Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan kanak-kanak merupakan suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan seorang kanak-kanak. Kerja kursus ini bertujuan untuk menghuraikan proses perkembangan kanak-kanak. Terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat bagi mengukur tahap perkembangan kanak-kanak ini. Antara aspek yang boleh diukur adalah dari segi jasmani, kognitif, emosi, sosial dan juga dari aspek rohani seorang kanak-kanak itu. Skop perkembangan kanak-kanak adalah sangat luas dan apabila dikaji dengan mendalam, skop ini adalah satu skop yang sangat sukar. Oleh itu, soalan kerja kursus ini telah mengecilkan skopnya kepada peranan sekolah bagi memastikan persekitaran sekolah yang membantu kanak-kanak untuk

berkembang dari sudut fizikal, kognitif, sosio-emosi dan juga personaliti. Tugas sekolah adalah sangat besar dalam membantu perkembangan kanak-kanak. Setiap individu di dalam organisasi tersebut adalah

bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak di dalam kawasan sekolah. Pihak pentadbir, guru-guru mahupun staf sokongan mempunyai peranan yang tersendiri dalam proses perkembangan ini. Diharapkan hasil tugasan ini akan dapat memberikan maklumat kepada para pembaca dan dapat pula memberi manfaat kepada mereka untuk mendapat lebih banyak lagi maklumat dan ilmu pengetahuan.

2.0 ISI TUGASAN Kanak-kanak berkembang bukan sahaja berkembang pada saat mereka melangkah masuk ke alam persekolahan iaitu pada peringkat prasekolah malah sejak masih pada peringkat pralahir lagi, kanak-kanak atau pada ketika itu disebut bayi telah bertumbuh dari segi fizikal dan biologi. Sharifah A. Alsagoff (1987) mengatakan bahawa kanak-kanak akan bertumbuh daripada beberapa aspek sebelum berkembang. Sebagai contoh, kanak-kanak akan berkembang dari aspek jasmani dahulu sebelum dapat berkembang. Saiz anggota badan, seperti kaki, tangan, gigi dan tinggi serta berat badan seorang kanak-kanak akan meningkat dan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sedang bertumbuh dari segi fizikal. Aspek jasmani dikatakan berkembang apabila kanak-kanak dapat mengunakan anggota fizikal mereka seperti berjalan, melihat, berlari, melihat, mendengar dan merasa. Kanak-kanak bertumbuh dari segi mental apabila mereka bertambah dalam keupayaan berfikir. Mental kanak-kanak hanya berkembang apabila mereka dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir, kemahiran mengingat, kemahiran menaakul dan kemahiran menganalisis. Aspek emosi berkembang apabila mereka dapat mengalami perasaan seronok, gembira, duka dan takut serta perasaan yang lain. Aspek emosi ini mengambil masa yang lama untuk bertumbuh dan masa yang diambil untuk mengembangkan aspek ini. Aspek ini hanya dikatakan berkembang setelah seorang kanak-kanak itu dapat mengawal emosi mereka dalam sesebuah situasi. Aktiviti berkomunikasi, bergaul dengan orang lain dan meluaskan perhubungan dengan orang lain adalah tanda bahawa aspek sosial sedang atau telah bertumbuh. Aspek sosial berkembang apabila kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan dengan orang lain dan dapat mendisiplinkan diri dalam pergaulan dengan orang lain dengan mengehadkan masa komunikasi dan dapat menentukan batas komunikasi dalam sesebuah pergaulan. 2

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah dua perkara yang berbeza. Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya dan bertumbuh secara menyeluruh sebelum berkembang mendahului khusus dalam sesuatu kemahiran. Pertumbuhan mempunyai satu tahap dimana pertumbuhan itu sendiri akan berhenti. Namun begitu, fizikal tersebut akan terus berkembang hingga ke akhira hayat. Setiap kanak-kanak adalah beza antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Namun begitu, kadar pertumbuhan dan perkembangan dalam setiap individu adalah berbeza. Hal ini kerana terdapat perbezaan biologi dan faktor perbezaan keadaan persekitaran dalam kehidupan seseorang kanak-kanak tersebut. Dictionary of Psychology (1973) mengatakan perbezaan individu adalah variasi individu daripada norma kumpulan sama ada dari aspek kognitif, fizikal, emosi, sosial, tingkah laku dan rohani. Ketidaksamaan ini membawa kepada variasi manusia yang mempunyai personaliti serta kemahiran yang berbeza dan pelbagai. Perbezaan-perbezaan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berbeza. Terdapat dua faktor utama yang dikenalpasti mempengaruhi

perkembangan manusia dalam kehihupan. Dua perkara asas ini adalah faktor baka atau faktor nature dan faktor persekitaran atau faktor nurture. Perbezaan dalam dua faktor inilah yang akan menyebabkan perbezaan yang ketara dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Faktor baka atau nature adalah faktor yang mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak daripada dalam diri mereka. Johann Gregor Mendel (1822-1889) menjumpai faktor baka ini ketika sedang menjalankan kajian pengaruh genetik terhadap perubahan warna bunga kacang hijau di dalam kebunnya. Dalam erti kata moden hari ini, faktor baka ialah gen yang terbentuk daripada nucleoprotein. Nucleoprotein ini kelihatan seperti benang halus di dalam sperma lelaki dan di dalam ovum wanita. 3

Kromosom adalah tempat dimana terletaknya nucleoprotein di dalam sel pembiakan manusia iaitu sperma dan ovum. Kromosom inilah yang

mengandungi bahan DNA dan RNA yang mana membawa sifat-sifat baka yang bakal dimiliki oleh hasil persenyawaan itu nanti. Individu yang normal akan mempunyai 23 pasangan kromoson atau mempunyai 46 sel kromosom yang berasingan. Proses persenyawaan adalah proses yang amat kompleks. Zigot akan terbentuk apabila mendapat 23 kromosom daripada sel ibu bapa masing-masing. Terdapat lebih daripada sejuta variasi pencantuman yang berlaku dan lebih tepat lagi, sebanyak 6 000 000 000 variasi pencantuman akan berlaku dalam penghasilan zigot ini. Setelah memebentuk zigot, pertukaran maklumat dna akan berlaku dan menjadi satu cirri-ciri baka yang baharu dan akan diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan kelak. Pengaruh genetik daripada ibu bapa adalah amat kuat dalam pewarisan genetik dalam bayi yang akan dilahirkan. Seseorang bayi akan mendapat ciri-ciri yang berbeza daripada ibu bapa. Hanya gen yang lebih dominan yang akan menjadi nyata atau akan kelihatan dalam diri seorang bayi. Namun begitu, ciriciri tersebut hanya kelihatan apabila bayi tersebut telah meningkat dewasa dan menjadi kanak-kanak. Antara perbezaan yang boleh dilihat ketika kanak-kanak adalah dari segi perbezaan fizikal. Setiap individu adalah berbeza dari aspek ketinggian, berat, saiz badan, bentuk badan, tona warna badan, organ deria dan kemahiran fizikal yang unik. Namun begitu, bagi pasangan kembar, hanya sedikit perbezaan yang akan kelihatan. Warna rambut dan organ deria bagaimanapun akan diwarisi oleh kanak-kanak tersebut adalah sama seperti ibu bapa mereka. Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi kecerdasan dan kebolehan intelek berdasarkan kajian mereka. Kecerdasan ini juga terbukti melalui pemerhatian terhadap kanak-kanak ketika berada di dalam kelas. Ahli4

ahli psikologi juga mengaitkan kecerdasan kanak-kanak dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Menurut mereka, ibu bapa yang mempunyai kecerdasan minda yang tinggi akan melahirkan anak yang pintar berbanding dengan ibu bapa yang mempunyai kecerdasan intelek yang agak rendah. Faktor kedua yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak ialah faktor persekitaran atau faktor nurture. Eric Bronfenbrenner dalam teori beliau iaitu Teori Ekologi(2004) yang mana telah memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu sejak lahir hingga dewasa. Teori Ekologi Bronfenbrenner ini merangkumi lima sistem ekologi berasaskan interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka, dengan rakan sebaya, serta orang yang berada di sekeliling mereka. Sosiobudaya keluarga dan komuniti tempatan juga mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak ini. Sistem ekologi yang pertama ialah mikrosistem. Mikrosistem adalah persekitaran yang mana kanak-kanak berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa, rakan sebaya, guru-guru dan orang dewasa lain yang berada di persekitaran mereka seperti di rumah, sekolah serta alam persekitaran mereka. Faktor ini sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak ini. Sistem ekologi yang kedua ialah mesosistem. Mesosistem adalah perhubungan antara mikrosistem. Sebagai contoh, ibu bapa dengan guru, guru dengan rakan sebaya. Lebih rapat hubungan antara sesama, lebih besar pengaruhnya dalam perkembangan kanak-kanak tersebut. Selain mikrosistem dan mesosistem, sistem ekologi yang ketiga ialah eksosistem. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil memberi kesan kepada kanakkanak atau dewasa. Sebagai contoh, terdapat banyak kemudahan wujud di sekeliling kanak-kanak tersebut seperti pusat permainan, pasar raya beli belah dan sebagainya. Semua keadaan persekitaran ini akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak tersebut secara tidak langsung. 5

Sistem ekologi yang keempat ialah makrosistem. Makrosistem adalah perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Contohnya, dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina adalah sangat dititikberatkan. Manakala, di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan seperti diberi peluang pekerjaan atau pekerjaanpekerjaan yang penting. Sistem ekologi yang terakhir adalah kronosistem. Kronosistem merupakan keadaan dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh, Kanak-kanak pada hari ini lebih fokus kepada permainan komputer berbanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun yang lalu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Keadaan ini mungkin membuatkan pemikiran kognitif akan berkembang dengan lebih cepat tetapi bertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak akan menjadi agak lambat. Hal ini kerana mereka lebih banyak menggunakan daya pemikiran dan bukannya menggunakan fizikal mereka. Salah satu lagi faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah faktor asuhan. Lebih teratur dan baik cara asuhan seorang kanak-kanak maka akan lebih teraturlah perkembangan mereka dan mereka juga akan menjadi lebih bijak dan maju berbanding dengan kanak-kanak yang kurang

mendapat asuhan dengan baik. Asuhan bermula daripada rumah dan akan berterusan hinggalah kanak-kanak tersebut meninggalkan rumah. Satu lagi tempat dimana kanak-kanak ini akan diasuh ialah di sekolah. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa di rumah berbanding di sekolah. Namun begitu, kanak-kanak ini mendapat lebih banyak asuhan atau ajaran serta pengaruh ketika berada di sekolah. Hal ini kerana mereka akan mendapat pengaruh daripada rakan sebaya, guru-guru serta orang dewasa yang lain seperti pengusaha kantin, pekerja tender kebersihan sekolah dan ramai lagi. Sekolah adalah tempat yang sangat penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Sekolah juga menggalakkan perkembangan fizikal, kognitif, sosio-emosi dan juga personaliti kanak-kanak tersebut. Peranan sekolah 6

dalam memastikan aspek-aspek tersebut berkembang adalah sangat penting bagi menjamin kemajuan kanak-kanak tersebut dan seterusnya dalam masa yang sama meningkatkan kualiti pelajar di sekolah bukan sahaja dalam kecemerlangan peperiksaan tetapi juga dalam peningkatan kualiti diri pelajar. Sekolah bukan hanya merujuk kepada guru semata-mata. Peranan sekolah dalam mengembangkan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa pihak yang berbeza dari segi peranan, tugas dan cara dalam membantu

perkembangan kanak-kanak ini. Namun begitu objektif mereka adalah sama sahaja iaitu mengembangkan lagi kanak-kanak dari aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti. Pihak pentadbiran sekolah adalah sangat bertanggungjawab dalam perancangan perkembangan kanak-kanak ini. Pihak pentadnir sekolah boleh mengadakan sebarang aktiviti atau mewujudkan satu keadaan dimana perkembangan kanak-kanak akan berkembang dengan pesat sekali. Faktor fizikal kanak-kanak adalah sangat utama dalam perkembangan mereka, tanpa fizikal yang sempurna, tidak akan ada kemahiran fizikal yang akan dikuasai oleh kanak-kanak tersebut. Perkembangan fizikal adalah perkembangan yang paling awal harus dikuasai oleh kanak-kanak. Terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah dalam usaha mengembangkan fizikal kanak-kanak. Fizikal kanak-kanak berkembang dengan pesat apabila terdapat aktiviti yang melibatkan penggunaan fizikal mereka seperti sukan sekolah, aktiviti

perkemahan dan sebagainya. Pihak pentadbiran sekolah haruslah menyediakan aktiviti yang melibatkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal murid secara berterusan dan bukannya hanya sekali dalam setahun atau hanya ketika diarahkan oleh pihak pejabat pengarah pendidikan. Selain aktiviti untuk pelajar, pihak pentadbiran sekolah juga haruslah melengkapkan keperluan yang diperlukan untuk perkembangan mereka. Sebagai contoh, sekiranya kelengkapan untuk subjek pendidikan 7

jasmani tidak lengkap, pihak pentadbir perlulah mencari jalan supaya kekurangan ini dapat diatasi dengan pantas. Hal ini supaya, subjek pendidikan jasmani yang memerlukan alat bantuan itu akan dapat dijalankan dan dapat pula membina jasmani kanak-kanak atau pelajar tersebut. Selain itu juga, pihak pentadbiran sekolah haruslah memastikan keselamatan fizikal kanak-kanak ini supaya tidak mengganggu proses perkembangan mereka. Mereka harus memperuntukkan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang selamat

seperti meja yanmg tidak mempunyai bucu yang tajam, penghadang di koridor, jalan yang sesuai dan tidak licin serta tidak terlalu sempit. Peluang yang banyak dapat meningkatkan lagi kognitif kanak-kanak. Oleh sebab itu, pihak pentadbiran sekolah haruslah menyediakan peluang yang banyak bagi memperkembangkan lagi kognitif mereka. Pihak pentadbiran sekolah perlu mengadakan aktiviti seperti pertandingan bercerita, Nilam, kuiz kesihatan dan sebagainya. Lebih banyak aktiviti yang diadakan, lebih banyak penyertaan yang akan berlaku bererti lebih banyak perkembangan kognitif yang akan berlaku. Peluang kognitif juga akan berlaku apabila pihak pentadbiran sekolah menyediakan lebih banyak kemudahan seperti pusat sumber dan bilik komputer. Kemudahan yang lebih baik akan mempercepatkan lagi

perkembangan kognitif kanak-kanak. Sosio-emosi kanak-kanak adalah sangat penting untuk dikembangkan. Sosio-emosi merupakan perhubungan dengan orang ramai seperti dengan kawan-kawan, guru-guru dan orang dewasa yang lain. Pentadbir sekolah adalah pihak yang bertanggungjawab untuk membuat keadaan yang menggalakkan perkembangan sosio-emosi ini. Pentadbir sekolah haruslah mengadakan harihari untuk mereka bersosial seperti hari bersama ibu bapa, hari mentor-menti atau sistem anak angkat supaya mereka dapat bergaul. Selain itu, aktiviti seperti sukan sekolah pada peringkat yang lebih tinggi supaya mereka dapat bergaul dengan lebih ramai orang dan dapat pula membina sosio-emosi mereka dengan lebih cepat.

Dari segipersonaliti pula, pihak pentadbiran sekolah boleh mengadakan aktiviti yang boleh membina personaliti murid-murid mereka. Sebagai contoh, mereka boleh mengadakan program bina semangat yang mana dapat meningkatkan kualiti personaliti mereka. Pihak pentadbiran boleh mengadakan ceramah yang memberikan semangat kepada murid untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan tidak akan menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab. Pihak pentadbiran bersendirian sahaja tidak akan dapat membantu dalam perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh tanpa agen pelaksana yang melaksanakan semua perancangan yang dibuat oleh pihak pentadbir. Guru-guru adalah pihak yang bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka sering berhubung dan bersemuka dengan murid secara terus. Dari aspek fizikal, guru-guru perlu memastikan apa sahaja aktiviti yang dijalankan adalah selamat kepada murid-murid mereka. Kecederaan yang berlaku kerana sesuatu aktiviti yang berlaku mungkin sekali akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan mereka terbantut dan tidak berlaku. Hal ini akan menyababkan mereka ketinggalan dalam apa juga bentuk aktiviti. Selain itu, peranan guru dalam mengembangkan fizikal kanak-kanak adalah dengan mengawal pemakanan mereka di sekolah. Makanan adalah penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Makanan yang seimbang akan mempercepat perkembangan mereka. Makanan yang tidak seimbang pula akan menyebabkan pelbagai penyakit yang akan menyekat perkembangan kanak-kanak ini. Kanak-kanak yang tidak mendapat pemakanan yang seimbang akan menyebabkan penyakit seperti obesiti, beri-beri dan kwashakor. Perkembangan kognitif murid adalah tanggungjawab seorang guru yang amat berat. Seorang guru haruslah memberikan maklumat yang berguna kepada kanak-kanak tersebut supaya mereka dapat berkembang daripada aspek kognitif. Seorang guru juga haruslah melontarkan soalan-soalan yang

membuatkan murid-murid berfikir secara kritis dan total. Hal ini akan membuatkan sel-sel otak mereka berhubung dan menjadi lebih berkembang. 9

Disamping itu juga, murid-murid juga akan membaca dari pelbagai sumber seperti buku, majalah dan sumber internet untuk mendapatkan maklumat tersebut. Selain itu juga, guru boleh memberikan bahan yang sesuai berdasarkan kebolehan murid. Hal ini adalah sangat penting kerana bahan yang tidak sesuai dengan kebolehan murid menyebabkan murid hilang minat kerana bahan yang terlalu sukar bagi mereka. Hal ini seterusnya akan menyebabkan perkembangan kognitif kanak-kanak terhenti dan adalah amat sukar untuk menarik kembali minat mereka untuk mempelajari subjek tersebut. Sosio-emosi murid semasa berada di dalam kelas dibentuk oleh guru. Guru haruslah menggalakkan murid mereka supaya sentiasa bergaul dengan semua rakan mereka di dalam kelas itu. Lebih banyak interaksi yang berlaku di antara murid tersebut maka lebih banyaklah pengalaman dan stratergi untuk bersosial yang mereka alami atau mereka dapat. Aktiviti yang melibatkan sosial murid boleh dijalankan oleh guru dalam pelbagai bentuk dan cara. Sebagai contoh, murid-murid diminta oleh guru untuk berlakon dalam kaedah main peranan, lakonan spontan, perbincangan kumpulan, aktiviti berpasukan semasa subjek pendidikan jasmani dan sebagainya. Personaliti murid atau kanak-kanak bagaimanapun penting selain fizikal, kognitif dan sosio-emosi kanak-kanak. Guru memegang satu tanggungjawab dalam membina personaliti dalam diri kanak-kanak tersebut. Personaliti kanakkanak selalunya berasal daripada pemerhatian mereka. Oleh sebab itu, guruguru haruslah menunjukkan contoh yang baik dalam personaliti mereka agar kanak-kanak dapat mengikuti personaliti yang positif pada guru mereka. Kanakkanak dapat membina penampilan mereka berdasarkan contoh yang mereka ikuti. Sekiranya guru menunjukkan penampilan yang baik dalam penampilan mereka murid juga akan menunjukkan penampilan yang baik, kemas dan bersih. Disiplin murid juga akan dapat dibina melalui peniruan guru tersebut. Selain meniru disiplin guru, murid dapat membina disiplin mereka apabila guru 10

dapat memberi nasihat dan sedikit teguran apabila kanak-kanak tidak menunjukkan disiplin yang baik. Hal ini adalah perlu kerana ahli falsafah Lev Vygotsky mengatakan bahawa kanak-kanak perlu diberi bimbingan agar murid dapat menjalankan sesuatu perkara dengan teratur. Guru juga dapat membina personaliti diri dengan memberikan kanakkanak tersebut nilai moral semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku. Nilai moral dapat disemai dalam diri murid ketika berada di dalam kelas dan dapat diamalkan dalam kehidupan mereka seharian. Personaliti diri murid akan menjadi lebih baik apabila mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru. Staf sokongan juga penting dalam perkembangan diri kanak-kanak. Staf sokongan memberi pengaruh yang besar dalam diri kanak-kanak kerana mereka berinteraksi secara langsung dengan murid. Daripada aspek fizikal, staf sokongan dapat turut serta bersama dengan guru-guru dalam menjaga keselamatan mereka. Staf sokongan boleh melakukan teguran apa melihat keadaan murid adalah tidak sesuai dan berbahaya kepada murid tersebut. Disamping itu juga, staf sokongan seperti juruteknik haruslah memastikan kesemua alatan elektrik dan mekanikal yang terdedah kepada kanak-kanak adalah selamat untuk digunakan dan tidak akan menyebabkan kecederaan yang boleh menghalang perkembangan fizikal kanak-kanak. Dari aspek kognitif pula, staf sokongan dapat memberikan bantuan jika ternampak kanak-kanak yang menghadapi kesukaran semasa sedang belajar atau ketika membuat ulangkaji. Staf sokongan juga boleh mengajak kanak-kanak tersebut berinteraksi dan berbincang mengenai subjek yang dipelajari oleh murid serta melontarkan persoalan-persoalan supaya kanak-kanak tersebut boleh mengembangkan lagi minda mereka. Dari aspek sosio-emosi pula, staf sokongan boleh berinteraksi dengan semua murid terutamanya murid yang agak lemah dalam pergaulan supaya mereka dapat mempertingkatkan lagi kemahiran mereka dalam pergaulan dengan orang lain terutamanya yang lebih tua daripada mereka. Staf sokongan 11

boleh membawa mereka bercerita tentang keluarga mereka, rakan-rakan atau aktiviti harian yang dijalankan oleh murid tersebut. Seperti juga seorang guru, staf sokongan juga perlulah menampilkan penampilan yang baik dan sentiasa menegur kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak betul. Disamping itu juga, staf sokongan boleh memberikan cerita yang mempunyai unsur pengajaran ketika berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut pada masa sebelum persekolahan bermula atau selepas waktu persekolahan. Semua pihak secara amnya perlu saling bantu membantu dalam membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, kognitif, sosio-emosi dan personaliti khasnya.

12

Anda mungkin juga menyukai