Anda di halaman 1dari 8

AKU DAN KERONGSANG

Aku memulakan langkah pertama dengan seribu satu persoalan yang sentiasa

bermain dibenak fikiranku diriku. Permulaan aku untuk bergelar guru telah menghampiri

diriku. Dua minggu keberadaanku di sekolah pos piah cukup menginsafkan diri. Hari

pertama kehadiranku ke sekolah sayu rasa di hati melihat suasana murid-murid yang

menerima kehadiranku mereka sangat teruja, dari raut wajah mereka terpancar sinaran

kegembiraan. Suasana sekolah yang cukup mendamaikan ianya amat memberikan

ketenangan bagi diriku. Kulihat satu persatu wajah murid-murid ku, aku semakin teruja

untuk mengenali diri mereka dengan lebih dekat.

Aku berkesempatan melihat suasana asrama, tiba-tiba langkahku terhenti

seketika melihat seorang murid perempuan berlari-lari anak menuju ke asrama,ku

perhatikan setiap langkah dan gerak gerinya,kuperhatikan murid tersebut sedang

menuju ke katil dan terus membaringkan diri sambil menutup wajahnya dengan bantal.

Aku tertanya-tanya sendirian apakah dia malu bila melihat aku atau sebaliknya. Namun

aku teruskan langkah melihat suasana asrama, aku sangat kagum melihat susunan

katil yang teratur disamping suasana bilik yang sangat kemas.

Pertemuan pertamaku bersama murid-murid tahun empat cukup menghiburkan

hati, pada permulaannya hanya murid lelaki sahaja yang memberikan maklum

balas,murid perempuan masih dalam keadaan malu-malu, namun aku tidak berputus

asa untuk mendekati mereka, sedang aku cuba menghampiri seorang demi seorang,

tetiba kulihat wajah murid perempuan sama seperti yang aku lihat kat asrama hari

tu,lalu aku bertanya akan namanya.


Siapa nama awak?

pada mulanya dia hanya senyap dan tundukkan muka,tetapi aku tetap mendekati

sambil tanganku menyentuh bahunya dan membelai rambutnya.lama kelamaan dia

mendongakkan muka sambil melontarkan senyum. Gembira sungguh hatiku disaat

itu,akhirnya aku berjaya membuatkan dia tersenyum. Sambil tersenyum dia pun berkata

dengan nada yang ringkas,

“imah” katanya,

aku tersenyum sambil menyentuh tangannya, imah membalas genggaman tanganku

dengan erat,tetiba hatiku jadi sayu betapa dia mengharapkan belaian dan perhatian dari

seorang guru,aku memandang wajahnya tanpa seungkap kata-kata pun yang terkeluar

daripada bibirku kerana saat itu aku menahan airmata dari terus mengalir. Lama juga

dia menggenggam tanganku akhirnya terpaksa kuleraikan bagi mengelakkan airmataku

menitik. Disaat itu aku terkenangkan kata-kata pensyarah aku, murid-murid Orang Asli

sememangnya mengharapkan perhatian mereka.

Keesokkan harinya kulihat imah seperti ingin menghampiriku,ntah la mungkin

masa tu dia nak berkongsi sesuatu,tanpa membuang masa aku terus memanggil

namanaya,imah

“mari sini kejap kataku,”

Imah berlari-lari anak menuju kearah ku,langkahnya semakin laju menghampiri,seolah-

olah seperti dia mengharapkan sesuatu. Lantas aku bertanya

‘imah dah makan belum?’


Dia sekadar anggukkan kepala.lepas tu dia pandang kearahku lalu berkata,

”cikgu lama ke tinggal sini?

aku pandang wajahnya

“tak lama pun dua minggu jer, lepas tu cikgu kena balik maktab” kataku,

imah memandangku sambil mata terkebil-kebil,lantas aku terfikir dia nie faham ker apa

yang aku cakap nie kataku sendirian. Aku hanya tersenyum memandangnya,kemudian

imah pegang tanganku,lepas tu dia perhatikan aku atas bawah, sesekali matanya

menejeling kearah kerongsangku,mungkin dia terpaut pada kerongsang yang aku pakai

ketika itu. Kulihat baju imah tidaklah comot seperti murid-murid lain,cuma kelihatan

kasutnya koyak sehingga memperlihatkan stokingnya. Sedang aku asyik menyembang

loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat,

”imah balik kelas cikgu kamu nak masuk kelas dah tu” kataku,

imah sekadar tersenyum,

‘’petang nie datang rumah cikgu ya” kataku lagi.

Imah mengangguk dan terus berlari-lari anak menuju ke kelasnya.Tepat pukul 5.00

petang imah memberi salam,

”Assalamualaikum”,

aku bergegas ke pintu sambil menjawab salamnya

“waalaikumsalam” kataku

sambil membuka pintu


“jemputlah masuk, cikgu nak bersiap jap” kataku,

imah hanya menunggu di luar rumah,aku bergegas menyiapkan diri. Setelah habis

bersiap aku terus berjumpa imah nak mengajaknya berjalan-jalan disekitar sekolah. Aku

dan imah mengelilingi kawasan sekolah,setelah rasa penat aku mengajak imah duduk

di hadapan bilik gerakan,

”jom imah kita duduk dulu”kataku.

Kami berdua duduk,aku memandang wajah imah

,”kampung imah kat ner?”tanyaku,

“saya tinggal di kampung Gentes?’’ jawabnya,

”imah tak rindu emak ayah ke?”tanyaku lagi,

imah hanya tunduk,aku faham mungkin ketika itu dia teringat akan keluarganya,lalu aku

pegang tangannya,kulihat airmatanya bergenang,pantas aku alihkan soalan aku untuk

mengelakkan imah dari terus bersedih,

”imah suka tak cikgu mengajar kat sini” kataku.

dia menoleh kearahku,sambil berkata,

”suka cikgu,sekolah saya xder cikgu babuk(cikgu perempuan),sambil jarinya memintal-

mintal kain tudungku matanya beralih ke kerongsanku.

Dari raut wajahnya aku faham yang dia mengharapkan aku akan bersamanya,namun

aku tidak dapat lakukan semua itu kerana kehadiran ku hanya seketika cuma. Ku

pandang wajahnya yang penuh mengharap,


“esok cikgu masuk kelas imah nanti kalau ada matapelajaran yang tak faham Tanya

cikgu ye,kataku lagi.

Imah sekadar mengangguk.

Keesokan harinya,aku masuk kek kelas imah lagi,aku bawa lembaran kertas lukisan

dan juga warna, kali nie aku minta semua murid membuat satu lukisan,aku tak hadkan

kreativiti mereka sebab apa yang aku nak lihat sejauh mana kreativiti mereka disamping

itu aku bolehlah aku menilai diri mereka. Setelah aku memberi arahan,semua murid

mula melukis,aku sekadar memerhati,namun ketika itu ada sesuatu yang menarik

minatku,imah melukis wajah aku bertambah menariknya gambar itu dia tetap

melukiskan kerongsang di dibahagian tepi tudung aku biarpun pada masa tersebut aku

tidak memakai keronsong itu,terkesima juga aku ketika itu sebab aku sendiri tidak

menduga imah boleh berbuat demikian. Aku sangat terharu kerana dia terlalu

menghargai diriku.

Pada suatu hari aku memakai keongsang yang sama,Imah sering

memerhatikannya,aku faham maksud dia mungkin dia menginginkan kerongsang ku

itu,lantas aku tanggalkan kerongsangku itu lalu memberikan kepadanya,wajahnya

bertukar ceria sambil memegang tanganku,baru aku faham selama nie dia tertarik

dengan kerongsangku itu.

Pengalaman yang kualamai sepanjang berada disana sangat bernilai,mereka

sangat mengharapkan bimbingan dan dorongan daripada guru-guru,mereka juga

inginkan perhatian,betapa mereka mengharapkan semua itu,namun disebabkan

kekangan-kekangan tertentu mereka selalu terabai.kedaifan yang mereka alami

tidaklah menjadi penghalang untuk mereka. Pada hari terakhir aku berada di sana
terasa berat kaki untuk meninggalkan mereka,Imah datang menemuiku, dia merayu

agar aku tidak meninggalkan dia dan rakan-rakannya. Sebak tak terakata aku ketika itu.

BIODATA PENULIS

NAMA SEBENAR : KASMAH BINTI MAIDIN

NAMA PENA : ASBAYU

TEMPAT LAHIR : SABAH

TARIKH LAHIR : 24 OGOS 1982


NO KAD PENGENALAN : 820824-12-5740

ALAMAT : D/A MD NIZAM BIN UDIN,BT 22 KG CHERANA


PUTEH, 78000 ALOR GAJAH MELAKA

PENDIDIKAN : KPLI PENGAJIAN MUZIK

IJAZAH SARJANA MUDA SENI PERSEMBAHAN

(SENI LAYAR)

PENGALAMAN KERJAYA : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH,

SMK SULTAN MANSOR SHAH TAMPIN POS

MELAKA

SEKOLAH PEDALAMAN : SEKOLAH KEBANGSAAN POS PIAH

Anda mungkin juga menyukai