Anda di halaman 1dari 7

Nama Sebenar : Nur Halimi Binti Ismail

Nama Pena : Miey

Tempat Lahir : Mengkuang Mak Sulong, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

No kad Pengenalan : 850103-07-5066

Alamat Semasa : 773 MK5 Kg. Petani 14000 Penanti, Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

Pendidikan : BA (HONS) English Language and Literature Studies

Pengalaman kerjaya : Pembantu Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia

Pengalaman Penulisan : Majalah sekolah

Anugerah : Tiada
Erti Pedalaman Bagi Seorang Bakal Guru.

Sebaik mendapat perkhabaran tentang penempatan kami ke Sg. Siput, pelbagai

perkara yang ku fikirkan. Bagaimana agaknya keadaan di sana, penduduknya, murid-

murid, sekolah, cikgu-cikgu. Adakah aku akan diterima di sana, makanannya, aku jadi

tak keruan. Yelah, bagaimana aku hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran

baru. Tambahan pula, perkampungan Orang Asli. Hatiku berdebar-debar, memikirkan

seribu satu soalan tentang pedalaman Sg. Siput. Hari yang dinanti telah tiba, aku

semakin berdebar-debar. Pelbagai perasaan bercampur baur,suka pun ya, takut pun

ya. Ialah, macam-macam telahku dengar, berdasarkan pengalaman pelatih-pelatih yang

lepas, aku semakin takut. Risau. Seronok pun ada juga, pertama kali nak memandu

jarak jauh. Dengan rakan-rakan, lupa aku seketika tentang perasaan takut aku hendak

menghadap perkampungan Orang Asli. Sepanjang pemanduan ke Sg. Siput, aku masih

mampu mengawal perasaan takutku, aku cuba melupakannya, dengan perjalanan

selama 5 jam, kepenatan, aku hanya mahu cepat-cepat membersihkan diri.

Aku membayangkan sekolah Orang Asli tidak seperti sekolah di kawasan

bandar, tetapi setiba di Sek. Keb. Che Nien, aku terkesima. Jauh benar dari

sangkaanku, kalau beginilah keadaan sekolah orang Asli, rasanya aku tak akan apa-

apa di atas sana, Sek. Keb. Pos Piah. Satu malam yang dihabiskan di Sek. Keb. Che

Nien, aku kembali memikirkan nasibku di Sek. Keb. Pos Piah. Mengikut penerangan

yang diberikan oleh penyelaras program SBE, segalanya normal dan biasa di Piah.

Tiada yang luar biasa di sana, hanya elektrik disalurkan menggunakan generator dan

bekalan air dari gunung. Lain-lain perihal, hanya seperti biasa, seperti di sekolah-
sekolah biasa. Yang berbeza hanyalah murid-muridnya sahaja. Pagi perasmian

program SBE, kami diserahkan kepada guru besar sekolah masing-masing.

” Alhamdulillah, ok je aku tengok GB Sek.Keb. Piah ni,cam boleh buat geng”.

Selesai majlis pagi tu, masing-masing mula bergerak ke sekolah masing-masing. Ada

yang naik pacuan 4 roda, kereta biasa. “Kami?” Satu persatu rakan-rakanku bergerak

meninggalkan geng Piah, yang setia menanti pacuan 4 roda yang masih entah di mana,

tak muncul-muncul lagi. Kami adalah kumpulan terakhir bergerak dari Sek.Keb. Che

Nien, walhal sekolah kami tu takla jauh sangat dari bawah.

Perjalanan selama 2 jam menaiki pacuan 4 roda ke Sek. Keb. Pos Piah

sememang menguji aku. Pertama kali menaiki pacuan 4 roda, dengan perjalanan yang

mencabar, membuat aku kembali risau.

“Apala nasib aku ni, dapat sekolah jauh camni..perjalanan pun dah mcm ni, camne la

sekolahnye, ek!!”.

Walaupun risau, aku cuba untuk tidak menunjukkan perasaanku. Setiba di sekolah,

hatiku semakin berdebar-debar. Takut memikirkan nasibku. Aku takut nak berdepan

dengan murid-murid di sana. Kami disambut dengan senyuman lebar, dari cikgu-cikgu

Piah, murid-muridnya dan kakitangan Sek.Keb. Pos Piah.

“Ok la kot sekolah ni,insyallah tak da masalah.”

“Kalau cikgu besarnya rilek, sure sekolahnya best”.

Aku cuba menenangkan hatiku yang tak keruan. Kami di bawa terus ke rumah guru,

tempat kami akan menginap selama dua minggu. Bilik dah tengok, barang-barang dah
di simpan, kami dijemput ke mesyuarat sekolah. Seorang demi seorang kakitangan

sekolah diperkenalkan, struktur pentadbiran di perkenalkan serba sedikit. Sambutan

mesra semua orang melegakan hatiku.

Pertama kali, aku dipertemukan secara rasmi dengan anak-anak Piah. Melihat

pada pakaian mereka, yang lusuh, hati kecilku berdetik,

“Kesian budak-budak ni, baju tak bergosok, tak di cuci bersih”.

“Kesian, nak juga budak-budak ni datang sekolah.”

Walaupun serba kekurangan, semangat nak ke sekolah tetap ada. Wajah-wajah

ceria mereka bakal menambat hati sesiapa sahaja yang melihat. Rasa tenang hati

melihat wajah ceria murid-murid Piah. Hari itu berlalu dengan penuh kenangan.

Dingin pagi menangkap hingga ke tulang putih. Air paip ibarat ais dari kutub

utara. Perasaan malas bercampur dengan takut menjadikan aku berdebar-debar untuk

ke sekolah. Baru sehari menginap di Piah, aku mula menghitung hari untuk pulang.

Rutin harian di Sek.Keb. Pos Piah kurang menarik bagiku, bosan dan tidak banyak

yang bolehku lakukan di sini. Semua aktiviti terbatas dek kerana catuan elektrik dan

ketiadaan talian telefon. Memang benarlah kata orang, budak-budak zaman sekarang

memang tak boleh hidup tanpa handphone. Berada di Piah, dengan terputusnya

perhubungan, elektrik di catu, cuaca yang sejuk melampau, menguatkan lagi perasaan

aku untuk pulang.

“Malasnya!!!”.
Aku gagahkan jua diri dan melibatkan diri dengan aktiviti yang dirancang. Cuba

melupakan perasaan ingin pulangku ini, aku sibukkan diri dengan melayan karenah

murid-murid Piah.

Melihat pada keletah mereka yang lincah, sentiasa bertenaga dan senyum

selalu, hatiku terhibur. Walau dalam serba kekurangan, mereka tetap boleh menikmati

hidup, menjalani aktiviti harian dengan penuh keriangan. Terlintas di benak fikiranku,

aku sungguh bernasib baik kerana mempunyai segalanya, tidak seperti anak-anak Piah

yang hidup dalam serba kekurangan namun masih boleh sentiasa bergembira.

Di Sek.Keb. Piah, murid-murid di gelar anak-anak kerana hubungan antara

mereka ibarat bapa dan anak. Masing-masing menyayangi murid-murid dengan ikhlas.

Jelas kelihatan keakraban hubungan mereka. Setiap permintaan dilayan dengan penuh

kesabaran. Pertama kali aku masuk ke kelas, tahun 5, masing-masing melihat aku

dengan penuh kehairanan. Biasanya,guru lelaki yang mengajar, maklumla, Sek.Keb.

Pos Piah hanya mempunyai guru lelaki sahaja dan semua kakitangan sekolah adalah

lelaki, hanya di bahagian asrama ada pekerja perempuan, Kak Anum namanya.

Orangnya peramah, mudah mesra, dan pandai memasak. Berbalik pada pengalamanku

di kelas, pertama kali menghadap murid-murid, aku terkedu seketika.

“Apa yang aku nak buat ni??”

Entah bagaimana aku hendak melalui masa satu jam bersama budak-budak yang

masih asing denganku. Perbezaan bahasa menyebabkan komunikasi agak terbatas

antara aku dan mereka. Aku cuba untuk mendekatkan diri dengan mereka, cuba

menarik perhatian mereka dengan bertanyakan soalan , dengan harapan mereka akan
berminat untuk mendengar. Soalan biasa, “Dah makan?Sihat?”. Alhamdulillah, respon

yang diberikan membuatkan aku bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada

mereka. Walaupun tak banyak, namun, masih bernilai di mata mereka.

Aku cuba menarik perhatian mereka dengan memasang lagu, dan aku tahu akan

dapat menarik minat mereka. Hiburan merupakan antara aspek utama yang digunakan

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di Sek.Keb. Pos Piah. Guru Besar Sek.Keb.

Pos Piah, Encik Razali selalu mengingatkan kami, guru-guru pelatih, “Di sini, cara

belajar lain sikit, murid-murid sini hanya akan minat belajar kalau ada 6M, membaca,

menulis, mengira, makan, menyanyi dan main. Kalau ada semua tu, diaorang nak la

belajar. Cikgu-cikgu kenalah cuba dekati murid-murid sini, diaorang ni manja, tapi rajin.”

Kata-kata itu terngiang-ngiang di benak fikiranku, aku mengajak mereka untuk

menyanyi bersama-samaku. Alhamdulillah, mahu mereka memberi kerjasama. Lega

hatiku. Seorang murid menarik perhatianku, Mizi namanya. Sangat aktif dalam kelas,

suka membalas apa jua kata-kataku. Ada ketikanya, perasaan marahku membuak-

buak. Ingin saja aku menempelak Mizi. Nasib baik ada rakan yang menenangkanku.

Aku teruskan aktiviti pengajaran hari itu , yang padaku, memberi penuh erti padaku.

Pengalaman pertama mengajar yang tidak dapatku lupakan, sepanjang hidupku.

Bermula dari pengalaman tersebut, aku lebih memahami murid-murid Sek. Keb.

Pos Piah. Aku lebih memahami dan mengerti, mengapa mereka begitu, maksudku,

kenapa mereka sentiasa gembira dan riang. Kehidupan yang serba kekurangan tidak

langsung memberi kesan kepada mereka, anak-anak Piah. Hidup mereka sentiasa

gembira, bermain dan yang penting, diberi makan. Murid-murid Piah mengharapkan

sekolah untuk memberi mereka makan dan pakaian. Hendak mengharapkan keluarga,
yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak dapat mereka

hendak merasa nasi. Aku bersyukur dengan segala yang ku miliki kini,jika hendak

dibandingkan dengan murid-murid Piah. Pengalaman di Piah sememangnya

menginsafkan aku, agar mensyukuri nikmat hidupku dan segalanya. Benarlah kata

orang, menjadi seorang gru ini bukan kerja mudah, tanggung jawab berat dipikul oleh

seorang guru. Bukan hanya mengajar tetapi lebih kepada mendidik anak bangsa. Aku

menanam azam untuk mengubah hidup anak-anak pendalaman, walaupun sedikit,

akan dapat memberi kesan pada mereka, insyallah.

Anda mungkin juga menyukai