Anda di halaman 1dari 5

ZINA Definisi zina: Zina ialah persetubuhan haram pada faraj wanita dengan kemahuanya, tanpa hak milik,

, tanpa hak milik syubahat dan tanpa akad nikah yang sah. Menurut pendapat Ibnu Qudamah, perbuatan zina ialah menyetubuhi perempuan pada faraj secara haram dan tanpa syak dan sebarang syubahat. Hukuman zina: ia haram dan sangat keji serta pelakunya berdosa besar. Syarat wajib dikenakan had zina: - Cukup umur - Waras - Islam - Hendaklah seorang melakukan dengan kemahuan sendiri - Hendaklah wanita terlibat itu bukan kafir harbi. - Perempuan yang berzina itu dikalangan orang yang layak disetubuhi. - Zina itu dilakukan dengan anak adam. - Persetubuhan yang bukan syubahat. - Perempuan yang melakukan zina masih hidup. Cara mensabitkan jenayah zina secara terperinci 1. Keterangan saksi: Iaitu keterangan yang diberikan oleh 4 orang saksi lelaki yang cukup syaratnya. Syarat yang perlu ada pada saksi: - Beragama islam - Baligh - Berakal - Seorang yang adil - Seorang yang boleh melihat - Seorang yang boleh bercakap

- Seorang yang mampu mengingati apa yang telah disaksikan, juga memahami apa yang dilihat oleh matanya dan bertanggungjawab dengan segala yang diucapkan. - Tiada halangan untuk menerima kesaksian - Empat orang saksi - Saksi mesti lelaki - Kadi berpuas hati dengan kesaksian para saksi - Kemugkinan berlaku zina - Saksi mampu menolak dakwaan. - Kekal kelayakan saksi sehingga hukuman had dilaksanakan - Seandainya saksi tersebut tidak cukup syarat, maka pendakwa mestilah dikenakan had qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali sebatan. Walau bagaimanapun, ulamak mutajahid berselisih pendapat tentang cara-cara membawa keterangan dikalangan saksi-saksi - Saksi-saksi mesti merdeka Imam Syafii berpendapat bahawa tidak mengapa saksisaksi secara serentak atau berasingan semuanya dikira sah memberi keterangan. Cara berasingan lebih baik daripada serentak kerana jika serentak ditakuti bersepakat untuk memberi keterangan palsu. Imam Abu Hanifah berpendapat, saksi mesti datang secara serentak dan tidak boleh datang secara berasingan. Jika tidak, keterangan dianggap tidak sah dan mereka dikenakan qazaf. 2. Pengakuan Penzina yang cukup syaratnya: - Baligh - Sempurna akal - Pilihan sendiri - Berulang kali membuat pengakuan - Pengakuan dibuat di hadapan Ketua Negara atau dihadapan kadi yang mewakilinya. - Pengakuan dibuat dalam keadaan sedar - Pengakuan dari seorang yang mampu berzina - Pengakuan dibuat secara lisan

Menurut pandangan Imam Malik seorang yang sudah jelas bukti dan qarinah yang menunjukkan ia berzina, mestilah dikenakan had. Imam Abu Hanifah, Imam Syafii dan Imam Ahmad berpendapat bahawa qarinah tidak semestinya dapat diterima dan bukan sebab yang membolehkan seseorang itu dikenakan had. Syarat dikenakan rejam bagi penzina muhsan Sempurna akal Mencapai umur baligh Seorang yang merdeka Seorang yang beragama islam Seorang yang beragama sahih Hendaklah seorang yang pernah berkhwinan secara sah dan pernah bersetubuh dengan cara yang mewajibkan mandi walaupun tanpa keluar air mani Hendaklah suami isteri itu mempunyai semua sifat di atas itu semasa melakukan persetubuhan Hukuman bagi penzina menurut islam 1. Rejam (penzina muhsan) Pendapat ulamak: Hukuman rejam dengan batu sampai mati hendaklah dikenakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh 2. Hukuman sebat dan buang daerah (ghairu muhsan) Disebat 100 kali sebatan Hamba dikenakan sebatan separuh, iaitu 50 kali sebatan

Pendapat ulamak: Hanafi: hukuman buang daerah tidak boleh dihukum dengan sebat Al-Syafiiyah dan Al-Hanabilah: hukuman buang daerah setahun ke tempt yang harus qasar sembahyang dihimpun dengan hukuman sebat 100 kali, manakala perempuan tidak boleh dikenakan hukuman buang daerah kerana dibimbangi berlaku penzina yang lain pula disebabkan pembuangan daerah itu. Huraian maksud muhsanah Maksud muhsanah dalam ayat 4 surah al-Nur ialah iffah iaitu suci dan terpelihara. Perkara yang dimaksudkan dengan muhsanah Tidak fasiq Islam Baliqh Merdeka Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Malik: Iffah ialah tidak pernah berzina sepanjang hidupnya atau bersetubuh walaupun dalam dalam perkahwinan fasid Menurut Imam Syafi`i: Iffah dan muhsanah ialah tidak pernah melakukan zina sebelum dan selepas dituduh zina Menurut Imam Ahmad: Iffah dan muhsanah ialah tidak pernah disabitkan zina, baik melalui keterangan atau pengakuan dan penyaksian

Anda mungkin juga menyukai