Anda di halaman 1dari 22

MAKSIAT ZINA MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN HADIS:

TINJAUAN TERHADAP FAKTOR DAN KEDUDUKANNYA DALAM


PERUNDANGAN SYARIAH DI MALAYSIA

Wan Ramizah binti Hasan


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
wanramizah@kuis.edu.my

Azizah binti Mat Rashid


azizahrashid@kuis.edu.my
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstrak
Masalah zina dalam masyarakat di Malaysia berada dalam situasi yang amat parah dan membimbangkan.
Situasi ini dilihat lebih kritikal apabila masalah zina yang berleluasa menyumbang kepada kelahiran anak tak
sahtaraf yang mana dalam kebanyakan situasi ia mendorong pula kepada gejala pembuangan bayi. Perlakuan
zina berpunca daripada beberapa perbuatan maksiat yang tidak dicegah pada peringkat awal lagi. Namun,
usaha-usaha untuk menjauhkan diri daripada perbuatan zina kurang diberi perhatian menyebabkan budaya
tuduh menuduh dan menyalahkan orang lain sebagai punca tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.
Penulisan ini dilakukan bagi tujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada perlakuan zina
dalam masyarakat, menganalisis penekanan al-Quran dan hadis tentang kepentingan menjauhi zina, seterusnya
melihat kedudukan zina dan perbuatan yang menghampirinya dalam perundangan syariah di malaysia. Metod
yang digunakan dalam penulisan ini ialah secara analisis kandungan, iaitu dengan meneliti ayat-ayat al-
Quran dan hadis-hadis berkaitan zina yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan hadis. Selain itu, rujukan
terhadap dokumen perundangan juga dilakukan bagi melihat kedudukan permasalahan ini dalam konteks
perundangan syariah di Malaysia. Kajian mendapati faktor utama berlakunya maksiat zina adalah kejahilan
masyarakat dan kurangnya kesedaran terhadap faktor-faktor yang menjadi punca kepada perlakuan zina
sedangkan al-Quran secara jelas melarang umatnya mendekati zina bagi mengelakkan bahaya zina. Penulisan
ini penting kerana ia mengupas tentang penjelasan al-Quran dan hadis berhubung zina serta kedudukannya
dalam perundangan syariah di Malaysia selain mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada
perlakuan zina. Maka, dengan memahami ketiga-tiga perkara ini, diharap semua pihak dapat memainkan
peranan masing-masing sebagai usaha mengekang masalah zina dalam masyarakat.

Kata kunci: zina, maksiat, al-Quran, hadis, jenayah syariah.

1884
1.0 Pendahuluan

Gejala sosial dalam masyarakat sekarang khususnya Malaysia berada pada satu tahap yang
membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa. Berbagai pihak merasa resah dan
gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh jangka panjang ia akan memberi kesan
negatif terhadap generasi mendatang. Petanda awal keresahan dapat dilihat apabila banyak
pihak saling mempersalahkan orang lain sedang pada masa yang sama gejala sosial terus
subur bagai tumbuhnya cendawan di musim hujan.(Zulkifli Haji Mohd Yusoff 2007)

Antara gejala sosial yang amat menakutkan yang pernah dilakukan oleh umat terdahulu dan
juga pada zaman jahiliyah dan berleluasa dewasa ini adalah zina. Istilah-istilah yang
digunakan untuk zina ini telah ditukarkan kepada istilah yang lebih tidak menakutkan.
Sebelum ini, anak yang dilahirkan hasil perbuatan ini disebut sebagai “Anak Zina”.
Kemudian sebutan itu dilunakkan sedikit menjadi “Anak Luar Nikah”. Kemudian terus
dilunakkan lagi sampai disebut sebagai “Anak Tak Sah Taraf”. Apa pun juga mereka adalah
golongan yang sama, cuma dilihat dari perspektif atau persekitaran yang berbeza sahaja.
(Paizah Hj Ismail, 2013)

Senario yang berlaku ini telah menimbulkan tanda tanya berbagai pihak tentang apakah
faktor sebenar yang menyebabkan zina makin berleluasa. Faktor-faktor ini penting
diperbincangkan agar ianya dapat dicegah dan dijauhi dan jalan penyelesaian dapat ditemui.

Justeru, penulisan ini dilakukan bagi tujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca
kepada perlakuan zina dalam masyarakat melalui kajian para pengkaji dan menurut perspektif
al-Quran dan hadis yang menitikberatkan tentang kepentingan menjauhi zina, seterusnya
melihat kedudukan zina dan perbuatan yang menghampirinya dalam perundangan syariah di
Malaysia.

2.0 Zina Dalam Realiti Semasa

Berdasarkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, sejak tahun 2008 hingga 2012,
terdapat lebih 167,073 bayi yang direkodkan kelahirannya tanpa bapa telah didaftarkan di
Jabatan Pendaftaran Negara. Ini bermakna, secara purata: 33,415 orang bayi dilahirkan dalam
tempoh setahun, 2,784 orang bayi dilahirkan dalam tempoh sebulan, 93 orang bayi dilahirkan
dalam tempoh sehari, 4 orang bayi dilahirkan dalam tempoh sejam.( Abdul Majid 2013).

Berita Harian melaporkan secara purata, 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes
sehari di seluruh negara. Statistik itu dijangka lebih tinggi jika mengambil kes membabitkan
pengguguran haram atau pembuangan bayi yang dipaparkan tetapi tidak direkodkan (4 Nov
2015)

Menurut Utusan online bertarikh 25 April 2016, seramai 10,915 anak tak sahtaraf direkodkan
oleh Jabatan Pendaftaran Negeri Kedah. Datuk Suraya Yaakob yang merupakan pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani menjelaskan dalam laporan
tersebut bahawa kewujudan anak tak sahtaraf ini disebabkan kesan rogol, kes luar nikah dan
sebahagian besarnya kerana perkahwinan yang tidak teratur. Apa yang pasti, selain kelahiran
anak luar nikah yang berpunca dari kes rogol ini, faktor lain seperti zina, sumbang mahram
dan sebagainya adalah contoh situasi yang mana manusia mempunyai pilihan untuk
menghindarinya.

1885
Dalam kajian Ainul Bashirah et al. (2012), antara punca kelahiran anak tak sahtaraf tidak
mengambil berat hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Persepsi
masyarakat hari ini menganggap hubungan bebas itu adalah cara hidup yang moden.
Buktinya, pada masa sekarang anak-anak muda melakukan perkara yang dilarang dalam
Islam seperti berpegangan tangan, berpelukan dan terdapat juga mereka yang tidak
mempunyai perasaan malu melakukan aksi bercumbuan di khalayak ramai. Kesan daripada
perbuatan khalwat dan perbuatan tidak sopan tersebut akan menjurus kepada perzinaan dan
menyebabkan kelahiran anak luar nikah. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan hubungan
bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram turut menjadi punca kepada kelahiran
anak tak sahtaraf. Menyedari hakikat bahawa perbuatan ini boleh membawa kepada kelahiran
anak tak sahtaraf, maka persoalan yang timbul ialah mengapa tiada tindakan undang-undang
diambil bagi mengekang permasalahan tersebut?

Realiti gejala sosial dalam masyarakat khususnya melibatkan golongan remaja, sangat
signifikan dengan penulisan Siti Hajar Che Man et.al. (2012) mengenai kesedaran dan amalan
kesopanan dalam kalangan remaja di mana ia dirumuskan bahawa apabila gejala sosial dilihat
sebagai semakin menjadi-jadi, maka ia seolah-olah memperlihatkan kesedaran dan amalan
kesopanan dalam kalangan remaja sekolah semakin goyah bahkan kini berada di tahap
kritikal. Hal ini juga menggambarkan seolah-olah Malaysia tidak mempunyai sistem
pendidikan yang memberi penekanan kepada kepentingan akhlak.

Abdul Hafiz Mat Tuah et al. (2012) berpandangan, kesedaran terhadap kepentingan akhlak
sememangnya wujud dan direalisasikan oleh pihak kerajaan dalam pelbagai bentuk aktiviti
atau pemantauan seperti pengisian kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Ini
dapat dilihat dalam agenda pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara. Di Malaysia, pelajar Islam
diwajibkan mengikuti Pendidikan Islam, manakala pelajar bukan Islam pula dikehendaki
mengikuti Pendidikan Moral. Pendekatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam
mewajibkan subjek pendidikan Islam dan Pendidikan Moral membuktikan kepentingan
kedua-dua akhlak dan moral dalam agenda pembangunan sahsiah masyarakat di Malaysia.

Walaupun Nasimah Hussin et al. (2007) dalam satu ulasannya tentang kesalahan berkaitan
kesusilaan dan moral dalam undang-undang kesalahan jenayah syariah di Malaysia
mencatatkan bahawa akhlak merupakan satu komponen asas dalam agama Islam, namun
melihat kepada realiti semasa dalam masyarakat Islam ia tidak mencerminkan kepentingan
akhlak sebagai asas dalam kehidupan.

Allah s.w.t telah memerintahkan supaya menjauhi perkara-perkara yang mendekatkan kepada
zina dengan firmanNya dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud “Dan janganlah kamu
mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk.” Dalam menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah perlakuan yang
berkaitan, ia dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama

Apa yang membimbangkan, sebagaimana dalam Salina Mohd Sari (2012), jumlah kes-kes
percubaan persetubuhan haram meningkat dari masa ke semasa dan golongan yang selalunya
terbabit dengan kes-kes ini kebanyakannya adalah anak-anak muda kaum Melayu. Kajian
turut merumuskan peningkatan kelahiran anak luar nikah yang semakin membimbangkan di
kalangan orang melayu lslam sering dikaitkan dengan masalah moral mereka yang negatif
dan juga perbuatan percubaan persetubuhan haram yang boleh membawa kepada zina dan
hamil luar nikah. Maka, usaha mencegah perbuatan yang membawa kepada perzinaan ini
perlu dilakukan secara serius.

1886
3.0 Zina Menurut Perspektif Al-Quran dan Hadis

Allah s.w.t. telah meletakkan zina adalah sebagai dosa besar demi menjaga kemuliaan
keturunan, kesucian serta kehormatan diri manusia. Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah
al-Mu’minun ayat 1-7:

               

 
       
 
 
    
   
   
 
 
 
 
 
 
  
  
 
 
 
      
         
 
 
 
   

            

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang


khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha
membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka
yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: kemudian, sesiapa
yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas;

Zina diertikan sebagai hubungan terkutuk dan merupakan antara dosa-dosa besar dalam
Islam. Zina yang paling dikecam dalam Islam adalah zina yang dilakukan dengan isteri jiran.

Dari Abdullah dia berkata, "Aku bertanya Rasulullah s.a.w, "Dosa apakah yang paling besar
di sisi Allah?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Kamu membuat tandingan bagi Allah (syirik),
sedangkan Dialah yang menciptakanmu." Aku berkata, "Sesungguhnya dosa demikian
memang besar. Kemudian apa lagi?" Beliau bersabda: "Kemudian kamu membunuh anakmu
kerana khawatir dia makan bersamamu." Aku bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?"
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu berzina dengan isteri tetanggamu." (Sahih Muslim 124)

Telah menceritakan kepada kami Hajjaj telah memberitakan kepada kami Syarik dari Simak
dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas'ud dari ayahnya dari Nabi s.a.w., beliau bersabda:
"Allah melaknat pemakan riba, yang memberi makan, para saksi dan penulisnya." Ia berkata;
Beliau juga bersabda: "Tidaklah nampak pada suatu kaum riba dan perzinaan melainkan
mereka telah menghalalkan bagi mereka mendapatkan siksa Allah Azza wa Jalla." (Musnad
Ahmad 3618)

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang dosa perbuatan zina,
antaranya firman Allah s.w.t. dalam surah al-Furqan ayat 68-69 :

1887
   
    
  
 
    
  
    
    
 
   
   
  
   
  
   
  
  
 
 
  
 
 
   

             

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama
Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya,
kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula
berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan
dosanya. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula
akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.

Firman Allah s.w.t. juga dalam surah al-Isra’ ayat 32:

         

Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Allah s.w.t. telah menjelaskan tentang kejinya zina kerana kalimah fahisyah bermaksud
perbuatan keji atau kotor yang sudah mencapai tingkat yang tinggi dan diakui kekejiannya
oleh setiap yang berakal. Kemudian zina juga adalah seburuk-buruk jalan kerana merupakan
jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan dunia dan azab di akhirat. (Ibn al-Qayyim 2005)

Al-Maraghi (1946) dalam kitabnya menyatakan bahawa zina adalah perbuatan yang
membinasakan kerana kesannya begitu buruk dan banyak. Antaranya, zina akan
menyebabkan percampuran nasab, kehidupan yang huru hara dan menyerupai kehidupan
binatang.

Wahai umat manusia, takutlah terhadap perbuatan zina, kerana perbuatan ini akan
mengakibatkan enam perkara, yang tiga di dunia dan yang tiga lagi di akhirat. Adapun yang
akan menimpa di dunia ialah menghilangkan wibawa, mengakibatkan kefakiran, mengurangi
umur. Dan tiga lagi yang akan dijatuhkan di akhirat: mendapat marah daripada Allah, hisab
yang jelek (banyak dosa) dan siksaan neraka.

Selain daripada itu, ilmu perubatan telah membuktikan bahawa zina boleh merosakkan
kesihatan yang serius dan mengancam manusia dengan penyakit kelamin. (Mohd Akhiruddin
e.t.l 2012) Antaranya ialah sifilis yang mana ianya dimulai dengan muncul luka kecil seperti
luka bakar rokok kemudian tersebar ke seluruh badan dan menjadi kudis dan pesakit akan
mula merasa kesan virus pada tulang, mata, hati dan rasa mual, muntah-muntah, sakit sendi,
mengalami bengkak seluruh badan dan sebagainya.(Yusof al-Hajj 2008). Selain daripada itu
penyakit AIDS yang menyebabkan kegagalan system imun tubuh untuk melawan penyakit.

1888
4.0 Faktor-faktor Yang Menyumbang Perlakuan Zina Menurut Perspektif al-Quran
dan al-Sunnah

Secara umumnya kebanyakan kajian menyenaraikan beberapa faktor yang wajar disebutkan
sebagai asas kepada berlakunya masalah sosial ini. Antara yang ketara ialah sikap
ibubapa, pendidikan agama yang cetek, peranan rakan sebaya, pengaruh media massa
dan kehidupan yang style. (Zulkifli Haji Mohd Yusoff 2007)

Walau bagaimanapun, kajian ini cuba melihat daripada perspektif al-Quran dan al-Sunnah
dengan memberi gambaran bahawa semua pihak terlibat sama ada individu, masyarakat
ataupun negara.

4.1. Faktor-Faktor Individu

4.1.1.Tiada Ilmu Pengetahuan Berkenaan Zina

Sahih Bukhari 4830: Telah menceritakan kepada kami Hafs bin ‘Umar al-Haudi telah
menceritakan kepada kami Hisyam dari Qatadah dari Anas r.a, ia berkata; Aku benar-benar
akan menceritakan suatu hadis yang telah aku dengar daripada Rasulullah s.a.w, yang selain
diriku tidak akan menceritakannya kepada kalian. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Antara tanda hari kiamat datang adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan,
bermaharajalelanya perzinaan, banyaknya orang yang meminum arak dan sedikitnya kaum
laki-laki serta banyaknya kaum wanita hingga jika ada lima puluh orang wanita namun hanya
ada satu orang laki-laki dari mereka."

Satu kajian oleh Jas Laile Suzana Jaafar (2004) dari Universiti Malaya (UM) berjudul ‘The
Relationship of Religiosity and Youth Culture to Premarital Sex Among Malaysian and
Indonesian Adolescents’ telah meneliti aktiviti seksual golongan dewasa dan kesan budaya
remaja serta sebab-musabab penglibatan mereka dalam aktiviti seks sebelum perkahwinan.
Hasil kajian yang dijalankan ke atas 389 responden menunjukkan pengetahuan agama yang
rendah merupakan sebab utama penglibatan remaja dalam seks sebelum perkahwinan.

Selain itu, budaya remaja mempengaruhi keputusan remaja untuk terlibat dalam aktiviti
seks.Walaupun wujudnya dominasi nilai keagamaan dan tradisional di Malaysia dan
Indonesia, tetapi masih ramai remaja yang terlibat dalam seks sebelum perkahwinan. Satu
lagi kajian Jas Laile Suzana Jaafar (2005) yang juga menumpu kepada masalah seks sebelum
perkahwinan berjudul ‘The Relationship of Reasoning to Premarital Sex Among Malaysian
Adolescents’. Kajian tersebut telah dilakukan ke atas 83 orang responden dan melihat
hubungan antara moral reasoning ke atas aktiviti seks sebelum berkahwin.

Siti Fairuz Binti Md Saion, (2010) “Pengetahuan Mahasiswi Terhadap Kesalahan Zina
Dalam Undang-Undang Jenayah Islam.Kajian Di Kolej Tun Fatimah” telah mendedahkan
beberapa perkara.Tesis yang dikaji ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan
mahasiswi terhadap kesalahan zina dalam undang-undang jenayah Islam. Sebanyak 278

1889
orang responden terdiri daripada pelajar perempuan yang menginap di Kolej Tun Fatimah
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel secara rawak
mudah.

4.1.2 Lemahnya iman

Sahih Bukhari 6312: Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada
kami Syu'bah dari al-A'masy dari Dzakwan dari Abu Hurairah mengatakan, Nabi s.a.w
bersabda: Tidaklah berzina orang yang berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman, dan
tidaklah mencuri orang yang mencuri ketika ia mencuri dalam keadaan beriman, tidaklah ia
meminum khamr ketika meminumnya dan ia dalam keadaan beriman, dan taubat terhampar
setelah itu."

4.1.3 Mengikut Hawa Nafsu

Firman Allah s.w.t.

    
    
    
 
  
   
  
   
   
           
   
 
  
  
 
 
 
   
  
   

        


Yang bermaksud:

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-


nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan
menemui kesesatan. kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal
soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan)
sedikit pun.
Mariam 19: 59 – 60)

4.1.4 Mengabaikan Solat Lima Waktu

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ankabut ayat 45:

                

       

1890
45. Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.

4.1.5. Bersolek

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 33

              

            

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman
dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu
kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu
dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-
perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

4.1.6 Lembutkan Suara

                

   

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana


perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu
berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada
penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Al-Ahzab 32

4.1.7. Khalwat

Sabda Rasulullah s.a.w.

1891
Sunan Tirmidzi 1091: sebagaimana yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w, beliau bersabda:
"Tidaklah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah
syaitan."

4.1.8. Tidak Menjaga Pandangan

Tidak menjaga pandangan antara punca atau faktor utama terjadinya zina kerana mustahil
ianya berlaku sekiranya lelaki atau perempuan menjaga pandangannya daripada melihat
perkara-perkara yang dimurkai Allah s.w.t. dan Dialah yang selalu menyaksikan dan
memperhatikan amal perbuatan mereka. Firman Allah s.w.t. dalam surah
      

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur)


pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di
dalam hati.

Ibnu Qayyim (2007) dalam kitabnya “Bahaya Zina” menyatakan bahawa Allah s.w.t.
mendahulukan perintah menundukkan pandangan mata sebelum perintah menjaga kemaluan.
Ini adalah kerana banyak musibah besar yang berasal daripada pandangan, seperti kobaran
api yang besar berasal dari bunga api. Mulanya hanya khayalan, kemudian langkah nyata,
kemudian tindak kejahatan besar (zina).

Menurut Nor Azah Abd Aziz dan Che Zarrina Saari (2011), pornografi boleh membawa
kepada ketagihan seksual yang buruk dan tidak normal. Hal ini adalah disebabkan penonton
pornografi akan beraksi berdasarkan apa yang dilihat, berfantasi dan berakhir dengan
keputusan atau hasil yang merosakkan seseorang. Jelasnya, pengaruh pornografi boleh
mendorong penontonnya melakukan hubungan seks. Kajian di Malaysia mendapati
kebanyakan pelajar universiti, remaja dan kanak-kanak telahpun terdedah kepada aktiviti
pornografi. Maka adalah tidak mustahil aktiviti seterusnya selepas menyaksikan pornografi
adalah melakukan hubungan seks secara haram atau zina.

4.1.9. Kejahilan Suami Isteri Tentang Hak Dan Tanggungjawab Mereka

Antara karya ilmuan Islam tentang perkara-perkara ini ialah satu kertas kerja yang telah
dibentang dalam Seminar yang bertajuk Mengenal Pasti Punca-punca dan Kaedah
Menangani Tingkah Laku Sumbang Mahram telah menjelaskan antara punca atau sebab
berlakunya sumbang mahram adalah antaranya adalah kegagalan isteri memenuhi keperluan
suami, tahap iman yang lemah dan bahan lucah serta batas pergaulan yang melampaui had
dan nafsu yang sukar dikawal. Selain daripada itu mereka tidak mengamalkan kehidupan
yang dianjurkan Islam dan juga kurangnya pendidikan agama menyebabkan sesetengahnya
memang langsung tidak mengamalkannya dengan menganggap hidup kebaratan yang lebih
maju. Begitu juga faktor keruntuhan institusi perkahwinan seperti perceraian turut
mendorong berlakunya kes ini. (Fizwani binti M Sarkawi dll, 2008).

1892
4.1.10. Kurangnya Amalan Berpuasa Untuk Mengekang Hawa Nafsu

Sahih Bukhari 4678: Telah menceritakan kepada kami Amru bin Hafsh bin Ghiyats telah
menceritakan kepada kami bapakku telah menceritakan kepada kami Al A'masy ia berkata;
Telah menceritakan kepadaku Umarah dari Abdurrahman bin Yazid ia berkata; Aku,
Alqamah dan Al Aswad pernah menemui Abdullah, lalu ia pun berkata; Pada waktu muda
dulu, kami pernah berada bersama Nabi s.a.w. Saat itu, kami tidak sesuatu pun, maka
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami: "Wahai sekalian pemuda, siapa diantara kalian telah
mempunyai kemampuan, maka hendaklah ia menikah, karena menikah itu dapat
menundukkan pandangan, dan juga lebih bisa menjaga kemaluan. Namun, siapa yang belum
mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab hal itu dapat meredakan nafsunya."

4.1.11 Kurang Pengetahuan Tentang Siapakah Muhram

Sunan Tirmidzi 1091: Telah menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada
kami Laits dari Yazid bin Abu Habib dari Abu Al Khair dari 'Uqbah bin 'Amir bahwa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian menemui para wanita." Ada seorang Anshar
bertanya; "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda dengan saudara ipar?" Beliau
menjawab: "Saudara ipar adalah kematian."

" Makna dari ipar, iaitu saudara suami, beliau membencinya berduaan dengan isteri.

4.1.12 Tidak Mengetahui Tentang Kesan Buruk Zina

Memahami bahawa kesan zina atau aktiviti seks yang amat buruk itu sangat penting dan perlu
diperjelaskan agar individu yang terlibat tidak berisiko terjebak dengan perbuatan maksiat
yang lebih besar. Ini kerana dalam kajian Sarnon (2012) mendapati bahawa penglibatan
remaja perempuan dengan aktiviti seks sangat berisiko mengundang kepada kehamilan luar
nikah di samping jangkitan HIV/AIDS dan jangkitan seksual yang lain. Penglibatan remaja
perempuan dengan aktiviti seks akan membawa kepada kehamilan luar nikah yang mana
kesan bagi kebanyakan kes akan melahirkan anak tak sahtaraf.
1893
4.2. Faktor-Faktor Keluarga

Dalam satu kajian oleh Khadijah Alavi et al. (2012) yang meninjau tingkah laku ibu bapa dan
pengalaman remaja yang hamil luar nikah, hasil kajian menunjukkan bahawa remaja yang
hamil luar nikah tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mereka dan
mendorong remaja terlibat dalam aktiviti seksual yang tidak sihat. Persekitaran tempat
tinggal, pengaruh rakan sebaya dan pendedahan mengenai aktiviti seksual secara berleluasa
dalam jaringan web (internet) juga mempengaruhi remaja sehingga terjebak dalam maksiat
zina dan hamil luar nikah. Pemantauan ibu bapa dan pihak sekolah secara berterusan boleh
membantu remaja dalam mengurangkan kes remaja yang hamil luar nikah.

4.2.1 Urusan Perkahwinan Yang Menyukarkan

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila
dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita
membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah
yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan
mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah
dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara
menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika
masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita
begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam blognya “Apabila Zina Lebih Mudah
Daripada Kahwin” menyatakan bahawa antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan
perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga
sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah
syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat
‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud
disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
(http://drmaza.com | 07 November 2013)

4.2.2 Meletakkan Mahar Yang Tinggi

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan
ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-
besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa
menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja
kepada bakal pengantin.Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana
hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh,
namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor
lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.
Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:

1894
Sahih Bukhari 4769:." Dan dari Humaid; Aku mendengar Anas berkata; Ketika
mereka sampai di kota Madinah, kaum Muhajirin pun singgah di tepat kediaman
orang-orang Anshar. Lalu Abdurrahman bin Auf tinggal di kediaman Sa'd bin Ar
Rabi'. Sa'd bin Rabi' pun berkata padanya, "Aku akan membagi hartaku kepadaku
dan menikahkanmu dengan salah seorang isteriku." Abdurrahman berkata,
"Semoga Allah memberi keberkahan pada keluarga dan juga hartamu." Lalu ia
pun keluar menuju pasar dan berjual beli hingga ia mendapatkan keuntungan
berupa keju dan samin, dan ia pun, menikah. Maka Nabi s.a.w bersabda:
"Adakanlah walimah meskipun hanya dengan seekor kambing."

Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak
mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah
dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya
akan bertanya; ‘kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si
anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan
kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”.Itulah soalan yang betul. Lembu
tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan
medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang
yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak
setaraf. Nabi s.a.w. bersabda:

“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan
ditinggalkan orang miskin..”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, menderitalah bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga. (http://drmaza.com |


07 November 2013)

4.2.3 Tidak Mengamalkan Adab Meminta Izin Keluar Masuk Rumah dan Bilik

                  

                       

  

27. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah
yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam
kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat
(mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).

28. Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka
janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada
kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci
bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

1895
                  

                    

                    

                

58. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang
belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat
kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka
pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi
kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). kamu dan mereka tidaklah bersalah
kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar
masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan
yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan
hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

59. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka
meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu,
meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang
menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.

Ayat-ayat ini adalah langkah pertama untuk menghindarkan kaum muslimin daripada
terjebak dalam bahaya zina. Masuk begitu saja ke dalam rumah seseorang tanpa izin
daripada tuan rumah kemungkinan besar terdedah kepada aurat orang yang berada dalam
rumah, yang merupakan benih awal dari zina.

Begitulah prilaku orang jahiliyah dulu, mereka masuk ke rumah seseorang, setelah berada
dalam rumah, ia berkata, “saya sudah masuk”. Dan boleh jadi pada saat itu ia melihat orang
rumah dalam keadaan yang tidak patut untuk dilihat, baik perempuannya atau lelakinya, di
mana mereka dalam keadaan sedang tidak menutup aurat misalnya (Sayyid Qutb)

Maheran Zakaria (2004) dari UiTM yang menjalankan kajian berjudul ‘Kajian Mengenai
Ciri-ciri Pelaku dan Mangsa Jenayah Sumbang Mahram di Malaysia’ telah meneliti trend
jenayah sumbang mahram di Malaysia dan kekerapan berlakunya jenayah tersebut
berdasarkan lokasi atau negeri.

Hasil kajian beliau menunjukkan kebanyakan pelaku dan mangsa berada dalam golongan
kelas bawahan dan orang Melayu. Si pelaku pula ialah bapa kandung, bapa saudara atau bapa
tiri dan remaja yang berumur 18 tahun ke atas. Manakala mangsa adalah mereka yang berusia
16 tahun ke bawah.

1896
2.3. Faktor-Faktor Masyarakat

2.3.1 Hilangnya Sifat Amar Makruf Dan Nahi Mungkar

Syed Abdurrahman bin Syed Hussin, (2007) menyatakan bahawa Islam menjadikan amar
makruf dan nahi munkar sebagai sifat yang memisahkan orang-orang mukmin dari orang
munafiq. Firman Allah s.w.t
         

…. 
Yang bermaksud:
" Orang-orang munafiq lelaki dan perempuan setengahnya adalahsama
dengan setengah yang lain mereka (masing-masing)menyuruh dengan
perbuatan jahat dan melarang dari perbuatan yang baik"
[Al-Taubah(9): 67].

Hilangnya proses amar makruf dan nahi munkar ini menjadikan sesuatu umat itu berhak
mendapat pembalasan buruk daripada Allah s.w.t. Walau bagaimanapun Dr. Zaharuddin
Abdul Rahman dalam blognya (2007) menyatakan bahawa terdapat beberapa syarat untuk
melaksanakan amar makruf nahi mungkar itu. Antaranya ialah:

1) Kejahatan (maksiat) itu mestilah dari jenis yang disepakati sebagai dosa dengan hukum
haram secara qat'ie (putus) berdasarkan dalil-dalil yang tepat, specifik dan jelas atau dengan
ijma'. Sebarang hukum yang bersifat ijtihadi terbuka untuk perbincangan dengan hujjah yang
kemas.

2) Maksiat itu sedang berlaku, jika ia belum berlaku atau dijangkakan akan berlaku, tindakan
yang harus hanyalah dinasihati terlebih dahulu. Ini bermakna, sebelum berlaku, tiga tindakan
cegahan tadi belum menjadi harus, kerana itulah amalan menasihati samada secara umum
atau specifik dibenarkan.( At-Tasyri' al-JInaie Al-Islami, 1/502)

3) Mempunyai kemampuan sebenar dari sudut ilmu, kuasa, suasana dan yang berkaitan untuk
melakukan usaha mencegah ini.

4) Mestilah diyakini pencegahan itu tidak membawa kemudaratan yang lebih besar.

5) Maksiat itu mestilah terzahir (ternampak) dengan jelas tanpa perlu pengintipan samada
dengan cara pendengaran, penglihatan dan sebagainya.

2.4. Faktor-Faktor Negara

2.4.1 Tiada Amaran Tentang Pelaksanaan Hudud Kepada Penzina

Sayyid Qutb semasa menulis dalam mukadimah sebelum menghuraikan tafsir surah al-Nur
ayat 27-29 ada mengatakan bahawa Islam tidak hanya bergantung kepada hukuman-hukuman
hudud dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bersih, malah sebelum sesuatu yang
lain ia bergantung kepada usaha-usaha pencegahan

1897
Dalam al-Quran hukuman bagi pelaku zina hanya disebutkan satu kali. Dalam masa yang
sama terdapat puluhan ayat dalam al-Quran yang mengarahkan kaum Muslimin agar tidak
terjerumus dalam maksiat zina (preventif). Ini menjadi bukti bahwa Islam tidak datang
untuk menghukum, tetapi untuk mencegah agar tidak ada yang terhukum. Bahkan jika
dicermati lebih lanjut, ayat yang mengatur tentang had zina pada hakikatnya juga berlaku
sebagai pencegah. Jadi disamping difungsikan sebagai landasan hukum zina, ayat yang
tertulis pada awal surat al-Nur sekaligus berfungsi sebagai peringatan, terutama bagi non-
pezina, agar tidak meniru dan melakukan perbuatan zina

2.4.2 Tidak Melaksana dan Menguatkuasakan Hukum Hudud

Tindakan yang tegas perlu dilakukan dalam menangani permasalahan ini kerana dalam surah
an-Nur ayat 2, Allah berfirman yang bermaksud “Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan
janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat
dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh
sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan ketegasan Allah dalam menekankan penjagaan nasab
melalui laranganNya mendekati zina dan hukuman yang disyariatkannya

Zina Dalam Konteks Perundangan Syariah Di Malaysia

Undang-undang sangat penting dalam pembentukan akhlak kerana ia merupakan salah satu
komponen dalam agama Islam di samping aspek akidah dan hukum sebagaimana ditekankan
dalam Ruzman Md Noor (2013). Oleh sebab itu, ahli masyarakat tidak boleh mendakwa
perbuatan salah mereka sebagai urusan peribadi yang tidak boleh dicampuri oleh pemerintah
melalui penguatkuasaan undang-undang. Pemerintah yang mewakili masyarakat boleh
mengambil tindakan terhadap golongan ini kerana perbuatan mereka akan mengakibatkan
bencana kepada semua. Ini bertepatan dengan apa yang disebut dalam Yusuf Qardhawi
(2012) di mana pensyariatan atau perundangan merupakan nilai kekuatan yang utama bagi
sesebuah masyarakat. Sesebuah masyarakat perlu kepada perundangan untuk mengatur
perhubungan sesama manusia dan menghukum sesiapa yang menyeleweng dari kaedahnya.
Keperluan terhadap undang-undang ini adalah kerana hati nurani dan dorongan-dorongan
jiwa tidak memadai untuk manusia memelihara keselamatan masyarakat serta strukturnya
dari segi material dan moral, serta menegakkan keadilan di kalangan manusia.

Malahan, Mohd Azhar (2012) dalam peulisannya merumuskan bahawa dalam konsep asal
undang-undang Jenayah, istilah undang-undang, kesalahan, jenayah, agama, kesusilaan,
akhlak dan moral adalah saling berkait antara satu sama lain. Manusia tidak boleh
memisahkan antara istilah-istilah tersebut dalam sistem perundangan. Islam secara konsisten
menggariskan konsep jenayah secara komprehensif dan bersepadu antara akidah, syariat dan
akhlak ibarat roh dan jasad. Berdasarkan perkaitan rapat yang wujud antara istilah-istilah ini,
maka undang-undang jenayah syariah di Malaysia sewajarnya mempunyai peruntukan
berkaitan kesalahan-kesalahan moral. Maka, kajian ini akan meneliti dan mengenalpasti
apakah peruntukan undang-undang tersebut yang boleh digunakan bagi menangani
permasalahan yang dibincangkan.

1898
Enakmen/Akta Peruntukan Kesalahan
Negeri-Negeri
Seksyen 22. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 23. Pelacuran.
Selangor Seksyen 24. Muncikari.
Seksyen 25. Persetubuhan luar nikah.
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk
Selangor 1995 melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 29. Khalwat.
Seksyen 30. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Seksyen 31. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Seksyen 32. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 21. Pelacuran.
Seksyen 22. Muncikari.
Wilayah Persekutuan Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk
Akta Kesalahan Jenayah Syariah melakukan persetubuhan luar nikah.
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) Seksyen 27. Khalwat.
1997 Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan.

Seksyen 60. Persetubuhan haram.


Seksyen 61. Percubaan persetubuhan haram.
Seksyen 67. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 69. Melacurkan diri.
Seksyen 70. Muncikari.
Seksyen 71. Orang-orang yang hidup atas atau
Negeri Sembilan memperdagangkan pelacuran.
Seksyen 72. Melacurkan isteri atau anak.
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Seksyen 73. Menjual atau memberi anak.
Sembilan 2004 Seksyen 74. Menghasut perempuan bersuami atau
lelaki beristeri.
Seksyen 75. Hamil luar nikah.
Seksyen 76. Memikat atau membawa pergi
perempuan bersuami atau anak dara.
Seksyen 77. Memikat atau membawa pergi atau
menahan dengan niat jahat perempuan bersuami atau
anak dara.
Seksyen 52. Percubaan persetubuhan haram.
Seksyen 53. Bersekediaman.
Melaka Seksyen 54. Hamil di luar nikah.
Seksyen 55. Bersubahat melakukan kesalahan
persetubuhan haram.
Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Seksyen 71. Perbuatan tidak sopan.
Melaka) 1991 Seksyen 74. Melacurkan isteri dan anak.
Seksyen 75. Melacurkan diri.

1899
Seksyen 77. Muncikari.
Kelantan Seksyen 5. Perbualan tidak sopan.
Seksyen 6. Perkataan tidak sopan.
Enakmen Kanun Jenayah Shariah Seksyen 7. Pondan.
Negeri Kelantan 1985 Seksyen 8. Menghasut perempuan bersuami atau
lelaki beristeri supaya bercerai atau mengengkari
kewajipan dan tanggungjawab.
Seksyen 9. Khalwat.
Seksyen 10. Berkelakuan sumbang.
Seksyen 11. Zina.
Seksyen 12. Mukadimah zina.
Seksyen 13. Bersubahat melakukan kesalahan zina.
Seksyen 16. Hamil luar nikah.
Seksyen 17. Melarikan isteri orang.
Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 19. Melacurkan diri.
Seksyen 20. Melarikan perempuan.
Seksyen 22. Menjadi muncikari.
Seksyen 23. Galakan maksiat.
Seksyen 25. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melacurkan diri.
Seksyen 26. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam
peliharaannya.
Terengganu Seksyen 27. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 28. Muncikari.
Enakmen Kesalahan Jenayah Seksyen 29. Perbuatan sebagai persediaan untuk
Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 31. Khalwat.
Seksyen 34. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Seksyen 35. Mendedahkan tubuh di tempat awam.
Seksyen 36. Mewatie.
Seksyen 42. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 43. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 46. Memujuk lari orang perempuan.
Seksyen 48. Anak dara lari daripada jagaan.
Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 21. Pelacuran.
Seksyen 22. Muncikari.
Pulau Pinang Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk
Enakmen Kesalahan Jenayah melakukan persetubuhan luar nikah.
Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 Seksyen 27. Khalwat.
Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan.
Seksyen 5. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 6. Perkataan tidak sopan.
Seksyen 9. Khalwat.

1900
Kedah – Seksyen 10. Berkelakuan sumbang.
Seksyen 11. Zina.
Enakmen Kesalahan Jenayah Seksyen 12. Muqaddimah zina.
Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 Seksyen 13. Bersubahat melakukan kesalahan zina.
Seksyen 16. Hamil luar nikah.
Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 19. Melacurkan diri.
Seksyen 20. Melarikan perempuan.
Seksyen 22. Menjadi munsyikari.
Seksyen 23. Galakan maksiat.
Seksyen 5. Perbuatan tidak sopan.
Seksyen 6. Perkataan tidak sopan.
Perlis Seksyen 9. Khalwat.
Enakmen Jenayah Dalam Syarak Seksyen 10. Berkelakuan sumbang.
1991 Seksyen 11. Muqaddimah zina.
Seksyen 12. Bersubahat melakukan kesalahan
muqaddimah zina.
Seksyen 15. Hamil luar nikah.
Seksyen 17. Melacur isteri atau anak.
Seksyen 18. Melacurkan diri.
Seksyen 19. Melarikan perempuan.
Seksyen 21. Menjadi munsyikari.
Seksyen 22. Galakan maksiat.
Seksyen 45. Perhubungan muabbad dan ghairu
muabbad.
Seksyen 46. Melacurkan diri.
Seksyen 47. Melacurkan isteri atau anak.
Seksyen 48. Persetubuhan haram.
Seksyen 49. Percubaan persetubuhan haram.
Negeri Perak – Seksyen 50. Hamil luar nikah.
Seksyen 51. Bersekedudukan.
Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 Seksyen 54. Khalwat.
Seksyen 56. Mendedahkan tubuh, di tempat awam.
Seksyen 57. Perbuatan tak sopan.
Seksyen 29. Menggalak maksiat.
Seksyen 30. Melarikan perempuan bersuami atau
menghalang suami isteri daripada duduk bersama.
Seksyen 32. Melarikan perempuan.
Seksyen 34. Anak dara lari daripada jagaan.

1901
Seksyen 20. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 21. Pelacuran.
Johor Seksyen 22. Muncikari.
Seksyen 23. Persetubuhan luar nikah.
Enakmen Kesalahan Jenayah Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan untuk
Syariah 1997 melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 27. Khalwat.
Seksyen 29. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.
Seksyen 35. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.
Seksyen 39. Memujuk lari orang perempuan
Seksyen 28. Muncikari
Seksyen 29. Persetubuhan luar nikah
Pahang Seksyen 30. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah
Enakmen Kesalahan Jenayah Seksyen 31. Hamil atau melahirkan anak luar nikah
Syariah (Pahang) 2013 Seksyen 32. Khalwat
Seksyen 35. Perbuatan atau percakapan tidak sopan di
tempat awam
Seksyen 42. Menggalakkan maksiat
Seksyen 44. Melarikan isteri orang
Seksyen 47. Melarikan perempuan
Seksyen 48. Perempuan yang belum berkahwin lari
dari dalam jagaan
Seksyen 53. Berpakaian tidak sopan di tempat awam
Seksyen 70. Muncikari.
Seksyen 71. Melacurkan isteri dan anak.
Seksyen 72. Melacurkan diri.
Sabah Seksyen 73. Bersekedudukan suami isteri berlainan
Enakmen Kesalahan Jenayah agama.
Syariah 1995 Seksyen 74. Menyembunyikan kehamilan.
Seksyen 75. Muhallil dan muhallalah.
Seksyen 78. Perbuatan sumbang.
Seksyen 79. Hamil luar nikah.
Seksyen 80. Persetubuhan haram.
Seksyen 81. Taqarrub zina.
Seksyen 83. Perbuatan tidak sopan dikhalayak ramai.
Seksyen 84. Khalwat.
Seksyen 85. Menggugurkan atau membunuh
kandungan.
Seksyen 86. Melarikan isteri orang.
Seksyen 87. Melarikan anak perempuan.
Seksyen 88. Anak dara lari dari jagaan.
Seksyen 89. Menggalakkan maksiat.
Seksyen 91. Pertandingan ratu cantik.
Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau
sebaliknya.
Seksyen 17. Perbuatan sumbang mahram.
Seksyen 18. Pelacuran.
Sarawak Seksyen 19. Muncikari.

1902
Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Seksyen 20. Persetubuhan luar nikah.
2001 Seksyen 21. Perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan luar nikah.
Seksyen 24. Khalwat.
Seksyen 26. Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

Berdasarkan jadual di atas, didapati setiap negeri mempunya peruntukan kesalahan moral,
namun sesetengah negeri mempunyai peruntukan di bawah klasifikasi kesalahan yang
berbeza dengan istilah kesalahan yang berbeza. Sebagai contoh, Kelantan menggunakan
istilah zina bagi persetubuhanharam, tetapi Terengganu menggunaan istilah mewatie
manakala negeri-negeri lain pula menggunakan istilah melakukan persetubuhan haram atau
persetubuhan luar nikah. Namun apa yang jelas ia merujuk kepada kesalahan yang sama.
Namun apa yang jelas ia merujuk kepada kesalahan yang sama.

Melihat kepada perlakuan-perlakuan yang diperuntukkan sebagai kesalahan di atas, penulis


berpandangan, perbuatan zina oleh dicegah sekiranya perbuatan-perbuatan yang membawa
kepada perzinaan dapat dicegah dengan perkesan di peringkat awal. Sebagai contoh,
sekiranya perbuatan tidak sopan di tempat awam, khalwat, sumbang mahram, membawa
perempuan belum berkahwin lari dari rumah, galakan maksiat dan sebagainya dapat
dibendung di peringkat awal, perbuatan maksiat yang lebih besar seperti zina mungkin dapat
dielakkan.

Dalam Siti Zubaidah (2014), kewujudan undang-undang jenayah syariah di negara ini dalam
bentuknya yang seperti sekarang iaitu di bawah enakmennya yang tersendiri, belum boleh
dikatakan sempurna biarpun sudah berusia lebih 30 tahun. Pindaan undang-undang
merupakan sesuatu yang lumrah dan perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak semasa dan
menangani perubahan zaman. Justeru adalah dicadangkan supaya setiap undang-undang itu
dinilai dan diperbaharui dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sentiasa relevan dan
menepati keperluan semasa.

Shamrahayu (2015) dalam penulisannya menyebut, bagi mencapai objekif penggubalan


perundangan dengan berkesan, undang-undang itu hendaklah disertai dengan penguatkuasaan
yang sistematik agar perjalanan proses penguatkuasaan tersebut menjadi berkesan. Ini
bermaksud, undang-undang dan penguatkuasaan merupakan elemen utama yang penting
dalam menentukan keberkesanan undang-undang. Penguatkuasaan dirujuk oleh Siti Zubaidah
(2008) sebagai melaksanakan peraturan yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-
undang Islam yang sedang berkuatkuasa seperti peruntukan yang terdapat di bawah enakmen
kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Bagi melaksanakan penguatkuasaan terhadap
peruntukan tersebut, pihak penguatkuasa dan pelaksana undang-undang memerlukan kepada
prosedur dan undang-undang yang khusus.

Kesimpulan

Faktor utama berlakunya maksiat zina adalah kejahilan masyarakat dan kurangnya kesedaran
serta kefahaman terhadap faktor-faktor yang menjadi punca kepada perlakuan zina sedangkan
al-Quran secara jelas melarang umatnya mendekati zina bagi mengelakkan bahaya zina.
Dalam konteks perundangan syariah di Malaysia, didapati semua enakmen kesalahan jenayah
syariah negeri-negeri mempunyai peruntukan bagi kesalahan zina atau persetubuhan haram.
Enakmen tersebut juga turut memperuntukkan kesalahan bagi beberapa perbuatan yang boleh
membawa kepada perzinaan seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, berkhalwat,

1903
melakukan persediaan bagi persetubuhan haram dan sebagainya. Hal ini membuktikan
bahawa Islam memandang serius tentang perlakuan yang boleh merosakkan maruah dan
nasab. Justeru, apa yang penting setiap pihak perlu ikhlas dan serius dalam menanangani isu
ini.

Rujukan

Arifah Ayub dari Universiti Malaya (2005) “Surah Al-Nur : Kajian Pendekatan Al-Quran
dalam Mengatasi Gejala Sumbang Mahram”

Ahmad Hassan. 2004. Wanita Kelantan dan Pelacuran: Satu Kes Kajian di Kota Bharu,
1950an-1970an. Disertasi PhD. Universiti Malaya

Zuraini binti Abdul Shaer “Metodologi Tafsir Ayat Hukum oleh al-Shirbini Dalam Kitab al-
Siraj al-Munir: Kajian Terhadap Surah al-Nur”

Siti Fairuz Binti Md Saion, (2010) “Pengetahuan Mahasiswi Terhadap Kesalahan Zina Dalam
Undang-Undang Jenayah Islam. Kajian Di Kolej Tun Fatimah

Noriza binti Mohd Shaimi (2009) yang bertajuk “Kaedah Pencegahan Perzinaan: Satu Kajian
dalam Surah al-Nur”.

Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Gejala Sosial Dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelasaian Dari
Perspektif Wahyu, Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, Uni. Malaya

Paizah Hj Ismail, (2013). Anak Tak Sah Taraf Dari Perspektif Syariah Dan Perundangan
Islam Di Malaysia, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Azizah Othman , Azelin Aziz, Fenomena Sumbang Mahram Di Kalangan Masyarakat Islam
Di Malaysia. Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia

Fizwani Binti M Sarkawi,Suhana Binti Sarmadan,Mohammed Sharif Bin Mustaffa, Sulaiman


Shaki b Bin Mohd Noor, Mengenal Pasti Punca-punca dan Kaedah Menangani Tingkah
Laku Sumbang Mahram,

Paizah Hj Ismail, Aurat Wanita: Konsep dan Hukum Mengenainya, Jabatan Fiqh dan Usul,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Syed Abdurrahman bin Syed Hussin, (2007) FaktorKeruntuhan Masyarakat Dari Perpektif
al-Quran,Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri,
Kelantan

Zulkifli Haji Mohd Yusoff, (2003) Tafsir al-Mawdui: Kajian Pensejarahan, Jabatan al-
Qur'an dan al-Hadith, Uni. Malaya,

Azlina Abdullah (2010) dalam jurnalnya yang bertajuk “Tema dan Isu Penyelidikan
Mengenai Gejala Sosial pada Dekad Pertama Abad 21 di Malaysia”

1904
Roslee Ahmad dan rakan-rakan (2008) “Punca, Kesan Dan Langkah Untuk Menangani
Tingkah Laku Seksual Pelajar Mengikut Pendekatan Kaunseling Islam.”

Mohd Shukri Hanapi, (2011) “Pola Kajian Tafsir Al-Mawdu‘iy di Malaysia”

Ummul Aiman (2012), Metode Penafsiran Wahbah al-Zuhayli: Kajian al-Tafsir al-Munir,
jurnal MIQOT, Kampus IIAIN, Sumatera Utara

Zulfakar Ramlee (2004) dari UIAM berjudul ‘Incest: Its Legal Implication from Islamic
Perspective’

Hj Hushim b Salleh, Che Ruzana Bt. Che Din dan Rosni Bt. Kadir ( ) Pendidikan Seksual
dalam Menangani Permasalahan Seksual Mahasiswa di IPT: Satu Tinjauan Kaunseling

Mustaffa Abdullah (2008), Bicara Islah Masyarakat Dalam Tafsir Al- Manar: Analisis Idea
Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida

Jas Laile Suzana Jaafar (2004) dari Universiti Malaya (UM) berjudul ‘The Relationship of
Religiosity and Youth Culture to Premarital Sex Among Malaysian and Indonesian
Adolescents’

Arieff Salleh Bin Rosman & Mohd Zikri Bin Samngani Perbandingan Metodologi
Penafsiran Tafsir Al-Azhar Dan Fi Zilal Al-Quran Dalam Surah Al-Ra‛Du

Mahadi Osman, Syed Nurul Akla Syed Abdullah et al. 1995. Masyarakat Melayu dan Gejala
Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke-
21. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda. Maheran Zakaria et.al.2004. Kajian
Mengenai Ciri-ciri Pelaku dan Mangsa Jenayah Sumbang Mahram di Malaysia. Laporan
Teknikal. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA Malaysia.

Manique Apsara Ephranella. 2006. Child Pornography on the Internet. PhD. Diss., Universiti
Malaya. Mariani Mansor & Asnarulkhadi Abu Samah. 2008. Analisis

Muhammad Syahrial Razali Ibrahim 2012 Al-Qur’an Dan Keadilan Islam Dalam
Pensyariatan Hudud International Islamic University Malaysia (Iium)

Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar, Timbalan Mufti Selangor, Kedudukan Anak Tak Sah Taraf:
Dari Aspek Pandangan Syarak, Nasab dan Pewarisan Serta Kekeluargaan Islam,JAKIM.
(Kertas Kerja 2013)

Mazlan Ibrahim (2001), “Pemikiran Siasah Syed Qutb: Satu Analisa Berdasarkan Kitab Fi
Zilal al-Quran”

1905

Anda mungkin juga menyukai