Anda di halaman 1dari 7

Nama Sebenar : Azfa Hanani Binti Ramli

Nama Pena : Streyka

Tempat Lahir : Kg Bunga Emas, Simpang 4, Perlis

Tarikh Lahir : 08 Jun 1985

No K/P : 850608-09-5046

Alamat Semasa : No 2, Jalan Manis 3,

Taman Seri Manis,

01000 Kangar, Perlis

Pendidikan : Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris, USM

Pengalaman Kerjaya : Pembantu pentadbiran

Pengalaman Penulisan : Tiada

Sekolah Pedalaman : SK Chenein

Anugerah : Tiada
Tajuk : Pengalaman Baru Di SK Chenein

Oleh : Azfa Hanani Binti Ramli (KPLI Ambilan Khas Jun 2009)

“Bagaimana agaknya rupa SK Chenein tu?” aku bermonolog. Aku berteka-teki

sendirian memikirkan tentang keadaan fizikal SK Chenein. Aku telah sedia

dimaklumkan bahawa SKC ialah sebuah sekolah orang asli yang tidak dikategorikan

sebagai sebuah sekolah pedalaman. SKC juga mempunyai kemudahan akses

perhubungan yang baik. Sememangnya aku tidak pernah sampai ke kawasan orang

asli. Jadi, aku tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang persekitaran

perkampungan orang asli. Aku cuma mampu membayangkan keadaan SKC

dikelilingi rumah-rumah orang asli.

Sesampainya aku di SKC, aku terpegun melihat keadaan SKC yang cantik.

Lebih cantik berbanding sekolah yang berada di kawasan mukimku. Asramanya

sungguh berwarna-warni. Aku melihat anak-anak orang asli yang berlari-lari di

sekeliling asrama. Mereka kelihatan begitu gembira sekali menyambut kedatangan

kami. Ada juga yang terjenguk-jenguk mengintai dari tingkap bilik tidur masing-

masing.

Ternyata persepsiku agak meleset tentang rupa fizikal kanak-kanak orang

asli. Mereka sebenarnya kelihatan lebih kurang seperti anak-anak Melayu yang lain.

Rupa mereka sudah banyak berubah dan tidak lagi kelihatan seperti yang

digambarkan sebelum ini. Mungkin perubahan itu disebabkan berlakunya

perkahwinan campur antara orang asli dan masyarakat luar. Selama ini, aku

membayangkan rupa anak-anak orang asli semuanya mempunyai rambut kerinting,

berkulit gelap dan memakai pakaian yang lusuh. Hakikat yang terbentang di

hadapan mataku ialah anak-anak orang asli kini tidak lagi kelihatan ‘asli’. Rambut
mereka tidak lagi kerinting halus. Kulit mereka sudah boleh dikatakan ‘kecoklatan’

dan tidak lagi berkulit gelap. Baju yang dipakai oleh mereka juga sama seperti baju

kanak-kanak luar. Perubahan ini disebabkan pembangunan yang dilakukan ke atas

mereka. Mereka juga telah bergaul dengan orang luar kerana faktor jarak

penempatan mereka dengan pekan Sungai Siput agak dekat.

Namun begitu, perubahan ke atas anak-anak orang asli ini tidaklah berlaku

secara seratus-peratus. Mereka masih lagi selesa berkaki ayam. Berjalan atau

berlari di bawah cahaya matahari tanpa memakai kasut telah menjadi kebiasaan

bagi mereka. Malahan, kaki mereka tidak sedikit pun melecet walau berjalan atau

berlari di atas tar atau simen yang panas. Aku teringat cerita Kak Ta, penyelia

asrama SKC semasa dia baru datang ke SKC. Ketika itu dia bermain bersama-sama

anak orang asli di atas tar tanpa memakai kasut, kononnya ingin menyesuaikan diri

dengan mereka. Namun begitu, kakinya melecet teruk sehingga terpaksa

mendapatkan rawatan di klinik. Selepas peristiwa itu, dia pun serik untuk

menanggalkan kasut ketika bermain di atas tar. Tabiat tidak suka memakai kasut ini

masih tidak berubah sehingga Penolong Kanan 1, Encik Razali menegur dalam

perhimpunan dan menasihati murid-muridnya supaya memakai kasut. Perkara ini

juga dapat aku lihat dengan jelas apabila murid-murid ini hanya memakai kasut

sekolah ketika berada di bangunan sekolah. Apabila loceng pulang berbunyi, murid-

murid bergegas untuk pulang ke asrama dan sesampainya mereka di tingkat bawah,

mereka terus menanggalkan kasut sekolah yang dipakai. Mungkin kanak-kanak ini

beranggapan bahawa kasut sekolah hanya dipakai di sekolah dan kawasan sekolah

hanya berada di bangunan tiga tingkat tersebut. Disebabkan itulah mereka terus

menanggalkan kasut sebaik sahaja menjejakkan kaki ke tingkat bawah.


Pengalaman masuk ke kelas juga agak mengecutkan perutku kerana aku

tidak pernah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah sebelum ini. Aku dan

Sham memasuki kelas tahun 3 dan kami mengadakan sesi bercerita di dalam bilik

sumber. Sham memulakan sesi bercerita dengan memilih buku bertajuk “Ahmad

Suka Menolong”. Aku suka melihat cara Sham bercerita dengan penuh perasaan.

Aku cuba untuk memerhati perlakuan Sham dan belajar melalui cara-cara Sham

bercerita sambil mengajar. Aku tahu aku kurang kemahiran mengajar, jadi aku

mengambil peluang untuk memerhati dan mempelajari cara-cara untuk menarik

minat murid-murid.

Kemudian, tibalah giliranku untuk bercerita. Aku bercerita tentang tajuk

“Kelawar Yang Tidak Tetap Pendirian” yang dipilih oleh murid-muridku. Ketika itu,

terdapat hanya lima orang yang betul-betul menumpukan perhatian terhadap

pembacaanku. Yang lain mula melakukan aktiviti masing-masing. Ada yang tidur di

dalam bilik itu. Ada juga yang membaca buku-buku yang terdapat di dalam bilik

sumber itu. Ada yang bermain-main sesama mereka. Aku tidak tahu apa yang perlu

dilakukan untuk menarik perhatian mereka. Jadi, aku meneruskan sesi bercerita

bersama-sama dengan baki murid-murid yang berminat. Aku memilih untuk duduk di

atas sofa dan murid-murid duduk mengelilingiku. Sambil aku bercerita, ada seorang

murid yang duduk di sebelahku asyik memerhati kerongsang yang aku pakai.

Kemudian, dia mula memegang kerongsang tersebut dan berkata,

“Cantiknya benda ini cikgu. Ini burung ke cikgu?”

“Ya. Kerongsang ini berbentuk burung. Ok. Dengar cikgu hendak bercerita.”
Aku meneruskan penceritaan. Apabila sampai ke perkataan tertentu, aku

bertanya maksud perkataan tersebut untuk melihat sama ada mereka faham atau

tidak.

“Apa maksud ‘berkelahi’?”

“Bergaduh cikgu”

“Bagus. Pandai.”

“Ok. Apa maksud ‘memasang telinga’?”

“Orang tu cabut telingan dia, lepas tu pasang balik?”

“Bukan. Siapa lagi tahu maksud ‘memasang telinga’?”

Masing-masing mula menggeleng. Jadi, aku pun memberikan jawapan yang betul.

“Mamasang telinga tu bermaksud mencuri-curi dengar. Faham tak?”

“Faham cikgu.”

Itulah pengalaman pertamaku memasuki kelas. Boleh dikatakan pengalaman

yang agak menyeronokkan. Sham memberi komen bahawa aku kelihatan agak

kekok bercerita tadi. Aku akui aku memang agak kekok berhadapan dengan kanak-

kanak kerana aku tidak mempunyai kemahiran untuk berinteraksi dengan kanak-

kanak walaupun ibuku merupakan pengasuh kepada beberapa orang kanak-kanak.

Berada di sekolah orang asli juga telah membuatkan aku faham bahawa

anak-anak orang asli ini masih memerlukan bimbingan kerana setiap kali guru ingin

memasuki kelas, guru tersebut perlulah menyediakan alat tulis yang telah disediakan

oleh pihak sekolah. Murid-murid tidak dibekalkan dengan alat tulis untuk disimpan
oleh mereka sendiri. Aku sering kali terlupa untuk membawa alat tulis setiap kali ke

kelas. Baru sahaja aku memberi arahan untuk menulis atau melukis, mereka sudah

mula meminta pemadam. Pening aku dibuatnya. Ada juga yang sudah mula

mengasah pensel sebelum mula menulis.

Guru-guru yang berada di SKC juga baik-baik belaka dan sudi untuk

bekerjasama. Pada suatu hari, kami dibawa untuk berkelah di kawasan sungai

sekitar POS Piah. Kami dibawa oleh Abah (Encik Damanhuri) dengan menaiki

pacuan empat rodanya. Kami duduk di bahagian belakang pacuan empat roda

Abah. Tempat duduk di dalam sudah dipenuhi oleh Abah, Pak Mid, Cikgu Shamsul

dan Abang Azmi. Sebelum sampai ke tempat perkelahan, kami berhenti sebentar

untuk menziarahi rakan-rakan di POS Poi. Tidak sempat melepas rindu, Abah

memanggil kami kerana kami perlu meneruskan perjalanan. Perjalanan untuk ke

tempat perkelahan tersebut begitu menguji kesabaran. Barulah aku dapat merasai

keperitan yang terpaksa dilalui oleh rakan-rakan yang berada di atas. Aku berasa

bersyukur kerana kami hanya ditempatkan di SKC. Keadaan laluan yang terpaksa

kami lalui sungguh menakutkan kerana terdapat gaung yang dalam tetapi kami

begitu seronok menikmati pemandangan yang indah saujana terbentang di sekeliling

kami. Aku berasa nyaman sekali dapat menghirup udara segar tanpa sebarang

pencemaran. Sekitar perjalanan, kami melalui beberapa perkampungan orang asli.

Mereka melihat kami dan tersenyum serta melambai ke arah kami. Kami membalas

lambaian mereka. Terasa diri ini seperti ‘Miss World’ yang sedang melawat

kampung.

Apabila tiba di tempat perkelahan, kami begitu terpegun dengan keindahan

alam ciptaan Tuhan. Air sungai yang mengalir begitu jernih sekali dan mengalir

tenang. Airnya juga tidak terlalu dalam. Kami pun mandi dengan begitu seronok
sekali. Kami cuma berhenti untuk menikmati ayam bakar yang disediakan oleh Pak

Mid. Kami makan berebut-rebut mengalahkan kanak-kanak dan seolah-olah makan

tersebut disediakan oleh hotel lima bintang. Hubungan kami dengan guru-guru

tersebut begitu akrab sehingga Pak Mid mengatakan bahawa kami ialah guru-guru

pelatih yang terbaik pernah ke SKC dan mungkin tidak ada lagi yang sebaik kami.

Kami mengakhiri perjalanan dengan singgah melawat rakan-rakan di POS Piah.

Mereka begitu teruja sekali menyambut kedatangan kami. Namun, seperti di POS

Poi, kami terpaksa bergegas pulang kerana takut hari akan gelap.

Aku tinggalkan SKC dengan perasaan yang berbaur. Aku rindukan suamiku

dan tidak sabar untuk pulang bertemunya. Aku juga rindukan keluargaku dan

kehidupan asalku. Manakala sekelumit lagi perasaan berasa berat untuk

meninggalkan kanak-kanak tersebut kerana bagiku, mereka masih lagi memerlukan

perubahan. Prestasi pelajaran mereka perlu ditingkatkan seiring dengan pencapaian

sepak takraw mereka. Aku mula berasa simpati kepada mereka kerana mereka

amat dahagakan kasih-sayang dan mereka juga mudah mesra dengan kami.

Mereka kelihatan begitu sedih apabila kami ingin meninggalkan mereka. Namun,

aku terpaksa juga melangkah pergi dengan harapan dan doa agar murid-murid SKC

berjaya mencapai kejayaan dan perubahan suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai