Anda di halaman 1dari 8

Ajaran Kung Fu Tze dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak muridnya.

Kitab Analects banyak mengandungi order sosio-politik yang normatif,perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Antara etika Confucianisme ialah Berpaksikan Tian @ Dao iaitu konsep terhadap keluarga, sosial propriety dan solidariti. Falsafah Kung Fu Tze mendidik manusia melalui saluran pendidikan menghasilkan manusia yang sempurna yang dipanggil Junzi (budiman). Junzi merupakan seorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren (berperikemanusiaan), li (kesusilaan) dan xiao (ketaatan kepada ibu bapa). Dalam kitab Lun Yu (Analects), Kung Fu Tze telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi : i. ii. tidak merasa resah, pilu atau takut. bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat kesalahan, melayani orang dengan bahasa yang baik dan teliti sesuai dengan adat. iii. membantu orang lain untuk menjayakan perkara yang baik dan tidak membantu orang lain untuk menjayakan perkara jahat. Menurut Kung Fu Tze, sifat Junzi ialah seseorang yang hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Oleh itu, Wang Gungwu (1997) menyatakan Confucianisme berbeza dengan agama lain, ia menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Confucianisme tidak menekan kepada kehidupan spriritual dan kehidupan selepas mati. Manakala, menurut Prof. Y. King (1997) pula, Confucianisme menfokuskan kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Mengikut Kung Fu Tze, segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming) atau kedudukan masing-masing. Tanggungjawab dan peranan haruslah diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Selain itu, Confucianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun, iaitu : antara

a) pemerintah dengan rakyat b) ayah dengan anak c) abang dengan adik d) sahabat dengan sahabat, dan e) suami dengan isteri Bagi Confucianisme, dari keluarga akan berkembang menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika ini dikembangkan diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Pemikiran etika Confucianisme dapat digali melalui kitab-kitab seperti : kitab Madah, Muzik, adat, kitab Tentang Perubahan dan lain-lain.

Kung Fu Tze dilahirkan pada 551 s.m di Zhou (sekarang wilayah Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada zaman Chunqiu China. Beliau berketurunan bangsawan tetapi tidak hidup mewah terutamanya selepas ayahandanya wafat. Ayahandanya merupakan komander negeri Lu dan meninggal dunia sewaktu Kung Fu Tze berumur 3 tahun. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Kung Fu Tze berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Semasa muda, Kung Fu Tze sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpanan kira-kira untuk menyara hidup keluarga. Pada tahun 527 s.m (selepas ibunya meninggal dunia) beliau mula menjadi seorang guru dan mengembara untuk mengajar murid. Kemashyuran serta sifat-sifat murninya luas disebar di seluruh negeri Lu. Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (1027-256 s.m), zaman menjadi kacau-bilau dan kurang bermoral. Oleh itu, Kung Fu Tze pun mendidik orang ramai mengikut prinsip-prinsip dan ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Ajaran dan teorinya sebar luas ke seluruh China oleh anak muridnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Pada usia 52 tahun, Kung Fu Tze dilantik sebagai majistret Chungtu dan seterusnya menjadi menteri jenayah negeri Lu. Dalam pentadbirannya, reformasi baru dan keadilan didirikan. Kes-kes jenayah hampir dihapuskan. Kung Fu Tze meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496 s.m untuk mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat pada usia 72 tahun (479 s.m). Walaupun Kung Fu Tze telah meninggal dunia, tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China.

Kung Fu Tze merupakan pengasas kepada aliran Konfusianisme atau Ju Chia adalah merupakan satu aliran pemikiran falsafah atau agama. Schwartz (1971) menyatakan bahawa Konfusianisme mempunyai kedudukan yang unik dalam sejarah China. Doktrinnya dianggap sebagai official philosophy di negara China. Banyak pandangan sarjana tentang Konfusianisme sama ada ianya merupakan sebagai satu agama atau aliran pemikiran falsafah atau etika. Osman Bakar (1997) menyimpulkan, konfusianisme boleh dianggap sebagai satu agama, kerana agama adalah juga falsafah seperti yang dirujuk kepada pemikiran Falsafah al-Farabi, al-Kindi dan lain-lain. Bagaimanapun, Yves Regun (2000) berpendapat bahawa Konfusianisme hanyalah satu falsafah tentang kehidupan yang berpaksikan kepada konsep ren. Konfusius menurutnya tidak mendirikan satu agama. Didsbury (1994) pula melihat falsafah Konfusianisme tidak berminat dalam soal metafizik, pemikir mereka seperti Konfisius, Mencius (371 S.M-289 S.M) dan lain-lain lebih berminat membincangkan soal sosial, politik dan pendidikan. Mereka lebih peka kepada persoalan etika dan hal-hal praktikal berhubung dengan penyusunan masyarakat berdasarkan kepada prinsip moral yang sesuai. Dengan sebab itu, amat sukar mengkaji pandangan Konfusianisme dalam masalah metafizik, Ketuhanan dan kehidupan selepas mati. Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme dengan agama lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan menjauhkan diri dari perbincangan mengenai kehidupan selepas mati tetapi lebih banyak menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya tentang kematian oleh muridnya, Konfisius menjawab jika kita tidak tahu tentang kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang kematian. Begitu juga beliau pernah berkata kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia, jadi bagaimana kamu hendak berkhidmat kepada roh?. Prof. Y. King (1997) berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan sekarang. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. Konfusianisme memfokuskan kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Beliau mahu satu masyarakat yang dipimpin atau diatur dengan baik. Asas negara, masyarakat dan

individu yang betul adalah let ruler to be ruler, the minister minister, the father father and the son son . Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming) atau kedudukan masing-masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Manusia yang mempunyai ren atau kasih sayang ialah one who, desiring to sustain himself, sustains others, and desiring to develop himself, develop others. Dalam menjalankan hubungan dengan orang lain, Konfusius mengajarkan supaya seseorang itu menggunakan ukuran diri sendiri sebelum membuat kebaikan atau kejahatan kepada orang lain. Justeru itu, Konfusius mengingatkan do not to do others what you do not wish yourself. Konfusius juga berpegang kepada konsep ming atau takdir. Seseorang yang mengetahui ming, bermakna dia mengetahui pekara-pekara yang tidak tidak dapat dielakkan di dunia ini. Dengan itu, dia akan bebas dari kebimbangan dan duka nastapa, dan dia akan memperolehi kegembiraan. Kata Konfusius; the superior man is always happy, the small man sad Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya seperti kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-lain. Mengikut Schwartz (1985), kitab Analect banyak mengandungi oder sosio-politik yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Aturan etika Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao .Penekananya yang utama adalah konsep terhadap keluarga, social propriety dan solidariti. Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, dari keluarga akan berkembang menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang dikembangkannya diasaskan kepada ren atau

kemanusiaan. Bagi Konfusius, nilai hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus berkewajiban terhadap orang tua, Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami, hubungan saudara tua dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pendoman. Dalam persoalan pemerintahan negara, Konfusianisme mengemukakan konsep pemerintahan berdasarkan akhlak kemanusiaan. Konfusius menekankan pemerintahan berdasarkan zhen ming (nama yang betul), pendidikan akhlak, kepimpinan teladan, mengawal keinginan nafsu, mematuhi prinsip social dan undang-undang negara, meringankan hukuman dan memperkasa system pendidikan (Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah seorang yang gagal sebagai pemerintah. Menurut Konfusius; tugas kamu adalah untuk metnadbir, bukannya untuk membunuh (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah melalui contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Kata Konfusius:

jikalau kelakuan pemerintah itu mulia, maka rakyat akan menurut arahannya tanpa paksaan; jikalau kelakuan seseorang pemerintah tidak suci walaupun mengarahkan rakyatnya membuat sesuatu tetapi rakyatnya juga tidak akan menurutnya (Lun Yu).

Kung Fu Tze juga mengingatkan pemerintah supaya berhati-hati memilih pegawainya iaitu dengan tidak mengambil mereka yang hanya pandai bermain lidah dan berpewatakan memikat dan mengampu.

Kung Fu Tze melihat peranan pendidikan adalah untuk membentuk cendikiawan dan Jun Zi. Peranan Jun Zi ialah mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia. Peranan Shi (bakal Jun Zi) adalah pembantu kepada Jun Zi dan penglibatan dalam pelajaran serta kerja-kerja lain. Dalam proses pembelajaran ada empat ciri utama yang ditekankan oleh Kung Fu Tze iaitu banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali. Beliau turut menekankan sifat jujur dalam pembelajaran, beliau berkata dalam Lun Yu ketahui katakan ketahui, tidak ketahui katakan tidak ketahui, itu adalah ilmu pengetahuan (Ubaidullah Mohd Nasir, 2000). Orang budiman (Jun Zi) menurut Kung Fu Tze adalah mereka yang hidup aman damai, tidak sombong dan tidak menghina orang. Orang yang hina, sombong dan menghina orang hidup mereka tidak akan senang (Lun Yu).

Adi Alhadi.(2002). Tokoh Ternama Dunia (Jilid 3) . Selangor : Edusystem Sdn. Bhd. Azhari Hj Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ali Mohamad. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Confucius. Diakses pada Februari 26, 2012 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Confucius Falsafah Pendidikan Islam dan Timur. Diakses pada Februari 26, 2012 dari: http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/tajuk-3-falsafah-pendidikan-islam-timur.pdf

Anda mungkin juga menyukai