Anda di halaman 1dari 2

Jual Beli

A. Definisi Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut caracara yang tertentu.

B. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli: 1) Firman Allah: "Dan Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah Al-Baqarah : ayat 275) 2) Hadith Rasullah s.a.w bermaksud: "Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai." (Riwayat Ibnu Hibban)

C. Hikmah diharuskan jualbeli: 1. Allah telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya. 2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maka akan terhindar kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tidak ia punyai. 3. Berjualbeli mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.

D. Rukun jualbeli terbahagi kepada enam: 1. Penjual 2. Pembeli 3. Harga yang dibeli 4. Barang yang dijual 5. Sighah (lafaz penjual) 6. Qabul (lafaz pembeli)

E. Syarat-syarat Penjual dan Pembeli:

Baligh dan berakal Tidak bankrap atau bodoh Tidak dipaksa Beragama Islam jika yang diniagakan itu al-Quran atau Hadith. Merdeka Bukan berurusan dengan Musuh Islam.

F. Syarat-syarat harga dan barang yang dijual: 1. Barang-barang itu mesti suci dan bersih. 2. Barang itu kepunyaan penjual sendiri atau wakil penjual 3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli. 4. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang dijual. Hadith Rasullah s.a.w bermaksud :"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya." G. Syarat-syarat Ijab (Lafaz Penjual) dan Qabul (Lafaz Pembeli) 1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli. 2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antara ijab dan Qabul. 3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya. 4. Tidak boleh dihadkan waktunya. 5. Tidak boleh bertaklik. H. Jika tidak cukup rukun dan syarat, jualbeli tersebut adalah tidak sah I. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam. J. Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli: 1. Tidak sah menjual binatang buas. 2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan. 3. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

Anda mungkin juga menyukai