Anda di halaman 1dari 1

Tulis ulasan tentang amalan keselamatan semasa balik

dari sekolah dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan


kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Gambar ini menunjukkan amalan keselamatan semasa


balik dari sekolah. Setiap murid perlu mematuhi
peraturan sekolah. Antaranya, kita perlu beratur dan
berjalan dengan tertib sewaktu berjalan keluar dari
sekolah supaya tidak berlaku kesesakan yang boleh
menyebabkan kecederaan. Selain itu, kita wajar
menunggu di tempat yang dipesankan oleh ibu bapa.
Cara ini dapat memudahkan ibu bapa mengambil kita
nanti. Di samping itu, murid-murid hendaklah beratur
semasa menaiki bas. Cara ini dapat mendisiplinkan
mereka. Seterusnya, kita mesti sentiasa berhati-hati
semasa melintas jalan raya. Kesimpulannya, biar
lambat asal selamat.

Anda mungkin juga menyukai