Anda di halaman 1dari 14

Perancangan keluarga, kontraseptif & Islam : Suatu sorotan

Oleh :
Norhana binti Ahad
1



Abstrak
Perancangan keluarga suatu yang dibenarkan dalam Islam untuk mencapai sebuah
tahap penghidupan yang bagus dan sihat, selain memastikan kestabilan ekonomi, dan
mendapatkan jaminan sosial yang sejahtera bagi impak generasi penduduk yang
berkualiti. Termasuk di dalam konsep perancangan keluarga adalah hak individu dalam
membuat pilihan sebarang kaedah kontraseptif ( penghindar kehamilan ) bagi mencapai
hasrat tersebut. Salah satu kaedah tradisional adalah al-azl iaitu suami menarik keluar
zakar dari faraj sebelum berlakunya ejakulasi air mani dan ianya dibenarkan dalam
Islam. Adapun kaedah kontraseptif moden yang pelbagai dewasa ini, masih ramai yang
keliru akan kesahihannya dalam pengamalan mengikut pandangan Islam.
Menggunakan sepenuhnya kajian berorientasikan dokumentasi ini akan menyorot hasil
penulisan berkaitan perancangan keluarga dan kontraseptif dalam Islam. Di hujahkan
juga mengenai beberapa kaedah menghindar kehamilan seperti pensterilan, yang jelas
nyata tidak dibenarkan dalam syariat Islam selagi mana ianya tidak bersandarkan
kepada kemaslahatan.
Kata kunci : Perancangan keluarga, kontraseptif, al azl, kaedah perancangan
keluarga, pensterilan
Abstract
Family planning is allowed in Islam in order to achieve a healthy and good level of life,
economic stability as well as a good quality of social life for future generations. In a
concept of family planning, an individual has a right to choose any method of
contraception. One of the traditional methods is al azl which is a husband has to
pulling out his penis from the vagina before the ejaculation and it is allowable in Islam.
Even there are many modern contraceptive methods, many people are still confused
with the validity of it in Islam. By using this documentation oriented review, it will
highlight the related writings of family planning and contraception in Islam and the
prevention methods of pregnancy such as sterilization which is clearly has not been
allowed in Islamic law.
Key words : Family planning, contraception, al azl, family planning methods,
sterilization

Penulis merupakan pelajar siswazah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Pendahuluan
Islam menggalakkan untuk meramaikan ummah ( kathrah ) seperti mana terdapat
mafhum hadis yang menyatakan bahawa :
Berkahwinlah dan bertambahlah, kerana Aku akan menjadikan kamu tauladan di
hadapan bangsa bangsa lain pada hari Kiamat.
Walaupun begitu, ianya bukanlah bermakna sesebuah keluarga itu harus
mengenepikan perancangan kehamilan sehingga boleh membebankan keluarga dan
masyarakat. Sehingga ke hari ini, masih ramai masyarakat Islam, tergolong juga
golongan golongan sarjana Islam yang masih mempunyai persepsi negatif mengenai
perancangan keluarga / kehamilan, dengan hujah mereka bahawa mana mana
amalan pencegahan kehamilan adalah sama dengan perbuatan membunuh bayi yang
sepatutnya mempunyai hak untuk hidup, selain bertentangan dengan konsep takdir dan
kebergantungan kepada Allah S.W.T ( tawakkal ). Melihat kepada persejarahan,
masalah perancangan keluarga ini sudah mula timbul seawal zaman Rasulullah S.A.W
lagi apabila salah seorang sahabat bertanyakan tentang al azl. Tetapi ianya
berterusan di zaman mutakhir ini apabila muncul pula kaedah kaedah kontrosepsi
moden yang pelbagai sekaligus menguatkan persoalan dalam kalangan masyarakat
sejauah mana perancangan keluarga menggunakan kaedah kontraseptif kini diterima
dalam Islam.
Demikian itu, agama Islam sebagai agama yang mengatur kehidupan umat
manusia, sudah pasti segala galanya terkandung dalam ideologi Islam yang
memerlukan penelitian yang terperinci bagi mencari jawapan di setiap persoalan.
Berdasarkan sumber utama perundangan Islam seperti Al Quran, Al Sunnah dan
pandangan Ulama Islam dalam menginterpretasikan perundangan Islam ( fatwa ) akan
dihuraikan bagi menyangkal pendapat pendapat yang menolak perancangan
keluarga.

Keharusan Kontraseptif dalam al Quran dan pandangan beberapa Mazhab
Hubungan keluarga sangat ditekankan dalam fiqh Islam untuk mencapai kehidupan
yang sejahtera dan bermanfaat bagi para anggotanya. Hak anak anak secara khusus
telah ditekankan sebagai pembangun masyarakat masa depan dan pembela Islam.
Oleh yang demikian, sangat jelas bahawa ikatan perkahwinan dan pembentukan
keluarga dalam Islam memerlukan banyak perancangan dan pertimbangan tertentu
seperti kemampuan dari segi kewangan, pertimbangan sosial yang merangkumi
tanggungjawab terhadap anak dan keluarga. Maka pentingnya perancangan keluarga
bagi setiap pasangan untuk menjarakkan kelahiran anak. Selain ianya membantu untuk
penyusuan yang sistematik dan juga menjamin kesihatan yang berpanjangan,
2
ianya
juga bermatlamat mewujudkan bilangan ahli keluarga yang produktif dari segi jangka
panjang.
3

Suatu peninjauan kembali terhadap al Quran, secara tersusun
mengungkapkan bahawa tidak ada nas yang melarang perbuatan pencegahan
kehamilan atau perancangan keluarga ( pengurangan jumlah anak ),
4
tetapi ada
beberapa hadis Nabi yang menunjukkan keharusannya dan disepakati oleh majoriti
fuqaha dari pelbagai mazhab mengenai al azl ( coitus interruptus ), dimana suami
mengeluarkan maninya di luar vagina si isteri.
5

Dalam kitab Ihya Ulum al Din karya Imam al Ghazali dari mazhab syafiI juga
mengharuskan pengamalan al azl dalam perancangan keluarga. Kemudiannya beliau
telah menspesifikasikan beberapa alasan yang boleh diterima dalam perihal
pencegahan kehamilan diantaranya ialah meliputi penjagaan kesihatan isteri, keperluan
dalam mengatur perancangan ekonomi keluarga.
Beberapa Mazhab seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali pula mengharuskan al azl
( coitus interuptus ) dengan mendapatkan persetujuan isteri, tetapi tidak pada beberapa
sarjana lain yang mengenepikan persetujuan isteri.
6

Imam Syaukani ada menjelaskan beberapa alasan untuk al azl ialah untuk
melindungi anak yang sedang menyusu dari bahaya perubahan susu ibu yang sedang
hamil, selain untuk menghindari pertambahan bilangan anak tanpa terkawal.
7

Dari tinjauan singkat fiqh ini jelaslan bahawa al azl untuk pencegahan
sementara kehamilan adalah diharuskan ( jaiz ). Para sahabat sendiri mempraktikkan al
azl di masa Nabi S.A.W. Baginda kemudian mengetahui tentang hal ini dan tidak
melarang mereka sebagaimana menurut hadis dari Jabir yang diriwayatkan dalam
kumpulan hadis Muslim.




2
Maulana Qazi Mujahidul Islam Qasmi. 2007. The Issue of birth control and the Islamic Law.
Contemporary Medical Issues in Islamic Jurisprudence. Kuala lumpur : A.S Nordeen. h. 49 - 50
3
Amree Ahmad. 2003. Fokus : perancang Keluarga di Malaysia, Makin ramai tidak rancang. Bahagian :
Nasional. Massa. h 18 - 19
4
Abd Rahim Umran. 1997. Islam dan KB. Jakarta : Pt Lentera Basritama.h 3
5
Awang Suhaili bin Hj Mohiddin. 2003. Pengguguran Janin : Amalan semasa dan pandangan Islam
mengenainya. Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa 2003. Menghadapi cabaran globalisasi.
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti Pengajian Islam. h 64
Perancangan keluarga dan isu berkaitan dengannya
Perancangan keluarga ialah suatu ikhtiar ( usaha ) manusia yang disengajakan untuk
mengatur kehamilan dalam keluarga secara tidak melawan hukum agama, Undang
undang negara dan moral, demi untuk mencapai kesejahteraan keluarga.
8
Harus diingat
bahawa kesejahteraan keluarga itu amat penting dalam merealisasikan ummah dan
masyarakat yang dinamik. Maka, tidak mustahil lah, beberapa pendapat mengatakan
bahawa perancangan keluarga itu membantu sesebuah keluarga dalam mencapai
tingkat ketenangan kerana mereka hanya mempunyai anak apabila mereka bersedia.
9


Perancangan keluarga dilihat dari beberapa sumber utama.
Sejauh mana isu perancangan keluarga ini dibincangkan, tidak ada nas yang jelas dari
al Quran yang menghalang pasangan samaada suami atau pun isteri untuk
menjarakkan kehamilan atau mengurangi jumlahnya. Ini jelas menunjukkan bahawa
tidak ada nas yang melarang al azl atau kaedah kontraseptif yang lain selagi mana
ianya tidak bercanggahan dengan syariat. Ketiadaan hukum ini di dalam al Quran,
telah ditafsirkan oleh para Ulama bahawa al Quran tidak melarang pengamalannya. Ini
terbukti dalam pandangan Imam Besar al Azhar, Syeikh Jadil Haq Ali Jadil Haq yang
menyatakan bahawa :
10

))
((
Mafhum :
suatu tinjauan yang jelas pada al Quran menngungkapkan bahawa tidak ada nas
yang melarang pencegahan kehamilan atau pengurangan jumlah anak
Maka bahagian ini akan cuba untuk menyoroti beberapa hukum perancangan
keluarga berdasarkan sumber sumber premier dalam Islam serta pandangan orang
yang menentang perancangan keluarga sekaligus menganggap ianya sebagai dilarang,
dan pandangan orang orang yang menyokong dalam perihal perancangan keluarga
ini.

6
Abd Rahim Umran. 1997. Islam dan KB. Jakarta : Pt Lentera Basritama.h 4
7
. Ibid. h. 4
8
K.H Moh. Dachlan. T.th. Keluarga berentjana dipandang dari sudut Islam. Indonesia : Biro Penerangan
dan Motivasi keluarga Berentjana Nasional. h. 19
9
Farzaneh Roudi Fahimi. 2002. Islam and Family Planning. Irans Family Planning Program :
Responding to a Nations Needs. Washington DC : Population Reference Bureau. h. 2
10
Jadil haq, Syeikh Jadil Haq Ali Jadil Haq. Mufti Besar Al azhar.1980. Ray Al din fi tanzim al
Usrah. Majalah al Tasawwuf al Islam. No 21. Mesir : Majlis Pendudukan Kebangsaan

i. Al Quran
Dalam penggunaan al Quran, terdapat segelintir pendapat dari pihak yang menentang
perancangan keluarga ini memperdebatkan perancangan keluarga itu sama seperti
pembunuhan anak ( wad ). Mereka telah menginterpertasikan beberapa ayat seperti
yang termaktub dalam surah al anam :
11


N, Fb_1JfV m)0 .
C1f F PC
Bf, . )) ((
Mafhum :
... Dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut akan kemiskinan..
Digunakan juga surah al Isra:
12

N, Fb_1JfV H)0
,@ C1f F
C HBf, P f
1JC Cm B4 b1@PAH
Mafhum :
Dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut akan kemisinan.
Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu
Hampir semua pihak yang menentang perancangan keluarga berhujah bahawa al
azl atau setiap praktik yang mencegah kehamilan adalah menyerupai pembunuhan
anak.
13
Mereka juga memandang beberapa kutipan nas di atas sebagai nas larangan
secara tidak langsung kerana tiada nas yang menyebut kontrasepsi secara terangan.
Tetapi berbeza pendapat dengan pihak yang menyokong perancangan keluarga ini.
Mereka sama sekali menyangkal pendapat berkenaan perancangan keluarga itu sama
seperti pembunuhan anak kerana menurut mereka, wad terjadi apabila anak yang
dilahirkan hidup dibunuh dengan menanamnya hidup hidup, atau dibuang seperti
mana amalan biasa terutamanya terhadap bayi perempuan semasa zaman jahiliyyah.
Allah S.W.T amat murka dengan amalan sebegini, justeru ayat ayat yang dijadikan
hujah oleh golongan penentang selama ini hanya lah merujuk kepada pengharaman

11
Al Quran. Surah al anam ayat 151
12
Al Quran. Surah al Isra ayat 31
13
Abd Rahim Umran. 1997. Islam dan KB. Jakarta : Pt Lentera Basritama. h. 4
pembunuhan bayi secara biologis ( semulajadi ).
14
Kontrasepsi menghalang berlakunya
persenyawaan. Ini bermakna embrio tidak lagi terbentuk, apatah lagi melalui peringkat
pertukaran kepada janin dan bayi, sungguh ianya tidak timbul sama sekali. Maka boleh
disimpulkan tiada istilah pembunuhan bayi ( wad ). Pendapat ini didasarkan kepada
dalil dari surah al Muminun yang menerangkan tahap tahap penciptaan secara
terperinci :
15

)f, Bqf1 @6Bb 0b1
. 0 =q1
1A [ ;bC 0N
B,1f1 A;1Bb 1f1 B,1f1
f1Bb 1 B,1f1
Bb Bd B_@N
Bb Bd=6 =00
Bf1 b, P Aq,;BJ Bb @=0
f16Bb

Mafhum :
Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari
tanah;Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air mani ( nuthfah ) pada penetapan
Yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah ( alaqah
).Lalu Kami ciptakan segumpal darah itu menjadi seketul daging ( mudhghah ); Dan
segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang ;Lalu tulang itu Kami bungkus dengan
daging ;Kemudian Kami jadikan dia suatu ciptaan lain ( halqan akhar ) ; Maka
mahasucilah Allah, Pencipta terbaik.
Selain itu juga, mereka memperdebatkan konsep takdir ( qadar )
16
dan
kebergantungan kepada Allah S.W.T ( tawakkal ) dalam isu ini apabila segelintir pihak
yang menentang menegaskan bahawa apabila Allah S.W.T mengkehendaki seseorang
untuk mengandung, maka perancangan keluarga itu tidak dapat mencegahnya, ini
kerana sesuatu perkara itu tergantung kepada kehendak Allah S.W.T seperti mana
golongan yang menentang berpegang pada surah al Takwir ada menyatakan :
17

B, BV oNf 0 ,B
Bb L,; 1Bb

14
Zainah Anwar. 2008. Islam dan Perancangan Keluarga. Selangor: Sisters in Islam. h. 5
15
Al Quran. Al Muminun. Ayat 12 - 14
16
Zainah Anwar. 2008. Islam dan Perancangan Keluarga. Selangor. Sisters in Islam. h. 5
17
Al Quran. Al Takwir. Ayat 29



Mafhum :
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali
dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan seluruh
alam.
Tetapi para Ulama yang menyokong kontrasepsi melihat penggunaannya hanya
sebagai satu cara untuk menjarakkan anak, walaubagaimanapun tidak menolak
sekiranya dikurniakan zuriat kerana masih berpegang kepada kepercayaan bahawa
Allah S.W.T itu berkehendak ke atas tiap sesuatu.
18

Golongan yang menentang perancangan keluarga ini juga turut memperjuangkan
hujah berkaitan masyarakat Islam itu harus mempunyai umat yang ramai ( kathrah ),
kerana melihat beberapa pensyariatannya seperti mana yang termaktub dalam surah
hud iaitu :
19

,_ H00 . ;J.Bb
HJBb, ..B@
Mafhum :
. Dia telah menciptakan kamu dari bumi ( tanah ) dan menjadikan kamu penghuni
dan pengembangnya
Walaubagaimanapun, hujah mereka itu tidak dipersetujui oleh golongan yang
menyokong kerana mereka beranggapan meramaikan ummat ( kathrah ) itu
sememangnya suatu keharusan dalam Islam tetapi tidak sehingga membebankan
keluarga dan masyarakat apatah lagi memberi mudarat dari segi kewangan, kesihatan
dan lain lain.
Selain itu juga, golongan penentang mendakwa bahawa perancangan keluarga
ini adalah suatu komplot Barat untuk mengurangkan jumlah orang Islam dan
menghapuskan kuasa mereka. Tetapi ianya disangkal oleh golongan yang menyokong
kerana mereka mempercayai bahawa masa depan orang Islam pada hari ini bergantung
lebih kepada mutu ummah tersebut, kemajuannya dari segenap aspek sosial,
kemampuannya bersaing secara global, keimanan, bukan pada kuantitinya.

18
A. Rahmat Rosyadi. 1986. Indonesia : Keluarga berencana ditinjau dari hukum Islam. Bandung :
Penerbit Pustaka.h 80
19
Al Quran. Hud. Ayat 61


ii. Hadis Nabawi
Penggunaan hadis mengenai al azl sebagai tindakan kontraseptif dapat
diklasifikasikan dalam beberapa kategori iaitu :
20

a) Pengalaman para sahabat tentang al azl

Tidak syak lagi bahawa al azl dipraktikkan oleh kaum Muslim sebagai kaedah
kontraseptif di masa hayat nya Nabi Muhammad, dan Baginda tidak melarang
perbuatan tersebut. Seperti mana hadis dari Jabir ibn Abdullah ada menyatakan :

)) :
((
Mafhum :

Dari Jabir ibn Abdullah, ia berkata, Kami ( para sahabat Nabi ) dahulu biasa
mempraktikkan al azl di masa Nabi S.A.W, sementara al Quran ketika itu
sedang diwahyukan

Terdapat juga keharusannya di dalam hadis :

))
((

Mafhum :

Kami dahulu mempraktikkan al azl di masa Nabi S.A.W. Baginda
mengetahuinya, tetapi tidak melarang kami dari melakukannya

Berdasarkan hadis yang dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa para
sahabat biasa mempraktikkan al azl tanpa larangan dari Nabi atau al Quran.
Majoriti Ulama menggunakan hadis tersebut untuk menyimpulkan tentang
keharusan al azl sebagai kaedah kontraseptif dalam Islam.

b) Hadis yang menolak bahawa al azl adalah pembunuhan anak dalam tersirat.


20
Abd Rahim Umran. 1997. Islam dan KB. Jakarta : Pt Lentera Basritama. h. 132
Beberapa hadis dikenal pasti menolak pendapat yang mengatakan bahawa al
azl adalah pembunuhan anak. Orang orang yahudi telah menyamakan al azl
dengan pembunuhan anak secara tersirat kerana melibatkan pembuangan benih
( air mani ). Tetapi hujah ini telah disangkal oleh Nabi S.A.W di dalam sabdanya :

)) : :
. :
. ((
) (
Mafhum :

Dari Jabir : Para sahabat bertanya kepada Nabi, Ya Rasulallah! Kami biasa
mempraktikkan al azl, tetapi orang yahudi menyatakan bahawa hal itu adalah
suatu pembunuhan kecil. Maka Rasulallah mengatakan bahawa orang orang
yahudi tersebut telah berbohong dan bersabda apabila Allah hendak
menciptakannya, tidak ada yang dapat menghentikanNya.

Berpandukan beberapa hadis yang dinyatakan, majoriti Ulama dan sarjana Islam
seperti al Ghazali dan Ibn al Qayyim mengharuskan al azl secara mutlak sebagai
salah satu penggunaan kontraseptif. Ianya dikuatkan lagi dengan analisis dan
interpretasi daripada beberapa sarjana Islam terkemuka seperti Abu Jafar at Tahawi
yang menjelaskan dalam bukunya, setelah meninjau beberapa hadis, didapati konsep al
azl itu tidak dikategorikan sebagai sesuatu yang makruh.
21


Kontraseptif dan keluarga
Dalam bahagian sebelumnya telah dihuraikan mengenai satu satunya kaedah
kontrasepsi yang dikenal dan dilakukan semasa kehidupan Nabi iaitu al azl.
Sememangnya para sarjana fiqh terdahulu kurang menyatakan mengenai kaedah
kaedah kontraseptif selain al azl kerana kaedah kaedah moden tersebut hanya lah
muncul mutakhir ini. Hasil perubatan moden telah berhasil merancang suatu kaedah
kontraseptif baru yang digolongkan sebagai kaedah kekal dan sementara. Jika menurut
Qiyas, kaedah kontraseptif alternatif ini dibolehkan sekiranya bertujuan untuk mencegah
kehamilan secara sementara tanpa menghancurkan kesuburan atau kemampuan untuk
mendapatkan keturunan.


Terdapat dua cara untuk mengawal kehamilan bagi isteri iaitu :
22

i. Kaedah tetap

Kaedah ini merupakan suatu kaedah yang bersifat kekal. Antara kaedah yang
sinonim ialah melalui kaedah sterilisasi ( pemandulan ).
23
Kaedah ini boleh
dilakukan samada pasangan suami atau isteri. Prinsipnya ialah untuk menutup
lubang tuba rahim untuk wanita. Sebagaimana yang diketahui, lubang tuba rahim
ialah rahim dimana tempat berlakunya persenyawaan sperma dari testis lelaki.

Mengenai hukum pemandulan ini telah dibahaskan oleh Ulama, di mana
pada tahun 1981, Majlis fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang
mengahramkan pemandulan lelaki atau wanita. Ini kerana pemandulan boleh
menyebabkan kemampuan reproduktif seseorang itu terganggu.
Walaubagaimanapun, pengecualian dibenarkan dalam kes kes tertentu seperti
seseorang wanita itu tidak lagi mampu menggunakan kaedah kontrasepsi lain
kerana masalah kesihatan dan kehamilan boleh membahayakan nyawanya.

Terdapat juga sebilangan kecil fuqaha yang mengharuskan pemandulan
berdasarkan sebab sebab berikut :

y Tidak ada tertulis pengharaman pemandulan samada di dalam al
Quran atau Sunnah
y Pemandulan adalah cara kontrasepsi yang berpanjangan dan
digunakan selepas bilangan anak yang dikehendaki tercapai.
Sheikh Ahmad Ibrahim, Ulama Mesir terkemuka pada awal abad ke 20,
telah merumuskan bahawa beliau tidak melihat sebarang larangan yang jelas
terhadap pemandulan ini kerana ianya bukanlah suatu jenayah terhadap
kehidupan yang wujud.
ii. Kaedah sementara


21
Al Tahawi, Abu Jafar Ahmad ibn Mahmud al mashri al Azdi. M 933. Syarh Maani al athar. Jil 3.
Kairo. h 34
22
Sidek Nontak. 1993. Kemusykilan Wanita Dari Perspektif Perubatan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications.h 110
23
Ibid. h 110
Kaedah ini adalah suatu kaedah yang tidak bersifat kekal yang terbahagi kepada
beberapa kaedah iaitu :
24



y Pil perancangan keluarga

Pil ini mengandungi suatu hormone estrogen dan progesteron
dalam dos yang minimum. Ianya bertindak mencegah pengeluaran
benih betina ( ovum ) dari ovari pada pertengahan kitaran haid.
Ianya juga mengurangkan sekresi bahan glikogen dari sel rahim,
supaya ovum yang telah disenyawakan oleh sperma tidak dapat
melekat di rahim.

y Kondom

Pemakaian kondom kebiasaannya sinonim dengan lelaki yang
berfungsi untuk menghalang pengeluaran sperma.
Walaubagaimanapun, terdapat juga risiko penggunaannya kerana
dikhuatiri boleh mengalami kepecahan kondom ketika hubungan
sekas dilakukan.

y Alat dalam rahim ( IUD, spiral, simpul )

Alat dalam rahim atau IUD ( intrauterine devices ) ini dilakukan
dengan cara memasukkan ke dalam rahim. Ianya boleh disimpan
selama tiga atau empat tahun di dalam rahim tanpa perlu dibuang
mahupun dicuci. Alat ini akan mengeluarkan kuprum untuk
mencegah kehamilan.

y Ubat tradisional seperti jamu dan sebagainya.

Sesetengah bangsa mempunyai cara tersenderi untuk menghindar
kehamilan. Umpamanya sesetengah bangsa di Afrika
menggunakan herba yang dibuat daripada akar dan tumbuhan lain
untuk mencegah kehamilan. Jamu juga sinonim dengan masyarakat
di Malaysia yang kebanyakannya diperbuat daripada sumber asli
seperti tumbuh tumbuhan.

24
Sidek Nontak. 1993. Kemusykilan Wanita Dari Perspektif Perubatan. Kuala Lumpur : Utusan
Publications.h 110
Berdasarkan kaedah kaedah kontrasepsi sementara yang dinyatakan, para
sarjana fiqh tidak ramai yang memberikan ulasan terperinci setiap satunya kerana
kaedah kaedah ini hanya muncul mutakhir ini. Tetapi, melalui Qiyas, kaedah kaedah
alternatif ini dibenarkan asalkan tidak menghalang kesuburan yang kekal. Oleh yang
demikian, dalam menentukan kaedah kontrasepsi untuk digunakan, elakkan untuk
mengambil kaedah yang boleh membahayakan kesihatan.
Kesimpulan
Perancangan keluarga adalah salah satu usaha yang penting dalam menjamin
kesihatan individu tidak kira di pihak isteri, suami mahupun anak. Arakian itu, sebuah
negara Muslim yang mengimpikan kejayaan dalam segenap aspek seharusnya
menitikberatkan kesihatan penghuni di dalamnya. Apabila meneliti dari aspek hukum
Islam pula, perancangan keluarga ini tidak dilarang pengamalannya dalam sesebuah
keluarga kerana ianya sebagai sebuah ikhtiar individu dalam menyusun sebuah
keluarga yang sempurna baik dari kesihatan, kemampuan kewangan, dan kehendak
sosial. Hasil penemuan di peringkat awal, penulisan dalam perancangan keluarga ini
lebih menjurus kepada kebolehterimaan dan keharusannya mengikut konteks hukum
Islam yang agak klasik, tersekat perbincangannya dalam kaedah kaedah tradisional,
yang menjadi kelaziman ketika itu. Tidak banyak penulisan masa kini dari aspek
perundangan Islam yang membincangkan mengenai keharusan pengamalan kaedah
kaedah kontraseptif moden walaupun ianya sebenarnya adalah suatu isu kontemporari
yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat.















BIBLIOGRAFI
Al Quran. 2007. Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman
Mujahidul Islam Qasmi, Maulana Qazi. (2007). The Issue of birth control and the
Islamic Law. Contemporary Medical Issues in Islamic Jurisprudence. Kuala
lumpur : A.S Nordeen.

Ahmad, Amree. (2003). Fokus : perancang Keluarga di Malaysia, Makin ramai tidak
rancang. Bahagian : Nasional. Massa.

Umran, Abd Rahim. (1997) . Islam dan KB. Jakarta : Pt Lentera Basritama.

Mohiddin, Awang Suhaili. ( 2003) . Pengguguran Janin : Amalan semasa dan
pandangan Islam mengenainya. Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa
2003. Menghadapi cabaran globalisasi. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia,
Fakulti Pengajian Islam.

K.H Moh. Dachlan._____________ Keluarga berentjana dipandang dari sudut Islam.
Indonesia : Biro Penerangan dan Motivasi keluarga Berentjana Nasional.

Roudi, Farzaneh Fahimi. 2002. Islam and Family Planning. Irans Family Planning
Program : Responding to a Nations Needs. Washington DC : Population
Reference Bureau.

Jadil haq, Syeikh Jadil Haq Ali Jadil Haq. Mufti Besar Al azhar.(1980) . Ray Al din
fi tanzim al Usrah. Majalah al Tasawwuf al Islam. No 21. Mesir : Majlis
Pendudukan Kebangsaan

Anwar, Zainah. ( 2008 ). Islam dan Perancangan Keluarga. Selangor: Sisters in Islam.

Rosyadi, A. Rahmat. ( 1986 ) . Indonesia : Keluarga berencana ditinjau dari hukum
Islam. Bandung : Penerbit Pustaka.

Al Tahawi, Abu Jafar Ahmad ibn Mahmud al mashri al Azdi. ( M 933 ) . Syarh
Maani al athar. Jil 3. Kairo.

Nontak, Sidek. ( 1993 ). Kemusykilan Wanita Dari Perspektif Perubatan. Kuala Lumpur :
Utusan Publications.

Anda mungkin juga menyukai