Anda di halaman 1dari 11

Borang Penyertaan Penulisan Terbaik Pangkarya Muda Cerpen 2022

Nama Peserta Vishan A/L Paramesevan


:
Nama Sekolah : SMK DATO SHAMSUDIN NAIN
Kod Sekolah : NEA4116
Email m-7603357@moe-di.edu.my
pesert :
No.HP 01163302125
Peserta :
No.Tel.sekolah 6066941593
:
Nama Guru Pembimbing Untuk Puan Jarayah binti jais
Dihubungi
No.HP Guru Pembimbing +60 17-675 3461
:
Tajuk Karya : Kasih sayang seorang kawan
TAJUK: PERSAHABATAN YANG ERAT

NAMA MURID : VISHAN A/L PARAMESEVAN


TINGKATAN : 4 SAINS TULEN
NAMA SEKOLAH : SMK DATO SHAMSUDIN NAIN
ALAMAT EMEL DELIMA : m-7603357@moe-dl.edu.my
NO TELEFON PESERTA : 01163302125

Pada awal tahun 2022,Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah diumumkan


lewat tahun 2021, ketika itu aku masih lagi belajar di SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN TAN SRI MOHAMED YAACOB dan menetap di Asrama Semai Bakti
FELDA Johor Bahru. Pada pagi pengumuman keputusan PMR itu, hatiku mula rasa
gelisah.Pada pagi itu juga, awal pagi, tapi aku tak ingat bila tarikhnya, aku, Roghan
dan Faizzy yang merupakan anak jati Felda Redong 1, Segamat bertolak ke Johor
Bahru. Ketika itu dengan berbekalkan wang RM 60 pemberian Mak, aku bertolak ke
sana dengan harapan dapat menyambung belajar di sekolah itu lagi. Ketika sampai
di Terminal Larkin, kami berjumpa dengan rakan - rakanku yang belajar sama
sekolah denganku. Namun, kata seorang rakanku,Fariz (nama panggilannya Amar)
keputusan PMR pelajar asrama tidak beberapa memuaskan."Habislah masa
depanku, aku rasa aku yang kena buang asrama ni..", kata Fariz dengan nada yang
cemas.Mengikut peraturan asrama, sesiapa yang mendapat 4 A termasuklah dalam
subjek Sains dan Matematik sahaja dibenarkan menyambung persekolahan di
asrama itu. Asrama itu umpama syurga bagiku. Bertemu rakan - rakan yang "sebulu"
denganku, yang bersama - sama pergi sekolah denganku, yang mengajarku erti
kehidupan di bandar ketika umur masih lagi setahun jagung.Mereka umpama adik
beradikku. Terutamanya 7 orang yang paling rapat denganku. Kami nakal.Lompat
pagar, ponteng sekolah, bergaduh bersama - sama. Kami mempunyai ikatan
persaudaraan yang sangat kuat. Namun, peraturan asrama lebih besar daripada
perhubungan kami ini. Sepanjang 3 tahun belajar bersama - sama, tidak pernah
kami bergaduh, kecuali pada awal - awal perkenalan kami"Okay, nama - nama yang
saya sebutkan ini, saya harap anda bersabar, dan anda tidak dapat meneruskan lagi
penempatan awak di asrama ini", kata Encik Mahmud, warden yang amat kami
“musuhi".

Encik Magnus merupakan warden yang amat pilih kasih, bagi kami. Kami akan
selalu dituduh walaupun kami tidak melakukan apa – apa kesalahan."Haikal,
Aiman,Syafiq, Ahmad Fariz dan akhir sekali... Kamarul. Kamu semua tidak lepas
kelayakan PMR dan kamu diarahkan untuk tidak menyambung pengajian di asrama
ini." kata Encik Mahmud dengan nada yang amat keras."Aduhhh, habislah aku, apa
aku nak jawab kat mak dan bapa aku", kataku, Pada ketika itu, wajah Mak,Ayah dan
adik - beradik semua bermain - main dalam kepalaku.Aku mula fikir masa
depanku."Kat mana aku nak sekolah lepas ni, dengan siapa aku nak berkawan,
siapa yang nak berkawan dengan aku". Macam - macam pertanyaan berada di
dalam kepalaku. Pada masa itu, hanya"kawan" yang berada di dalam kepalaku.
Kawan adalah segala - galanya pada ku. Kawan itu sebagai adik-beradik bagi aku
sewaktu berada di asrama. Kawan itulah menolongku sewaktu aku susah, ketika
sakit,ketika ku mahukan pertolongan, kawan itu lah segala - galanya.Kawanlah yang
sentiasa tolong saya buat kerjarumah,pembentangan,sewaktu peperiksaan dan lain-
lain lagi."Assalamualaikum Mak, Upin ni(nama panggilanku di rumah), Upin gagal
melepasi keputusan PMR tu. Maafkan Upin, Mak", kataku menerusi telefon bimbit
kepada Ibu ku dengan suara yang amat sedih. "Takpelah Pin, tak ada rezeki kau lah
tu, baliklah ke rumah dulu", jawab Emak ku. Ketika itu, perasaan serba salah itu
amat memukulkan hatiku. Manataknya, aku merupakan anak bongsu ibu bapaku.
Dan mereka amat menyayangiku dan mereka meletakkan harapan yang tinggi
kepadaku .Urusan perpindahan sekolah pun bermula. Daripada bersekolah di Johor
Bahru, aku berpindah ke sekolah di sekolah berdekatan kampungku."Woi Pin, kau
dah sekolah kat sini ke? Kenapa balik ke kampung. Hahahaha" pertanyaan kawan
ku dikampung itu tidak sempat ku balas tetapi diakhiri dengan gelakan ketawa. Pada
ketika itu, begitu malu sekali aku bukan kepalang. Namun ku gagahkan juga. Hidup
mesti diteruskan, tidak mempunyai pilihan lagi.
Ketika dulu berada di Johor Bahru, aku dikatakan budak kampung kerana pakaian
yang tidak seperti masyarakat bandar. Tetapi itu tidak penting, kawan ku ramai.
Mereka sama – sama hampir serupa denganku. Tiada masalah!"Awak pilih kelas
apa yang awak minat, sama ada Sains Tulen, Sains Pertanian, Akaun atau
Akuakultur. Tapi kelas terakhir tu, saya nasihatkan awak jangan masuk, Mereka
kebanyakannya degil".Budak-budak kelas tu memang tak begitu pandai dan mereka
tidak memperoleh keputusan yang cemerlang,sebab itulah mereka dapat kelas yang
ke terakhir ,Kata guru tersebut. Aku hanya mengangguk kepalaku,sebenarnya aku
juga degil, malah lebih degil daripada mereka yang berada di dalam kelas terakhir
itu. Cuma mereka degil sehinggakan guru – guru nampak.Mereka tidak pandai main
dengan suasananya.Aku cekap dalam hatiku sambil menggelak.

Oleh itu,aku pun memotongkan kelas yang ke terakhir itu daripada senarai kelas
yang sukaku.Guru tersebut membincangkan bersama guru-guru lain tentang saya di
bilik guru yang bersebelahan dengan kelas Akuakultur yang merupakan kelas
terakhir.Tiba-tibanya,saya terdengar seorang guru mengatakan bahawa murid
baharu itu mendapat keputusan yang baik selain daripada murid-murid lain.Jadi,dia
perlu berada dalam kelas Sains Tulen.Dengan ini murid itu mendapat kawan-kawan
yang berdisiplin dan rajin membuat kerjarumah.

Mereka tidak pandai bermain dengan keadaan!"Hmm, okaylah cikgu, saya minta
kelas Sains Tulen, boleh? Guru itu terus mengangguk. Dia amat bersetuju. Makin
ramai pelajar Melayu lelaki di dalam kelas itu, lagi elok, pada pendapatnya. Aku tak
tahu sama ada perkiraanku ini betul atau tidak, cuma aku mahu bermula dari bawah
semula. Hidup mesti diteruskan! Aku meneruskan persekolahan di sekolah baru ku,
SMK Tenang Stesyen, Segamat. Haikal ,rakanku bersekolah di kawasan Bandar
Segamat, namun aku lebih selesa di kawasan ini.Kawasan kampung ini walaupun
tidak secanggih bandar, walaupun banyak pokok kelapa sawitan,getah berbanding
bangunan tinggi - tinggi namun aku lebih selesa dan dah lama berada dekat
kampung . Aku sedar aku anak kampung, anak kampung yang miskin dan harus
bangkit cepat. Aku mesti melalui semua ini."Woi Upin... kau dah sekolah kat sini eh?
Bukan kau sekolah kat Johor Bahru ke dulu?, tanya seorang rakanku, Khairul
Ahmad. Nama ringkasnya, Khairul. Aku hanya mengeluh."Aku kena singkir dengan
asrama" jawabku ringkas, malas hendak bercerita lebih panjang mengapa aku di
sekolah ini. " Rilaks la, aku ada. Aku tahu kau ada kawan kat sini tapi tak sama
pemikiran dengan kau, tapi aku boleh jadi kawan kau" kata Khairul, selamba.Pada
awalnya saya pun macam kamu tetapi selepas beberapa tahun aku dah biasakan
diri dengan persekitaraan,jadi kamu pun boleh biasakan diri kamu.Biar je jangan fikir
tentang itu.

Aku hanya tersenyum, menjabat tangan dengannya. "Terima kasih, Khairul jawabku.
Khairul merupakan seorang yang baik,walaupun dia daripada kelas hujung, setiap
kata - katanya tidak menyakitkan hatiku dan jika saya bercakap dengan dia saya
berasa amat tenang. Senang kata,dia merupakan seorang rakan yang nakal juga,
tetapi tidak menyakitkan hati sesiapa. Aku selesa berkawan dengannya. Walaupun
ramai kawan yang sekampung lain, tetapi aku lebih suka berkawan dengannya.
Jiwanya hampir sama denganku.Pertengahan tahun 2022, sebelum Kejohanan Bola
Sepak Eropah bermula."Pin, jom pegi mancing, boringlah hari ni" ajak khairul pada
ku. Pada hari itu, Sabtu, memang membosankan dan lebih bosan jika aku hanya
duduk di rumah sahaja. "Okay jom. Tapi aku takde joran" jawabku sambil tersenyum.
"Takpe, aku ada, aku bawak tiga nanti. Tapi aku nak pakai dua". Aku hanya
tersenyum, dan segera mengambil pakaian dan cangkul untuk memancing. Pada
ketika itu, pada fikiranku hanya satu, umpan ikan adalah cacing. "Tak payah banyak
sangat cacing tu, aku ada bawak lipas dengan dedak", Khairul memberitahu dengan
begitu gembira .Perjalanan aku ke kawasan memancing itu jauh juga. Kira - kira 4
kilometer daripada kawasan perkampungan Felda aku. Melihat ke langit, awan
sudah berkepul - kepul hitam. "Patutlah panas semacam, nak hujan rupanya" aku
memberitahu Khairul. Khairul hanya mengangguk, tanda bersetuju dengan pendapat
ku. "Kalau hujan, kita balik lah ke rumah.Kalau kita main dalam hujan mesti kita dua-
dua mengalami demam.Pergi sekolah pun jadilah susah. Masa hujan ni, ikan takde".
Aku pula mengangguk. Pada pendapatku, sama ada ikan dapat atau tidak, sama
ada hujan atau tidak, itu tak penting, yang penting, kebosanan aku pada hari itu
terubat. Aku terus mengikutnya ke tempat memancing di dalam kawasan kebun
kelapa sawit."Kau tahu tak, di sini lah kawasan memancing kegemaran aku.
Walaupun tak banyak ikan, tapi tempat ni memang tenangkan hatiku.Saya bukan
sahaja datang sini untuk memancing malah saya juga datang sini apabila saya rasa
stress.Tiupan angin yang tenang,bunyi air yang mengalir dan ikan-ikan yang
berwarna-warni serta kehijauan tumbuhan-tumbuhan menyebabkan saya sangat
bertenaga.Lagipun aku kelas akuakultur, jadi aku memang minat dengan ikan - ikan
ni semua" kata Khairul, sejurus sampai di kawasan memancing itu.

Aku hanya mengangguk, tanda bersetuju. Memang Khairul mempunyai ilmu yang
luas di dalam memancing ini. Walaupun aku pernah juga mengikut abang - abangku
memancing, namun aku hanya berharap kepada mereka untuk membuat semua
persediaan untuk memancing. "Nah, ni joran untuk kau, jangan sampai rosak, bising
Atuk aku nanti" bagitahu Khairul kepadaku. "Atuk? Ayah dan Mak kau mana?" tiba -
tiba soalan itu terpacul dari mulutku. "Hmm... dia orang ada dekat Terengganu,
bekerja di sana.Bapa saya dapat kerja dekat sana jadi mereka pindah ke sana.Kat
sini atuk dan nenek aku yang jaga aku". "Ohhh..." sambut ku.Aku masih ingat lagi,
pada waktu itu, jam 5 petang, sudah hampir 4 jam kami di tempat memancing itu
namun hanya beberapa ekor sahaja ikan yang kami dapat. "Jomlah balik Upin.
Haripun memang nak hujan sangat ni". Aku hanya mengangguk, bersetuju. Memang
apabila aku pandang ke langit, awan sangat gelap, tanda hujan hendak turun
sebentar lagi. "Kalau main hujan best jugak" kata ku, berseloroh. "Esok kita nak ke
sekolah, demam nanti, susah, enjoy – enjoy jugak, kesihatan kena jaga jugak" jawab
Khairul, sambil menasihati. Aku hanya tergelak.Kami pinang ke rumah dengan
membawa ikan-ikan yang telah ditangkap.

Mungkin kerana keputusannya menyokong. Germany pada perlawanan bola kali ini
agak pelik dari kaca mata ku. "Takde kumpulan lain ke kau nak sokong?", aku
bertanya, sinis. "Suka hati akulah. Aku suka mencipta kelainan", jawab Khairul.Aku
terus bersalam dengannya untuk pulang ke rumah. Sememangnya itulah yang ibu
dan bapaku ajar kepada ku. Sama ada tua atau muda seseorang itu, kita harus tetap
bersalaman dengan mereka, sebagai tanda hormat.Sebenarnya saya mempunyai
banyak ciri-ciri bermoral walaupun saya nakal.

Perlawanan bola sepak antara Rusia dan Germany"Goll!!!" jerit Khariul. Pada ketika
itu Rusia menyamakan kedudukan gol dengan Germany. Aku menepuk dahi.
"Aishhh... Aku ingat dah bungkus si Rusia ini. Defend Germany ni buat apa?"soalku.
"Tengoklah team siapa"., jawab Khariul, sambil tergelak - gelak. Perlawanan
memasuki minit terakhir dan masing-masing saling mengasak. "Gol lagi!!!" jerit
Khairul, puas. Mukanya ke merah - merahan, tanda puas hati. Khairul mempunyai
darah keturunan Cina, dan kulitnya lebih putih daripada aku. "Hahaha, puas hari ni,
puas. Tak sia - sia", kata Khairul, bersemangat. Kami pergi ke beranda rumahku dan
ketika itulah Khairul mengajakku untuk berjalan - jalan di sekitar kawasan Felda,
walaupun jam sudah menunjukkan 6.00 pagi. Namun atas semangat setia
kawan,aku mempersetujui tanpa banyak soal."Aku rasa lepas ni aku tak tengok bola
lagi, tu yang aku lepaskan semua tadi. Hehehe.." Khairul cuba berjenaka. Namun
aku tidak merasai apa - apa perubahan mengenai perangainya.Perangainya
memang begitu, tetapi akhir -akhir ini kerap kali dia mengatakan tentang perkara"tak
dapat". Namun aku tidak dapat mengesan perubahan tingkah lakunya. "Jom, pergi
kat mesin ATM kejap, aku nak keluarkan duit. Siang nanti aku nak pergi Segamat
kejap, nak belikan hadiah untuk seseorang", ajak Khairul "Untuk awak kau ke?
Untunglah..", balasku. "Hahaha. Dah lama aku tak belikan dia hadiah". Aku terus
mengikutnya ke mesin ATM yang terletak di kawasan Pejabat Koperasi Feldaku
itu."Petang nanti aku nak pergi Segamat, dengan Lee (rakanku yang lain). Kau nak
ikut tak?" Khairul bertanya kepadaku. "Tak kot. Aku banyak lagi homework belum
siap dan belum lagi bersihkan bilik saya. Kau pergilah okay?"Aku menjawab.
Sememangnya aku memang mempunyai banyak homework yang belum aku
siapkan kerana disebabkan Khairul sentiasa menjemput saya pergi ke luar jadi saya
tiada masa untuk habiskan kerja-kerja sekolah. Ketika kami pulang dari sekolah,
Khairul sekali lagi bertanyakan soalan kepadaku. "Kau tak nak ikut aku ke?. "Aku
ada homework". jawabku ringkas. "Okay", balasnya.Sewaktu ke kedai pada petang
itu, salah seorang rakanku menegur. "Pin, kau kenal Khairul tak?", tanya Yan, salah
seorang rakanku. "Kenal, kenapa dengan dia?", balasku. "Aku dengar dia terlibat
dalam suatu kemalangan tadi. Dekat kawasan Jambatan Timbang Tenang
Stesyen".kata rakanku, dengan nada sedih.

"Ya Allah. Selamatkanlah dia. Selamatkanlah dia", aku beristighfar berulang - ulang
kali. Hatiku mula rasa sedih.Jantungku berdegup dengan begitu cepat.Air mula
memenuhi kataku.Aku berasa nak nangis tapi sabarkan diri sendiri.Setelah
melapkan mataku,aku mula berfikir tentang masa yang kami lalukan.Khairul
merupakan kawan pertamaku di Felda ini yang aku rapat. Banyak kenanganku
bersamanya.Kami memancing, melepak, pergi ke bandar bersama. Pada petang itu
juga aku pergi ke rumah datuknya. Rumah datuknya tidaklah jauh sangat daripada
rumahku. "Alang - alang dah pergi ke kedai ni, baik juga aku pergi ke rumah atuk
Khairul ni", aku berkata di dalam hati. "Assalamualaikum", perlahan tapi kuat
suaraku apabila sampai di rumah Datuk Khairul. Tidak bersahut salam apabila
masuk kali ketiga aku memberi salam ke kawasan rumahnya. "Hmmm... Takde
orang. Mungkin semua dah dapat berita buruk ni. Dan semua dah pergi ke Hospital
Segamat", getus hatiku.Pada malam itu, ketika sebelum waktu Isya, telefon bimbitku
berdering. Aku cuba menghubungi Khairul pada petang selepas aku balik dari rumah
datuknya. Tapi gagal.Saya cuba sehingga berjaya.Alhamdulilah nasib saya seorang
perempuan menerima ‘callku’."Assalamualaikum, Farisha Hani ada?".
"Waalaikumsalam, ye saya Farisha. Ni siapa?", aku bertanya semula. Nombor yang
dipaparkan itu tiada dalam kenalanku. "Saya Aisyah, rakan sekelas Khairul, jawab
suara itu,memperkenalkan diri. "Oh, Aisyah, kenapa?" aku bertanya semula
kepadanya. "Aku harap kau sabar. Khairul dah takde. Dia dah meninggal dunia
lepas Maghrib masuk tadi. Jam 7.15 petang. Aku harap kau sabar. Aku tahu kau
kawan yang sangat baik dia", Aisyah memberitahuku. Aku terduduk, tapi tanganku
masih tak melepaskan lagi telefon bimbit. "Saya tidak dapat menghentikan air
daripada terkeluar mataku.

Kepada Allah kita datang,kepada Allah kita kembali", jawabku, sedih teramat sangat.
Aku segera menunaikan solat Isya dan selepas selesai menunaikannya, aku
menghidupkan enjin motor. "Kau nak pergi mana?" soal ibuku. Pelik. Mana taknya,
dengan mata yang merah dan memegang naskhah Melayu Kuno aku meluru ke
kawasan parking rumahku. "Kawan Upin meninggal dunia, Mak. Khairul dah
meninggal dunia", jawabku. "Innalillahiwainnailahirojiun", kalimah itu keluar daripada
mulut Ibuku lalu menggeleng. "Dia budak baik, walaupun dalam pelajaran tak
beberapa baik", tambah Ibuku. Ibuku sedikit sebanyak mengenali Khairul. Kadang -
kala ketika aku lambat, Ibulah yang selalu berbual dengannya.Dia sangat
menyayangi ibuku seperti ibu sendiri kerana ibu dia tidak berada dengan dia,jadi
berasa selesa apabila bercakap dengan ibuku.Ternyata Ibu tidak menghalang kami
daripada berkawan, walaupun dia berada di dalam kelas hujung di sekolah. Ibuku
selesa dengan perangainya. "Kirim salam Mak kat keluarga Khairul , Ibuku bersuara
lagi. "InsyaAllah", jawabku ringkas.Ketika sampai di rumah arwah, aku terus
meletakkan motorku di kawasan tepi jalan rumahnya.Tiba - tiba aku terserempak
dengan Chong , salah seorang rakanku juga. .”Chong, kau tahu tak macam mana
arwah meninggal? Dia kemalangan dengan apa?" tanyaku. "Lee bawa motor, tapid
dia tak perasan kereta depan dia berhenti. Khairul duduk di belakang, membonceng,
tercampak ke tepi dan badannya terkena pokok tepi jalan tu.Lee pun teruk juga, dia
baru tahu Khairul meninggal sebab lepas kemalangan tu, dia tak sedarkan dia.
Mungkin terkejut", jawab Lee,ringkas, tapi memberi maklumat yang aku agak tepat.
"Oh... aku nak lihat mukanya buat kali terakhir, dia rakan aku yang baik", jawabku di
dalam hati.

Van mayat pun sampai ke rumah Khairul kira - kira jam 11 malam dan mengangkat
keranda kedalam rumahnya. Aku juga yang mengangkat jenazahnya keluar
daripada keranda itu. Aku buka bahagian matanya. "Ya Allah, sesungguhnya insan
inilah yang aku kenal dan aku kasihi semenjak aku berpindah ke sekolah ini, dialah
yang menjadi tempatku mengadu", aku berdoa kehadrat Illahi untuk roh Khairul. Aku
menangis teresak - esak, lemah dan hampir longlai.

Kebanyakan rakan - rakan sekolah kami juga begitu, termasuklah Aisyah, teman
wanita Khairul. Aku mencium dahi arwah, sejuk. "Aku tak akan lupakan kau sampai
bila - bila, Khairul, kataku di dalam hati. "Baik, kita akan kebumikan arwah lepas
solat Subuh esok, kata Imam Amin, salah seorang Imam tersohor di Feldaku
itu.Pada malam itu, aku hanya duduk di tepi arwah dan hanya membacakan Surah
Yaasin kepadanya. "Ini sahaja yang aku mampu untuk kau, Khairul, aku berbisik
kepadanya. Walaupun aku tahu dia telah meninggalkanku buat selama - lamanya.
Aku tahu dia mendengarnya. Aku tahu."Aku datang esok pagi, Khairul. Lepas Subuh
aku datang semula", tambahku. Jam telah menunjukkanjam 3.00 pagi. Aku perlu
pulang ke rumah untuk mandi dan ganti pakaian."Kepada Allah kita datang, kepada
Allah jualah kita kembali...", itu ayat talkin daripada ImamAmin. Alhamdulillah,
selesai upacara pengebumian arwah, aku terus balik ke rumah.
SemogaAllah merahmati roh arwah di sana. InsyaAllah! Tahun 2023 Walaupun aku
kerap mengalami mimpi tentang arwah, namun hampir tiga tahun aku tidak lagi
bermimpi tentang dia. Aku berharap dia tenang di sana. Kini, aku sudahpun belajar
jauh daripada kawasan Feldaku. Rakan - rakan baruku ramai di sini. Mereka baik
kepadaku tetapi tidak seseorang pun yang tidak gantikan tempat Khairul dalam
hatiku. Namun aku masih mengingat arwah. Cuma tak sekuat dulu. Apabila terluang,
aku datang ke pusaranya. Menziarahi arwah.Khairul, rakanku ketika di asrama juga
telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya pada 8 Februari 2023, cuma
lokasinya berbeza. Kini ketika di Felda, rakanku yang belajar di asrama yang sama
hanyalah tinggal Haikal. Dia masih merupakan rakan baikku. Walaupun dia belajar
ditempat lain. Tetapi hubungan kami tetap sama seperti dulu Cuma kita tidak dapat
jumpanya.

Masa berlalu dengan begitu pantas.Pada hari Jumaat bertarikh 12.2.2024


merupakan hari yang mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Pada
waktu pagi,aku bersalaman dengan ibu bapa.Ibu memberi nasihat kepadaku agar
tidak gementar pasal keputusan.Nasihat-nasihat ibuku dapat menjadikan saya lebih
tenang dan berasa amat yakin.Dengan penuh yakin, saya hidupkan enjin motorku
untuk pergi ke sekolah.Tiba-tibanya,kenangan Khairul datang pada
mindanya.Sebelum aku pergi ke sekolah aku nak pergi ke tanah perkuburan arwah
Khairul.Setibanya di tanah perkuburan,aku terus menuju ke kubur Khairul.Lalu,aku
membaca alfatihah sebagai tanda sedekahku kepadanya.Aku juga turut meluahkan
perasaanku kepadanya.”Jika haritu kami tak pergi dengan Lee,sekarang kita pergi
sekolah bersama-sama untuk mendapatkan keputusannya”,kata Upin dengan nada
yang sedih dalam hati.

Setelah beberapa minit,aku mulakan perjalanannya ke sekolah.Ramai kawan-


kawanku menjemputku dengan penuh semangat.”Apa khabar ?”,soalan daripada
Aisyah.Khabar baik,aku berkata dengan penuh bertenaga.Semua pelajar menunggu
di dewan bestari yang merupakan dewan yang sangat luas di sekolahku.Cikgu
kaunseling yang bernama Pn.Thamilchelvi dan ahli-ahli Pengawas Rakan
Sebaya(PRS) mengarahkan bahawa mendaftarkan nama pelajar tingkatan 5 di
stesen -stesen yang ditentukan.Setelah aku mendaftarkan namaku,aku duduk di
kerusi dengan kawanku bernama Idris.Majlis dimulakan dengan ucapan
pengetua,Tuan Hj.Ismail Bin Samad.Ucapan beliau memang menjadi teladan
kepadaku dan kawan-kawanku.Selepas itu,persembahan tarian tradisional melayu
oleh kumpulan Siti Umairah dari kelas 4 SainsTulen.Persembahan tersebut amat
menarik dan dapat mengurangkan gementar pelajar.
Akhirnya,datanglah masa untuk memberi keputusannya.Pengetua berkata bahawa 2
pelajar sahaja yang mendapat 11A .Hatiku berdegup-degup dengan pantas
sehingga orang sebelahan boleh dengar.Pengetua mula membagitahu nama pelajar
tersebut.Antara pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang ialah.......Azrul
dan Syafiq !!!!.Apabila mendengarnya namaku aku berasa sangat bangga.Aku dan
Azrul pergi ke depan untuk mendapat keputusannya.Aku tidak dapat mengawal
kebanggaanku.Kami mendapat wang tunai Rm100 berserta komputer riba yang
ditaja oleh Pengerusi PIBG.Setelah majlis telah dihabis,saya pulang ke rumah
segera.Saya Berpeluk ibuku sambil memberitahu keputusannya.Ibu sangat gembira
dengan keputusanku.Aku sanagt berterima kasih kepada Khairul kerana
kecapaianku dipenuhi oleh Khairul.Aku tidak akan luapakan jasa kamu sehingga
penghembusan terakhirku.

Anda mungkin juga menyukai