Anda di halaman 1dari 16

Kedinginan di pagi hari membuatkan diriku malas untuk bangkit dari katil, aku menarik selimut menutupi keseluruhan

tubuhku. Sejenak tertidur kembali, namun terganggu oleh ketukan dipintu. Yus, bangun dah pukul 6.30 ni, nanti lewat pergi sekolah. Aku sudah lali dan cukup mengenali suara tersebut. Suara pembantu rumahku. Aku menggeliat malas diatas katil. malasnya nak pergi sekolah hari ini, kerja sekolah pun tak siap.Aku berkata sendirian. Sejurus kemudian mataku terlelap lagi. Sekali lagi suara itu mengganggu ketenangan tidurku. Yus, kamu tidak bangun lagi ke? kedengaran sekali lagi suara pembantu rumahku berserta ketukan di pintu. Yus tak nak pergi sekolah hari ni.Aku berkata dan mataku terus terpejam rapat. Aku berasa tidurku terganggu, segera membuka mata dan melihat jam antik di dinding. Dah pukul 12 rupanya, patutlah aku rasa bahang je. Aku segera bangkit dari katil dan menuju kebilik air, selepas siap mandi, aku mengenakan jeans dan t-shirt,

itulah

pakaian

harianku,

aku

tidak

betah

untuk

mengenakan pakaian keperempuanan, mungkin sifat aku yang kasar membuatkan aku berpakaian seperti itu. Aku terus menuju ke dapur untuk menjamah sedikit makanan.. Eh, Yus dah bangun rupanya, tadi bibik ada siapkan sarapan pagi, tapi belum ada siapa yang jamah. bibik menugurku dari belakang. Mama dengan papa tak sarapan ke bik? aku bertanya sambil menarik kerusi untuk duduk. Bibik segera menghidangkan ku mee goreng basah, tetapi agak sejuk. Tadi Datuk dan Datin katanya nak cepat, takut tertinggal flight. Mama dengan papa nak pergi mana bik? lantas kepalaku mendongak memandang bibik. Katanya nak ke Jepun, tapi bibik tak tahu pulak untuk apa, mungkin urusan kerja. Aku mengeluh, beginilah aku setiap hari, kadangkadang berminggu-minggu tidak jumpa mama dan papa ku, hanya bibik, pemandu dan tukang kebunlah

pengubat kesunyian rumah ini. Aku keluar dari rumah, seperti biasa, aktiviti harianku adalah lepak bersama teman-temanku, merekalah yang boleh membuatkan aku gembira. ********** Pagi ini awal-awal lagi aku bangun dari tidur dan bersiap-siap kesekolah. Setelah menjamah sedikit sarapan, aku segera berangkat kesekolah. Aku

memang dihantar dan dijemput oleh pemandu, dulunya aku memandu sendiri kesekolah, tetapi setelah pihak sekolah tidak membenarkan pelajar membawa kereta ke sekolah, aku dihantar dan dijemput oleh pemandu. Aku melangkah masuk kekelas dan duduk ditempatku di bahagian belakang kelas. Pembelajaran bermula seperti biasa, dua waktu

pertama, aku hanya tidur didalam kelas, waktu cikgu Mazni, beliau seorang guru yang baik dan lembut, itulah sebabnya aku selalu tidak mengendahkan arahannya. Selepas cikgu Mazni keluar dari kelas, suara budak perempuan hingap didalam kelas.

W oit, boleh diam sikit tak, bising la korang ni. aku meninggikan suara kerana terasa tidurku terganggu. Kalau kau nak tidur, tidur je lah, ada kami suruh kau bangun, tak ada kan? Kedengaran suara Alia dari arah hadapan diikuti suara ketawa mengekeh yang lain. Kata-kata tersebut membuatkan darahku berderau.. Suara kau tu buat telinga aku sakit, faham! aku mencampakkan buku teks yang berada diatas mejaku kearahnya. Alif menghampiri aku dan cuba menenangkan keadaan. Tetapi perasan sakit hati aku masih belum reda lagi lantas aku menghayun kerusi, berkira-kira untuk memukul siapa yang menghalangku. Namun seorang lelaki muncul dihadapan pintu, kenapa gaduh-gaduh ni? lelaki itu memandang silih berganti antara kami. Aku menurunkan kerusi, tidak jadi untuk menempelak mereka. Semua duduk ditempat masing-masing lelaki tersebut memberi arahan.

Suka hati aku la nak gaduh ke nak apa, kau tu siapa nak beri arahan ni? aku menempelak lelaki tersebut. Semua kelas memandangku. Mungkin terkejut. Saya mengajar kelas kamu, kalau kamu tak nak dengar arahan saya kamu boleh keluar tegas cikgu tersebut. Ok fine, baru masuk dah berlagak, boleh blah la. aku mengambil beg sekolah dan terus keluar dari kelas tersebut. Aku menuju kearah belakang sekolah, kebetulan dibelakang bangunan tersebut ada sedikit pagar yang rosak dan muat untuk aku meloloskan diri dari kawasan sekolah. Aku melihat jam ditangan, awal lagi, baru pukul 10.30 pagi. Apa kata aku telefon Joe, mungkin dia boleh tolong aku. Apa guna ada kawan kalau tak boleh tolong satu sama lain. Desus hati kecilku. Aku segera mengeluarkan telefon, kebetulan joe ada dirumah dan meminta supaya aku menunggunya datang. Selepas 30 minit menunggu, akhirnya deruman

kereta joe tiba dihadapanku. Aku segera meloloskan diri kedalam keretanya. Apa kena pagi-pagi lagi dah ponteng ni Yus Joe bertanya. Apalah punya soalan, pagi-pagi lah orang ponteng, petang sekolah dah habis lah bro. Aku membalas katakata Joe. Kami sama-sama tergelak. Kita nak pergi mana ni? Joe bertanya. Kita pergi shopping complex dulu, aku nak beli baju kejap, takkan nak pakai uniform sekolah kot. Ok, malam ni ada game, kau nak turun tak? Joe bertanya. Aku on je ini lah aktiviti aku pada setiap malam. *************** Seminggu dari peristiwa tersebut aku tidak hadir ke sekolah. Aku menghabiskan masa ku bersama temanteman, semua teman aku merupakan budak lepasan sekolah. Di sekolah aku tidak ramai teman-teman, sekadar berbual sepanjang waktu persekolahan.

Hari ini aku ke sekolah, dah lama bercuti. Seperti biasa rutin harianku, sebaik sampai sahaja di kelas,aku terus mengambil port yang sesuai untuk tidur. Hari ini waktu pertama adalah waktu Cikgu Fikri, semua pelajar telah bersedia ditempat masing-masing dan ada yang menyudahkan latihan yang diberi sebelum beliau masuk ke kelas. Semua berdiri. kedengaran suara ketua kelas

memberi arahan, aku terpisat-pisat bangun dan terus berdiri. Setelah mengucapkan salam Cikgu Fikri

mengarahkan kami duduk. Latihan yang saya berikan semalam dah siap belum? Cikgu Fikri mengajukan soalan. Sudah serentak kedengaran suara pelajar kelasku. Cuma suaraku sahaja yang tidak kedengaran. Yusmalinda, welcome back to my class Cikgu Fikri memerliku. Awak dah siapkan latihan saya? cikgu Fikri bertanya. Belum aku menjawab dengan selamba.

Ok, sila kamu berdiri diatas kerusi, sebelum saya mengubah keputusan supaya kamu keluar dari kelas saya. Aku segera berdiri, malas nak bertekak pagi-pagi ini. Setelah tamat waktu cikgu Fikri, cikgu baru yang menggantikan cikgu Aida masuk ke kelasku. Hari ini aku bertekad tidak mahu membuat masalah lagi. Ok kelas, hari ini saya ada sedikit latihan untuk kamu semua. cikgu baru itu memulakan bicara. Cikgu ni nama apa? aku bertanyakan eja disebelahku. Cikgu Haikal, umur dia baru 25 tau, hensem kan? eja tersengih memandangku. Aku menjungkit bahu tanda tiada apa-apa komen. Malas nak layan minah ni. Cikgu Haikal mengedarkan latihan kepada kami. Hari itu kelas berjalan dengan lancar, setelah waktu persekolahan tamat, aku keluar dari pintu pagar dan menunggu pemanduku datang.

Pemanduku memberitahu bahawa hari ini mama dan papaku balik, jadi dia lewat menjemputku. Sedang aku berkira-kira macam mana hendak balik, tiba-tiba sebuah kereta camry berhenti dihadapanku. Aku tidak mengendahkan kereta tersebut, mungkin ibu-bapa menjemput anaknya. Namun, tekaanku silap, tuan empunya kereta tersebut menurunkan cermin tingkap keretanya, aku memandang kearahnya. Cikgu Haikal! Kenapa dia berhenti dihadapanku? hati kecilku berdesus kecil. Cikgu Haikal menggamitku supaya menghampirinya. Aku menuju kearahnya. Cikgu panggil saya ke? aku bertanya, secalit

senyuman terukir di wajahnya. Kamu tunggu siapa? cikgu Haikal bertanya kepadaku. Pemandu saya aku menjawab dan berkira-kira untuk beredar dari situ. Saya hantar kamu balik. Aku kembali memandang cikgu Haikal, biar betul mamat ni nak hantar aku balik. hatiku berdetik.

Tak payah lah cikgu, kejap lagi datang lah tu. Aku cuba menolak dangan baik. Tak pelah, hari ini saya hantar kamu. Cikgu haikal berkeras mahu menghantarku balik. Aku tidak mampu berdalih lagi dan waktu pun sudah lewat, aku masuk kedalam kereta tersebut. Kamu tinggal di kawasan mana? cikgu Haikal bertanya memecahkan kesunyian didalam kereta. Kawasan Sri Aman, dekat dengan dewan masyarakat. Aku menjawab pertanyaannya. Saya tak tahu sangat jalan dekat sini, sebenarnya saya orang Kedah. Aku mengangguk-angguk kepala, malas nak cakap banyak. Kenapa cikgu baik dengan saya, semua guru kat sekolah ni tak pernah pun suka kat saya? aku menginginkan jawapan dari soalan yang ditanya. Mana ada guru lain tidak sukakan kamu, mereka sayang dengan kamu. Kata cikgu Haikal lagi. Sayang? dalam dunia ni, saya tidak pernah disayang oleh siapa-siapa pun tau.

Bila disebutkan tentang kasih sayang, jiwaku diruntun pilu, hatiku sebak, apa tidaknya keluarga pun tidak pernah berikan aku kasih sayang masakan orang luar begitu baik hati. Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya Yus, mama dan papa kamu pun sayangkan kamu, kalau tidak takkan kamu sempat membesar cantik macam ni. Ujar cikgu Haikal lagi. Cikgu tahu tak, dari kecil sampai besar, bibik sahaja yang rapat dengan saya, kadang-kadang bermingguminggu saya tidak jumpa mama dan papa saya, saya rasa macam saya bukan anak mereka. Aku tidak boleh menahan sebak, dari dulu lagi aku mudah tersentuh sekiranya berbicara mengenai kedua orang tuaku. Hari ini perasaan itu datang lagi. Yus bersabar ek, semua ini sudah suratan yang yus akan hidup macam ni. Cikgu haikal memujukku lagi. Aku sebak mendengar kata-kata dari guru tersebut, betapa baiknya sekiranya aku dilahirkan dalam

keluarga yang kaya dengan kasih sayang walaupun bukan harta benda.

************************************************************* Di suatu petang yang redup. Pak Mail tukang kebunku sedang membersihkan mini garden di halaman rumah, aku hanya memerhatikan dari bangku rehat yang berada tidak jauh daripada mini garden tersebut. Seperti biasa pada setiap petang, cikgu Haikal akan berada dirumahku, beliau telah diberi kepercayaan oleh orang tuaku untuk menjadi guru peribadiku. Hai Yus! Termenung je saya tengok, ingat boyfriend ek?cikgu Haikal menegurku dari belakang

membuatkan aku tersentak. Eh, mana ada termenung, ralit tengok Pak Mail buat kerja je. Aku memberi alasan. Petang itu, aku mengulangkaji matapelajaran Pengajian Am, cikgu Haikal memberi penerangan yang sangat mudah untuk difahami. Tiba-tiba kedengaran deruman beberapa buah kereta dihadapan rumahku. Aku melihat kawan-kawanku berada luar rumahku dan kedengaran meminta Pak Mail untuk membuka pintu pagar tersebut. Pak mail memandangku, aku menganggukkan kepala tanda memberi kebenaran untuk membukanya.

Ooo, Yus dah ada balak rupanya, patutlah tak nak join kita lagi. Kedengaran suara Jakky dari jauh lagi. Aku memandang cikgu Haikal, terasa segan

dihadapannya kerana diperlakukan seperti itu. Cikgu Haikal memberi isyarat supaya tidak membuat sesuatu yang menyebabkan keadaan menjadi kecoh. Hai korang, kenapa datang tak bagitahu dulu ni? suaraku agak lembut, tetapi hatiku mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kehadiran mereka. Kalau dahulu aku akan sentiasa menunggu kehadiran mereka, tapi tidak sekarang, aku berasa mereka tidak diperlukan lagi. Mungkin sebab adanya cikgu Haikal yang menyebabkan jiwaku menjadi lebih tenteram. Lorr kena bagitahu dulu ke? Joe bertanya dengan nada yang sinis. Bagitahu ke tak, ada aku peduli, kau dengar baik-baik ek, kami datang sini nak bagitahu engkau, disebabkan engkau lah, game kami tak jalan. Faham! Endy berkata dengan nada yang serius. Kenapa aku pulak? Aku tak halang pun korang nak main, lantak kau la. aku tidak dapat menahan

perasaan

amarahku.

Tetapi

cikgu

haikal

cuba

menenangkan aku. Disebabkan kau la, tiger tak nak lawan dengan kami ni. Kau kan lubuk emas diorang. Mereka ingat group kita ni, engkau je yang boleh sponsor game, kami ni tak boleh. Kata Endy. Itu hal korang kan? So, tidak ada kena mengena dengan aku, aku dah tarik diri bermakna aku tidak boleh dipersalahkan kalau korang tak dapat main. Aku menjawab dengan selamba. Kau tarik diri sebab jantan ni kan? Joe memandangku tajam. Exam aku dah dekat, aku tak nak hidup aku hancur. Aku berkata lagi. Eh, mak bapak engkau tu kaya la, kau boleh beli je apa yang kau nak, kau nak sijil cantik pun kau boleh beli je, tak payah bersusah payah nak study. Jakky mencelah. Maaf mengganggu, saya minta tolong dengan kamu semua, cukuplah tolong dia jangan bersama mempengaruhi kamu dahulu, Yus lagi,

sekarang

peperiksaan sudah dekat, biarlah Yus fokus pada exam

dulu. Cikgu Haikal berkata dengan nada yang selamba. Sekarang ni aku nak tanya engkau, siapa yang mempengaruhi siapa sebenarnya? lantang suara Joe menengking cikgu Haikal. Saya mempengaruhi Yus ke arah kebaikan, saya tak nak tengok anak murid saya kecundang dalam pelajarannya. Kata cikgu Haikal dengan nada yang lembut. Eh, terus terang je la, yang engkau tu sebenarnya sukakan Yus. Jangan nak buat alasan lain. Jerkah joe lagi. Ya, saya sukakan Yus. Kata cikgu Haikal dengan beraninya. Tiba-tiba aku merasakan darahku berderau, aku memandang muka cikgu Haikal, tetapi dia

mempamerkan wajah selambanya. Aku dah agak dah, aku nak bagitahu engkau lah supaya kau tidak menyesal nanti. Yusmalinda ni sebenarnya bohsia, kami semua ni dah try dia, so, orang baik macam kau ni takkan la nak jadikan bohsia

sebagai awek kau. Kata-kata Joe diikuti ketawa dari yang lain, ku rasakan sudah melampaui had kesabaran aku. Setelah Joe meluahkan kata-kata tersebut, mereka semua terus beredar dari rumahku. Aku tidak dapat menahan sebak, sekarang aku merasakan diriku sangat hina dan tidak bermaruah. Bagaimana harus aku berdepan dengan orang lain, terutama cikgu Haikal, aku tidak berani menatap wajah cikgu Haikal dihadapanku. Aku malu kerana cikgu Haikal akhirnya tahu siapa aku sebenarnya. Aku tidak dapat menahan air mataku, lalu aku menangis teresak-esak. Cikgu Haikallah orang pertama yang melihat air mataku yang selama ini aku

sembunyikan. Cikgu Haikal mengesat air mataku menggunakan sapu tangan miliknya. Air mataku semakin deras. Kini, aku berasa hidupku semakin teratur dan tenang, aku berterima kasih kepada cikgu Haikal kerana sudi membimbingku ke jalan yang benar.

Anda mungkin juga menyukai