Anda di halaman 1dari 12

Amalan beratur nilai adab individu di UK Oleh Siti Suriani Othman* MUDAH saja amalan yang satu ini

bahkan kita berasakan kanak-kanak pun boleh memahami arahan beratur. Namun, amalan beratur untuk menaiki bas atau di kaunter perkhidmatan masih belum menjadi amalan jitu kita di Malaysia. Mungkin juga tidak keterlaluan dikatakan masih asing di kebanyakan negara timur. Minggu ini saya tertarik untuk berkongsi pengalaman beratur di beberapa negara asing. Seperti yang pernah saya tulis dalam artikel lalu, pengalaman beratur belum ada yang manis di negara sendiri. Berbanding di United Kingdom (UK), mereka yang tidak beratur dipandang hina oleh masyarakatnya. Selain disifatkan sebagai individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghormati hak orang lain, mereka yang gagal beratur juga adalah mereka yang tidak bertamadun. Menaiki bas dengan penumpang yang ramai tidak sesukar di negara sendiri. Dalam keadaan beratur panjang, tambah seri pengalaman itu apabila melihat sesetengah warga British memberi peluang kepada mereka yang membawa kereta sorong bayi. Sudahlah mereka beratur mengikut giliran, mereka yang dalam kesukaran diberikan peluang lagi. Mungkin jarang kita melihat keadaan sebegini di negara sendiri. Saya sendiri yang kurang bijak berebut untuk menaiki bas pernah dinasihatkan seorang kawan ketika di sekolah menengah dulu, kena rebut nak naik bas, kalau tak rebut nanti kita tinggal katanya yang melihat saya terlalu memberi peluang kepada orang lain. Benar juga katanya kerana jika terlalu memberi peluang, akhirnya kita sendiri yang tertinggal kerana orang lain asyik memotong, di samping memarahi kita yang tidak naik-naik. Kita yang mengharapkan keadaan yang lebih tertib menjadi mangsa kemarahan orang lain akhirnya. Menariknya, ketika mulamula mendapat peluang melanjutkan pengajian di UK, kami dibekalkan dengan prospektus universiti yang turut menyelitkan beberapa panduan pengajian dan kehidupan di UK. Antara yang paling menarik dalam brosur universiti ialah mengingatkan bakal pelajar supaya sentiasa beratur sama ada untuk menaiki kenderaan awam mahupun di kaunter. Menurut brosur itu, mereka yang tidak beratur di UK adalah golongan yang tidak disukai. Lihat saja bagaimana budaya beratur ini dipentingkan dan diterap masyarakat sehinggakan orang baru sentiasa diingatkan agar mencontohi amalan masyarakat setempat jika ingin diterima baik. Pastinya, sikap ini memudahkan ramai pihak. Berebut-rebut bukanlah jawapannya dan ini sebenarnya melambatkan lagi pergerakan individu. Seseorang yang sampai dulu perlu mendapat haknya untuk dilayan terlebih awal, sesuai dengan masa yang diperuntukannya untuk sampai awal di sesuatu tempat. Mereka yang sampai lewat, tetapi tidak beratur dan siap awal perlu berasa malu dengan perbuatan itu. Merampas hak orang lain demi kepentingan diri memperlihatkan sikap individu yang tidak matang dan tidak menghormati orang lain. Ironinya, amalan beratur di tempat awam sudah diajar di sekolah sejak kecil lagi, namun ia tidak menjadi budaya. Kanak-kanak di Malaysia diajar beratur setiap pagi dengan nyanyian lagu patriotik. Nampaknya, beratur di sekolah

sekadar mengikut arahan guru yang tidak membawa makna signifikan dalam kehidupan seharian. Sepatutnya, budaya beratur di sekolah diaplikasi dalam amalan yang memungkinkan kehidupan lebih tersusun dan sistematik. Lebih menyedihkan, pelajar universiti pun masih ada yang tidak tahu beratur. Lihat saja kaunter makanan di sesetengah universiti yang boleh menggambarkan keadaan memalukan ini. Jika alasan lapar, bukankah semua orang yang ingin membeli makanan itu lapar? Jika benar-benar perlukan awal, mengapa tidak datang lebih awal daripada orang lain? Mengapa perlu dirampas hak orang lain yang juga mempunyai keperluan sama dengan kita? Pada pihak peniaga pula, ada sesetengah peniaga yang tidak mendahulukan pelanggan yang datang awal. Di UK, peniaga akan cam muka mereka yang awal, walaupun barisan beratur tidak sempurna, kita tetap akan mendapat layanan lebih awal berbanding yang lewat. Sepatutnya hal ini juga menjadi keutamaan dan amalan oleh peniaga dan pelayan kaunter. Memastikan yang awal didahulukan sebenarnya memberi hak mereka yang mutlak. Mengapa perlu kita serabutkan minda hanya kerana tekanan akibat perbuatan yang sebenarnya jika ditinggalkan, kesannya adalah jauh lebih baik? Beratur bukan soal remeh dan perlu diberi penekanan. Oleh itu, Kerajaan China pernah melancarkan Hari Beratur pada 2008 semata-mata untuk menyuburkan amalan ini di kalangan rakyatnya. Slogan Beratur itu amalan masyarakat bertamadun, mulia jika berbaik-baik dikempenkan pada setiap 11 hari bulan setiap bulan di Beijing sempena Sukan Olimpik yang lalu. Beratur menggambarkan sikap dan mentaliti sesebuah masyarakat, justeru, marilah mendidik diri dan anak ke arah sikap bermentaliti kelas pertama. *Penulis ialah pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), kini melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang kewartawanan di Nottingham Trent University, UK. Sumber: Berita Harian

FRIDAY, JANUARY 16, 2009

Kenapa kita susah sangat nak beratur...kenapa? Saya memang suka menggunakan pengangkutan awam kerana saya bukanlah golongan yang berpendapatn tinggi. Jadi, bas dan LRT menjadi alat pengangkutan yang penting buat saya untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Masalahnya ialah setiap kali saya hendak menaiki bas dan LRT, semua berebut masuk tanpa mempedulikan penumpang yang lain dan yang hendak keluar atau turun. Soalan saya ialah kenapakah kita tidak mahu beratur? Ini jawapan yang saya terima daripada seorang lelaki tua yang kebetulan terpaksa membiarkan sahaja penumpang yang lain masuk dengan kasar ke dalam LRT suatu hari itu. Orang tua yang saya rasa sudah hampir tujuh dekad umurnya itu masih gagah menahan rempuhan orang yang jauh lebih muda daripadanya. Jadi, saya yang nampak terus duduk di sebelahnya lalu apabila keadaan kembali tenang dan saya luahkan masalah ini lalu beliau memberikan pandangannya. Katanya. Masyarakat kita tidak mempunyai rasa hormat terhadap satu sama lain. Masing-masing menganggap semua orang salah dan tidak mempunyai hak untuk menaiki pengangkutan awam. Mereka menganggap mereka lebih berhak untuk duduk dan masuk dahulu daripada yang lain. Katanya, tengok sahaja dirinya tidak ada sesiapa yang menawarkan tempat duduk ketika dia masuk tadi. Semua orang baik yang muda dan tua sama sahaja katanya. Semua ingat diri mereka sahaja. Mereka semua sudah lupa jasa-jasa orang tua. Mungkin ada benarnya kata orang tua itu kerana kita memang tidak suka beratur. Anda lihatlah di mana-mana kita memang tidak ada disiplin. Ketiadaan sikap hormat mungkin menjadi satu faktor penting yang membuatkan masalah ini terus berlaku generasi demi generasi. Kalau kita tidak cuba mencari jalan untuk mengatasinya saya yakin kita akan dikenali sebagai masyarakat yang suka berebut. Cuma yang sedihnya apabila ada pelancong asing membuat komen tentang sikap kita yang tidak suka beratur, semua pihak cuba menidakkan perkara ini berlaku. Tapi perkara ini memang berlaku dan kita tidak cuba melakukan apa-apa untuk mengubahnya. baik pihak berkuasa, masyarakat, ibu bapa dan diri sendiri hanya menggelengkan kepala sahaja. Jadi apa yang kita hendak buat?
Posted by Noor Azman Mahat

Lebih banyak kesan negatif Oleh Riadz Radzi BERATUR panjang menunggu giliran menggunakan telefon awam sama ada di bandar, kampung, pusat beli-belah, hospital, institusi pengajian tinggi dan sekolah adalah satu pemandangan biasa lebih 20 tahun lalu disebabkan penggunaan telefon bimbit belum lagi diperkenalkan. Namun, senario itu mula berubah kira-kira 15 tahun lalu apabila orang ramai mula menggunakan telefon bimbit. Bermula dengan lambang kemewahan, telefon bimbit kini menjadi barang keperluan apabila hampir semua umat manusia mampu membelinya. Baik menteri, jutawan, tokoh korporat, artis, ahli sukan, kerani, penghantar piza hinggalah kepada penjaga tandas, semuanya mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Cuma berbeza dari segi jenama, harga dan fungsinya. Kini, telefon bimbit bukan sekadar boleh mendail dan menghantar SMS, tetapi sudah ada telefon pintar serta iPad dengan pelbagai gajet membolehkan kita melakukan apa saja dengannya - sama ada yang baik atau buruk! Teknologi komunikasi yang semakin berkembang membolehkan pengguna alat komunikasi itu melihat, menonton dan membaca apa saja yang selama ini amat sukar diperoleh membuatkan sisi hitamnya mula terserlah. Akhirnya, kita mula melabelnya sebagai antara ejen pembawa elemen negatif dalam kehidupan sekali gus membuatkan pelajar tidak dibenarkan membawanya ke sekolah, walaupun dari beberapa aspek yang lain, penggunaannya amat penting. Sehubungan itu, kenyataan kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran, barubaru ini yang akan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah bermula tahun depan mengundang pelbagai reaksi. Walaupun keputusan yang dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Isu Disiplin peringkat kementerian itu berikutan rayuan daripada ibu bapa yang mendapati ia sebagai satu keperluan, banyak pihak dilihat tidak bersetuju dengannya. Antaranya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang menyifatkan kebenaran itu boleh menimbulkan banyak masalah di sekolah termasuk mengurangkan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran. Presiden NUTP, Hashim Adnan dipetik sebagai berkata, antara masalah yang dikenal pasti berkemungkinan berlaku kecurian telefon bimbit, hilang fokus

ketika guru mengajar dan kewujudan ejen menjual kad tambah nilai di kalangan pelajar. Kajian lebih mendalam perlu dibuat jika benar kerajaan mahu menguatkuasakannya kerana kami berpendapat, lima juta pelajar yang masih bersekolah belum mampu untuk menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar dan gajet elektronik lain dengan baik, katanya. Katanya, NUTP juga bimbang jika telefon bimbit yang kini canggih dengan kemudahan kamera dan Internet akan disalah guna pelajar ketika ujian selain menggunakannya untuk mengintai rakan di tandas. Keputusan ini hanya memudahkan mereka untuk menghantar SMS atau mengambil gambar kertas ujian dan menghantarnya kepada pihak lain untuk mendapatkan jawapan, katanya. Pengerusi PIBG Nasional, Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, pula menyifatkan ia boleh mewujudkan budaya tunjuk menunjuk di kalangan mereka. Katanya, telefon bimbit tidak boleh dibenarkan pada waktu sekolah, tetapi jika di luar waktu sekolah itu terpulang kepada ibu bapa atau penjaga. Namun, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Julai lalu bahawa kerajaan belum menerima cadangan itu kerana ia masih dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Disiplin Peringkat Kementerian Pelajaran jelas melegakan mereka. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, dipetik sebagai berkata, perkara itu belum dibawa ke pengetahuannya untuk bersetuju atau menolak cadangan berkenaan. Kita mengambil kira perkembangan teknologi, persekitaran sekolah dan keselamatan, namun ada juga mengatakan penggunaan telefon bimbit dan iPad boleh mengganggu proses pembelajaran. Selain itu, ada guru dan kesatuan guru tidak setuju dengan penggunaan itu, namun pada masa sama ada pihak menyokong kuat, katanya. Apa yang pasti, cadangan ini ada pro dan kontranya. Ramai di kalangan guru yang menentangnya atas alasan mengganggu proses pembelajaran, namun

ramai juga di kalangan ibu bapa dan pelajar sendiri menyokongnya kerana memberi kemudahan kepada mereka untuk berhubung, terutama bagi pelajar yang tinggal di asrama. Seorang guru di sebuah sekolah menengah ketika dihubungi mengakui beban guru akan bertambah kerana terpaksa mengawal dan mengawasi pelajar supaya mematuhi peraturan. Di sekolah memang ada pelajar nakal. Gejala kecurian, rakam curi dan sebagainya membabitkan penggunaan alat itu pasti berlaku. Atas sebab itu, guru terpaksa memikirkan pula cara untuk tangani masalah itu dan pastinya bebanan makin bertambah, katanya. Beliau berkata, ibu bapa turut terkena tempias tekanan apabila anak mula meminta dibelikan telefon bimbit, telefon pintar atau iPad yang lebih canggih daripada rakan mereka. Ini tidak mustahil berlaku kerana sudah menjadi lumrah pelajar yang juga remaja suka membanding-bandingkan barangan yang mereka miliki. Bila ini berlaku, pelajar yang datang daripada keluarga tidak berkemampuan pasti akan berasa rendah diri. Ibu bapa yang tidak mampu membelikan telefon pintar canggih untuk anak mereka pasti berasa tertekan, katanya. Beliau berkata, jika cadangan ini tetap mahu dilaksanakan, adalah lebih baik ia dihadkan kepada pelajar menengah atas saja kerana mereka lebih matang. Selain itu, garis panduan dan penguatkuasaan ketat perlu dilaksanakan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan di sekolah. Seorang bapa yang juga pengurus bank, Mohammad Jefri Khalid, 40, pula menyifatkan cadangan itu bersesuaian dengan kehendak zaman sekarang selain memudahkan pelajar, tetapi dengan syarat mereka perlu bijak menggunakannya. Beliau yang bekerja di Kuala Lumpur mengakui kebimbangan besar mengenai cadangan itu ialah ia boleh mengganggu pembelajaran di kelas, namun, memberi cadangan supaya guru kelas menyimpan telefon bimbit pelajar sehingga tamat waktu persekolahan supaya fokus pelajar tidak terjejas. Banyak yang melihatnya dari aspek negatif, tetapi pada saya ia satu kemudahan yang penting, terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak menginap di asrama.

Ia sangat penting terutama membabitkan hal-hal kecemasan. Bayangkan jika tiada telefon bimbit? Selain itu, mereka juga mudah dihubungi ketika mengikuti kelas tambahan atau mengikuti kegiatan kokurikulum, katanya. Mohamad Jefri berkata, jika cadangan itu tetap akan dilaksanakan, pihak sekolah perlu memastikan telefon awam di sekolah dijaga dengan elok dan ditambah bilangannya. Selain itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan telefon khas di pejabat yang boleh digunakan pelajar untuk menghubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan atau memaklumkan perubahan jadual aktiviti. Tidak dinafikan penggunaan telefon pintar, iPad dan sebagainya adalah teknologi moden yang boleh membantu pelajar memantapkan prestasi pembelajaran mereka jika ia digunakan dengan betul. Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Korea Selatan, mereka mengiktiraf alat komunikasi moden itu sebagai buku digital. Namun, kita tidak boleh menolak kesan negatif hasil penggunaan peralatan canggih itu dan kerajaan pastinya perlu melakukan kajian menyeluruh sebelum cadangan ini dilaksanakan. Penulis Ketua Biro Harian Metro Selangor Artikel ini disiarkan pada : 13/08/2012

Kaunter Xpress di pasaraya


by MrNamie on September 26, 2010 9 Comments

Share _

Semua tahu kalau di pasaraya yang besar macam Tesco, Carrefour, ataupun Giant mesti ada satu ataupun dua lorong ekspress. Lorong ekspress ni kiranya salah satu alternatif pihak pengurusan untuk memudahkan para pengguna yang membeli dengan kuantiti sedikit membayar di kaunter. Selalunya kaunter ekspress ni untuk 10 barang ke bawah sahaja. Tapi semua orang faham ke apa yang dimaksudkan dengan kaunter Xpress ni? Nak baca lanjut, tekan More ye. [ad code=2 align=center] Tapi yang buat aku geram, bila ada sesetengah orang yang masih tak faham akan kegunaan kaunter Ekspress ni. Dah la orang tengah ramai, di bantainya beratur jugak di kaunter Express. Nak tegur segan pula, lagi pun orang tu dah berumur. Kadang-kadang ada antara mereka yang dengan ahli keluarga sekali. Tak apa la, mungkin semua ahli

keluarganya masih tak boleh membaca tak perasan papan tanda Xpress lane. Kadang-kadang, ada juga antara dorang ni yang silap faham dengan konsep 10 barang ke bawah. Ramai antara dorang yang anggap statement tu macam 10 jenis barang ke bawah. Apa bezanya? kalau 10 barang ke bawah, walau apa pun yang di bawa, mestila berjumlah 10 sahaja yang maksimum. Kalau 10 jenis pula, di bawa 10 kampit beras sekali pun, masih dikira sebagai 1 jenis sahaja. Jadi 10 jenis barang bersamaan 100 barang. Ya, aku tahu mungkin dorang dalam situasi yang nak cepat, tapi kalau nak cepat sangat pun, jangan la sampai ambil hak orang. Agak-agak tak sempat tu, shopping la lain kali di masa yang agak lapang dan keadaan orang yang tak ramai. Jangan la waktu-waktu macam ni. Memang orang lain diam saja, tapi siapa tahu, dalam hati menyumpahnyumpah. Kan setiap kata-kata tu adalah doa. So, lepas ni siapa-siapa yang selalu amalkan macam ni harap jangan la buat lagi. Menyusahkan orang lain juga nanti. Kan waktu sekolah dulu dah pernah belajar, beratur amalan mulia. Hehe p/s; Entry ni sebab tengok di kaunter Express Tesco tadi ramai pakcik dan makcik yang buat macam ni. Mungkin mereka masih kurang tahu mengenai hal ini kan. Tak apa, hidup ni kan segalanya mengenai Belajar dan Mengajar. hehe p/s: Dah balik baru perasan, sebelum ni aku set kualiti gambar supaya low untuk MMS, tadi terlupa nak tukar semula, akhirnya semua gambar jadi tak clear aduh
http://mrnamie.com/kaunter-xpress-di-pasaraya/

Budaya Sekolah - Harapan Daripada Pengetua

Pada penulisan ini yang saya tujukan kepada seluruh warga sekolah, adalah petikan sebahagian daripada ucapan pengetua yang disampaikan dalam ucapan sulung bagi sesi persekolahan 2012. Ucapan pengetua dalam perhimpunan sulung ini antara lain mengandungi harapan beliau terhadap warga SMKKB.

1. Pengetua mengalu-alukan kehadiran Majer Ibrahim bin Jamit, selaku wakil Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Kulaijaya yang turut hadir dalam perhimpunan sulung sesi persekolahan 2012. Beliau berharap IPD Kulaijaya dapat membantu pihak sekolah dalam usaha memantapkan disiplin dalam kalangan murid-murid.

2. Pengetua telah memberi ingatan kepada semua murid dan warga guru tentang visi dan misi sekolah yang menjadi keutamaan kepada semua dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang dan Membangun Potensi Individu Menerusi Pendidikan Berkualiti adalah visi dan misi sekolah yang perlu dijadikan asas dalam pemupukan budaya sekolah.

3. Pengetua seterusnya menyentuh mengenai harapan beliau agar murid dan guru sama-sama membentuk budaya sekolah yang antara lain seperti berikut;

3.1 Budaya Beratur; Murid perlu menjadikan budaya beratur sebagai amalan di sekolah sama ada semasa mahu masuk ke bilik darjah, ke makmal, bengkel, ke kantin dan ketika balik. Apabila murid beratur ia bukan sahaja mencerminkan tahap disiplin yang tinggi tetapi dapat mengelakkan amalan berebut-rebut yang boleh mencetuskan pergaduhan.

3.2 Budaya Membaca; Amalan membaca perlu dibudayakan dalam kehidupan murid, sama ada di sekolah mahupun di rumah. Murid diseru agar membudayakan amalan membaca sama ada ketika berada di tapak perhimpunan pada waktu pagi dan juga ketika menunggu kehadiran guru semasa peralihan masa pembelajaran. Murid-murid boleh meminjam buku diperpustakaan kerana membaca perlu dijadikan amalan sama ada buku akademik atau apa sahaja buku yang boleh merangsang minda murid ke arah pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.

3.3 Budaya bersungguh-sungguh; Murid diminta menerapkan budaya belajar bersunguh-sungguh sama ada ketika mentelaah pelajarn mahupun ketika berada dalam sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid juga perlu menguasai bahasa dengan baik khususnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan dasar MBMMBI.

3.4 Budaya menghargai kemudahan sekolah; Murid perlu menjaga segala kemudahan sekolah dengan baik kerana kemudahan yang disediakan sangat diperlukan dalam menyediakan murid suasana pembelajaran dan persekitaran sekolah yang kondusif. Kerosakan kerusi dan meja perlu dielakkan kerana selama ini pihak sekolah dan PIBG telah berbelanja besar dalam menyediakan kemudahan kerusi dan meja ekoran tindakan vendalisme oleh murid-murid. Kemudahan Tandas juga perlulah digunakan dengan baik kerana sebarang tindakan vendalisme akan menyebabkan kerosakan yang mana murid-murid jugalah nanti yang mengalami kesukaran untuk menggunakannya.

3.5 Budaya menghargai kerajaan; banyak sebab kenapa kita harus menghargai kerajaan yang memerintah. Antaranya kerajaan telah berbelanja berbelion ringgit dalam memastikan kebajikan pelajar dipelihara. Antaranya menerusi bayaran RM100 kepada semua murid untuk membeli peralatan sekolah dan pelupusan bayaran yuran/ bayaran tambahan sekolah. Murid perlu menghargai usaha kerajaan ini dengan menumpukan belajar dan belajar dengan bersungguh-sungguh.

4. Beberapa pengumuman juga telah disampaikan oleh pengetua dalam perhimpunan sulung bagi sesi persekolahan 2012, antaranya;

4.1 Memaklumkan bahwa pencapaian PMR 2012 telah mencatatkan satu aras baru untuk sekolah. Peratus kelulusan 63.44 dengan GPS 2.96 adalah pencapaian terbaik yang direkodkan untuk SMK Kulai Besar. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid dan guru-guru yang telah berusaha dengan gigih sehingga mencapai ETR yang disasarkan. Pengetua turut membacakan senarai nama murid yang menerima pencapaian perfect score.

4.2 Program kecemerlangan PMR dan SPM akan dilaksanakan seawal bulan Februari.

4.3 Mengumumkan mulai minggu ini murid RK akan berhimpun di gelangang permainan dihadapan kabin. Langkah ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di tapak perhimpunan. Peraturan ini bagaimanapun hanya untuk perhimpunan harian (selasa-Khamis) sahaja. Perhimpunan Rasmi Mingguan dan Pengisian Rohani masih dijalankan di tapak perhimpunan sedia ada.

Dicatat oleh AZMAN BIN SAFII pada 6:47 AM http://azmanss.blogspot.com/2012/01/budaya-sekolah-harapandaripada.html

Anda mungkin juga menyukai