Anda di halaman 1dari 30

1.

Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan adalah fokus kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor yang

mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Kedua-dua ini berkait rapat antara satu dengan lain Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan perkembangan adalah untuk memberi pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut. Keduanya untuk memahami mekanisme , proses dan penentu tingkah laku serta untuk meramal tingkah laku.

2. Definisi Pertumbuhan

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kualitatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga melibatkan perubahan dari segi kuantiti

seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut beliau lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam proses menuju kematangan.

Menurut Karl Garrison dalam Murugiah, pertumbuhan merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan-perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke semasa.

Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin, mengatakan bahawa pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelaah. Beliau berpendapat walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum yang terjadi pada manusia.

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

3. Definisi Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa. Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar.

Perkembangan juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan,pengukuhan dan kestabilan Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa sesuatu organisma ke peringkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan the concept of development, the orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, nd maturation. Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime. (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks yang merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, sosial dan moral seseorang individu (Berk, 2000).

Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Secara ringkasnya perkembangan merupakan pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dengan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

4. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan menurut Mok Soon Sang 2011.

4.1 Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi 4.2 Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya. 4.3 Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus. 4.4 Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. 4.5 Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat. 4.6 Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial. 4.7 Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkatperingkat tertentu. 4.8 Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak 4.9 Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain. (Mok Soon Sang, 2001)

5. Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan(lebih kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi oleh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan . manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

6. Ciri-ciri Perkembangan

6.1 Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. 6.2 Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam kadar yang berlainan. 6.3 Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat seseorang Individu itu. 6.4 Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. 6.5 Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan ke satu tahap maksimum. 6.6 Perkembangan berlaku melalui perubahan dari segi bahasa, suara, tingkah l, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.

7. Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keseluruhan proses perubahan tersebut dinamakan sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial adalah seperti jadual 1 di bawah:

Aspek Jasmani

Pertumbuhan Tinggi, berat, saiz, pertumbuhan urat, saraf,daging, gigi dan pancaindera.

Perkembangan Kemahiran menggunakan anggota badan seperti berjalan, berlari dan sebagainya. Kemahiran menggunakan bahasa, perkataan angka, pemikiran dan penaakulan.

Mental Keupayaan berfikir berkembang termasuk perkara subjektif.

Emosi Perasaan 6aying, suka, duka, marah dan sebagainya. Sosial Berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya jiran dan masyarakat. Timbul kesedaran perbezaan jantina, disiplin kumpulan, peranan dan penyesuaian dengan rakan sebaya. Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan.

Jadual 1 : Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan

8. Teori-teori Perkembangan Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan akan membolahkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk penyelidikan dan cadangan yang disyorkan untuk menangani kanak-kanak. Pembentukan teori-teori dipengaruhi oleh pandangan yang dipegang oleh pengkaji. . Teori-teori yang dikemukakan akan mempengaruhi tindakan ibu bapa, guru, ahli psikologi dan doktor perubatan kanak-kanak.

Antara beberapa teori utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai peringkat perkembangan individu adalah:

(a) Teori Perkembangan Arnold Gesell (b) Teori Perkembangan Robert Haringshurst (c) Teori Perkembangan Jean Piaget (d) Teori Perkembangan Sigmund Freud (e) Teori Perkembangan Erik Erikson

8.1 Teori Perkembangan Arnold Gesell. Menurut Gesel, perkembangan merupakan suatu proses kematangan atau fisiologi. Selagi kematangan fisiologi tidak dicapai, apa sahaja yang dilakukan seperti berjalan tidak akan berjaya. Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat; Peringkat Pertama (0- 1 tahun ) Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian. Umur 4 bulan : mata boleh bergerak mengikut gerakan objek. Umur 6 bulan : dapat menggenggam objek. Umur 7 bulan : boleh duduk dan merangkak. Umur 12 bulan : boleh berdiri dan memegang objek tinggi. Peringkat Kedua ( 1- 2 tahun ) Boleh bertatih, berjalan, berlari, bercakap dan sudah mula tahu makna jangan Peringkat Ketiga ( 2- 3 tahun ) Boleh makan bersendirian dan mula bercakap dengan menggunakan ayat mudah. Peringkat Keempat ( 3-4 tahun )

Dapat naik basikal beroda tiga dan menerima arahan mudah. Peringkat Kelima ( 5 tahun ) Telah mula mengemukakan soalan dan bersedia masuk prasekolah. 8.2 Teori Robert Haringshurst

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanakkanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu : i. ii. iii. Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan.

Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun.

Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.

Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak.

Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik.

Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid.

Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.

iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.

Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanakkanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masing-masing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga muridmurid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-

murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya muridmurid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa.

Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua

aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas.

Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku muridmurid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan kepada muridmurid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

8.3 Teori Jean Piaget

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkatperingkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangkan yang berikutnya.

Piaget menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertama, melalui interaksi sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang diperolehi dengan cara sedemikian. Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsepkonsep ini tidak dapat dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran. Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.

Empat Konsep Teori Piaget

i. ii. iii. iv.

Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi

berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.

Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumatmaklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Empat Perkembangan Kognitif Piaget

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)

- Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai sarana perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya; - Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori); - Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

- Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan); - Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik); - Kemahiran berbahasa kian meluas; - Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan; - Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

- Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit; - Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan; - Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait; - Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;

Implikasi teori dalam P&P

Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi); Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek; Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks; Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar; Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

- Pemikiran abstrak; - Pemikiran sistematik; - Kebolehan berhipotesis; - Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).

Implikasi teori dalam P&P

Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks. Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah. Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.

8.4 Teori Perkembangan Sigmund Freud

Dilahirkan pada tahun 1856 di Chechoslovakia. Beliau seorang doktor perubatan tetapi minat beliau mendalam dalam bidang psikologi dan psikiatri. Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransuransur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya. Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id.

Peringkat Perkembangan Sigmun Freud

i.

Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).

ii.

Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan di kasih oleh ibu bapa.

iii.

Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibu bapa sendiri . Kanakkanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibu bapa mesti memainkan peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

iv.

Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )

Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanakkanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

v.

Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ).

Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

8.5 Teori Perkembangan Erik Erikson

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.

Prinsip-prinsip Teori Erik Erikson

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. 3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. 4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. 5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Peringkat-peringkat Perkembangan Emosi Teori Erikson

Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln)

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman - Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain - Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain - Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup

- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln 3 thn )

Konsep diri mula bertambah nyata Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin Sentiasa didenda/di marah malu dan ragu-ragu Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong . Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3 Tahun ) Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar inisiatif Dapat belajar dan bergerak dengan cepat Lebih peka kepada perkara betul dan salah Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif. Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri

Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.

Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri. Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun akhir hayat

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

9. Kajian Pertumbuhan 9.1 Profil Murid

Nama Umur Tahun Jantina Berat/kg Tinggi/m Nama bapa Nama Ibu Pekerjaan Bapa Pekerjaan Ibu Alamat Bilangan Adik Beradik

Ambok Noor Hafizun b Abdullah 9 Tahun 3 Yakin ( kelas ketiga daripada enam kelas ) Lelaki 20.2 kg 1.25 m Abdullah bin Lakasauk Hasnah bt Mustaffa Pekebun Suri rumah 511 Jln Semangat 2, Tmn Sri Lambak Kluang Anak keempat daripada empat adik beradik

Profil Murid 2

Nama Umur Tahun Jantina Berat/kg Tinggi/m Nama bapa Nama Ibu Pekerjaan Bapa Pekerjaan Ibu Alamat Bilangan Adik Beradik

Fazliyana Nabeela bt Mohd Fadly 9 Tahun 3 Yakin Perempuan 40.9 kg 1.50 m Mohd Fadly b Mohd Kamal Fadzilah bt Yaakub Juru analisis Komputer Suri rumah No 400, Jln Semangat 6, Tmn Sri Lambak, Kluang Anak Tunggal

9.2 Perbandingan Saiz Fizikal

9.3 Kedudukan Keseluruhan Akademik 2012 Perbandingan dari segi kognitif

Peperiksaan AwalTahun Setengah tahun Akhir Tahun

Ambok Noor Hafizun 26/38 orang 21/38 orang 22/38 orang

Nur Fazlyana Nabeela 1/38 orang 1/38 orang 1/38 orang

Perbandingan dari Segi Faktor Endogen dan Eksogen

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia terbahagi kepada dua iaitu, faktor endogen iaitu faktor dalam diri individu serta faktor eksogen iaitu faktor luar individu.

Faktor Endogen

Faktor endogen merupakan faktor atau sifat yang dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Ia merupakan faktor keturunan atau faktor pembawaan. Seperti yang telah sedia kita ketahui, individu terjadi apabila berlakunya persenyawaan antara ovum ibunya dan sperma ayahnya. Maka, individu akan mempunyai sifat-sifat ibu dan ayahnya.

Terdapat banyak faktor-faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanakkanak. Faktor yang pertama ialah faktor baka. Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Trait yang diwarisi daripada ibu bapa terkandung dalam gen-gen ini. (Haliza Hamzah dan rakan, 2008) Dari segi fizikal, individu akan mewarisi sifat-sifat fizikal ibu bapanya seperti tinggi, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.

Terdapat kajian yang mendapati sebahagian kecacatan mental adalah diwarisi. Misalnya, penyakit Tay-Sachs. Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini selalunya mati pada umur 3 atau 4 tahun kerana kegagalan badan mereka memecahkan lemak. Penyakit ini selalunya berlaku di kalangan orang Yahudi di Timur Eropah. Jika kedua-dua ibu bapa membawa gen ini, anak mereka akan mempunyai peluan 25 peratus untuk menghidapi penyakit ini. Penyakit-penyakit lain yang boleh diwarisi adalah seperti sindrom Down, Phenylketonuria dan Anemia Sel Sikel. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006)

Faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak ialah pengambilan dadah, alcohol atau rokok oleh ibu semasa mengandungkan anak mereka. Apabila seorang ibu yang hamil mengambil dadah, risiko bayi yang dilahirkan cacat atau terencat akal adalah tinggi. Pengambilan dadah seperti heroin,kokein dan metadon juga boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus. Pengambilan alcohol pula akan menyebabkan bayi menghidapi fetal alcohol syndrome, iaitu jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan sebagainya. Selain itu, jika ibu yang

mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen keranapembuluh darah mengecut. Karbon monoksida yang disedut akan meningkatkan kandungan karbon dalam haemoglobin ibu. Keadaan ini akan mengurangkan pengoksidaan darah dan seterusnya janin akan mengalami kekurangan bekalan oksigen. Ini boleh menyebabkan kecacatan otak dan ukuran lilit kepala yang kurang. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006)

Faktor Rh darah juga merupakan salah satu faktor endogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak. Apabila perempuan yang berdarah Rh negative berkahwin dengan lelaki yang berdarah Rh positif, biasanya anak yang dilahirkan adalah berdarah Rh positif. Semasa hamil, ibu yang berdarah Rh negatif akan menghasilkan antibodi yang berupaya untuk memusnahkan sel darah fetus yang mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya. Pada kehamilan pertama, tiada apa-apa yang serius berlaku namun pada kehamilan kedua dan seterusnya, mungkin terdapat antibodi yang cukup dalam darahibu dan ia akan memusnahkan sel darah fetus sehingga mengakibatkan anemia. Sekiranya ibu tidak mendapatkan rawatan, dia mungkin akan mempunyai seorang anak sahaja dan mengalami keguguran pada kehamilan seterusnya.

Faktor Eksogen

Faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar diri inidividu atau. Antara faktor eksogen yang mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak ialah faktor keluarga. Keluarga mempunyai banyak tanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak. Terdapat ahli sosiologi mengatakan bahawa kanak-kanak ketika dilahirkan adalah seperti kain putih atau papan tulis yang bersih. Maka, kanak-kanak tersebut akan mempelajari daripada ibu bapa mengenai kerjasama dan persaingan, kemesraan dan kerenggangan atau senang hati dan ketegangan. Apabila ibu bapa bersifat garang terhadap kanak-kanak, kanak-kanak tersebut akan bersifat pasif, tidak ada inisiatif, tidak mahu bekerjasama dan mereka takut untuk mengeluarkan pendapat. Sekiranya ibu bapa berlembut dengan anak-anak dan memenuhi segala permintaan mereka serta memberikan kebebasan mutlak kepada kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tersebut tidak akan menghormati orang tua dan tidak mempunyai perasaan tanggungjawab. Walau bagaimana pun, sekiranya seseorang kanak-kanak itu dibesarkan dengan cara melibatkannya dalam setiap perbincangan mengenai masalah keluarga serta dididik dengan lembut tetapi tegas dan banyak diberi bimbingan, kanak-kanak tersebut akan

bersifat bersopan santun, yakin kepada kebolehan dirinya serta menunjukkan sifat-sifat yang positif. (Rohana Yusof,1996)

Sekolah juga merupakan salah satu faktor eksogen yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Di sekolah, kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang lain yang berada dalam kelompok asas mereka. Kanak-kanak diajar ilmu pengetahuan dan kemahiran semasa berada di sekolah dan apa yang dipelajari oleh kanak-kanak di sekolah tidak terbatas kepada kesedaran terhadap terhadap kurikulum sahaja tetapi mereka juga diajar tentang kepentingan nilai-nilai dan norma-norma kebudayaan masyarakat mereka. (Rohana Yusof,1996)

Selain itu, antara faktor eksogen yang lain adalah rakan sebaya. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dari segi nilai, sikap dan pandangan mengenai kehidupan terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak akan cuba untuk menghayati norma, nilai dan harapan rakan sebaya agar diterima dan disanjung oleh kumpulannya walaupun kadangkala norma tersebut menyalahi norma dan nilai keluarga atau masyarakat(Rohana Yusof,1996). Melalui rakan sebaya, kanak-kanak dapat memperolehi kemahiran untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Kanak-kanak akan belajar menghormati hak orang lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab ke atas tugas yang diberi dan mematuhi peraturan dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kumpulan. Individu akan mempelajari kemahiran tersebut secara berperingkat-peringkat dan melalui permainan. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006)

Tempat tinggal juga mampu mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak. Ia salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasuklah sistem moral dan nilai seseorang. Secara amnya, tempat tinggal terbahagi kepada tiga kawasan, iaitu Bandar, luar bandar dan pinggir Bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan Bandar adalah lebih terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi. Manakala individu di kawasan luar Bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan individu lain dan mementingkan nilainilai murni. (Dr. Khadijah Rohani dan rakan-rakan, 2006).

10. Implikasi Perkembangan Kognitif dan Fizikal Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan teori-teori yang telah dikemukakan, beberapa implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran telah dikenal pasti. Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak.

Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal remaja sekitar umur 2 hingga 6 tahun, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-kanak setakat yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Di samping itu, kanak-kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Mereka juga aktif pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan bola dan berlari dan mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna.

Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun pula berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyelesaian.

Implikasi perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat pra operasi dalam lingkungan umur 2 hingga 7 tahun pula ialah dengan mengajar kanak-kanak menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit seperti menggunakan bahan maujud seperti batu dan guli untuk mengajar kemahiran menambah dan menolak. D i samping itu, arahan yang diberikan guru haruslah pendek disertai dengan contoh. Sebagai contoh, arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.

Implikasi bagi perkembangan kognitif kanak-kanak bagi peringkat umur 7 hingga 11 tahun pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang konkrit terutama untuk

belajar kemahiran baru. Sebagai contoh, model-model tiga dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

11. Kesimpulan

Seperti yang telah diterangkan dalam pendahuluan, perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Antara contoh aktiviti-aktiviti fizikal ialah duduk, berjalan, berlari, melompat, memanipulasi objek dan sebagainya. Perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori terutamanya penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan fizikal tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu memberikan implikasi yang besar bagi diri setiap kanak-kanak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkembangan fizikal sebenarnya banyak mempengaruhi perkembangan kognitif, bahasa, kendiri dan emosi seseorang kanak-kanak.

Berdasarkan perkembangan fizikal ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan fizikal mereka. Contohnya, kanak-kanak ini masih belum sesuai untuk diberi peluang bermain permainan yang terlalu lasak seperti permainan ragbi. Apatah lagi jika disuruh bermain dengan orang yang jauh lebih besar berbanding mereka. Ia boleh menyebabkan murid ini tercedera.

Selain itu, pemakanan yang bersesuaian adalah perlu bagi memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak ini tidak terjejas dan terbantut. Pengambilan makan seimbang adalah penting untuk mengelakkan obesiti ataupun terlalu kurus. Ini kerana, pada peringkat umur ini, kanakkanak sedang membesar.

Sekiranya perkembangan fizikalnya terbantut, ia boleh mengganggu emosinya dan menghilangkan keyakinannya untuk bersama dan bersosial secara sihat dengan rakan-rakan

sebaya. Ia juga boleh membantut minatnya yang menjurus ke arah berbentuk fizikal contohnya bermain bola sepak.

Seterusnya, guru perlu bijak menempatkan murid-murid di dalam kelas mengikut saiz badannya. Sekiranya murid kecil, maka perlulah diletakkan di hadapan agar mudah baginya untuk menjalani proses P&P. Sekiranya penyusunan meja di dalam kelas secara berkumpulan, guru tidak seharusnya meletakkan seorang murid yang kecil bersama ramai murid yang besar. Ini mungkin boleh menyebabkan dia dibuli oleh rakan-rakannya.

Bibliografi

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :Prentice-Hall, Inc.

Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 .The Psychology of Human Growth and Development. Rein Holt New York.

Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons.

Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.

Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai