Anda di halaman 1dari 58

1.

0 PENGENALAN

Dalam kerja kursus pendek ini akan kami kaji tentang peringkat-peringkat
perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi dan moral kanak-kanak. Bukan
itu sahaja, malahan kami juga akan menganalisis tentang teori-teori perkembangan
yang berkaitan dengan semua domain dan seterusnya cara mengaplikasikan teori-
teori perkembangan dalam pengajaran pembelajaran.

Manusia sebenarnya dilahirkan dengan sifat semula jadi yang baik yang
boleh diibaratkan sebagai kain putih. Oleh itu setiap individu mempunyai
keistimewaan yang tersendiri di samping bebas untuk mengawal dan
mengembangkan diri dengan sempurna. Abd Majid Mohd Isa (1997) dalam buku
beliau yang bertajuk “Psikologi Pendidikan 1” menyatakan bahawa setiap yang hidup
pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan sebuah
kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini
merupakan induksi yang penting untuk mematangkan atau mendewasakan semua
benda hidup. Perkembangan didefiniskan perubahan abstrak yang berterusan
hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut. Manakala pertumbuhan pula adalah
suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan dari segi fizikal, kognitif,
sosial, emosi dan moral. Perubahan-perubahan tersebut adalah berterusan dalam
mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya
melalui peringkat-peringkat yang tertentu.

RAJAH 1.0 LIMA ASPEK DALAM DIRI INDIVIDU YANG MENGALAMI


PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN
29
Setiap aspek di atas mempunyai peranan masing-masing dalam
pertumbuhan dan perkembangan manusia Hal ini Kelima-lima aspek di atas
memberi perbezaan yang ketara dalam pertumbuhan dan perkembangan dalam
membezakan diri seseorang individu. Perbezaan inilah yang akan mewujudkan
jurang antara setiap individu mengikut peringkat umur masing-masing. .

Perkembangan dari segi fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa proses pembesaran,
kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi
lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Contohnya seseorang individu itu akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
lasak seperti mendaki bukit. Perubahan-perubahan ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi tingkahlaku seseorang kanak-kanak.

Perkembangan kemahiran kognitif pula boleh didefinisikan sebagai


kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di sekitaran masing-masing. ia melibatkan mental
seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan
hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak member penekanan
terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusatkan kepada perubahan
pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada yang
seterusnya.

Perkembangan bahasa pula boleh diertikan sebagai satu bentuk komunikasi


samaada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang
digunakan oleh komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata
yang tertentu. Bahasa sebenarnya ialah pemangkin kepada perkembangan kanak-
kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mere
membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran mereka. Hak ini kerana setiap tahap umur bagi kanak-kanak
mengandung tahap pencapaian bahasa yang berbeza.
29
Manakala perkembangan sosioemosi pula boleh dipecahkan kepada emosi
dan sosial. Emosi boleh didefinisikan sebagai peningkatan kebolehan seseorang itu
merasai sesuatu, mengawal perasaan dan menghayati peristiwa dan fenomena
alam. Manakala sosial pula boleh dimaksudkan sebagai peningkatan kebolehan
berinteraksi dalam kelompok, berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.
Pendek kata sosioemosi bermaksud kebolehan kanak-kanak mengawal emosinya
dan menerima kewujudan diri sendiri bersama dengan kewujudan orang lain dalam
persekitaran hidupnya serta pandai mengadaptasi dengan persekitaraanya.

Perkembangan moral pula melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan


tingkahlaku terhadap sesuatu kebenaran atau kesilapan yang berlaku di sekitar
kanak-kanak. Ini bermaksud kanak-kanak yang telah ada kesedaran moral akan
faham keperluan penghormatan kepada orang dewasa dan kenapa kita perlu
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ia sebenarnya penting untuk menjalinkan
hubungan harmonis sesama individu. Tetapi bukan di setiap peringkat
perkembangan moral dalam diri kana-kanak berlaku. Malahan hanya di beberapa
peringkat sahaja perkembangan moral kanak-kanak diperkembangkan.

Pendek kata, sudah menjadi lumrah manusia, kanak-kanak yang dilahirkan


sentiasa berkembang dari saat kelahirannya hinggalah ia dewasa. Kanak-kanak
mempunyai ciriciri yang unik dan istimewa di mana ia akan berubah mengikut tahap-
tahap yang ditetapkan secara semulajadi dan seterusnya mewujudkan
keseimbangan terhadap kanak-kanak tersebut.
29
PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN SEORANG MANUSIA

29
2.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI

PERKEMBANGAN DAN PENYELIDIKAN.

2.1.PERINGKAT BAYI ( LAHIR HINGGA 2 TAHUN )

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan
berumah tangga. Perkembangan merujuk kepada perubahan kualitatif,biologi dan
psikologi yang berlaku kepada manusia antara kelahiran hingga akhir masa remaja
(zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika
dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.Manakala,Paul Eggan & Don
Kauchak (1997) pula menyatakan, "...the concept of development, the orderly,
durable changes in a learner resulting from a combination of learning, experience
and maturation”.Kami telah membincangkan mengenai lima perkembangan seperti
yang telah dinyatakan.

29
2.1.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan seseorang dari aspek perubahan berat badan,ketinggian,


fungsi-fungsi anggota badan dan perwatakan serta kegiatan fizikalnya yang semakin
kompleks dapat dilihat dengan jelas dan ia juga menandakan tahap kesihatan
mereka.Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang
sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang
tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah,tidak mungkin
boleh memberikan jadual yang tepat mengenai perkembangan seorang bayi dalam
tahun pertama.

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal bayi didapati paling pesat pada 2


tahun yang pertama.Perkembangan fizikal bayi boleh dikategorikan kepada saiz
kepala dan badan, ketinggian,berat badan dan perkembangan otot dan otak serta
penumbuhan gigi susu. Bayi yang baru dilahirkan memiliki kepala yang merangkumi
sebanyak 70% daripada bahagian badannya yang lain.Makin membesar bayi
tersebut maka berlakulah perubahan dalam bentuk badan.Pertumbuhan yang
berlaku pula dikenali sebagai cephalocaudal dimana ianya menuju aras bawah iaitu
daripada kepala ke kaki.Pada umur satu tahun pula, kepala bayi hanyalah 20
peratus daripada keseluruhan ketinggiannya.Pertumbuhan akan mula pesat selepas
itu.Pertumbuhan juga berlaku dengan cara proximodistal iaitu dari tengah ke
sisi.Contohnya,dada dan organ-organ dalaman akan membesar dahulu berbanding
dengan lengan, tangan dan kaki iaitu sewaktu bayi berumur satu tahun.
Perkembangan otot-otot juga turut berlaku dalam arah cephalocaudal iaitu otot-otot
kepala dan leher membesar berbanding bahagian-bahagian lain.

Seterusnya dari segi berat badan dan ketinggiannya pula,biasanya bayi yang
baru lahir mempunyai berat badan dalam lingkungan 2.5 hingga 2.8 kg. Ketinggian
bayi pula berukuran lebih kurang 50 cm. Bayi biasanya akan kehilangan 5 hingga 7
peratus berat badan yang asal selepas dilahirkan.Ini disebabkan kehilangan air dan
proses penyesuaian bayi terhadap persekitaran yang baru. Berat badan bayi akan
meningkat semula selepas beberapa hari setelah ia sudah biasa dengan aktiviti
menghisap, menelan dan menghadam makanan. Jikalau dibandingkan dengan bayi
perempuan,bayi lelaki biasanya akan mempunyai saiz badan yang lebih besar.
29
Berat badan bayi biasanya akan meningkat sebanyak 5 hingga 6 oz setiap
minggu pada bulan yang pertama.Dua kali pergandaan berat asal berlaku apabila
usianya telah memasuki bulan yang keempat.Berat badan bayi menjadi 3 kali ganda
apabila bayi berusia setahun. Kadar penambahan berat badan bayi akan menjadi
perlahan sedikit apabila usia bayi telah memasuki tahun kedua, iaitu sebanyak ¼
hingga ½ paun setiap bulan. Pada usia 2 tahun, bayi akan mencapai 4 kali ganda
berat asalnya.Bayi yang bersaiz kecil semasa dilahirkan akan memperoleh
peningkatan berat badan yang lebih jika dibandingkan dengan bayi yang besar
ketika dilahirkan.

Dari aspek ketinggian pula, bayi mengalami penambahan ketinggian


sebanyak satu inci pada setiap bulan pada tahun yang pertama.Apabila bayi
mencapai usia setahun, ketinggiannya adalah sebanyak 12 inci iaitu lebih kurang
satu setengah kali ketinggiannya semasa dilahirkan.Misalnya,jika bayi mempunyai
ketinggian sebanyak 18 inci semasa lahir maka dia akan mempunyai ketinggian
sebanyak 30 inci ketika berusia setahun. Pada keseluruhannya, penambahan berat
badan didapati lebih cepat berbanding dengan penambahan ketinggian dalam
peringkat bayi.

Selain daripada ciri-ciri di atas,gigi susu pada gusi bawah juga mula kelihatan
apabila bayi berumur antara enam hingga lapan bulan.Pertumbuhan gigi ini
dipengaruhi oleh kesihatan bayi itu dari aspek baka dan khasiat yang telah diterima
sebelum dan selepas lahir.Pertumbuhan ini bermula pada gusi bawah dahulu dan
seterusnya pada gusi atas.Bayi juga akan mula menunjukkan autonomi dan
kekuatan melalui pergerakan seperti memusingkan badan,merangkak dan berjalan
hasil daripada perkembangan psikomotor yang melibatkan otot-otot besar.

Semasa dilahirkan,otak seseorang bayi hanya 25 peratus daripada bahagian


berat otak orang dewasa. Saiz ini meningkat ke 66 peratus semasa akhir tahun
pertama.Sistem saraf bayi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli
psikologi mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa.
Sebenarnya setengah daripada jumlah keseluruhan neuron dihasilkan semasa bayi.
29
Percambahan neuron pesat semasa kanak-kanak mencapai 2 tahun dan kemudian
menurun sehingga berumur 16 tahun (Goldman-Rakic et al., 1983).

Di sini boleh dinyatakan bahawa kadar pertumbuhan bayi pada 2 tahun yang
pertama didapati pesat sekali. Perubahan yang nyata dapat diperhatikan dari aspek
ketinggian,berat badan serta bentuk badan.

2.1.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Jikalau berbincang mengenai perkembangan kognitif, kita tidak dapat lari


daripada membincangkan teori perkembangan kognitif Piaget.Beliau
berpendapat,kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana
manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan objek, idea dan
bergaul dengan orang lain.Dalam empat peringkat yang telah dicadangkan oleh
piaget,Peringkat Sensorimotor atau dikenali sebagai Peringkat Deria Motor bermula
semenjak seseorang bayi lahir hingga 2 tahun.Dalam peringkat ini,bayi akan
menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari mengenai
persekitarannya.Kewujudan skema pula adalah hasil dari interaksi fizikal bayi
dengan persekitarannya.Contoh aktiviti yang biasanya boleh ditemui adalah bayi
menggunakan mulut untuk merasa objek yang berada di sekelilingnya.Terdapat
beberapa tahap dalam peringkat sensorimotor.Perkembangannya ini disusun
mengikut bulan bayi dilahirkan.

Pertamanya adalah,aktiviti reflek dimana Piaget menyifatkan bulan pertama


kelahiran bayi adalah tahap yang sesuai bagi aktiviti reflek.Ini kerana,aksi seseorang
bayi adalah sangat terhad untuk melatih bakat refleksnya seperti menyerap objek
baru ke dalam aktiviti refleksi ini.Contoh aktiviti adalah,menghisap selimut dan alat
permainan seperti menghisap puting dan menyesuaikan pergerakkannya dengan
objek baru. Penyesuaian primitif ini menggambarkan permulaan perkembangan
kognitif dalam bayi.

Seterusnya adalah Primary circular reactions iaitu dari 1 hingga 4


bulan.Tahap ini merupakan sub tahap kedua dalam peringkat sensorimotor Piaget.
Pada peringkat ini, bayi akan menunjukkan tindak balas dimana mereka akan
29
mengulangi reaksi.Boleh dikatakan bahawa ianya adalah satu tindak balas yang
menyeronokkan, berpusat pada tubuh bayi itu sendiri dan ditemui melalui peluang
dan tindakan yang berterusan.Contoh reaksi adalah seperti menghisap ibu jari dan
membuat bunyi kukur.

Pada peringkat kedua pula iaitu Secondry circular reactions dari 4 hingga 8
bulan,bayi sudah pandai membuat perancangan dan pelarasan sendiri seperti cuba
mendapatkan objek yang menarik perhatian mereka. Dengan satu tindak balas yang
menyeronokkan dan berpusat pada objek luaran reaksi ini juga ditemui melalui
peluang dan tindakan yang berterusan.

Sub tahap kepada peringkat kedua ialah Coordinatian of secondry schemes


iaitu dari 8 hingga 12 bulan.Kanak-kanak akan mula menunjukkan tanda kecerdikan
mereka. Mereka mula mengatur dua atau lebih aksi untuk mencapai objektif yang
mudah. Contohnya,jika kita meletakkan alat permainan yang menarik di bawah
bantal, bayi yang berada pada umur ini akan mengangkat bantal tersebut dengan
sebelah tangan dan menggunakan tangan yang satu lagi untuk mendapatkan
permainan tersebut.

Peringkat yang ketiga pula dikenali sebagai Tertiary circular reactiaons dari
12 hingga 18 bulan.Pada peringkat ini,kanak-kanak sudah kreatif menyelesaikan
masalah menggunakan strategi dan menilainya.Ianya merupakan satu aktiviti
menerokai dimana bayi memikirkan kaedah baru beraksi ke atas objek untuk
menghasilkan semula keputusan yang menarik.

Yang terakhir adalah Symbolic problem solving dimana kaedah ini


digunakan oleh bayi berumur 18 hingga 24 bulan.Pada ketika inilah,bayi akan
menggunakan simbol buat pertama kalinya.Simbol banyak membenarkan mereka
melentur pelbagai masalah. Ia juga dikenali sebagai inner experimentation.Peringkat
ini merupakan tahap keupayaan bayi untuk menyelesaikan masalah mental yang
mudah atau simbolik.Dalam peringkat ini,bayi akan mempunyai pergantungan
kepada pengalaman cuba dan salah yang biasanya dikenali sebagai trial-and-error.

Secara rumusnya, kita boleh menyatakan bahawa perkembangan


kemampuan kognitif pada bayi sebagai kemampuan bayi untuk berfikir,belajar dan
proses penyesuaian kepada persekitaran serta proses pemecahan masalah.
29
Berikut adalah perkembangan kemampuan kognitif pada bayi dari usia 1 bulan
sampai dengan 12 bulan:

USIA BAYI KEMAMPUAN KOGNITIF

i. Melihat ke arah orang-orang yang


sedang bergerak.
1 BULAN
ii. Memandang ke wajah orang-orang
di sekitarnya.
iii. Diam ketika hendak digendong.

iv. Menikmati ketika berada dalam


gendongan anda.

2 BULAN i. Matanya dapat bergerak mengikuti


orang atau benda yang bergerak.
ii. Tetap terbangun dari tidur untuk
waktu yang cukup lama,ertinya jam
tidur bayi sekarang sudah mulai
berkurangan.
iii. Mulai untuk tersenyum.

i. Mulai senang melihati tangannya


sendiri.
3 BULAN
ii. Merasakan suatu benda dengan
mulut dan tangannya.
iii. Menikmati permainan yang
melibatkan interaksi.

iv. Tersenyum kepada orang yang


dikenali.

i. Dapat memfokuskan matanya ke


4 BULAN
arah suara berasal.
29
ii. Melihat mainan yang dipegang
dengan tangannya sendiri.
iii. Tersenyum sendiri ketika
dihadapkan ke cermin.

iv. Mula mengeluarkan ketawanya.


i. Menemukan mainan yang
disembunyikan di bawah kain.
5 BULAN
ii. Dapat memproduksi suara sendiri
untuk menarik perhatian dari
lingkungan sosialnya.
iii. Memerhatikan orang asing yang
ada di sekitar.
6 HINGGA 12 BULAN i. Mencuba meraih mainannya yang
berada di luar jangkauan bayi.
ii. Mula suka bersama orang lain atau
menyukai keramaian.
iii. Dapat menemukan benda atau
mainannya setelah melihatnya
disembunyikan.
iv. Melihat gambar yang ada di buku.
v. Dapat menggunakan benda sebagai
suatu peralatan setelah mengetahui
bagaimana cara untuk
menggunakannya.
vi. Dapat bermain dengan mainannya
dengan cara yang baru.

2.1.3 PERKEMBANGAN BAHASA


29
Semenjak dilahirkan bayi senantiasa mengeluarkan bunyi-bunyian.Tujuannya
adalah untuk menarik perhatian ibu bapa,penjaga atau orang di persekitarannya.
Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi adalah melalui turutan yang
tertentu.Terdapat empat peringkat dalam perkembangan bahasa bayi.Yang
pertamanya adalah menangis diikuti dengan Cooing,Babbling dan yang terakhir
adalah menunjukkan isyarat.

Tahap pertama dalam perkembangan bahasa boleh ditujukan kepada bayi


yang baru dilahirkan hinggalah bayi yang berusia lima bulan.Bayi yang baru
dilahirkan hingga umurnya 6 minggu tidak boleh memahami percakapan serta
bercakap .Biasanya,suara yang dikeluarkan pada masa ini adalah tangisan dan
bunyi-bunyi yang mudah.Seterusnya apabila umur bayi meningkat kepada 6 minggu
hingga 3 ½ bulan bunyi-bunyi seperti ‘oo’ dan ‘goo’ dikeluarkan dan ianya dikenali
sebagai ‘cooing’.Bayi pada masa ini sudah dapat mengidentifikasikan iaitu bertindak
balas terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan cara
mengarahkan mukanya kepada bunyi itu dan mata mereka kelihatan mencari
siapakah yang bercakap.Bila berumur lebih daripada dari 20 minggu bunyi ‘cooing’
itu yang ‘vowel-like’ lebih bercampur dengan bunyi konsonon, geseran lidah, putaran
dan nasal.

Pada tahap umur 6 bulan pula,bunyi ‘cooing’ mula bertukar kepada bunyi
‘babbling’ yang merupakan sebutan ‘one-syllable’ iaitu bukannya vowel dan
konsonan. Bunyi yang selalu dikeluarkan ialah ma,ma , mu,mu atau ba,ba. Pada
usia lapan bulan,pengulangan bunyi tadi akan bertambah malah ianya mungkin
melambangkan perasaan dan penekanan tertentu. Semasa umur 10 bulan,kanak-
kanak kelihatan cuba meniru bunyi seperti dengan cara ‘gurgling’ dan bermain air
liur.Namun,peniruan ini tidak begitu berjaya.Bayi pada umur ini juga mula
membezakan perkataan yang didengar dengan membuat beberapa penyesuaian
yang berbeza-beza.

Seterusnya,kanak-kanak pada peringkat umur 8 hingga 12 bulan pula sudah


mula menunjukkan tanda memahami beberapa perkataan dan perintah dengan
senang. Contohnya,“Itu Ibu’’.Semasa umur 18 bulan bayi akan mengucapkan
perkataan yang berangkai tapi tidak melebihi tiga. Perkataan pada umur ini
29
termasuklah terima kasih. Walaubagaimanapun mereka tidak berupaya lagi untuk
menyambungkan dua perkataan sekali, tetapi pemahaman meningkat dengan cepat
.Pada peringkat umur 24 bulan,bayi sudah mempunyai jumlah perbendaharaan kata
lebih dari 50 perkataan. Setengah bayi boleh menamakan kesemua benda atau
perkara yang berlaku dipersekitarannya.Mereka kadang kala menggunakan satu
perkataan dimana ianya membawa kepada pelbagai maksud.

Disini,kita boleh merumuskan bahawa perkembangan bahasa sememangnya


berkembang pada tahap ini kerana pelbagai perkataan mulai dibelajar dan disebut
oleh bayi ketika ini.

2.1.4 PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

Kemampuan untuk bereaksi secara emosional sudah ada pada bayi yang
baru dilahirkan.Meskipun demikian,bayi yang baru dilahirkan tidak memperlihatkan
reaksi yang begitu jelas dan ianya dapat dinyatakan sebagai keadaan emosional
yang spesifik. Sebelum bayi berusia satu tahun, ekspresi emosionalnya sama
dengan ekspresi orang dewasa. Lebih jauh lagi, bayi menunjukkan reaksi emosional
seperti kegembiraan, kemarahan, ketakutan, dan kebahagiaan. Reaksi ini dapat
ditimbulkan dengan cara memberikan pelbagai rangsangan yang meliputi manusia
serta objek dan situasi yang tidak efektif kepada bayi yang lebih muda.

Emosi dalam diri bayi boleh dikategorikan kepada dua.Ianya adalah emosi
utama dan emosi kesedaran kendiri.Emosi utama biasanya bermula ketika
seseorang bayi berusia enam bulan pertama.Antara emosi yang timbul adalah
terkejut,gembira,marah, sedih,takut,benci dan berminat.Pembentukan Kecerdasan
Emosi atau Emotional Quotient (EQ) berlaku pada bulan pertama.EQ berperanan
untuk melahirkan rasa aman dan seterusnya ia menimbulkan kepercayaan dalam
diri mereka.Bayi yang baru lahir akan membentuk perasaan percaya atau tidak
percaya dalam dirinya.Bagi seorang bayi,asas kepercayaan timbul apabila dia
mendapat jagaan yang baik daripada penjaganya.Jikalau permintaannya lambat
maka menurut Erikson,bayi tersebut akan rasa tidak percaya pada orang lain yang
akan membawa kepada ketakutan dan prasangka.
29
Pada bulan kedua pula,bayi mula untuk mengungkapkan emosinya dengan
senyuman.Senyuman bayi boleh diklasifikasikan kepada dua.Ianya adalah
senyuman refleksi dan senyuman bersosial.Senyuman refleksi merupakan
tingkahlaku secara sendiri tanpa rangsangan luar dan biasanya boleh dilihat apabila
seseorang bayi tidur dan ketika dia sudah kenyang manakala senyuman bersosial
pula sebagai tindakbalas dari rangsangan luar yang bermula pada umur 2 -3
bulan.Senyuman ini adalah bertujuan untuk menunjukkan bahawa bayi berasa
berasa selamat,selesa dan disayangi. (Santrock,2007).

Pada bulan ketiga pula,emosi seperti gembira,kesal atau marah dapat dilihat
dalam diri bayi.Bayi akan mengeluarkan suara-suara seperti melenguh.Kadang kala
bayi akan berteriak dan tidak akan tenang untuk waktu yang lama.Pada bulan
keempat pula,reaksi emosi bayi sudah jelas. Bayi akan cuba untuk berkomunikasi
mengikut kemampuannya dengan menggerakan tubuh, tangisan, serta mimik muka
mahupun berteriak.Pada tahap ini,bayi mampu merasakan emosi orang tuanya yang
sedang sedih, marah, letih termasuk mengenali raut wajah kedua orang tuanya.

Bayi yang berusia 5 bulan pula mengeluarkan suara sebagai ekspresi rasa
senang atau tidak senang; memberi respons dengan tersenyum atau menangis;
suara-suara ramah maupun menunjukkan amarah; mulai menikmati permainan;
tersenyum ketika melihat bayangan di cermin; mengulurkan tangan minta
digendong; menendang-nendangkan kaki; tertawa; main ludah atau melambungkan
badannya ke atas dan ke bawah saat melihat bayi lain.Bayi berusia 6 bulan pula
dapat membezakan orang yang baru dan tidak dikenali.Bayi juga akan mempunyai
kesedaran mengenai orang asing dan situasi yang asing dimana ia akan takut dan
menangis ketika berada di sisi atau disapa orang yang belum dikenalnya.Ketakutan
yang bermula sekitar umur 6 hingga 18 bulan ini biasanya menimbulkan keresahan
dan kebimbangan apabila sesuatu situasi asing baginya.

Dalam bulan ketujuh pula,bayi mampu melibatkan diri dengan permainan


sosial seperti meminta perhatian dari lingkungan sekitarnya dengan mengeluarkan
suara-suara, memperlihatkan rasa suka atau tidak dengan ungkapan suara maupun
gerakan tubuh pada orang tertentu, objek dan sesuatu tempat serta jikalau
seseorang berbicara dengan bayi maka dia akan mengamati serta mengeksplorasi
wajah orang dewasa yang bercakap dengannya.Dalam bulan kelapan pula,akan
29
memiliki rasa takut pada orang yang baru dikenalnya dan bayi sangat mengenali
wajah ibunya.Manakala dalam bulan kelapan pula bayi sudah mula menyesuaikan
diri dan berekspresi senang.Dia akan menjulurkan lidah, memegang alat mainan dan
bermain dengannya serta memasukkan ke dalam mulut dan mula merangkak.

Bulan kesepuluh dari hari bayi dilahirkan,dia akan merasa gembira


sekirannya dipuji atau diberi perhatian setelah melakukan sesuatu.Dia senang dipuji
atau diberi perhatian setelah melakukan sesuatu dan cenderung untuk
melakukannya kembali. Masih akan memiliki rasa takut, bimbang dan rasa tak
selesa terhadap orang asing.Pada bulan yang seterusnya,bayi mampu
mengekspresikan permintaannya dengan menunjukkan objek yang diinginkan dan
mampu memperlihatkan rasa suka dan tidak pada seseorang, objek ataupun tempat
serta masih takut dan bimbang jika berpisah dengan ibu.Pada bulan ke-12,bayi
masih akan memiliki rasa takut terhadap orang asing.Dia akan berasa takut
sekiranya rambutnya dicuci,terdengar suara yang keras serta pada benda yang tiba-
tiba bergerak.

29
2.2 PERINGKAT AWAL KANAK- KANAK(3 HINGGA 6 TAHUN)

Secara fizikalnya, bayi berkembang pada umur 2 tahun pertama. Ini dapat
dibandingkan dengan kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun. Kadar
pertumbuhan atau perkembangan bagi anak-kanak berbeza. Perbezaan dapat
dilihat pada kanak-kanak kurang 2 tahun dan kanak-kanak yang sudah melebihi 2
tahun.

2.2.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Kanak-kanak awal bermula dari usia 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini
kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak perlahan jika dibandingkan dengan
pertumbuhan sebelumnya. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan,
kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi struktur bentuk badan dan rupa
paras. Ketinggian kanak- kanak pada tahap ini berganda sebelumnya dan berat
badan pula mungkin berganda sebanyak empat kali. Kanak-kanak perempuan pada
usia ini lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini
kerana purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan yang
berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inchi dan berat badan25.5 hingga 36.5
lb, manakala kanak-kanak lelaki pula mempunyai purata ketinggian lebih kurang 36
hingga 41 inchi dan berat badan antara 27 hingga 38 lb.

Pada tahap ini biasanya otot- otot besar akan berkembang manakala otot-
otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kadar perkembangan kanak-
29
kanak perempuan lebih cepat berbanding dengan kanak- kanak lelaki. Apabila
Kanak-kanak mencapai usia pra sekolah mereka kelihatan langsing kerana badan
menjadi panjang . Tetapi kepala masih kelihatan lebih besar daripada badan. Pada
akhir peringkat prasekolah, badan kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan
kandungan lemak menurun. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai lebih
banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki .Apabila kanak-kanak
mencapai usia 3 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan, tetapi juga boleh
melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok,
membuka tali kasut dan sebagainya.

Contoh aktiviti- aktiviti psikomotor awal kanak- kanak

2 – 3 TAHUN
-melompat dan berlari ulang alik
-menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi

3 – 5 TAHUN
-memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecil
-Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara –
menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari
bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus

4 – 5 TAHUN
-melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga
dengan sebelah kaki menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan. ------

-Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar dan menggunakan gunting
untuk memotong.

5 TAHUN ke atas
lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan..
Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan gerakan kaki seperti bermula,
berpusing dan berhenti dengan berkesan.
Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola.
29
2.2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut Feldman 1994 perkembangan kognitif adalah fahaman kanak-kanak


mengenai dunia mengikut tahap umur dan pengalaman. Piaget menamakan tahap
kanak-kanak awal 3 hingga 6 tahun ini sebagai Tahap Praoperasi . Pada peringkat
ini, kanak- kanak mula menggunakkan minda untuk membuat skema- skema baru.
Praoperasi ialah kanak- kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat
menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan- peraturan
yang logik.

Pada peringkat ini, kanak- kanak menggunakkan simbol mental untuk


mewakili sesuatu objek. Simbol yang digunakkan termasuk bahasa, isyarat, gambar
dan sebagainya. Simbol yang digunakan untuk menyatakan tentang objek, orang,
peristiwa yang dialami oleh kanak –kanak. Salah satu aktiviti naluri dan pemikiran
simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. Contohnya pada
peringkat ini mereka suka main masak- masak , berlagak sebagai pemandu kereta
mahupun doktor.

Pada peringkat ini juga kanak- kanak semakin maju dalam penguasaan dan
penggunan bahasa . Kanak- kanak pada tahap ini juga masih tidak dapat
membezakan antara sifat- sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Menurut
Piaget, kanak- kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik iaitu mereka
melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Kanak –kanak ini
mengangap bahawa orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang
sama dengan mereka.

Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih


sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:-
 
I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira.
II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
29
III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang
kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.
 

2.2.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan


menerima, memahami dan melahirkan semula. Perkembangan bahasa kanak-kanak
bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama. Umumnya,
perbendaharaan kata kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun meningkat
daripada 1,000 hingga 10,000 patah perkataan.

Semasa perkembangan bahasa ,kanak- kanak kerap menggunakkan gaya


bahasa yang salah. Tetapi pada persepsi mereka ia adalah betul sesuai dengan sifat
egosentrik yang masih menguasai kanak- kanak pada peringkat ini.Aktiviti bercerita
membantu kanak-kanak meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis
dan membaca. Oleh itu, orang dewasa harus berkemahiran menjalankan aktiviti
bercerita.

Pada akhir dua tahun kanak-kanak mula menunjukkan berbahasa dan


memperlihatkan tingkahlaku yang jelas. Pada peringkat ini, sebutan dan susunan
kata yang digunakan beransur jelas berbanding sebelumnya. Tetapi jumlah dan
bentuk perbendaharaan kata yang dituturnya bergantung kepada kemampuannya
mendengar dan hubungannya dengan orang lain setiap hari. Semasa umur
mencecah 3 tahun kanak- kanak telah mengalami perubahan dari segi penerimaan

bahasa, perbendaharaan kata-katanya lebih banyak daripada sebelumnya. Kanak-

kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu perkara.

Apabila usia mencapai 4 hingga 6 tahun iaitu pada peringkat pra sekolah,
kanak- kanak lebih sensitif kepada penggunaan bahasa. Kanak- kanak yang berada
dalam lingkungan umur ini sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan
suasana yang sesuai, dapat mengawal dan tahu menggunakan bahasa dengan
betul. Contohnya, mereka mula mahir menggunakan peraturan –peraturan
tatabahasa yang mudah. Selain itu, mereka banyak bercakap, suka bertanya,
29
tentang apa saja yang menarik minatnya. Pada tahap ini mereka mula memahami
bahasa dan ayat yang kompleks. Semasa usia 2 hingga 3 tahun mereka mula
menconteng sesuatu pada kertas. Manakala pada usia seterusnya mereka menulis
sesuatu perkataan. Mereka juga dapat membezakan cara menulis sesuatu
perkataan. Pada tahap ini juga, kemahiran motor halus mereka berkembang tetapi
masih tidak dapat menulis dengan kemas dan cantik.

2.2.4 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak berinteraksi serta


memberi tindak balas emosi melalui tingkah laku positif atau negatif. Apabila kanak-
kanak mencapai umur dua tahun keatas mereka mula dapat membezakan
hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan
emosi sebenar dalam kalangan kanak- kanak.

Pada peringkat ini emosi kanak- kanak berbentuk kesedaran kendiri seperti
rasa bangga, malu dan rasa bersalah. Emosi kanak-kanak pada tahap ini selalunya
berubah-ubah dan sukar difahami oleh orang dewasa. Hal ini disebabkan kanak-
kanak itu masih muda dan tidak memahami situasi yang dihadapi oleh mereka.
Selain itu, kanak- kanak pada peringkat ini, suka marah, menangis sekuat- kuat
hatinya dan bertindak kasar apabila ibu-bapa tidak memenuhi hajat mereka. Kanak-
kanak pada peringkat ini menghadapi berkehendakkan sesuatu bersungguh-
sungguh tanpa memikirkan samada akan mendatangkan bahaya kepada dirinya
atau orang lain. Disamping itu, Kanak-kanak mempunyai perasaan cemburu pada
rakan sebaya mereka. Ini disebabkan kanak-kanak sangat memerlukan perhatian
dan kasih sayang daripada ibubapa atau guru sekolah. Pada akhir peringkat ini,
kanak-kanak mula memahami, perasaan duka berkembang kepada rasa malu,
bimbang, putus harapan dan iri hati. Emosi duka berkembang kepada rasa
pengharapan dan rasa kasih sayang terhadap orang dewasa.

Antara ciri-ciri kanak- kanak pada peringkat ini yang mula memahami emosi
iaitu mempunyai peningkatan dalam perbendaharan emosi. Mereka juga boleh
melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain. Dapat mengenal
29
pasti akibat sesuatu emosi dengan situasi tertentu. Mereka juga menggunakan
bahasa emosi semasa bermain.

2.2.5 PERKEMBANGAN MORAL

Perkembangan moral ialah perubahan pemikiran, perasaan dan tingkah laku


terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Sistem moral merupakan satu bentuk
prinsip yang membantu individu dapat membezakan benar dan salah.
Perkembangan moral sangat penting bagi awal kanak- kanak untuk membentuk
tingkah laku yang baik dari sejak kecil lagi. Menurut Piaget, kematangan pemikiran
dan pengalaman seseorang kanak- kanak memainkan peranan penting dalam
penaakulan dan pemahaman moral mereka. Beliau berpendapat bahawa moral
adalah lebih bersifat dalaman dan mengikut perkembangan kognitif seseorang.

Berdasarkan pemerhatian Piaget beliau telah membahagikan perkembangan


moral kepada dua tahap iaitu heteronomus dan autonomus. Heteronomus
merupakan peringkat pertama perkembangan moral di awal kanak- kanak iaitu
berumur 3-6 tahun. Kanak- kanak pada peringkat ini mengangap bahawa undang-
undang atau peraturan berasal dari ibu- bapa atau individu yang mempunyai autoriti
lain. Kanak- kanak juga mempercayai bahawa peraturan sebagai sesuatu yang
telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka melihat sesuatu peraturan dengan
satu pandangan sahaja. Selain itu, mereka juga sukar mengubah sesuatu peraturan
dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan. 29
2.3 PERINGKAT KANAK-KANAK (7 HINGGA 10 TAHUN)

Kanak-kanak ditakrifkan sebagai sesiapa yang berusia 7 hingga 10 tahun.


Kanak – kanak atau juga di kenali sebagai budak atau anak kecil yang masih belum
sampai usia baligh.

2.3.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal
bagi seseorang kanak-kanak adalah stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan
dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Boleh dikatakan bahawa pertumbuhan dan
pekembangan kanak-kanak pada peringkat ini lebih atau hanya bercorak kepada
penambaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat ini, gigi susu kan mula digantikan dengan gigi kekal. Bentuk
rupa paras pula mula berubah secara perlahan-lahan. Selain itu, otot mata juga akan
menjadi matang untuk membaca. Pada masa inilah kanak-kanak akan akan aktif
membaca buku cerita dan komik yang menghiburkan hati mereka. Pendengaran
mereka juga akan bertambah tajam dan ini menyebabkan mereka dapat
membezakan bunyi-bunyi lain yang mereka dengar. Contohnya, jika seseorang
kanak mendengar bunyi menyalak dan bunyi mengembek, maka dia dapat
membezakan bahawa bunyi menyalak itu datang daripada anjing manakala bunyi
29
mengembek itu datang daripada kambing. Selain itu, sel-sel otak telah mencapai
60% berat orang dewasa.

Pada peringkat ini juga ketinggian kanak-kanak bertambah pada umur 8


hingga 10 tahun. Manakala ketinggian kanak-kanak lelaki hanya akan mula
bertambah apabila mereka berumur 10 tahun. Pada umumnya pada peringkat ini
kanak-kanak akan kelihatan kurus. Hal ini berlaku akibat daripada penambahan dari
segi ketinggian mereka. Ringkasnya, apabila ketinggian seseorang bertambah maka
dia akan kelihatan kurus.

Bukan itu sahaja, pada peringkat ini juga penyelarasan motor dan kawalan
tubuh badan kanak-kanak bertambah baik. Kanak-kanak akan kelihatan lebih kuat,
cepat, tangkas, ligat dan berupaya untuk untuk memberi tumpuan kepada aktiviti
atau tugasa yang diberi kepada mereka. Kanak-kanak lelaki akan lebih cenderung
kepada aktiviti atau permainan lasak seperti permainan di padang.

2.3.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (Abd Majid Mohd Isa &
Rahil Mahyuddin, 1997), peringkat ini dikenali sebagai peringkat Operasi
Konkrit .Tahap ini adalah tahap ketiga dari empat tahap. Menurut teori beliau, kanak-
kanak dalam peringkat ini berkebolehan untuk berfikir secara logik walaupun mereka
masih terikat dengan situasi konkrit. Situasi konkrit di sini bermaksud kanak-kanak
hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan objek-objek yang nyata
sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak seperti konsep ketuhanan, keadilan dan
sebagainya. Mereka hanya boleh memahami konsep-konsep yang konkrit atau yang
objektif seperti binatang, tumbuh-tumbuhan,kekotoran dan sopan santun. Selain itu
kanak-kanak pada peringkat ini juga sepatutnya memahami proses transformasi,
keterbalikan dan menaakul.

Tambahan pula kanak-kanak pada peringkat ini juga sudah boleh menguasai
konsep pengekalan iaitu conservation. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu
menguasai tiga prisip asas iaitu Prinsip Identiti (mereka tahu sekiranya tiada
bilangan yang ditambah atau dikurangkan), Prinsip Ganti Rugi (mereka tahu sesuatu
perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain)
29
dan Prinsip Keterbalikan (pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara
mental kepada keadaan asal semula).

Selain daripada proses di atas, kanak-kanak dalam peringkat ini juga


mengusai proses pengelasan. Dalam kemahiran ini kanak-kanak dapat
mengklasifikasikan objek dalam set atau kumpulan berdasarkan ciri-cirinya.
Contohnya, jika kanak-kanak terlihat anjing dan rama-rama maka dia dapat
mengklasifikasikan anjing dalam golongan haiwan dan rama-rama dalam golongan
serangga. Proses pengelasan juga berkembang lagi pada peringkat ini apabila
kanak kanak tersebut mula menyedari bahawa sesuatu objek yang dikelaskan itu
kepada sesuatu ciri yang boleh tergolong dalam kumpulan yang lain. Contohnya
anjing boleh digolongan dalam haiwan yang tinggal di darat dan juga tergolong
dalam haiwan yang mempunyai empat kaki.
Selain itu, proses menyusun semula secara bersiri mengikut susunan
susunan menaik ataupun menurun juga merupakan salah satu pencapaian dalam
tahap ini. kanak-kanak akan memiliki kemampuan untuk menilai objek menurut ukuran,
bentuk, atau ciri lainnya. Contohnya, bila diberi benda berbeza ukuran, mereka dapat
membezakannya dari benda yang paling besar ke yang paling kecil dan menyusunnya
mengikut saiz ukuranya secara menaik.

Pendek kata, penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan dan


penyusunan bersiri menunjukkan kanak-kanak pada peringkat ini telah mencapai satu
peringkat pemikiran logik. Namun begitu, kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh
membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan abstrak atau masalah yang melibatkan
penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks.

2.3.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan memiliki pengetahuan yang lebih baik tentang
tatabahasa dan perbendaharaan kata. Menurut teori Naom Chomsky (Haliza Hamzah & Joy
N. Samuel, 2009) kanak-kanak secara semula jadinya mempunyai kebolehan untuk
mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut. Tambahan pula sewaktu di
sekolah juga kanak-kanak ini dapat menguasai kemahiran menulis dan membaca dengan
menggunakan gaya bahasa yang betul seperti yang diajar oleh guru mereka di sekolah.
29
Kanak-kanak pada peringkat ini juga kurang bergantung kepada isyarat fizikal semasa
bercakap malahan sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan
keperluan mereka. Boleh dikatakan pada tahap ini percakapan kanak-kanak mula kurang
dipengaruhi oleh pergerakan fizikal. Selalunya jika mereka memerlukan sesuatu benda,
mereka akan menunjuk benda tersebut kepada kita. Tetapi pada peringkat ini jika mereka
memerlukan sesuatu benda, mereka memintanya melalui percakapan.

Gaya bahasa dan percakapan kanak-kanak juga akan bersifat analitikal dan kompleks
pada peringkat ini. Contohnya pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengaitkan
perkataan yang kita sebut dengan sesuatu rangsangan. Contohnya kalau kita kata perkataan
“kambing”, maka mereka akan menterjemahkan maksudnya mengikut rangsangan mereka
sendiri iaitu dengan membuat bunyi kambing mengembek. Namun begitu apabila kanak-
kanak mencapai peringkat ini, kanak-kanak tersebut sudah boleh mengaplikasi, mengkategori
dan menganalisis perkataan-perkataan yang disebut. Contohnya, kambing akan dikategorikan
sebagai haiwan yang berdarah panas dan kanak-kanak kan mula untuk membuat kajian
tentang haiwan ini.

Gaya bahasa kanak-kanak pada peringkat ini juga lebih kompleks kerana mereka
mula memahami fasa-fasa kompleks dan cuba mengaitkannya dengan yang lain. Mereka juga
boleh menghubungkaitkan ayat dan mereka cerita mereka sendiri. Selain itu, kesedaran
metalinguistik juga meningkat pada peringkat ini.metalinguistik membolehkan kanak-
kanakberfikir tentang bahasa yang mereka gunakan dan mereka sudah pandai member
maksud kepada perkataan yang diguna.

Ringkas kata, pada akhir peringkat ini kanak-kanak sudah mempunyai kemahiran
mengolah dan menterjemahkannya dalam bentuk tulisan contohnya karangan pendek yang
bertajuk “Rumah saya”.

2.3.4 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI


29
Mengikut teori perkembangan Psikososial Erik Erikson (Haliza Hamzah & Joy
N. Samuel, 2009) iaitu “Industri lawan rasa rendah diri”, pada peringkat ini kanak-
kanak sudah mula dapat memahami dan mengalami emosi-emosi yang lebih
kompleks seperti rasa rendah diri, malu dan ghairah. Ini kerana mereka mula belajar
memahami dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat
perkara yang dapat menarik perhatian orang lain. Ketika di peringkat ini juga, kanak-
kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan
sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa mereka. Hal ini kerana pada peringkat
ini mereka sudah mula mengadaptasi emosi-emosi tersebut mengikut situasi-situasi
yang berkaitan dengannya. Contohnya, jika guru telah memarahi seseorang kanak-
kanak itu dihadapan semua pelajar, maka perasaan malu akan menyelubungi dirinya
dan perasaan rendah diri juga akan wujud dalam dirinya. Ini secara tidak langsung
akan memberi impak negatif dalam diri anak murid itu.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah mula untuk memahami bahawa
lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan. Mereka juga mula
menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi dan memahami situasi-
situasi yang memerlukan perhatian. Bukan itu sahaja, malahan mereka juga sudah
mula dapat mengawal emosi-emosi negatif dan berupaya untuk mengawal
tingkahlaku akibat daripada emosi negative. Contohnya, jika seseorang kanak-kanak
itu berasa sangat marah terhadap adik atau kakaknya , maka dia akan cuba
mengelak daripada mereka atau segera beredar daripada tempat itu supaya dia
dapat mengurangkan rasa marahnya.

Ringkasnya, boleh dikatakan bahawa perkembangan sosioemosi kanak-


kanak pada peringkat ini boleh dikatakan memberi pengaruh yang besar dalam diri
kanak-kanak supaya mereka dapat menangani emosi mereka dengan baik..

2.3.5 PERKEMBANGAN MORAL


29
Mengikut TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget (Haliza
Hamzah & Joy N. Samuel, 2009) berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap
kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua
tahap iaitu Tahap Pertama : Moaraliti Heteronomus dan Tahap Kedua : Moraliti
Autonomus.

Pada kanak-kanak pada peringkat ini, iaitu 6-10 tahun lebih cenderung ke
tahap perkembangan moral yang pertama iaitu Moraliti Heternomus. Di peringkat ini,
kanak-kanak akan mempercayai dan mengikuti segala arahan dan peraturan
datang dari ibubapa atau orang-orang yang mempunyai autoriti lain. Peraturan atau
arahan ini juga juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan pada
tahap ini kanak-kanak hanya dapat melihat sesuatu peraturan dengan satu
pandangan sahaja dimana mereka harus patuh kepada peraturan atau arahan
tersebut. Jika mereka mengingkar atau melanggar peraturan maka mereka
menerima denda. Begitulah kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai tanggapan
terhadap peraturan-peraturan tersebut.

Selain dari teori Piaget, TEORI KOHLBERG (Haliza Hamzah & Joy N.
Samuel, 2009) juga mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Kohlberg
berpendapat bahawa moraliti berkembang mengikut satu siri. Ia berkembang secara
universal dalam tiga tahap dan dalam satu tahap terbahagi kepada dua peringkat.
Beliau membina teorinya berdasarkan gerak balas kanak-kanak terhadap sesuatu
dilema yang dialaminya.

Dalam peringkat kanak-kanak, tahap tersebut dikenali sebagai Moraliti


Prakonvensional (6 hingga 10 tahun). Ia adalah berdasarkan kepada betul atau
salah tingkah laku bergantung kepada tekanan luaran. Kanak-kanak akan mematuhi
peraturan demi mengelak daripada dikenakan dendaan atau memperoleh ganjaran
atau untuk kepentingan diri kanak-kanak tersebut. Tahap ini mempunyai 2 peringkat
iaitu Peringkat 1 : Orientasi Dendaan dan Taat di mana motif utama tingkah laku
untuk mengelak dendaan dan Peringkat 2 : Orientasi Egoistik yang membolehkan
seseorang kanak-kanak mematuhi peraturan demi untuk menerima ganjaran untuk
memuaskan kehendak diri mereka. Selain kanak itu kanak-kanak pada peringkat ini
29
juga sudah boleh menerima pendapat dan motif orang lain. Mereka juga sudah
bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Pendek kata, perkembangan moral pada peringkat kanak-kanak ini amat


penting kerana inilah yang akan membantu untuk membentuk satu individu yang
bersahsiah tinggi.

2.4 PERINGKAT REMAJA (11-14 TAHUN)


29
2.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL REMAJA

Seorang kanak-kanak akan mencapai perkembangan dan digelar sebagai


remaja apabila usianya mencecah 12 tahun.Di akhir zaman kanak- kanak satu siri
perubahan biologi dan psikologi akan berlaku dimana ianya akan membawa mereka
ke alam remaja. Mereka akan matang dari segi fizikal dan peranan serta pemikiran
juga berubah dari segi kandungan dan kompleksnya. Peringkat remaja adalah
peringkat ketidakseimbangan dan ketidakserasian fizikal. Fizikal remaja mengalami
perubahan yang cukup drastik sehingga mereka mengalami masalah. Mereka
berada dalam keadaan dilema kerana mereka bukan lagi kanak-kanak yang
dimanjakan dan bukan pula golongan dewasa yang sudah matang dibebani dengan
pelbagai tanggungjawab.

Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan


remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki saluran darah
meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus.
Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan
kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang
nyata tentang permulaan akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara
semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu
kebolehan pembiakan.
29
Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor remaja terjadi begitu
pesat seperti berlakunya perubahan daripada segi rangka tulang, struktur saiz tubuh,
dinding pembuluh darah dan bagi remaja perempuan, bentuk tubuh mengalami
perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat semakin bertambah khasnya selepas
kedatangan haid yang pertama. Pada umumnya remaja perempuan menunjukkan
sifat-sifat kewanitaan dan terdapat pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian
punggung dan dada. Kematangan seksual yang dialami oleh remaja perempuan
amat mempengaruhi pemikiran ini.

Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau,
misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula
tumbuh, mengalami mimpi yang menghairankan sehingga mengeluarkan air mani
serta zakar dan buah zakar mula membesar.Pengalaman inilah menunjukkan
remaja lelaki telah akil baligh.

Bagi remaja perempuan pula,perubahan yang akan dialami adalah seperti


buah dada (payudara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian
ari-ari, punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh,
mula didatangi haid serta suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada
suara yang lebih matang.Antara petanda awal menstruasi adalah selepas 2 tahun
payudara berkembang,selepas pertumbuhan bulu public,keputihan,sakit atau
kekejangan bawah perut,sakit pinggang dan peha,rasa sedih,cepat marah atau
kekok penumbuhan jerawat dan cirit birit dan pusingan haid bermula hari pertama
berlaku antara 28 hingga 35 hari manakala tempohnya haidnya adalah 3 hingga 6
hari.

2.4.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Menurut teori yang dikemukakan oleh JeanPiaget, beliau menamakan


peringkat ini sebagai peringkat Operasi Formal. Ini adalah tahap terakhir bagi remaja
dimana ia dikenali sebagai tahap operasi yang bermula pada umur sebelas tahun
hinggalah ke atas. Pada tahap ini mereka berupaya mengunakan serta memahami
29
logik dan konsep abstrak dan cuba merealisasikan konsep tersebut. Pemikiran
mereka tidak lagi terikat kepada bahan- bahan konkrit.

Mereka berkeupayaan melakukan sintetis terhadap sesuatu kejadian dan


seterusnya cuba membentuk hipotesis untuk mencapai sesuatu kesimpulan. Mereka
boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif ialah pemikiran
daripada yang am kepada yang khusus. Malahan pemikiran induktif membawa
maksud pemikiran aspek yang khusus kepada generalisasi yang lebih luas. Remaja
pada tahap ini mampu memikirkan perkara abstrak dan berfikir secara logik, reflektif
serta sistematik. Pada peringkat ini, remaja bukan sahaja berfikir secara pantas
malahan mereka menguasai banyak informasi berbanding tahap sebelumnya.

Disamping itu, egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Egosentrik ini
berbeza daripada peringkat pra operasi. Di sini remaja tertumpu kepada idea dan
pemikiran mereka sendiri. Manakala mereka sukar menerima pandangan dan
pendapat orang lain. Mereka berasa seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan
oleh orang lain.

2.4.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa pada peringkat remaja mula mencapai tahap yang


baik. Mereka dapat menguasai gaya bahasa dan berbagai-bagai struktur ayat.
Selain itu, mereka mula menggunakan ayat – ayat yang lebih kompleks.Penguasaan
ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk
akhbar, majalah, buku-buku cerita dan juga buku-buku pelajaran. Menurut Saltz
(1979), penguasaan bahasa yang tinggi membolehkan remaja berinteraksi dengan
orang dewasa serta bertukar pendapat.

Pada tahap ini, kemahiran menulis remaja juga berkembang dengan pesat.
Dimana mereka boleh menyusun idea sebelum menulis, mengenalpasti antara
pendahuluan,idea- idea utama dan penutup. Mereka juga dapat menghasilkan
karangan yang lebih panjang dengan menggunakan idea baru. Selain itu, mereka
mula menulis cerita tentang sesuatu perkara. Ini secara tidak langsung
menambahkan daya pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.
29
Seterusnya,remaja sudah pandai mengolah bahasa kepada bentuk
peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya. Mereka berupaya
memahami pembacaan yang kompleks seperti bahasa ironik berbentuk kritikal dan
abstrak. Remaja juga sudah boleh mencipta dialek sendiri untuk berinteraksi
sesama mereka.

2.4.4 PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

Santock ( 1998 ), seorang ahli psikologi perkembangan mendefinasikan


emosi remaja sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan
rangsangan fisiologi (physiological arousal ) seperti degupan jantung yang laju
dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum.Emosi yang terdapat dalam diri
seorang remaja boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif
dan emosi yang negatif.

Alam remaja adalah alam yang dikenali sebagai alam yang penuh dengan
pergolokan emosi.Pada tahap ini,mereka akan terdedah kepada pelbagai cabaran
dalam hidup dan contohnya adalah pendedahan kepada mata pelajaran yang
semakin sukar,hubungan sesama rakan sebaya,keluarga ataupun dengan teman
kekasihnya.Maka,emosi mereka mudah terganggu dan tidak stabil jikalau mana-
mana hubungan di atas terjejas.

Remaja dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi iaitu positif dan
negatif ini serentak.Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosio emosi
remaja dapat mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif,
membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untukmenghadapi cabaran
dalam kehidupan harian.Pada tahap ini,mereka mengawal emosinya berasaskan
pemikiran. Mereka menganggap satu cara untuk tidak sedih adalah dengan cara
memikirkan sesuatu yang akan lebih menggembirakannya.

Mereka juga akan mengalami emosi yang menfokuskan terhadap tubuh


badannya. Mereka bimbang dengan apa yang orang sekeliling fikirkan tentang diri
29
mereka dan keinginan yang tinggi untuk privasi dan sangat sensitif terhadap tubuh
badan.Mereka sudah mula “jauh” dengan ibubapa dan berasa lebih selesa
bersendirian melayan perasaan.

Emosi mereka pada tahap ini kadangkala gembira dan kadangkala


‘moody’.Mereka juga suka merajuk dan melepaskan kegeraman pada orang yang
terdekat seperi ibu bapa.Perubahan emosi secara mendadak ini adalah kerana
perubahan hormon kematangan.

2.4.5 PERKEMBANGAN MORAL

Pemikiran remaja mula berubah dengan cepat dan kadang-kadang susah


bagi ibu bapa memahaminya.Boleh dikatakan bahawa pada masa ini remaja banyak
menyelesaikan masalah melalui cara yang berbentuk logik dan bukan berdasarkan
fakta sahaja. Ini selaras dengan pendapat Jean Piaget di mana kanak-kanak yang
berumur 12 tahun ke atas akan mempunyai pemikiran yang lebih mirip ke arah
olahan formal. Dalam tahap ini, peraturan sosial mula dipersoalkan kerana remaja
mula sedar tentang piawai moral yang bersifat subjektif yang dibina oleh individu-
individu tertentu dimana ia boleh berubah dan boleh ditentang. Peraturan sosial
dilihat sebagai jangkaan sosial, sama ada daripada ibu bapa atau masyarakat yang
tidak semestinya dipatuhi.

Remaja mula menunjukkan kemajuan secara signifikan dalam penilaian


moral, atau pemahaman tentang tindakan yang meningkatkan kebajikan manusia
dalam pelbagai situasi.Namun,pengetahuan ini tidak semestinya diterjemahkan
kepada tingkah laku sebenar. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya keadaan akan
memperlihatkan ciri itu( Hoffman 1980).

Aspek lain dalam perkembangan moral ialah ‘rasa bersalah’ yang berubah
daripada perasaan bersalah kanak-kanak dari segi ciri dan focus. Remaja akan
berasa bersalah jikalau tidak melakukan sesuatu atau apabila melakukan sesuatu
yang salah. Perubahan berlaku sama ada remaja menilai apa yang dipaparkan dari
perbuatan salah atau memperlihatkan situasi dalam hidupnya sendiri. Contohnya
tidak menjemput rakan ke rumah boleh melukakan hati rakan kerana kesannya
29
serupa dengan apabila mengkritik rakan secara terbuka. Pandangan ini memerlukan
pemikiran formal: iaitu mengenal pasti tentang sesuatu yang mungkin berlaku dan
bukan sahaja tentang apa yang dilakukan sebenar.

Dari sini jelas bahawa remaja berupaya berfikir secara formal, iaitu kebolehan
berfikir tentang idea. Pemikiran formal merupakan kebolehan berfikir tentang
kemungkinan, penaakulan saintifk dan kebolehan kombinasi idea secara logik.

29
29
29
4.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

4.1 PERINGKAT BAYI ( LAHIR HINGGA 2 TAHUN )

Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama,bayi banyak belajar daripada


persekitarannya terutama melalui interaksi dengan penjaganya. Satu perkara
penting yang perlu diberi perhatian adalah bayi belajar melalui permainan.Setiap kali
kita bermain ataupun berinteraksi dengan bayi,sebenarnya kita mengajarnya lebih
banyak perkara mengenai diri kita,dirinya sendiri dan persekitarannya.Setiap aktiviti
permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi memberi kesan
terhadap perkembangan derianya.Bayi belajar memfokus penglihatan dan
pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi
akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan berlaku kebisingan.

Antara perkara yang boleh dilakukan dalam ‘mengajar’ bayi adalah melakukan
aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan,
pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.Kita harus sentiasa memberi perhatian
padanya melalui "eye contact" semasa bercakap dan bermain dengannya.

4.1.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Dalam perkembangan fizikal pula ibu bapa harus beri peluang kepada bayi
mereka bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan
apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang
dan menggapai-gapaikan tangannya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu
stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.Elakkan
daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia
membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi di atas lantai dan biarkan dia
meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya mampu, kita boleh
menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai
warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan
menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik.Antara aktiviti permainan
mudah yang boleh dilakukan dalam merangsang bayi adalah seperti gerakkan lidah
29
ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi untuk meniru
lagak kita.Cuba sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Perhatikan
responsnya. Kita boleh menambahkan pengalaman pembelajarannya dengan
membawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah ataupun membawanya melawat
pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan
sebagainya.

4.1.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Dalam perkembangan kognitif pula,bayi harus digalakkan untuk menyentuh


pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai tekstur seperti kain sutera yang
lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.Kita
harus memberikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi
sekiranya ditekan.Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi, empat
segi dan sebagainya.

4.1.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa dan visualnya boleh dikembangkan dengan


menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya
mengenai objek berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu. Perkenalkan
kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan
bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak mudah bosan
dan bayi dapat mengecam dan cuba menyebut benda-benda tersebut.

4.1.4 PERKEMBANGAN EMOSI

Kita boleh mengajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan


ataupun membuat mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.Kita juga
harus beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi
menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa
bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.
29
4.2 PERINGKAT AWAL KANAK- KANAK(3 HINGGA 6 TAHUN)

4.2.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Bagi perkembangan fizikal yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 3


hingga 6 tahun, guru dinasihatkan membantu mereka setakat mana yang perlu
sahaja . Bantuan yang berlebihan menyebabkan mereka hanya bergantung kepada
guru ataupun ibu-bapa. Ini secara tidak langsung menimbulkan perasaan kurang
yakin terhadap kanak- kanak untuk melakukan sesuatu dengan sendiri.

Selain itu, perkembangan fizikal kanak-kanak berbeza antara satu sama lain.
Guru perlu mengelakkan daripada membanding antara mereka. Pada tahap ini
kanak- kanak agak aktif dalam melakukan sesuatu. Oleh itu,guru harus
menyediakan aktiviti yang sesuai kepada mereka dengan mengambil kira
perkembangan otot, khususnya otot- otot kecil yang belum sempurna. Contohnya,
guru boleh melibatkan kanak- kanak dengan aktiviti fizikal seperti memegang guli
untuk belajar mengira bilangan objek. Melalui penggunaan motor kasar dan motor
halus dalam proses pengajaran maka ini akan meningkatkan kecerdasan mereka.

4.2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Dalam proses perkembangan kognitif,kanak- kanak pada peringkat pra


operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun adalah guru harus menyediakan
bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud seperti
batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. Selain itu, arahan
yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh agar murid- murid
faham dengan senang.

Disamping itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses


P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi
memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas. Seterusnya,
guru harus sedar bahawa murid-murid yang berada dalam tahap pembelajaran
yang berbeza. Oleh itu, guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai
proses P&P. Memberi peluang kepada mereka untuk melakukan ‘hands-on terhadap
29
sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan terhadap diri
mereka. Jikalau murid- murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam
proses pembelajaran , guru perlu memikirkan cara yang berkesan bagi menarik
minat mereka.

4.2.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran


membolehkan peringkat awal kanak-kanak menguasai bahasa dengan baik.
Pembelajaran isyarat adalah antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada
murid-murid. Contohnya, guru menunjukkan objek sambil mengimbaskan kad
perkataan. Pembelajaran rangsangan gerak balas membawa implikasi bahawa guru
perlu sentiasa memberi pujian dan galakan apabila murid menunjukkan hasil yang
baik. Contohnya, ketika mengajar konsep bola, guru bukan sahaja boleh
menunjukkan bola sebenar malahan murid-murid digalakkan untuk menyebut dan
mengeja perkataan itu. Mengemukakan soalan-soalan yang memberi peluang
kepada murid-murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap sesuatu yang
dipelajari.Selain itu,menggalakkan murid-murid membuat huraian tentang sesuatu
yang telah pelajari pada hari tersebut . Disamping itu, guru perlu menggunakan
prinsip ulangan dan membuat sesuatu mengikut urutan ketika mengajar . Ini secara
tidak langsung meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan murid- murid.

4.2.4 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Dalam perkembangan Sosioemosi,proses pengajaran dan pembelajaran oleh


guru perlulah berteraskan masalah yang dihadapi oleh murid- murid. Guru harus
berbincang secara terbuka dengan murid tentang permasalahan emosi mereka
seperti ejekan daripada rakan sebaya, prejudis, permasalahan keluarga dan
sebagainya.Guru harus membina asas kepercayaan didalam bilik darjah.Contohnya
guru harus memberi layanan samarata terhadap semua murid. Seterusnya guru
harus mengelakkan daripada membandingkan antara murid tetapi tumpukan
perhatian kepada pencapaian individu.
29
Seterusnya guru boleh memberikan pujian seperti syabas, bagus kepada
kanak- kanak yang menujukkan insiatif mencuba kemahiran –kemahiran baru.
Pujian yang diberi haruslah konsisten dan bersesuain dengan tingkah laku yang
ditunjukkan. Sekiranya kanak- kanak melakukan kesilapan, guru perlu memberitahu
dengan jelas kesalahan yang dibuat dan membantu mendapatkan kemahiran
tersebut daripada memarahi atau megnhukum mereka.

4.2.5 PERKEMBANGAN MORAL

Pada peringkat ini, kita sememangnya dapat melihat moral sangat


memainkan peranan dalam membentuk jati diri kanak-kanak pada tahap ini. Ini
kerana, pembentukan moral yang baik akan mendorong tingkah-laku yang positif
dalam diri kanak-kanak berkenaan. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru harus menekankan kepentingan moral kepada murid- murid dari
sejak kecil bagi melahirkan insan yang berguna kepada negara.

Guru sentiasa mengajar nilai- nilai murni kepada murid- murid agar nilai- nilai
tersebut dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, guru
mengajar nilai prihatin antara satu sama lain. Kanak – kanak pada peringkat ini,
menilai segala bentuk perhatian yang diberikan khususnya dalam kalangan keluarga
mereka. Di sini kita dapat melihat tautan yang erat antara anak-anak dengan ahli
keluarga yang lain. Sedikit sebanyak, keadaan ini turut membentuk nilai-nilai murni
dalam diri kanak-kanak iaitu sayang-menyayangi, hormat-menghormati serta bantu-
membantu yang bukan sahaja dalam keluarga malah melibatkan masyarakat
sekeliling.

Selain itu, guru juga boleh menerapkan nilai kasih sayang terhadap binatang-
binatang peliharaan. kanak-kanak pada pada usia ini cenderung memelihara
binatang peliharaan seperti kucing dan mereka sangat menitikbertakan tentang
aspek penjagaan kesihatan binatang peliharaan mereka. Keadaan ini jelas
menonjolkan bahawa mereka sangat peka dalam setiap perkara.
29
4.3 PERINGKAT KANAK-KANAK (7 HINGGA 10 TAHUN)

4.3.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pada peringkat ini, para guru bolehlah memperkenalkan alatan muzik dan
mengajar mereka untuk bermain alatan muzik tersebut. Guru perlulah memulakan
dengan peralatan muzik yang kecil ke besar. Selain itu, guru juga boleh mengajar
kanak-kanak pada peringkat ini untuk melukis dan mewarnakan gambar yang
mereka lukis itu. Guru bolehlah menarik murid-murid mereka dengan menyediakan
ganjaran seperti gula-gula atau melekatkan gambar-gambar yang mereka lukis di
papan kenyataan kelas.

Selain itu guru juga boleh menyediakan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang
menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Guru
boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya
bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan
misalnya bola jaring. Ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat anak murid.
Hal ini kerana pada peringkat inilah kita dapat mengenalpasti bakat-bakat yang
tersembunyi dalam diri seseorang murid itu. Contonhnya, seseorang murid itu
kemungkinan besar pandai bermaian bola sepak. Aktiviti seperti ini dapat membantu
anak murid tersebut untuk menyerlahkan lagi bakatnya.

Akhir sekali, aktiviti senaman dan pemakanan yang seimbang yang perlu
diterapkan kapada kanak-kanak bermula dari peringkat ini. Ini kerana perbezaan dari
segi tubuh badan jika dibandingkan dengan rakannya, dia mempunyai berat badan
yang besar maka dia akan berasa rendah diri dan ini secara tidak langsung akan
memberi impak serta menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

4.3.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Teruskan penggunaan bahan yang konkrit seperti terutamanya untuk


mempelajari kemahiran tertentu. Bahan-bahan konkrit ini perlulah menarik perhatian
kanak-kanak dan harus selamat untuk mereka gunakannya. Kalau boleh para guru
haruslah menggunakan bahan-bahan yang ada dilihat oleh kanak-kanak di
29
persekitaran mereka supaya kanak-kanak dapat mengaitkannya dalam pelajaran
mereka dengan pengetahuan yang mereka sedia ada. Contohnya, kalau guru ingin
mengajar tentang haiwan maka beliau bolehlah membawa patung-patung haiwan
yang beraneka jenis dan pamerkannya di dalam kelas dan membenarkan murid-
murid untuk menyentuh patung-patung haiwan tersebut.

Selain itu guru juga harus member peluang kepada anak murid mereka untuk
memanipulasikan dan menguji objek-objek yang diajar. Contohnya, guru haruslah
member kebenaran kepada anak murid untuk menyentuh dan merasai bahan-bahan
tambahan seperti buah-buahan plastik yang mereka gunakan sewaktu PNP mereka
untuk memperkenalkan jenis-jenis buah-buahan di Negara kita. Ini secara tidak
langsung akan mengembangkan pemikiran kreatif dan kritis kanak-kanak.

Akhir sekali, guru juga harus memperkenalkan soalan-soalan berbentuk


penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik murid. Ini
secara tidak langsung akan membantu murid tersebut untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi atau yang akan dihadapinya dalam kehidupan sehariannya. Bukan itu
sahaja malahan tahap pemikiran kanak-kanak juga akan mengalami perkembangan
dan mereka akan bermula untuk berfikir secara logic bagi menyelesaikan sesuatu
masalah. Kesimpulannya, kemahiran kognitif sangat penting untuk kelangsungan
hidup seseorang individu.

4.3.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Guru haruslah membantu kanak-kanak untuk mengaitkan kemahiran berbahasa


mereka dengan pengalaman konkrit yang mereka alami dalam kehidupan seharian mereka.
Mulakan dengan memberikan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan keluarga. Contohnya “Pergi
berkelah bersama keluarga”. Arahkan mereka untuk menceritakan tentang pengalaman-
pengalaman yang mereka alami semasa mengikut perkelahan tersebut di hadapan kelas.
Walaupun terdapat unsur berlebih-lebihan dalam cerita mereka, jangan endahkannya dan
jangan sama sekali perlikan mereka.
29
Selain itu guru juga boleh menyediakan kad bacaan yang terkandung ayat atau petikan
yang jelas dan mudah difahami apabila seseorang murid itu membaca. Bukan itu sahaja
malahan guru juga perlu menerangka tentang maksud perkataan yang murid tidak fahami
dengan menggunakan bahasa yang mudah. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan
perbendaharaan kata para murid dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
Hal ini kerana para murid akan mula mempraktikan perkataan-perkataan baru yang pelajari
apabila mereka berbual dengan orang lain.

4.3.4 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Guru tidak harus sama sekali membandingkan diri ataupun keupayaan


seseorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya dengan dia. Ini
kerana ia menyebabkan rasa rendah diri dan rasa cemburu yang membuak-buak
terhadap kanak-kank tersebut. Lama kelamaan rasa cemburu ini akan bertukar
kepada rasa marah dan akhir sekali hubungan antara mereka akan menjadi
renggang serta mempunyai kemungkinan besar kedua-dua murid tersebut menjadi
musuh ketat. Emosi mereka juga akan terganggu.

Guru juga harus memberi pujian dan penghargaan kepada anak-anak murid
bagi setiap kejayaan yang mereka perolehi dalam pembelajaran mereka di kelas.
Contohnya, jika seseorang murid mendapat tempat pertama dalam kelas maka guru
haruslah memberikan penghargaan dalam bentuk hadiah supaya pada masa yang
akan datang, murid itu akan berusaha lagi untuk mengekalkan kedudukannya. Murid
itu juga akan mula suka untuk datang ke sekolah. Guru juga harus memberi layanan
yang sama rata atau hukuman yang sama terhadap semua murid supaya dapat
menghindari rasa tidak berpuas hati kanak-kanak. Jika tidak buka sahaja emosi
murid yang akan terganggu malahan proses sosialisasi dalam kalangan murid akan
terganggu.

4.3.5 PERKEMBANGAN MORAL


29
Guru haruslah mengajar kepada anak murid mereka tentang cara-cara
menghormat orang yang lebih tua daripada mereka. Ajaran inilah haruslah
berbentuk arahan dan ditegaskan supaya para murid dapat mengamalkannya dalam
kehidupan seharian mereka. Selalunya kanak-kanak pada peringkat ini akan
mempercayai dan mematuhi segala arahan guru kerana takutkan denda.

Guru juga harus memberi peneguran kepada anak murid mereka, jika mereka
melihat anak murid melakukan sebarang kesalahan. Tidak kira kesalahan kecil
ataupun besar. Guru harus menegur murid tersebut dengan tegas supaya mereka
tidak mengulangi kesalahan tersebut. Contohnya, guru terlihat anak muridnya
membuat sampah di merata-rata maka guru haruslah memanggilnya dan
menegurnya untuk mengambil balik sampah tersebut dan membuatnya di tong
sampah yang disediakan. Guru juga harus memberitahu kepada pelajar tersebut
bahawa jika dia mengulangi balik kesalahan maka tindakan keras akan diambil
terhadap dirinya.

4.4 PERINGKAT REMAJA (11-14 TAHUN)


29
4.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Guru di sekolah memainkan peranan yang penting dalam memberikan


kesedaran mengenai perkembangan fizikal kepada pelajarnya.Antara aktiviti yang
boleh dirancang dan dijalakan oleh guru adalah seperti menganjurkan
ceramah,kaunseling dimana para pelajar dapat mengenal dirinya dengan sebaik
mungkin serta kem-kem yang membolehkan para pelajar mengetahui dan menerima
dirinya dengan penuh keyakinan.Selain daripada itu,guru boleh menyediakan latihan
daya tahan dan daya tenaga.Pendedahan remaja kepada gaya hidup yang sihat
amat diperlukan dari segi pemakanan,senaman dan kepentingan menghindari
aktiviti-aktivi negatif. Dalam subjek Pendidikan Jasmani pula,guru boleh merancang
satu aktiviti yang boleh menyihatkan tubuh badan dan ia akan menjadi aktiviti sosial
yang sihat.

Guru harus memastikan bilik persediaan yang terasing bagi lelaki dan
perempuan. Akil baligh juga turut menandakan kematangan seseorang dari segi
seksual.Maka,guru boleh mengadakan ceramah mengenai aktiviti sosial dan sistem
pembiakan dimana remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiolagi yang
berlaku dalam diri mereka. Guru perlulah sensitif dan memberi perhatian kepada
pelajarnya mengenai perubahan-perubahan kerana ianya mempengaruhi
kesediaan,keupayaan dan minat remaja dalam pembelajaran di sekolah.

4.4.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Perkembangan kognitif ialah proses peningkatan keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak –kanak serta dapat

menyelesaikan masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan

serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Oleh itu, guru harus

memainkan peranan penting dalam proses perkembangan kognitif murid-

murid.Pada peringkat ini, guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk

mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Guru boleh mengajar sesuatu lebih
29
kompleks dengan penggunaan bahan 3D, model ,carta, rajah, pengalaman pelajar

sendiri untuk menarik minat pelajar dalam subjek tersebut. Guru boleh memberikan

peluang yang sama rata kepada semua pelajar untuk menyelesaikan masalah

terhadap sesuatu yang dipelajari dan menyuruh mereka memberi sebab kepada

penyelesaian tersebut. Seterusnya menyuruh pelajar untuk membentangkan idea

dan kritik idea yang dikemukakan. Pelajar bukan hanya terikat dengan fakta- fakta

yang terdapat dalam buku teks sahaja. Oleh itu, guru harus membiarkan pelajar

untuk meneroka dan mengkaji sendiri terhadap sesuatu sudah dipelajari. Memberi

peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif penyelesaian dan membuat

hipotesis . Guru harus mengalakkan pelajar untuk memikirkan kritis dan kreatif.

4.4.3 PERKEMBANGAN BAHASA

Guru harus memberi peluang kepada semua murid untuk menggunakan


bahasa. Contoh guru boleh mengadakan aktiviti kumpulan dimana memberi peluang
kepada semua untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Bukan sahaja
murid- murid dapat mengeluarkan idea tetapi secara tidak langsung kemahiran
bahasa juga berkembang .

Guru harus mengajar pelajar untuk memanipulasikan bahasa dalam


penulisan seperti sajak, karangan, pantun dan lain- lain lagi. Selain itu, guru perlu
menambahkan perbendaharaan kata dengan memberikan aktiviti seperti membaca
dan menyudahi cerita, mengarang syarahan, pidato dimana pelajar akan merujuk
kepada pelbagai sumber untuk menyiapkan. Maka secara tidak langsung, mereka
dapat mengenali perkataan baru.

Guru juga harus memberi peluang yang sama rata kepada pelajar untuk
bercerita, berlakon ataupun mengadakan persembahan dimana perkembangan
bahasa remaja akan menjadi mantap lagi. Disamping, itu, guru harus menyediakan
sudut bacaan dan sudut info di kelas. Dengan menyediakan sudut bacaan dapat
29
menggalakkan pelajar untuk membaca dan menambah pengetahuan seterusnya
dapat mengembangkan bahasa mereka.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,remaja harus diberi peluang


untuk meneroka kebolehan diri mereka dengan mencuba pelbagai aktiviti yang
sesuai dengan minat remaja tersebut.Guru harus kaji minat remaja dan libatkan
mereka dalam aktiviti yang boleh meningkatkan minda mereka dan
berfaedah.Pendedahan kepada pelbagai jenis peluang pekerjaan yang sesuai
dengan minat dan kebolehan remaja.Guru kaunseling harus memberi penjelasan
yang realistik tentang pekerjaan yang sesuai dengan pencapaian dan bakat mereka.

Jikalau berpeluang,guru boleh menjemput personaliti-personaliti yang telah


berjaya dalam kehidupan dan memiliki latar belakang yang sama dengan
remaja.Maka,ini akan memotivasikan remaja untuk mengharungi cabaran yang
sedang dan bakal dihadapinya.Gerka kerja berkumpulan juga amat digalakkan
kerana ia dapat menanamkan sikap toleransi,hemah tinggi dan nilai-nilai lain yang
terpuji dalam diri mereka.

Kemahiran berkomunikasi dan mendengar perlu diajar dalam peringkat ini


kerana remaja sememangnya perlu didedahkan dengan cara komunikasi yang baik
supaya mereka dapat menyesuaikan diri di peringkat dewasa kelak.

4.4.4 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI

Apabila murid telah melakukan sebarang kesalahan,guru tidak harus segera


bertindak dengan memukulnya. Malah,harus menyiasat perkara sebenar dan
memberikan hukuman yang setimpal.Sekiranya,guru gagal untuk melakukannya
maka remaja akan bersifat dendam dan cemburu terhadap rakannya yang
melakukan kesalahan. Maka,secara tidak langsung,remaja tersebut cenderung
untuk melakukan kesalahan-kesalahan yang lain.

Guru juga harus cuba memahami isi hati muridnya kerana pada peringkat ini
murid-murid akan mengalami banyak masalah dan ini akan berakhir dengan tekanan
29
serta gangguan emosi. Guru perlulah sentiasa mengambil berat terhadap
pelajarnya. Jika guru mendapati pelajarnya tidak ceria atau kurang bercakap
daripada biasa, guru haruslah menyelami hati murid dan berusaha untuk
menyelesaikan masalahnya. Hal ini kerana murid lebih meluangkan masa di sekolah
daripada di rumah.

4.4.5 PERKEMBANGAN MORAL

Walaupun Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah menekankan nilai-nilai


murni dalam subjek-subjek tertentu namun,peranan guru amat penting dalam
menyerapkan nilai ini dalam kalangan remaja pada masa ini.Guru perlu mengajar
mata pelajaran seperti Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral seperti yang tertera
dalam sukatan pelajaran.Kaedah yang tepat harus digunapakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menyedarkan kepentingan ajaran agama dan
moral dalam kehidupan remaja.

Seperti biasa,guru boleh mengadakan ceramah ataupun kempen untuk


memupuk nilai-nilai universal dalam diri remaja.Ini kerana,remaja amat memerlukan
nilai-nilai ini bagi menghadapi masa dewasanya kelak.Dalam pengajaran subjek
moral,guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke rumah-rumah
kebajikan,hospital dan memberi galakkan kepada pelajar untuk menjadi
sukarelawan.Remaja akan menyedari betapa untungnya dia dapat menikmati
kesenangan sekiranya dibandingkan dengan remaja-remaja yang berada di rumah-
rumah kebajikan.

5.0 RUMUSAN
29
Secara rumusnya, perkembangan individu adalah bersifat kualitatif tetapi
megalami perubahan yang beransur-ansur mengikut peredaran masa. Manakala
perubahan tingkah laku pula berlaku dalam keadaan yang berterusan menerusi
peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan
membawa perubahan yang drastik yang menuju kearah tertentu dan akhirnya
membentuk seseorang insan yang sempurna dari segi semua aspek iaitu fizikal,
kognitif, sosioemosi, bahasa dan moral. Perkembangan-perkembangan ini
sebenarnya adalah satu pertalian yang saling berkait rapat antara satu lain. Namun
begitu corak perkembangan adalah berbeza-beza mengikut peringkat ataupun
tahap umur yang berbeza dimana akhirnya semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama apabila mencapai umur yang sama.

Gurulah yang sebenarnya memainkan peranan yang penting supaya semua


perkembangan-perkembangan di atas berjalan dengan lancar. Ini kerana gurulah
menjadi tonggak kepada perkembangan-perkembangan tersebut dengan
menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk murid-
muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang mencukupi. Bukan
itu sahaja guru juga memainkan peranan yang penting dengan cuba
memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui proses pengajaran dan
pembelajaran mereka di sekolah. Ini kerana kanak-kanak lebih meluang masa
bersama guru di sekolah berbanding dengan ibubapa di rumah. Ibu bapa juga harus
membantu dalam perkembangan anak-anak mereka dengan menyediakan buku-
buku atau bahan-bahan serta alatan permainan yang mereka perlu mengikut tahap
peringkat umur anak mereka.

Akhir sekali, setiap pihak perlulah berganding bahu untuk melahirkan insan
yang sempurna di Negara kita. Ini kerana merekalah yang akan menjadi pelapis
kepimpinan negara kita. Jika dari kecil lagi anak-anak sudah terbiar, maka apabila
mereka sudah besar kelak kita pasti tidak dapat mengubah mereka lagi. Bah kata
pepatah melayu, “kalau hendak lentur buluh, biarlah dari rebungnya.”

REFLEKSI 1
29
Salam Satu Malaysia. Saya, Sathia Tharishiny a/p Balakrishnan dari opsyen
PISMP Sem 1 BT/PJ/PS ingin mengucapkan terima kasih kepada PN. WAN
FARIDAH AKMAL dari Jabatan Ilmu Pendidikan kerana telah memberi kerja kursus
ini. Melalui tugasan ini saya telah mendapat banyak output yang telah membantu
saya untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan saya tentang perkembangan
kanak-kanak.

Pada awalnya, saya menghadapi kesukaran untuk memahami tajuk tugasan


saya. Namun begitu setelah mendapat penjelasan yang begitu jelas daripada
pensyarah saya, akhirnya saya telah dapat memahami tajuk tugasan ini. Kami
dikendaki melaksanakan tugasan ini secara berkumpulan iaitu tiga orang dalam satu
kumpulan. Saya telah menerima komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya
daripada kedua-dua ahli kumpulan saya. Mereka tidak banyak merunggut malahan
mendengar pandangan dan menyalurkan idea-idea bernas dalam menjayakan
tugasan ini. Secara tidak langsung hubungan saya dan ahli-ahli kumpulan saya, iaitu
Premah dan Sharlini telah dapat dieratkan lagi.

Tajuk tugasan yang telah diberi oleh pensyarah saya ialah “PERINGKAT
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN
DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN”. Saya telah menggunakan pelbagai sumbur
untuk mencari maklumat mengenai tajuk kerja kursus saya. Antara sumber-sumbar
yang telah saya rujuk buku rujukan, surat khabar, internet, majalah dan
perpustakaan. Walaupun pada awalnya saya mengalami sedikit kesulitan dalam
mencari maklumat tetapi akhirnya saya berjaya mencari kesemua maklumat yang
saya perlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Hai ini kerana saya mendapati bahan
yang terdapat di internet tidak memadai dan sama seperti bahan daripada buku
rujuakan.

Setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat sedikit sebanyak


gambaran tentang peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori
yang berkaitan dengannya. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak telah telah dapat diperkembangkan
29
lagi. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan
mengenai psikologi kanak-kanak supaya sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah berjalan dengan lancar pada masa yang akan datang nanti. Kerja kursus ini
turut membantu saya untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya mengenai
kanak-kanak.

Melalui tugasan ini juga saya telah mengambil ikhtibar bahawa seorang guru
perlulah peka tentang semua perkara mengenai anak-anak murid mereka. Mereka
juga harus mempunyai pengetahuan yang luas terhadap perkembangan-
perkembangan anak-anak murid mereka. Selain itu seorang guru juga harus
bersikap sabar dalam melayani kerenah anak-anak murid. Secara tidak langsung
tugasan ini telah memberi kesan yang mendalam dalam diri saya untuk menjadi
seorang guru yang baik dalam membentuk seseorang individu yang sempurna.

Akhirnya saya berharap agar tugasan sebegini dapat diteruskan pada masa
hadapan kerana tugasan ini membolehkan saya memperoleh banyak pengetahuan
dan pengajaran yang tidak pernah saya pelajari sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

SATHIA THARISHNY A/P BALAKRISHNAN


I PISMP PT / PJ / KS

REFLEKSI 2
29
Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan salam Satu
Malaysia kepada pensyarah subjek Perkembangan Kanak-Kanak kami iaitu Pn.Wan
Faridah Akmal.Sebelum memulakan pengalaman saya menerusi refleksi kendiri
ini,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Wan Faridah kerana
memberi peluang kepada saya untuk mengenali perkembangan seseorang bayi
sehingga lahir sampai mencecah peringkat remaja melalui tugasan ini.

Saya amat bersyukur kerana ahli kumpulan saya telah memberikan kerjasama
yang sepenuhnya dalam menyiapkan kerja khursus ini.Pelbagai maklumat telah
saya perolehi menerusi pelbagai media seperti buku-buku rujukan,surat
khabar,internet,majalah dan hasil perbincangan rakan sekelas dimana maklumat-
maklumat tersebut amat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini dalam
tempoh yang ditetapkan. Saya biasanya menggunakan sumber internet untuk
menyiapkan tugasan tetapi bagi memenuhi kehendak soalan saya terpaksa merujuk
majalah kerana kekurangan maklumat dalam internet.Walaupun pada mulanya saya
tidak memahami kehendak soalan,tetapi selepas mendapat penerangan dan
galakkan daripada pensyarah maka dapatlah saya memulakan tugasan ini dengan
sebaiknya.

Dalam penulisan mengenai perkembangan kanak-kanak,saya telah


menyertakan penjelasan yang terang dengan mengaitkan teori-teori yang
dikemukakan oleh para ahli psikologi.Ahli kumpulan saya turut menyumbang idea
ketika melaksanakan tugasan ini.Mereka bukan sahaja menerima idea-idea saya
malah turut sabar membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini.Dengan
ini,hubungan persahabatan kami menjadi rapat lagi.

Melalui tugasan kali ini,saya dapat memahami dengan lebih dalam lagi
mengenai lima perkembangan dalam diri seseorang manusia yang bersifat
konsisten.Antara perkembangannya adalah fizikal,bahasa,sosio-emosi,kognitif dan
moral.Perkembangan kelima aspek ini amat penting dalam diri seseorang untuk
mencapai keseimbangan dari aspek mental dan fizikal.Jikalau mana-mana satu
perkembangan terbantut dalam proses perkembangan maka terjejaslah masa depan
kanak-kanak tersebut kerana dia akan menjadi pelajar lembab dalam kelasnya.
29
Dalam tugasan ini,saya juga telah mempelajari teori-teori yang dikaitkan
dengan perkembangan kanak-kanak.Peranan guru yang tidak terhingga juga telah
saya ketahui melalui tugasan ini.Sebagai seorang bakal guru di masa hadapan,saya
juga telah mendapat banyak idea atau cara untuk mengembangkan lagi potensi
individu.Saya juga dapat mengenali dengan lanjut mengenai proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai bagi setiap peringkat kanak-kanak. Tugasan ini memberi
impak yang mendalam kepada saya untuk menjadi seorang guru yang
berpengetahuan luas dalam membentuk seseorang individu yang seimbang.

Kesimpulannya,sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pn


Wan Faridah dan pengetahuan yang telah saya peroleh akan kurang bermakna
apabila tidak ditindak lanjut dengan pengamalannya.Maka,boleh diringkaskan
bahawa perkembangan setiap aspek dalam diri individu memainkan peranan yang
penting dalam diri kanak-kanak.Tugasan sebegini harus diteruskan agar saya dapat
menimba ilmu yang amat berguna untuk kehidupan saya.

Sekian,terima kasih.

PREMAH A/P GUNASEGARAN


I PISMP PT / PJ / KS

REFLEKSI 3
29
Saya Sharlini A/P Nallinan (900603-05-5400) dari opsyen PISMP Sem 1

BT/PJ/PS berasa gembira walaupun terdapat sedikit perasaan gementar apabila

menerima tugasan ini daripada pensyarah matapelajaran PERKEMBANGAN

KANAK- KANAK iaitu, PN. Wan Faridah Akmal. Terlebih dahulu,saya bersyukur

kepada tuhan kerana dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Saya

memperolehi banyak pengalaman yang menarik sepanjang tugasan ini. Saya telah

mengaplikasikan segala apa saya belajar semasa kuliah di dalam tugasan ini.

.Pada mulanya, saya menghadapi sedikit kekeliruan dalam soalan tugasan

yang diberi. Selepas penjelasan pensyarah yang kukuh, saya dapat memahami

dengan lebih lanjut dan dengan teliti tentang soalan tugasan yang diberi oleh

pensyarah. Saya berkemampuan untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan

sempurna bersama-sama dengan ahli kumpulan saya yang lain.

Selain itu, melalui tugasan ini telah mewujudkan satu persahabatan erat

antara ahli kumpulan saya. Kami telah membuat tugasan ini bersama- sama. Ini

telah mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan saya. Saya juga dapat

meningkatakan lagi cara –cara pembahagian masa kerana dimana saya

menyiapkan tugasan ini dalam keadaan yang sibuk.

Semasa membuat tugasan ini kami sekumpulan telah memperolehi

maklumat daripada pelbagai sumber yang sedia ada seperti internet, buku rujukan,

majalah dan surat khabar, Alat rujukan ini secara tidak langsung dapat

menambahkan pengetahuan saya tentang tugasan ini.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari peringkat perkembangan bayi

hingga remaja secara bersepadu dan menyeluruh . saya telah mempelajari

perkembangan kanak- kanak daripada sudut fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi


29
dan moral dan juga teori- teori yang relevan, Saya juga dapat mengetahui

perkembangan- perkembangan ini penting untuk menjadi manusia yang seimbang.

Sebagai seorang bakal guru, kita seharusnya memahami psikologi kanak-

kanak. Ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar

dan berkesan. Apabila kita mengetahui psikologi akan memudahkan dapat

mengenali masalah yang dihadapi oleh kanak- kanak dan seterusnya mencuba

untuk menyelesaikan masalah tersebut

Akhir kata, tugasan harus diteruskan semua kami sebagai guru pelatih akan

mendapat banyak maanfaat pada masa yang akan datang.

RUJUKAN
29
1. BUKU :

Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin(1997): Psikologi Pendidikan 1:


Selangor. Laser Press Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel(2009): Perkembangan Kanak-kanak Untuk


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan: Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

2. MAJALAH :

Anak Sihat dan & Geniu s_februari 2010 Cetakan world Line Marketing
terbitan Teguh Ringgit Publishing House,Batu Caves,Selangor.

3. SURAT KHABAR :

Zahid Muhammad_Sunday Star 7 Mac 2010


Zennifer E. Peters_New Sunday Times 7 Mac 2010

4. INTERNET :

www.scribd.com › ... › Study Guides, Notes, & Quizzes


www.scribd.com/.../Perkembangan-Fizikal-dan-Kognitif-Kanakkanak
www.slideshare.net/.../perkembangan-kognitif-kanakkanak
http://www.resep.web.id/artikel/perkembangan-bayi-setelah-lahir-dari-bulan-
ke-bulan.htm
http://ctputih.blogspot.com/2007/02/perkembangan-fizikal-bayi.html
http://www.pdfqueen.com/pdf/pe/perkembangan-sosio-emosi-bayi-dan-kanak-
kanak/2/
http://orangekid.biz/2008/index.php?
option=com_content&view=article&id=52:perkembangan-bayi-dari-lahir-ke-6-
bulan&catid=37:keibubapaan&Itemid=83
http://kaklongnuzula.blogspot.com/2009/10/perkembangan-bayi-7-bulan.html
29
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Remaja/PERKEMBANGANKOGNITIFR
EMAJA.php
http://www.google.com.my/search?hl=en&client=firefox-
a&hs=FSw&rls=org.mozilla%3Aen-US
%3Aofficial&channel=s&q=perkembangan+moral+remaja&btnG=Search&met
a=&aq=f&oq=
http://shukreyahz.blogspot.com/2007/02/perkembangan-fizikal_09.html
http://www.scribd.com/doc/6137477/PERKEMBANGAN-FIZIKAL-DAN-
FISIOLOGIKAL-REMAJA

29

Anda mungkin juga menyukai