Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Realiti pada hari ini kita dapat melihat betapa pergaulan yang berlaku antara
lelaki dan perempuan telah tersasar dari apa yang telah ditetapkan dalam
landasan Islam. Dalam fenomena ini ,perkataan ikhtilat iaitu pergaulan
antara lelaki dan perempuan ajnabi tentu sekali menjadi persoalan yang
mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.
Oleh itu, ulama-ulama Islam sebelumnya secara tegas menghukumkan
masaalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah
haram. Wanita Islam pula di dididk agar mengutamakan rumah daripada
pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja apatah lagi berpolitik adalah
satu isu yang ditgah pada masa dahulu.

BAHASA
Dari segi bahasa ikhtilat beerti: meramukan/mengaulkan sesuatu dengan
sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
ISTILAH SYARIAT
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: percampuran lelaki dengan
wanita adalah perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam
bentuk kumpulan atau persendirian. Percampuan di suatu tempat selalunya
menyebabka mereka bertemu antara satu sama lain,berpandangan dan
bertegur sapa.
Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?
Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut : Adakah
wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi?
Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran
lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaannya?
Jawapannya ialah : Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang
mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan
pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesame
lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka
kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
PERCAMPURAN YANG DIHARUSKAN
1

Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan
adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihidarkan kecuali
keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan
menyebut dalam kitabnya al-mufassal fi al-ahkam al-marah yang masyhur
menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

Pertama : Harus kerana terpaksa (dhorurah).


Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam
Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Shafei : Tidak ada perbezaan
dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau
selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan seperti dhorurat, seperti
jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di
jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan
wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu
hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh
dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita
dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu
satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).
Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan
perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap
mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli,
melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku
khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah
dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah
termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum
lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
3. Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan
dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah
2

al-Baqarah ayat 282. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada


percampuran dengan lelaki ajnabi.
4. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa
Umar al-Khattab (r.a) telah melantik as-Syifa menjadi penguatkuasa
perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika
menjalankan tugasnya.
5. Ikhtilat kerana melayan tetamu.
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada
alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya
walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari,
ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (S.A.W.)
dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk
Baginda (S.A.W).
6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana
tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim
meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah
(S.A.W.) dan bertamukan Baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit,
mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan
bersama-sama Baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu
duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak
makan, kerana mengutamakan tetamu.
7. Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang
diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti
keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital,
meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan
berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi ,
dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan
oleh keperluan yang syarei.
8. Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air,
merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah
harus dilakukan oleh wanita kerana masalah syariah.
3

Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz


katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.) merawat pesakit, memberi minum
dan dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama
kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W.) keluar pada
satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda
berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh
mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.

10.

Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.

Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan : Adakah harus bagi wanita


makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik :
Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf
bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita
makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama
suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran
sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana
yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan
dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua
diharuskan selagi terpelihara adab-adab Islamiah.

ADAB-ADAB DALAM PERGAULAN ANTARA


LELAKI DAN PEREMPUAN
Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam
telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah
yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu
mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam,
ketika membeli-belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain
bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama Islam kita. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam
lambat laun akan mengundang kecelakaan.
1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan
a. Ucapan yang makruf dan sopan.
4

b. Menundukkan pandangan
Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31:

Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya


menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan merekadan katakanlah
kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya
menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.
Dalam surah an-Nur ini menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan
masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

c. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak


Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.)
setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada
wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.
d. Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat,
maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama
mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan." (HR.Ahmad)

e. Menghindari tempat shubhat


Sabda Rasulullah (s.a.w.) : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu (Riwayat
Bukhari)
2. Adab khas untuk wanita
a. Iltizam dengan pakaian Islam
Dan firmannya lagi :
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias
dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu
(pertama)". (Al-Ahzab:33)

b. Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan.


Firman Allah:
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataanperkataan yang baik Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

c. Menjaga pergerakan

Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang
menggoda.
Firman Allah :
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
( Surah An-Nur Ayat 31. )
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng.
Tarikat Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani (tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah, merangkap
salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad Az-Zein di Bogor (ma'ahad Sheikh Nuruddin Al-Banj

HUKUM SEKITAR MASALAH PANDANG- MEMANDANG


1. Lelaki memandang wanita yang bukan mahram.
Diharamkan kepada kaum lelaki memandang kaum wanita tanpa
keperluan yang mendesak. Sumber syariat telah menyuruh agar
menundukkan pandangan
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman,Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya,yang demikan
itu adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka lakukan,
(surah An-Nur [24]:30).
Ibnu Qayyim berkata : manakala menundukkan pandangan merupakan
pangkal dalam kemaluan, maka Allah s.w.t. sudah menyebutkannya. Allah
s.w.t. tidak menyuruh menundukkan pandangannya secara mutlak, tetapi
hanya menunduk pandangan darinya. Adapun soal menjaga kemaluan, maka
hukumnya jelas wajib apa pun keadaannya, tidak dibolehkan kecuali alasan
dibenarkan, kerana itulah, suruhan menjaganya dijadikan umum.
Ibnu Abbas meriwayatkan, Al-Fadhal bin Abbas membonceng Rasululllah lalu
datanglah seorang wanta bernam Khatam meminta fatwa kepada Baginda.
Maka al-Fadhal pun memandangnya dan wanita itu juga memandang kepada

al-Fadhal, lalu Rasulullah s.a.w. memalingkan wajah al-Fadhal ke arah lain.


(riwayat Bukhari dan Muslim)
Tindakan Rasulullah tersebut merupakan larangan.
Jarir bin Abdullah r.a. meriwayatkan: saya bertanyakan Rasulullah s.a.w.
tentang pandangan secara tiba-tiba,maka Baginda menyuruh saya untuk
memalingkan pandangan saya.(riwayat Muslim, Abu Daud, dan Ahmad)
Ibnu Buraidah r.a meriwayatkan dari ayahnya, katanya: Rasulullah s.a.w,
besabda kepada Ali : Wahai Ali, janganlah kamu ikutkan pandangan dengan
pangan yang lain, kerana untukmu hanya yang pertama dan bukan untukmju
yang lain. (riwayat Tarmizi,Abu Daud dan Ahmad).
Di dalam al-Fath(XI/47) al-Hafiz menjelaskan: Di dalam hadis terdapat
keterangan bahawa boleh memandang kepada aurat wanita kerana darurat
yang tidak ada jalan lain kecuali mesti memandangnya.
Saya tambahkan:
Beberapa keadaan yang dibolehkan padanya memandang wanita:
Khitbah(lamaran): Para ulama menyepakati boleh memandang wanita
yang hendak dinikahi. Hikmahnya adalah bahawa tidak ada
penyesalan pada pernikahan itu kemudian hari. Di samping
perkahwinan berdasarkan keinginan serta selera pilihanya.
Lelaki yang bijak tidak akan masuk ke suatu tempat yangbelum
jelas(baik buruk) baginya.
2. Memandang untuk keperluan rawatan.
Hukum asalnya tidak dibolehkan merawat wanita kecuali oleh
wanita. Bagaimanapun, tidak ada perbezaan dikalangan ulama
bahawa boleh bagi lelakimelakukan rawatan kepada wanita, dan
melihat ke tempat yang sakit diperlukan,asal berdasarkan nilai-nilai
tertentu.

1. Disyaratkan agar mengutamakan doktor wanita untuk merawat


pesakit wanita jika ada. Lebih-lebih lagi jika mesti memeriksa
bahagian-bahagian yang menjadi aurat. Bagaimanapun,jika tiada
doktor wanita, maka keadaan pun menjadi darurat.
2. Hendaklah doktor lelaki itu dipercayai, tidak dicurigai perilakunya
dan agamanya.
3. Hendaklah tidak berduaan dengan wanita kecuali ada muhrim atau
ditemani wanita lain yang dipercayai.
4. Doktor tidak boleh melampaui batasan dalam
memandang,membuka,menyentuh dan lain-lain dalam prosedur
rawatan.
5. Rawatan yang sangat mendesak untuk menjalani rawatan, maka
tidak boleh sama sekali. Mialnya,memeriksa kepada doktor untuk
memeriksa kesihatanya,untuk mengurangi berat badannya, atau
untuk mempercantik dirinya.
3. Diharamkan lelaki berduaan dengan wanita yang bukan
muhrim.
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
janganlah sesekali lelaki menyepi(berduaan) dengan seorang wanita
kecuali bersama muhrimnya.(riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan hadis lain:
Jangan sesekali lelaki berduan dengan seorang wanita, keran syaitan
adalah yang ketiga.(riwayat Ahmad)
4. Dua orang lelaki atau lebih dibolehkan menemui seorang
wanita.
Berdasarkan hadis Abdullah bin Amr r.a yang berbunyi:
beberapa dari Bani Hasyim masuk menemui Asma binti Umais r.a.
yang waktu itu berstatus sebagai isteri Abu Bakar r.a. ternyata Abu
Bakar tidak suka akan hal itu,maka ia pun menceritakannya kepada
9

Rasulullah s.a.w. dan dia berkata: saya tidak melihat kecuali


kebaikan. Maka Rasulullah s.a.wpun bersabda: sesungguhnya Allah
s.w.t telah membebaskannya dari itu. kemudian Rasulullah s.a.w.
berdiri di atas mimbar unutk berkhutbah: sesudah hari ni janganlah
sesekali ada menemui wanita yang suaminya tidak berada di
rumah,kecuali ada seorang atau dua orang lelaki yang lain.(riwayat
Muslim)
Boleh bagi lelaki mengunjungi wanita yang sedang sakit dengan syarat
mesti tertutup dan selamat dari fitnah. Jabir bin Abdullah r.a.
merwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah mengunjungi Ummu asSaib Baginda bertanya: ada apa denganmu wahai Ummu Saib r.a.
bergetar dan berdsis?dia menjawab: demam panas,mudahmudahan Allah memberikatimu. Rasulullah s.a.w bersabda:janganlah
mencela demam panas,kerana ia dapat menghapuskan berbagai-bagai
kesalahan manusia sebagaimana ubupan memberisihkan kotoran
besi.(riwayat Muslim)
5. Pandangan wanita kepada lelaki yang bukan muhrim.
Wanita yang memandang lelaki asing jika dilakukan dengan
syahwat,maka hukumnya haram berdasarkan kesepakatan ulama.
Bagaimanapunmjika dilakukan tanpa dorongan syahwat dan tidak
pulavada kekuatiran kepada fitnah,maka tentang kebolehanya ada dua
pendapat.
Pendapat yang paling kuat adalah wanita boleh memandang nya selain
antara pusat dan lutu. Itu pun jika dirasai selamat dari fitnah. Pendapat ini
dikuatkan dengan hadis.
Hadis Aisyah r.a.,ia menceritakan : suatu hari aku melihat Rasulullah
s.a.w. berdiri di pintu bilikku,sementara orang-orang Habsyah bermain-

10

main di masjid dan Rasulullahmenutupi dengan selendangnya ketika aku


melihat permainan mereka.(riwayat Bukhari dan Muslim)
Juga berdasarkan hadis Nabi kepda Fatimah binti Qais r.a: pergilah ke
rumah Ibnu Maktum. Tinggallah disisinya,kerana ia seorang lelaki yang
buta . Anda boleh membuka pakaianmu disana.(riwayat Muslim).
Hadis ini membuktikan bahaa wanita boleh melihat bahgian dari lelaki
sesuatu yang lelaki tidak boleh melihatnya dari wanita. Bagaimanapun,
untuk aurat,tentu tidak boleh.
6. Wanita dilarang berjabat tangan dengan lelaki asing.
Maqal bin Yasar r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda:
ditusuknya kepada salah seorang kamu dnegan jarum dari besi lebih
baik bagina daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal
baginya.(riwayat Tabaarani).
Ini kerana Rasullah s.a.w. tidak pernah menjabat tangan kaum wanita dan
tidak menerima baiat mereka kecuali hanya sekadar ucapan.
Aisyah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. dahulu berkata kepada wanita
yang menyatkan baiat : Aku telah menerima baiatmu secara
percakapan.ia juga berkat:tidak demi Allah, sama sekali tanganya tidak
pernah menyentuh tangan wanita ketika baiat berlangsung. Tidaklah
Baginda menerima baiatmu atas hal itu.(riwayat Bukhari)
7. Memberi salam tanpa berjabat tangan.
Ummu Hani r.a berkat:Pada hari penaklukan Makkah saya pergi
menemui Nabi s.a.w. maka saya mendapatkanya sedang
mandi,sementara Fatimah puterinya menutupinya,lalu saya pun memberi
salam kepadanya.(riwayat Bukhari dan Muslim)

11

Di dalam hadis di atas terdapat keterangan tentang bolehnya ucapan


salam kepada lelaki tanpa disertai jabat tangan. Tempatnya apabila
dirasakan selamat dari fitnah. Demikan juga boleh bagi lelaki memberi
salam kepada wanita tanpa berjabat tangan.
8. Wanita boleh bercakap dengan kaum lelaki jika diyakini
selamat dari fitnah.
Konteks perbincangan ini adalah jika berlakunya darurat,
keperluan serta keterikatan dengan ketentuan-ketentuan syariat. Maka
dalam percakapan itu tidak dilakukan dengan suara yang
rendah,lembut dan merdu,berdasarkan firman Allah s.w.t bermaksud:
maka janganlah kamu tunduk dalam bercakap sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan
ucapkanlah perkataan yang baik.(surah al-Ahzab[33]:32)
Di antara keterangan yang menunjukkan boleh bercakap,iaitu firman
Allah s.w.t. bermaksud:
Jika kamu memint sesuatu (keperluan) dari mereka(isteri-isteri) Nabi
maka mintalah dair belakang tabir.(surah al-Ahzab[33]:53)
Bercakap dengan lelaki melalui telefon. Bertlak dari penjelasan
sebelum ini wanita boleh bercakap dengan lelaki asing kerana
keperluan dengan syarat mesti terikat dengan kaedah-kaedah syariat.
Adapun jika bercakap melalui telefon tersebut dapat mencipta sesuatu
berduaan melalui sabda Rasulullah s.a.w. Jnagan sesekali seorang
lelaki dan seorang wanita kerana yang ketiga adalah syaitan dan
peluang,membuatkan mereka bebas mengadakan percakapan yang
dapat sahaja mengheretkan mereka kepada hal yang
diharamkan,maka meninggalkan hal tersebut sangat jelas
disuruh.Allah juga lebih mengetahui. Begitulah juga jika zaman moden
yang makin canggih begini dengan wujudnya Facebook,Skype dan
seumpama dengannya.
12

Menurut pandangan Dr.Yusof Al Qardawi dalam Fatawa Muasoroh (fiqh


kontemporari) mengatakan bahawa :

Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang
laki dan tunang wanita (belum sah nikah/kahwin mereka mengikut 'uruf-adat,
syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal.

Hukum asal yang dimaksudkan oleh Dr. Yusof Al-Qardawi dalam masalah ini
ialah seperti berikut :
1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk
berkhalwat(berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya
(tunang lelaki) kecuali bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada
salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir
atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) kecuali bersama-sama
mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti
ayahnya atau abangnya.

Jika ada apa-apa perkara yang ingin dibincangkan, bolehlah melalui telefon,
YM, Facebook dan sebagainya, Tapi ingat jangan sampai laqa (lalai)
sehingga boleh menyumbang kearah maksiat. Paling baik sekali, panggil
tunang lelaki datang kerumah ketika mana ibu dan ayah ada di rumah dan
berbincanglah di depan ibu dan bapa, hal ini lebih berkesan untuk
menjauhkan lagi dari perbuatan menghampiri zina atau maksiat.

13

RUJUKAN
1. Al-Quran
2. Syeikh Abu Malik Kamal bin As-Sayid Salim.2009.Ensiklopedia Fiqah
Wanita Mulimah.Jasmin Enterprise,Kuala Lumpur.
3. www.eng.upm.edu.my/html/files/suraufk/salam_fk_vol3_final.pdf

.t. memanfaatkan kita dengan ilmu beliau dunia dan akhirat-amin...)

14

Anda mungkin juga menyukai