Anda di halaman 1dari 31

PATRICIA WILLIAM1 740217-12-5108 HBEF 2103

PENGENALAN Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Perkembangan (Development) adalah bertambahnya kemampuan (skill) dalam struktur dan fungsi tubuh yang lebih kompleks dalam pola yang teratur dan dapat diramalkan sebagai hasil dari proses pematangan. Perkembangan menyangkut adanya proses difrensiasi dari sel-sel tubuh, jaringan tubuh, organ-organ dan sistem organ yang berkembang sedemikian rupa sehingga masing-masing dapat memenuhi fungsinya. Termasuk perkembangan emosi, intelektual dan tingkah laku sebagai hasil interaksi dengan lingkungan. Perkembangan disini diartikan sebagai perubahan yang dialami oleh individu atau oganisme menuju tingkat kedewasaannya (matury) yang berlangsung secara sistematis, progresif, dan berkesinambungan baik fisik maupun psikis. Pertumbuhan dan perkembangan berjalan menurut norma-norma tertentu, walaupun demikian seorang anak dalam banyak hal tergantung kepada orang dewasa misalnya mengenai makanan, perawatan, bimbingan, perasaan aman, pencegahan penyakit dan sebagainya. Oleh karena itu semua orang yang mendapat tugas untuk mengawasi anak harus mengerti persoalan anak yang sedang tumbuh dan berkembang. Manakala Pertumbuhan adalah Perubahan alamiah secara kuantitatif pada segi jasmaniah, fisik dan menunjukkan kepada suatu fungsi tertentu yang baru dari organisme atau individu. Pertumbuhan (Growth) adalah berkaitan dangan masalah perubahan dalam besar, jumlah ukuran atau dimensi tingkat sel, organ maupun individu, yang bisa diukur dengan ukuran berat (gram, pound) ukuran panjang (cm, inchi), umur tulang dan keseimbangan metabolik ( retensi kalsium dan nitrogen tubuh).

PATRICIA WILLIAM2 740217-12-5108 HBEF 2103

1.1 PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN Aspek Jasmani/ Fizikal Mental/ Kognitif Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya Meluaskan perhubungan, komunikasi, bergaul dan Sosial berinteraksi dengan ahli bukan dan guru. Jadual 1.1 : Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan 2.1 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam duaarah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi(kepala dahulu sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengah ke tepi(proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi anggota badan (tanganbergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak). Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11 hingga15 tahun,peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Perubahan dari segi bentuk fizikal dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Pertumbuhan Perkembangan Pertumbuhan saiz, tinggi, berat dan Bertambah kemahiran menggunakan anggota bilangan gigi bertambah. Bertambah keupayaan berfikir seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu. Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, berkemahiran mendisiplin dan sesuaikan diri dalam

keluarga seperti jiran, rakan sebaya pergaulan.

PATRICIA WILLIAM3 740217-12-5108 HBEF 2103

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak. Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Perkara ini adalah salahsatu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

PATRICIA WILLIAM4 740217-12-5108 HBEF 2103

3.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Secara umumnya terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Dua faktor tersebut ialah faktor endogen dan faktor eksogen. Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006), Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2005) serta Zaharah Abu Bakar (2007), mereka telah menyebutkan perkembangan manusia dipengaruhi oleh kedua-dua faktor tersebut dan meletakkan faktor baka sebagai salah satu daripada faktor endogen. Namun Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), Ee Ah Meng (2005), dan Kasnani Ab Karim et. al (2006), membincangkan faktor pertama sebagai faktor baka dan faktor kedua persekitaran, faktor persekitaran pula dibahagikan kepada faktor pra lahir(endogen) dan selepas lahir(eksogen). 3.1.1 Faktor Endogen dan Faktor Eksogen]

Rajah 3.1.1 : Faktor endogen dalam perkembangan manusia

PATRICIA WILLIAM5 740217-12-5108 HBEF 2103

Rajah 3.1.1 : Faktor eksogen dalam perkembangan manusia

3.1.1.1 Faktor Endogen Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) faktor endogen ialah sifat yang dibawa individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran. Faktor endogen juga dikenali sebagai faktor keturunan atau pembawaan. Antara faktor-faktor endogen adalah seperti berikut : (a) Baka Pengaruh baka ke atas perkembangan kanak-kanak jelas dilihat daripada ciri-ciri fizikal, ciri fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan. (b) Pemakanan Pemakanan yang seimbang penting demi pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Zat makanan yang tidak mencukupi akan menyebabkan kadar perkembangan sel otak janin yang lambat. Saiz otak janin boleh menjadi kecil dan perkembangan intelektual terbantut. (c) Kesihatan Ibu Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula dan garam secara berlebihan untuk mengelak kencing

PATRICIA WILLIAM6 740217-12-5108 HBEF 2103

manis dan darah tinggi serta preaklamsia(Shryock,1991). Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat dan begitulah sebaliknya. (d) Penyalahgunaan dadah dan alkohol Ibu hamil harus mengelakkkan diri daripada mengambil dadah dan alkohol. Pengambilan dadah dan alkohol boleh menyebabkan bayi yang lahir akan mengalami kecacatan atau terencat akal. Ia juga akan membahayakan perkembangan biasa seorang bayi. (e) Merokok Ibu yang merokok menyebabkan janin mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Ini menyebabkan kurang(Miller,1986) (f) Faktor Rh darah Suami isteri dengan faktor Rh yang bercanggah akan mengalami masalah keguguran dan kematian bayi pada peringkat sebelum atau selepas lahir. (g) Kesan X-Ray Kesan X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat sama ada jasmani atau mental. (h) Emosi Ibu Emosi ibu seperti marah, kebimbangan dan kecemasan akan merangsang penghasilan hormon adrenalin ibu dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota tubuh lain. Keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen kepada janin. (i) Umur Ibu Semakin muda umur ibu, semakin tinggi risiko mengalami keguguran. Ibu yang berumur antara 20 hingga 35 tahun merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak(Jas Laile suzana Jaafar,1996). Ibu yang berumur 40 tahun ke atas mungkin mengalami keabnormalan kromosom dan melahirkan bayi monggoloid atau bayi sindrom Down. Umur ayah juga mempengaruhi bayi yang dilahirkan. Semakin tinggi umur ayah, semakin tinggi risiko berlakunya mutasi pada sperma yang boleh menyebabkan kelahiran bayi sindrom Down. kecacatan otak dan ukur lilitan kepala yang

PATRICIA WILLIAM7 740217-12-5108 HBEF 2103

(j) Teratogenik dan Penyakit Ibu Teratogen ialah sebarang bahan yang menyebabkan perubahan di dalam kod genetik menyebabkan keabnormalan. I a dalah bahan di dalam persekitaran dan bukan gen yang diwarisi daripada ibu atau ayah. Ia boleh berbentuk fizikal seperti radiasi, jangkitan seperti rubela dan bahan kimia seperti kortison dan tahlidomida. 3.1.1.2 Faktor Eksogen Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006), berpendapat faktor eksogen merupakan faktor yang datang dari luar individu, seperti keluarga, rakan sebaya, budaya, tekonologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat. Antara faktor-faktor eksogen adalah seperti berikut: (a) Pemakanan Seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal kelahiran lagi. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. (b) Keluarga Keluarga memainkan peranan yang penting dan sangat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Cara asuhan yang efektif ialah memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletakkan batasan yang perlu diikuti. (c) Rakan Sebaya Rakan sebaya juga sangat mempengaruhi individu sejak seseorang mula bersosial di luar rumah selain daripada adik-beradiknya. Individu belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat seperti menghormati, bekerjasama, bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan sebagainya. (d) Sekolah Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas lingkungannya seperti rakan sebaya, rakan lain umur dan jantina, guru dan sebagainya. Ia mempengaruhi perkembangan individu. Melalui sekolah individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan kumpulan serta cuba menyesuaikan diri. (e) Tempat Tinggal

PATRICIA WILLIAM8 740217-12-5108 HBEF 2103

Tempat tinggal juga mempengaruhi perkembangan individu. Secara am terdapat tiga kawasan tempat tinggal, iaitu kawan bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya masyarakat di bandar lebih berfikiran terbuka, optimistik dan bercita-cita tinggi. Masyarakat luar bandar pula suka bekerjasama, pertalian hubungan yang rapat serta mementingkan nilai-nilai murni. (f) Media Elektronik dan Sebaran Am Pada masa ini perhubungan manusia adalah tidak terbatas, manusia lebih maju dalam perhubungan dan maklumat. Seseorang individu boleh dan mudah terpengaruh dengan media elektronik dari segi pergaulan, berpakaian, pemakanan dan sebagainya. (g) Pusat Ibadat Pusat ibadat seperti masjid, surau, gereja, dan kuil juga akan membentuk individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti belas kasihan, kesyukuran, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi. Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat ibadat akan terdedah kepada falsafah, ajaran cara hidup dalam pembentukan nilai moral, pergaulan dan sebagainya. (h) Persekitaran Dunia Persekitaran dunia seperti ahli-ahli politik dan pemimpin ekonomi, sosial dan bidang-bidang lain seluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satu-satu tempat. Bencana alam yang berlaku telah menyedarkan dan mewujudkan rasa prihatin dalam diri individu. Nilai individu meningkat ke tahap yang lebih tinggi didalam skala penaakulan moral kohlberg. 3.1.2 Faktor Baka dan Persekitaran Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu. Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy

PATRICIA WILLIAM9 740217-12-5108 HBEF 2103

N. Samuel dan Rafidah Kastawi(2008) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, baka merujuk kepada ciriciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anak mereka sepertiyang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi. Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Shieldo(1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiridaripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak dilokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yangdidapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan,iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anakanak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda

PATRICIA WILLIAM10 740217-12-5108 HBEF 2103

akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanakkanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka. Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti atau pun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan membentuk sahsiah sihat. Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit. Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit,seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia. Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahirankemahiran kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

PATRICIA WILLIAM11 740217-12-5108 HBEF 2103

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor perkembangan kanakkanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna. Faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-kanak. Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibubapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat aktif. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelimalima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakanrakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan dua mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkahlaku di

PATRICIA WILLIAM12 740217-12-5108 HBEF 2103

sekolah dan sebaliknya.Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan(Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza. 4.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN DALAM ASPEK FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK 7 12 TAHUN. Perkembangan Fizikal dan Kognitif. Menurut R. Havighurst, kanak-kanak pada peringkat 7 hingga 12 tahun mengalami pertumbuhan tulang dan otot dan bersedia untuk mempelajari kemahiran menangkap, menendang, berguling dan berenang. Ini merupakan kemahirankemahiran fizikal untuk permainan biasa. Sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri akan dibentuk. Seseorang individu itu akan belajar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, iaitu belajar bertolak ansur, tolong-menolong dan hormat-menghormati dengan rakan sebaya. Ibu bapa dan adik-beradik seseorang individu akan mengajar kanak-kanak lelaki bertingkah laku sebagai lelaki dan kanak-kanak perempuan bertingkah laku sebagai

PATRICIA WILLIAM13 740217-12-5108 HBEF 2103

perempuan. Proses pertumbuhan pada peringkat ini akan menyediakan kanak-kanak untuk pengalaman pembelajaran seperti membaca, menulis dan mengira. Kemuncak perkembangan ini dicapai pada umur kira-kira 12 tahun. Pada peringkat ini, menurut Havighurst, tugas perkembangan ialah untuk memperoleh satu simpanan konsep yang mencukupi bagi membolehkan individu itu berfikir secara berkesan serta membuat keputusan yang bijaksana dalam kehidupan. Kanak-kanak mula mempelajari nilai-nilai murni serta menghayatinya. Seterusnya, ini akan membantu membentuk suatu taraf moral yang tinggi. Kebebasan diri juga akan dicapai apabila kanak-kanak tersebut belajar membuat keputusan dan merangsang diri sendiri, iaitu bebas daripada ibu bapa atau orang dewasa yang lain. Havighurst juga menyatakan bahawa kanak-kanak pada tahap ini mula membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi seperti menghormati kebebasan hak asasi manusia, kerjasama, demokrasi dan toleransi terhadap kebudayaan dan kaum yang berlainan. Menurut Piaget, kanak-kanak lebih berupaya mengawal otot-otot kecil dengan lebih baik. Ini jelas kelihatan pada tulisan mereka yang lebih kemas, bermain alat muzik serta menggunakan pelbagai jenis alat pertukangan. Pertumbuhan mata lebih baik berbanding dengan pertumbuhan jantung. Penglihatan yang lebih baik membolehkan kanak-kanak menjalankan kerja-kerja yang halus. Lelaki suka melibatkan diri dalam kegiatan yang kasar seperti bertumbuk dan bermain kasar. Mereka gemar membuat gasing, layang-layang atau kapal terbang. Manakala kanak-kanak perempuan pula lebih pasif dan lebih suka memerhatikan aktiviti kanak-kanak yang lain di sekeliling mereka. Mereka juga gemar membuat dompet, mengait dan menjahit.

PATRICIA WILLIAM14 740217-12-5108 HBEF 2103

Gambar 4.1 : Pertumbuhan Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan. 4.1.1 Faktor Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan dalam Aspek Fizikal dan Kognitif bagi Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan( 7-12 tahun ) 4.1.1.1 Aspek Fizikal Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada perubahansaiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggotabadan dan perawakan manusia.Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian,berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yanglebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978).Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalamsukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruhpengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim,senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi danlebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Menurut Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiridaripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruhyang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

PATRICIA WILLIAM15 740217-12-5108 HBEF 2103

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat 7 12 tahun adalah stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada seperti : (a) Ketinggian Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada peringkat umur 7-9 tahun pertumbuhan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama. Namun, pada umur 10-12 tahun, kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki kerana kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh lebih awal berbanding lelaki. Selepas akil baligh, kanakkanak perempuan akan membesar dengan lebih cepat sehingga umur 16 tahun.

Carta 4.1.1.1(a) : Kadar Pertumbuhan Ketinggian Kanak-kanak Lelaki dan Perempuan.

(b) Berat Berat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan cepat pada peringkat awal kanakkanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan. Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun dan seterusnya

PATRICIA WILLIAM16 740217-12-5108 HBEF 2103

meningkat beransur-ansur bermula pada umur 7 - 12 tahun sebelum mencapai usia remaja. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat berbanding kanak-kanak lelaki pada usia yang sama. (c) Saiz Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus pada umur 10 tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh. Kadar pertumbuhan saiz anggota badan kanak-kanak lelaki dan perempuan pada umur 7 9 tahun adalah hampir sama. Namun kanak-kanak perempuan yang mencapai umur 10 12 tahun mempunyai kadar pertumbuhan saiz anggota badan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Ini kerana pada peringkat umur ini(10-12) kanakkanak perempuan akan mengalami satu proses akil baligh. Selepas mengalami proses akil baligh kanak-kanak perempuan lebih cepat membesar dari segi saiz anggota badannya berbanding kanak-kanak lelaki yang hanya akan mengalami proses akil baligh seawal peringkat umur 12 tahun. (d) Bilangan Gigi Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Pada peringkat umur 7 9 tahun kadar pertumbuhan bilangan gigi kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama. Di mana pada peringkat umur ini kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai bilangan gigi susu sebanyak 20 batang. Perbezaan dapat dilihat apabila kanakkanak perempuan mencapai akil baligh pada umur 10-12 tahun. Selepas akil baligh pertambahan bilangan gigi atau pertumbuhan gigi kekal lebih cepat kepada kanak-kanak perempuan.

(e) Bertambah Keupayaan Berfikir Termasuk Perkara Subjektif Gambar 4.1.1.1(d) Gigi Susu dan Gigi Kekal. Kanak-kanak pada peringkat umur 7 : Bilangan 12 tahun menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat

PATRICIA WILLIAM17 740217-12-5108 HBEF 2103

dan mempunyai keupayaan berfikir dan fokus dengan lebih baik kepada aktiviti atau tugas yang diberi kapada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanakkanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Keupayaan berfikir kanak-kanak perempuan pada peringkat umur 10 12 tahun adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Pada peringkata umur ini, kanak-kanak lelaki cenderung untuk memilih permainan lasak yang sesuai untuk lelaki misalnya permainan di padang, olahraga dan berenang. Manakala kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk memilih aktiviti yang lebih lembut seperti bermain piano, mengait dan gimnastik. 4.1.1.2 Aspek Kognitif MenurutHaliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingatiperkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsunganhidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut

PATRICIA WILLIAM18 740217-12-5108 HBEF 2103

mengenal, membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut. (a) Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin,1997). Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakanrakannya kerana dia memahami orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang diperolehi oleh kanak-kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan 'class inclusion'. Pada peringkat ini kanak-kanak perempuan lebih berkebolehan berbanding kanak-kanak lelaki. (b) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak,sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Piaget memperkenalkan 4 konsep utama seperti Skema (Schema ), Penyerapan (Assimilation ), Pengubahsuaian (Accomodation ) dan Keseimbangan (Equilibrium ) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Kanak-kanak pada peringkat umur 7 10 tahun dapat dapat membezakan yang mana

PATRICIA WILLIAM19 740217-12-5108 HBEF 2103

satu aktiviti atau permainan yang harus dipilihnya mengikut kesesuaian dirinya. Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan skema yang sama kecuali apabila kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau kualitatif. Kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki dan perempuan pada peringkat umur 7 10 tahun adalah sama. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterimasesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalamanpengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Kanak-kanak perempuan menunjukkan akomodasi lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki pada peringkat umur ini. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa

PATRICIA WILLIAM20 740217-12-5108 HBEF 2103

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkats ensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Peringkat Sensori Motor (02 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (712 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, kanak-kanak pada peringkat umur ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. Kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah seimbang atau sama. Pengekalan (conservation )

Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah dibawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B yang banyak air, dia tentu menjawab B kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep tidak memusat(decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B.

Mengklasifikasi

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti

PATRICIA WILLIAM21 740217-12-5108 HBEF 2103

kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT, Putera RT yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya. Perkaitan Logik

Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yangbetul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.

(c) Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada

PATRICIA WILLIAM22 740217-12-5108 HBEF 2103

masa yang sama mendalami bidang kesususteraan. Penerbitandan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk ThePsychology of Art. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Beliau memberi alternatif kapada idea Piaget tentang perkembanagn kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), pemikiran kanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan orang lain. Baginya, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri melainkan dengan interaksi bersama individu-individu di persekitarannya. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat: Peringkat sosial

Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individudengan individu lain di persekitarannya. Peringkat individu (peribadi)

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehidaripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yangdiperolehi ini bileh menukar skemata individu Zon Perkembangan Proksimal

ah (Scaffolding)

Per anc

PATRICIA WILLIAM23 740217-12-5108 HBEF 2103

Bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Menurut Santrock(2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasaikemahiran tersebut Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), selain berkomunikasi dengan orang lain, kanak-kanak sekitar usia 7-12 tahun berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Komunikasi ini seterusnya bertukar kepada suara hati atau dorongan pemikiran dewasa kelak. Komunikasi sebegini memberi impak yang positif untuk kanak-kanak tersebut(Berk & Spuhl, 1995) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) (d) Teori Perkembangan Metakognisi Berdasarkan Mok Soon Sang (2008) antara teori matakognisi adalah seperti berikut: Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatuproses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kibolehanatau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir. Teori Roger Sperry (1979) menghuraikan otak manusia yang menggunakanbahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secarakreatif. Mayor (1977) manafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi mental dalamsistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn masalah. Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar,perkataan, pengamatan dan konsep. Melalu pemikiran, rangsangan luar yangditerima oleh deria akan ditafsirkan dengan peggunakan perkataan atau simboluntuk membentuk konsep terhadap rangsanagn tersebut.

PATRICIA WILLIAM24 740217-12-5108 HBEF 2103

Beyer (1991) memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap inputderia dengan menggunakan maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasidan mengasimilasikannya dengan tujuan membentuk untuk mencari sesuatu makna.

Menurut pandangan Islam, pemikiran ialah sesuatu proses ynagmenggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadapsesuatu keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan menggunakanpelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yanglogikal dan munasabah terhadap proses yang dialam

5.1 IMPLIKASI PROSES PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU. 5.1.1 Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak (7-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian. Implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun berbeza iaitu dengan mengajar kanak-kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan berkait. Kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu, aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesaian.Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktiviti-aktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenang, gim nastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai

PATRICIA WILLIAM25 740217-12-5108 HBEF 2103

yang perlu diterapkan kapada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian. Banyak tokoh yang menyatakan pendapat mereka mengenai pengertian perkembangan manusia. Menurut Atan Long (1980), beliau berpendapat perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Pendapat kedua pula, dikemukakan oleh Doherty & Brennan (2008) iaitu, perkembangan bermaksud proses yang berlaku sepanjang masa. Dalam proses perkembangan ini kita akan lihat perubahan yang berlaku pada seorang individu hasil interkasi di antara faktor genetik yang diwarisi dan pengaruh persekitaran. Manakala pengertian fizikal menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah . Kesimpulannya, perkembangan fizikal ialah Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki sifat, bakat dan ciri semulajadi yang diwarisi dari ibubapa mereka. Dengan erti kata lain, kanak-kanak merupakan individu tersendiri. Keadaan persekitaran memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan bagaimana kanakkanak ini boleh menggunakan bakat ataupun kebolehan yang diwarisi untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya dengan pelbagai situasi. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam menjalankan tugas membentuk kanak-kanak tersebut supaya menjadi seorang individu yang boleh membesar dengan keadaan sihat fizikal dan mentalnya. Dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, terdapat beberapa aspek yang dapat dilihat iaitu bagaimana perkembangan kawalan anggota dan gerakan badan kanak-kanak. Malah, perkembangan tentang deria kanak-kanak, khususnya penggunaan deria untuk mereka berhubung dengan persekitaran juga perlulah diambil berat oleh guru tersebut. Peringkat perkembangan ini sangat penting terutama dalam proses tumbesaran seperti ini kanak-kanak akan menggunakan deria seperti sentuhan, bau, merasa, melihat dan mendengar untuk pembelajaran dan membentuk konsep. Pada peringkat ini juga kanak-kanak akan belajar untuk mengawal gerakan anggota badan mereka sama ada motor kasar seperti berlari dan melompat atau kawalan motor halus seperti mewarna dan menulis. Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu

PATRICIA WILLIAM26 740217-12-5108 HBEF 2103

dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya. Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan sertamerta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan

PATRICIA WILLIAM27 740217-12-5108 HBEF 2103

bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi. 5.1.2 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak(6-12 tahun) TerhadapPengajaran dan Pembelajaran. 5.1.2.1 Implikasi daripada teori Jean Piaget Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutamanya untuk mempelajari kemhiran tertentu. Memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Memastikan pembentangan dan pembacaaan adalah ringkas dan tersusun. Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks. Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik.Implikasi daripada teori 5.1.2.2 Lev Vygotsky Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Mengawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasamenyelesaikan sesuatu masalah. Memberi arahan yang bermakna

5.1.3 Kesimpulan Implikasi Perkembangan Fizikal danKognitif kanak-kanak (7-12 tahun) Terhadap Pengajarandan Pembelajaran. Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusiamelahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antarasatu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-

PATRICIA WILLIAM28 740217-12-5108 HBEF 2103

pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya. Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbezadari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaanperbezaan ini sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan dibelakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan sertamerta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga keperingkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi

PATRICIA WILLIAM29 740217-12-5108 HBEF 2103

KESIMPULAN Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan kognitif dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek perubahan. Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifatkualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju kearah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akanmembantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Sehubungan dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-kanak ini adalah ibu bapa dan guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir dengan kanak-kanak tersebut. Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanakkanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

PATRICIA WILLIAM30 740217-12-5108 HBEF 2103

RUJUKAN Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan . Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noraini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak . Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan . Subang Jaya: Longman http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp? y=2005&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp? y=2007&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp? y=2007&dt=0405&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive Ee Ah Meng (2005). Psikologi Pendidikan I : Psikologi Perkembangan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Ee Ah Meng (2005). Ilmu Psikologi : Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

PATRICIA WILLIAM31 740217-12-5108 HBEF 2103

Kasnani Ab Karim [et. al.] (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan (2005). HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun (2006). Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan Untuk Prasarjana Muda dan KPLI. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai