Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan pesat berlaku dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pendidikan,


teknologi dan sebagainya. Ini mencetuskan pelbagai permasalahan baru yang penyelesaiannya
tidak disebutkan secara khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah (Muhammad Rafiqi,
2014).Oleh hal yang demikian, kebijaksanaan para ulama ditagih untuk berijtihad bagi mencari
jawapan hukum dan jalan penyelesaian dengan berlandaskan syariat islam. Hal ini penting bagi
memastikan umat islam tidak keliru dengan hukum sesuatu permasalahan. Oleh itu, tugasan
kali ini akan membincangkan tentang isu yang timbul dalam bidang perubatan dan
kekeluargaan serta pandangan ulama terhadap isu tersebut.

2.0 ISU IBU TUMPANG

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengidamkan zuriat. Namun tidak semua
pasangan suami isteri berpeluang untuk menimang cahaya mata disebabkan faktor tertentu
seperti tidak subur dan sebagainya. Akan tetapi, dek kerana kemajuan dunia dalam bidang
teknologi, pasangan suami isteri yang tidak mampu mempunyai anak secara semula jadi boleh
berbuat demikian. Ibu tumpang merupakan seorang perempuan yang sudi menyewakan
rahimnya untuk mengandung selama 9 bulan dengan ditanamkan ke rahimnya hasil
persenyawaan pasangan suami isteri yang menawarkannya.

Situasi yang membabitkan ibu tumpang berlaku disebabkan beberapa masalah yang
dialami oleh seseorang isteri dalam rumah tangga yang menyebabkannnya tidak mampu
mengandung. Antara faktor dan masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita atau isteri ialah
tidak boleh hamil akibat ketiadaan rahim atau rahimnya tidak baik untuk mengandung (Harlina,
2014). Selain itu, wanita yang mahu mencari pendapatan melalui cara menyewakan rahimnya
kepada orang lain sebagai alat komoditi untuk memenuhi keperluan ekonominya (Jamdin,
2011). Sehubungan itu, terdapat juga wanita yang ingin memiliki anak tetapi telah putus masa
haid yakni menopaus. Kaedah ibu tumpang ini adalah satu kaedah moden yang terhasil melalui
kajian dan ternyata dapat menghasilkan zuriat.

Pada tahun 1986, ulama fiqh telah berjumpa dan berbincang bagi menentukan hukum
penggunaan ibu tumpang. Hasil ijtihad tersebut telah mengharamkan penggunaan teknik bayi
tabung uji yang menggunakan sperma dan ovum daripada pasangan suami isteri lalu
embrionya dipindahkan ke dalam rahim perempuan atau isteri lain. Perkara ini telah
disenaraikan dalam ketetapan Majma’ul Fiqhil Islamiy Athfaalul Annabilb pada sidang ketiga,
yang bermaksud: “Cara yang kelima daripada itu dilakukan di luar kandungan antara dua benih
suami-isteri kemudian ditanamkan pada rahim isteri yang lain (daripada suami) hal itu dilarang
menurut hukum Syarak” (Salim, 1993). Sehubungan itu, Al-Qardawi (2003) mengatakan
bahawa: “Islam telah melindungi keturunan, iaitu dengan mengharamkan zina dan mengangkat
anak. Oleh yang demikian, maruah keluarga akan sentiasa bersih daripada pelbagai bentuk
unsur-unsur asing. Maka dengan itu, Islam juga mengharamkan cantuman sperma atau bayi
tabung uji, apabila cantuman bukan berasal daripada sperma suami”. Hal ini disokong dengan
Firman Allah, dalam surah al mukminun ayat 5 yang bermaksud, “Dan mereka yang menjaga
kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka
tidak tercela” . Berdasarkan dalil ini, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan ibu tumpang
adalah haram kerana tidak menjaga kemaluan atau kehormatan diri . Dengan ini, para fuqaha
bersepakat bahawa pelaksanaan ibu tumpang adalah haram walaupun ada sesetengah
pendapat mengatakan harus.

3.0 Isu Anak Tak Sah Taraf

Negara Malaysia telah menyaksikan statistik kelahiran luar nikah yang agak tinggi saban
tahun.Tambahan lagi, statistik ini juga tinggi dalam kalangan umat Islam. Hal ini jelas
bertentangan dengan prinsip Islam yang menekankan tentang kemuliaan nasab dan keturunan
dalam kehidupan berkeluarga. Nasab adalah komponen penting dalam membina sebuah
keluarga yang harmoni. Firman Allah dalam Surah al Furqan:

‫ك َقدِيرً ا‬ َ ‫َوه َُو الَّذِي َخلَقَ م َِن ْال َما ِء َب َشرً ا َف َج َعلَ ُه َن َسبًا َوصِ هْرً ا َو َك‬
َ ‫ان َر ُّب‬

Maksudnya: Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya
(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu
berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

Agama Islam telah mensyariatkan pernikahan dan perkahwinan secara sah bagi
memastikan nasab keturunan kekal baik dan terpelihara (Naqib, 2019). Perkara ini turut
bertujuan mengelakkan hubungan bebas berlaku antara pasangan bukan muhrim yang
akhirnya menyebabkan berlakunya isu anak tidak sah taraf.

Anak tak sah taraf atau disebut sebagai walad al zina yang bermaksud anak luar nikah
atau anak zina (Najibah, 2007).. Bagaimanapun anak luar nikah ini adalah suci dan tidak boleh
dianggap kotor kerana dia tidak terikat dengan dosa perbuatan ibu bapanya. Konsep sah taraf
seorang anak mempunyai perkaitan secara langsung dengan prinsip dan tanggungjawab
memelihara maqasid syariah khususnya kepentingan memelihara nasab atau keturunan
(Hamdi, 2008). Hal ini kerana anak luar nikah tidak boleh dibin atau dibintikan dengan bapanya.
Sebaliknya, anak tersebut hanya boleh dibin atau dibintikan dengan ibunya sahaja. Selain itu
anak tersebut juga tidak mempunyai hak untuk mendapat harta pusaka bapanya serta tidak
boleh diwalikan oleh bapanya. Masalah ini bukan sahaja mencalarkan imej agama Islam itu
sendiri malah turut memberi persepsi negatif terhadap keupayaan dan keberkesanan
perundangan jenayah syariah dalam mengekang permasalahan tersebut (Nur Al-Farhain,
2014)..

Isu mengenai nasab anak tak saraf telah dibincangkan oleh para fuqaha. Seseorang
anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya sekiranya dia lahir sebelum tempoh 6 bulan
selepas perkahwinan. Seseorang anak hanya boleh dinasabkan kepada bapanya sekiranya
kelahiran berlaku enam bulan daripada tempoh masa persetubuhan setelah berkahwin.
Perkiraan tempoh enam bulan tersebut mesti bermula daripada berlakunya hubungan suami
isteri. Sekiranya suami isteri tidak pernah bersama selepas berkahwin maka tempoh enam
bulan tersebut tidak dikira. Sehubungan itu, bagi menentukan penamaan anak zina atau anak
luar nikah, anak zina atau anak di luar nikah sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua
pasangan ibu “bapanya” atau tidak perlulah dibinkan atau dibintikan kepada “Abdullah” (Ahli
Lembaga Fatwa negeri sarawak, 2004).

Dalam menangani isu ini, setiap individu Muslim perlulah mendalami serta menghayati
ilmu agama dengan tekun bagi memupuk sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah
terutamanya golongan muda. Hal demikian kerana, golongan muda yang beragama Islam pada
hari ini mudah terpengaruh dengan gaya kehidupan masyarakat barat yang bebas melakukan
maksiat dan zina secara terang terangan. Zina atau persetubuhan haram merupakan penyebab
utama atau alasan yang paling kuat kepada lahirnya anak tidak sah taraf sama ada perzinaan
tersebut melibatkan pasangan yang belum berkahwin atau salah seorang daripadanya atau
kedua-duanya daripada mereka yang telah berkahwin (Siti Zubaidah, 2014). Perbuatan ini jelas
menyalahi prinsip memelihara kesucian nasab yang dituntut oleh Allah S.W.T melalui perintah
menjauhi zina yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)” (Surah al-Isra: 32)

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa perkara yang membawa kepada perzinaan
perlulah dijauhi dan dicegah kerana ia berakhir dengan kerosakan seperti merosakkan nama
baik keluarga dan meruntuhkan intitusi kekeluargaan. Oleh yang demikian, sudah menjadi
tanggungjawab setiap umat islam untuk mendalami ilmu agama agar kehidupan yang lebih
bahagia dapat diwujudkan dalam berkeluarga serta menjauhi daripada melakukan perbuatan
yang keji (Yusuf, 2012).

4.0 Penutup

Setiap daripada permasalahan baru atau isu yang timbul pada masa kini pasti ada jalan
penyelesaiannya walaupun kaedah penyelesaian tersebut tidak mempunyai dalil Al-Quran dan
as sunnah secara khusus. Hal ini menunjukkan kebijaksanaan para ulama dalam berijtihad bagi
mencari jalan penyelesaian dengan berlandaskan syariat islam. Oleh yang demikian, kita
sebagai umat Islam hendaklah patuh kepada syariat agar kehidupan kita di dunia dan di akhirat
mendapat keredhaan Allah.

Rujukan

Ahli Lembaga Fatwa Negeri Sarawak. (2004). Sighah Pewartaan dan Garis Panduan Anak
Tidak Sah Taraf https://muftinegeri.sarawak.gov.my diakses pada 7 Mac 2021

Al Quran Al Karim

Hamdi bin Ishak. (2008). Kaedah penentuan kesahtarafan anak: analisis fiqh berasaskan
keilmuan semasa. Tesis Sarjana. Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor D.E.
Harlina Halizah Siraj. (2014). Santunan Fitrah. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.

Jamdin. (2011, Maret 7). http://biologiilmu.blogspot.co.id/2011/03/sewa-rahim.html. Retrieved


from: http://biologiilmu.blogspot.co.id/2011/03/sewa-rahim.html diakses pada 7 Mac
2021

Muhamad Rafiqi Hehsan (2014). Persoalan Dalam Fiqh Perubatan. Selangor: PTS Publishing
Sdn Bhd

Muhammad Naqib bin Hamdan. (2019). Fatwa Jordan – Sains dan Perubatan. Selangor: Santai
Ilmu Publication

Najibah Mohd Zin. (2007). Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Nur Al-Farhain binti Kamaruzaman. (2014). Penguatkuasaan undang-undang berkaitan moral


dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri berdasarkan perspektif
Islam. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor D.E.

Salim. (1993). Bayi Tabung - Tinjauan Aspek Hukum. Jakarta: Sinar Grafika

Siti Zubaidah Ismail. (2014). Mendepani krisis moral: cabaran penguatkuasaan undang-undang
Jenayah Syariah. Shariah Law Reports Articles 2(1): 1-9

Yusuf Al-Qardhawi. (2012). Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan. Terjemahan:
Mohamaz Zaini Yahaya. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.

Anda mungkin juga menyukai