Anda di halaman 1dari 22

SAMARAHAN SARAWAK

ASSIGNMENT CTU101
Semester 1/Jun 2014
PENSYARAH:
Ustazah Norazila Binti Ojee
DISEDIAKAN OLEH:
Mohd. Zulfatah Bin Kifli
Khairul Akmal Bin Arshad
Adi Fadhillah Bin Jumadi

2014649884
2014691362
2014899684

ISI KANDUNGAN
Bil

Tajuk

1.0

Perkahwinan di dalam Islam

1.1

Tujuan perkahwinan menurut pandangan imam Al-Ghazali

1.2

Konsep Perkahwinan

1.3

Hukum perkahwinan menurut Islam

1.4

Rukun-rukun dan syarat-syarat sah perkahwinan

1.5

Hikmah perkahwinan

1.6

Kebaikan dan Keburukan Perkahwinan

1.7

Implikasi pekahwinan yang tidak mengikut undang-undang islam dan


langkah mengatasinya

2.0

Pra Perkahwinan

2.1

Pengenalan

2.2

Objektif kursus pra perkahwinan

2.3

Persediaan sebelum perkahwinan

2.4

Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami

2.5

Memilih Jodoh

2.6

Memilih Bakal Isteri

Kesimpulan

Halaman

1.0 PERKAHWINAN DI DALAM ISLAM


Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur.Menurut istilah
syarak pula ialah Ijab dan Qabul(aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan
perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah,menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam.
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyebut mengenai pensyariatan
perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan
tuntutan fitrah semulajadinya.
Berikut dinyatakan beberapa ayat Al-Quran Al-Karim mengenai perkahwinan dan tujuantujuan disyariatkannya
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 3, ertinya :
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bilah menikah) anak-anak yatim, maka
nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut
tidak dapatberlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang
demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.

Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah
Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara
berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak.Sebaliknya jika bimbang
tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Allah berfirman, ertinya :


Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu
diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan
perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya
yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah


sebagaimana berikut ertinya :

Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:
Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin
hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan
memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa
sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.

Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang
mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan
tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu
dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala
seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah
dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumahtangga,


keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan
hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran
kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib
mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk

1.1 TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM ALGHAZALI

Iman al-Ghazali ada menyebutkan di dalam kitabnya al-IhyaUlumuddin,terdapat 5 tujuan


iaitu pertama,dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhlik dari
bangsa manusia.Dan seterusnya anak tersebut dapat bberdoa untuk kedua ibubapanya setelah
kematian mereka.Kedua,menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa
datang mengganggu di dalam ibadatnya.Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau
zina faraj.Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diti dari syaitan yang akan
membawa kea rah perkara-perkara yang haram.ketiga,membereskan gangguan hati dalam
masalah urusan rumahtangga seperti memasak,mengemas,membasuh dan lain-lain.Dengan
ini,masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.Keempat,dengan
pergaulan dan percampran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan
perasaan.Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan
ibadat.Kelima,dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan
berumahtangga,antaranya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.


Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar
kepada
mereka ke jalan agama.
Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak
dan isteri.
Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

1.2 KONSEP PERKAHWINAN


Perkahwinan adalah suatu ikantan yang teguh antara leleki dengan perempuan melalui akad
nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri.Perkahwinan
disyariatkandalam islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang
halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t
Maksudnya :Wahai manusia!Bertaqwalah kepada tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri
yang satu(Adam).Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang
biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan..
Dalam islam,perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w yang merupakan
perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu
kehidupan yang baik,sempurna dan penuh bertanggungjawab.Mereka ini adalah golongan yang
Berjaya melaksanakan amanah yang dibberi,iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan
peradaban dan tamadun manusia.Orang berkahwin bertanggungjawab srcara keseluruhannya
terhadap rumah tangga dan ahli keluarga.Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan
dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah.Perkahwinan merupakan suatu
Rasulullah s,a,w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam
masyarakat,mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang
soleh.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya:
Daripada Anas r.a ,katanya telah bersabda nabi S.A.W perkahwinan adlah sunnahku,sesiapa yang
benci sunnahku,maka dia bukan dari golonganku.Allah s.w.t menjadikan manusia dengan
fitrahnya yang hidup berpasang-pasangan,berkasih saying,bahagia dan dapat memenuhi tuntutan
shahwatnya melalui cara yang halal.Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan
perkahwinan yang sah.

1.3Hukum Perkahwinan Menurut Islam


Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan dalam oleh Allah,sunnah, dan
IjmaUlama.Firman Allah,Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dari
kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba kamu lelaki dan perempuan.
(Surah An-nur:32)
Dalil pensyariatan dari sunnah,bersabda Rasulullah,Wahai para pemuda,sesiapa diantara
kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan,hendaklah dia
berkahwinan.Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara
kemaluan(kesucian).Bagi sesiapa yang tidak mampu(berkahwin) maka hendaklah dia
berpuasa,kerana puasa itu dapat menahan nafsunya.(H.R Bukhari & Muslim)
Para ulama telah membuat penentuan hokum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan
kemampuan seseorang untuk mendirikan rumahtangga.Para ulama telah membahagikannya
kepada 4 jenis hukum iaitu:

Fardu Ain
Para ulama menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi fardu bila seseorang itu
yakin bahawa jika tidak berkahwin dia pasti akan terlibat dalam kancah perzinaan.Bagi
sesetengah individu pula sama ada dengan melakuakan ibadah puasa atau ibadah-ibadah yabg
lainnya masih tidak dapat mencegah atau menahan keinginan nafsunya untuk melakukan
zina,maka dalam situasi ini hukum melangsungkan perkahwinan menjadi lebih fardu.Menjaga
kesucian dan maruah diri dari melakukan perbuantan yang ditegah oleh agama adalah menjadi
satu kewajipan setiap muslim.Individu yang berhadapan dengan situasi ini diwajibkan berkahwin
demi untuk menjaga keharmatan diri dan agama,ini kerana perkahwinan sahajalah yang dapat
menghalangnya dari melakukan perbuatan zina.Selain daripada itu individu tersebut juga
mestilah berkemampuan untuk menyempurnakan mas kahwin,nafkah untuk isteri serta lain-lain
tanggungjawab sebagai suami dalam sebuah rumahtangga seperti dituntut oleh syara.

Haram
Sesuat perkahwinan itu menjadi haram atau berdosa jika dilangsungkan juga apabila individu
tersebut berkeyakinan dia pasti akan melakukan kekerasan,kezaliman dan ketidakadilan ke atas
isterinya serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.Maksud pengabaian
tanggungjawab di sini adalah seperti tidak dapat menyediakan tempat tinggal yang

sempurna,memberi pakaian,makanan,jaminan kesihatan dan keselamatan serta lain-lain


keperluan asas yang sepatutnya seperti yang dituntut oleh syarake atas setiap suami.

Makruh
Sesuatu perkahwinan itu dianggap makruh apabila merasa bimbang bahawa berkemungkinan
dia akan melakukan kezaliman atau kekerasan serta tidak dapat menyempurnakan
tanggungjawab atau memberikan keadilan ke atas isterinya tetapi kebimbangannya itu tidaklah
sampai ke tahap pasti atau benar-benar yakin.Kebimbangan kepada sifat buruknya itu hanyalah
berdasarkan kepada kemungkinan sahaja di mana ianya mungkin benar berlaku atau juga tidak
akan berlaku.Bagi pendapat Imam Syafie,beliau mengatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan
menjadi makruh apabial seseorang lelaki yang berkahwin itu berada dalamkeadaan uzur yang
serius,seperti factor usia yang terlalu lanjut atau masalah kesihatan seperti mati pucuk ataupun
menghidap penyakit yang tidak mungkin sembuh.

Sunat
Pada pendapat jumhur ulama kecuali Imam Syafie mengatakan,perkahwinan dianggap sunat
apabila seseorang lelaki itu berada dalam keadaan normal iaitu apa-apa kebimbangan atau
kemungkinan pada diriya untuk melakukan zina sekalipun ai memilih untuk terus membujang
dan tidak berkahwin.Di samping itu juga tiada kebimbangan atau kekhuatiran pada dirinya untuk
melakukan kezalimandan kekerasan terhadap isterinya jika dia berkahwin.Keadaan normal
adalah situasi di mana kebanyakkan orang melangsungkan perkahwinan mereka.Pada pendapat
imam Syafie beliau mengatakan,bagi perkahwinan seseorang lelaki yang berada dalam keadaan
normal hukumnya adalah harus iaitu dia bebas menentukan sendiri sama ada memilih untuk terus
berkahwin atau tidak.Imam Syafie manambah,walaubagaimanapun jika seseorang lelaki itu
memilih untuk tidak berkahwin,adalah lebih baik dia menumpukankepada beribadah ataupun
menuntut ilmu.

1.4 Rukun-rukun dan syarat-syarat sah perkahwinan


SUAMI
Seorang yang dihalalkan berkahwin dengan isterinya(bukan muhrim).Selain itu,suami
hendaklah orang tertentu dan bukan dalam ihram haji atau umrah.
ISTERI
Isteri bukan orang yang diharamkan berkahwin sama ada haram sementara atau
selamanya,isteri juga hendaklah orang tertentu dan tidak berada dalam ihram haji atau umrah.
WALI
Antara syarat-syarat wali ialah islam,orang kafir tidak boleh menjadi wali dalam
perkahwinan.Wali juga mesti berakal,orang gila tidak sah menjadi wali dan wali yang sudah
baligh kerana kanak-kanak tidak boleh menjadi wali.Jamhur ulamak berpendapat wali mestilah
lelaki kerana perempuan tidak sah menjadi wali.Selain itu,wali hendaklah adil seseorang yang
tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil serta tidak
melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah.wali yang selamat dari penyakit yang
merosakkan penglihatan.tidak bertegah dengan sebab safih(bodoh) dan tidak dalam ihram haji
atau umrah.
DUA ORANG SAKSI
Islam,orang kafir tidak boleh jadi saksidan mestilah seorang yang berakal.selain itu,seorang
yang baligh dan lelaki,tidak sah kanak-kanak dan perempuan menjadi saksi.Seorang yang adil
dan boleh mendengar,tidak sah orang pekak menjadi saksi dan tidak buta boleh melihat.
SIGAH (IJAB DAN KABUL)
Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau tazwiah.Ijab kabul hendaklah menggunakan lafaz
yang sorihdan tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam yang lama.Sigah berlaku
pada masa itu juga dan tidak terikat dengan syarat tertentu.Tidak diikat dengan masa tertentu.

SUSUNAN WALI
-BAPA
-DATUK SEBELAH BAPA KEATAS
-SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA
-SAUDARA LELAKI SEBAPA
-ANAK SAUDARA LELAKI SEIBU SEBAPA HINGGA KE BAWAH
-ANAK SAUDARA LELAKI SEBAPA HINGGA BAWAH
-BAPA SAUDARA SEIBU SEBAPA HINGGA KE ATAS
-BAPA SAUDARA SEBAPA HINGGA KE ATAS
-ANAK LELAKI BAPA SAUDARA (SEPUPU)SEIBU SEBAPA HINGGA KE BAWAH
-ANAK LELAKI BAPA SAUDARA (SEPUPU) SEBAPA HINGGA KE BAWAH
-TUAN KEPADA HAMBA YANG DIMERDEKAKAN
-HAKIM ATAU SULTAN TERMASUK ORANG YANG DILANTIK OLEH SULTAN
UNTUK MENJADI KADI

BAHAGIAN WALI
Wali majbur ialah orang yang berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis tanpa perlu
meminta keizinan.Wali majbur terdiri daripada bapa dan datuk.Yang kedua ialah wali akrob.Wali
yang hampir dengan perempuan atau isteri seperti datuk sebelah bapa,bapa dan saudara
lelaki.Yang ketiga ialah wali abad iaitu wali yang jauh selain daripada bapa,datuk sebelah bapa
dan saudara lelaki dalam susunan wali.Yang terakhir ialah wali hakim iaitu sultan atau orang
yang dilantik oleh sultan seperti kadi

1.5 Hikmah Perkahwinan


Perkahwinan adalah sunnah Nabi sallallahualaihiwasallam.Menurt jumhur ulama,hukum
berkahwin pada asas nya adalah sunat.Ada juga ulamak yang berpandangan yang berkahwin
adalah wajib kecuali tidak mampu,antara mereka ialah Imam Ibnu Hazim.
Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali.Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh al-quran
dan as-sunnah:
1.Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat.Sabda Rasulullah s.a.w(bermaksud);Hendaklah
kamu berkahwin,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan
umat-umat yang lain di hari kiamat.Janganlah kamu menjadi seperti Rahib Nasrani(yang enggan
berkahwin).(Riwayat Imam al-Baihaqi dan Abu Umamah r.a)
2.Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal.Sabda Rasulullah
s.a.w,Wahai para pemuda!siapa yang mampu dari kamu,hendaklah ia berkahwin.sesungguhnya
perkahwinan itu paling berkesan untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan (dari
zina).Sesiapa di kalangan kamu yang belum mampu berkahwin,hendaklah ia berpuasa kerana
sesungguhnya puasa itu adalah penahan(syahwat).(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu
masud r.a)
3.Mengukuhkan rasa keharmonian,ketenteraman dan rasa kasih saying di dalam jiwa.Firman
Allah(yang bermaksud);Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan saying.Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.(Surah
ar-Rum,ayat 21).Supaya hikmah perkahwinan di atas menjadi kenyataan,perkahwinan hendaklah
dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat yang diteteapkan oleh agama dan pemilihan pasangan
hendaklah dilakukan dengan baik,iaitu dengan mengikut saranan Rasulullah s.1.w dalam
hadisnya(yang bermaksud);Dikahwini seseorang perempuan itu kerana empat sebab;kerana
hartanya,kerana keturunanya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya.Kamu pilihlah
perempuan yang patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa.(Riwayat Imam
Bukhari,Muslim,Abu Daud,an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a)

1.6 Kebaikan dan keburukan perkahwinan

Antara kebaikan perkahwinan ialah dapat mengelak daripada melakukan maksiat juga dapat
melahirkan keturunan yang sihat,berjaya mengurangkan gangguan hati (nafsu),hidup saling cinta
mencintai antara satu saa lain,serta berupaya membina kehidupan yang aman dan damai didalam
rumah tangga.Keburukannya pula ialah berkahwin pada usia muda,kebanyakkannya akan
menyebabkan penceraian awal,hutang piutang pada banyak kerana kahwin diusia muda tidak
mempunyai kewangan yang cukupsibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk
keluarga.Kahwin muda juga menyebabkan rumah tangga cepat bergoncang,kurang ilmu
pengetahuan dan kemahiran,serta merasa diri masih bujang walaupun sudah mempunyai isteri
dan suami.

1.7 Implikasi pekahwinan yang tidak mengikut undang-undang islam dan


langkah mengatasinya

Kesan pekahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga islam kepada diri ialah akan
dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan undang-undang keluarga islam,dan
masyarakat akan memandang serong kepada mereka.Kepada keuarga pula,nama baik kedu-dua
belah keluarga akan bermusuhan akibat sikap menyaahkan keluarga lain.Masyarakat akan kucar
kacir kerana wujud masyarakat yang tidak mahu patuh pada undang-undang.
Antara langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut peraturan ialah
pertama,semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat bertanggungjawab memastikan setiap
perkahwinan itu sah mengikut syarak dan undang-undang keluarga islam.Kedua,pihak berwajib
seperti jabaan agama islam dan badan kerajaan perlu memperbanyakkan seminar da kursus untuk
member penjelasan tentang undang-undang keluarga islam.Yang terakhir,penguatkuasaan
peraturan perlu dilaksanakan dan tindakan undang-undang perlu dikenakan keatas mereka yang
melanggar syariat dan undang-undang yang ditetapkan.

2.0 PRA PERKAHWINAN

2.1 Pengenalan
Di Malaysia terdapat dua jenis kursus perkahwinan diperkenalkan.Bagi masyarakat islam
kursus pra perkahwinan adalah wajib bagi pasangan yang ingin berumah tangga manakala bagi
masyarakat bukan islam,ianya boleh dibuat oilihan sam ada menghadiri kursus pasca
perkahwinan atau tidak.Bagi masyarakat islam,kursus pra perkahwinan yang wajib dihadiri
sebelum mendirikan rumah tangga biasanya dilaksanaan oleh jabaan agama tempat masingmasing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh jabatan
agama.Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh jabatan agama dan para peserta akan
dibekalkan dengan modul kursus pra perkahwinan islam dari jabatan agama.Bayaran akan
dikenakan kepada peserta kursus bagi proses penyediaan buku modul,sijil dan lain-lain.Kursus
ini dianjurkan dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal
suami isteri yang akan mendirikan rumah tangga,Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka
dalam menghadapi kehidupan berkeluarga.JAIS berharap kursus ini akan dapat membantu dalam
mengurangkan permsalahan rumah tangga dan penceraian yang dihadapi oleh umat islam di
Malaysia.

2.2 Objektif kursus pra perkahwinan

Kursus ini dapat member pendedahan awal alam perkahwinan kepada peserta yang ingin
berumah tangga.Kursus ini juga dapat member panduan kepada peserta tentang cara
menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari
pernikahan.Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk menghadapi
alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga serta
menguruskannya.Kursus ini juga memberi panduan bagi menghadapi konflik dalam
rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.

2.3 Persediaan sebelum perkahwinan

Persediaan sebelum perkahwinan adalah seperti menyediakan mas kahwin dalam bentuk benda
yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada
isterinya kerana akad perkahwinan sebagaimana sabda Baginda riwayat Bukhari,Muslim dan
Abu daud yang bermaksud;
carilah mas kahwin walaupun berupa cincin besi (riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu
daud)
Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam akad
perkahwinan jika ia mahar musamma.Seandainya tidak disebut dalam akad perkahwinan ia wajib
dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep islam mewajibkan suami membayar mas kahwin
kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi tanggungjawab.Sebagaimana
firman Allah yang bermaksud;
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah)pemberian (yang
halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya (surah An-Nisa)
Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya
persetubuhan,suami wajib membayar mas kahwin separuh keada isterinya manakala penceraian
yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semua mas
kahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan
walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka mas kahwin wajib dibayar semuanya.
Justeru,apa sahaja boleh dijadikan mas kahwin seperti pertama,mesti dari benda yang suci atau
benda yang dapat disucikan.Tida sah mas kahwin dari benda yang tidak dapat
disucikan.Kedua,ada faedah atau peerjaan berfaedah seperti mengajar ilmu agama dan Al
Quran.Ketiga,ia dapat milik suami.Keempat,mamu diserahkan kepada isteri bila-bila masa
sahaja.Terakhir,diketahuiaktif dan jumlahnya.
Kemudian perlulah ada peminangan,Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang
perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk
menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini
dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan
perkahwinan.Waaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akad perkahwinan yang
sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara
pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan
terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu peminangan

boleh dilakukan secara terus terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita
yang masih dara.Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam iddah boleh dilakukan
dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis
iddah secara terus terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.
Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam,namun Rasulullah SAW
mlarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang
lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh
perempuan.Sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud :
dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin
dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya
Konsep peminangan tersebut dapat membawa kea rah proses janji perkahwinan secara rasmi
dan sopan.Walaupun begitu,pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat
dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab
tertentu yang menghalang pasangan tersebut untuk dikahwinkan.Namun begitu,mereka mestilah
membubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menrima
hakikat tersebut dengan hati yang terbuka
Selain dari itu,memilih bakal suami bagi perempuan,perempuan juga digalakkan memilih bakal
suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki
yang mempunyai cirri-ciri berikut beragama,mempunyai rupa rapas,harta,dan keturunan
mulia.tetapi lebih tepat adalah pilihlah agamanya.

2.4 Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami


Dalam Islam,hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat
dan memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin.Antara tujuannya ialah supaya rumahtangga
yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati.Lahir perasaan saling
kasih mengasihi dan redha meredhai antara satu sama lain dan supaya dapat mencari pasangan
yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia
Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan, islam telah menggariskan adab
tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara
pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allahh SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan
bekembang dengan jalan yang baik dan suci

2.5 Memilih Jodoh


Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan suami
masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh
syarak.Contohnya leleaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan
dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat
dengan lutut sahaja.Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan
taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi
keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lain-lain.

2.6 Memilih Bakal Isteri


Adalah sunat hukummnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih
dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu.Begitu juga perempuan yang dipinang sunat juga
melihat terlebih dahulu lelaki yang meminangnya.Namun begitu,konsep perkahwinan
sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki.Kerana menurut praktikal dan teorinya pun
memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita
untuk dijadikan isteri.Justeru itu,lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan
sopan,iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu.Islam memberi kebebasan kepada
mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita
juga bebas samada unruk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alas an yang
diharuskan oleh syarak,bukan tindakan nafsu dan perasaan.Untuk membentuk ikatan
perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan
syarak dan saranan Nabi s.a.w khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan
perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri
keistemewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang
bermaksud:
Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:kerana
hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakan yang mempunyai agama,nescaya
kamu akan selamat-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam maksud hadis di atas,Nabi s.a.w menggalakkan umatnya supaya mengutamakan
pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat bahagia
dalam erti kata yang sebenarnya.
Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan factor sampingan lain
seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang dikehendaki oleh
islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.Sebagai contoh,sekiranya sesorang
wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh,mereka akan mudah
terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnaya.

Kesimpulan
Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat
mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.Tanpa penyusunan yang
rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan,kepincangan tidak dapat
dielakkan.Kerana itu,perkahwinan disyariatkan.
Rumahtangga yang dibentuk menerusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturanperaturan tertentu yang lengkap dan sempurna,akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam
secara tersusun,jika pohon-pohon ini terus dipelihara,ia akan kekal menjadi taman indah yang
menyegarkan kehidupan.Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan
perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak
menjadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah.Mendirikan rumahtangga dalam Islam
bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa
Barat.Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat
mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan.

Rujukan
1. Hukum & Intisari Perkahwinan yang msti anda tahu,Abdul Aziz Ismail,penerbit Mutiara
Terang Sdn,Bnd,dicetak Hong Print Sdn. Bnd
2. Mutiara Perkahwinan menurut Ajaran Islam,Haji Abdul Majid Haji Jaafar,Penerbit Pustaka
Haji Abdul Majid,dicetak Prospecta Printers Sdn. Bnd
3.http://www.hanan.com.my
4.http://ms.wikipedia.org/wiki/perkahwinan
5.http://galleriperkahwinan.cjb.net/
6.Buku pendidikan syariah islamiah tingkatan 5

Anda mungkin juga menyukai