Anda di halaman 1dari 24

1.

0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kehidupan manusia melibatkan perubahan. Perubahan itu disebut


sebagai perkembangan dan pertumbuhan. Makna kedua-kedua perkataan ini
berbeza tetapi ia tidak boleh dipisahkan.

1.1 Pertumbuhan

Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang dapat dilihat dengan


nyata dan bersifat kuantitatif iaitu dapat diukur daripada satu peringkat ke
peringkat yang lain. Ia melibatkan aspek fizikal dan juga mental dan berhenti
apabila mencapai kemuncaknya iaitu tahap kematangan seseorang individu.

Karl E. Garrison menyatakan bahawa pertumbuhan merupakan


perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan
otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. D.S Wright dan Ann Taylor pula
menyifatkan pertumbuhan sebagai pertambahan dalam pelbagai sifat luaran
seseorang.

Pertumbuhan secara prinsipnya berlaku dalam dua arah iaitu :

a) Dari atas ke bawah

b) Dari tengah ke tepi

Selain itu, pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya dan


pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus (Mok Soon
Sang, 2009).

1
1.2 Ciri-ciri Pertumbuhan

Pertumbuhan manusia menonjolkan beberapa ciri yang jelas. Antara


ciri-ciri yang utama adalah seperti berikut:

• Bersifat kuantitatif dan boleh dilihat serta diukur melalui edaran masa.

• Kadar pertumbuhan berbeza antara seseorang individu dengan


individu yang lain.

• Anggota badan yang berlainan mengalami kadar pertumbuhan yang


berlainan.

• Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih


besar secara fizikal.

• Saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah. Oleh itu,


pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal.

• Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka, kematangan, kesihatan ibu bapa


dan persekitaran individu tersebut.

• Corak pertumbuhan adalah unik tetapi pada asasnya adalah sama.

• Proses pertumbuhan mencapai kemuncak ketika seseorang mencapai


kematangan.

1.3 Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat


perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan
peringkat yang lebih awal (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1992). Sebagai contoh,
seorang murid Tahun 1 yang tidak boleh membaca, apabila dia mencapai
Tahun 3, dia sudah mampu untuk membaca. Jadi, jelas di sini bahawa murid
itu telah mengalami perkembangan.

2
Karl E. Garrison menyatakan, perkembangan terhasil daripada
tindakan yang saling berkait rapat antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur,
kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah
mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke
arah tertentu dan yang dijangkakan.

Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia


tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah
berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.
Tambahan lagi, perkembangan ialah proses yang sentiasa berlaku iaitu dari
lahir hingga akhir hayat.

1.4 Ciri-ciri Perkembangan

Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

• Satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling


berkait rapat antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

• Perkembangan bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang


berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, emosi, sosial dan moral.

• Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam
arah tertentu.

• Perubahan itu adalah dari segi fungsi.

• Perubahan berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat.

• Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan


menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan
merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik.
3
• Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran pula akan menolong
perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku dalam keadaan yang saling


berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku.

1.5 Prinsip Asas Perkembangan

Proses perkembangan dan pertumbuhan berlaku mengikut arah yang


tertentu:

a) Arah kepala ke kaki – Struktur dan fungsi berlaku dari bahagian


kepala, seterusnya bahagian badan dan kaki.

b) Arah tengah ke tepi – Perkembangan berlaku dari bahagian tengah


badan ke tepi badan.

c) Struktur berkembang terlebih dahulu sebelum fungsi – Otot-otot


hendaklah bertambah kuat sebelum satu-satu bahagian anggota
badan dapat digunakan.

d) Pembezaan – Perkembangan bermula secara umum dan diikuti


dengan cara khusus.

e) Konkrit kepada abstrak – Perkembangan mental bermula dengan


keupayaan untuk memikirkan tentang objek yang boleh dilihat dan
kemudian menuju kepada keupayaan untuk memikirkan sesuatu yang
tidak dapat dilihat.

f) Egosentrik kepada pandangan orang lain – Seseorang kanak-kanak


kecil hanya memetingkan hal-hal tentang dirinya sahaja. Setelah
umurnya meningkat, dia akan mula menerima pandangan orang lain.

4
Proses perkembangan juga berlaku mengikut aturan tertentu. Dalam
erti kata lain, semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama
dari satu peringkat ke satu peringkat. Contohnya, seorang kanak-kanak
boleh berjalan terlebih dahulu sebelum boleh berlari.

Namun begitu, kadar perkembangan yang berlaku ke atas seseorang


individu itu adalah berlainan. Walaupun corak perkembangannya sama
mengikut urutan – urutan tertentu tetapi kadarnya berbeza. Sebagai contoh,
seorang kanak – kanak mungkin boleh mula bercakap pada umur 24 bulan
manakala seorang kanak – kanak lain hanya boleh mula bercakap apabila
mencapai umur 30 bulan.

Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku


secara berterusan. Ianya berlaku berterusan daripada lahir sehingga mati.
Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah
kemahiran yang sedia ada untuk mencapai kemahiran – kemahiran baru
kelak.

Selain itu, proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku daripada


keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya, seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan terlebih dahulu sebelum belejar
menggunakan jari tangan. Otot – otot besar berkembang terlebih dahulu
berbanding dengan otot – otot kecil.

Perkembangan bahagian – bahagian anggota saling berkaitan antara


satu sama lain. Maknanya, perkembangan satu- satu bahagian anggota
mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan anggota yang lain.
Contohnya, seorang kanak – kanak yang popular dari segi sosial juga akan
memperoleh kestabilan emosi.

5
2.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

2.1 Baka

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri – ciri yang diturunkan


melalui ibu bapa kepada anak – anak melalui gen. Ia menguasai
perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu. Tidak dapat
dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan dipengaruhi oleh faktor
genetik individu tersebut, misalnya saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut
dan warna mata (Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009).

Menurut Amram Schienfield pula, baka menentukan persamaan


antara ibu bapa dengan anak – anaknya di kalangan ahli dalam satu
kumpulan keluarga dari segi sifat – sifat seperti kebolehan, minat dan
kawalan emosi. Arnold Gesell seorang ahli psikologi mengemukakan teori
bahawa baka merupakan penggerak utama terhadap perkembangan
seseorang individu dan mengatakan bahawa faktor – faktor persekitaran tidak
penting dalam perkembangan.

Faktor baka secara keseluruhannya dapat memberi kesan ke atas


perkembangan dari aspek – aspek berikut :

a) Fizikal – Rupa paras, saiz badan, warna kulit, warna mata dan jenis
darah.

b) Fisiologi – Penyakit keturunan seperti diabetis, hemofilia, masalah


kekerdilan, cacat pendengaran dan penglihatan.

c) Kecacatan mental – Berpunca daripada gen resesif daripada tali


persaudaraan yang terdekat. Sebagai contohnya, penyakit sindrom
down.

6
d) Sahsiah – Perangai, sifat introvert dan ekstrovert.

Mengikut Sheldon, ciri sahsiah seseorang berkait rapat dengan bentuk


tubuh badannya. Beliau menggolongkan bentuk badan manusia dalam tiga
kategori iaitu endomorf, mesomorf, dan ektomorf.

Secara ringkasnya, perkaitan di antara bentuk tubuh badan manusia


dengan sahsiah atau personaliti adalah seperti berikut :

Jenis Bentuk
Rupa Bentuk Badan Ciri – ciri Personaliti
Badan

Trait Viscerotonia: Suka bergaul,


Endomorf Bulat dan lembut
cepat mesra, berlega, mengedur.

Otot – otot kuat, Trait Somatotonia: Tegas, agresif,


Mesomorf berkemahiran suka riadah, sedia menghadapi
psikomotor cabaran.

Trait Cerebrotonia: Tidak suka


Ektomorf Kurus dan tinggi bergaul, introvert, tidak suka
aktiviti fizikal.

e) Kecerdasan – Jika semua faktor sihat perkembangan kecerdasan akan


berlaku dengan baik.

Seseorang bayi mewarisi bentuk fizikal bersama kelenjar deria, otak


dan struktur lain yang penting untuk perkembangan kecerdasan.

2.2 Persekitaran

Persekitaran merujuk kepada semua pengalaman yang dialami oleh


seseorang individu sama ada di rumah, bersama jiran, sekolah dan
masyarakat di mana dia berada. Menurut Amram Schienfield, persekitaran
merujuk kepada luaran individu dan faktor bakanya yang bermula daripada
peringkat persenyawaan. Norman L. Munn pula mengatakan bahawa

7
persekitaran adalah segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit
kebakaan.

Secara umumnya, faktor persekitaran ini terbahagi kepada dua


kategori iaitu:

a) Kategori Pralahir

Kategori di mana bayi masih belum dilahirkan. Terdapat beberapa


faktor yang boleh mempengaruhi bayi yang masih berada di dalam
kandungan. Antaranya ialah faktor umur ibu. Usia ibu yang sudah lanjut
boleh menyebabkan kecacatan mental bayi atau menyebabkan tahap
kecedasannnya lemah. Selain itu, pemakanan ibu semasa mengandung juga
perlu dijaga kerana makanan yang seimbang akan menjamin kesihatan bayi
dan kemudiannya mengalami pertumbuhan yang normal setelah dilahirkan
Begitu juga dengan emosi ibu ketika mengandung. Ibu yang berasa tertekan,
risau dan takut kemungkinan akan melahirkan bayi yang kurang sihat.

Kesihatan ibu yang mengandung juga boleh memberi kesan kepada


perkembangan dan pertumbuhan bayi. Ibu yang menghidap penyakit
berkemungkinan boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkannya juga
akan mewarisi penyakit yang dihidapinya. Ibu yang menyalahgunakan dadah
juga akan boleh mengakibatkan bayi mereka terjejas dan kemungkinan juga
akan mengalami kecacatan. Pendedahan ibu kepada x-ray yang berlebihan
juga boleh mengakibatkan bayi cacat jasmani dan mental.

b) Kategori Selepas Lahir

Kategori di mana bayi sudah dilahirkan. Di dalam kategori ini, faktor


pemakanan juga memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, bayi
yang baru lahir perlu diberi susu ibu kerana ianya mempunyai khasiat yang
tinggi untuk bayi. Seterusnya ialah faktor keluarga. Sesungguhnya
perkembangan sahsiah seseorang individu bermula dalam keluarga.
Contohnya, keadaan rumah yang harmonis dan keadaan hubungan
8
kekeluargaan yang erat dapat menggalakkan kanak-kanak ke arah
berpesonaliti positif.

Selain itu, pergaulan kanak-kanak dengan rakan sebaya juga sedikit


sebanyak dapat mempengaruhi perkembangan mereka. Ini kerana, mereka
dapat belajar berinteraksi dan bersosial apabila bergaul dengan rakan-rakan
mereka. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang
bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada
mereka. Dari segi kognitif, pemikiran kanak-kanak akan makin bekembang
kerana terlibat dalam perbincangan dan perbahasan.

Faktor sekolah yang dihadiri oleh kanak - kanak juga dapat


mempengaruhi perkembangan mereka. Pembelajaran seseorang kanak-
kanak itu dipengaruhi oleh sekolah yang dihadirinya. Misalnya, jika seorang
kanak – kanak yang masuk ke sekolah yang hanya menekankan akademik,
kemungkinan kanak – kanak itu akan kurang meminati bidang sukan. Begitu
juga dengan seorang guru yang penyayang dan berdedikasi nescaya dapat
melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai personaliti yang
positif.

Perkembangan kanak-kanak juga dipengaruhi oleh tempat tinggal


mereka. Kebiasannya pada zaman sekarang, penduduk di bandar kurang
mesra berbanding dengan penduduk di luar bandar. Oleh itu, bagi kanak-
kanak yang membesar di bandar dengan keadaan masyarakatnya yang agak
mementingkan diri sendiri kemungkinan akan terpengaruh dengan keadaan
itu dan menjadi seorang individu yang tidak pedulikan tentang orang lain.
Sebaliknya, jika kanak-kanak yang membesar dalam keadaan masyarakat
yang harmoni, berkemungkinan mereka akan menjadi seorang individu yang
bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri.

9
3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan tentang badan


termasuk perubahan otak dan organ-organ dalaman. Semasa pembesaran,
kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan,
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang lebih
kompleks (Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009).

10
Sepanjang tempoh menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, pemerhatian dan kajian perkembangan
fizikal telah dibuat ke atas beberapa orang pelajar yang dipilih mengikut
peringkat umur. Diantara aspek-aspek fizikal yang dikaji ialah saiz badan,
saiz kepala, tinggi dan berat badan. Berikut ialah data perkembangan fizikal
mereka secara keseluruhan :

PERINGKAT NAMA KANAK- SAIZ SAIZ


TINGGI BERAT
UMUR KANAK BADAN KEPALA

Kecil dan
Megat Muzammil 51.5cm 108.5cm 20kg
berisi
2 - 6 tahun
Kecil dan
Nor Hafizha 50cm 105cm 17kg
kurus

Muhammad Azri Kecil 56cm 125cm 22kg


7 - 12 tahun
Nur Mawardah Sederhana 55cm 129 cm 30kg

Muhammad Kurus dan


51.5cm 139cm 30kg
12 tahun ke Aiman tinggi
atas Sederhana
Nurul Nabilah 52 cm 141cm 41kg
besar

Berdasarkan data yang diperoleh, telah dibuat purata perkembangan


fizikal bagi setiap aspek yang dikaji. Jadual di bawah menunjukkan rumusan
perbandingan perkembangan fizikal yang dilalui oleh kanak-kanak bagi setiap
peringkat umur :

PURATA
PERINGKAT PURATA SAIZ PURATA PURATA
SAIZ
UMUR BADAN TINGGI BERAT
KEPALA

2 - 6 tahun Kecil 50.75cm 106.75cm 18.5kg

11
Sederhana
7 - 12 tahun 55.5cm 127cm 26kg
Kecil

Tinggi dan
12 tahun ke atas sederhana 51.75cm 140cm 35.5kg
besar

a) Peringkat umur 2 – 6 tahun :

Bagi kanak-kanak peringkat umur 2 – 6 tahun, purata saiz badan


mereka masih kecil. Purata ketinggian mereka adalah sekitar 106.75 cm
manakala purata berat badan mereka pula adalah sekitar 18.5 kg. Ini
menunjukkan kadar perkembangan fizikal yang berlaku pada peringkat ini
adalah perlahan berbanding pada peringkat yang sebelumnya. Jika dilihat
kepada purata saiz kepala mereka, ianya kelihatan agak besar. Ini adalah
kerana perkembangan fizikal secara prinsip asasnya berlaku dari arah kepala
ke kaki. Oleh itu, saiz kepala kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih
besar berbanding dengan saiz struktur-struktur badan yang lain.

Pada peringkat ini juga, kadar perkembangan kanak – kanak


perempuan adalah lebih cepat berbanding kanak – kanak lelaki. Akan tetapi
model kanak – kanak yang digunakan dalam kajian menunjukkan saiz badan
kanak - kanak lelaki lebih besar dan tinggi berbanding kanak - kanak
perempuan. Ini mungkin disebabkan pengaruh faktor baka. Kemungkinan
fizikal kanak – kanak lelaki itu dipengaruhi oleh baka keturunannya yang
mempunyai badan yang agak besar manakala baka keturunan kanak – kanak
perempuan itu pula sebaliknya. Disamping faktor baka, faktor makanan juga
boleh dijadikan sebab. Ini adalah berdasarkan hasil interaksi dengan kanak –
kanak perempuan tersebut yang lebih menggemari makanan ringan
berbanding makanan yang berkhasiat.

Seterusnya, selain daripada perkembangan aspek - aspek fizikal yang


dibuat pemerhatian dan secara khusus, terdapat juga aspek - aspek lain yang

12
telah diberi perhatian secara tidak langsung. Antaranya kanak – kanak pada
peringkat ini sudah boleh menulis huruf dan nombor tetapi dengan tulisan
yang tidak kemas dan kebanyakan mereka juga sudah boleh menulis nama
mereka sendiri. Mereka juga telah mempunyai satu set gigi susu yang
lengkap.

b) Peringkat umur 7 – 12 tahun

Pada peringkat umur ini, data hasil dari pemerhatian menunjukkan


purata saiz badan kanak – kanak berada pada tahap sederhana. Purata
ketinggian mereka adalah sekitar 127 cm dan purata berat badan mereka
pula adalah sekitar 26 kg. Jelas menunjukkan bahawa kadar perkembangan
dan pertumbuhan pada peringkat ini berlaku secara stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan sebelumnya. Purata saiz kepala pula
menunjukkan satu perkembangan yang agak cepat dengan ukuran puratanya
dalam sekitar 55.5 cm. Namun, terdapat kemungkinan model kanak-kanak
yang digunakan dalam kajian dipengaruhi oleh baka keturunannya.

Selain itu, ketinggian kanak – kanak perempuan bertambah pada umur


8 sehingga 10 tahun dan akan mencapai kemuncaknya pada umur 12 tahun
manakala ketinggian kanak - kanak lelaki pula bermula pada umur 10 tahun
sehingga 12 tahun dan akan mencapai kemuncaknya pada umur 15 tahun.
Berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian yang diperoleh, sememangnya
kanak – kanak perempuan adalah lebih tinggi berbanding kanak – kanak
lelaki.

Pemerhatian yang dilakukan secara tidak langsung pula mendapati


kanak – kanak pada peringkat ini sudah mula aktif dan cergas. Selain itu,
penyelarasan motor dan kawalan tubuh badan mereka juga bertambah baik.
Sesuatu yang di luar kawalan, apabila model kanak – kanak lelaki telah
menunjukkan kemampuannya melakukan aksi akrobatik (kepala di bawah
dan kaki ke atas) ketika kajian sedang dilakukan. Ini membuktikan bahawa
kanak – kanak pada peringkat ini telah menjadi lebih kuat dan lasak. Mereka
13
juga telah mampu untuk membaca kerana otot mata mereka telah mencapai
tahap kematangan. Kemahiran menulis mereka juga semakin meningkat dan
dapat menulis dengan tulisan yang agak kemas.

c) Peringkat umur 12 tahun ke atas

Berdasarkan data yang telah diperoleh, purata saiz kanak – kanak


pada peringkat umur ini berada pada tahap sederhana besar. Dari segi
ketinggian, puratanya ialah sekitar 140 cm manakala berat badan pula sekitar
35.5 kg. Ini menunjukkan bahawa kadar perkembangan dan pertumbuhan
pada peringkat ini adalah cepat dan pesat berbanding pada dua peringkat
umur sebelum ini. Kadarnya adalah sama seperti kadar perkembangan
semasa peringkat bayi. Purata ukuran saiz kepala mereka pula dalam sekitar
51.75 cm. Sesungguhnya perubahan fizikal mereka mula ke arah dewasa.

Seterusnya, berdasarkan pemerhatian secara tidak langsung, didapati


kanak – kanak pada peringkat umur ini telah mampu menulis dengan tulisan
yang kemas dan kecil. Fizikal badan mereka juga menunjukkan bahawa
mereka sudah mampu melakukan aktiviti – aktiviti yang lasak.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian secara tidak langsung juga,


didapati kanak–kanak perempuan pada peringkat umur ini kelihatan lebih
matang berbanding kanak – kanak lelaki. Fizikal badan kanak – kanak
perempuan juga kelihatan lebih besar dan tinggi berbanding lelaki. Bentuk
badannya juga telah mula menunjukkan sifat kewanitaanya dan mengalami
perubahan yang ketara terutama di bahagian dada dan pinggul. Ini adalah
kerana perubahan saiz perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau
dua tahun sebelum akil baligh.

14
4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Kognitif ialah pemikiran. Perkembangan kognitif bermakna


perkembangan fikiran dan intelek manusia. Kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara – perkara yang berlaku di persekitaran masing – masing ( Haliza
Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009).

Ketika tempoh menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS),


pemerhatian dan kajian perkembangan kognitif telah dijalankan terhadap
beberapa orang pelajar. Beberapa soalan telah disediakan untuk menguji
kognitif mereka. Soalan – soalan tersebut ialah seperti berikut :

15
Ujian Kedudukan Asal Transformasi
Nombor Adakah sama bilangan duit syiling Sekarang adakah jumlah bilangan duit
dalam setiap baris? syiling sama ataupun ada yang lebih?
Cecair Adakah sama jumlah air di dalam Sekarang adakah jumlah air masih
kedua-dua bekas? sama dalam kedua-dua bekas
ataupun salah satunya lebih
Sama ( ) Tdak ( ) Sama ( ) Tdak ( )
banyak?
Kenapa? Kenapa?

Jarak Adakah sama ukuran antara kedua- Adakah kedua-dua kayu sama panjang
Sama ( ini?
dua kayu ) Tidak ( ) Sama ( )satunya Tidak
atau salah ( )
lebih panjang?

Kenapa? Kenapa?

Sama ( ) Tidak ( ) Sama ( ) Tidak ( )

Kenapa? Kenapa?

Jisim Adakah sama jumlah plastesin Sekarang adakah sama jumlah


dalam setiap bola? plastesin dalam kedua-dua bekas
ataupun lebih salah satunya?

Sama ( ) Tidak ( ) Sama ( ) Tidak ( )

Kenapa? Kenapa?

a) Peringkat umur 2 – 7 tahun

Ujian kognitif yang telah dijalankan ke atas kanak – kanak peringkat


umur ini dan hasil ujian mendapati bahawa mereka masih menumpukan
16
kepada keadaan fizikal daripada konsep yang lebih abstrak. Sebagai contoh,
apabila mereka menjawab soalan yang pertama, mereka akan menjawab
bilangan syiling dalam baris itu sama banyak di bahagian kedudukan asal dan
bahagian tranformasi tidak sama. Jelas juga di sini bahawa mereka melihat
pemanjangan baris sebagai baris baru dan bukan proses pemanjangan baris
yang asal. Kanak – kanak pada peringkat ini juga tidak dapat memberi sebab
ke atas jawapan yang mereka sendiri berikan.

b) Peringkat umur 7 – 11 tahun

Berdasarkan ujian dan pemerhatian yang dibuat, kanak – kanak pada


peringkat ini masih belum dapat menjawab soalan dengan tepat. Mereka
masih juga menumpukan kepada keadaan fizikal daripada konsep yang lebih
abstrak. Ini kemungkinan kerana model kanak – kanak yang dikaji adalah
daripada golongan pelajar yang lemah dalam pelajaran. Oleh itu, mungkin
perkembangan kognitif mereka juga berlaku agak lambat. Untuk kesemua
soalan, jawapan mereka sama dengan jawapan kanak - kanak pada peringkat
umur 2 – 7 tahun. Namun, mereka sudah mampu memberikan sebab ke atas
jawapan mereka walaupun sebab – sebab yang diberikan tidak tepat.

c) Peringkat umur 12 tahun ke atas

Kanak – kanak pada peringkat ini sudah mampu melakukan proses


mental ke atas idea – idea dan membuat jangkauan atau andaian
berdasarkan fakta. Berdasarkan hasil ujian yang dilakukan, mereka mampu
menjawab soalan dengan betul. Pemikiran mereka juga sudah tidak terikat
dengan bahan – bahan konkrit dan boleh memikirkan idea secara abstrak.
Buktinya mereka mampu memberikan sebab yang munasabah dan kukuh ke
atas jawapan yang dikemukakan. Selain itu, mereka juga sudah boleh
membuat hipotesis mencari alternatif penyelesaian masalah.

5.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL


17
a) Peringkat umur 2 – 6 tahun

Pada peringkat ini, kanak – kanak hanyalah perlu dibantu mengikut


keperluan sahaja. Elakkan memberi bantuan berlebihan kerana akan
menyebabkan kanak – kanak menjadi kurang yakin dan terlalu bergantung
kepada ibu bapa atau guru. Mereka akan berasa takut untuk melakukan
sesuatu dengan sendiri. Sesungguhnya, kanak – kanak sebenarnya akan
berasa puas hati jika berjaya melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.

Selain itu, perlu dielakkan juga ialah membanding diantara kanak –


kanak. Seperti yang diketahui, kanak – kanak pada peringkat sudah mula
aktif dan disarankan mereka menjalankan aktiviti – aktiviti bermain seperti
bermain bola, berlari, melompat dan sebagainya. Aktiviti – aktiviti ini boleh
membantu perkembangan otot – otot kecil mereka.

b) Peringkat umur 7 – 12 tahun

Sesuai dengan kanak – kanak di peringkat ini yang sedang dalam


proses penambahbaikan psikomotor yang sedia ada, maka mereka boleh
dilibatkan dalam aktiviti – aktviti lasak dan sukan. Mereka juga boleh diajar
aktiviti permainan seperti bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk
perempuan. Bagi menguatkan daya tahan dan otot – otot mereka mereka
juga boleh dilibatkan dalam aktiviti seperti berenang dan gimnastik.
Pemakanan yang seimbang dan senaman yang betul juga perlu diterap.
Selain itu, mereka juga boleh diajar seni contohnya muzik dan melukis.

c) Peringkat umur 12 tahun ke atas

Perkembangan kanak – kanak pada peringkat ini adalah sangat pesat.


Mereka berada pada awal zaman remaja. Oleh itu, guru boleh merancang
aktiviti seperti caramah dan kaunseling. Disamping itu, aktiviti fizikal yang
lasak bagi menguatkan daya tahan mereka juga perlu dititikberatkan seperti

18
‘jungle trekking’, berkhemah dan mendaki. Pada peringkat ini juga
kebiasaanya mereka akan mencapai akil baligh. Oleh itu, mereka perlu
didedahkan dengan ceramah tentang aktiviti seksual. Mereka juga perlu
diberi peluang dan ruang untuk perbincangan kerana mereka perlukan
perhatian.

6.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF

a) Peringkat umur 2 – 6 tahun

Pada peringkat ini, kanak – kanak perlu diajar dengan menggunakan


bahan bantu mengajar yang konkrit. Sekiranya ingin mengeluarkan arahan,
arahan mestilah pendek dan disertai dengan contoh. Ini adalah kerana
mereka ini susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pandangan
orang lain. Dari segi penggunaan perkataan pula, guru perlu lebih berhati –
hati. Ini adalah kerana kadang - kadang sesuatu perkataan membawa makna
atau boleh membawa pelbagai makna. Seterusnya, kanak – kanak perlu
banyak diberi peluang untuk mereka melakukan sesuatu aktiviti dengan
sendiri kerana ini akan membentuk keyakinan diri mereka. Seterusnya, selain
di dalam kelas, mereka juga boleh dibawa keluar untuk merasai pengalaman
belajar di luar bilik darjah. Oleh itu, guru boleh rancangkan aktiviti lawatan dan
sebagainya.

b) Peringkat umur 7 – 12 tahun

Pada peringkat ini, penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit


masih boleh diteruskan. Pastikan bahan – bahan yang digunakan boleh
menarik perhatian kanak- kanak. Selain itu, kanak – kanak perlu diberi
peluang untuk memanipulasi dan menguji objek – objek yang diajar dan
membiarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Seterusnya,
pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun.
Kanak – kanak juga perlu diberi peluang meluahkan idea ketika proses
pembentangan. Guru juga perlu membuat contoh – contoh yang sesuai dan

19
berkaitan dengan pengalaman mereka untuk perkara yang lebih kompleks.
Sebagai contoh, kaitkannya dengan rancangan televisyen yang mereka
gemar. Kanak – kanak juga sudah boleh diperkenalkan soalan – soalan
berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logic dan
analitik. Seterusnya, cuba tunjukkan cara yang mudah dalam menyelesaikan
soalan itu.

c) Peringkat umur 12 tahun dan ke atas

Mengajar kanak – kanak pada peringkat ini perlu menggunakan bahan


yang konkrit mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Sebagai contoh
ialah menggunakan bahan 3D, model, carta dan sebagainya. Seterusnya,
kanak – kanak perlu diberi peluang untuk meneroka alternatif penyelesaian
dan membuat hipotesis. Berikan peluang yang lebih banyak disamping
membimbing mereka membuat andaian dan meneroka jalan penyelesaian.
Galakkan juga pemikiran secara kritis dan kreatif. Selain itu, beri peluang
kepada mereka untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab ke atas
jawapan yang diberikan. Suruh mereka bentang dan kritik idea yang
dikemukakan.

7.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

20
Perkembangan adalah suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
Ianya bersifat kualitatif iaitu tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat perubahan
yang berlaku.

Melalui kajian dan pemerhatian yang telah dibuat ke atas beberapa


orang kanak - kanak, dapat dirumuskan bahawa perkembangan yang berlaku
adalah berbeza bagi setiap peringkat umur. Kadar perkembangannya juga
adalah berbeza dan sememangnya terbukti melalui pemerhatian.

Namun, tidak dapat dinafikan perbezaan itu kadang kala disebabkan


oleh faktor – faktor lain yang mempengaruhi. Baka dan persekitran adalah
dua faktor utama dalam mempengaruhi perkembangan individu.

Oleh itu, disarankan terutamanya kepada bakal guru yang akan


menghadapi kanak – kanak agar dapat mendalami apa sahaja yang berkaitan
dengan perkembangan kanak – kanak kerana ianya sangat penting sebagai
persiapan untuk menjadi seorang guru.

REFLEKSI
21
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan kekuatan
yang dipinjamkan olehNya dan dengan kesempatan yang diberikanNya,
dapat juga saya menyiapkan kerja kursus subjek Perkembangan Kanak-
Kanak ini dengan jayanya. Sesungguhnya banyak perkara-perkara baru yang
saya perolehi dan pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung
berkaitan dengan subjek ini.

Setelah mendapat taklimat tugasan daripada pensyarah subjek iaitu


Puan Ambukasari A/P Gunnamalai, saya memulakan tugasan ini dengan
pencarian maklumat-maklumat yang berkaitan daripada buku-buku dan
internet. Sesuatu yang baru yang saya perolehi, kerja kursus kali ini
memerlukan saya untuk membuat tinjauan dan pemerhatian ke atas
beberapa orang kanak-kanak bagi mengkaji perkembangan fizikal dan kognitif
mereka.

Pada permulaannya, saya berasa agak gentar kerana masih belum


mempunyai pengalaman dalam melakukan pemerhatian yang sedemikian.
Namun setelah mendapat bimbingan dan nasihat daripada pensyarah subjek,
saya mula merasa yakin. Seperti yang sudah sedia maklum, kami yang
sememangnya ditetapkan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) selama seminggu dan pada masa yang sama kami ditugaskan juga
untuk melakukan pemerhatian tersebut dalam tempoh itu.

Bagi menjalani pemerhatian itu, saya telah meminta bantuan dan


kebenaran daripada beberapa orang guru untuk mendapatkan 6 orang pelajar
mereka daripada 3 peringkat umur. Bagi memudahkan proses pemerhatian,
saya telah membawa pelajar-pelajar tersebut ke bilik guru. Untuk
mendapatkan data perkembangan fizikal mereka, saya telah menimbang
berat, mengukur tinggi, saiz kepala dan saiz badan mereka. Di samping itu,

22
saya juga telah menyediakan borang biodata diri bagi mendapatkan
maklumat tentang diri dan keluarga mereka. Untuk mengkaji perkembangan
kognitif mereka, saya telah merangka beberapa soalan dan meminta mereka
menjawabnya.

Sesungguhnya proses menyiapkan kerja kursus ini penuh dengan


cabaran dan ujian. Antara cabaran besar yang saya terpaksa hadapi adalah
kekangan masa dan tarikh penghantaran bagi tugasan – tugasan lain yang
hampir sama dengan tugasan ini. Kesilapan saya ialah terlalu leka dengan
tugasan-tugasan lain sehingga tugasan ini terabai. Pada saat-saat akhir,
barulah saya tumpukan pada tugasan ini yang menyebabkan berlaku sedikit
kekalutan dalam menyiapkannya.

Akhirnya, semoga tugasan ini dapat memberi manfaat dan pedoman


kepada saya. Segala kelemahan dan kesilapan yang wujud, insya Allah akan
diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

23
BIBLIOGRAFI

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2009). Perkembangan Kanak-kanak untuk


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzane Jaafar (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak


dan Remaja. Selangor: Arah Publications.

Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psikologi Pendidikan 1 Konsep Asas

Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang

Jaya: Longman.

24

Anda mungkin juga menyukai