Anda di halaman 1dari 5

PERMATA DI SEBALIK TIMBUNAN KACA

Dalam keheningan pagi yang dingin tersasa lembutnya pipi ini dibelai mesra oleh sang

bayu kedamaian pada pagi ini “oh nyamannya pagi ini” kata ku di dalam hati.

Sebenarnya aku sedang menunggu rakan-rakan ku untuk kami pergi ke sekolah

menyambung tugasan yang diberikan oleh pihak maktab kepada kami. Pihak IPGM

Kampus Perlis meminta kami melaksanakan program Pengalaman Berasaskan

Sekolah(SBE) di sekolah-sekolah murid-murid asli di daerah Sungai Siput Perak. Dua

minggu kami semua perlu mengikuti program tersebut. Aku berasa seronok sekali

kerana turut serta dalam program ini yang banyak member input-input dan pengalaman

yang amat berharga sebagai persediaan ku ketika aku menjadi seorang guru kelak.

Sepanjang program ini berlangsung aku telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan

Kampung Kenang yang terletak kira-kira 10km dari pekan Sungai Siput. Sepanjang aku

berada di sekolah ini sempat juga aku berkenalan dengan semua pelajar asrama.

Tetapi di sini aku ingin sekali menceritakan tentang salah seorang pelajar yang amat

menyentuh hati dan perasaan ku. Pelajar itu bernama Ardila. Ardila merupakan pelajar

tahun 4 dan merupakan salah seorang pelajar yang agak pasif dalam kalangan rakan-

rakan lain yang seusia dengannya. Entahlah pertama kali aku menjejakan kaki ke

sekolah itu aku amat tertarik dengan Ardila, dia pendiam,pemalu dan tidak agresif

seperti pelajar-pelajar lain setiap kali aku senyum padanya pasti dia akan memalingkan

mukanya kea rah lain, tertanya-tanya aku dilam hati mengapakah Ardila bersikap

sedemikan. Aku cuba menghampiri Ardila namun dia mengelakkan dirinya daripada
bertemu dengan ku. Pada suatu hari aku lihat Ardila sedang termenung di pondok

sewang seorang diri, aku menghampirinya dan dia cuba untuk melarikan diri namun

sempat juga aku memegang tangannya dan memintanya duduk

disebelahku,Alhamdulillah Ardila tidak menolak pelawaan aku. Aku pun memulakan

perbualan dengannya.”kenapa kamu melarikan diri bila bertemu dengan cikgu”Tanya ku

kepada Ardila. Dengan tersipu-sipu dia menjawab “sebenarnya saya malu,sebab saya

ini miskin dan tiada berayah”.jawab Ardila. “tak usahlah kamu malu saya pun manusia

biasa macam kamu. Sudi kamu menjadi kawan saya” pelawaku padanya.”eh betul ke

cikgu nak berkawan dengan saya”. Sambung Ardila tergagap-gapa. “ya.kenapa tak

pecaya”. Kataku. Aku melihat Ardila tersenyum. Aku mengguna sepenuhnya peluang

yang terbentang ini untuk mengenali Ardila dengan lebih dekat lagi, jadi aku tiada

masalah untuk mewujudkan hubungan dengan Ardila kerana sebagai seorang guru

bimbingan dan kaunseling aku telah diajar skil-skil untuk menghampiri manusia. Lama-

kelamaan aku menjadi agak mesra denganya dan serba sedikit aku mengetahui latar

belakang Ardila. Ardila adalah anak yatim kerana ayahnya meninggal dunia dan dia

tinggal di asrama sekolah ini sejak dia di tahun satu lagi di mana emaknya menghantar

dia ke situ sebab tidak mampu memberinya makan. Terfikir pula aku apabila Ardila

menceritakan tentang keluarganya bagiku adakah sekolah ini pertubuhan kebajikan.

Tetapi apabila diingatkan kembali patutlah sekolah ini menjadi tempat pelajar-pelajar ini

meneruskan hidup, ini kerana kehidupan mereka diluar sana amatlah daif. Bertambah

insaf dihati ini apabila aku melawat kampong-kampung yang berada disekitar sekolah

itu, terlihatlah kesukaran hidup masyarakat asli diera globalisasi ini.


Aku berbalik kepada kisah Ardila. Suatu peristiwa yang terjadi diantra kami adalah

ketika majlis bacaan yassin dan solat berjemaah yang kami guru-guru pelatih ini

anjurkan. Ardila duduk disebelahku dan dia berkata kepadaku dia tidak tahu mengaji Al-

Quran, aku tidak terperanjat keran sepanjang aku di situ tiada seorang pun

PPM(pembantu penyelian murid yang mengajar kanak-kanak ini mengaji diwaktu

malam. Ardila berkata lagi yang di ingin sangat belajar mengaji dan dia ingin aku

mengajarnya. Aku tersenyum dengan permintaanya itu dan aku mengiakan

permintaannya itu. Sejak itu dia selalu soalat berjemaah dengaku dan selepas solat aku

mengajar dia mengaji. Apa yang mengnyayat hati ini setiap kali selesainya solat

berjemaah Ardila pasti menangis. Laluku bertanya kepadanya mengapa dia menangis,

dan jawabnya kerana dia tidak pernah dipeluk oleh sesiapun, dan dia amat terharu

kerana setiap kali selesai solat aku akan memeluk dan mencium dahinya. Ardila penah

bertanya denganku, “mengapa cikgu memeluk saya” dan aku menjawab “kerana ardila

juga saudara cikgu jadi ardila berhak mendapat kasih sayang cikgu” kataku

padanya,bergenang air matanya mendengar kata-kata ku. Menurut Ardila dirinya tidak

disayangi, cikgu-cikgu yang datang ke sekolah itu mengatakan murid orang asli ini

busuk dan pengotor. Jadi mereka tidak pernah menyentuh murid-murid ini.tersentuh

hati ku mendengar kata-kata Ardila. Sedarlah aku bahawanya murid-murid ini juga

memerlukan kasih sayang dan bukannya penghina untuk mereka maju di dalam

kehidupan.

Semenjak peristiwa itu Ardila sudah tidak dingin lagi malah dia semakin mesra dengan

ku dan juga rakan-rakan yang lain. Di mana pada waktu petang aku dan rakan-rakan ku
yang lain akan turun bermain badminton bersama-sama pelajar-pelajar yang tinggal di

asrama. Di sini aku berasa sungguh-sungguh terharu melihat kehidupan murid-murid di

sini. Namun jauh disudut hati ku ini aku berasa sungguh banga kerana dapat

berkenalan dengan semua pelajar asrama terutamanya Ardila yang menjadi orang

kesayanganku di sekolah itu.

Teringat aku akan kata-kata guru besar sekolah itu di mana beliau pernah berkata

kepada ku sewaktu aku bertemu dengannya bergini bunyi kata-kata guru besar “jadilag

guru yang kedatangannya dinanti dan pemergiannya dirindui” di sini dapat aku

simpulkan untuk menjadi seorang guru yang baik itu kita perluh sentiasa menjadi

kesayangan pelajar-pelajarnya. Pertemuan ku dengan Ardila membuatkan aku sedar

bahawa manusia jika diajar dengan kasih sayang akan lebih berjaya jika dibandingkan

diajar dengan kekerasan. Jadi sebagai pengajaran yang aku perolehi adalah sebagai

seorang guru perlulah sentiasa memberikan kasih sayang kepada pelajar agar apa

yang ingin kita samapaikan dapat diterima oleh pelajar-pelajar kita, dan kita perlu ingat

manusia memerlukan kasih sayang. Sekian terima kasih Sekolah Kebangsaan

Kampung Kenang kerana mengajar aku erti kasih sayang.


BIODATA DIRI

NAMA SEBENAR : AZIZAH BINTI KAMIS

NAMA PENA :PUTERI IZAH

TEMPAT LAHIR :PERLIS

TARIKH LAHIR :17 JANUARI 1981

NO.K/P : 810117-09-5010

ALAMAT SEMASA :650 KAMPUNG SUNGAI BELATI 02700 SIMPANG EMPAT

PERLIS.

PENDIDIKAN :IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN

PELANCONGAN

PENGALAMAN KERJAYA : 4 TAHUN GSTT DI SMK LANGKAWI PULAU TUBA

PENGALAMAN PENULISAN : PENULISAN SAJAK BULAN BAHASA MELAYU

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH PEDALAMAN :SK.KG.KENANG

Anda mungkin juga menyukai