Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Karangan Peribahasa (Penceritaan)


__________________________________________________________________________________

Tuliskan satu cerita berdasarkan maksud peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam'.

Peribahasa: hangat-hangat tahi ayam


Maksud: hanya bersemangat pada mulanya, tetapi malas pada pertengahan jalan

Kehadiran Ahmad disambut mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan pelajar
yang berpindah dari sekolah lamanya kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar tempat kerja.
Ahmad menonjolkan sikap baik dan bersopan-santun agar tidak dipandang serong oleh rakan-
rakan baharunya. Ternyata, penerimaan Ahmad oleh teman-temannya tidak mengecewakan.
Hari pertama persekolahan lagi, dia sudah didampingi rakan-rakan menyebabkan dia tidak lagi
kekok dengan situasi di sekolah baharunya.
Sikap rajin dan berdisiplinnya menyebabkan dia dihormati oleh rakan-rakannya. Dia
juga menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Gurunya memberikan sokongan moral
apabila mengetahui impian besarnya itu. Malah, dia sentiasa aktif di dalam kelas dan senantiasa
bertanyakan soalan jika dia tidak memahaminya. Namun, sikap eloknya itu tidak berkekalan.
Pergaulannya mulai liar setelah dia berkawan dengan pelajar bermasalah. Dia mula
mengabaikan pelajaran sedangkan suatu ketika dahulu dia begitu bersungguh-sungguh di dalam
kelas. Dia tidak lagi dihormati malah dicemuh kerana hanya berpura-pura selama ini. Ahmad
mengendahkan segala pandangan terhadap dirinya kerana kini dua sudah memiliki kawan-
kawan karib yang sebenarnya merosakkan dirinya.
Sungguhpun begitu, guru-guru yang prihatin menegurnya supaya berubah. Apabila sahaja
dia ditegur, dia pasti akan menangis dan mula bertekad untuk membuang tabiat buruknya.
Teguran gurunya memberikan inspirasi baharu untuk dirinya berubah. Namun, semangat
membaranya hanya seketika sahaja. Dua atau tiga minggu kemudian setelah ditegur, dia akan
mengulangi perbuatannya itu. Mujurlah, guru-guru yang mengajarnya tidak jemu dan berputus
asa untuk menegurnya agar sikap dan kelakuan Ahmad akan berubah. Guru kelasnya senantiasa
memantau sikap Ahmad demi tidak hanyut dalam kancah negatif.
Sikap kepala angin Ahmad ini membingungkan rakan-rakan sekelasnya. Sekejap Ahmad
menjadi pelajar yang sangat rajin, seketika nanti dia menjadi pelajar yang bermalah. Ahmad
hanya bersemangat pada mulanya, tetapi menjadi dingin setelah jemu berusaha. Kata-kata
gurunya bagai mencurahkan air ke daun keladi kerana dia mula mengabaikan pesanan gurunya.
Ahmad semakin hari semakin teru perangainya, malah mula ponteng sekolah dengan pelbagai
alasan yang tidak munasabah. Ramai rakan sekelasnya tertanya-tanya ke manakah hilangnya
semangat juang untuk berjaya Ahmad?
Musim peperiksaaan semakin tiba. Ahmad masih leka dengan dunianya sedangkan detik
pentingnya sebagai pelajar bakal teruji. Dengan angkuhnya, dia mengabaikan pelajaran kerana
yakin dia telah berusaha. Ibu bapanya yang menyedari sikap Ahmad ini turut menegur sikapnya
yang kurang elok ini. Sebagai akibatnya, keputusan akhir tahunnya sangat teruk. Malah, dia
diturunkan kelas dan bersama-sama dengan pelajar lemah yang bermasalah. Malunya tidak
kepalang kerana dijadikan bahan tawa rakan-rakannya yang dahulu mengaku sahabat karib.
Keinsafan mulai timbul dalam hati ahmad. Sikap buruknya ini harus dikikis untuknya
berjaya. Memang sahlah, pepatah tua, “hangat-hangat tahi ayam”, ditujukan kepada dirinya
kerana hanya bersemangat pada mulanya, tetapi akhirnya mengalah. Kesedarannya untuk
berubah kini bukan sahaja jangka masa pendek, tetapi untuk selama-lamanya demi masa
hadapan yang gemilang.

Anda mungkin juga menyukai