Anda di halaman 1dari 5

a) Banding bezakan konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial. Aspek Jasmani Perbezaan Pertumbuhan Perkembangan Tinggi, saiz, berat, Kemahiran menggunakan pertumbuhan gigi, urat daging anggota dan saraf pancaindera. badan seperti merangkak, berjalan, melompat dan berlari. Memiliki pelbagai ragam perasaan sayang, gembira, riang, cemburu, duka, marah dan takut. Kenalan semakin bertambah. Keupayaan berfikir bertambah termasuk perkara yang subjektif. Mengikut pola dari kepala ke kaki dan dari tengah ke sisi. Memahami konsep perasaan, menguasai dan mengawal perasaan ketika marah, takut dan cemburu. Keupayaan memilih kenalan. Kemahiran menggunakan bahasa, angka dan membuat penaakulan. Mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran.

Emosi

Sosial Mental

Struktur

b) Nyatakan prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan manusia. i. Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008), prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:
Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusai berlaku pada kadar yang berlainan.

Perkembangan seorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhan dan kematangan.

Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku secara semulajadi, secara spontan dan tidak berada dalam kawalan manusia.

Pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian dan pertumbuhan rambut.

Pertumbuhan berlaku daripada umum kepada spesifik.

Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam kompleksiti organ dan sistem saraf manusia.

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam satu susunan yang boleh diramal.

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara perlahan-lahan.

ii.

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:

Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kapada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalnya, setengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.

Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran

adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.

Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru caracara berenang.

iii.

Mengikut sumber lain, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:

Ada arah tertentu yang dapat diramalkan: Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal) Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan. Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahanperubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anakanak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti: Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif; Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai