan atau amalan seseorang itu
berdasarkan pada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas
alasan dan niat untuk mengambil hati orang lain dan bukannya kerana Allah
SWT, sudah pasti mereka tidak mendapat keberkatan menjalankan suruhan
Allah.
Jadikan pemakaian tudung itu sebagai fesyen pakaian Islam, jangan
jadikan ia sebagai fesyen disebabkan orang lain pakai, kita pun tidak mahu
ketinggalan. Jika mengenakan tudung, pastikan ciri-ciri menutup aurat
seperti tidak menampakkan telinga, leher dan menutup paras dada.
Apabila

industri

fesyen

berkembang

dengan

memperkenalkan

pelbagai tudung baru yang menarik, perkara ini sebenarnya tidak boleh
dianggap negatif semata-mata. Memang sekarang ini banyak fesyen tudung
krana mereka yang bergiat dalam industri fesyen sudah pasti tahu mencari
untung dengan menjual barang yang menjadi kesukaan ramai. Saya
berterima kasih dengan industri fesyen kerana memperkenalkan tudung
sebagai salah satu cara untuk bergaya.
Penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung
itu sebenarnya amat baik. Tidak kiralah apa cara mereka lakukan, niat
sebenar mereka adalah untuk menarik minat wanita untuk bertudung. Jika
ada wanita yang bertudung kerana fesyen itu menarik, maka tidak salah
mereka mula mengambil keputusan untuk bertudung. Mungkin daripada
mengikut-ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah
sepenuhnya.
Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah
melakukan kebaikan kerana telah menarik minat wanita yang tidak

bertudung akhirnya menutup aurat seperti yang digalakkan dalam Islam,


demikian ulasnya.
Menurut Norliza bt Bohari, merupakan seorang guru Pendidikan Islam,
beliau melihat perkembangan ramai muslimah memakai tudung adalah
sesuatu yang baik apatah lagi mereka terdiri daripada golongan muda. Kalau
dahulu sekitar awal tahun 80-an, kita lihat tidak ramai kaum wanita yang
memakai tudung tetapi hari ini majoriti wanita memakai tudung dan ia
seperti menjadi satu kebiasaan kepada kaum wanita. Maka tidak hairanlah
perniagaan butik-butik tudung mendapat sambutan hangat di kalangan
kaum muslimah.
Mungkin ada sebilangan kaum wanita yang menjadikan fesyen
bertudung sebagai trend, namun masih ramai juga wanita memakai tudung
untuk

memenuhi

tuntutan

syariat

Islam

yang

mewajibkan

golongan

muslimah memakai tudung, sekaligus menutup aurat.


Tentang gaya fesyen bertudung pula, terpulanglah kepada individu.
Masing-masing berhak untuk membuat pilihan. Cuma muslimah perlu bijak
memilih fesyen tudung yang sesuai kerana jika sekadar menutup rambut
sahaja dan sebahagian lain tidak ditutup, itu bukanlah cara menutup aurat
seperti yang dituntut.
Kesimpulannya, pemakaian tudung secara berfesyen itu tidak salah,
tetapi biarlah bersesuaian dengan syariat Islam yang telah ditetapkan. Fitrah
wanita suka kecantikan malah fitrah untuk semua manusia suka melihat
sesuatu yang cantik. Cuma jika ingin kelihatan cantik dengan fesyen tudung
terkini, tetapi biarlah bersederhana dan yang paling penting mengikut
tuntutan syarak.
Wan Norfarida bin Wan Nasri pula berpendapat muslimah perlu bijak
memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri. Kita perlu melihat
perkembangan fesyen masa kini sebagai satu yang sihat selain memberi

pilihan kepada kaum muslimah untuk memlilh fesyen yang sesuai untuk diri
mereka. Namun dalam memilih fesyen tudung, mereka perlu lebih berhatihati dan bukan sekadar ingin mengikut arus peredaran fesyen.
Bukannya tidak ada fesyen tudung yang mengikut tuntutan syarak
tetapi sebagai muslimah, kita perlulah lebih selektif memilih fesyen tudung
yang sesuai dengan diri kita. Selain fesyen tudung, bajet juga memainkan
peranan penting kerana tidak ada gunanya berhabis-habisan membeli
tudung berjenama yang sudah tentu mahal harganya sehingga akhirnya
terpaksa mengikat perut dan tudung tersebut juga tidak mematuhi syarak.
Di samping itu, jika hendak bertudung, biarlah ikhlas dan bukannya
dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Walaupun tidak semuanya begitu,
tetapi wujud kaum muslimah yang menjadikan jenama tudung yang dipakai
sebagai lambang status diri mereka. Keadaan ini sebenarnya menimbulkan
riak di dalam hati sehingga menyebabkan tujuan untuk menutup aurat itu
lari daripada niat asal untuk menutup aurat.
Walau apa pun juga jenis fesyen tudung yang digayakan, biarlah si
pemakai memakainya dengan hati yang ikhlas dan bukannya untuk
menunjuk-nunjuk. Tidak salah untuk berfesyen tetapi betulkan niat dalam
hati selain pastikan fesyen tudung yang dipilih memenuhi tuntutan seperti
yang telah diwajibkan agama Islam terhadap golongan muslimah.
Menurut Nur Hazwani Mostapa pula, sememangnya semakin ramai
muslimah yang bertudung, namun pada masa yang sama, tuntutan menutup
aurat ini tidak seperti yang digariskan oleh syarak.
Fenomena ini berlaku apabila wujud konflik dalam diri wanita muslim
iaitu antara keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan dan kewajipan
untuk mematuhi tuntutan syarak. Maka wujudlah jalan tengah yang diambil
berdasarkan keperluan komersial dan mengelirukan.

Tidak dapat dinafikan, tidak semua fesyen tudung boleh dijadikan


ikutan. Sebaliknya pilihlah fesyen tudung yang bukan sahaja sesuai dengan
penampilan diri, tetapi dalam masa yang sama, memenuhi tuntutan
menutup aurat.
Menurut komen Nor Ameera Zaini pula, wanita yang bertudung masa
kini beruntung kerana punya banyak pilihan untuk berfesyen. Apa yang
penting, jangan jadikan tuntutan untuk bertudung itu sebagai trend dan
fesyen semata-mata kerana perlu diketahui bahawa bertudung itu wajib ke
atas semua wanita yang beragama Islam. Di samping itu juga, pengeluar
tudung perlu memikul tanggungjawab fardu kifayah untuk menghasilkan
tudung yang mengikut tuntutan syariat.
Menurut Rohaizam Osman pula, fesyen bertudung pada masa kini yang
banyak yang cantik, walau bagaimanapun biarlah tarikan untuk pakai tudung
itu selari dengan tuntutan agama, iaitu menutup aurat dengan sempurna
bukan terikut-ikut dengan fesyen semata-mata.
Menutup aurat adalah wajib, Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen,
tapi mestilah menurut tuntutan agama yang sebenar, melepasi paras dada,
tidak menampakkan leher dan dada. Tetapi malangnya, fesyen tudung
sekarang tidak menitikberatkan hal ini.
Kebanyakan muslimah sekarang memakai tudung tanpa memahami
konsep menutup aurat yang sebenar, maka wujudlah pelbagai fesyen yang
sudah songsang dan terpesong dengan kehendak agama.
Namun tidak dapat dinafikan, dengan perkembangan fesyen tudung,
sedikit sebanyak mampu menarik muslimah untuk bertudung. Hal ini kerana
tarikan tudung itu sendiri akhirnya memberi hidayah untuk muslimah
menutup aurat.

Melalui pelbagai pandangan dan ulasan di atas, kita boleh membuat


kesimpulan bahawa fesyen bertudung terkini membawa pelbagai impak
positif dan negatif dalam masyarakat kita. Kesimpulan daripada ulasan dan
pandangan di atas ialah fesyen muslimah terkini adalah hanya bertudung
sahaja tetapi tidak menutup aurat. Fesyen tersebut tidak mematuhi
kehendak syarak dan hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu.
Selain itu, kita boleh berfesyen tetapi hendaklah mengikuti adab dan
syarat berpakaian yang telah digariskan oleh Islam. Ini perlu kepada
kerjasama para pereka fesyen muslimah bagi mengkaji lebih teliti berkaitan
dengan adab dan syarat berpakaian yang patuh syariat supaya masyarakat
kita tidak terus keliru dengan fesyen muslimah seperti yang ditunjukkan.
Seterusnya, para wanita yang menggunakan tudung juga harus
membetulkan niat mereka dalam memakai tudung tersebut. Adakah mereka
menggunakan tudung yang berfesyen itu untuk menunjuk-nunjuk dan
bangga diri ataupun atas tuntutan Islam untuk menutup aurat dengan
sempurna? Mereka juga harus memahami konsep bertudung dalam Islam.
Bertudung adalah untuk menutup aurat yang menjadi kewajipan bagi setiap
wanita Islam untuk menutup aurat mereka iaitu seluruh badan kecuali muka
dan tapak tangan.
Walau begitu, terdapat juga impak positif dalam penyebaran fesyen
muslimah terkini dalam masyarakat kita. Dengan gaya tudung terbaru yang
menarik, ini sedikit sebanyak akan menarik muslimah untuk bertudung dan
menukar anggapan mereka bahawa bertudung itu adalah kolot dan tidak
dapat tampil dengan lebih menarik. Walaupun bertudung, wanita juga masih
boleh untuk berfesyen tanpa melanggar batas-batas syarak yang telah
ditetapkan dalam adab dan syarat berpakaian yang telah termaktub dalam
syariat Islam.

5. Kesimpulan (cadangan pemantapan)


Daripada

kajian

mengenai

fesyen

muslimah

terkini

yang

telah

dijalankan, terdapat beberapa kesimpulan boleh dihasilkan berkenaan


dengan tajuk ini. Kita dapat melihat perkembangan fesyen muslimah ini
dalam dua kesan yang berbeza kepada masyarakat kita.
Melalui kesan-kesan ini, saya dapat simpulkan cadangan untuk
memantapkan lagi fesyen muslimah yang terkini. Yang pertama, kita perlu
fokuskan kepada diri kita sendiri. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita
seharusnya mengkaji terlebih dahulu mengenai adab dan syarat berpakaian
dalam Islam supaya kita mampu untuk memilih pakaian yang sesuai dengan
kehendak syarak. Selain itu, kita juga harus memperbaiki niat apabila kita
berpakaian. Niat kita untuk berpakaian adalah untuk mengikut perintah Allah
iaitu menutup aurat. Apabila kita berniat untuk menunjuk-nunjuk dan
berbangga diri, akan timbul perasaan riak dalam hati kita. Terdapat ancaman
daripada

Rasulullah bagi

sesiapa

yang menggunakan pakaian untuk

menyombongkan diri. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa menjaga niat dalam
berpakaian dan menjaga adab serta syarat berpakaian supaya sentiasa
mematuhi kehendak syarak.
Para

pereka

fesyen

adalah

pemberi

impak

terbesar

dalam

memantapkan perekaan fesyen muslimah yang lebih patuh syariat. Semua


karya para pereka fesyen ini adalah daripada idea dan ilmu serta
pengalaman mereka. Oleh itu, sebagai pereka fesyen yang beragama Islam,
mereka hendaklah menuntut ilmu agama terlebih dahulu khususnya dalam
bidang pakaian kerana mereka harus memastikan pakaian atau fesyen yang
akan direka oleh mereka nanti adalah pakaian atau fesyen yang menepati
kehendak syarak dan layak untuk dipanggil fesyen muslimah.
Para pereka fesyen terkini agar sukar untuk mengikuti panduan
berpakaian dalam Islam berkemungkinan ada di antara mereka yang

berkiblatkan pereka fesyen terkenal daripada barat. Kita sedia maklum


bahawa pengaruh fesyen daripada media dan pereka barat sangat kuat
menguasai dunia. Segala apa yang diperagakan oleh mereka akan menjadi
ikutan bukan hanya di barat, malahan menjadi fenomena di seluruh dunia
walaupun kita tahu bahawa fesyen tersebut tidak mengikuti kehendak
syarak dan melanggar adab dan syarat berpakaian dalam Islam. Ini
memerlukan kekuatan jati diri para pereka fesyen yang beragama Islam
untuk menaikkan martabat wanita Islam dengan memperkenalkan fesyen
muslimah yang patuh syariat supaya masyarakat kita tidak terkeliru dengan
fesyen muslimah terkini yang banyak terpesong dengan gaya fesyen yang
ditunjukkan sekarang.
Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan
fesyen muslimah terkini terpelihara daripada memanipulasikan wanita Islam.
Kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia telah diiktiraf sebagai
sebuah negara Islam. Sehubungan itu, kerajaan harus memainkan peranan
penting dalam penganjuran acara fesyen muslimah. Antara pertunjukkan
fesyen muslimah terbesar ialah yang pernah dianjurkan oleh Malaysia. Di
sini, kerajaan harus mengenakan peraturan yang ketat berhubung dengan
fesyen yang akan diperagakan nanti supaya ianya masih dalam kod etika
pemakaian

Islam.

Sekiranya

pereka

fesyen

membangkang

peraturan

tersebut, mereka akan disenaraihitamkan daripada mengikuti pertunjukan


fesyen tersebut. Semua ini demi menjaga dan memelihara wanita Islam
daripada terus dimanipulasi oleh pihak yang hanya mengaut keuntungan
atas nama Islam.
Semua ini bergantung atas kesedaran anggota masyarakat kita
sebagai seorang umat Islam yang bertaqwa. Kita seharusnya sedar bahawa
setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat nanti.
Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dalam memilih fesyen terkini untuk
digunakan supaya ianya tidak bercanggah atau berlawanan dengan syariat
Islam dalam adab dan syarat berpakaian.

6. Rujukan

http://aminhusain85.blogspot.com/2013/03/2-adab-berpakaian-

menurut-islam.html
http://aidilomar.blogspot.com/2012/11/etika-berpakaian-menurut-

pandangan-islam.html
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/207/-Adab-

berpakaian-menurut-Islam
http://imutokt.blogspot.com/2013/03/hukum-pakaian-dan-perhiasan-

menurut.html
http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/hukum-hakam-tentang-

pakaian.html
http://drmaza.com/home/?p=2439
http://izzrawda.wordpress.com/category/fesyen-muslimah/
http://alhafiz.net/soaljawabagama/apakah-pendapat-ulamabeserta-

dalil-tentang-hukum-berfesyen-dalam-mengenakan-tudung/
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=17775.0

Anda mungkin juga menyukai