Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis filem A Thousand Words

Jack McCall merupakan seorang ejen yang menggunakan kebolehannya untuk bercakap dengan sangat petah untuk mendapatkan bermacam-macam kontrak buku serta tidak takut untuk memutarbelitkan kebenaran untuk mencapai matlamatnya itu. Apabila seorang Boddhi iaitu Dr. Sinja yang merupakan seorang yang sangat berpengaruh telah menulis sebuah buku, Jack sedaya upaya untuk mendapatkan kontrak dengan Dr. Sinja tersebut. Tetapi Dr. Sinja dapat melihat pembohongan yang dilakukan oleh Jack semata-mata untuk mendapatkan kontrak bukunya itu lalu satu sumpahan telah dikenakan kepada Jack. Sebatang pokok telah muncul secara tiba-tiba di halaman rumahnya. Pokok tersebut mempunyai kaitan dengan Jack. Setiap daun yang ada pada dahan pokok tersebut melambangkan perkataan yang boleh diujarkan oleh Jack. Setiap perkataan yang diujarkan akan gugurlah sehelai daun. Satu perkataan untuk satu daun. Sebagai seorang ejen yang sangat bergantung kepada kepetahannya untuk bercakap bagi mendapatkan kontrak yang terbaik, hal ini merupakan masalah yang besar kepada Jack. Apabila pokok tersebut kehilangan semua daunnya, maka pokok tersebut akan mati, begitu juga dengan Jack. Apa-apa yang terjadi kepada pokok tersebut akan terjadi kepada Jack juga. Kehidupan Jack amat sukar kerana terpaksa menggunakan jumlah perkataan yang terhad untuk berkomunikasi sehingga sukar untuk difahami maksud yang dia ingin sampaikan. Pada ketika itulah Jack kehilangan kerjanya dan isterinya iaitu Caroline. Isterinya menyangkakan Jack sudah tidak lagi menyayanginya kerana kesukaran Jack untuk berkomunikasi dengannya. Hanya seorang sahaja yang mempercayai Jack tentang kaitan pokok itu dengannya iaitu pembantunya Aaron. Setelah menyaksikan sendiri keajaiban yang wujud antara Jack dan pokok itu, Aaron cuba membantu Jack. Jack telah berjumpa dengan Dr. Sinja untuk bertanyakan bagaimana untuk mengakhiri sumpahannya itu. Dr. Sinja menasihati Jack supaya memaafkan dan berdamai dengan semua orang yang mempunyai kaitan dalam hidupnya. Jack pasrah. Berbekalkan beberapa helai daun yang masih tinggal pada satu dahan pokok tersebut, Jack berjumpa dengan isterinya untuk berbaik semula tetapi isterinya masih sukar untuk menerimanya. Selepas itu, Jack menziarahi ibunya di rumah orang-orang tua. Ibunya memberitahu Jack supaya dia berhenti menyimpan rasa marah kepada mendiang ayahnya yang meninggalkan mereka

semasa Jack masih lagi seorang kanak-kanak. Dalam pada itu, Jack hanya mempunyai 3 helai daun lagi yang masih tinggal. Berbekalkan 3 helai daun itu, Jack pergi menziarahi kubur mendiang ayahnya iaitu Raymond. Jack berdiri di hadapan nisan ayahnya dan berkata saya maafkan kamu serta merta menghabiskan sisa daun yang tinggal. Jack rebah dan kelihatannya dia sudah meninggal dunia. Namun keajaiban berlaku apabila Aaron menelefon Jack mengatakan bahawa pokok tersebut berdaun semula malah bunga-bunga mekar dengan indahnya di pokok itu. Kini, Jack boleh bercakap dengan bebas lagi kerana daun pokok itu tidak gugur lagi apabila dia bercakap. Selepas kejadian itu, Jack masih tidak dapat pekerjaan nya yang dulu tetatpi pembantunya iaitu Aaron yang menjadi ejen seperti Jack dahulu. Hubungan Jack dengan Caroline isterinya bertambah baik apabila mereka berpindah ke rumah idaman Caroline.

Anda mungkin juga menyukai