Anda di halaman 1dari 18

PENGHARGAAN

Selaut kesyukuran kami rafakkan ke hadrat AllahSWT di atas segala limpah


kurnia serta inayahNya.Selawat dan salam di atas Rasul Junjungan Nabi
Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda.Kami ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kami sendiri,Ustazah Kahatijah
dari Sekolah Menengah Elit Mak Lagam,para peserta yang telah mengambil
bahagian dalam menjawab segala persoalan yang diajukan oleh pihak kami
dan yang paling utama sekali kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Juzaniah
yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada kami
sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Setelah menyiapkan tugasan ini,kami banyak belajar tentang caracara berpakaian yang mengikut syariat islam dan kaitannya dengan jenayah
seksual.Kami juga banyak menerima manfaat daripada tugasan ini dalam
membezakan antara yang perlu dicontohi dengan yang perlu dijauhi.

Sabda hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,Aku tidak tinggalkan


selepasku satu fitnah yang paling memudaratkan kaum lelaki lebih daripada
wanita.Bahawasanya Rasulullah telah berpesan kepada umatnya agar
sentiasa berwaspada daripada fitnah-fitnah wanita.

Dewasa ini, kita lihat terdapat banyak golongan yang


mengeksploitasikan pakaian pakaian dan perhiasan wanita Islam.Terdapat
juga pihak-pihak yang cuba memburuk-burukkan dan menghina ajaran islam
yang sempurna.

Lebih malang lagi fesyen-fesyen moden lebih menjurus ke arah


pembukaan aurat yang berleluasa.islam sebenarnya tidak menghalang
perkembangan fesyen mengikut semasa tetapi perlulah mengikut garis
panduan syarak.

Antara faktor kes-kes rogol dan pencabulan terhadap wanita adalah


berpunca daripada pakaian dan perhiasan yang melampau.Wanita Islam
perlu menjadi contoh kepada agama lain bahawa pakaian inilah yang
melambangkan kita seorang yang sopan di samping dapat menjaga kesucian
dan yang paling utama dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Kami sekumpulan menghadirkan buku tugasan ini sebagai garis


panduan kepada para muslimin dan muslimah.Garis panduan ini bukanlah
menyekat kebebasan wanita tetapi ini adalah untuk menjaga kehormatan
seorang wanita.Sekian.

DEFINISI TAJUK
Pengertian mengenai pakaian

memakai seseorang akan baju/ menutup dengannya.

Firman allah SWT di dalam surah al-baqarah,ayat 187


mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamu pun adalah pakaian bagi
mereka
Terdapat banyak ayat al-quran dan hadis yang berkait atau berhubung
dengan masalah berpakaian. Antaranya :

ia adalah salah satu nikmat daripada nikmat Allah SWT yang


banyak.
Ia adalah berkait rapat dengan fitrah sebagai seorang manusia.
Islam telah mensyariatkan hokum-hukum berpakaian. Ini
menunjukan islam memuliakan manusia dan menjaga mereka
daripada keburukan.

Pakaian satu nikmat daripada Allah SWT


Pakaian ialah apa yang dipakai oleh manusia untuk menutup aurat dan
badanya. Ia merupakan satu nikmat yang besar yang dikurniakan Allah SWT
kepada manusia.

BERPAKAIAN ADALAH KEPERLUAN FITRAH

Firman Alllah SWT di dalam surah Al-Araf ayat 20:


Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan)kepada mereka bersua
supaya (dapatlah)ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang
(sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka.
Allah SWT berfirman lagi di dalam surah Al-Araf ayat 22:

Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya
aurat- auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun
syurga.
Kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa mendedahkan aurat adalah
merupakan perkara yang ditegah, yang mana ia menunjukkan keburukan
kepada kelakuan(peribadi)dan akal manusia.Sebagai mana kisah Adam AS
dan Hawa bersegara menutup aurat mereka dengan daun-daun syurga
tatkala mereka dicampakkan ke dunia.Ini menunjukkan bahawa terdedahnya
aurat adalah perkara yang buruk atau memalukan pada diri Nabi Adam AS
dan Hawa , walaupun tiada lagi pensyariatan penutupan aurat ketika itu.
Aurat hakikatnya adalah kehormatan seseorang. Bagi mjereka yang
menitikberatkan kehormatan merupakan suatu asset yang amat berharga
dan perlu dijaga dan dilindungi dari dirobek serta dicabul oleh mata-mata
yang tidak bertanggungjawab.Namun bagi mereka yang tidak merasakan
bahawa aurat bahawa satu kehormatan maka mereka seolah olah tidak
mengambil kisah tentang pendedahan atau kehormatan mereka dicabuli.
Nabi Adam dan Hawa adalah bukti setiap makhluk yang berakal sebenar
amat menjaga aurat mereka sebagaimana mereka menja kehormatan
mereka.Lainlah kalau binatang yang tidak berakal ia tidak langsung
memikirkan tentang kehormatannya, adakah kita sama dengan mereka.

ISLAM MENYURUH BERPAKAIAN DAN MENUTUP AURAT


Islam adalah agama fitrah bagi umat islam.Berpakaian juga adalah keperluan
fitrah.Asal yang Allah SWT anugerah kepada manusia umumnya dan kepada
umat islam khususnya.
Firman Allah SWT yang tercatat di dalam surah Ar-Rum ayat 30:
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah (tetaplah
atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak
ada perubahan pada fitrah Allah.

Islam menegahkan dari bertelanjang dan mendedahkan


aurat.Sesungguhnya islam merupakan agama suci yang mencegah daripada
bertelanjangdan mendedah aurat walaupun di dalam keadaan bersunyian
kecuali ketika dalam keadaan darurat seperti mana yang diterangkan
sebelum ini.

Syarat-syarat pemakaian bagi lelaki


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Hendaklah menutup kawasan aurat.


Tidak jarang hingga menampakkan kulit tubuh.
Tidak sendat hingga menampakkan bentuk kawasan aurat.
Tidak menyerupai pakaian wanita.
Tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan.
Bukan pakaian syuhrah.
Bukan diperbuat dari material yang diharamkan iaitu sutera.
Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau fasik.

Syarat-syarat pemakaian bagi wanita


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Hendaklah menutup aurat.


Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan.
Tidak ketat atau sendathingga menampakkan bentuk badan.
Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Tidak menyerupai pakaian org kafir atau fasik.
Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan.
Bukan pakaian syuhrah.
Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

MENGAPA DISYARIATKAN BERPAKAIAN BAGI LELAKI DAN WANITA?


Allah SWT maha mengetahui terhadap apa yang berlaku dan apa yang akan
berlaku. Sesungguhnya fitrah manusia tidak kekal di atas
kesejahteraannyabahkan kadang-kadang ia akan rosak atau cenderung
kepada perkara yang disukai oleh syaitan.Begitu juga dalam hal
pemakaian.Sesungguhnya telah menjadi kehendak wanita untuki
mendedahkan aurat mereka sehingga seolah olah mereka ini dilihat tidak
berpakaian.
Mengikut pendapat Ibnu Abdul Barr, mengikut apa yang dimaksudkan
Rasulullah SAW ialah perempuan- perempuan yang memakai pakaian yang
nipis dan tidak menutup aurat,mereka ini seolah-olah menutup aurat tetapi
hakikatnya mereka adalah telanjang.Maka demikianlah nikmat dan kelebihan
berpakaian keatas manusia serta hukum-hukum yang berkaitan dengannya
terutama kaitannya dengan perempuan.Allah SWT memerintahkan agar
manusia menutup aurat mereka dalam erti kata yang sebenar benarnya
bukan sebaliknya.

Syariat Islam bersifat dengan sifat-sifat yang umum, merangkumi bagi


semua aspek dan sesuai dengan semua peringkat manusia dan peredaran
zaman.Yang merangkumi pelbagai aspek dan kesemuanya mempunyai
hukum2 tertentu sebagaimana yang dinukilankan dalam al-quran sur ALAaraf ayat 144:
Sebagai peringatan dan penjelasan bagi segasla sesuatu.
PAKAIAN YANG DISYARIATKAN
Pakaian yang disyariatkan ialah pakaian yang pada hakikatnya mempunyai
sifat2 yang sesuai bagi seorang mmuslim atau muslimah dan bukanlah
sebaliknya.Tidak harus berlebih-lebihan dalam berpakaian kerana ia
termasuk didalam perkara2 keduaniaan.Sesungguhnya Islam mensyariatkan
ibadat2 yang akan memberi manfaat di akhirat kelak dan mensyariatkan
perkara2 keduniaan yang memberi manfaat di dunia.

SIFAT-SIFAT PAKAIAN WANITA MUSLIMAH

Pakaian syuhrah
ialah pakaian
yang dipakai
dengan tujuan
untuk meraih

Sifat-sifat pakaian perempuan muslimah iaitu menutupi semua badan kecuali


apa yang dikecualikan, pakaian yang luas dan longgar, pakaian yang tebal
dan tidak nipis, tidak berlaku pakaian yang terang dan tidak menyerupai
pakaian lelaki.
PAKAIAN YANG MENUTUPI BADAN PEREMPUAN.
Sesungguhnya badan perempuan itu semuanya aurat kecuali wajah dan
kedua tapak tangan.perempuan wajib menutup aurat dan ditutup dengan
pakaian kebiasaannya. Apa yang tidak ditentukan aurat dari badanya itu
boleh dibuka dan boleh di tutup.Bab ini terbahagi kepada empat bahagian :

Bahagian 1: tudung
Tudung asal maknya ialah tudung yang menutupi sesuatu ,akan tetapi
ditaarifkan dengan nama kain yang boleh menutuppi kepala seorang
perempuan.Firman Allah SWT dalam surah An-nuur ayat 31.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dada.
Dalam pemakaian tudung ini juga beberapa perkara perlu diambil perhatian
serius kerana kekadang tudung yang dipakai tidak menepati ciri2 yang
digariskan oleh Islam.
TUDUNG2 YANG DILARANG UNTUK DIPAKAI:

Terlalu nipis sehingga menampakkan cuping telinga.


Warna tidak terlalu menonjol sehingga menimbulkan keghairahan
lelaki melihatnya.
Hendaklah menutupi bahagian dada
Hendaklah menutup keseluruhan rambut
Tidak menunjukkan bentuk rambut(bersanggul) kerana ia ditegah oleh
Nabi Muhammad SAW didalam hadisnya

Daripada Abu Hurairah RA berkata ,Rasulullah SAW bersabda ,Dua


golongan daripada ahli neraka yang belum saya lihat iaitu kaum yang
memegang cemeti bagaikan ekor lembu digunakan untuk memukul
orang.Kedua, wanita2 yang berpakaian namun (hakikatnya telanjang,
merayu-rayu menarik hati sambal berjalan berlenggang lenggok. Di atas
kepala mereka seperti terdapat bonggol unta(ikatan sanggul.Mereka
tidak akan masuk syurga padahal bau syurga itu dapat dicium dari
perjalanan sekian dan sekian.Diriwayatkan Muslim, dalam sahihnya
(2128)

Contoh bersanggul

BAHAGIAN 2: Seluar
Pengertian dari sudut Bahasa : Pakaian yang menutupi dan membaluti pusat
hingga ke lutut dan apa2 jua diantara keduanya.Hadis2 sekitar pemakaian
seluar di kalangan wanita.Daripada Abu Hurairah RA :\
Bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda ,Allah merahmati
pemakai seluar di kalangan wanita.Hadis ini dikeluarkan oleh ADDaruqutni.Syarah kepada hadis ini sebagai mana yang dinyatakan dalam
kitab Faidhul Qadir bi Syarh JamiAS-Soghir adalah, wanita yang memakai
seluar dengan tujuan menutup.

Maka hukumnya sunat muakkad dalam menjaga penutupan aurat.Hadis


yang dikeluarkan oleh Ibn Adi dan Al-Uqaili,Al-Bazzardan Al-Baihaqi daripada
riwayat Saidina Ali RA telah berkata,Aku duduk bersama Rasulullah
berdekatan dengan baqi di satu hari di mana hujan turun.Lalu seorang
wanita yang bertudung , tiba2 terjatuh wanita itu lantas Rasulullah memaling
muka dari wanita itu.MAka mereka (sahabat berkata , Maka jawab
baginda ,Ya tuhanku ampunilah wanita yang memakai seluar di kalangan
umatku.Wahai manusia, pakailah seluar kerana sesungguhnya sebahagian
daripadanya pakaian yang menutup aurat kamu semua.Dan peliharalah
wanita2 kamu dengan ketika mereka keluar dari rumah.
Hukum pemakaian seluar: Harus dan mustahab
PAKAIAN YANG LONGGAR
Daripada Usamah b Zaid berkata, Baginda memberi kiain kepada ku dari
kain Qibtiyang tebal yang telah dihadiahkan oleh Rasulullah dari Diahyah AlKalbi.Maka aku berikan kepada isteriku untuk memaikainya.Maka Rasulullah
telah bersabda ,Kenapa kamu tidak memakai kain Qibti itu?Jawabku, aku
memakainya kepada isteriku.Rasulullah SAW bersabda: Suruhlah mereka
letakkan kain di lapisan dalamnya kerana aku bimbang pakaian membetuk
tubuh dan tulangnya.Hadis Riwayat Imam Ahmad.
Maka Rahimahullah telah menukilankan penyampaian Saidina Umar AlKhatab Ra yang melarang wanita dari memakai kain Qibti.Dia berkata,
Walaupun tidak jarang tapi ia membentuk kerana kesempitan pakaaian
akan membetuk apa yang dibawahnya.
Maka ia akan memnbentuk bahu wanita dan juga dadanya serta bahagian2
yang lain.Akan tetapi lengan baju pula perlu dibuat sempit untuk
mengelakkan aurat terdedah apabila tangan diangakat.
Makna wanita yang berpakaian hakikatnya telanjang ada beberapa pendapat
:
1. Seorang daripada mereka menutup sebahagian daripada mereka
menutup sebahagian daripada badannya dan membuka sebahagian
yang lain untuk menampakkan kecantikkannya.berkata yang lain,
mereka (wanita itu) memakai baju yang tipis lagi jernih sehingga
menampakkan tubuh badannya.
2. Berkata Ibnu Barr, Yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah kaum
wanita yang mengenakan pakaian yang tipis, yang dapat
menggambarkan bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau
menyembunyikannya.maka itu tetap berpakaian akan tetapi
hakikatnya telanjang,

3. Boleh juga dimaksudkan bahawa perempuan tersebut memakai baju


yang tip[is dan jarang sehingga menampakkan warna dan tubuh
badannya.Atau mereka menutup sebahagian daripada badannya dan
membuka sebahgian yang lain.atau mereka menutup sebahagian
badan dengan pakaian yang nipis dan pendek sehingga menampakkan
tubuh badan yang ditututp sehingga menampakkkan bahagian yang
sepatutnya ditutup.Tidak menutup bahagian yang sememangnya
terbuka dengan sesuatu pun walaupun dengan benda yang nipis.
Sepeti mana dilihat mana hari ini, yang mana perempuan memakai baju
nipis yang lembut dan sempit menutup sebahagian badannya, tetapi itu
masih boleh menampakkan tubuh badannya yang tertutup dan menzahirkan
bahagian badan yang lain seperti tengkuk, lengan dan boleh jadi sehingga
menampakkan payu dara, betis dan kadang2 sehingga ke lutut. sebagai
pakaian yang menutup aurat.Misalnya tidak memakai tudung, memakai skirt
pendek, memakai pakaian yang berkain nipis sehingga dapat dilihat jelas
warna kulit dan sebagainya.

Hal ini sebagaimana yang telah dijelaskan pada bahagian sebelumnya,


bahawa setiap wanita muslimah wajib menutup auratnya kecuali wajah dan
telapak tangan.Jika hal itu dihubungkan dengan pergaulan sosial, maka
pakaian yang menutup aurat dapat menyelamatkan wanita itu sendiri dari
kelakuan jahat seperti terhindar dari perbuatan tidak senonoh kaum
lelaki.Selain dapat menyelamatkan diri sendiri, memakai pakaian menutup
aurat juga dapat menyelamatkan lelaki daripada godaan syaitan yang
terkutuk.Ini kerana, pandangan lelaki akan terhalang oleh pakaian yang
menutup aurat.

PENGENALAN
Mengikut kamus Dewan Bahasa Pustaka(DBP), pakaian boleh diertikan
sebagai sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll). Mengikut judul buku
yang bertajuk Aurat Mahkota Wanita muka surat 78 menyatakan bahawa
pakaian ialah apa yang dipakai oleh manusia untuk menutup aurat dan
badannya.Ia merupakan satu nikmat yang besar yang dikurniakan Allah SWT
kepada manusia.

Pakaian yang tidak menutup aurat juga boleh disamakan dengan pakaian
yang mencolok mata. Memakai pakaian yang mengundang syahwat lelaki

memberi maksud yang sama juga.Ukuran umum pakaian yang mengundang


berahi di sini ialah pakaian yang tidak memenuhi syarat
Oleh itu, benar apa yang dikatakan oleh seorang wanita solehah, Ummu
Abdillah Al Wadi Iyah, dalam menasihati Li Nisaa, Sungguh , musuh musuh
islam telah mengetahui bahawa keluarnya kaum perempuan dengan
mempertontonkan aurat merupakan sebuah gerbang diantara gerbanggerbang menuju keburukan dan kehancuran dan dengan hancurnya mereka,
maka hancur lah masyarakat. Oleh kerana itu lah, mereka sangat
bersemangat mengajak kaum perempuan supaya rela menanggalkan jilbab
dan rasa malunya. Selanjutnya, beliau juga mengatakan, Sesungguhnya
persoalan tabarruj (mempertontonkan aurat) bukan masalah ringan kerana
hal itu tergolong dalam perbuatan dosa besar.

Azab Allah SWT sangat pedih kepada sesiapa sahaja yang tidak mahu
menutup aurat.Rasulullah bersabda : Para wanita yang berpakaian tetapi
(pada hakikatnya) telanjang, berlenggang lenggok, kepala mereka seperti
bonggol unta mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium
harumnya.(HR. Abu Daud)

Jenayah seksual atau pencabulan boleh ditakrifkan sebagai semua perbuatan


yang dilakukan untuk mendapatkan kenikmatan seksual sekaligus
mengganggu kehormatan. Faktor yang menyebabkan jenayah seksual
berlaku termasuklah cara pemakaian wanita yang terlalu mendedahkan dan
akan mengakibatkan nafsu perogol yang tidak dapat dikawal.
Walaubagaimanapun pencabul biasanya akan menunggu masa untuk
menyerang mangsa yang berseorangan yang berada di tempat sembunyi.
Selain itu, pencabul juga mempunyai cara yang lain untuk mencari mangsa
seperti mempelawa mangsa untuk bersiar-siar dan bermalam di rumahnya
dengan memberi makanan atau minuman yang mengandungi ubat tidur.
Jenayah seksual juga boleh menyebabkan emosi mangsa terganggu dan
boleh menyebabkan trauma seterusnya menyebabkan maruah seseorang
mangsa itu tergadai.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Lokasi di daerah Kemaman menjadi tempat kajian kami kerana kebanyakan


masyarakat khususnya remaja tidak menitikberatkan aspek pemakaian yang
menutup aurat. Berdasarkan pemerhatian kami kebanyakan di antara
mereka yang berumur dalam lingkungan 15-28 tahun lebih suka
mengenakan seluar jeans yang ketat, baju kurung yang agak jarang dan
tudung yang singkat sehingga menampakkan bahagian dada. Berdasarkan
pemerhatian kami lagi, kami boleh memberi kesimpulan bahawa remaja
khususnya di daerah Kemaman ini menjadikan tudung singkat sebagai satu
trend atau fesyen dalam aspek pemakaian seharian mereka.Kebanyakan
remaja perempuan pada masa kini lebih suka mengenakan pakaian yang
seksi, ini boleh menaikkan keghairahan kepada lawan jantina dan secara
tidak langsung menjurus kepada jenayah seksual.

PENYATAAN MASALAH

Menagapa jenayah seksual pada masa kini semakin berleluasa? Antara


faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kerana remaja
perempuan lebih terikut ikut fesyen artis dan terpengaruh dengan rakan rakan sebaya. Selain itu, antara faktor utama yang menjadi pendorong
kepada isu ini adalah disebabkan usia remaja, mereka lebih cenderung untuk
nampak lebih seksi. Tambahan pula, mereka cenderung untuk nampak lebih
moden selaras dengan arus pemodenan dan fesyen terkini.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti cara pemakaian dalam kalangan remaja di daerah
Kemaman.
2. Mengenal pasti fakta-fakta yang mempengaruhi cara pemakaian dalam
kalangan remaja di daerah Kemaman.

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk meninjau faktor-faktor mempengaruhi


cara berpakaian pelajar Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Johor. Kajian deskriptif ini mengkaji jenis-jenis pakaian yang dipakai oleh pelajar
serta 4 faktor yang mempengaruhi cara berpakaian pelajar iaitu faktor kewangan,
rakan sebaya, budaya dan fesyen. Sampel kajian adalah 327 orang pelajar.
Instrumen kajian adalah soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian. Data yang
diperoleh dianalisis secara deskriptif iaitu min. Kajian mendapati baju kurung
merupakan pakaian yang paling digemari oleh responden perempuan untuk
menghadiri kuliah dan aktiviti formal universiti manakala responden lelaki gemar
memakai kemeja T berkolar semasa menghadiri kuliah dan baju kemeja bersama
dengan seluar slack semasa menghadiri aktiviti formal universiti. Pengaruh faktor
kewangan kepada cara berpakaian pelajar adalah pada tahap tinggi. Tahap
pengaruh faktor rakan sebaya, budaya dan fesyen pada tahap sederhana sahaja.
Faktor kewangan adalah faktor yang paling mempengaruhi cara berpakaian pelajar
daripada keempat-empat faktor tersebut. Kaum Cina paling terpengaruh oleh faktor
kewangan manakala kaum India lebih terpengaruh oleh faktor rakan sebaya dan
budaya. Faktor kewangan, rakan sebaya dan budaya lebih mempengaruhi
responden perempuan manakala faktor fesyen lebih mempengaruhi responden
lelaki. Responden bujang lebih terpengaruh oleh faktor budaya dan responden yang
sudah berkahwin terpengaruh oleh faktor kewangan dan fesyen. Faktor kewangan,
rakan sebaya dan budaya lebih mempengaruhi responden yang berumur 25-27
tahun manakala faktor fesyen dan rakan sebaya lebih mempengaruhi responden
berumur 28-30 tahun.

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik bagi
memenuhi objektif kajian. Kumpulan kami telah membina satu borang soal selidik
yang mempunyai 10 soalan objektif dan 1 soalan terbuka. Responden hanya perlu
menjawab YA atau TIDAK bagi soalan objektif dan memberi pendapat mengenai
tajuk kajian kami.
Selain itu, kami juga telah mengadakan sesi temu bual dengan seorang guru
sekolah yang berlatar belakangkan bidang agama iaitu Puan Khatijah dari Sekolah
Menegah Elit Mak Lagam .kami telah mengajukan 10 soalan kepada beliau untuk
mendapatkan pandangan beliau mengenai aspek pemakaian remaja di daerah
kemaman.

Rakaman perbualan secara lisan antara penemubual dari pihak kami dengan
Ustazah Khatijah
Auzaeei: Assalamualaikum dan selamat tengah hari Ustazah. Saya Auzaeei Jaafar
dari KKTM Kemaman mewakili kumpulan saya ingin menemubual Ustazah
mengenai cara pemakaian yang menutup aurat dan mengikut syariat Islam serta
pandangan Ustazah mengenai cara berpakaian remaja masa kini khususnya di
daerah Kemaman. Bolehkah Ustazah meluangkan masa sedikit untuk sesi temubual
ini?
Ustazah Khatijah: Waalaikumussalam. Ya apa salahnya
Auzaeei: Apakah yang dimaksudkan dengan menutup aurat?
Ustazah Khatijah: Menutup aurat dalam istilah Islam adalah menutup tubuh atau
anggota badan seseorang itu dengan pakaian supaya dapat memelihara seseorang
itu daripada fitnah
Auzaeei: Apakah hukum menutup aurat?
Ustazah Khatijah: Wajib bagi umat Islam
Auzaeei: Bagaimana pula aurat antara lelaki dengan lelaki?
Ustazah Khatijah: Pusat hingga ke lutut
Auzaeei: Bagaimana pula aurat antara perempuan dengan perempuan?
Ustazah Khatijah: Pusat hingga ke lutut
Auzaeei: Bagaimana pula aurat antara lelaki dengan perempuan ajnabi?
Ustazah Khatijah: Seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan
Auzaeei: Apakah pandangan ustazah mengenai pakaian remaja pada zaman kini?
Ustazah Khatijah: Ada yang mengikut syarak dan tidak kurang juga yang menyalahi
hukum syarak.Ada yang menutup aurat tapi berpakaian ketat dan sebagainya
seperti berpakaian dengan kain yang jarang sehingga menampakkan susuk tubuh
badan
Auzaeei: Apa yang mempengaruhi cara pemakaian remaja pada masa kini?
Ustazah Khatijah: Yang pertama dari segi pemahaman tentang ilmu dan hukum
agama Islam.Yang kedua terikut-ikut akan fesyen terkini atau barat.
Auzaeei: Apakah langkah langkah untuk mengatasi permasalahan tidak menutup
aurat?
Ustazah Khatijah: Yang pertama, didikan awal dari ibu bapa sejak dari kecil. Yang
kedua, pengaruh dari rakan sebaya. Misalnya bergaul dengan orang baik maka kita

juga akan mencontohi sifat mereka yang baik.Ini dapat dipraktikkan dalam
kehidupan seharian
Auzaeei: Adakah faktor pemakaian terjadinya punca gangguan seksual dalam
kalangan wanita?
Ustazah Khatijah: Ya. Itu adalah penyebab utama kepada permasalahan ini
Auzaeei: Antara kaum lelaki dan wanita yang manakah lebih cenderung untuk
menjaga cara pemakaian untuk mengelakkan gangguan seksual?
Ustazah: Wanita
Auzaeei: Apakah kesan-kesan yang akan terjadi jika kita tidak menutup aurat?
Ustazah Khatijah: Seperti yang saya cakap tadi, akan berlaku gangguan seksual dan
penzinaan. Seterusnya menjurus kepada pembuangan anak dan perkara tersebut
akan mencontohi sifat arab jahilliyah
Auzaeei: Mengapa Islam menitik beratkan hambanya untuk menutup aurat
Ustazah Khatijah: Yang pertama semestinya menurut perintah Allah, menjaga
kehormatan wanita.Untuk mengelakkan terjadinya maksiat .
Auzaeei: Apa pandangan ustazah ataupun kesimpulan mengenai temubual ini?
Ustazah Khatijah: Bagi pendapat saya, sebagai seorang Islam ,kita perlulah
menjaga batasan aurat seperti yang telah digariskan supaya kita lebih selamat
dunia dan akhirat. Pakaian mencerminkan keperibadian.
Auzaeei: Setakat ini sahaja pertanyaan saya, terima kasih Ustazah kerana sudi
memberi kerjasama dalam menjayakan temubual kami ini.
Ustazah Khatijah: Sama-sama

PENUTUP
Segelintir orang telah memandang serong terhadap wanita dan menganggapnya
bahawa merekalah punca segala fitnah dan bencana.Hinggakan apabila berlaku
sesuatu kejadian atau turunnya bala, mereka akan berkata ,Selidikilah kaum
wanita!Bahkan ada yang mengatakan bahawa wanitalah penyebab kepada segala
kecelakaan yang menimpa manusia bermula daripada zaman Adam hinggalah
sekarang.Ini kerana hawalah yang telah menggoda Adam supaya memakan buah
larangan sehingga akhirnya mereka dikeluarkan daripada syurga.

Hasil daripada perkara tersebut, maka berlakulah bermacam-macam keperitan


serta kecelakaan yang telah menimpa Adam dan kita semua.Sabda Rasulullah SAW
yang menyuruh kitaagar sentiasa berwaspada kepada fitnah wanita, Aku tidak
tinggalkan selepasku satu fitnah yang paling memudaratkan kaum lelaki lebih
daripada wanita.

Amaran supaya berwaspada pada wanita di sini adalah sama sebagaimana


amaran agar kita berwaspada daripada fitnah-fitnah lain seperti harta dan
kemewahan hidup.

Wanita juga akan menjadi fitnah kepada lelaki seandainya wanita itu bertukar
menjadi agen penggoda, menjadi unsur yang hanya akan membangkitkan syahwat
serta berperanan menyemarakkan api keghairahan kepada lelaki.Inilah bahatya
terbesar yang dikhuatiri akan menjadi punca kepada binasanya akhlak,
tercemarnya kehormatan serta membawa pecah-belah institusi keluarga,agama dan
juga masyarakat.

Melihat realiti yang berlaku sekarang ini kian membimbangkan kita.Gelodak


yang melanda masyarakat kita mutakhir ini semakin membarah, ujian bertali arus
tidak henti-hentinya, satu demi satu masih tidak dapat mengikis keegoan manusia.

Sememangnya pihak kuffar semakin rancak merancang pelbagai agenda dan


strategi untuk melenyapkan umat Islam.Amaran Allah SWT seperti yang
dinukilankan di dalam Al-Quran kini benar-benar terbukti bahawa golongan Yahudi
dan Nasrani tidak akan berdiam diri selagi umat Islam tidak sujud kepada mereka.

Keizzahan dan kebanggaan islam sebagai agama yang dianuti tidak ada lagi
yang tinggal cuma kerakusan manusia mengejar segala bentuk kesenangan dunia
yang sementara.inilah di antara tanda-tanda akhir zaman.Apabila manusia
menjadikan agama sekadar dagangan yang boleh dijual beli sewenangwenangnya.Secara mudanya aurat boleh diertikan sebagai bahagian tubuh badan
sama ada lelaki ataupun perempuan yang diwajibkan menutup auratnya.

Kepelbagaian corak dan bentuk dalam lagak berpakaian serta menutup kepala
bagi wanita kini menimbulkan suasana yang membimbangkan sekali kerana ada
yang memakai tutup kepala(tudung) kepada pakaian yang terlalu ketat dengan
pakaian dan selendang yang terlalu nipis yang mampu menampakkan rambutnya
dan betuk badannya.Beginilah serangan di kalangan masyarakat kita sama ada
yang telah faham agama atau sebaliknya.

Sedangkan ia menganggap ini merupakan satu trend atau gaya termodenbagi


golongan gadis remaja, dimana mereka yang memakai seluar jean yang ketat akan
menampakkan gaya kelelakian. Ditambah pula wanita kini ada yang memakai
skarfsahaja beginilah yang digambarkan oleh ulama iaitu wanita berpakaian tetapi
hakikatnyamereka adalah bertelanjang, termasuk juga dengan wanita islam yang
berpakaian nipis dan menampakkan lenggok tubuh badannya.

Sudah menjadi fitrah semula jadi dan kecenderungan setiap wanita supaya
dirinya lebih kelihatan cantic dan mempesonadiri, firman AllahSWT dalam surah AnNuur :31.Beginilah dunia akhir zaman yang semakin yang semakin faham tentang
agama tetapi susah untuk mengekspoitasikan diri dengan ilmu yang dimiliki.

Jelas menunjukkan kepada kita bahawa serangan daripada orientalis kepada


umat Islam terlalu banyak dan yang paling besar adalah serangan dari sudut
pemikiran, itu yang telah berlaku dan yang terkini berlaku di Perancisdan beberapa
negara barat yang lain.

Islam telah menggariskan dan menetapkan beberapa perkara dalam hal


menutup aurat dengan berpandukan yang disyariatkan.Hal ini adalah untuk
mengelakkan daripada fitrah yang besar ulama inilah telah menggariskan syariat
pakaian wanita islam iaitu:
1.
2.
3.
4.

Tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayang tubuh badan


Berwarna gelap dan suram
Tidak terlalu ketat atau sempit
Tidak sembur dengan bauan yang harum

Maka dengan adanya wanita yang sanggup untuk mamatuhi perintah Allah
SWT, suruhannya masyarakat akan baik dan teratur.

Menurut Pengerusi Majlis Fatwa kerajaan Mesir, Doktor Atiah Saqar di dalam
Ensiklopedia keluarga Islam perhiasan dalam berpakaian me nurut Islam adalah
seperti berikut:

Hiasan untuk suami dan di dalam lingkungan rumah sahaja.


Hiasan tersebut mestilah tidak menggoda dan mengghairahkan
Tidak keterlaluan di dalam perhiasan
Tidak melanggar perintah-perintah wajib dalam berpakaian
Tidak meniru pakaian lelaki

Oleh itu,tutuplah aurat walau dengan cara apa sekalipun.Apa yang


penting ialah mematuhi syariat dalam etika berpakaian secara Islam,
semoga ini mampu menunjukkan qudwah (contoh)yang terbaik kepada
orang yang benci dan yang ingin mengahancurkan Islam. Di samping
dapat mengatasi masalah keruntuhan akhlak, gejala pendedahan aurat
serta kehancuran nilai-nilai islam dapat segera dibendung

Anda mungkin juga menyukai