Anda di halaman 1dari 47

BAB 3 NUTRISI

Semua organisma hidup memerlukan makanan untuk hidup dan kekal


sihat. Apakah kepentingan amalan pemakanan yang sihat? Makan untuk
hidup atau hidup untuk makan?

Marilah kita mengkaji:

 Kelas makanan
 Kepentingan gizi seimbang
 Sistem pencernaan manusia
 Proses penyerapan dan pengangkutan hasil pencernaan serta
penyahtinjaan

1
INFO SAINS

FLAXSEED- PEMAKANAN HIPSTER TERKINI

Flaxseed adalah sumber makanan yang paling popular di barat kerana kandungan nutrisinya yang
sangat baik dan tinggi. Nutrisi yang terkandung dalam flaxseed ialah Omega-3 (ALA), fiber, protein,
vitamin B1, manganese, magnesium, fosoforus, selenium, vitamin B6, kalium, kuprum dan zink.

Flaxseed ialah biji benih bunga dari bunga flax (Linium Usistatissinum) yang merupakan anggota dari
genus Linum dalam keluarga tanaman Linaceae. Bentuk dari flaxseed itu seakan dengan biji wijen
namun ada yang berwarna coklat tua dan kuning keemasan.

Kebaikan Flaxseed untuk tubuh badan manusia.

 Tinggi kandungan fiber tetapi rendah kandungan karbohidrat.


 Memberikan kulit dan rambut yang sihat.
 Mengurangkan berat badan
 Mengurangkan kadar kolestrol.
 Bebas gluten
 Tinggi anti-oksida(lignans)
 Kesihatan sistem pencernaan
 Melawan kanser
 Tinggi asid lemak Omega-3
 Untuk symptom menstrual.

Istilah sains

 Asid amino
 Pelawas
 Gizi seimbang
 Nilai kalori
 Esofagus
 Peristalsis
 Duodenum
 Hempedu
 Usus kecil
 Penyahtinjaan.

2
3.1 Kelas Makanan.

Mari kita belajar

 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai kelas makanan kita.


 Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dalam makanan.

Gambar di atas menunjukkan makanan segera atau “fast food” yang menjadi trend
kehidupan masa kini. Adakah makanan segera ini seimbang dan memenuhi kesemua kelas
makanan yang diperlukan oleh badan kita. Apakah kelas makanan?

Makanan diperlukan untuk…….

 Membekalkan tenaga
 Membekalkan bahan-bahan untuk membaiki tisu yang rosak serta membina sel-sel baharu.
 Mengekalkan kesihatan.

KIOSK SAINS

3
KELAS MAKANAN

KARBOHIDRAT

AIR PROTEIN

KELAS
MAKANAN

PELAWAS LEMAK

GARAM
MINERAL VITAMIN

4
•makanan yang kaya dengan karbohidrat
membekalkan tenaga kepada badan.
•contoh-contoh makanan berkarbohidrat ialah
nasi,roti,kek,pasta,ubi kentang dan coklat.
•karbohidrat ialah sebatian organik terdiri
daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen.
•empat kumpulan karbohidrat iaitu gula (gula
ringkas dan gula kompleks),kanji,selulosa dan
glikogen.
KARBOHIDRAT •gula ringkas-karbohidrat yang sedia diserap oleh
badan (contoh: glukosa),gula kompleks-perlu
dicernakan dahulu menjadi gula ringkas sebelum
diserap oleh badan(contoh : sukrosa)
•kanji- makanan simpanan dalam tumbuhan
•gula berlebihan dalam badan manusia disimpan
dalam bentuk glikogen di hati.
•selulosa merupakan serat tercerna yang
terdapat pada buahan dan sayuran.

•fungsi protein adalah untuk membekalkan asid


amino bagi membina sel-sel baru dan membaiki
tisu rosak.
•juga digunakan untuk membekalkan tenaga
apabila bekalan karbohidrat berkurang.
•contoh makanan yang kaya protein termasuklah
PROTEIN daging,susu,ikan dan ayam.
•molekul protein terdiri daripada unsur
karbon,hidrogen,oksigen dan nitrogen serta
kadang kala sulfur dan fosforus juga hadir dalam
molekul protein.
•protein berlebihan tidak disimpan di dalam
badan tetapi diuraikan oleh hati menjadi urea dan
seterusnya disingkirkan dalam air kencing.

•lemak haiwan dan lemak sayuran merupakan


jenis lemak yang selalunya diambil oleh manusia
dalam kehidupan seharian.
•makanan yang mengandungi lemak ialah
mentega,keju,mimyak kelapa sawit dan marjerin.
•lemak membekalkan tenaga dua kali ganda lebih
LEMAK banyak berbanding karbohidrat bagi setiap gram
makanan.
•lemak terdiri daripada unsur karbon,hidrogen
dan oksigen.
•lemak berlebihan disimpan di bawah kulit dan di
sekeliling organ seperti jantung dan ginjal.

5
•merupakan bahan tidak tercerna yang terdiri
daripada selulosa.
•makanan yang kaya dengan serat ialah buah-
buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
PELAWAS •pelawas penting kerana dapat mencegah daripada
makan secara berlebihan dan dapat merangsang
peristalsis.
•kekurangan pelawa boleh mengakibatkan
sembelit.

•badan manusia memperoleh air daripada


makanan dan minuman yang diambil.
•air adalah penting kerana air mengangkut
makanan tercerna ke sel-sel badan.
•selain itu, air mengangkut hasil buangan seperti
AIR urea dan karbon dioksida untuk dikumuhkan.
•air juga mengawal kepekatan darah dan suhu
badan.
•air tidak membekalkan sebarang nutrien kepada
badan.

GARAM MINERAL

 Merupakan bahan tidak organik.


 Mineral diperlukan dalam kuantiti yang sangat sedikit oleh badan untuk mengekalkan
kesihatan dan pertumbuhan badan.
 Kepentingan mineral adalah seperti di bawah:

6
KALSIUM FOSFORUS IODIN
•membantu pembekuan •membantu membina gigi •membolehkan kelenjar
darah. dan tulang. tiroid berfungsi dengan
•membentuk tulang dan •komposisi tambahan asid betul.
gigi yang kuat. nukleik •kekurangan:
•kekurangan : •sumber: menyebabkan goiter
menyebabkan riket keju,daging,telur,ikan, •sumber: makanan
•sumber : susu,ikan laut,rumpai laut,buah-
bilis,udang,sayur-sayuran buahan dan sayur-
hijau. sayuran.

NATRIUM BESI KALIUM


•diperlukan untuk •membina hemoglobin •diperlukan untuk
membentuk plasma dalam darah. pengecutan otot.
darah. •kekurangan : •membantu mengekalkan
•penting untuk menyebabkan anemia. ketelapan membran sel.
mengekalkan ketelapan •sumber: •sumber: makanan dari
membran. hati,daging,sayur-sayuran sumber tumbuhan dan
•sumber: garam hijau. makanan.
biasa,daging,telur

VITAMIN

 Diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk kekalkan kesihatan badan.


 Merupakan sebatian tidak organic.
 Terdapat 2 jenis vitamin iaitu:
a) Vitamin larut lemak-vitamin A, D, E dan K.
b) Vitamin larut air-vitamin B dan C
 Berikut disenaraikan jenis-jenis vitamin, sumber dan fungsinya:

7
VITAMIN A VITAMIN B
• sumber: susu,mentega,kuning
sumber: yis,telur,hati,produk VITAMIN C
tenusu,sayur-sayuran,buah-buahan
telur,minyak ikan,lobak sumber: buah-buahan dan sayur-sayuran
merah,tomato,sayur-sayuran hijau. fungsi: memastikan jantung dan sistem fungsi: melawan jangkitan dan membantu
• fungsi: memastikan kulit,tulang,gigi saraf berfungsi dengan normal, untuk penyerapan zat besi
dan rambut sentiasa kuat, untuk pertumbuhan normal.
kesan kekurangan : skurvi
penglihatan yang normal. kesan kekurangan : hilang selera makan
• kesan kekurangan : rabun malam dan Beri-beri

VITAMIN D VITAMIN E
sumber: bijirin,sayur-sayuran VITAMIN K
• sumber : mentega,telur,minyak
ikan,sayur-sayuran hijau. hijau,kuning telur sumber: susu,mentega,kuning telur,minyak
ikan,lobak merah,tomato,sayur-sayuran hijau
• fungsi: menggalakkan penyerapan fungsi: mengekalkan kesihatan sel darah
kalsium dan fosforus merah dan mencegah kematian fetus. fungsi: membantu pembekuan darah
• kesan kekurangan : kerosakan gigi dan kesan kekurangan : mudah mendapat kesan kekurangan : darah lambat membeku.
riket penyakit

8
AKTIVITI 3.1 UJIAN MAKANAN

Ujian makanan dilakukan untuk menguji kehadiran bahan-bahan tertentu seperti glukosa, kanji,
protein dan lemak dalam makanan.

Tujuan
Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak.

Bahan
Larutan iodin, Larutan Benedict, reagen Millon, etanol, air suling, larutan kanji, minyak masak,
larutan glukosa dan larutan albumen.

Radas.
Tabung uji, bikar, rak tabung uji, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai, silinder penyukat ,
penitis dan penyepit tabung uji.

Prosedur
(A) Ujian Iodin Untuk Kanji
1. titiskan 2-3 larutan iodin ke dalam tabung uji yang mengandungi
sedikit larutan kanji.
2. goncangkan campuran tersebut.
3. perhatikan dan rekodkan perubahan yang berlaku.

(B) Ujian Benedict untuk glukosa


1.titiskan 2-3 larutan Benedict ke dalam tabung uji yang mengandungi
sedikit larutan glukosa.
2. didihkan campuran itu dalam bikar berisi air seperti yang ditunjukkan
dalam rajah.
3. perhatikan dan rekodkan perubahan yang berlaku.

(C) Ujian Millon untuk protein


1. titiskan 2-3 reagen Millon ke dalam tabung uji yang
mengandungi sedikit larutan putih telur (protein)
2. didihkan campuran itu di dalam bikar berisi air seperti yang
ditunjukkan dalam rajah.
3. perhatikan dan rekodkan perubahan yang berlaku.

(D) Ujian kehadiran lemak


1. titiskan setitik minyak di tengah-tengah sekeping kertas turas.
2. keringkan kertas turas itu di atas nyalaan
3. perhatikan dan rekodkan perubahan yang berlaku.

9
Keputusan
Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual seperti di bawah

UJIAN PEMERHATIAN

Ujian iodin untuk kanji

Ujian Benedict untuk glukosa.

Ujian Millon untuk protein.

Ujian kehadiran lemak

***Ujian iodin larutan kanji bertukar kepada warna biru tua


***Ujian Benedict pembentukan mendakan merah bata menunjukkan
kehadiran glukosa.

***Ujian Millon mendakan merah bata akan terbentuk menunjukkan


kehadiran Protein
***Ujian kehadiran lemak bintik minyak yang lut cahaya terbentuk pada kertas
turas.

Praktis Formatif 3.1

1. Mengapakah protein sangat penting kepada badan kita?


Protein penting untuk membina tisu-tisu baharu dan membaiki tisu-tisu yang rosak.

2. Berikan dua contoh makanan yang akan memberikan keputusan positif apabila diuji
dengan larutan iodin.
Roti dan ubi kentang.
Kiosk sains

Manusia dan Gula


Rasa yang paling disukai oleh manusia adalah gula (manis). Tetapi kemanisan inilah yang akan
memberikan kepahitan (penyakit berbahaya). Pada abad ke-16, 1 sudu teh gula bersamaan dengan 5
dolar di London. Betapa tinggi dan berharganya nilai gula pada waktu itu. Brazil adalah pengeluar
gula tebu terbesar di dunia. India pula merupakan negara pengguna gula terbesar di dun

10
3.2 Kepentingan Gizi Seimbang

Mari kita belajar

 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai gizi seimbang


 Menganggar kalori makanan yang diambil dalam setiap hidangan dan merancang satu gizi
seimbang.
 Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan gaya hidup sihat
dalam mengekalkan kesihatan badan.

Saya perlu makan banyak kerana saya


lapar!!!

Manusia perlu mengambil jumlah kalori yang bersesuaian dengan keperluan tenaga. Adakah
saudari di dalam gambar diatas mengambil jumlah makanan dengan kalori yang betul dan
seimbang gizinya?

2. Gizi seimbang penting


untuk membekalkan
keperluan tenaga dan
mengekalkan kesihatan
seseorang.
1. Gizi seimbang merupakan pemakanan
3.piramid panduan makanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
menunjukkan kuantiti setiap kelas makanan dalam kuantiti yang sesuai untuk
makanan yang perlu diambil setiap keperluan badan.
hari.

GIZI
SEIMBANG

11
Piramid Panduan Makanan

Faktor-faktor yang mempengaruhi Gizi Seimbang

• remaja memerlukan lebih banyak tenaga

Umur berbanding individu dewasa.


• ini kerana remaja lebih aktif dan sedang menjalani
fasa pertumbuhan.

Saiz • individu yang mempunyai badan yang bersaiz besar


memerlukan lebih banyak tenaga berbanding

badan individu yang berbadan kecil.

• lelaki adalah lebih aktif dan lebih banyak haba hilang

Jantina dalam aktiviti seharian berbanding perempuan.


• ini menyebabkan lelaki memerlukan lebih banyak
tenaga berbanding perempuan.

12
•orang yang melakukan kerja-kerja berat seperti buruh

Pekerjaan binaan atau yang melibatkan aktiviti fizikal seperti atlit


memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding denga
orang yang bekerja di pejabat

•penduduk di negara yang beriklim sejuk memerlukan


Iklim tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu badan
berbanding dengan penduduk di negara beriklim panas

Keadaan •seorang pesakit memerlukan tenaga yang lebih banyak


untuk memulihkan kesihatannya berbanding dengan
orang yang sihat.

kesihatan •pesakit diabetis dan darah tinggi memerlukan gizi yang


tertentu untuk mengawal penyakit mereka.

Nilai Kalori Makanan

takrif=jumlah tenaga
yang dibebaskan apabila
1 gram makanan
dioksidakan dengan
lengkap.

Nilai
Kalori
kuantiti tenaga dalam
makanan
makanan disukat dalam unit
kalori (kal) atau joule(J).
1 kalori=4.2 J
1 kilokalori(kkal) = 4.2
kilojoule(kJ)

13
Kuantiti tenaga bagi karbohidrat, protein dan lemak.
Kelas makanan Kuantiti tenaga ( kJ g-1 )
Karbohidrat 17
Protein 18
Lemak 39

Menganggar Nilai Kalori Makanan.


Rajah di bawah menunjukkan jumlah kalori bagi makanan yang menjadi kegemaran rakyat
Malaysia seharian.

14
Berikut merupakan makanan yang dimakan oleh Danish ketika sarapan. Berdasarkan
gambarajah di atas, kirakan nilai kalori makanan yang dimakannnya.
1 pinggan nasi lemak
1 cawan teh tarik
1 biji pau ayam.

Nasi lemak 400 kJ X 1 400 kJ


Teh tarik 150 kJ X 1 150 kJ
Kuih pau ayam 205 kJ X 1 205 kJ
Jumlah 755 kJ

Maka, nilai kalori hidangan sarapan Danish ialah 755 kJ

Kandungan Nutrien Dalam Makanan


Di negara kita, kerajaan mewajibkan setiap makanan mesti menunjukkan nilai kalori sabagai
panduan kepada pengguna untuk memlih makanan. Berikut ditunjukkan beberapa contoh nilai kalori
makanan yang tertera di belakang pembungkus makanan dan pada makanan itu sendiri.
Pengilang makanan komersil perlu menyediakan label kandungan nutrien pada bungkusan makanan.
Label pada bungkusan makanan mempunyai maklumat lengkap mengenai jumlah kalori bagi setiap
hidangan serta kandungan pelbagai nutrien dalam makanan itu.
Sebagai pengguna, pilihan boleh dibuat berdasarkan maklumat pada label. Apabila membeli
makanan, perlu mempertimbangkan kandungan nutrien, kesegaran dan pelbagai aspek keselamatan
contohnya sama ada bahan tambah makanan tersebut akan membawa kesan buruk kepada
kesihatan kita. Maklumat nutrisi daripada sumber-sumber ini dapat mengurangkan kesihatan akibat
tabiat pemakanan yang tidak sihat.

15
Rajah label kandungan nutrien

16
Merancang Gizi Seimbang
Merancang gizi seimbang penting untuk memenuhi keperlua nutrisi manusia. Keperluan
tenaga ialah antara faktor yang perlu dipertimbangkan apabila merancang keperluan gizi
seimbang. Di bawah ditunjukkan contoh gizi seimbang.

3.2.3 Kepentingan Gizi Seimbang,Senaman dan Gaya Hidup Sihat.

17
Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia
memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Mampu mengawal kadar obesiti.


Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan
sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh
itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

2. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.


Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas
atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya
dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi,
pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda
sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan
seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk
kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol dan osteoporosis.

Aktiviti Kesedaran Bagi Menekankan Kepentingan Mengekalkan Kesihatan Yang Sihat

Kempen Nak Sihat

Kempen Nak Sihat merupakan satu lagi inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan masyarakat Malaysia
khususnya golongan belia. Ia menggunakan pendekatan menggembeling penyertaan belia secara
besar-besaran dalam aktiviti fizikal dan mewarwarkannya melalui media perdana untuk memberi
kesedaran dan meningkatkan minat belia untuk hidup aktif.

18
Objektif Kempen Nak Sihat:

1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti belia tentang kepentingan melakukan


aktiviti fizikal.
2. Memupuk sikap positif dalam komuniti belia terhadap amalan aktiviti fizikal.
3. Membina kemahiran, keyakinan diri dan menggalakkan komuniti belia melakukan aktiviti
fizikal.
4. Menggalakkan komuniti belia membudayakan aktiviti fizikal sebagai rutin kehidupan seharian.

Kempen Berjalan 10,000 Langkah

Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti
fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen
Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan
wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif
berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada
tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan
dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun
begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini
secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara
penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.

Mengamalkan aktiviti sihat ini secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras
kolesterol.
2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk
memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
5. Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang
membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
6. Mengekalkan kekuatan otot.
7. Mengurangkan risiko osteoporosis
8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga
emas.
9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.

19
Banyakkan
minum air.

Banyakkan
Kurangkan juga
garam memakan
kekacang

Tips Diet
Seimbang

Banyakkan
Kurangkan makan
gula makanan
yang berbuah

Kurangkan
kandungan
lemak dalam
makanan.

20
FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI
MALAYSIA
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak
dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan
membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga
adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah
sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus
daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja
berumur 13-17 tahun.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila
dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa
hadapan (Chee et al, 2008)
Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan
standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga
kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 2006. Standard ini dipanggil WHO
child growth standards.

AKTIVITI 3.2.3(a)

Tujuan
Menilai Tabiat Pemakanan Rakan-rakan Sekolah Anda

Prosedur
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpuln yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang ahli.
2. Jalankan satu kajian untuk mengumpulkan maklumat mengenai tabiat pemakanan rakan-
rakan sekelas anda.
3. Sediakan satu borang soal selidik yang merangkumi soalan-soalan berikut:
a) Berapa kalilkah responden makan dalam sehari?
b) Adakah responden makan pada masa yang ditetapkan atau pada bila-bila masa?
c) Apakah makanan yang digemari oleh responden?
d) Adakah responden suka makan makanan segera, makanan diproses dan makanan
rapu?
4. Bincangkan dengan ahli kumpulan anda mengenai unsur-unsur yang membentuk tabiat
pemakanan yang sihat.
5. Bentangkan hasil kajian anda di dalam kelas dan buat kesimpulan bersama guru tentang
tabiat pemakanan rakan-rakan anda di sekolah.

21
PUNCA-PUNCA OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Secara umumnya faktor- faktor yang menyebabkan obesiti adalah seperti keturunan dan faktor
genetik, tiada senaman yang mencukupi, nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan
dengan kadar yang banyak, hormon, pengambilan ubat/ rawatan dan jangkitan virus.

Melalui kajian antara faktor obesiti di kalangan pelajar di Malaysia adalah seumpama:
1. Makan makanan rendah/bebas lemak. Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih
sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan
rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa
lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu
elak seratus peratus
2. Suka makan makanan rapu. Makanan rapu ialah makanan berupa snek ringan yang boleh
didapati secara mudah di pasaraya dan kedai runcit. kanak-kanak sememangnya gemarkan
makanan rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana mereka terpengaruh
dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan
penjual. Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi
dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak
mengalami obesiti. Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan
menyediakan pula makanan segera atau memasak makanan mengandungi gula dan lemak
tinggi tetapi rendah vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan tubuh dan
minda anak.

Rajah menunjukkan makanan rapu yang terdapat di pasaran

22
3. Tabiat pemakanan makanan yang diproses.
Makanan diproses ialah makanan yang telah diubah keadaan semulajadinya, sama ada atas
sebab keselamatan atau kemudahan. Kaedah yang digunakan termasuklah pengetinan,
pembekuan, penyejukan, dehidrasi dan proses antiseptik. Sudah pasti makanan yang
diproses ini tidak elok untuk badan terutamanya bagi para pelajar. Ini kerana
kebanyakkannya adalah terdiri dari makanan yang dibuat dengan lemak-trans (trans-fats),
lemak tepu (saturated fat) dan sejumlah besar garam (sodium atau natrium) dan gula.
Seelok-eloknya makanan ini dijauhi atau dimakan dengan jumlah yang sedikit atau jarang-
jarang.

Rajah menunjukkan makanan yang diproses

4. Minuman manis antara punca utama obisiti dikalangan pelajar di Malaysia.


Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas (berkarbonat) di
sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya minuman bergas sudah
lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah. Sekali lagi di sini, mengapa mesti
minuman karbonat dipersalahkan, sedangkan penjualan ‘minuman-minuman manis’ yang lain
masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi nutrien minuman bergas dan
minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung, atau teh tarik?

Minuman manis dan bergas yang terdapat di pasaran.

23
CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DI KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA.
Secara umumnya pihak sekolah telah mengalurkan beberapa langkah dan antaranya adalah:
1. Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah
Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah merupakan kesinambungan Kelab Doktor Muda yang
telah dilaksanakan di Sekolah Rendah sejak tahun 1989. Program yang berpusat di sekolah
(School based programme) bermatlamat untuk melahirkan murid yang berkemahiran
berasaskan tingkahlaku kesihatan dalam mengamalkan cara hidup sihat menerusi aktiviti yang
diterapkan menerusi Modul Latihan.
Kelab Doktor Muda berlandaskan kepada konsep dan strategi Program Bersepadu Sekolah
Sihat (PBSS) yang bertepatan dengan Program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan) yang
diperkenalkan pada tahun 1991 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan program
ini adalah hasil usaha sama Antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Kesihatan Malaysia dengan sokongan agensi lain. Ini bertepatan dengan kehendak
Kementerian Kesihatan Malaysia yang menekankan kepada konsep persepakatan dalam
perkhidmatan kesihatan.
Pelaksanaan aktiviti Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah berkonsepkan ‘dari murid, untuk
murid, kepada murid’. Ia merupakan pendekatan proaktif yang dilaksanakan di Sekolah
Menengah bagi mencapai hasrat melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas. Pelaksanaan
aktiviti ini mampu memberi keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) dalam
kalangan murid sekolah.
2. Bagi memberikan kesedaran dalam kalangan pelajar, seluruh kantin digalakkan untuk
mempamerkan poster mengandungi tahap kalori sesuatu jenis makanan yang bakal diambil
manakala pengenadali kantin dilarang menjual makanan yang melanggar Peraturan-Peraturan
Makanan 1985 (makanan luput tarikhdan semua jenis makanan yang berupa permainan atau
dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.), gula-gula dan coklat,
makanan yang dijeruk, makanan ringan dan minuman beralkohol. Jenis-jenis makanan
yangtidak digalakkan dijual pula ialah mi segera, konfeksi ais dana is krim, teh dan kopi,
minuman berperisa karbonat, makanan berkrim atau bersalut gula dan makanan yang diproses
(burger, nugget dan sosej).
3. Kempen amalan hidup sihat dan makan gizi seimbang melalui subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru yang mengajar
matapelajaran ini memberi penerangan tentang tabiat pemakanan yang seimbang seperti
mengira jumlah kalori makanan yang diambil dan jumlah amaun makanan yang perlu diambil
dalam setiap hidangan.
4. Melalui Ujian SEGAK iaitu BMI para pelajar diambil sekali setiap penggal bagi memastikan berat
dan ketinggian pelajar adalah seimbang berdasarkan umur tumbesaran. Melalui ujian SEGAK
ini, pihak sekolah akan dapat mengenal pasti pelajar yang berisiko obesiti dan boleh
memaklumkan kepada keluarga pelajar tentang keadaan kesihatan pelajar yang berisiko obes.

24
Praktis Formatif 3.2
1. Apakah yang dimaksudkan dengan gizi seimbang?
Gizi seimbang ialah makanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam
kuantiti yang sesuai dengan keperluan badan.

2. Mengapakah seorang kanak-kanak memerlukan tenaga yang lebih banyak


berbanding dengan ibunya yang bekerja di pejabat?
Kerana kanak-kanak adalah aktif dan memerlukan tenaga yang lebih banyak dan
memerlukan protein yang tinggi untuk tumbesaran.

3. Apakah faktor-faktor yang harus dipertimbangkan apabila merancang satu gizi


seimbang?
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah umur, saiz badan, jantina,
pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan.

Kiosk sains

Fakta menarik tentang coklat

25
3.3 Sistem Pencernaan Manusia

Mari kita belajar

 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai pencernaan.

Apakah yang terjadi kepada makanan yang telah diamakan? Bagaimanakah makanan ini diuraikan
dan diserap ke dalam badan kita?

Proses penguraian makanan daripada molekul yang besar kepada molekul yang lebih kompleks dan
larut dikenali sebagai pencernaan.

Sistem Pencernaan Manusia

26
Terdapat 2 proses pencernaan iaitu pencernaan fizikal dan pencernaan kimia. Jadual di
bawah menunjukkan percernaan fizikal dan pencernaan kimia.

Pencernaan Fizikal Pencernaan Kimia


• melibatkan penghancuran • melibatkan penukaran makanan
makanan oleh gigi, pergerakan kepada molekul-molekul yang
peristalsis di esofagus. lebih ringkas oleh tindak balas
• pencampuran makanan oleh otot- enzim.
otot perut. • enzim-enzim yang terlibat dalam
pencernaan karbohidrat,protein
dan lemak ialah amilase,protease
dan lipase.

27
Analogi Proses Pencernaan

28
Fungsi pankreas,hati dan pundi hempedu dalam pencernaan.

•menukarkan asid amino yang berlebihan di dalam


menjadi urea.
•juga menukarkan glukosa berlebihan menjadi glikogen.

Hati •menghasilkan hempedu.


•menyimpan ferum,vitamin A dan vitamin D
•menukarkan bahan-bahan yang berbehaya menjadi
bahan tidak berbahaya.

•menyimpan hempedu.
Pundi •hempedu ialah cecair kehijauan.
•fungsi hempedu adalah mengemulsikan lemak kepada
titisan-titisan halus minyak memudahkan tindakbalas
hempedu enzim lipase.
•hempedu meneutralkan asid daripada perut.

•menghasilkan jus pankreas

Pankreas •jus pankreas mengandungi enzim amilase,protease dan


lipase.
•lipase menguraikan lemak kepada asid lemak dan gliserol.

Enzim-enzim Pencernaan
Merupakan bahan kimia yang dirembeskan semasa proses pencernaan oleh organ-organ
pencernaan.Molekul makanan yang kompleks dicernakan oleh enzim menjadi moleku yang
lebih ringkas.Enzim juga mempercepatkan proses pencernaan.
Rajah di bawah menunjukkan enzim yang terlibat dalam proses pencernaan dan fungsinya.

29
amilase menguraikan kanji kepada
maltosa

Enzim
Pencernaan

lipase menguraikan lemak kepada protease menguraikan


asid lemak dan gliserol polipeptida kepada peptida

 Ciri-ciri enzim adalah seperti berikut:

tidak berubah di akhir


tindak balas

bertindak balas dalam ciri-ciri bertindak secara khusus


medium berasid atau pada makanan tertentu
beralkali. enzim

berfungsi secara maksimum


pada suhu badan (370C) dan
termusnah pada suhu tinggi.

Hasil akhir Pencernaan.


 Pencernaan larbohidrat,protein dan lemak berakhir di hujung usus kecil.
 Hasil akhir pencernaan ialah:

Karbohidrat glukosa
Protein asid amino
Lemak asid lemak dan gliserol

30
AKTIVITI 3.3 PENYIASATAN SAINTIFIK
Tindakan Enzim Dalam Air Liur Terhadap Kanji

Tujuan:
Mengkaji tindak balas amilase terhadap kanji

Bahan:
Air suling, larutan Benedict, larutan iodin dan larutan air liur.

Radas :
Bikar, tabung uji, silinder penyukat, thermometer, penitis, jam randik, penunu Bunsen,
tungku kaki tiga, kasa dawai dan kaki retort.

Prosedur:
1. Bersihkan mulut anda dengan air bersih.
2. Bagi menghasilkan larutan air liur, masukkan air suling ke dalam mulut anda dan
keluarkan semula ke dalam sebuah bikar.
3. Tuangkan 5 ml larutan kanji ke dalam tabung uji P dan Q.
4. Masukkan 1 ml air suling ke dalam tabung uji P dan goncang perlahan-lahan.
5. Masukkan 1 ml larutan air liur ke dalam tabung uji Q dan goncang perlahan-lahan.
6. Letakkan tabung uji P dan Q ke dalam kukus air seperti dalam rajah di bawah dan
mulakan jam randik.
7. Dengan segera, masukkan 2 ml campuran dari tabung uji P dan Q ke dalam dua
tabung uji lain.
8. Lakukan ujian iodin dan ujian Benedict ke atas campuran di dalam tabung uji tadi.
9. Selepas 30 minit, ulangi langkah 7 dan 8.

Keputusan.
Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual seperti di bawah. Tulis laporan bagi aktiviti ini.

Tabung uji Awal eksperimen Akhir eksperimen

Ujian iodin Ujian Benedict Ujian iodin Ujian Benedict

P
Q

31
Praktis Formatif 3.3

1. Terangkan pencernaan fizikal dan pencernaan kimia secara ringkas.


Pencernaan fizikal – makanan dipecahkan menjadi cebisan lebih kecil.
Pencernaan kimia - molekul makanan yang kompleks ditukar menjadi molekul yang
lebih ringkas.

2. Apakah fungsi hempedu?


Membantu mengubah lemak menjadi titisan lemak.

3. Nyatakan hasil akhir pencernaan karbohidrat, protein dan lemak.


Karbohidrat diuraikan menjadi glukosa.
Protein diuraikan menjadi asid amino
Lemak diuraikan menjadi asid lemak dan gliserol.

3.4 Proses Penyerapan dan Pengangkutan Hasil Pencernaan serta


Penyahtinjaan.

Mari kita belajar

 Menjalankan eksperimen bagi menerangkan proses penyerapan hasil pencernaan.


 Menghubungkaitkan fungsi sistem pencernaan, sistem peredaran darah dan sistem respirasi
 Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai penyahtinjaan.

Penyerapan Makanan Tercerna

 Penyerapan ialah proses yang berlaku semasa hasil akhir pencernaan di bawa masuk
ke dalam sistem peredaran darah melalui dinding usus kecil.
Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas usus kecil

32
Penyerapan nutrien melibatkan kedua-dua proses peresapan dan pengangkutan aktif. Pada
mulanya, molekul-molekul glukosa, asid amino, vitamin dan mineral larut air meresap ke
dalam sel epitelium dan diserap ke dalam kapilari darah. Apabila kepekatan nutrien mula
berkurangan, nutrien ini diangkut secara aktif merentas sel epitelium. Proses ini
menggunakan tenaga.
Gliserol dan asid lemak pula meresap masuk ke dalam sel epitelium dan bergabung
membentuk titisan halus lipid yang kemudiannya meresap masuk ke dalam lakteal. Vitamin
larut lemak juga meresap ke dalam lakteal untuk diangkut bersam lipid-lipid lain.
Salur alimentari menerima lebih kurang tujuh hingga lapan liter air daripada minuman dan
jus pencernaan setiap hari. Kolon dan usus kecil menyerap hampr 90% daripada jumlah air
ini. Dalam kolon, sel-sel yang melapisi dinding dalamnya menyerap air dan mineral ke dalam
aliran darah supaya bahan-bahan ini tidak tersingkir.
Permukaan usus kecil diliputi oleh berjuta-juta unjuran halus yang mempunyai panjang kira-
kira 1mm. Unjuran ini disebut vilus.
Makanan yang tidak tercerna mempunyai molekul yang terlalu besar untuk meresap malalui
dinding vilus. Oleh itu, makanan tersebut perlu dicerna dalam bentuk yang paling ringkas
untuk diserap oleh vilus-vilus pada dinding usus kecil ke dalam sistem peredaran darah.
Kecekapan penyerapan hasil-hasil pencernaan di usus kecil ditingkatkan oleh:
a) Bilangan vilus yang banyak untuk menambahkan luas permukaan
b) Vilus yang mempunyai dinding yang sangat nipis iaitu setebal satu sel.
c) Setiap vilus mempunyai banyak jaringan kapilari darah.
Pencernaan makanan berakhir di usus kecil. Hasil-hasil akhir pencernaan hendaklah dalam
bentuk yang paling ringkas yang sedia diserap ke dalam usus kecil melalui vilus. Seperti yang
telah diketahui, hasil akhir pencernaan ialah
i. Karbohidrat – glukosa
ii. Protein – asid amino
iii. Lemak – asid lemak dan gliserol.
Bahan-bahan yang diserap ke dalam kapilari darah adalah gula ringkas dan asid amino. Asid
lemak dan gliserol pula diserap oleh lacteal di dalam vilus. Serat dan air pula terus memasuki
bahagian usus besar.

33
Aktiviti 3.4 Mengkaji Proses Penyerapan Makanan Tercerna.

Tujuan.
Menunjukkan simulasi penyerapan glukosa melalui Tiub Visking.

Pernyataan Masalah
Bagaimanakah glukosa diserap?

Hipotesis
Glukosa boleh menyerap melalui Tiub Visking.

Pemboleh ubah
Dimalarkan Suhu, air suling
Dimanipulasikan Kandungan di dalam tiub Visking
Bergerak balas Kehadiran glukosa dalam air suling.

Bahan
Larutan iodin, larutan Benedict, larutan kanji, larutan glukosa, air suling, benang dan tiub
Visking.

Radas.
Tabung didih, silinder penyukat, jam randik, penunu Bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai,
penitis corong turas dan tabung uji.

Prosedur
1. Labelkan tabung didih sebagai M dan N
2. Basahkan dua tiub Visking dengan air.
3. Ikatkan satu hujung tiub Visking dengan ketat.
4. Dengan menggunakan corong turas, isikan tiub Visking dengan 10ml larutan kanji
dan ikatkan hujung yang satu lagi dengan ketat.
5. Bilas permukaan luar tiub Visking dengan air suling.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 dengan larutan glukosa.
7. Rendam tiub Visking ke dalam tabung didih yang berisi air suling pada suhu 37 0C
seperti dalam rajah di bawah dan mulakan jam randik.
8. Dengan segera, tuangkan 2 ml air suling dari tabung didih M dan N ke dalam dua
tabung uji yang berasingan.
9. Lakukan ujian iodin dan ujian Benedict.
10. Selepas 10 minit, ulangi langkah 8 dan 9.

34
Keputusan
Rekodkan pemerhatian anda dalam jadual di bawah. Tulis laporan bagi eksperimen ini.
Tabung uji Awal eksperimen Akhir eksperimen

Ujian iodin Ujian Benedict Ujian iodin Ujian Benedict

M
N

35
Hubungkait Fungsi
Sistem Pencernaan, Sistem Peredaran Darah dan Sistem Respirasi.
Sistem Pencernaan
• Mencernakan makanan kepada molekul yang paling
ringkas untuk diserap oleh sel-sel badan.
• penyerapan semua molekul ringkas berlaku di Vilus dan
diserap ke dalam kapilari untuk diangkut dan diedarkan ke
semua sel badan melalui sistem peredaran darah.

Sistem Peredaran Darah


• bertanggungjawab untuk mengangkut dan mengedarkan
bahan-bahan makanan yang telah dicernakan ke seluruh
badan.Ia mengangkut nutrien, air dan oksigen ke berjuta-
juta sel badan.
• sel darah merah mengandungi hemoglobin yang berpadu
dengan oksigen untuk diedar ke seluruh sel badan.
• molekul makanan ringkas iaitu glukosa, asid amino dan
asid lemak serta gliserol diangkut ke berjuta-juta sel
badan melalui sistem peredaran darah.

Sistem Respirasi
• membekalkan darah dengan oksigen dan menghantar
oksigen ke seluruh bahagian badan.
• semasa respirasi, glukosa yang terhasil dari proses
pencernaan karbohidrat di dalam sistem pencernaan
dioksidakan dalam sel untuk membebaskan tenaga,
karbon dioksida dan air.

36
Penyerapan Semula Air dan Penyahtinjaan

 Tiada pencernaan berlaku di usus besar.


 Usus besar terdiri daripada kolon dan rektum.

Selepaa penyerapan nutrien selesai berlaku di dalam usus kecil, kandungan usus bergerak masuk
kedalam kolon. Kandungan usus pada waktu ini merupakan satu campuran air, bahan makanan tidak
dicernakan dan serat. Sebahagian berat serat itu ialah selulosa dinding sel tumbuhan. Bahan-bahan
tidak tercerna ini bergerak dengan sangat perlahan melalui kolon dengan dibantu oleh peristalsis.
Penyerapan semula air dari saki baki dalam kolon ini akan menghasilkan tinja iaitu sisa pepejal. Tinja
juga mengandungi sel-sel mati yang tersingkir daripada lapisan sebelah dalam usus dan bahan-bahan
bertoksik yang perlu disingkirkan oleh badan.
Kolon juga merupakan habitat untuk satu populasi besar bakteria. Mikroorganisma berfaedah ini
memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan persekitaran yang stabil dalam salur
alimentari. Dinding kolon merembes mukus yang melekatkan tinja dan melicinkan pergerakan tinja
sepanjang kolon. Tinja ini berada di dalam kolon selama 12 hingga 24 jam sebelum bergerak masuk
ke dalam rectum untuk disimpan buat sementara waktu. Apabila tinja ini berkumpul, tekanan dalam
rektum meningkat dan ini menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja daripada badan.
Penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan. Proses ini dikawal oleh otot-oto di sekeliling dubur iaitu
pembukaan rektum keluar.

37
Penyerapan Semula Air Penyahtinjaan
sisa-sisa makanan tidak tercerna akan Tinja bergerak dari kolon ke dalam
dibawa ke usus besar selepas makanan rektum.Tinja disimpan sementara di
tercerna diserap ke dalam usus kecil. dalam rektum.
bahan ini terdiri daripada sisa pepejal Kemudian, tinja dikeluarkan melalui
(serat yang tidak tercerna) dan air. dubur dan proses ini dikenali sebagai
penyahtinjaan.
terdapat banyak bakteria di usus besar.
Kadang kala juga, tinja disimpan di dalam
bahagian kolon pada usus besar rektum untuk satu tempoh masa lebih
menyerap air, vitamin dan mineral lama berbanding normal.
terlarut daripada sisa makanan dan
Ini menyebabkan sembelit yang jika
meninggalkan sisa pepejal yang dikenal dibiarkan berpanjangan akan
sebagai tinja. menyebabkan masalah kesihatan seperti
buasir dan kanser usus besar.
Sembelit boleh dicegah dengan
mengambil makanan kaya serat,minum
banyak air dan bersenam.
Proses Peristalsis

 Proses yang berlaku di esofagus dan usus besar.


 Makanan ditolak di sepanjang salur pencernaan oleh otot dinding yang mengecut
dan mengendur secara silih berganti.

38
Aktiviti 3.4 (a) Perbincangan

Tujuan.
Membincangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan penyahtinjaan.

Prosedur:
1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan.
2. Kumpulkan maklumat mengenai masalah penyahtinjaan (sembelit, kanser kolon dan
hemoroid) daripada internet bahan-bahan bercetak.
3. Bincangkan perkara-perkara berikut dengan ahli kumpulan:
i. Kepentingan penyahtinjaan dan gizi kaya dengan serat.
ii. Cara mengatasi masalah yang berkaitan dengan penyahtinjaan.
4. Persembahkan hasil perbincangan anda dalam bentuk multimedia kepada kelas.

Amalan Pemakanan Sihat


 Bagi mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit, kita harus makan makanan
yang berkhasiat.
 Jika makan dengan kadar yang terlalu banyak sehingga melebihi kadar keperluan
tenaga harian, ini akan menyebabkan obesiti.
 Makanan yang berkhasiat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh
badan.
 Kekurangan nutrient tertentu untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan
maltnutrisi dan penyakit kekurangan zat.

pilih makanan
berkhasiat
makan secara sederhana dan
seimbang

makan pelbagai jenis makanan

kunyah makanan
makan makanan Amalan dengan sempurna
bersih dan segar Pemakanan Sihat sebelum
menelannya

baca label
makanan sebelum
banyakkan minum air membeli makanan
dan makan buah-buahan elakkan makanan kurang
segar. berkhasiat serta
mengandungi gula,garam
dan lemak yang tinggi

39
Praktis Formatif 3.4
1. Nyatakan kesan yang memudaratkan daripada amalan pemakanan yang
berikut:
a) Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan
Akan mendapat sembelit

b) Minum banyak minuman bergas


Akan kena penyakit diabetes (kencing manis) kerana minuman bergas
mempunyai kadar gula yang tinggi.

2. Nyatakan kebaikan cara pemakanan yang berikut.


a) Makan makanan daripada pelbagai jenis makanan
Membolehkan mendapatkan makanan dengan gizi yang seimbang.

b) Mengunyah makanan dengan sempurna sebelum menelannya.


Makanan dihancurkan dan menyenangkan untuk tindakan
pencernaan kimia oleh enzim.

40
Peta Konsep

NUTRISI

PROSES PENYERAPAN
KELAS MAKANAN GIZI SEIMBANG SISTEM PENCERNAAN
DAN PENYAHTINJAAN

KARBOHIDRAT
PROTEIN
FAKTOR PENGARUHI GIZI
LEMAK PIRAMID MAKANAN PENCERNAAN FIZIKAL PENCERNAAN KIMIA HASIL PENCERNAAN PENYERAPAN MAKANAN PENYERAPAN AIR PENYAHTINJAAN
SEIMBANG
PELAWAS
MINERAL
VITAMIN
GLUKOSA
NILAI KALORI PERISTALSIS TINDAKBALAS ENZIM ASID AMINO USUS KECIL USUS BESAR
ASID LEMAK,GLISEROL

UJIAN MAKANAN
UJian iodin
Ujian Benedict
Ujian Millon
Ujian Lemak

41
REFLEKSI KENDIRI
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
3.1 Kelas makanan
Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai kelas makanan

Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak dalam makanan

3.2 Kepentingan gizi seimbang


Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai gizi seimbang.

Menganggar kalori makanan yang diambil dalam setiap hidangan dan


merancang satu gizi seimbang.

Membuat kajian dan mewajarkan kepentingan gizi seimbang, senaman dan


gaya hidup sihat dalam mengekalkan kesihatan badan.

3.3 Sistem pencernaan manusia


Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai pencernaan

3.4 Proses penyerapan dan pengangkutan hasil pencernaan serta penyahtinjaan


Menjalankan eksperimen bagi menerangkan proses penyerapan hasil
pencernaan.

Menghubungkait fungsi sistem pencernaan, sistem peredaran darah dan


sistem respirasi

Menghuraikan dan berkomunikasi mengenai penyahtinjaan.

42
Praktis Sumatif
1. Lengkapkan jadual di bawah dengan kelas makanan yang berpadanan dengan
makanan yang diberi.
Makanan Kelas makanan

protein

karbohidrat

pelawas

lemak

2. Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan fungsi bagi setiap kelas


makanan tersebut.
Kelas makanan

Fungsi Membekalkan Merangsang Mengawal suhu


tenaga peristalsis badan dan
kepekatan
darah

43
3. Tuliskan Benar atau Palsu pada pernyataan di bawah
Penyakit goiter disebabkan kekurangan iodin. Benar

Penyakit riket disebabkan kekurangan vitamin B Palsu

Penyakit kwasyiokor disebabkan kekurangan protein Benar

4. Rajah di bawah menunjukkan tiga organ W,X dan Y yang terdapat dalam
sistem pencernaan manusia.

Berdasarkan rajah di atas, nyatakan fungsi setiap organ tersebut.


W: mencerna makanan
X: menyerap semula air
Y: mencerna makanan dan menyerap makanan tercerna.

5. Lengkapkan jadual yang diberikan di bawah dengan masalah kesihatan yang


dihidapi jika gizi seseorang kekurangan vitamin yang tertentu.
Kekurangan vitamin Masalah kesihatan

Vitamin A Rabun malam

Vitamin B Beri-beri

Vitamin D Riket

Vitamin K Darah lambat beku

44
6. Tandakan (√) pada ciri-ciri enzim yang betul di bawah.
Enzim berubah di akhir tindak balas

Enzim tidak bertindak secara khusus pada substrat tertentu

Enzim boleh bertindak secara maksimum pada suhu badan √


(370C) dan termusnah pada suhu yang tinggi.
Enzim boleh bertindak balas dalam medium berasid atau √
beralkali.

7. Jadual di bawah menunjukkan nilai kalori dalam beberapa jenis makanan.


Jenis makanan Kuantiti Nilai kalori/kJ
Nasi 1 pinggan 1512
Bayam 1 pinggan 100
Minyak sawit 1 sudu 110
Oren 1 biji 190

Suraya makan makanan tengah harinya seperti yang ditunjukkan di bawah:


Nasi 1 pinggan
Bayam 1 pinggan
Minyak sawit 2 sudu
Oren 2 biji

Berdasarkan jadual yang diberikan di atas, hitung nilai kalori yang telah
diambil oleh Suraya tengah hari itu.
= 1512 + 100 + (2 x 110) + (2 x 190)
= 2212 kJ

8. Padankan ujian makanan dengan pemerhatian yang betul


Ujian makanan Pemerhatian

Lemak + kertas turas Biru tua

Protein + reagen Millon Tompok lut cahaya

Kanji + larutan iodin Mendakan merah bata


terbentuk.

45
9. Sazali merupakan seorang budak yang kegendutan tetapi bercita-cita tinggi.
Dia telah berangan-angan ingin menjadi seorang atlet angkat berat yang
terkenal apabila dewasa kelak.
Andaikan anda seorang pakar diet pemakanan, apakah saranan anda kepada
sazali?

Menyuruh sazali menurunkan berat badannya.


Menyarankan sazali mengambil makanan seimbang.
Lebihkan pengambilan protein dan karbohidrat untuk pembinaan otot yang
besar dan kuat.

10. Mengapakah perempuan hamil memerlukan lebih pengambilan protein


dalam diet hariannya

Untuk perkembangan tisu fetus dan menggantikan tisu badan yang rosak.

Praktis Pengayaan

11. Mengapakah penyakit obesiti boleh menjuruskan sesorang individu itu


mendapat penyakit serangan jantung? Jelaskan.

 Lemak yang diambil secara berterusan akan terenap di dalam dinding


pembuluh darah.
 Penebalan lemak itu lama kelamaan akan mengeras dan
menyempitkan saluran pembuluh darah lalu menyebabkan serangan
jantung.

12. Makanan snek dan makanan bergula adalah makanan rapu yang bukan
sahaja digemari kanak-kanak malahan orang dewasa. Jika diamalkan
berterusan, ia akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Pada pendapat
anda, mengapakah makanan rapu boleh menyebabkan masalah kerosakan
organ dalaman seperti ginjal, hati dan sistem pencernaan?

Kerana makanan rapu mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti


pewarna tiruan, perasa tiruan dan bahan pengawet selain daripada garam
dan lemak berlebihan.

46
Penyendal
1. Sistem pencernaan pengaruhi kesihatan

2.

3.

47

Anda mungkin juga menyukai