Anda di halaman 1dari 2

Contoh Soalan Karangan Peribahasa Pt3 :

Maksud Hangat-hangat Tahi Ayam


Berdasarkan maksud peribahasa hangat-hangat tahi ayam, sila tulis cerita mengenai
peribahasa berkenaan.
Kehadiran Adam disambut baik dan mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia
merupakan pelajar baru yang baru sahaja berpindah sekolah kerana mengikut ibu bapanya yang
bertukar tempat kerja. Sikap baik budi pekerti dan bersopan santun telah ditonjolkan oleh Adam
agar tidak dipandang serong dan enteng oleh rakan-rakan baharunya. Ternyata, Adam diterima
dan disenangi oleh teman-temannya. Sejak hari pertama persekolahan lagi, rakan-rakan sudah
berdamping dengannya menyebabkan Adam langsung tidak berasa kekok dan janggal dengan
situasi di sekolah barunya itu.
Dia dihormati oleh rakan-rakannya disebabkan oleh sikap rajin dan disiplin yang ada
pada diri Adam. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar yang berjaya.
Sokongan moral telah diberikan oleh rakan dan gurunya apabila impian besarnya itu diketahui
ramai. Malah, dia antara salah seorang pelajar yang aktif dan sentiasa bertanyakan soalan jika
ada yang tidak difahaminya. Namun, sikap baik yang ditonjolkannya tidak berkekalan. Setelah
dia berkawan dengan pelajar bermasalah, dia sudah mula berkelakuan liar dan tidak baik.
Pelajarannya sudah mula diabaikan dan tidak diendahkan sedangkan suatu ketika dahulu dia
begitu fokus dan bersungguh-sungguh di dalam kelas. Dia sudah tidak lagi dihormati malah
menerima cemuhan daripada teman-teman kerana hanya berpura-pura selama ini. Segala
pandangan terhadap dirinya tidak dihiraukan oleh Adam kerana dia sudah memiliki rakan-rakan
karib yang sebenarnya banyak merosakkan akhlak dirinya.
Sungguhpun begitu, teguran supaya telah diberikan oleh guru-guru yang prihatin akan
dirinya. Apabila sahaja dia ditegur, dia pasti akan insaf dan akan teresak-esak menangis dan
bertekad untuk membuang segala perangai buruknya. Namun, azam dan tekadnya itu hanya
bersifat seketika sahaja. Dua atau tiga minggu kemudian selepas ditegur, perbuatannya yang
lama akan diulangi kembali. Mujurlah, guru-guru yang mengajarnya tidak pernah kenal erti jemu
atau bosan dalam terus mendidik dan menegur kelakuan Adam supaya berubah. Pantauan sikap
Adam sentiasa dilakukan oleh guru kelasnya agar Adam tidak terlibat dalam kancah dan gejala
sosial.
Sikap kepala angin Adam ini sangat membingungkan rakan-rakan sekelasnya yang
rata-rata sangat risau akan kelakuan Adam. Sikap Adam cepat berubah angin kerana sekejap
Adam akan menjadi pelajar yang rajin dan adakala dia akan menjadi pelajar yang bermasalah.
Dia hanya mempunyai semangat pada mulanya, tetapi akan berubah menjadi dingin jika dia
sudah jemu berusaha. Nasihat yang diberikan sekadar mencurahkan air ke daun keladi kerana

segala pesanan dan kata guru-gurunya hanya diabaikannya. Saban hari perangai dan kelakuan
Adam semakin menjadi, malah dia sudah berani untuk ponteng sekolah dengan pelbagai alasan
yang tidak masuk akal. Ramai rakan seperjuangannya tertanya-tanya akan ke mana hilangnya
semangat rajin dan kental yang ditonjolkan oleh Adam sebelum ini?
Musim peperiksaan sudah makin hampir. Adam pula masih alpa dengan dunia
laghanya yang akan menyebabkan masanya terbuang begitu sahaja padahal dia bakal
menduduki peperiksaan akhir. Dengan perasaan angkuhnya, pelajarannya telah diabaikan
kerana dia yakin dia boleh menjawab soalan peperiksaan tanpa usaha yang bersungguhsungguh. Sebagai natijahnya, keputusan akhir yang diterima sangat tidak memuaskan. Ibu
bapanya yang mula menyedari akan hal ini mula menegur Adam supaya berubah demi masa
depan kelak yang cerah. Dia telah diturunkan ke kelas bawah dan bersama-sama dengan
pelajar yang lemah di dalam akademik. Malunya tidak kepalang kerana dijadikan bahan tawa
teman-temannya di sekolah yang dahulunya mengaku sahabat.
Keinsafan dan perasaan menyesal mula timbul dalam hati Adam. Sikap dan
kelakuan buruknya ini harus dikikis dan dibuang jauh untuk berjaya. Memang sahlah kata
pepatah, hangat-hangat tahi ayam, ditujukan kepada dirinya semangat yang ada pada dirinya
hanya ketika permulaan waktu, tetapi akhirnya mengalah, Unutk masa hadapan yang gemilang,
ksedarannya untuk betul-betul berubah bukan sahaja pada jangka masa pendek, tetapi untuk
juga untuk jangka masa panjang dan selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai