Anda di halaman 1dari 40

1.

0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK- KANAK


1.1 konsep

Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan
melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Perkembangan pada manusia
ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas
kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara


‘kualitatif’. Ia juga cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral
dan sosial. Atan Long (1980), turut menyatakan perkembangan pada manusia ialah
perubahan yang bersifat kualitatif. Tetapi, sifat perubahan ini tidak dapat diukur, malahan
jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Tegasnya,
perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu
organisma. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat
perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil
daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan


mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada
persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut Karl E. Garisson pula,
perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan yang saling
berkaitan. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri
tingkah laku adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang
berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 1


1.2 Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak- Kanak
Di dalam prinsip perkembangan kanak- kanak, terdapat beberapa prinsip yang
boleh kita ketahui. Menurut buku perkembangan kanak- kanak oleh penulis Haliza
Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi dan penulis Mok Soon Sang, proses
perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut arah tertentu mengikut aturan dan dapat
diramalkan seperti dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), mengikut struktur dan fungsi
(kepala dahulu sebelum badan dan kaki). Arah tengah ke tepi (proximodistal), dari tengah
menghala ke tepi badan (tangan gerak dahulu baru gerak tangan dan jari). Untuk melihat
perkembangan kognitif dan bahasa mereka, ia bermula daripada perkembangan konkrit
kepada abstrak.
Prinsip kedua ialah proses perkembangan mengikut susunan dan serupa bagi
semua ahli. Sebagai contoh, ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak
berubah. Pada kebiasaannya bayi akan berdiri dahulu sebelum berjalan. Proses
perkembangan bayi sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal,
mungkin akan lambat dalam beberapa aspek.
Dalam prinsip ketiga, proses perkembangan kanak- kanak berlaku daripada keadaan
menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Otot- otot
besar akan berkembang dahulu berbanding otot yang kecil. Seterusnya, prinsip keempat
menyatakan bahawa perkembangan kanak- kanak berlaku secara berterusan iaitu
perkembangan berlaku berterusan daripada lahir kepada mati. Kemahiran yang dimiliki
kanak- kanak akan bertambah dan sentiasa menerima kemahiran yang baru mengikut
peringkat. Selain itu, perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut kepantasan yang
berbeza walaupun corak dan aturan perkembangan mereka sama. Tidak semua kanak-
kanak mencapai tahap perkembangan yang sama. Perkembangan yang lambat akan
mengganggu perkembangan yang lain sebagai contoh sesetengah kanak- kanak boleh
berjalan pada umur 10 bulan tetapi ada juga kanak- kanak yang boleh berjalan pada umur
18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut.
Prinsip perkembangan seterunya berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Perubahan dari segi bentuk tubuh
dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan
ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 2


Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses
penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.

2.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu baka
dan persekitaran. Baka atau keturunan diperoleh daripada ciri- ciri perwarisan yang
dibawa daripada ibu bapa kepada anak- anak mereka. Oleh kerana itu, menurut hasil
kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo
(1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian
ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan
ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang pintar akan melahirkan anak yang juga pintar.
Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain amat dipengaruhi oleh
baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka. Baka ini
boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga boleh mempengaruhi
kemampuan mental dan fizikal kita sama ada pandai atau tidak pandai.

Faktor baka atau keturunan dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga
kelahiran lagi. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA. Sifat baka
ibu bapa dibawa oleh gen- gen masing- masing di dalam bahan DNA dan RNA tersebut.
Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Dalam proses
persenyawaan, percantuman sel sperma dan sel ovum akan membentuk zigot yang mula
mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing- masing. Setelah proses pertukaran
kromosom berlaku, ciri- ciri baka tersendiri akan terbentuk dan akan diwarisi oleh bayi
yang akan dilahirkan. Setiap pasangan kromosom mempunyai gen- gen yang
mengandungi cetakan trait dan ciri- ciri kebakaan daripada ibubapa. Rajah 1 merupakan
proses persenyawaan yang akan menjadikan baka sebagai faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak- kanak.

Seperti yang telah difahami, baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada
anak-anak. Walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, kadar perkembangan
setiap individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Ini dibuktikan

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 3


melalui kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Bukan itu sahaja, kini faktor baka juga
dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri
keturunan. Gen ialah penentu utama dalam perwarisan. Ia terletak di lokus tertentu di
kromosom (sejenis benda seni berbentuk panjang) dalam nukleus sel sperma dan sel
ovum. Kajian menunjukkan DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom membawa gen-
gen yang mengandungi sifat- sifat baka.

Ciri- ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi dapat dipengaruhi
oleh faktor genetik. Kajian membuktikan bahawa ciri- ciri fizikal luaran seperti warna
rambut dan organ deria adalah diwarisi oleh gen- gen ibu bapa. Berdasarkan kajian, baka
ibu bapa juga mewarisi emosi dalam diri anak- anak mereka. Misalnya, ibu bapa yang
mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang
agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian,
kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak- kanak seterusnya
kepada perkembangan personaliti mereka.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 4


Rajah 1 : Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom

Melalui hasil carian internet di laman web


http://peoplelearn.homestead.com/psycholearnPiaget.html, saya mendapati sistem
kelenjar yang menghasilkan hormon dinamakan sistem endoktrin. Contohnya, kelenjar
tiroid, tituitri dan adrenal. Hasil penelitian di lapangan indoktrinologi (kelenjar buntu) dalam
buku perkembangan kanak- kanak oleh Mok Soon Sang pula menunjukkan adanya
peranan penting dari sementara kelenjar-kelenjar buntu ini dalam pertumbuhan jasmani
dan rohani dan jelas pengaruhnya terhadap perkembangan anak di peringkat prenatal dan
posnatal. Terdapat lapan kelenjar utama yang dinyatakan iaitu pituari, pinel, tiroid, taimus,
adrenal, pankreas, ovari dan testis.
Untuk pengetahuan, sistem kelenjar akan menghasilkan hormon yang begitu
penting dalam menguruskan kelancaran fungsi pembiakan, perkembangan, tumbesaran

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 5


dan tingkah laku manusia untuk berinteraksi dengan persekitaran. Perubahan di setiap
perkembangan banyak mempengaruhi perubahan hormon manusia. Terutama sekali pada
kanak- kanak yang masih dalam proses perkembangan tumbesaran yang sihat.
Perkembangan tumbesaran kanak- kanak akan terbantut jika keadaan hormon tidak stabil.
Penghasilan hormon akan melicinkan proses perkembangan badan dan sistem di dalam
badan. Ia akan disalurkan melalui peredaran darah dan terus ke organ yang lain.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu faktor


persekitaran. Ia merujuk kepada pengalaman luar individu tersebut seperti pengalaman
sebelum dan selepas lahir. Dalam peringkat prenatal (sebelum lahir), ia bermula dari zigot,
hasil persenyawaan sperma dan ovum selama kira- kira 9 bulan. Kadangkala, lebih
daripada satu telur akan dihasilkan oleh seorang wanita dalam persenyawaan dan akan
menhasilkan anak kembar. Pengalaman sebelum lahir juga merangkumi gaya hidup ibu;
adakah ibunya merokok semasa hamil, usia, keadaan emosi ibu. Suasana kesihatan dan
kejiwaan ibu sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak dalam
rahimnya.

Ibu sebaiknya sentiasa mewujudkan komunikasi dengan anak sejak di dalam


kandungan lagi. Apabila memasuki bulan keenam dan ketujuh waktu kehamilan, bayi
sudah boleh mendengar suara-suara seperti degup jantung ibu, suara usus dan paru-
paru, begitu juga dengan suara lain di luar rahim. Anak di dalam kandungan akan lebih
mengenali suara ibunya apabila ibunya sentiasa menepuk-nepuk perutnya sambil
membisikkan kata manis. Hal ini akan menggoreskan memori di otak anak. Oleh itu, ibu
sebaiknya membiasakan diri memperdengarkan bacaan kitab suci al- Quran kepada anak
di dalam kandungan. Bacaan ayat al- Quran daripada ibu adalah yang paling jelas sekali
dan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan.

Faktor posnatal (selepas kelahiran) melibatkan kesihatan, bayi, baka, dan khasiat
yang diterimanya sebelum dan selepas kelahiran. Semua ini dikatakan mempengaruhi
perkembangan kanak- kanak. Mengikut rujukan buku perkembangan kanak- kanak melalui
penulis Haliza Hamzah, Joy N, Samuel dan Rafidah Kastawi, apabila kesihatan bayi

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 6


selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah
ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan
seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi
tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran
kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah
memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan


kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor
perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti
suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan
individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai
status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-
kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan
seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu
memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang
sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan,
bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-


kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak.
Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan
yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak
membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya
kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum.
Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah
mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang
mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat
aktif.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 7


7.0 Data dan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
Profil Murid dan Data
MODEL KANAK-KANAK TAHAP 1
(2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN)
MURID 1 MURID 2
Nama : Mohd Ammar Bin Rostam Nama : Siti Zubaidah Binti Hairol
Umur : 7 tahun Umur : 7 tahun
Kelas : 1 Intan Kelas : 1 Mutiara
Ukuran Fizikal Ukuran Fizikal
Berat : 20.3 kg Berat : 25.5 kg
Tinggi : 122.5 cm Tinggi : 123 cm
Tangan : 43 cm Tangan : 43.8 cm
Pinggang-kaki : 71.7 cm Pinggang-kaki : 74.3
Perimeter kepala : 51.4 cm Perimeter kepala : 54 cm
Ukur lilit pinggang : 59 cm Ukur lilit pinggang : 64 cm
Warna mata : Hitam Warna mata : Hitam
Warna kulit : Putih Warna kulit : Kuning langsat

Perkembangan Fizikal Perkembangan Fizikal


(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan (data berdasarkan ujikaji yang
bersama perkembangan kognitif) dijalankan bersama perkembangan
Boleh menulis huruf tetapi masih kognitif)
tidak pandai menulis nama sendiri. Boleh menulis nama dan
Boleh mengenal dan menulis nombor mengenal huruf tetapi tidak kemas.
tetapi tidak kemas. Tulisan sangat kecil.
Sentiasa aktif dalam aktiviti yang Pandai mengira dan mengenal
dijalankan. nombor.
Boleh bertutur dengan baik. Boleh bertutur dengan bijak dan
Struktur badan yang kurus dan kecil. baik.
Struktur badan yang gempal.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 8


MODEL KANAK-KANAK TAHAP 2
(7 TAHUN HINGGA 11 TAHUN)
MURID 1 MURID 2
Nama : Muhammad Imran Hakimi Bin Nama : Nur Najwa Khairina Binti Khairi
Chairul Umur : 9 tahun
Umur : 9 tahun Kelas : 3 Intan
Kelas : 3 Intan
Ukuran Fizikal
Ukuran Fizikal Berat : 24 kg
Berat : 25 kg Tinggi :125 cm
Tinggi :127.5 cm Tangan : 43.8 cm
Tangan : 45 cm Pinggang-kaki : 79.3 cm
Pinggang-kaki : 76.8 cm Perimeter kepala : 54 cm
Perimeter kepala : 49 cm Ukur lilit pinggang : 56.5 cm
Ukur lilit pinggang : 56.5 cm Warna mata : hitam
Warna mata : Coklat Warna Kulit : Coklat cerah
Warna kulit : Coklat gelap
Perkembangan Fizikal
Perkembangan Fizikal (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan
(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan bersama perkembangan kognitif)
bersama perkembangan kognitif) Badan yang kecil dan kurus
Boleh menulis nama dengan baik Boleh menulis nama dengan kemas.
dan kemas tetapi tulisannya kecil. Ketinggiannya lebih rendah daripada
Berbadan kurus dan tinggi. Imran.
Pertumbuhan gigi kekal bermula. Setiap pergerakannya cekap dan
Boleh bertutur dengan baik. teratur.
Pandai menguruskan diri dari segi Pandai menguruskan diri dari segi
pakaian, pemakaian kasut dan pakaian, kebersihan diri dan
rambut. personaliti.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 9


MODEL KANAK-KANAK TAHAP 3
(11 TAHUN KE ATAS)
MURID 1 MURID 2
Nama : Muhd. Faiz Bin Faizal Nama : Farah Najwa Binti Ismail
Umur : 12 tahun Umur : 12 tahun
Kelas : 6 Intan Kelas : 6 Intan

Ukuran Fizikal Ukuran Fizikal


Berat : 45 kg Berat : 52 kg
Tinggi :144 cm Tinggi :150 cm
Tangan : 49 cm Tangan : 55.2 cm
Pinggang-kaki : 92 cm Pinggang-kaki : 89.5 cm
Perimeter kepala : 54 cm Perimeter kepala : 59 cm
Ukur lilit pinggang : 79.3 cm Ukur lilit pinggang : 79.3 cm
Warna mata : Hitam Warna mata : Hitam
Warna Kulit : Sawo matang Warna Kulit : Coklat

Perkembangan Fizikal Perkembangan Fizikal


(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan (data berdasarkan ujikaji yang dijalankan
bersama perkembangan kognitif) bersama perkembangan kognitif)
Perkembangan lebih bercorak Tulisan semakin cantik dan kemas.
penambahbaikan kemahiran Boleh bertutur seperti orang dewasa.
psikomotor yang telah sedia ada. Berat badan yang seimbang dengan
Ketinggian lebih cepat bertambah. tinggi.
Menjadi lebih kurus. Pandai menjaga ketrampilan diri dan
Kelihatan lebih kuat, cepat dan fokus mempunyai personaliti yang menarik.
kepada aktiviti yang dijalankan. Pergerakan yang cekap dan
Tulisan lebih kemas. mempunyai susuk badan yang agak
Cenderung kepada permainan berisi.
lasak.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 10


7.1 JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 1
TINGGI PANJANG PINGGANG UKUR LILIT PERIMETER BERAT
(INCI) TANGAN - KAKI PINGGANG KEPALA(INCI) (KG)
(INCI) (INCI) (INCI)
122.8 43.4 73 61.5 52.7 22.9

140
120
100
80
TAHAP 1
60
40
20
0
TINGGI PANJANG PINGGANG- UKURLILIT PERIMETER BERAT
TANGAN KAKI PINGGANG KEPALA

JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 2


TINGGI PANJANG PINGGANG UKUR LILIT PERIMETER BERAT
(INCI) TANGAN - KAKI PINGGANG KEPALA(INCI) (KG)
(INCI) (INCI) (INCI)
126.3 44.4 78.1 56.5 51.5 24.5

140
120
100
80
TAHAP2
60
40
20
0
TINGGI PANJANG PINGGANG- UKUR LILIT PERIMETER BERAT
TANGAN KAKI PINGGANG KEPALA

JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 3


EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 11
TINGGI PANJANG PINGGANG UKUR LILIT PERIMETER BERAT
(INCI) TANGAN - KAKI PINGGANG KEPALA(INCI) (KG)
(INCI) (INCI) (INCI)
147 52.1 90.8 79.3 56.5 48.5

160
140
120
100
80 TAHAP3
60
40
20
0
TINGGI PANJANG PINGGANG- UKUR LILIT PERIMETER BERAT
TANGAN KAKI PINGGANG KEPALA

Jadual perkembangan fizikal kanak- kanak


Perkembangan Tahap 1 (2 hingga 7 Tahap 2 (7 hingga Tahap 3 (11 tahun ke
fizikal tahun)/ inci 11 tahun)/ inci atas)/ inci
Tinggi 122.8 126.3 147
Panjang tangan 43.4 44.4 52.1
Pinggang- kaki 73 78.1 90.8
Ukur lilit pinggang 61.5 56.5 79.3
Perimeter kepala 52.7 51.5 56.5

Jadual berat kanak- kanak pada setiap peringkat


Perkembangan Tahap 1 (2 hingga 7 Tahap 2 (7 hingga 11 Tahap 3 (11 tahun ke
fizikal tahun)/ kg tahun)/ kg atas)/ kg
Berat 22.9 24.5 48.5

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 12


PURATA FIZIKALKANAK- KANAK
INCI
160
140
120
100
TAHAP 1
80
TAHAP 2
60
TAHAP 3
40
20
0
TINGGI TANGAN PINGGANG KEPALA PINGGANG-
KAKI

PURATA BERAT KANAK- KANAK


kg
50
40
TAHAP 1
30
TAHAP 2
20 TAHAP 3

10
0
BERAT

Model kanak- kanak yang ditunjukkan di atas merupakan kajian ke atas 3 peringkat
umur perkembangan fizikal kanak- kanak. Pada tahap 1, kanak- kanak yang berumur

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 13


antara 2 hingga 7 tahun mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang stabil
dan tidak begitu pesat. Melalui profil dan data fizikal Ammar dan Siti, dapat dilihat bahawa
perkembangan Siti lebih cepat berbanding Ammar. Siti juga sudah pandai menulis nama
sendiri walaupun kurang kemas, berbanding Ammar, dia belum boleh menulis nama
sendiri. Kadar perkembangan ini mungkin disebabkan latar belakang keluarga dan faktor
genetik mereka. Di tahap 2 pula, kanak- kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 11
tahun akan lebih mahir dalam kemahiran psikomotor yang telah mereka sedia ada.
Perkembangan fizikal Imran dan Najwa juga dilihat berbeza. Berdasarkan graf, fizikal
mereka pada tahap ini semakin meningkat berbanding tahap 1. Pengaruh baka dan
persekitaran amat member kesan terhadap perkembangan mereka. Di tahap 3 pula,
mereka yang berumur antara 11 tahun ke atas akan mengalami kadar pertumbuhan dan
perkembangan yang cepat dan pesat. Berdasarkan penulis buku Haliza Hamzah, Joy N.
Samuel dan Rafidah Kastawi, mereka menyatakan perubahan fizikal seperti ketinggian,
saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Berdasarkan graf, penyataan tersebut
adalah benar kerana perkembangan fizikal pada tahap 3 dilihat begitu cepat dan pesat
sekali. Mereka juga telah mula mencapai tahap kematangan yang sesuai dengan
peringkat umur.
Menurut teori Arnold Gesell, baka dan kematangan adalah faktor penting dalam
menentukan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan mereka adalah unik antara satu
sama lain dan tempoh 5 tahun pertama merupakan perkembangan kanak-kanak dari
aspek fizikal,mental,emosi dan sosial. Mengikut teori perkembangan Robert Havighurst
pula, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga
juga amat mempengaruhi personaliti mereka.
Kesimpulannya, berdasarkan data dan graf berkaitan perkembangan fizikal kanak-
kanak, peringkat- peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza bagi setiap
individu. Ibu bapa dan guru- guru perlu member perhatian terhadap setiap perkembangan
kanak- kanak kerana setiap perubahan itu akan mempengaruhi kebolehan dan minat
mereka dalam pembelajaran di sekolah.

8.0 Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak


8.1 JENIS ”PIAGET’S CONSERVATION TASKS” YANG DIJALANKAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 14


8.1.1 NOMBOR/ BILANGAN

Gambar 1 Gambar 2
2 baris kereta api pada Rajah 1 ditunjukkan kepada kanak- kanak.
Kemudian, salah satu baris kereta api tadi dijarakkkan susunan seperti Rajah 2.
Pertanyaan : Adakah bilangan duit syiling di dalam setiap baris pada Rajah 2 adalah
sama?

8.1.2 PANJANG

Gambar 3 Gambar 4
2 batang straw disusun dalam dua baris seperti di Rajah 3.
Kemudian, salah satu batang straw tadi digerakkan ke kanan seperti Rajah 4.
Pertanyaan : Adakah panjang straw di kedua- dua baris adalah sama?

8.1.3 KUANTITI CECAIR

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 15


Gambar 5 Gambar 6
Dua buah gelas disediakan dan diisikan air yang sama kuantiti seperti di Rajah 5.
Kemudian, air di dalam salah satu gelas dituang ke dalam sebuah bekas seperti di
dalam Rajah 6.
Pertanyaan : Adakah kuantiti air di dalam gelas dan di dalam bekas sama pada
Gambar 6?

8.1.4 ISIPADU AIR

Gambar 7 Gambar 8
Dua buah gelas disediakan dan diisi air yang sama kuantiti. Beberapa ketul batu
diletakkan di dalam kedua- dua gelas tersebut seperti di Rajah 7.
Kemudian, batu- batu dikeluarkan dari salah satu gelas yang ada seperti di Rajah 8.
Pertanyaan : Adakah isipadu di kedua- dua gelas adalah sama pada Gambar 8?

4.2 Hasil kajian ”PIAGET’S CONSERVATION TASKS” YANG DIJALANKAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 16


PERINGKAT DAPATAN RUMUSAN
PERINGKAT PRA UJIAN 4.1.1 UJIAN 4.1.1
OPERASI Ammar : baris yang Ammar lebih tertumpu
1. Mohd. Ammar B. Rostam dipanjangkan pada keadaan fizikal
2. Siti Zubaidah Bt Hairol mempunyai lebih kereta (panjang baris) kereta api
api daripada baris di daripada konsep yang
atasnya. lebih abstrak (nombor/
Siti : kedua- dua baris bilangan) dan Siti dapat
mempunyai bilangan melakukan transformasi
kereta api yang sama. mengingat semula iaitu
membalikkan proses
kepada asal.
UJIAN 4.1.2 UJIAN 4.1.2
Ammar dan Siti :Kedua- Kedua- dua murid ini
dua batang straw adalah dapat mengingat semula
sama panjang. secara mental bentuk asal
batang straw yang sama
panjang sebelum salah
satunya digerakkan ke
UJIAN 4.1.3 kanan.
Ammar dan Siti : kuantiti UJIAN 4.1.3
air di dalam bekas lebih Kedua- dua murid tidak
banyak daripada air di dapat menguasai konsep
dalam gelas. prinsip keterbalikan.
Menganggap air yang
dituang ke dalam bekas
sebagai air yang baru,
bukan daripada air gelas
yang asal.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 17


UJIAN 4.1.4
Ammar dan Siti : isipadu UJIAN 4.1.4
air di dalam kedua- dua Mereka lebih melihat
gelas tidak sama. keadaan fizikal air di
dalam gelas dan
membanding antara dua
gelas tersebut apabila
batu- batu dikeluarkan.
PERINGKAT OPERASI UJIAN 4.1.1 UJIAN 4.1.1
KONKRIT Imran dan Najwa : Mereka tidak melihat
1. Muhammad Imran bilangan kereta api pemanjangan baris
Hakimi Bin Chairul sama di antara kedua- sebagai baris baru dan
2. Nur Najwa Khairina Bt dua baris. faham konsep yang lebih
Mohd Khairi abstrak(nombor/
UJIAN 4.1.2 bilangan).
Imran dan Najwa : UJIAN 4.1.2
kedua- dua batang straw Mereka tahu dan faham
adalah sama panjang. bahawa tiada perubahan
bentuk straw daripada
UJIAN 4.1.3 bentuk straw yang asal.
Imran dan Najwa : UJIAN 4.1.3
kuantiti air di dalam Mereka dapat berfikir logik
bekas adalah sama bahawa tiada
banyak dengan kuantiti pertambahan air dan
air dalam gelas. pengurangan air
UJIAN 4.1.4 dilakukan.
Imran dan Najwa :
isipadu air di kedua- dua UJIAN 4.1.4
gelas masih sama. Mereka sudah berjaya
mencapai satu pemikiran
logik tetapi masih terikat

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 18


dengan situasi fizikal air di
dalam gelas.

PERINGKAT OPERASI UJIAN 4.1.1 UJIAN 4.1.1


FORMAL Faiz dan Farah : kedua- Mereka dapat melakukan
1. Muhd Faiz B Faizal dua baris kereta api proses balik semula
2. Farah Najwa Bt Ismail adalah sama banyak. secara mental iaitu
membalikkan proses
UJIAN 4.1.2 kepada asal.
Faiz dan Farah : kedua- UJIAN 4.1.2
dua batang straw adalah Mereka dapat berfikir
sama panjang. secara abstrak dan
sistematik tentang kedua-
UJIAN 4.1.3 dua batang straw.
Faiz dan Farah : UJIAN 4.1.3
kandungan air di dalam Mereka dapat berfikir logik
bekas adalah sama bahawa apabila air dalam
banyak dengan bekas dituang semula ke
kandungan air di dalam dalam gelas asal ia akan
gelas. memberi paras yang sama
UJIAN 4.1.4 semula.
Faiz dan Farah : isipadu UJIAN 4.1.4
dalam kedua- dua gelas Mereka dapat menguasai
adalah sama banyak. kemahiran membuat
hipotesis dan berfikir
dengan sistematik tentang
isipadu air di dalam gelas.

Berdasarkan kajian ”Piaget’s Conservation Tasks” yang dijalankan, hasil dapatan


menunjukkan perubahan- perubahan dalam perkembangan kognitif dari tahap 1, 2 dan 3
mengikut teori Jean Piaget. Bagi kesemua ujian yang dijalankan, kanak- kanak di tahap 1
belum mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul seperti mana
EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 19
yang dinyatakan oleh Piaget. Tetapi pada tahap 2, mereka sudah mampu berfikir logik
dengan member jawapan yang munasabah. Menurut Piaget, kanak- kanak pada tahap 2
sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan. Seterusnya, pada tahap 3 pula, mereka
telah menjawab kesemua ujian dengan sistematik. Menurut Piaget, kanak- kanak pada
tahap 3 sudah mampu berfikiran formal seperti berfikir secara abstrak, sistematik dan
boleh membuat hipotesis.

9.0 TEORI PERKEMBANGAN EMOSI (ERIK ERIKSON)


TAHAP PERINGKAT UMUR HURAIAN KONFLIK
PERTAMA 0 – 18 bulan Bayi perlu mendapat Pembentukan
kasih sayang dan perasaan percaya
kepercayaan daripada lawan tidak percaya
penjaganya.Jika
tidak,ketidakpercayaa
n akan timbul.
KEDUA 18 bulan – 3 tahun Perkembangan fizikal Tahap autonomi
bermula pada tahap lawan rasa malu/
ini. Jika berjaya dan sangsi
mendapat sokongan ia
akan menimbulkan
rasa percaya pada
keupayaan diri.
KETIGA 3 tahun – 6 tahun Kanak-kanak di tahap Tahap inisiatif lawan
ini cuba untuk rasa rendah diri
berdikari dan
melakukan sesuatu
dengan sendiri. Jika
gagal boleh membawa
kepada perasaan
bersalah.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 20


KEEMPAT 6 tahun – 12 tahun Penguasaan kanak- Tahap industri lawan
kanak dalam kekeliruan peranan
kemahiran tertentu di
alam persekolahan.
Jika gagal akan
membawa rasa
rendah diri.
KELIMA 12 tahun – 20 tahun Golongan remaja yang Tahap identiti lawan
mencari identiti dalam kekeliruan peranan
pekerjaan, kemahiran,
jantina dan bersosial.
KEENAM 20 tahun – 40 tahun Hubungan intim mula Tahap intimasi
dibentuk yang menuju lawan pengasingan
ke alam perkahwinan diri
dan membina kerjaya.
Jika gagal, akan
membawa perasaan
terasing dan tersisih.
KETUJUH 40 tahun – 60 tahun Kehidupan Tahap generativiti
berkeluarga dan lawan stagnasi
kerjaya yang baik. Jika
gagal akan membawa
rasa pentingkan diri.
KELAPAN 60 tahun – 80 tahun Berjaya dalam karier Tahap integriti ego
dan keluarga. Jika lawan putus asa
gagal, boleh
membawa kesedihan
dan kekecewaan.

PERKEMBANGAN EMOSI (DATA DAN PERKEMBANGAN)

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 21


UMUR & EMOSI YANG TAHAP SOSIO
NAMA/ GAMBAR TARIKH SERING EMOSI ERIK ULASAN
MURID LAHIR DIPERLIHATKAN ERIKSON
Semasa ujian
Mohd Ammar Bin 7 tahun Periang, mudah Tahap 4 : fizikal dan kognitif
Rostam 13.04.2002 mesra, peramah Kerajinan lawan dijalankan,
kompleks Ammar
rendah diri bersungguh-
sungguh untuk
menyelesaikan
soalan yang diberi
walaupun pada
mulanya beliau
agak kurang yakin
untuk member
jawapan.
Beliau mudah
memberi
kerjasama dan
aktif dalam aktiviti
yang dijalankan.
Ammar berasa
gembira
mendapat gula-
gula yang saya
berikan setelah
tugasan selesai
dijalankan.
Beliau
mengucapkan
terima kasih dan

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 22


bersalam selepas
saya menyiapkan
tugasan padanya.
Ketika ujian fizikal
Siti Zubaidah Bt 7 tahun Pemalu, kurang Tahap 4 : dan kognitif
Hairol 27.08.2002 mesra Kerajinan lawan dijalankan, Siti
kompleks berasa malu
rendah diri apabila
ditanyakan soalan
berkaitan aktiviti
dan tentang
dirinya.
Walaubagaimana
pun, beliau tetap
memberikan
kerjasama.
Siti kelihatan agak
takut dan kurang
yakin untuk
menjawab setiap
soalan yang
diberikan.
Setelah selesai
tugasan saya, Siti
bersalaman dan
mengucapkan
terima kasih
kepada saya
kerana
memberikan gula-
gula kepadanya.
Ketika ujian fizikal
EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 23
Muhammad 9 tahun Pendiam, kurang Tahap 4 : dan kognitif
Imran Hakim Bin 13.05.2000 mesra, pemalu Kerajinan lawan dijalankan,Imran
Khairul kompleks agak takut dan
rendah diri kurang
bersungguh-
sungguh
menyelesaikan
soalan dan agak
takut untuk
mengeluarkan
pendapat.
Walaubagaimana
pun, beliau tetap
memberikan
kerjasama yang
baik.
Lama kelamaan,
Imran berasa
selesa dengan
keadaan dan
mesra dengan
saya.
Setelah selesai
ujian dijalankan,
beliau bersalam
sambil tersenyum
sahaja.

Ketika ujian fizikal


Nur Najwa 9 tahun Peramah, gembira, Tahap 4 : dan kognitif
Khairina Bt Mohd 22.03.2000 mudah mesra, Kerajinan lawan dijalankan,Najwa

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 24


Khairi tenang, periang kompleks begitu teruja
rendah diri untuk
menyelesaikan
setiap aktiviti yang
dijalankan.
Beliau
memberikan
kerjasama yang
baik dan bijak
mengeluarkan
pendapat.
Beliau
mengucapkan
terima kasih
dengan gula-gula
yang saya berikan
dan bersalam
selepas saya
menyiapkan
tugasan padanya.
Muhd Faiz Bin Ketika ujian fizikal
Faizal 12 tahun Gembira, tenang, Tahap 5 : dan kognitif
14.06.1997 pemalu Identiti lawan dijalankan,Faiz
kekeliruan merasa malu
identiti tetapi mempunyai
sikap ingin tahu
tentang aktiviti
yang dijalankan.
Beliau
memberikan
kerjasama yang

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 25


baik.
Beliau juga
memberikan
respons yang baik
ketika ditanya
berkaitan aktiviti
yang dijalankan.
Ketika ujian fizikal
Farah Najwa Bt 12 tahun Pemalu, tenang, Tahap 5 : dan kognitif
Ismail 16.09.1997 gembira Identiti lawan dijalankan,Farah
kekeliruan kurang
identiti bersungguh-
sungguh untuk
menyertai aktiviti
dan ujian yang
dijalankan.
Tetapi, beliau
mudah
memberikan
kerjasama.
Farah
memberikan
respon yang baik
ketika menjawab
soalan yang
diberi.

10.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faktor baka dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia


melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial di antara satu
EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 26
sama lain. Sebagai guru, kita perlu faham bahawa di dalam bilik darjah kita mempunyai
murid- murid yang unik dan berbeza seperti mana ujian fizikal dan kognitif yang telah
dijalankan, hasil dapatan menunjukkan setiap peringkat mempunyai tahap perkembangan
yang berbeza. Menurut Piaget (1970), beliau melihat peranan persekitaran sebagai
penyumbang penyuburan bagi perkembangan otak kanak-kanak. Beliau percaya bahawa
kanak-kanak yang aktif ialah kanak-kanak yang belajar. Sebagai guru, elakkan daripada
membanding antara murid- murid yang lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Strategi dan pendekatan yang
sesuai perlu dilakukan oleh guru pada setiap peringkat umur seperti aktiviti berkumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya.
Dalam melaksanakan pengajaran-pembelajaran, murid- murid terutamanya yang
berumur 2 hingga 6 tahun perlu dibantu oleh guru tetapi hanya setakat mana yang perlu
sahaja kerana bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan mereka
kepada guru dan ini menimbulkan rasa kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan
sendiri. Guru juga perlu melibatkan murid- murid dalam aktiviti permainan dan latihan-
latihan seperti berlari, melompat untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina
pergerakan yang lebih cekap terutama pada kanak- kanak yang berumur 7 hingga 11
tahun. Di samping itu, guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-
perubahan yang dialami murid- murid pada setiap peringkat perkembangan mereka
sebagai contoh pada peringkat awal remaja (11 tahun ke atas), perubahan saiz dan
bentuk badan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil
baligh.
Berdasarkan laman web www.scribd.com/reader/related/2673642, jika terdapat
ramai murid di dalam kelas, sudah pasti perhatian tidak dapat diberikan terhadap setiap
murid sepenuhnya. Oleh itu, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam
aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid yang mempunyai kebolehan belajar
yang rendah perlu melibatkan diri sepenuhnya dan peluang perlu diberi kepada mereka
untuk memberikan pendapat dan berbincang bagaimana membuat pilihan yang tepat.

Implikasi daripada dapatan/ hasil kajian

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 27


Jika dilihat semula pada data dan perkembangan fizikal kanak- kanak pada tahap
1, kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak- kanak perempuan pada peringkat itu
lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak- kanak lelaki. Kebolehan psikomotor
dalam diri mereka berubah mengikut aturan sebagai contoh, mereka telah mempelajari
bagaimana cara memegang pensel dengan betul sebelum pandai menulis nama mereka
sendiri. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor ini dipengaruhi oleh genetik. Fizikal
Ammar dan Siti adalah stabil dan sesuai dengan umur mereka.
Manakala di tahap 2 pula, kanak- kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun
mempunyai ketinggian yang berbeza antara lelaki dengan perempuan. Seperti di dalam
data perkembangan fizikal, ketinggian Imran melebihi ketinggian Khairina. Kadar
pertumbuhan mereka stabil kerana pertumbuhan gigi kekal mereka telah bermula dan gigi
susu juga telah diganti. Selain itu, mereka sudah boleh bergantung pada diri sendiri untuk
menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. Teori Piaget menyatakan perkembangan
kanak- kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak- kanak lelaki, tetapi keputusan
yang saya perolehi adalah berbeza pada tahap ini. Ia bermakna, jika fizikal Khairina
kurang berkembang dengan stabil pasti ia membawa implikasi pada dirinya. Saiz
badannya yang kecil akan menyukarkannya melakukan aktiviti permainan bersama
kawan- kawan.
Pada tahap 3 pula, perubahan fizikal berlaku pada kanak- kanak yang berumur
antara 11 tahun ke atas(awal remaja). Berdasarkan hasil dapatan, kajian menunjukkan
bahawa kanak- kanak perempuan seperti Farah mengalami perubahan fizikal lebih awal
berbanding kanak- kanak lelaki seperti Faiz. Penyataan ini tidak dapat disangkal lagi
kerana menurut Piaget sendiri lazimnya perubahan fizikal mereka seperti ketinggian, saiz
dan bentuk badan sudah mula ke arah dewasa dan perkembangan pada peringkat ini
adalah cepat dan pesat. Bentuk badan Farah juga mula menunjukkan sifat kewanitaan
dan Faiz pula mula melalui perubahan suara. Tubuhnya yang tegap membuktikan Faiz
lebih kuat secara fizikal berbanding dengan Farah.
11.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 28


Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi
masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam
sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat,
bakat dan sebagainya. Tidak kiralah pada peringkat pra operasi, peringkat operasi konkrit
atau peringkat operasi formal, kesemuanya mempunyai perbezaan kognitif. Oleh yang
demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang dapat
meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai
boleh disediakan guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih berfikir dan
mengingat pengalaman yang mereka lalui. Piaget juga berpendapat perubahan dari satu
peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap
kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai
jenis pengalaman yang relevan.
Guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada setiap
peringkat umur kanak- kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka
mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah tersusun dan
ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru kehendaki
sebagaimana yang dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala pengalaman
yang dilalui murid- murid sebagai contoh dalam pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.
Melalui ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu
memberi peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan
menguji objek- objek yang diajar. Soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu
diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran logik dan analitik. Guru juga perlu
mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di peringkat operasi formal
supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja. Apabila perkembangan peringkat
murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi peluang kepada mereka untuk
menyelesaikan masalah.

Implikasi daripada dapatan/ hasil kajian

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 29


Berdasarkan data dan perkembangan hasil kajian kognitif pada peringkat pra
operasi, Ammar dan Siti sudah boleh menggunakan skema- skema fizikal yang mudah
seperti ujian yang telah dilaksanakan. Tetapi mereka masih belum mampu mencapai
tahap pemikiran yang abstrak dan logik. Ammar dan Siti masih tidak dapat menguasai
proses transformasi, keterbalikan dan menaakul bagi sesetengah ujian yang dijalankan.
Mereka memahami persekitaran melalui perspektif sendiri yang disebut egosentrik.
Pada peringkat operasi konkrit pula, Imran dan Khairina berkebolehan berfikir
secara logik dalam menjawab segala ujian yang dijalankan. Walaubagaimanapun,
pemikiran mereka masih terikat dengan situasi fizikal yang konkrit. Saya perlu
menerangkan kepada mereka tentang sebab musabab setiap masalah yang dibuat. Imran
dan Khairina juga sudah boleh memahami proses transformasi, keterbalikan dan
menaakul sesuatu perkara atau kejadian.
Dalam peringkat operasi formal pula, Faiz dan Farah dapat menyelesaikan setiap
ujian dengan mudah kerana mereka sudah menguasai ciri- ciri pemikiran formal seperti
berfikir secara abstrak, sistematik dan dapat membuat hipotesis dengan tepat. Mereka
sudah boleh memberikan pendapat, idea dan pemikiran sendiri terhadap ujian yang
dijalankan.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas ketiga- tiga peringkat
umur dengan teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah sama. Ini bermakna teori
perkembangan kognitif akan berubah secara menyeluruh mengikut tahap peringkat umur
dan akhirnya mencapai kematangan individu itu sendiri. Di dalam laman web
http://teoripiaget.blogspot.com/, Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia
muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi,
perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku
apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada
pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak
dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
12.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 30


Berdasarkan ujian fizikal dan kognitif yang telah saya jalankan, sebagai seorang
guru kita perlulah peka terhadap perubahan emosi yang dipamerkan oleh murid-murid di
sekolah. Bagi mengatasi emosi murid-murid pada tahap 4 yang bercirikan kerajinan lawan
rasa rendah diri(6 hingga 12 tahun), guru perlu memberikan banyak aktiviti mencabar
yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Apabila mereka berjaya
melakukan setiap aktiviti tersebut, guru perlu memberikan pujian dan penghargaan
walaupun usaha yang dilakukan mereka kecil tetapi ia amat bermakna buat mereka.
Penghargaan dan pujian tidak semestinya diberikan melalui kata-kata tetapi boleh juga
dilakukan dalam bentuk bertulis.Selain itu, murid- murid perlulah sentiasa diberi peluang
untuk berkongsi kejayaan di atas usaha yang mereka lakukan. Guru perlu sentiasa tahu
bagaimana untuk berkongsi kejayaan. Guru boleh memberi peluang kepada murid-murid
untuk membentangkan hasil usaha yang telah dihasilkan mereka. Selain itu, guru
hendaklah menggalakkan murid-murid supaya bersaing dengan keupayaan diri mereka
terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tahap 5 yang
bercirikan identiti lawan kekeliruan identiti (12 hingga 18 tahun) adalah berbeza jika
dibandingkan dengan tahap 4. Di peringkat ini, saya sebagai bakal guru perlu memberi
peluang kepada murid-murid untuk meneroka kebolahan diri sendiri supaya mereka lebih
mengenal dan mengetahui keupayaan diri mereka. Murid- murid juga perlu mencuba
pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat masing-masing di samping dapat
mendedahkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam diri mereka. Melalui aktiviti
dan ujian yang telah dijalankan ke atas beberapa orang murid pada tahap 5, saya
mendapati bahawa guru perlu mengadakan ceramah dan motivasi dengan menjemput
personaliti-personaliti yang berjaya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang
hamper serupa dengan murid- murid. Hasilnya, mereka akan mencontohi dan mengikut
jejak langkah personaliti jemputan tersebut dan ini akan menimbulkan rasa percaya pada
keupayaan diri sendiri. Guru juga perlu mendedahkan kemahiran berkomunikasi dan
mendengar supaya dapat mewujudkan perhubungan sosial yang baik dengan orang lain.
13.0RUMUSAN/ CADANGAN

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 31


Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif
tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kanak- kanak akan
melalui proses yang berterusan sepanjang hayat. Perkembangan dipengaruhi oleh baka
dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan
membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu
bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara
kematangan jasmani dengan pembelajaran. Semua kanak-kanak akan mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama tetapi corak perkembangan mereka
yang berbeza- beza. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum
lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Untuk membantu setiap perkembangan berikut supaya sentiasa stabil dan


meningkat mengikut aturan, pelbagai cara dan faktor yang boleh mempengaruhi
perkembangan itu. Seperti faktor baka dan persekitaran yang telah dibincangkan, kedua-
duanya amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik. Oleh
itu, peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani
gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan.

Dewasa ini, banyak keperluan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi
perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak. Justeru itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai
individu perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan
perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang
menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar
anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap
kawasan perumahan juga perlu diadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Ia
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan
sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang
berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak
akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang
dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 32


bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat
tentang anak- anak mereka.

Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu
perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat
murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru
mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat
ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka
keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan
individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak
dan tingkah laku yang baik.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk


perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan
sempurna.

BIBLIOGRAFI

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 33


Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008), Perkembangan Kanak-
kanak
Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanak-kanak Untuk


Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2007), Perkembangan Kanak- Kanak. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

http://teoripiaget.blogspot.com/

http://teoripiaget.blogspot.com/2007/03/isu-isu-berkaitan-piaget.html

http://mechanism.ucsd.edu/~bill/teaching/philpsych/piaget.pdf

www.scribd.com/reader/related/2673642

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 34


LAMPIRAN
(video ujian ”Piaget’s Conservation Tasks”
terdapat di helaian terakhir lampiran)

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 35


Gambar 1 : ukuran fizikal dijalankan pada peringkat operasi konkrit

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 36


Gambar 2 : ukuran fizikal yang dijalankan pada peringkat operasi formal

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 37


Gambar 3 : ujian perkembangan kognitif pada peringkat pra operasi

Gambar 4 : ujian kognitif dilakukan pada peringkat pra operasi juga

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 38


BIODATA MURID

Mohd. Ammar B. Rostam Siti Zubaidah Bt Hairol


 7 tahun  7 tahun
 Kelas 1 Intan  Kelas 1 Intan
 13.04.2002  27.08.2002
 Hospital Daerah Kluang  Hospital Daerah
 Pekerjaan bapa : Peladang estet Kluang

 Pekerjaan ibu : Surirumah  Pekerjaan bapa : Tukang kebun

 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang  Pekerjaan ibu : Peladang


Renggam, Kluang, Johor.  Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang
Renggam, Kluang, Johor

Muhammad Imran Nur Najwa Khairina


Hakimi Bin Chairul Bt Mohd Khairi
 9 tahun  9 tahun
 13.05.2000  22.03.2000
 Hospital Sultanah  Hospital Daerah
Aminah, JB Kluang
 Pekerjaan bapa : Guru  Pekerjaan bapa : Pekerja estet
 Pekerjaan ibu : Ustazah  Pekerjaan ibu : Pekerja estet
 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang  Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang
Renggam, Kluang, Johor Renggam, Kluang, Johor
Farah Najwa Bt Ismail
Muhd Faiz B Faizal  12 tahun
 12 tahun  16.09.1997
 14.06.1997  Hospital Daerah

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 39


 Hospital Daerah Kluang
Kluang  Pekerjaan bapa : Peladang
 Pekerjaan bapa : Peladang  Pekerjaan ibu : Pekerja Kilang
 Pekerjaan ibu : Pekerja Kilang  Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang
 Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang Renggam, Kluang, Johor
Renggam, Kluang, Johor

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 40