Anda di halaman 1dari 5

http://www.scribd.

com/doc/35033141/Konsep-dan-Definisi-Pendidikan-Jasmani#download

Konsep dan Definisi PJ Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal. (Pettifor, 2005) Roddick (1982). PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg menekankan pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yg berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi. KBSM (1992). PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpukan pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. (Cholik Mutohir, 1992). Pendidikan jasmani adalah suatu proses pendidikan seseorang sebagai perorangan atau anggota masyarakat yang dilakukan secara sadar dan sistematik melalui berbagai kegiatan jasmani untuk memperoleh pertumbuhan jasmani, kesehatan dan kesegaran jasmani, kemampuan dan keterampilan, kecerdasan dan perkembangan watak serta kepribadian yang harmonis dalam rangka pembentukan manusia Indonesia berkualitas berdasarkan Pancasila. Kesimpulannya, Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal

FPK dan hubungannya dengan PJ FPK "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." UNSUR JASMANI Sifat luaran/fizikal diri manusia Berkaitan dengan anggota tubuh badan manusia Kecergasan fizikal perlu untuk kecergasan mental Fizikal penting untuk kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial Mempengaruhi produktiviti dan daya pengeluaran 1) Memperkembangkan lagi potensi individu Sejajar dengan objektif pendidikan jasmani iaitu murid dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri Teori kecerdasan pelbagai iaitu kinestetik Kebolehan dan potensi dalam sukan merupakan salah satu platform untuk melonjakkan diri dan mencapai kejayaan

2) Insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Kecergasan fizikal penting untuk menjamin kecerdasan mental Aktiviti senaman misalnya dapat mengurangkan stress dan menenangkan jiwa, misalnya Taichi

Aktiviti senaman atau aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara untuk kita menyalurkan kemarahan Pendidikan jasmani perlu seiring bagi membentuk manusia yang pintar dan pandai menguruskan emosi

3) Berilmu pengetahuan Pendidikan jasmani bukan semata-mata aktiviti senaman atau kesukanan 3 tunjang pendidikan jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan perlu dikuasai Setiap aktiviti perlu bermula dengan kemahiran asas yang betul Pelbagai penyerapan dalam pendidikan jasmani yang menjadi ilmu yang berguna, contohnya anatomi dan fisiologi

4) Berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Pendidikan jasmani melahirkan manusia yang berguna Aktiviti kesukanan merupakan salah satu cara untuk mengisi masa lapang, seterusnya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak bermoral Pendidikan jasmani melahirkan individu yang bertanggungjawab, misalnya sebagai ketua dalam kumpulan Pendidikan jasmani juga mampu meningkatkan keyakinan diri Pendidikan jasmani membolehkan seseorang menerima kejayaan dan kegagalan dengan optimis Individu yang cergas dan cerdas mempunyai ketrampilan dan peribadi yang baik dan menonjol Kemungkinan individu yang banyak memberi alasan adalah kurang diberi pendidikan jasmani dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

5) Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Pendidikan jasmani mampu melahirkan pakar-pakar, sebagai contoh pakar dalam sukan dan pakar dalam bidang perubatan Kesedaran tentang pendidikan jasmani menjamin kehidupan yang sihat, misalnya diet seimbang dan tidak merokok Unit paling asas iaitu keluarga yang sihat membentuk masyarakat yang sihat

Pendidikan Jasmani untuk semua


http://pjmpkt.tripod.com/index_files/pendidikanjasmani.htm

Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani Clark W. Hetherington. Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis J.F Williams. Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan Delbert Oberteutter. Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran social, intelektual, estetika dan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai