Anda di halaman 1dari 11

EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

ULASAN KRITIS : ISU GANGGUAN EMOSI KEMURUNGAN


( 09 FEBRUARY 2015 )

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam usaha


membangunkan negara serta minda rakyat kelas pertama. Pendidikan yang
berkualiti menjadi tunjang kepada negara bagi melahirkan generasi yang
mampu bersaing dalam era globalisasi kini. Tambahan lagi dalam Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMK11), pendidikan iaitu perihal atau proses mendidik,
melatih dan mengajar manusia daripada perkara yang tidak diketahui kepada
perkara yang diketahui adalah usaha yang sangat penting. Proses ini
mestilah dilakukan secara konsisten dan berterusan bagi mencapai hasrat
pembentukan modal insan berilmu dan berakhlak.

Namun bagitu, dunia pendidikan bukanlah suatu bidang yang mudah


untuk dikebelakangkan. Dunia pendidikan tidak lari daripada menghadapi
pelbagai isu dan cabaran sama ada secara nasional mahu pun global. Setiap
isu yang mendatangi dunia pendidikan pasti akan mencuri tumpuan segenap
lapisan masyarakat. Justeru itu, individu yang paling terlontar dalam isu-isu
yang timbul pastinya insan yang bergelar murid.

Keadaan murid pada masa kini memerlukan mereka untuk sentiasa


bersedia dalam menghadapi apa jua masalah yang mendatang. Tanpa
langkah yang betul dalam menangani permasalahan yang dihadapi boleh
membawa kepada masalah emosi. Masalah emosi sering dikaitkan dengan
masalah mental, kemurungan (depresif) dan juga kecelaruan emosi. Masalah
ini juga dikenali sebagai tekanan perasaan. Morstt & Furst (1979),
menyatakan bahawa tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh
gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak
selesa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh
badan.

1
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Dalam satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun


2006, iaitu Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati
masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah
20.3%, meningkat sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu,
2011). Ternyata dapatan kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi
perhatian dengan lebih serius. Malahan tiada kajian lanjutan yang
menunjukkan masalah ini mengalami penurunan. kemurungan merupakan
satu bentuk kecelaruan emosi yang kerap berlaku pada masa kini.
Kemurungan (depression) juga dikenali salah satu penyakit psikologi yang
melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau
wanita, kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Kes kemurungan adalah satu isu yang kini dipandang sebagai isu yang
sangat mencabari guru, murid dan pihak sekolah. Kemurungan merupakan
salah satu gangguan mental atau yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja
tanpa mengira jantina, usia, latar belakang hidup , status ekonomi , ras dan
taraf pendidikan. Kemurungan juga kerap terjadi dalam kalangan pelajar
sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Kemurungan
dapat dikesan melalui tingkah laku pelajar seperti keresahan, tekanan dan
stress.

Artikel atas tajuk kemurungan dalam akhbar berita harian pada 09


februari 2015 telah memberi kesedaran tentang tanda serius isu ini. Artikel ini
telah meliputi faktor dan implikasi masalah murung yang kini mencabari alam
pendidikan.

2
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

2.0 Isu Kemurungan

Emosi membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil


tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa
yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih
sayang Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza (2005). Oleh itu, emosi atau
gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang
mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik.

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi


kurang didiagnosis sehinggalah masalah telah menjadi teruk dan memerlukan
rawatan rapi. Hampir kesemua murid yang murung mengalami mood yang
rendah, dan hilang minat sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang sebelum
ini digemarinya. Kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri
yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta
kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat
keputusan menjadi antara tanda-tanda kemurungan.

Murid bermasalah ini juga menyisihkan diri daripada masyarakat,


keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan
membunuh diri. Mengikut Dacey & Kenny , (1977) kemurungan boleh
dianggap sebagai satu perkataan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan adalah penyakit
keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.

Artikel ini menjelaskan individu yang mengalami perasaan sedih atau


muram pada masa yang tertentu sepanjang hayatnya. Bagi kebanyakan
orang, gangguan emosi ini hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun
dalam kes-kes tertentu perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa
kepada akibat yang tidak diingini seperti menakutkan dan memukul orang
lain. Menurut Jamaludin, (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan
bagi
mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan
atau

3
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

tidak. Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif,
kognitif, tingkah laku dan fisiologi. Kebanyakkan mereka yang menghadapi
kemurungan ini juga berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri,
merasakan sukar untuk mengekalkan penampilan diri dan berkomunikasi
dengan orang ramai. Kehidupan mereka akan menjadi pasif. Dari segi
simptom fisiologi murid bernama Muqri yang berasa diri sendiri kurang upaya
kerana tangan mula cuba elakkan diri daripada pandangan orang lain yang
perlikan kekurangan dirinya. Hal ini mengalakan Muqri mengasingkan diri dan
berasa rendah diri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemurungan boleh
menjejaskan pelbagai espek hidup seseorang individu sama ada dari segi
kognitif , emosi, sosial mahupun fizikal.

3.0 Faktor-Faktor Kemurungan

Masalah kemurungan ini sudah menjadi satu masalah yang telah


melanda masyarakat kita terutama sekali pelajar-pelajar sekolah, di mana
mereka lebih terdedah kepada masalah kemurungan ini. Mengikut Muqri
terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan dia mengahadapi masalah
kemurungan ini.

Muqri yang kudung tangan berasa dia kehilangan kegembiraan kerana


dia tidak dapat melakukkan kerja-kerja melalui tangan seperti murid lain. Ini
menyebabkan di kehilangan kebahagiaan dalam hidup dia. Hajat yang tidak
dicapai oleh Muqri menyebabkan dia mengahadapi masalah dari segi emosi
iaitu kemurungan. Ini dapat dibuktikan apabila Al-Kindi (2009) menyatakan
kemurungan berpunca daripada kegagalan seseorang untuk mencapai
sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya. Oleh yang demikian boleh
menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan kemurungan
kerana kehendak manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu
untuk mencapai atau memenuhi semua kehendak tersebut.

4
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Selain itu, faktor kehilangan atau kekudungan tangan menyebabkan


Muqri menghadapi masalah ini. Tangan merupakan sesuatu yang tidak dapat
ditandingi dengan lain seperti wang, harta dan lain-lain lagi. Kudungan tangan
menyebabkan Muqri tidak dapat melakasanakn kehendaknya dengan sendiri
seperti manusia lain. Ini mencetuskan kekecewaan dalam diri Muqri lalu
mengahadapi masalah kemurungan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pernyataan Al-Kindi yang mengemukkan bahawa kemurungan juga boleh
berlaku disebabkan faktor kerosakan, kebinasaan , kematian atau kehilangan
sesuatu yang sangat disayangi oleh seseorang.

Di samping itu faktor persekitaran seseorang juga boleh membawa


masalah kemurungan kepada diri sendiri mangsa. Di sini, persekitaran Muqri
adalah sekolah. Di sekolah tersebut dia berhadapan dengan murid-murid
yang tidak ada masalah kekurangan fizikal. Persekitaran ini mewujudkan dia
memandingkan diri dengan murid lain. Selain itu, persekitaran sekolah ini juga
menyebabkan rakan-rakan lain perlikan kekurangan diri Muqri sehingga dia
berasa sedih sepanjang masa di sekolah mahupun di rumah. Kajian oleh
Briere (2006) memastikan faktor persekitaran seseorang menyumbangkan
masalah kemurungan.

Di samping itu, faktor sosial juga memaikan peranan penting dalam


mencetuskan masalah kemurungan. Muqri juga mempunyai minat untuk
belajar dan suka untuk berkawan tetapi dia tidak mempunyai ramai kawan.
Konflik ini menjadi punca kepada kemurungan pelajar yang disebabkan faktor
sosial bersama rakan-rakan.

Selain itu, kognitif dan emosi pelajar yang tidak terlepas daripada
dibelenggu dengan kekusutan pemikiran dan emosi dalam kehidupan mereka
menjadi punca masalah emosi kemurungan. Pelajar Muqri yang selalu
memikirkan kekurangan diri iaitu kudung tangan kiri menjejaskan kayakinan
diri dia. Ini memudaratkan pemikiran Muqri untuk bertindak ganas seperti
menakutkan rakan yang perli dengan menujukkan tangan kudung itu. Oleh

5
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

itu, kekusutan pemikiran seseorang pasti menjejaskan emosinya. Pendapat


Ibnu Sina membuktikkan penyakit kemurungan yang tidak ditangani dengan
baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang dan
mendorong kepada tindakan keganasan. Dengan ini, faktor kognitif dan emosi
yang tidak terlepas memang memberi jalan kepada masalah kemurungan.

Artikel ini membuktikan punca-punca kemurungan dengan terperinci


melalui kehidupan Muqri.

4.0 Implikasi Masalah Kemurungan terhadap Pengajaran Dan


Pembelajaran

Murid yang mengalami masalah kemurungan umumnya tidak dapat


memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Golongan murid ini kebiasaannya suka bersendirian dan membuat kerja
sendiri tanpa memberi perhatian terhadap pengajaran guru di bilik darjah.
Mereka seolah-olahnya hidup dalam dunia sendiri. Ada juga daripada mereka
yang bosan dengan pengajaran guru sehingga mereka menganggu atau
menunjukkan sikap-sikap yang agresif seperti membaling rakan dengan
kertas, menggeliang-geliut di tempat duduk, ataupun bernyanyi semasa guru
sedang mengajar. Mereka juga turut bergerak ke sana sini menganggu rakan
lain. Kurang tumpuan ini dapat menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Murid-murid ini akan lebih banyak mengelamun dan menyendiri dengan
keadaan emosi mereka yang terganggu. Keadaan ini dapat ditelitikan dalam
artikel ini melalui sikap Muqri yang suka menakutkan rakan sebaya yang perli
di sekolah.

Mengikut Despert (1965), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi


neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat,
selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Di sekolah pergaduhan kecil sesama murid sentiasa berlaku disebabkan oleh
perkara yang remeh. Keadaan ini dapat digambarkan melalui murid Muqri
cepat marah adalah murid yang tidak dapat mengawal emosi dia dan
membiarkan perasaan marah menguasai dirinya. Dia cepat marah tanpa

6
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

sebab yang jelas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak stabil. Murid
yang menghadapi masalah kemurungan ini melihat orang lain dengan
pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini dirasakan begitu
sempit. Keadaan ini akan mendorong murid cepat rasa marah sewaktu ketika
ditegur oleh orang lain. Mereka tidak dapat menerima teguran atau nasihat
daripada orang lain kerana berpendapat bahawa semua orang
memandangnya dengan pandangan yang buruk. Secara tidak langsung
keadaan ini juga mendorong rakan-rakan menjauhi diri daripada mereka
sehingga mereka dipinggirkan oleh rakan mereka. Justeru itu, murid
bermasalah ini tidak memerhatikan pengajaran dan pembelajarn didalam
kelas. Ini memundurkan tahap pendidikan murid tersebut.

5.0 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Kemurungan

Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinikal


kurang diberikan perhatian. Artikel yang menangani kesukaran
mendefinisikan simptom kemurungan ini juga membawa satu kesedaran
kepada masyarakat berkaitan masalah emosi kemurungan. Ia juga
menjelaskan punca berlaku kemurungan dengan terperinci dan menunjukkan
jalan penyelesaian kepada masalah kemurungan.

Masalah kemurungan dapat diatasi apabila hajat atau keinginan


seseorang berjaya ditunaikan. Ini dapat lihat melalui kegembiraan Muqri yang
kudung tangan mendapati tangan mekanikal. Muqri mula bersuara dan
berkeyakinan selepas hajat dia dapatkan tangan seperti pelajar lain.
Walaupun artikel ini menunjukkan jalan penyelesaian untuk masalah emosi
kemurungan, ia tidak dipelbagaikan. Ini menjadi kelemahan dalam artikel ini.
Terdapat juga cara lain yang boleh menyelesaikan masalah kemurungan
dalam kalangan murid.

7
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Justeru individu yang rapat dengan murid-murid yang mengalami


masalah gangguan emosi seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan
masyarakat sekeliling dapat mengenal pasti gangguan emosi dalam kalangan
mereka. Walaupun kebanyakan daripada masa mereka dihabiskan bersama
guru di sekolah, tetapi ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting
untuk menentukan perkembangan emosi murid. Ibu bapa sebagai golongan
terdekat dengan murid harus sentiasa memberi perhatian yang sepenuhnya
bagi mengenal pasti masalah gangguan emosi yang dialami oleh murid.
Peranan berkesan yang sepatutnya dimainkan oleh ibu bapa di rumah adalah
dengan melakukan sesuatu yang positif supaya ia menjadi satu rol model
bagi anak-anak mereka.

Ibu bapa seharusnya dapat mengimbangi peranan mereka sama ada di


rumah, tempat kerja, dan dalam masyarakat. Keseimbangan ini amat perlu
supaya segala tekanan dapat diatasi. Hal ini demikian kerana tekanan emosi
yang dialami oleh murid pada masa kini sering dilihat berpunca daripada
keluarga yang kucar-kacir. Ibu bapa harus mengelakkan perlakuan di mana
mereka melepaskan geram ke atas anak-anak mereka disebabkan oleh
tekanan kerja yang dihadapi. Perkara ini adalah penting kerana hubungan
antara tingkah laku dan personaliti anak-anak adalah dipengaruhi oleh cara
didikan ibu bapa mereka. Menurut Teori perkembangan Imam Al-Ghazali
rohani perkara yang terdiri daripada akal, nafsu, jiwa dan roh, kanak-kanak
harus didik sejak lahir oleh ibu bapa. Ibu bapa juga memberikan beberapa
tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Di sekolah, guru memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti


keadaan diri murid tersebut supaya guru dapat membantu murid untuk
mengatasi masalah kemurungan. Hal ini demikian kerana gangguan emosi
yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran,
pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan
kemurungan. Persekitaran didikan murid haruslah sentiasa berada dalam

8
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

keadaan kondusif untuk membantu murid yang murung. Persekitaran didikan


yang dimaksudkan bukan sahaja di rumah tetapi juga termasuk sekolah.
Keadaan kondusif bermaksud tempat tersebut adalah selesa, stabil dan
selamat bagi murid-murid. Keselesaan sesuatu tempat bergantung kepada
diri murid di kawasan mana mereka dibesarkan. Stabil pula bermaksud
suasana tempat yang harmoni dengan setiap individu dalam keluarga atau
murid-murid di dalam bilik darjah memainkan peranan masing-masing tanpa
adanya konflik persekitaran tersebut. Sesuatu tempat yang selamat pula
membawa maksud jaminan keselamatan untuk hidup tanpa ancaman.
Persekitaran didikan yang kondusif adalah penting dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan murid kerana ia dapat membantu murid
untuk membina keyakinan diri terutamanya bagi murid yang suka
mengasingkan diri (kemurungan).

Guru juga harus sentiasa bersabar dan membantu murid yang


bermasalah. Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi
seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru harus mengadakan sesi
kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya.
Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti
pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru perlu memberikan
nasihat dan bimbingan yang sewajarnya terhadap proses interaksi sosial
yang melibatkan murid semasa aktiviti pembelajaran dan memberikan
layanan yang saksama terhadap semua murid tanpa membezakan setiap
murid. Guru juga harus mendorong murid-murid lain supaya mereka dapat
menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak
menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan
murid yang bermasalah mengalami gangguan emosi atas sebab tidak
diterima oleh murid lain.

9
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

6.0 Rumusan

Kemurungan yang dikatakan gangguan perasaan seseorang perlu diatasi


dengan segera agar dapat mewujudkan generasi yang bermutu tinggi. Oleh
yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa pembentukan emosi yang
positif dalam kalangan murid memerlukan kemahiran, keupayaan, dan
komitmen yang tinggi daripada pihat tertentu terutamanya ibu bapa dan guru-
guru. Ibu bapa dan guru-guru haruslah mengamalkan tingkah laku yang
efektif dan berkualiti serta berupaya membentuk emosi yang stabil dalam
kalangan murid.

Kejayaan memasuki dunia murid dapat menghasilkan persefahaman


dengan murid khususnya dalam usaha untuk emosi yang mesra ketika
bersama dengan murid dalam sesuatu proses pembelajaran. Akhirnya, dua
pihak yang terlibat akan saling bersedia untuk berkongsi pengalaman dan
saling bekerjasama untuk menjayakan matlamat pembelajaran di samping
emosi positif dalam kalangan mereka yang terlibat.

10
EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA

Bibliografi

Buku

Noriati A. Rashid, B.P (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

Noriati A. Rashid, B.P (2010). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford
Fajar Sdn.Bhd.

Jurnal

Fariza MD.Sham (2005). Tekanan Emosi Remaja Islam

11

Anda mungkin juga menyukai