Anda di halaman 1dari 8

BIODATA PENGARANG

Nama Sebenar : Azrizul Bin Yaziz

Nama Pena : Ayie

Tempat lahir : Ladang Kongsi Lima Estate, Tanah Merah, Kelantan.

Tarikh Lahir : 17 Oktober 1985

No. K/P : 851017-03-5855

Alamat Semasa : No. 58A, Kampung Bukit Merbau, Gual Ipoh,

17500 Tanah Merah, Kelantan.

Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Industri dan Organisasi)

Universiti Malaysia Sabah.

: Diploma Pendidikan

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perlis

Pengalaman Kerjaya : Tiada

Pengalaman Penulisan : Tiada

Sekolah Pedalaman : Sekolah Kebangsaan Kuala Mu, Sungai Siput (U), Perak

Anugerah : Tiada
TIADA SIAPA YANG TAHU…

Masyarakat Asli? Mungkin tiada siapa yang peduli tentang kehidupan dan cara hidup

mereka. Kesusahan dan penderitaan yang dialami tiada siapa yang tahu. Masyarakat

yang ketinggalan zaman, itulah tanggapan masayarakat melayu moden. Bukan

masyarakat Asli yang ingin diketengahkan, namun begitu bak kata pepatah tak kenal

maka tak cinta. Mencintai masyarakat terlebih dahulu sebelum mencintai insan yang

tergolong dalam masyarakat Asli.

Pandak Reweng, nama yang unik seunik insan yang memilikinya. Disebalik wajah yang

sayu terselit seribu harapan dan angan-angan yang tiada siapa yang tahu. Langkah

longlai mewakili seluruh gerak badan yang menyatakan pelbagai masalah sedang

menyelubunginya. Berbadan kecil tak seperti usia empunya badan. Mata cengkung

yang penuh dengan seribu pengertian dan mengharap sesuatu dari insan bergelar

guru.

“Cikgu…cikgu…cikgu Zul ada?”..

“Cikgu Zul sedang mandi, kamu tunggu sekejap ye”.

Terdengar namaku dipanggil, seribu persoalan muncul didalam benakku, seolah-olah

aku dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku. Setelah siap kemaskan diri, aku

muncul didepan pintu dan nampaknya ada insan yang menungguku dengan penuh

setia. Senyuman yang dilontarkan kusambut dengan penuh pengertian.

“Cikgu…boleh saya bersembang dengan cikgu?, saya perlukan cikgu. Tiada siapa yang

tahu saya selalu susah hati, saya takut cikgu”.


Dialog yang menyentuh perasaan yang menimbulkan seribu persoalan. Aku mula

mendekati Reweng dengan perlahan-lahan dan mengusap kepalanya dengan lembut.

Aku mula mendorongnya supaya dia dapat menceritakan segala kekusutan yang

sentiasa menyelubunginya. Luahan yang diceritakan amat membebankan diri diusia

semuda dua belas tahun. Aku mula terfikir kenapa perkara ini harus berlaku sedangkan

di Sekolah Kebangsaan Kuala Mu terdapat ramai guru. Mungkin guru-guru tidak

mengambil kisah tentang pelajar ataupun pelajar yang takut untuk mendekati guru.

Dengan satu harapan Reweng meneruskan ceritanya, dia mengatakan bahawa sudah

tiga tahun dia dipaksa kehutan untuk mencari hasil hutan sebagai sumber rezeki. Aku

mula binggung, adakah sebelum ini dia tidak kesekolah. Ternyata kekeliruan yang

bermain difikiranku satu perkara realiti. Reweng sudah tiga tahun tidak datang

kesekolah disebabkan halangan daripada ibunya.

“Ibu saya selalu menahan kami apabila kami hendak kesekolah cikgu”. “Kenapa pula,

ibu kamu tidak suka kamu datang kesekolah?”.

Perbualan kami terhenti seketika, memandangkan hari semakin gelap aku menyuruh

Reweng pulang kerana dikhuatiri dia akan dimarahi oleh ibunya. Setelah Reweng

beredar, aku mula memikirkan apakah sebenarnya masalah yang ingin diceritakan oleh

Reweng kepadaku. Lamunanku terhenti dengan sapa kawanku..

“Jauh termenung Zul, budak tu datang buat apa?”.

“Eh! Kau rupanya Munir, ingatkan hantu tadi..”.


Suatu pagi yang indah di dataran perhimpunan. Perasaan suka bercampur duka

menyelubungiku, mataku mula mencari-cari dimanakah Reweng. Aku bertanya

sendirian adakah Reweng tidak hadir kesekolah. Terus aku bertanya kepada rakan-

rakannya, jawapan yang diterima sangat memilukan dan menyentuh perasaan.

“Reweng kena masak untuk ayah dia cikgu, nanti dia datang kesekolah kalau dia tidak

kehutan..”.

Aku menunggu dengan penuh harapan semoga Reweng dapat hadir kesekolah. Ada

perkara yang ingin aku bincangkan tentang masalahnya. Semalaman aku berfikir

kenapa kehidupannya tidak seperti murid-murid lain. Murid-murid lain sedang seronok

bermain dipadang namun Reweng masih tidak kelihatan. Penantian ku hampa kerana

kelibat Reweng tidak kelihatan disekolah pada hari itu.

Hujung minggu yang sangat tenang, dengan keadaan sekeliling yang berkabus dan

sejuk seolah-olah aku merasakan bahawa aku bukan berada di Malaysia. Suasana

ceria yang penuh dengan keceriaan tumbuh-tumbuhan hijau. Tiba-tiba aku dikejutkan

dengan suara dari belakang rumah.

“Cikgu..saya lari kerumah cikgu sebab ayah saya ajak saya kehutan”.

“Reweng kenapa kamu lari?, nanti ayah kamu marah”.

Aku mula berasa bimbang kerana mungkin aku dipersalahkan disebabkan oleh Reweng

lari kerumahku.

“tak apa cikgu, ayah saya tidak tahu pun saya datang kesini”. Rasa bimbang beransur

hilang dari dalam diriku.


Aku mengingatkan kembali tentang cerita yang belum sampai ke penghujungnya.

Tanpa berlengah Reweng menceritakan bahawa ibunya selalu menunjukkan parang

apabila dia ingin datang kesekolah. Kerana takut dengan ugutan tersebut dia tidak

berani keluar rumah untuk bermain dan datang kesekolah. Aku mula berasa takut

dengan keadaan yang dialami oleh Reweng, dalam hatiku wujud pelbagai perasaan

dan aku mula bimbang tentang keselamatan Reweng dan adik-adiknya.

“Cikgu jangan takut, saya udah biasa dengan semua tu…”. Mendegarkan kata-kata

Reweng itu, aku berasa pelik dan sangsi kenapa perkara itu boleh berlaku.

Berdasarkan kepada anggapan dan ramalanku, mungkin ibunya tidak sihat dari segi

mental. Demi menjaga hati Reweng, aku tidak bertanya terus kepadanya.

Memandangkan diapun malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya aku terus

mendiamkan diri. Selepas beberapa ketika….

“Cikgu saya malu dengan kawan-kawan saya, mereka kata emak saya gila”.

Aku terus terdiam tanpa berkata apa-apa pun. Air mata jernih mula menitis keatas

tanganku, rupa-rupanya Reweng menitiskan air mata tanda kekecewaan dan sedih

dengan sikap rakan-rakan yang menghinanya.

“Reweng, kamu budak yang baik, sabar ye.. emak kamu bukannya gila tapi dia tidak

sihat..”.

Kata-kata semangat yang aku berikan tidak dihiraukan. Reweng masih menitiskan air

mata sambil berkata…

“Saya malu dengan kehidupan saya”.


Perasaan sedih mula menyelubungi diriku. Terdetik dihatiku satu perasaan ingin

menolongnya namun aku tidak berdaya kerana hasil daripada persoalan yang ditujukan

kepada beberapa orang guru disana, mereka menyatakan bahawa mereka pun takut

untuk kerumah Reweng kerana ada satu ketika mereka pergi kerumahnya untuk

berbincang tentang persekolahan Reweng dan adik-adiknya tapi emaknya

mengeluarkan parang.

Aku mula binggung, apa yang harus aku lakukan untuk membantu Reweng. Reweng

perlu mendapatkan pendidikan demi masa depannya. Hasil daripada rekod sekolah

menunjukkan Reweng merupakan pelajar yang boleh dibanggakan kerana dia dapat

membaca dan mengira dengan lancar tidak seperti rakan-rakannya yang lain.

Kemanakah hala tujunya selepas tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

Aku memberi dorongan dan kekuatan kepadanya supaya meneruskan pelajaran

keperingkat sekolah menengah. Dia berjanji dia akan kesekolah menengah dengan

bantuan daripada guru-gurunya.

“Reweng, sudah la tu, kamu ada cikgu, kamu bagitahu cikgu jika kamu ada masalah

ya..”.

“Ya cikgu…tapi tak lama lagi cikgu dah nak balik”.

Mendengarkan kata-kata Reweng, aku mula berasa sedih. Aku tahu aku akan

meninggalkan Kuala Mu. Setiap pagi aku menghitung hari, program Pengalaman

Berasaskan Sekolah (SBE) di Sekolah Kebangsaan Kuala Mu sudah hampir

kepenghujungnya. Kalau boleh aku inginkan tiap hari yang berlalu biarlah perlahan-
lahan agar aku masih ada masa untuk bersama dengan murid-murid disana terutama

Reweng.

Satu pagi yang penuh dengan kepilaun, kesedihan dan kesayuan. Hari terakhir di Kuala

Mu, aku rasa sangat sedih untuk meninggalkan Kuala Mu. Sekali sekala pandangan

ditujukan kepada murid-murid, murid-murid mula menitiskan air mata tanda

menghalang aku untuk pulang ke maktab.

“Cikgu… jangan la balik lagi, kami rindukan cikgu…”. Kata-kata yang didengar daripada

mulut murid-murid sangat menyentuh perasaan.

Tiba-tiba terdengar suara…

“Saya benci cikgu.. kenapa cikgu nak tinggalkan saya?, cikgu janji nak tolong saya…”.

Aku tersentak seketika, aku memandang kebelakang, rupa-rupanya Reweng yang

berdiri tegak dibelakangku.

“Cikgu minta maaf Reweng, cikgu kena balik, cikgu masih belajar”.

Reweng mula menitiskan air mata dan terus memelukku, pelukan yang erat daripada

seorang anak murid. Dalam pelukan yang erat, dia berkata dengan nada yang penuh

sayu…

“Kenapa cikgu nak balik awal, saya tidak ada apa-apa untuk cikgu”.

Sambil mengusap kepalanya, aku menghulurkan satu bungkusan sebagai tanda

kenangan kepadanya.

“Kalau kamu rindu cikgu kamu tengok benda yang cikgu bagi ni”.
Dengan nada bergurau…

“Kenapa pak cik datang awal? Saya belum nak balik lagi laa…”.

Semua murid mula beratur disepanjang jalan menghala kejalan keluar dari kawasan

sekolah. Dengan langkah yang penuh sayu aku dan rakan-rakan melangkah naik

kedalam kenderaan, kenderaan yang menghantar kami balik mula bergerak perlahan-

lahan meninggalkan SK Kuala Mu. Pandangan terakhir sebelum keluar dari kawasan

sekolah adalah tepat dimata Reweng.

Anda mungkin juga menyukai