Anda di halaman 1dari 7

CSR 2061: PERAHU NAGA

TAJUK TUGASAN:

PERAHU NAGA (DRAGON BOAT)

NAMA PELAJAR:

MOHD HAFIZ AIMAN BIN ABDULLAH

NO. MATRIK:

D20162075602

KUMPULAN

PENSYARAH

EN. AZHAR BIN AHMAD


Sejarah Perahu Naga (Dragon Boat)

Perahu naga ini (Dragon Boat) atau Mandarinnya disebut Duan Wu Jie. Festival ini berasal
dari salah satu perayaan budaya tradisional Tiongkok yang sudah berumur lebih dari 2000
tahun. Perlumbaan ini dirayakan biasanya pada tanggal 5, bulan 5 pada penanggalan kalendar
Lunar setiap tahunnya atau jatuh pada bulan Juni pada penanggalan internasional
(Gregorian). Terdapat beberapa legenda tentang asal usul Pesta Perahu Naga itu. Antaranya
yang paling popular ialah kisah tentang Qu Yuan, seorang keturunan bangsawan pada Zaman
Negeri-Negeri Berperang. Zaman Negeri-Negeri Berperang bermula pada tahun 403 sebelum
Masihi dan berakhir pada tahun 221 sebelum Masihi selepas Negeri Qin berjaya menyatukan
negara China.

Pada zaman itu, China dipecahbelahkan menjadi tujuh negeri yang saling berperang,
termasuk Negeri Qin, Chu, Yan, Han, Zhao, Wei dan Qin. Antaranya Negeri Qin adalah yang
paling kuat dan agresif, selalu melancarkan serangan terhadap enam negeri yang lain. Qu
Yuan ialah seorang menteri kanan Negeri Chu yang mempunyai banyak keterampilan seperti
menulis dan menetapkan strategi dan taktik peperangan. Ia sanggup menaruh segala jiwa raga
untuk memajukan negerinya agar dapat menahan serangan Negeri Qin. Kecintaannya
terhadap negeri tidak perlu diragui.

Memandangkan keamanan negerinya terancam oleh Negeri Qin, Qu Yuan


menyarankan raja Negeri Chu iaitu Raja Chu Huai agar bersekutu dengan Negeri Qi bagi
bersama-sama melawan Negeri Qin.Tetapi menteri-menteri lain yang iri hati dan ingin
menyingkirkan Qu Yuan selalu mengadudombakannya di depan Raja Chu Huai yang
menyebabkan Qu Yuan terus dibuang negeri.

Walaupun dibuang negeri, namun hatinya tetap tertambat dengan urusan dan masa
depan negeri Chu. Ketika mengetahui raja Negeri Qin ingin berunding dengan Raja Chu Huai
di ibu kota Negeri Qin, Qu Yuan segera kembali ke negerinya untuk menasihati Raja Chu
supaya berhati-hati terhadap undangan raja Qin itu. Namun, pada waktu itu, Raja Chu Huai
tidak mahu mempercayai segala kata Qu Yuan lagi. Sebaik sahaja tiba di ibu kota Negeri Qin,
baginda terus ditangkap, lalu dipenjarakan di sana, sampai akhirnya mangkat di Negeri Qin.
Terbayangkanlah bagaimana perasaan Qu Yuan ketika itu.
Setelah Raja Chu Huai meninggal dunia, anak sulungnya iaitu Putera Qin Xiang naik takhta,
sedangkan Putera Zi Lian menjadi bendahara. Qu Yuan sekali lagi menjadi korban komplotan
penentangnya yang sering memfitnahnya di depan Raja Qin Xiang. Qu Yuan sekali lagi diusir
keluar dari negerinya. Sepanjang tempoh pengusirannya, ia telah menulis banyak puisi untuk
menyatakan perhatian dan kekhuatirannya terhadap negeri dan rakyatnya.

Pada tahun 278 sebelum Masihi, tentera Qin berjaya menduduki Ying, ibu kota Negeri
Chu. Melihat negerinya di ambang kehancuran, Qu Yuan agak kesal kerana tidak mampu
menyelamatkan Negeri Chu. Akhirnya, pada tarikh 5 haribulan 5 imlek China, dengan rasa
kecewa dan putus asas ia bunuh diri dengan memeluk batu besar lalu terjun ke Sungai Miluo.
Ini tercatat dalam buku sejarah Shi Ji.

Lalu menurut legenda, rakyat Chu amat sedih kemudian mencari-cari jenazah Qu
Yuan dengan mendayung sampan. Sehari demi sehari, jenazahnya masih belum ditemui.
Mereka memukul gendang dan melemparkan ketupat ke dalam sungai agar ikan dan udang
tidak mengganggu jenazah Qu Yuan. Kemudian untuk menghindari makanan tersebut
dimakan oleh naga dalam sungai, maka mereka membungkusnya dengan daun-daun buluh.
Demikianlah asal usul diadakannya perlumbaan perahu naga pada Hari Raya Duan Wu Jie.

Dahulunya, perahu naga berkisar dengan ketara dan ada rekod Dragon Boats dengan
80 atau lebih paddler. Dalam 30 tahun yang lalu, seluruh industri telah membangunkan bot
naga dan paddles serta aksesori lain seperti gendang, dayung stereng dan kepala naga berhias
dan ekor. Perahu Moden cenderung lebih kecil. Kebanyakan Dragon Boat menggunakan 20
paddler ditambah Drummer dan Steerer. 10 model paddler juga tersedia dan kadang-kadang
berlumba. Sukan ini telah menjadi sangat popular dalam 30 tahun yang lalu dengan persatuan
Dragon Boat berada di seluruh dunia dan International Races yang sering diadakan. Aspek
upacara perlumbaan Dragon Boat hilang dalam olahraga moden, tetapi kegembiraan dan
keterujaan masih segar dalam ingatan.

Perlumbaan perahu naga telah dikomersialkan sebagai sukan antarabangsa bermula di


Hong Kong pada tahun 1976. Sejak itu, tercetusnya fenomena perlumbaan perahu naga di
seluruh dunia. Perahu Naga merupakan sebuah perahu panjang yang digunakan untuk
bertanding semasa berlangsungnya satu temasya sukan laut.
Cara Sukan Perahu Naga Dimainkan

Sukan Perahu Naga biasanya dimainkan dengan perahu tersebut dikayuh secara berpasukan
dengan setiap pendayung mendayung secara berselang ke kiri dan kanan perahu untuk
membolehkan perahu bergerak dengan pantas dan seimbang. Bagi satu-satu perlumbaan
perahu naga yang berlangsung, dua atau lebih perahu naga akan berlumba untuk mengetahui
siapa pemenang dan berapa pantas masa yang dicatatkan. Setiap pasukan dianggotai seramai
20 pelumba termasuk seorang pemukul gendang dan ketua pasukan yang menjadi tukang
sorak ketika perlumbaan berlangsung.

Teknik Mendayung
Peraturan Dalam Perahu Naga

Perahu Naga adalah perlumbaan kursus tanpa terhalang dalam masa yang sesingkat mungkin.
Terdapat dua kelas yang bersaing dalam perahu naga ini, 10 tempat duduk dan 20 kerusi yang
merujuk kepada bilangan paddler di dalam bot. Paddlers duduk bersebelahan dan
menggunakan dayung bilah tunggal. Kedua-dua kelas ini juga akan mempunyai pemain drum
dan steerer, dengan semua orang di dalam bot menunggangi irama drum.

Spesifikasi Dragon Boat


Jenis-jenis Paddle
Posisi Dalam Dragon Boat

Anda mungkin juga menyukai