Anda di halaman 1dari 4

Pantang Larang Orang Cina 1.

Penyapu Penyapu hanya digunakan untuk membersihkan rumah, kedai han halaman daripada kekotoran dan sampah sarap. Penyapu tidak boleh dijadikan alat mainan kerana dipercayai dapat mendatangkan sial. Sesiapa yang dipukul dengan penyapu akan mendapat nasib malang yang berpanjangan. Sebagai cara untuk menghilangkan sial itu, maka bahagian badan yang terkena penyapu harus disapu beberapa kali dengan tangan sambil mulur membebel yang biasa berbunyi Cis atau Choy Ta Ka Lai Si dalam bahasa Kantonis. Bahagian badan yang paling pantang terkena penyapu adalah bahagian kepala. Penyapu juga tidak dibenarkan untuk membersihkan dewa-dewi dan meja pemujaan kerana dianggap satu perbuatan yang biadab dan menghinakan. Dewa-dewi akan mendatangkan bala dan malapetaka sekiranya disapu dengan penyapu. 2. Pisau Pisau dipercayai dihuni oleh semangat yang jahat. Pisau digunakan untuk menyembelih, memotong daging, menyiang, mengupas dan sebagainya. Fungsi pisau sudah ditetapkan dan tidak dibenarkan untuk tujuan-tujuan lain. Misalnya orang cina dilarang mengacu-acukan pisau. Bukan sahaja dikhuatiri membawa akibat buruk tetapi juga akan membangkitkan semangat pisau yang ketagihan darah manusia. 3. Celah kelangkang perempuan Anak-anak cina yang masih bersekolah ditegah mencelah di antara kelangkang perempuan. Perbuatan seperti ini bukan sahaja dianggap kurang sopan malahan dipercayai dapat membawa akibat kebebalan dan kurang kecergasan. Hingga ke hari ini larangan tersebut masih diamalkan. Anak-anak cina akan marah sekiranya seorang perempuan duduk di atas meja sekolah, buku ataupun begnya. Mencelah di kelangkang lelaki juga tidak digalakkan tetapi tidaklah sampai mendatangkan mudarat seperti menjadi bodoh. Sesiapa yang didapati melalui kelangkang perempuan, dia akan mendapat nasib yang buruk. Bahagian sulit perempuan dikaitkan dengan perkara-perkara yang negarif kerana dianggap kotor

disebabkan datang bulan atau haid. Kedudukan dan status lelaki yang tinggi akan jatuh sekiranya berada di bawah kaki perempuan. 4. Nombor Nombor empat paling tidak digemari kerana membawa pengertian mati. Misalnya dalam plat nombor kereta menjadi pantang larang yang besar sekiranya terdapat lebih daripada dua angka empat. Nombor empat tidak baik digunakan kerana dipercayai mendatangkan sial sehingga membawa kepada berlakunya kemalangan di jalan raya. Oleh itu, orang cina jarang menggunakan nombor empat pada plat kereta, nombor rumah kediaman, kedai dan sebagainya. Angka lapan merupakan nombor yang bertuah. Nombor lapan dalam bahasa Kantonis berbunyi Fa, iaitu membawa pengertian bertuah. Angka lapan sangant diminati oleh para peniaga dan pemilik kereta. Sebagai angka yang baik, lapan dipercayai dapat mendatangkan kekayaan dan kemewahan kepada si pemiliknya. 5. Simpan misai Kebanyakan orang Cina tidak menyimpan misai kerana mengikut adat dan tradisi mempunyai misai dapat mendatangkan sial serta malapetaka kepada anggota keluaga, terutama ibu bapa. Anak-anak muda dilarang sama sekali menyimpan misai kerana sesiapa yang mempunyai misai menandakan ibu bapanya telah meninggal dunia. Misai hanya disimpan oleh mereka yang hidup dalam kesedihan dan menderita. Alasan untuk melarang orang cina menyimpan misai ialah kerana tidak mahu seseorang itu kelihatan terlalu tua dalam usia yang muda. Sikap orang cina di Malaysia mengesahkan lagi pantang larang ini ialah supaya orang cina tidak mengikut amalan di kalangan masyarakat lain yang suka bermisai dan berjanggut. 6. Potong Kuku Memotong kuku jari pada waktu malam menjadi suatu kepantangan. Mereka yang memotong kuku pada malam hari dikatakan akan dapat melihat hantu atau didampingi roh orang mati.

Pantang larang memotong kuku pada waktu malam mempunyai hubungan sejarah dengan kehidupan orang cina pada masa dulu. Sebelum lampu elektrik dicipta, orang cina menggunakan pelita untuk menerangi rumah apabila malam menjelang. Cahaya yang dihasilkan oleh pelita adalah samr-samar. Orang cina pada masa itu ditegah memotong kuku pada waktu malam kerana khuatir jari tercedera atau terluka. Tujuan diadakan cerita hantu dan kaitannya dengan memotong kuku pada malam hari hanya untuk mencegah kecelakaan dan menjaga keselamatan mereka yang hendak memotong kuku. Kuku yang sudah dipotong tidak kira siang atau malam perlu dikutip semula dan dibuang ke tempat yang tidak diketahui orang. Kuku sering digunakan dalam upacara mengenakan orang oleh bomoh-bomoh. Oelh itu, kuku tidak boleh diambil oleh orang lain, terutama yang bermusuh dengan kita kerana dibimbangi dapat dijadikan ubat guna-guna untuk memudaratkan diri kita.

7. POLIGAMI Seandainya lelaki cina mempunyai dua orang isteri, isteri muda tidak diiktiraf sebagai isteri yang sah. Jamuan makan tidak boleh diadakan. Begitu juga pemujaan nenek moyang. Hanya isteri yang tua diiktiraf dan berhak menjadi permaisuri rumah tangga. Orang cina melarang amalan poligami kerana mendatangkan kesan yang tidak baik ke atas keharmoninan keluarga. Isteri muda digambarkan sebagai serigala keranan tergamak merampas suami orang. Mereka berkahwin semata-mata mengejar harta dan kekayaan. Lelaki yang kematian isterinya tidak begitu digalakkan berkahwin lagi kerana dikhuatiri isteri barunya tidak dapat menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak daripada zuriat isteri tua. Ibu tiri selalui diberi gambaran yang ngeri seperti kejam, ganas, busuk hati, suka memukul dan menyeksa anak-anak tirinya. Anak-anak yang dilahirkan dariapda Rahim isteri muda dianggap sebagai anak luar nikah dan tidak berhak menjadi waris kepada zuriat keluarga. Bagaimanapun suatu penyelesaian diuat dengan setiap pihak bertolak ansur memungkinkan anak-anakt isteri muda menjadi sebahagian daripada anggota keluarga bapanya dengan syarat anak-anak yang dilahirkan mesti diletakkan dibawah jagaan isteri tua.

Kesanggupan isteri muda tunduk kepada kekuasaan isteri tua merupakan saut-satu jalan mewujudkan sebuah keluarga yang hidup dalam suasan yang aman damai.

8. Tahi mata anjing Orang cina mempercayai bahawa anjing memiliki kebolehan untuk melihat benda-benda yang ghaib seperti hantu dan roh orang mati. Apabila seekor anjing menyalak dengan suara yang sayu, bermakna anjing itu terlihat roh dan hantu. Sekiranya anjing menyalak dengan suara yang panjang menandakan ada orang akan mati. Orang cina percaya bahawa tahi mata anjing boleh digunakan untuk melihat perkara-perkara yang ghaib. Mata anjing yang tajam penglihatan pada waktu malam dapat membantu manusia berhubung dengan hantu dan roh orang mati. Dengan mencalitkan sedikit tahi mata anjing ke mata manusia, orang tersebut dapat melihat roh nenek moyang dan hantu-hantu yang cuba mengganggunya. Namun orang cina dilarang mencuba teknik ini kerana tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk melihat dunia roh kerana semangat dan jiwanya tidak kuat.

Anda mungkin juga menyukai