Anda di halaman 1dari 26

PSIKOLOGI

PENDIDIKAN
TAJUK 2:
PERTUMBUHAN DAN
PERKEMBANGAN INDIVIDU

MOHD MOHTARI MESRON


Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

- Mengetahui dengan jelas tentang konsep asas


pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

- Menjelaskan dengan terperinci berkaitan prinsip-prinsip


asas perkembangan kanak-kanak.

- Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi


perkembangan kanak-kanak dari aspek baka dan
perspektif (Nature and Nuture
KONSEP PERTUMBOHAN

•Santrock dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel


(2011) mentafsirkan perkembangan sebagai
perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar
(2005), perkembangan terhasil daripada
tindakan yang saling berkait antara
perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Semua perkembangan itu sama ada


berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku
ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa
aturan semula jadi dan bersifat sejagat.
Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani
Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah
perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang
hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.
Mok Soon Sang (2008) menjelaskan
bahawa perkembangan ialah
perubahan kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi dapat
dilihat daripada sifat baru yang
berlainan daripada peringkat lebih
awal.
Perkembangan pada manusia ialah
perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur tetapi
jelas berlaku melalui peredaran masa jika
dibandingkan dengan peringkat yang
lebih awal,
•Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah
Kastawi (2008), terdapat lima prinsip
perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama,
proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh
duduk dengan bantuan, kemudian merangkak
diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya
berjalan.
PRINSIP KEDUA

•perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur


daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya,
seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum
belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan
otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot
halus.
PRINSIP KETIGA

•pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara


berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses
perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada.
Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu.
Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk
mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
PRINSIP KE EMPAT

•corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar


perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai
contoh,sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10
bulan manakala ada yang hanya bolehberjalan pada 18 bulan. Ini
akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak
tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa
kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di
dalam sebuah bilik darjah.
PRINSIP KE LIMA

•perkembangan adalah hasil interaksi diantara kematangan dan


pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang
sediaada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk,
berjalan dan kemudian berlari yang dipengaruhi oleh faktor-faktor
genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses
peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
proses pembelajaran membantu seseorangindividu
memperkembangan potensi yang sedia ada dalam
dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan
seseorang itu berenang ….. boleh berenang jika
berlatih atau meniru cara-cara berenang.
PERKEMBANGAN MANUSIA &
PERTUMBUHAN

Fizikal Sosial Emosi


– perubahan pada – perubahan cara – perubahan sahsiah
tubuh badan berinteraksi dengan
orang lainang lain

Kognitif Rohani
– perubahan cara berfikir – perubahan dari segi
perhubungan dengan Tuhan

Anda mungkin juga menyukai