Anda di halaman 1dari 7

Seks bebas dalam kalangan remaja membimbangkan

Oleh Nor Affizar Ibrahim Wanita JIM anjur kempen perangi zina bagi mencegah gejala sosial daripada terus berleluasa HUBUNGAN seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan. Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa. Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu. Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri. Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Surah al-Israk, ayat 32). Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan. Ini seperti kita melihat kejadian tsunami yang tidak nampak bila akan berlakunya, tetapi jelas sekali selepas peristiwa itu banyak benda musnah dan binasa. Bencana itu turut menghapuskan populasi dan kita terharu serta sebak apabila melihat mayat bertaburan di sana sini. Keadaan itu sebenarnya samalah yang dibawa gelombang maksiat perzinaan, malah lebih teruk lagi kerana membabitkan nasab manusia, hukum Tuhan dan dosa serta kesihatan sama ada bagi wanita mahupun lelaki, katanya ketika ditemui Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Harlina berkata, dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan. Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim. Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan. Katanya, kesan perzinaan juga menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti masalah mental. Kesan psikologi tidak mampu diatasi dengan baik boleh mengakibatkan tekanan mendalam, terutama bagi mereka sering dilanda ketakutan dan perasaan bersalah terhadap perbuatannya yang bertentangan dengan fitrah manusia. Saya juga bimbang lahirnya anak yang tidak mendapat perhatian ketika kehamilan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi sama ada pada bayi dikandung, mahupun wanita itu sendiri. Selain itu, kehamilan luar nikah akibat perzinaan turut membawa pelbagai masalah sosial lain seperti kes buang bayi dan sebagainya, katanya. Dr Harlina berkata, kesan perzinaan tidak hanya pada wanita semata-mata, tetapi juga lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Antaranya ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti HIV/Aids. Beliau berkata, bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya zina, khususnya remaja, JIM akan melancarkan kempen Anda Bijak Jauhi Zina. Kempen ini juga memupuk sikap prihatin ibu bapa terhadap anak di dalam menangani permasalahan gejala sosial. Kempen menghindari zina ini dilihat sebagai satu usaha bersepadu yang mendapat perhatian ramai dan JIM melihat keperluan mengadakannya adalah sangat penting kerana gejala sosial membabitkan seks di luar nikah amat ketara di negara ini, terutama di kalangan remaja dan tidak terkecuali wanita atau lelaki yang sudah berkahwin, katanya. Beliau berkata, perkataan zina sengaja digunakan dalam kempen kerana ia adalah bahasa di dalam al-Quran bagi menerangkan makna hubungan seks yang membabitkan pasangan tiada ikatan perkahwinan dan setiap umat Islam dilarang keras mendekati atau melakukan perbuatan keji itu.

Justeru, dengan menggunakan pendekatan secara berterus terang, termasuk menggunakan perkataan zina di dalam kempen, ia seolah-olah memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan itu sememangnya terkutuk dan dilaknati. Jadi, adalah tanggungjawab semua untuk menghindarkan diri dan ahli keluarga daripada terjerumus dalam kemelut perzinaan yang membawa kepada kepada kerosakan diri dan masyarakat. Selain definisi seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina. Apa yang dibimbangkan, perkataan itu tidak memberikan impak dan kesedaran tinggi sehingga ada menganggap, perlakuan salah dan haram itu sesuatu yang sudah biasa. Sekurang-kurangnya, dengan perkataan zina ia mengingatkan kita semula betapa hukuman berat ke atas penzina oleh Allah termasuk, hukuman sebat dikenakan kepada yang belum pernah berkahwin dan rejam sehingga mati bagi yang pernah berkahwin. katanya. Dr Harlina berkata, kempen Anda Bijak Jauhi Zina dilancarkan bersempena Malam Amal Raudhatus Sakinah yang akan diadakan di Dewan Wawasan Seri Cempaka Convention Centre, Bangunan PGRM Cheras pada 14 Julai ini. Majlis amal yang eksklusif untuk wanita itu bakal diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Bendung gejala seks bebas Oleh ROHANI IBRAHIM rencana@utusan.com.my GEJALA seks bebas merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan masalah buang bayi kebelakangan ini sehingga mendorong kepada pelancaran kempen Kami Prihatin yang dirasmikan Khamis lalu. Selain itu, tanggapan bahawa cinta kepada kekasih perlu dibuktikan melalui hubungan seks juga menyebabkan si gadis hamil luar nikah manakala lelaki yang terlibat mengambil sikap lepas tangan atau menghilangkan diri. Akibat tidak sanggup untuk menanggung perasaan malu dan takut untuk berhadapan dengan keluarga si gadis yang ditinggalkan seorang diri atau pasangan yang terlanjur itu akhirnya mengambil jalan singkat dengan membuang atau membunuh bayi yang baru dilahirkan. Dalam meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya menghargai dan menyayangi bayi dan kanak-kanak, punca gejala buang bayi iaitu masalah seks bebas perlu dibendung dengan sebaikbaik mungkin. Golongan remaja perlu diberikan kesedaran dan penerangan mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral serta kesan buruk seks bebas yang boleh membawa banyak kemudaratan seperti masalah buang bayi dan pelbagai penyakit. Ketua Unit Kaunseling Bahagian Pembangunan Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Khamsiah Ismail berkata, keluarga perlu menerapkan nilai-nilai murni berteraskan agama dan adat timur dari rumah di peringkat kanak-kanak lagi. ''Secara tidak formal kanak-kanak perlu diingatkan bahawa budaya bergaul bebas ditegah agama selain bukan budaya timur. Kanak-kanak perempuan perlu dididik tentang cara-cara menjaga kehormatan diri dan kanak-kanak lelaki juga perlu diajar supaya menjadi pelindung kepada perempuan dan bukannya mengambil kesempatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah Dr. Khamsiah, pendidikan kesihatan reproduksi juga perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah lagi mengikut tahap kematangan para pelajar. ''Apabila meningkat umur remaja dan akil baligh, remaja perempuan perlu diajar tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan setelah mereka mengalami haid. Apa yang akan berlaku jika mereka mengadakan hubungan seks setelah mengalami haid umpamanya perlu diterangkan. ''Sesetengah remaja yang terjebak dalam seks bebas tanpa menyedari risiko bahawa mereka boleh mengandung. Ini berlaku kerana salah faham dan sebagainya. Ada yang beranggapan hanya pasangan yang berkahwin sahaja yang mampu mengandung dan bukannya remaja seperti mereka," jelasnya. Tambah beliau, remaja perempuan juga perlu dimaklumkan mengenai hukuman yang bakal dihadapi mengikut Kanun Keseksaan jika mereka membuang bayi atau membunuh bayi dan sebagainya.

Sementara remaja lelaki, tambah Dr. Khamsiah, perlu didedahkan bahawa melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur adalah satu kesalahan dan mereka boleh menghadapi tindakan undang-undang seperti dipenjarakan dan sebagainya. ''Remaja lelaki dan perempuan perlu diingatkan bahawa kegiatan seks bebas boleh memusnahkan masa depan mereka dan harus dijauhi. ''Usaha membendung seks bebas bukanlah satu langkah yang mudah dan ia memerlukan pendekatan menyeluruh di semua peringkat termasuklah di rumah, sekolah dan masyarakat," katanya. Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan remaja hanya akan mampu mengawal diri daripada terjebak dalam gejala negatif seperti seks bebas jika diberikan bimbingan, panduan, kesedaran dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak. ''Gejala seks bebas sehingga mengakibatkan hamil luar nikah sebenarnya boleh dibendung jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. ''Ibu bapa, guru-guru, masyarakat dan para pemimpin misalnya mesti melihat semula sejauh manakah mereka telah melaksanakan peranan untuk dijadikan benteng kepada remaja daripada terlibat dalam gejala negatif ini," katanya ketika dihubungi. Tambah Rosnah, golongan agama pula mesti mendekati para remaja dan bukannya mengasingkan diri atau menyisihkan kelompok berkenaan. ''Kekuatan remaja untuk berhadapan dengan gejala negatif ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan adanya sokongan semua pihak," katanya.

Dua selebriti berpesta seks


Oleh MOHD. TURMADZI MADUN turmadzi.madun@kosmo.com.my

PELAKON wanita (kiri) dan penyampai berita stesen televisyen semasa dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, tiga daripada 26 orang yang ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan P. Ramlee bersama dua selebriti itu.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan ditahan kerana disyaki menjadi dalang menyewa sebuah bilik di tingkat 11 sebuah hotel di Jalan P. Ramlee di sini untuk menganjurkan pesta seks dan dadah semalam. Turut ditahan ialah seorang rakan kepada pasangan suami isteri itu yang dipercayai turut mengeluarkan wang modal untuk menjayakan pesta tersebut. Bagaimanapun, keseronokan pesta itu tidak berpanjangan apabila bilik hotel itu diserbu polis. Polis turut menahan 23 orang yang menyertai pesta tersebut yang kesemuanya berusia 18 hingga 31 tahun.

SEBAHAGIAN daripada dadah dan kondom yang ditemui dalam serbuan pesta seks di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Daripada 23 orang itu, turut ditahan seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta dan seorang pelakon wanita muda yang merupakan deejay sebuah kelab malam di hotel itu. Kedua-dua selebriti wanita berusia 25 tahun itu juga didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu bersama sembilan lagi peserta pesta liar tersebut.

Anda mungkin juga menyukai