Anda di halaman 1dari 17

PERKAHWINAN DAN HUKUM-HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA 1) DEFINISI NIKAH Maksud nikah ialah akad yang menghalalkan di antara

lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah An-Nisaa ayat 3, ertinya : Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya. Dari ayat tersebut di atas, seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak. Sebaliknya jika bimbang tidak dapat berlaku adil maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah berfirman, ertinya: Wahai manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Hadith Rasulullah SAW: Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud katanya, Rasulullah SAW bersabda: Wahai kumpulan anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.
1

Dalan hadith di atas Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW. Antara faedah perkahwinan ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat. Islam menjamin kesejahteraan rumahtangga, keturunan dan keselamatan umat dan syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran. Menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk. Untuk menjamin kebahagiaan: 1. Perkahwinan merupakan ibadat dan sunnah dan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai matlamatnya. 2. Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada rasa AlMawaddah dan Ar-Rahmah. Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja. 3. Sesebuah rumahtangga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. 4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah mesti ditunaikan dengan sebaik-baiknya, manakala tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas.

2)

HIKMAH PERKAHWINAN

Faedah dan hikmahnya ialah : 1. Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati. Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan. Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin. Supaya umat manusia berkembang biak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini. Supaya dapat melahirkan keturunan bangsa manusia yang diakui sah serta kekal pula dalam masyarakat dan negara. Supaya dapat menumpukan perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara. Perkahwinan membuka pintu rezeki serta nikmat hidup. Perkahwinan memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan. Menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat secara halal serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezaliman yang amat dilarang oleh agama.

2.

3. 4. 5. 6.

7. 8. 9.

Perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN
Hukum asal perkahwinan adalah harus sahaja. Tetapi ada kemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan. Huraiannya: 1. Wajib. Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang mampu untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina. Sunat Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang. Haram Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya. Makruh Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

2.

3.

4.

RUKUN NIKAH
1. 2. 3. 4. 5. Calon isteri (perempuan) Calon suami (lelaki) Wali Dua orang saksi Akad ijab dan qabul

1) SYARAT-SYARAT CALON ISTERI 1. Bukan mahram dengan bakal suami. 2. Bakal isteri itu tertentu orangnya. Tidak sah perkahwinan kalau seorang bapa berkata: Saya nikahkan awak dengan salah seorang daripada anak-anak perempuan saya. Mesti ditentukan yang mana satu daripada anak-anaknya itu. 3. 4. 5. Bukan isteri orang dan bukan perempuan masih dalam iddah. Perempuan sebenar bukan khunsa. Dengan rela hatinya bukan dipaksa-paksa kecuali bakal isteri itu masih gadis maka bapa atau datuk (bapa kepada bapa) boleh memaksanya berkahwin.

2) SYARAT-SYARAT CALON SUAMI 1. Bukan mahram dengan bakal isteri. 2. Dengan kehendak sendiri, tidak sah berkahwin dengan cara paksa. 3. Lelaki yang tertentu, tidak sah perkahwinan kalau wali berkata kepada dua orang lelaki: Saya nikahkan anak perempuan saya Aminah dengan salah seorang daripada kamu berdua. 4. Bakal suami mestilah tahu yang bakal isteri itu sah berkahwin dengannya. 5. Bakal suami itu bukan sedang dalam ihram. 6. Bakal suami tidak dalam keadaan beristeri empat.
5

3) SYARAT-SYARAT WALI 1. Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah: Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani untuk menjadi wali. (Surah Al-Maidah: Ayat 51) 2. 3. 4. Baligh Berakal Merdeka

5. Lelaki, perempuan tidak boleh menjadi wali. Dalil Hadith ertinya: Tidak harus perempuan mengkahwinkan perempuan dan tidak perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri, dan kami berkata: perempuan yang mengkahwinkan dirinya sendiri adalah penzina. (Riwayat Al-Daruqutni) 6. Adil tidak fasiq. Dalil Hadith ertinya: Tidak sah perkahwinan itu melainkan dengan wali yang adil. 7. Tidak dalam ihram. Dalil Hadith ertinya: Orang yang sedang berihram tidak boleh berkahwin dan tidak boleh mengkahwinkan orang lain. (Riwayat Muslim) 8. 9. Tidak cacat akal atau fikirannya samada kerana terlalu tua atau lainnya. Tidak dari orang yang ditahan kuasanya dari membelanjakan hartanya kerana bodoh atau terlalu boros.

4) SYARAT-IJAB DAN QABUL a. Syarat-syarat ijab : 1. Dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan tepat. 2. Lafaz ijab itu tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan perkahwinan itu terbatas waktnya. 3. Contoh wali berkata: Saya nikahkan awak dengan anak saya Timah dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai /bertangguh. Contoh wakil wali berkata: Saya nikahkan dikau dengan Timah binti Mat yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya dengan mas kahwin sebanya RM500 ringgit tunai / bertangguh. 4. Tidak dengan lafaz talik seperti kata wali: Saya nikahkan dikau dengan anak saya Timah sekiranya anak saya itu diceraikan dan selesai iddahnya. b. Syarat-syarat Qabul: perkataanantara ijab perkataandiam yang

1. Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau lama, bukan diam untuk bernafas.

2. Diterima oleh calon suami seperti katanya: Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut tunai / bertangguh. Ataupun wakilnya seperti katanya: Saya terima nikahnya untuk si-Fulan dengan mas kahwin yang tersebut. 3. Lafaz qabul itu tidak bertalik. 4. Lafaz qabul itu tidak mengandungi menunjukkan nikah itu terbatas waktunya. perkataan yang

5. Hendaklah disebut nama bakal itu atau ganti namanya, seperti kata calon suami: Saya terima nikah Fatimah atau nikahnya. 6. Lafaz qabul itu sesuai dengan lafaz ijab. 7. Hendaklah lafaz qabul itu lafaz yang terang bukan sindiran.
7

5) SYARAT-SYARAT SAKSI 1. Kedua saksi perkahwinan itu mestilah beragama Islam. 2. Lelaki 3. Berakal 4. Baligh 5. Merdeka 6. Adil (tidak fasiq). 7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta. 8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak. 9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat. 10.Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul. 11.Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya: tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

SUSUNAN WALI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bapa Datuk sebelah bapa hingga ke atas Saudara seibu sebapa Saudara sebapa Anak saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah. Anak saudara lelaki sebapa hingga ke bawah Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas Bapa saudara sebapa hingga ke atas Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah

10. Anak bapa saudara sebapa (sepupu) hingga ke bawah 11. Hakim (Sultan) termasuklah orang-orang yang dilantik oleh Sultan seperti Kadhi atau naib Kadhi. Wali yang paling hampir kepada perempuan dinamakan wali aqrab dan yang terjauh kepada perempuan dinamakan wali abadh. Wali perkahwinan mesti didahulukan yang lebih aqrab kemudian kalau tidak ada yang lebih aqrab baharulah yang selepasnya dan seterusnya.

WALI MUJBIR Di dalam susunan wali tersebut terdapat dua golongan iaitu : 1. Wali mujbir: Iaitu bapa dan datuk (bapa kepada bapa) sekiranya bapa sudah tidak ada, kedua-dua ini berhak mengkahwinkan perempuan yang masih gadis (anak dara) tanpa meminta keizinan daripada gadis tersebut lebih dahulu dengan syarat-syarat yang akan diterangkan kemudian. Walau bagaimanapun kedua-duanya disunatkan meminta keizinan gadis itu terlebih dahulu. Dalil Hadith: Janda lebih berhak ke atas dirinya dan anak dara dikahwinkan oleh bapanya. 2. Bukan Mujbir: Wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk. Dalam keadaan yang begini wali tidak boleh mengkahwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu. Dalil Hadith: Janganlah kamu kahwinkan janda sehingga meminta keizinan mereka terlebih dahulu. (Riwayat At-Tarmidzi) kamu

Alasan: Seorang janda sudah arif mengenai maksud atau tujuan perkahwinan sebab itulah tidak boleh dipaksa dengan tidak mendapat keizinan.

10

SYARAT-SYARAT SAH BAPA ATAU DATUK MENGKAHWINKAN ANAK DARA TANPA KEIZINANNYA 1. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan walinya. 2. Tidak ada permusuhan di antara calon isteri dengan bakal suami. 3. Kufu atau setaraf di antara bakal suami dengan calon isteri. 4. Bakal suami sanggup membayar mas kahwin dengan tunai. Keempat-empat syarat tersebut adalah menjadi syarat bagi sahnya perkahwinan itu. Terdapat juga syarat-syarat tambahan: 1. Dengan mas kahwin yang setanding (mahar mithil). 2. Mas kahwin itu hendaklah dari nilai wang yang digunakan dalam negeri itu. 3. Bakal suami itu bukan dari orang yang menyusahkan bakal isteri untuk hidup bersamanya seperti atau terlalu tua. Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak diperolehi dan perkahwinan itu dilakukan juga, perkahwinan itu sah, tetapi haram dan wali berdosa.

11

WALI HAKIM Hakim mempunyai kuasa untuk menjadi wali dalam satu-satu perkahwinan apabila: 1. Ketika tidak ada wali langsung, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Sultan menjadi wali bagi mereka yang tidak ada wali. 2. Wali di dalam tahanan dan tidak boleh dihubungi sama sekali. 3. Wali bersembunyi. 4. Wali berada di tempat yang jauh (sekadar perjalanan yang mengharuskan qasar sembahyang iaitu 2 marhalah, kira-kira 60 batu) dan tidak ada pula wali yang sedarjat dengan wali yang jauh itu di tempat perempuan yang akan dikahwinkan itu. 5. Wali sedang di dalam ihram dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat yang tidak di dalam ihram. 6. Wali ghaib dan tidak diketahui hidup atau mati atau di mana ia tinggal. 7. Wali itu sendiri hendak berkahwin dengan perempuan itu, dan tidak ada wali yang lain yang sedarjat dengannya. Seperti anak bapa saudara (sepupu) yang sepatutnya menjadi wali 8. Wali enggan mengahwinkannya walaupun wali mujbir sekiranya keengganan itu kurang dari tiga kali. Jika keengganan itu lebih dari tiga kali maka wali yang lebih jauh darinya berhak menjadi wali sebagaimana dalam susunan wali.

9. Hakim menjadi wali untuk mengahwinkan perempuan yang sudah baligh tetapi gila, sekiranya perlu dikahwinkan dan tidak ada wali yang mujbir.

12

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI Dua jenis Perempuan yang haram dikahwini: A. Haram buat selama-lamanya. B. Haram buat sementara waktu. SEBAB-SEBAB HARAM DIKAHWINI 1. Haram dengan sebab keturunan 2. Haram dengan sebab susuan 3. Haram dengan sebab persemendaan (musoharah). 1. HARAM DENGAN SEBAB KETURUNAN 1. Ibu dan ibu kepada ibu (nenek) hinggalah ke atas. 2. Anak, cucu dan seterusnya ke bawah. 3. Saudara perempuan seibu atau sebapa atau seibu sahaja. 4. Saudara perempuan bagi bapa (emak saudara) hingga ke atas. 5. Saudara perempuan ibu (emak saudara) hingga ke atas. 6. Anak saudara dari saudara lelaki hingga ke bawah. 7. Anak saudara dari saudara perempuan hingga ke bawah. Dalil pengharaman ertinya: Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara dari saudara lelaki, dan anak saudara dari saudara perempuan kamu. (Surah An-Nisa : Ayat 23) PERHATIAN: Anak perempuan yang lahir hasil dari perzinaan, tidak haram dengan bapa zinanya kerana anak perempuan yang lahir dari zina dianggap orang asing (ajanabiah) baginya, ini ialah kerana mani zina itu tidak dihormati, walau bagaimanapun makruh bagi bapa zina mengahwini anak zinanya, berdasarkan perselisihan pendapat di antara Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang berpendapat: Tidak halal bagi bapa zina mengahwini anak perempuan yang hasil dari zinanya dan anak zinanya itu dianggap sebagai muhrimnya, iaitu sama seperti anak biasa. Walaupun tidak halal dikahwini tetapi tidak berhak mendapat pusaka dari bapa zinanya itu.

13

Bagi ibu yang berzina dan semua muhrimnya adalah haram mengahwini anak zinanya, begitu juga anak zina itu berhak mendapat pusaka dari ibunya.

2. HARAM DENGAN SEBAB PENYUSUAN 1. Ibu yang menyusukan. 2. Saudara perempuan yang sepersusuan. Firman Allah Ertinya: Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu sepersusuan. Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW : Ertinya: Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) SYARAT-SYARAT HARAM DENGAN SEBAB SUSUAN 1. Ibu yang menyusukan telah baligh. 2. Anak yang disusukan itu berusia 2 tahun. Dalilnya Hadith: Ertinya: Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun. (Riwayat Al-Daruqutni) 3. Bilangan menyusunya sampai 5 kali yang berasingan. Setiap kali menyusu mesti sampai kenyang. Dalilnya Hadith dari Aishah RA: Ertinya: Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja. (Muslim) 1. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak setiap kali. Dalilnya Hadith: Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun. (Riwayat : At-Tarmidzi) Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin dengan sebab penyusuan.

14

3. HARAM DENGAN SEBAB PERSEMENDAAN 1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan. 2. Ibu tiri, nenek tiri hingga ke atas. 3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah. 4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan, tidaklah haram mengahwini anak tiri itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan. Dalil firman Allah: Ertinya: Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang sejati. n(Surah An-Nisa:ayat 23) Dan firman Allah Ertinya: Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (ibu tiri). (Surah An-Nisa: ayat 22) PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI BUAT SEMENTARA WAKTU DENGAN SEBAB MENGHIMPUNKANNYA 1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri. Sebagaimana firman Allah: Ertinya: Dan haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu. 2. Anak saudara isteri sebelah bapa. 3. Anak saudara isteri sebelah ibu. 4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki. 5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW Ertinya: Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara perempuan,

15

tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar. (Riwayat At-Tarmidzi) AL-MUTAAH Ertinya:Satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri. Banyaknya pemberian ini adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya, kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar. Firman Allah: Ertinya :Terangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik. (Al-Ahzab: ayat 49)

16

WALIMATUL 'URUS 1) HUKUM MENGADAKANNYA

Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakad ( yang sangat dituntut) sebagaimana sabda Nabi S.A.W. : Ertinya : Kata Nabi S.A.W. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun menyembelih seekor kambing. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 2) HUKUM MENGHADIRI MAJLIS KAHWIN

Menerima jemputan ke majlis adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran tidak dapat menghadirinya, seperti sakit dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin hendaklah kamu menghadirinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 3) SYARAT-SYARAT WAJIB PERGI KE MAJLIS KAHWIN BILA DIUNDANG 1. Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang-orang kaya sahaja. 2. Yang menjemput itu juga beragama Islam. 3. Yang dijemput itu juga beragama Islam. 4. Kenduri itu tidak menggunakan wang atau harta haram. 5. Yang dijemput itu tidak menerima pada satu masa, maka hendaklah menerima jemputan yang lebih dekat dari segi keluarga kemudian dipandang dari segi dekat tempatnya. 6. Tidak didapati perkara-perkara yang mungkar di majlis itu seperti mengadakan minuman keras dan sebagainya.

17

Anda mungkin juga menyukai