Anda di halaman 1dari 7

BAYI TABUNG UJI

MUQADDIMMAH
Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui tentang hari kiamat dengan tepat . Dan
dia jua yang menurunkan hujan, segala tumbuh-tumbuhan dan yang mengetahui dengan
sebenar-benarnya tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan
tiada seprang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada
baik atau buruk) . dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi dapat
mengetahui di mana dia dan bila masanya seseorang itu akan mati.
(Surah Luqman,ayat 34)
Penemuan teknologi reproduksi buatan yagn dinamakan bayi tabung uji bagi
mendapatkan zuriat telah menimbulkan persoalan dan mulai disentuh pada awal tahun
70-an oleh sarjana islam iaitu Dr Ahmad al-Hajjal al-Kurdi. Dalam keluaran majalah alWaayu Al-Islami, salah satu hasil tulisan beliau mengenai perkara itu disiarkan di
Kuwait. Penjelasan yang jelas diperlukan pada masa tersebut bagi mengimbangi
kemajuan sains dalam kehidupan yang begitu mencabar kerana isu ini masih begitu baru
dan belum mendapat perhatian ahli fikah .
Secara azali setiap hasil usaha yang dilakukan dengan kebijaksanaan manusia tetap
bergantung kepada kudrat dan ketetapan Allah . Walaupun dengan kejayaan saintis
dalam mengetahui janin yang masih berada di dalam tidak memberi kesan terhadapa
penyataan Allah iaitu Dia mengetahui apa jua yang ada dalam rahim wanita secara
mutlak.

ASAS PEMBENTUKAN & PROSES KEJADIAN TABUNG UJI

1. Proses percantuman sperma dan ovum bermula apabila ovum dikeluarkan dari
ovaryi wanita dan diletakkan kedalam tabung uji .
2. Sperma yang dikerluakan daripa pihak lelaki akan diletakkan di dalam tabung uji
yang sama .
3. Proses persenyawaan antara sperma dan ovum bermula dan membentuk zigot .
4. Sel akan terbahagi kepada dua, empat, dan lapan . Tahap ini dinamakan morola
yang merupai bentuk buah mulberi .

TUJUAN PENGEKALAN ZURIAT DALAM SYARIAT ISLAM


Dalam Islam, umatnya digalakkan untuk berkahwin bagi mengekalkan zuriat dengan
cara yang halal. Hadis yang disabdakan oleh Rasullah yang bermaksud :
Berkahwinlah kamu, lahirkan zuriat dan ramaikan, sesungguhnya aku berbangga
dengan (ramainya) kamu, umat (ku) pada hari kiamat .
(Direkodkan oleh Nasai)
Terdapat juga ayat Al-Quran yang memberi galakkan kepada umat Islam iaitu :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia yang menciptakan untukmu isteriisteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya
dan dijadikannNya di antaramu rasa kasih dan saying. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah ar-Rum, ayat 21)

FAEDAH PERKEMBANGAN ZURIAT


Antara faedah perkembangan zuriat ialah dapat mencapai keredhaan Allah dan
Rasul. Setiap umat Islam digalakkan untuk berusaha mendapatkan keredhaan Allah dan
Rasul dengan menambah keturunan yang menjadi kebanggan Rasulullah pada hari
kiamat . Dalam masa yang sama, dengan mengembangkan zuriat dapat membentuk anak
yang soleh atau solehah yang dapat memohon & berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa .
Melalui anak yang soleh atau solehah dapat menjadikan mereka aset kekal bagi setiap
manusia untuk kebajikan kepada diri mereka selepas mati . Melalui amalam yang
dikerjakan oleh si anak melalui doa dan kesejahteraan yang dipohon menjadikan pahala
buat ibu bapa sentiasa bertambah . Disamping itu , anak-anak yang meninggal ketika

kecil dapat memberi manfaat kepada ibu bapa pada hari akhirat kelak bagi memohon
keampunan dosa dan mereka juga dapat menjadi pemberi syafaakt kepada kedua ibu
bapa mereka .
FAKTOR YANG MEMERLUKAN RAWATAN PENGHAMILAN
Antara yang menjadi faktor yang memerlukan rawatan tersebut ialah kelemahan dan
kekurangnan sperma atau ia dikenali sebagai Oligospermia. Faktor yang seterusnya ialah
terdapat halangan untuk sperma masuk ke dalam saluran peranakan . Selain itu,
kehadiran cecair dari pangkal rahim mematikan sperma dapat menjadi salah satu faktor
tersebut . Di samping itu, setiap wanita akan mengalami berlainan asalah tetapi ada
wanita jugak akan mengalami kedudukan rahim yang beralih dari tempatnya tanpa . Tiup
fallopio tertutup membawa kepada faktor yang seterusnya. Apabila tiub fallopio tertutup,
embrio yang terbentuk tidak dapat berkembang di dalam rahim dengan sempurna . Hal
ini akan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kesulitan untuk hamil .
HUKUM MENYUMBANGKAN BENIH KEPADA PIHAK ASING
Perkembangan dunia terkini dalam bidang perubatan telah membuka banyak minda
ramai pihak untuk membicarakan apakah keharusan bagi pihak ketiga menyumbnagkan
air maninya kepada pasangan yang bermasalah dalam mendapatkan anak atau menjadi
ibu tumpang kepada pasangan yang sukar mendapatkan anak .Lebih-lebih lagi pada
masa kini sudah wujudnya bank-bank air mani untuk menjaga dan menguruskan
sumbangan serta penggunaan mani untuk orang umum.
Mengiktiraf dan menajga kehormatan seseorang individu merupakan sessuatu yang
dititikberatkan dalam agama Islam . Selain itu, Islam jugak tidak membiarkan umat
sama sekali jiwa serta jasad manusia dinodai seluruhnya walau dengan tangan pemilik
jasad itu sendiri . Manusia jugak sama sekali tidak boleeh dizalimi, diseksa, dibunuh,
diganggu ketenteramannya walau dengan satu kalimah .
Dalam hal ini, berlandaskan syariat dari langit yang dilaksanakan melalui hukum
sudah tentu berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia. Buat sebahagian negara
barat membenarkan pendermaan ovum dan sperma tetapi melarang pemerdagangan

ovum dan sperma. Berlainan dengan Islam, yang menitikberatkan nilai kemuliaan dan
syriat yang mencorak nilai kehidupan . Derma darah diharuskan untuk keperluan darurat
manakala pendermaan sperma dan ovum tidak boleh diqiaaskan dengan kehausan
menderma darah .
PERSPEKTIF SYARAK TERHADAP TEKNOLOGI REPRODUKSI BUATAN
i.

KEHARUSAN REPRODUKSI BUATAN


Apabila pasangan suami isteri tidak dapat menghasilkan anak secara semula jadi
maka hukumnya adalah harus bagi persenyawaan suami dan ovum isteri yang
dilakukan di dalam rahimi isteri . Namun bagi melakukan persenyawaan tersebut
perlu dipastikan sperma yang disenyawakan benar-benar milik si suami untuk
memastikan tidak berlaku pertukaran sperma dengan orang lain. Perkara ini
penting bagi memastikan persenyawaan dan anak yang lahir hasil dari air mani
yang halal di dalam kedua-dua perihal .iaitu perihal keluar dan perihal
dimasukkan ke dalam rahim . Berdasarkan pandangan daripada pendapatpendapat sarjana fikah, anak yang memenu hasil dari airman yang halal di dalam
kedua-dua perihal dan memenuhi ketetapan tersebut akan disabitkan nasab sama
seperti anak yang hasil daripada persetubuhan .
Menurut pendapat mazhab Hanafi, air mani yang dimasukkan ke dalam rahim
wanita tanpa memasukkan zakar atau sebarang alat dapat diterima akal dan syarak
.Oleh hal yang demikian, Syarat mani yang disabitkan nasab dan diwajibkan
iddah hendaklah halah dalam perihal inzal(keluar dari testis) dan perihal isidkhal
atau persenyawaan dilakukan.
Menurut pendapat mazhab Maliki, dengan kemasukan batang zakar atau tanpa
kemasukan akal dan syarak menerima perkara tersebut sebagai kemasukan mani
ke dalam faraj . Kemasukan mani itu disabitkan iddah. Bagi perkara tersebut,
perempuan tidak wajib mandi apabila air mani ke dalam farajnya tanpa
melakukan persetubuhan,melainkan terjadinya orgasme atau terjadi kehamilan.
Maka anak tersebut disabitkan ke atas ibunya dan sabit pertalian dengan suami
ibunya atau tuan ibunya atau empunya mani(dalam hal persetubuhan syubhat)
sekiranya dapat dipastikan anak itu terhasil daripada mani siapa apabila anak itu
lahir Sekiranya pemilik mani itu tidak diketahui,maka wanita itu akan dikenakan

hukuman hudud dan anak yang terhasil tidak dikira daripada persetubuhan
syubhat.
Menurut pendapat mazhab Syafie pula, persetubuhan yang mewajibkan iddah dan
sabit nasab apabila air mani dimasukkan dalam faraj kerana lebih memungkinkan
kehamilan berbanding semata-mata memasukkan zakar.

Dalam mazhab hambali pula, memasukkan mani ke dalam faraj tanpa kemasukan
zakar dapat diterima akal. Mereka berpendapat mani halal dimasukkan ke dalam
rahim bagi menghasilkan anak dan disabitkan nasab dan iddah ke atas ibu.
Manakala memasukkan mani ke dalam rahim wanita asing tidak dikira zina, maka
tidak perlu dikenakan hukuman hudud.
Daripada pendapat-pendapat sarjana fikah ini dapat disimpulkan bahawa:

Selagi anak yang dilahirkan terhasil dalam ikatan perkahwinan yang


sah,atau terhasil daripada persetubuhan nikah fasid dan persetubuhan
syubhat,berdasarkan perkiraan syarak yang menetapkan nasab kepada

empunya ranjang disabit nasab.


Nasab,iddah dan rujuk disabitkan dengan memasukkan mani yang
halal,sebagaimana disabitkan nasab,iddah dan tempoh rujuk pada anak

yang terhasil daripada persetubuhan.


Air mani yang tanpa kemasukan zakar ke dalam rahim diharuskan syarak

serta diterima akal selagi ada ikatan yang sah.


Air mani diambil perkiraan mengiktu perihal keluar dan masuk ke dalam
faraj sebagaimana disepakati . Apabila mani tersebut dimasukkan atau
meleleh ke dalam farajnya isteri ,sabit nasab anak kepada si suami,kerana
dikira mani tersebut halal hasil persetubuhan dengan isterinya.

ii. LARANGAN REPRODUKSI BUATAN


Persenyawaan antara sperma dan ovum bukan suami isteri
Pasangan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan adalah dilarang di sisi
syarak untuk melakukan kesemua proses persenyawaan bantuan antara sperma

dan ovum. Bagi mengelakkan kecelaruan nasab , larangan diberikan ke atas zigot
yang dibesarkan dalam kandungan isteri mahupun ibu tumpangan,.
Walaupun tidak berlaku persetubuhan, proses persenyawaan sebegini dianggap
seumpama perlakuan zina . Demi menjaga keturunan yang begitu dititkberatkan
oleh syarak.pihak pemerintah perlu menetapkan satu hukuman takzir yang sesuai
bagi menghalang perkara ini dilakukan .
Persenyawaan buatan ke atas perempuan yang tidak bersuami hukumnya adalah
haram kerana terpaksa menggunakan sperma lelaki asing.
Adalah tidak diharuskan persenyawaan bantuan antara sperma dan ovum
pasangan suami isterri untuk dibesarkan dalam rahim ibu tumpangan. Untuk
seperti kebiasaannya dijalankan apabila isteri tidak mempunyai rahim yang baik
untuk mengandung atau sengaja tidak mahu mengandung. Menjadi ibu tumpang
adalah bercanggah dengan peraturan syariat.

Anda mungkin juga menyukai